Selasa, 26 Mac 2013

Addin

Addin


Gambar Pertemuan Anwar Dan Nur Misuari Tersebar..

Posted: 26 Mar 2013 04:09 PM PDT


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

"Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian antara Filipina dengan MNLF.

"Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).

"Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina.

Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

"(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya," kata Anwar pada 'Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah' di Kota Kinabalu semalam.

Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

"Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN," seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.

Dalam pada itu, Anwar menasihatkan orang Islam dan masyarakat Kristian tidak mengambil sikap permusuhan, kerana isu sebenar ialah pencerobohan oleh gerombolan bersenjata.

"Kalau orang itu Kadazan, dia Kristian dan dia dianiaya, saya tak setuju. Kalau dia orang Islam Sulug, kita tetap bela.

Saya bukan lawan dengan orang Sulug. Saya lawan dengan sesiapa yang ceroboh pakai senjata dan ganggu gugat keamanan," kata Anwar disambut tepukan hadirin.

"Jangan fikir rakyat Sabah bodoh. Ini bukti politik kotor yang cuba nak cari jalan dan nak tangkap saya di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) tanpa ikat jamin," kata Anwar. ~keadilandaily 




Iklan C (ii)




Papagomo Sudah Cabut Lari?

Posted: 26 Mar 2013 08:28 AM PDT


Hari ni Fesbuk peribadi Wan Muhammad Azri telah hilang.. Masuk ni entah berapa kali Wan Azri bertukar tukar acc fesbuknya. Kenapa? Bukankah beliau bertegas beliau bukan PapaGomo? 

Bagi aku, kalau bukan PapaGomo, baik join kami SAMAN PAPAGOMO sebab gambar bekas isteri dan anak anak digunakan PapaGomo tanpa keizinan Wan Muhammad Azri.

TAPI LAIN PULA JADINYA..

Hari ini PapaGomo mula hidup dlm buruan. Mungkin ada janji atau perlindungan dari pimpinan tertinggi Umno, mungkin fulusnya masih seperti Ali Baba. Tetapi hal keadaannya menjadi kelam-kelibut, gerunkan bayang2 sendiri dan lari daripada tumpuan umum. Jiran sendiri pun terkejut. Dalam diam dia dah kosongkan rumah lari entah kemana. Mungkin ada rumah lain. Dia kan CEO. Tak pun tido kat opis kot..


Propa je lebih.. Aku tau rumah PapaGomo bukan ni!!

Hari ini Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR pula mendedahkan Papagomo mempunyai rekod imigresen yang sama dengan individu bernama Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris. Bukti rekod itu aku sedut dari Malaysiakini sebab aku x buat pendedahan yang ADVANCE camnih..


Menurut perbualan antara Team Erapasca dan Bellina Chin mengesahkan bahawa beliau akan menjadi saksi untuk mendedahkan PapaGomo dan segala keperluan bukti dari pihaknya telahpun disediakan untuk dibawa ke mahkamah. Ini bermakna Rafizi Ramli bukan cakap kosong, bukan sekadar gertak x bertempat..

Antara saksi yang sedia membantu di mahkamah nanti adalah bekas isterinya, keluarganya, kawan kawannya juga blogger2 yang sememangnya sudah lama nantikan saat saat indah di mahkamah bersama PapaGomo..

PapaGomo DISAHKAN akan bersara selepas ini kerana dalam penjara xde wifi..
Kih kih kiiiiiiiiiiihh!!!

~era pasca



Iklan C (ii)




Rafizi Ramli Pecah Tembelang Raja Petra

Posted: 26 Mar 2013 06:18 AM PDT

Dia cuma cakap ikut kepala dia saja.Itu rumusan paling tepat bagi menunjukkan bahawa artikel blogger dalam buangan (baca: pelarian) Raja Petra Kamaruddin sekali lagi berjaya dikantoikan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Raja Petra dalam artikel di laman Malaysia Today semalam mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kononnya pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari di Jakarta, Indonesia pada 16 Julai 2012.

Pertemuan itu diadakan di Hotel Crowne Plaza, Jakarta petang hari tersebut setelah ahli politik tempatan yang rapat dengan Anwar yang menjadi orang tengah kepada pertemuan yang turut dihadiri oleh beberapa jeneral tentera dan komando MILF.

Dalam artikel bertajuk 'The Untold Story of Lahad Datu Incident', Raja Petra mendakwa Anwar mengadakan perjumpaan sulit dengan Misuari kononnya Anwar meminta bantuannya supaya umat Islam keturunan Sulu di Sabah mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Sebagai balasannya, Anwar kononnya menjanjikan Misuari agar kesemua orang yang mengundi Pakatan Rakyat diberikan taraf kewarganegaraan dan penduduk tetap selain diberikan kad pengenalan tulen sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 20 daripada 25 kerusi parlimen dan 35 daripada 60 kerusi DUN.

Hanya dengan sekeping gambar, itu pun bukannya dari sumber sendiri tetapi dari gambar yang diambil dari Anwar Ibrahim Club, Raja Petra sudah boleh membuat rumusan bahawa Anwar sememangnya ada membuat perjanjian sulit seperti yang didakwa dalam blognya itu.Lagi pun peertemuan itu bukannya hanya mereka berdua sebaliknya Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhyono dan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta juga berada di dalam pertemuan tersebut!

Apakah terlalu bodoh Raja Petra mahu mengaitkan Susilo dan Horta dengan fitnah yang dibuatnya terhadap Anwar?Kemudian Raja Petra sekali lagi mendakwa pada 4 Ogos tahun yang sama, Anwar sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Misuari di Manila, Filipina kononnya Misuari mahukan kepastian (confirmation) sama ada tawaran Anwar akan ditepati atau sebaliknya.

Raja Petra kononnya memberi bukti siap dengan nombor penerbangan Anwar ke Manila menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 704 kononnya sebagai bukti bahawa Anwar pasti akan bertemu dengan Misuari di ibu negara Filipina itu.

Bagaimanapun dari kesemua 'pendedahan' yang dikeluarkan blogger yang dipercayai sudah berpaling tadah itu, tiada satu pun bukti, dokumen atau keterangan jauh sekali video menunjukkan bahawa Anwar sememangnya menjanjikan sesuatu kepada pemimpin selatan Filipina itu. ~jalan pulang




Iklan C (ii)




Pemimpin Umno Layan Puteri Umno Macam LEMBU.. Saksikanlah!!

Posted: 26 Mar 2013 05:05 AM PDT


Bangga dan Megah, mungkin itulah perasaan yang terdetik di dalam jiwa Puteri-puteri UMNO yang di bawa menaiki sebuah lori dalam satu program UMNO/BN..

Tetapi dalam masa yang sama mereka gagal menyedari bahawa mereka sedang dilayan sebagai binatang ternakan saja oleh pemimpin UMNO..Meskipun merekalah yang dikerah untuk bertungkus lumus dilapangan, namun layanan yang diterima mereka jauh lebih teruk dari yang diterima oleh Lembu-lembu yang diternak di NFC..


Mereka diangkut dengan lori tetapi lembu-lembu NFC diangkut menggunakan kenderaan mewah dari jenis Mercedes dan tinggal pula di Kondo Mewah.. Mana mungkin pemimpin UMNO tidak mampu untuk menyewa bas bagi mengangkut mereka itu kerana ada yang berkata 'Pemimpin UMNO kalau tak kaya itu bodoh namanya...'Berhentilah dari terus diperlembukan oleh pemimpin UMNO..



~anak sungai derhaka





Iklan C (ii)




Sah!! Papagomo Bakal Terlondeh Lagi..

Posted: 26 Mar 2013 03:02 AM PDT

PETALING JAYA, 26 Mac — Bekas isteri Papa Gomo akan memberikan keterangan terhadap bekas suaminya di mahkmah, dan dijangka akan mendedahkan identiti blogger berkenaan termasuk mendedahkan bagaimana laman blog pro Umno itu dibangunkan, kata Rafizi Ramli hari ini. Pengarah Strategi PKR itu turut mengemukakan bukti lain yang menyokokng dakwaannya bahawa nama sebenar "Papa Gomo" adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang merupakan bekas anggota polis yang korup dan pengundi hantu.

Bukti yang dikemukan dan keterangan bekas isteri di mahkamah, Bellina Omar Sharifuddin Chin akan memberiakn bukti identiti sebenar "Papa Gomo" yang didakwa dilantik kerajaan bagi menjatuhkan imej pembangkang menggunakan ruang siber.

"Buat masa ini, pelarian terkenal di negara ini adalah Papa Gomo. Tetapi dia mendakwa dia bukan Papa Gomo," kata Rafizi (gambar) dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Pemimpin PKR itu berkata beliau kini sedang berusaha mendapatkan rekod imigresen Papa Gomo, yang mana mempunyai maklumat lengkap brkenaan pergerakan keluar masuknya ke Malaysia sejak 2010, termasuk bukti anekdot seperti gambar yang diambil daripada laman web penulis blog tersebut, termasuk blog bekas isterinya.

Berdasarkan rekod imigresen jelas Rafizi, apabila dibuat perbandingan dengan Papa Gomo atau pendaftaran pemilih Wan Muhammad Azri dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), membuktikan lelaki itu pernah menjadi pengundi hantu dan didaftarkan sebagai pengundi sebanyak dua kali menggunakan dua kad pengenalan — kad pengenalan bekas polis, dan kad pengenalan awam.

Kedua-dua rekod SPR, bagaimanapun menunjukkan tarikh lahir yang berbeza dan dengan ejaan yang berlainan — Wan Muhd Azri Wan Deris, tarikh lahir 8 April, 1983, pada pendaftaran kad pengenalan polis, dan Wan Muhammad Azri Wan Deris, bertarikh lahir 21 Januari, 1983, pada pendaftaran kad pengenalan awam.

Rafizi berkata dengan semakan menggunakan kedua-dua kad pengenalan dalam rekod imigresen, menunjukkan orang yang sama, Wan Muhammad Azri, dan menunjukkan tarikh lahir sebenar lelaki tersebut adalah pada 21 Januari 1983.

"Oleh itu, memang ada individu yang dipercayai cuba untuk mengubah datanya di pangkalan data SPR untuk mengaburi usaha mengenal pasti pengundi hantu ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan perbezaan ejaan nama Wan Muhammad Azri dalam dua rekod SPR termasuk perbezaan tarikh lahir juga adalah cubaan untuk membolehkan lelaki itu mengundi dua kali dalam pilihan raya.

"Kita tidak boleh hanya menerima kenyataan SPR bahawa ini boleh berlaku daripada kesilapan manusia atau komputer ... ia tidak boleh menjadi kesilapan komputer. Jika kita gunakan cip MyKad, jika memberikan anda data sebenar seseorang individu.

"Apabila ia begitu berbeza, ia adalah sama ada kesalahan dalam data atau sengaja dimasukkan dalam berbeza," kata Rafizi.

Menjelaskan bagaimana beliau telah mengaitkan Papa Gomo dan Wan Muhammad Azri pada mulanya, Rafizi berkata semakan dokumen mahkamah lama telah menunjukkan semua maklumat dan surat-menyurat mengenai kes mahkamah rasuah Papa Gomo itu, yang menggunakan kad pengenalan polis telah dihantar ke alamat di Danau Kota.

Semakan selanjutnya menunjukkan bahawa rumah di Danau Kota telah didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam lelaki tersebut. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)




Ejen Umno Ugut Sebar Video Fitnah Seks Anwar Dan Nurul Izzah

Posted: 26 Mar 2013 01:01 AM PDT


Ini bukan perkara main-main tetapi kejadian ini benar-benar berlaku. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat cubaan beberapa ejen Umno yang mengugut akan menyebarkan beberapa rakaman video seks membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan juga anaknya, Nurul Izzah.

Tujuannya hanyalah satu, untuk memberi imej buruk terhadap kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut di mata masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, Saifuddin mendapat maklumat dua rakaman video dan puluhan gambar lucah kononnya dilakukan Anwar dan Nurul Izzah akan tersebar ke seluruh dunia.

Bukan setakat video Anwar dan Nurul Izzah, malah beberapa pemimpin KEADILAN turut disasarkan. Ejen Umno itu mendatangi Saifuddin kira-kira dua hari lalu dalam satu ceramah di Johor.

Tiga ejen tersebut meminta Saifuddin memasuki sebuah kereta kepunyaan mereka sambil menunjukkan beberapa ketika aksi seks dari video seks palsu itu.

Tambah Saifuddin lagi, ejen Umno sudah menyiarkan prebiu rakaman tersebut namun imej yang terpapar tidak jelas selain hanya berani mengugut akan menyiarkan keseluruhan kandungannya jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

Bagaimanapun Saifuddin enggan memberitahu apakah permintaan ejen Umno tersebut. Sebelum itu, Saifuddin menyatakan bahawa Umno mendapat maklumat bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13 ini.

BN dijangka hanya memperolehi sekitar 95 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 127 kerusi menurut sumber risikan yang bocor dari PDRM bulan lalu.

Antara modus operandi mereka untuk menafikan perkara tersebut dari berlaku adalah mengeluarkan seberapa banyak video seks palsu seperti yang pernah terjadi ke atas Anwar dan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Malah video seks palsu membabitkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga tersenarai dalam simpanan ejen Umno itu, malah ada yang sedang dalam pembikinan.

Ini jelas tindakan terdesak Umno untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat melalui penyebaran video seks palsu yang kini sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa.

Tidak mustahil sekiranya permintaan ejen Umno yang dipercayai diarahkan pemimpin tertinggi parti itu tidak dipenuhi, video seks palsu itu akan menjadi bencana terhadap kehidupan beragama di negara kita. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Panas!! Lagi Pendedahan Terbaru Siapa Sebenar Papagomo

Posted: 25 Mar 2013 10:22 PM PDT


Sentuh sedikit pasal Perbicaraan Husam vs PapaGomo rm10juta.. Lawyer defendan menegaskan anak guamnya Wan Muhammad Azri Wan Deris bukan PapaGomo di mahkamah semalam.

Kesian bila tengok berhempas pulas lawyer Wan Azri berhujah minta tangguh! Oleh kerana terlalu banyak bahan bukti baru yg dikeluarkan Team Erapasca, maka kes akan difailkan semula dan diupdate nama beberapa saksi yg baru dan bahan bukti baru. Part yang best bila Hakim menegur lawyer Wan Azri supaya memastikan anak guam (Wan Azri) hadir semasa perbicaraan!




AKU SEBENARNYA X SUKA CARA YANG AKU NAK BUAT NI TAPI SEKURANG KURANGNYA BIARLAH RAKYAT MALAYSIA TAHU BENAR ATAU TIDAK WAN MUHAMMAD AZRI TU BLOGGER PAPAGOMO ATAU HANYA INSAN BIASA YANG XDE KENE MENGENA NGAN DUNIA PERANG POLITIK SIBER..


Aku mendesak salah seorang antara PapaGomo atau Wan Azri mengaku ini anak perempuannya.. Kerana mustahil 2 lelaki yang berbeza mempunyai anak dan isteri yang sama pada waktu yang sama..

Adakah 2 lelaki ini bermadu? Lihat 2 gambar dibawah yang di print screen dari 2 video ketika anak pertama, Wan Cassandra menyambut hari lahirnya yang lepas..

Disisinya ketika itu adalah ibunya Bellina Chin dan ayahnya Wan Muhammad Azri Wan Deris..




Kurang jelas? Kabur? Biasalah.. Papagomo juga mulakan langkah dengan gambar yang kabur kabur je.. Tapi aku yakin, pendedahan gambar dibawah adalah lebih terang dan jelas banding gambar2 yang dikeluarkan blog fitnah milik PapaGomo.. ~era pasca

Baca pendedahan selanjutnya di sini.




Iklan C (ii)




Panas!! Umno Akan Di Haramkan Buat Kali Kedua?

Posted: 25 Mar 2013 06:50 PM PDT


Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 50 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan.


Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai 'Haramkan Umno'.

Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan.

Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.

Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang – undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa.

Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan semula organisasi Umno peringkat tertentu. Kemudian keadaan bertambah parah berikutan banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966.

Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno menjadi cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.

Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram.

Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan, cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di'back-dated'kan. Pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah.

Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut.

Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)

Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya?

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana – mana organisasi berdaftar di Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.

Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya.

Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis – ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram.

Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'.

Peranan semua:

1. Menyampaikan penerangan 'kenapa Umno organisasi haram?' ke seluruh pelusuk negara.

2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com

3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com

Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu.

Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.

Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota.

Sekian.

che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia





Iklan C (ii)




Individu Ugut Bunuh Mohon Maaf Pada Yasin

Posted: 25 Mar 2013 06:02 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menganggap komen ugutan bunuh dan fitnah yang diterimanya menerusi YouTube sebelum ini sudah selesai apabila individu tersebut telah memohon maaf kepadanya menerusi ruangan komen laman itu.

Yasin, 39, berkata, dia telah pun memaafkan kedua-dua individu tersebut dan menganggap mereka tidak faham maklumat sebenar yang ingin disampaikannya menerusi lagu Reformasi yang dimuat naik ke YouTube.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu itu apabila individu tersebut telah pun memohon maaf di ruang komen lagu tersebut di YouTube dan saya telah pun memaafkan mereka.

"Mereka mungkin tidak faham tentang maklumat sebenar yang ingin saya sampaikan sehingga menyebabkan mereka bertindak melulu mengugut saya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.

Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama 'Azzali Abdul Aziz' antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik' pula berkata, Yasin patut dibunuh.

Dalam pada itu, Yasin berkata, dia juga telah membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis berhubung isu itu dan berharap kedua-dua individu berkenaan sedar akan kesilapan mereka sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Yasin dia baharu sahaja melancarkan sebuah 'single' bersama penyanyi Faizal Tahir berjudul Berani selain melakukan kolaborasi dengan Maya Karin dalam lagu Demi Masa Ini. ~mStar




Iklan C (ii)




Lim Guan Eng Bakal Saman Semula Papagomo

Posted: 25 Mar 2013 05:56 PM PDT


Seperti Husam Musa dan Anwar Ibrahim, yang bertindak tegas bagi menyaman RM beratus juta bloger papagomo atau wan azri wan deris kerana fitnah dasyatnya setanding dengan fitnah dajjal di akhir zaman.

Dengan merujuk siri pendedahan demi pendedahan siapakah papagomo yang sebenar oleh tim era pasca, pihak pihak peguam anwar dan husam dapat mendapatkan bukti bukti kukuh lagi berfakta untuk menyabitkan bloger lucah yang tidak mengaku akan dirinya ini ke mahkamah.

Mengikut sumber maklumat yang terdapat pada kami, setelah mengambil kira siri pendedahan kami kepada orang ramai mengenai wajah sebenar papagomo berserta dengan segala bukti yang ada pada kami, yang mana husam musa telah membuat semakan saman semula kerana bukti yang kami dedahkan.

Lim Guan Eng bakal menyaman papagomo a.k.a wan azri wan deris sebanyak RM 50 juta kerana menfitnah dirinya dan juga anak lelakinya, kami di beritahu, selama ini tiadanya bukti kukuh untuk menyokong hujah, yang menyebabkan papagomo banyak terlepas saman saman maut dari pemimpin Pakatan Rakyat.

Tetapi dengan sebelas siri pendedahan bukti dan fakta dari tim era pasca ini, insyaallah akan lebih mudahlah kerja kerja peguam peguam plantif untuk segera mewritkan saman ke atas mahluk perosak agama bangsa dan negara itu.

Di khabarkan juga, khalid ibrahim, menteri besar selangor, dan yb batu tiga selangor bakal menyaman papagomo a.k.a wan azri sebanyak RM 20 juta seorang, kerana bukti telah terlalu kukuh, dan telah di buktikan bahawa wan azri wan deris 99% adalah papagomo.com.

Berikut siri pendedahan telus mulus tanpa protokol dari kami.. ianya juga boleh di jadikan sumber rujukan. ~era pasca


Klik sini untuk siri pendedahan Papagomo.



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: