Ahad, 10 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Op Daulat: Sidang Media Ketua Polis Negara 10 Mac

Posted: 10 Mar 2013 07:18 AM PDT

Panas: Ustaz Azhar Ulas Isu Sumpah Laknat Saiful !

Posted: 09 Mar 2013 05:57 PM PST

Musykil: Kenapalah BN Tiru Pembangkang Guna Lori

Posted: 09 Mar 2013 09:11 AM PST


[Ramai pihak kini keliru dan musykil dengan tindakan BN meniru idea Pakatan Rakyat terutamanya PKR yang menggunakan "lori" untuk berceramah dan menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan agenda mereka kepada rakyat. Umum mengetahui PKR mula menggunakn lori untuk siri jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan Jelajah Merdeka Rakyat (JMR). Dalam program tersebut Anwar dilihat menaiki bas dan kemudiannya berceramah di atas lori berkenaan. Idea itu kemudian ditiru oleh DAP dan terbaru satu lagi parti dalam PR iaitu PAS. Namun, jika yang meniru itu parti dalam PR mungkin ia tidak menimbulkan kemusykilan. Apa yang dipertikaikan rakyat ialah BN juga sudah mula meniru idea tersebut sekarang. Cuma, bezanya mereka hanya menggunakan lori dua tan atau tiga tan dan bukannya traler seperti yang dilakukan oleh PR. Persoalannya disini ialah, kenapa BN perlu berbuat demikian?. Sedangkan umum mengetahui mereka ada segalanya untuk menyebarkan maklumat termasuk akhbar dan TV (media arus perdana). Bahkan mereka juga boleh gunakan dewan, balairaya, dewan sekolah, serta lain-lain kemudahan yang ada. Namun, anehnya BN cuba meniru idea PR sedangkan mereka punya ruang secukupnya untuk memberi peluang kepada rakyat mendengar segala kenyataan yang disampaikan. Melihat kepada senario ini, nampak benar BN semakin ketandusan idea sebenarnya. Jika dalam program PR, ribuan rakyat hadir ke acara tersebut namun lori-lori BN hanya dikerumuni oleh beberapa orang penyokong sahaja. Apapun, ini mungkin satu strategi baru BN yang bertujuan untuk meraih sokongan rakyat itu gamaknya].

Tiada ulasan: