MB Selangor: Rakyat pegang saham air RM10 bilion, hadiah kerajaan negeri
Abdul Khalid (tengah) merasmikan Konvensyen Pencerdasan Rakyat dan Pelancaran Akademi Pendidikan Kewarganegaraan dan Demokrasi, semalam.
 
SHAH ALAM - Hak milik air di negeri Selangor akan diserahkan kepada rakyat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat di negeri ini akan menjadi pemegang saham berjumlah RM10 bilion.

"Ini adalah 'bayaran' untuk rakyat Selangor kerana memberi mandat kepada saya sebagai Menteri Besar," katanya ketika merasmikan Konvensyen Pencerdasan Rakyat dan Pelancaran Akademi Pendidikan Kewarganegaraan dan Demokrasi, di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, beliau mentadbir Selangor berdasarkan standard diberikan rakyat iaitu tanpa rasuah, kroni dan bekerja.

"Saya telah cuba capai standard yang diinginkan rakyat dan cubaan ini membuahkan rezeki.