PERAKITE |
PEKIDA ANTARA YANG HADIR PERTABALAN SULTAN BANTILAN 1 SULU Posted: 03 Mar 2013 10:06 AM PST Malaysia, khususnya Pekida kelihatan seperti kehilangan suara dalam isu pencerobohan juak2 Sultan Sulu di Lahad Datu. Bisu sehingga tidak menampakkan sebutir kata yang kental bersuara untuk membantah pencerobohan itu. Sebabnya baca je.... Pada tanggal 29 Okt 2012, berlaku pertabalanan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam. Keraian sdiadakan tiga hari berturut-turut iaitu pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, diikuti perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo pada hari kedua dan pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya dalam Rumah Bichara. Malaysia adalah antara para tetamu luar turut hadir meraikannya, selain tetamu dari Arab Saudi. Kumpulan tetamu dari Indonesia yang diketuai oleh Presiden Front Pembela Islam (FPI) merangkap Mufti Besar SSDI di Luar Negara iaitu Datu Paduka Maulana Shar'ie Habib Rizieq Syihab Al-Asy'ari Al-Syafi'e Al-Husseini tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Rombongan Mufti Besar dari Indonesia itu dijadual hadir kemudian atau pada 17 November 2012 sempena hari ulang tahun Kesultanan Sulu semenjak 1405, atau mereka datang pada tarikh yang dikira sesuai buat rombongan Habib dapat mengadap Sultan Bantilan II. Kehadiran tetamu ini adalah digarapkan untuk menyemarakkan lagi keinginan Tausug dan Kesultanannya menyempurnakan lagi sistem DARUL ISLAM SULU (SSDI). Kehadiran Habib Muhammad Tareeq Al-Husseini dari Jeddah Arab Saudi berjaya memeriahkan majlis Diraja SSDI selama tiga hari itu. Yang turut memeriahkan majlis ialah wakil dari Malaysia diketuai oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'. Sempena majlis Diraja ini NGO Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan untuk Hari Raya Korban tahun ini ialah Global Peace Mission dan FGN (Future Global Network) melalui SSDI terus kepada rakyat Jolo. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan