PERAKITE |
- Papa Gomo bakal muflis
- BN bakal berkubur di Sabah
- Wali Bangla ?
- Adik beradik tapi tak sama dalam politik
- DUN N SEMBILAN TERBUBAR MALAM ESOK
- Uthman El-Muhammady ...
Posted: 26 Mar 2013 03:13 AM PDT Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa rekod Imigresen menunjukkan tarikh lahir Wan Muhammad Azri adalah sama dengan kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam miliknya. "Rekod Imigresen pada 2010 menunjukkan tarikh lahir Wan Muhammad Azri ialah 21 Januari 1983 dan maklumat berkenaan sepadan dengan kedua-dua dokumen miliknya iaitu kad pengenalan awam dan kad pengenalan polis," katanya. Bagaimanapun satu daripada rekod berkenaan, tidak menunjukkan bahawa kedua-dua identiti tersebut digunakan dalam pasport yang sama, namun Rafizi mendakwa surat- menyurat mahkamah membuktikan alamat Wan Muhammad Azri untuk kedua-dua identiti, adalah sama iaitu di Danau Kota. Rafizi juga mendakwa ahli keluarga Papa Gomo termasuk bekas isterinya, Belinna akan muncul semasa perbicaraan kes saman ke atas penulis blog itu bagi membuktikan bahawa beliau sememangnya Wan Muhammad Azri. Minggu lalu, Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap bloger Papa Gomo berhubung video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu. Anwar menuntut ganti rugi RM100 juta daripada bloger, yang namanya dinyatakan dalam tuntutan sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris. |
Posted: 25 Mar 2013 06:13 PM PDT Kekuasaan Barisan Nasional (BN) di Sabah mungkin berakhir kerana kemarahan penduduk tempatan berhubung pencerobohan Sulu, yang mereka kata disebabkan oleh pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi di bawah "Projek IC" dan menyalahkan beberapa ahli politik gabungan pemerintah itu. (more read here: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa) |
Posted: 25 Mar 2013 06:03 PM PDT Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membongkar kegiatan satu kumpulan ajaran sesat yang taasub menggunakan kitab untuk belajar agama serta memuja gambar seorang lelaki didakwa wali di Bangladesh. Kegiatan kumpulan itu dibongkar menerusi Ops Akidah apabila sepasukan 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP dibantu enam pegawai Jabatan Imigresen dan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Maung, di sini, malam kelmarin. Seramai 15 lelaki warga Bangladesh termasuk tiga lelaki tempatan dicekup kerana disyaki terbabit ajaran mencurigakan. Kumpulan terbabit menjadikan sebuah rumah sewa sebagai pusat menyebarkan ajaran mereka. Mereka juga didakwa mengamalkan kegiatan keagamaan yang pelik kerana hanya menjalankan aktiviti setiap Ahad jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam. Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan, berkata operasi itu dijalankan hasil maklumat awam selain risikan lebih tiga bulan untuk mengenal pasti ajaran yang dilakukan apabila disyaki menimbulkan keraguan kerana membabitkan warga asing. Menurutnya, pihaknya mendapatkan waran tangkap dari mahkamah untuk melakukan pemeriksaan lanjut kerana mereka disyaki cuba menyebarkan Islam, tetapi amalan digunakan dipercayai bercanggah daripada ajaran sebenar. Katanya, berdasarkan risikan, ajaran terbabit turut menggunakan warga tempatan sebagai orang perantaraan dan ajaran itu sudah menular bukan saja di Pulau Pinang tetapi di Cameron Highlands, Pahang dan Johor. "Kegiatan mereka ini pelik kerana aktiviti mereka hanya dijalankan pada setiap Ahad dan pada waktu tertentu dan rata-rata pengikutnya warga Bangladesh dan warga tempatan yang ingin belajar agama," katanya. Khairul Azman berkata, hasil pemeriksaan itu juga beberapa buku agama, kitab, cakera padat, pemacu cakera keras, banting, poster serta gambar dirampas untuk siasatan lanjut. Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pembabitan tiga lelaki tempatan berusia 30-an itu. Katanya, semua mereka diberitahu kesalahan serta ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu Maung untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth bagi diambil keterangan. |
Adik beradik tapi tak sama dalam politik Posted: 25 Mar 2013 06:00 PM PDT Khalid pula hanya mula bertanding pada pilihan raya 1986 dan selepas itu diikuti pula pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008. Tidak sepertimana Shahrir, Khalid tewas di ketiga-tiga percubaan dan hanya berjaya pada percubaan keempat pada tahun 2008 di parlimen Shah Alam dengan menumpaskan penyandang kerusi yang juga menteri pusat, Datuk Sri Aziz Shamsuddin. Sementara itu di Utara tanah air, kita juga bakal menyaksikan satu lagi pertembungan antara dua bersaudara iaitu antara Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, 49, dan juga abangnya Datuk Sahlan Ismail, 54, yang merupakan setiausaha politik kepada perdana menteri. Saifuddin buat masa ini adalah ahli parlimen Machang Kelantan. Kali ini, Saifuddin disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baru. kerusi yang kini disandang oleh Datuk Zulkifli Nordin yang melompat keluar PKR. Sementara abangnya, Sahlan Ismail, disebut-sebut akan diletakkan bertanding di Parlimen Pokok Sena atau pun Dewan Undangan Negeri Bukit Lada. Pokok Sena adalah tempat asal keluarga Saifuddin dan abangnya itu. Kerusi Pokok Sena kini disandang Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Mahfuz pertama kali memenangi kerusi itu pada tahun 1999 tetapi kemudian tewas pada 2004 sebelum merampasnya semula pada 2008. Berbanding Saifuddin, Sahlan agak terkemudian bergerak aktif dalam politik kepartian walaupun sebelum ini beliau sudah dikenali sebagai seorang fisilitator dan aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau telah berkhidmat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pegawai khas sejak 1995 lagi sebelum diangkat sebagai setiausaha politik pada April 2008. (MStaronline) |
DUN N SEMBILAN TERBUBAR MALAM ESOK Posted: 25 Mar 2013 05:51 PM PDT Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada tengah malam Rabu selepas tempoh penggal lima tahunnya berakhir, menjadikan ia yang pertama di negara ini dibubarkan secara automatik selepas pilihan raya umum 2008. Seramai 36 anggota DUN (ADUN) mengangkat sumpah pada 27 Mac, 2008 dan memulakan sesi pada 25 April, 2008. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selepas pembubaran itu, exco negerinya akan meneruskan tugas sebagai penjaga kerajaan negeri, seperti yang disediakan dalam perlembagaan negeri. "Saya akan terus kekal sebagai Menteri Besar, dan bersama saya adalah para exco, yang akan mengendalikan kerajaan dari hari ke hari. "Perlu ada penjaga kerajaan kerana kita perlu membayar gaji dan melihat beberapa perkara sepanjang tempoh itu... tanpa penjaga kerajaan, akan adanya anarki," kata Mohamad kepada para pemberita selepas menyampaikan zakat dan pembiayaan pengajian kepada pelajar yang menyambung pengajian tinggi di Timur Tengah pada Isnin |
Posted: 25 Mar 2013 05:45 PM PDT AlFatihah: Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) malam tadi akibat sakit jantung. Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam. Teringat pada pada 90-an, penulis pernah menaiki pesawat duduk di sebalah Allahyarham ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu.. Lalu berbuallah kami mengenai pelbagai perkara berkaitan negara dan dunia media. Pemikirannya kritis. Beliau masa itu kalau tidak silap saya masih menetap di sekitar Panji, Kelantan. Allahyarham meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu. Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi. "Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita. Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya. Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama. Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi ini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor. Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010. Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). - Bernama |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan