Sabtu, 30 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bola: Pahang VS T-Team Di Kuala Terengganu Hari Ini !

Posted: 29 Mar 2013 11:58 PM PDT


Panas: Dua Pemimpin NGO Anti Lynas Kini Jadi Calon PRU, Tan Bun Teat 'Pengerusi SMSL' Apa Cerita Pula !

Posted: 29 Mar 2013 11:26 PM PDT

KUANTAN, 30 Mac - Isu kontroversi kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini akhirnya telah memberi ruang kepada dua orang pemimpin NGO yang berjuang menentang projek tersebut bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Pemimpin terbabit ialah Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hijau dan Andasura Rabu, Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR). Wong Tack baru-baru ini telah diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding kerusi parlimen Bentong manakala Andansura pula diwar-warkan akan bertanding atas tiket PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah (Parlimen Indera Mahkota). Melihat kepada senario ini, maka ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan Pengerusi NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) iaitu Tan Bun Teat (foto)?. Apakah Pakatan Rakyat juga akan memberi ruang kepada beliau untuk bertanding pada pilihanraya umum ini nanti?. Sebelum ini SMSL dilihat menjuarai berbagai program berkaitan anti Lynas. Namun selepas NGO itu didaftarkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, kini SMSL dilihat semakin sepi dan tiada lagi aktiviti berkaitan dilihat sekarang ini. Malah, NGO yang dipimpin oleh Won Tack pula dilihat lebih menyerlah termasuk mengajak orang ramai berjalan kaki dari Kuantan ke Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan mereka baru-baru ini. Soalnya sekarang, kenapa SMSL tiba-tiba menyepi dari sebarang aktiviti selepas sekian lama mereka berjuang menentang projek tersebut?. Inilah yang menjadi kemusykilan dikalangan rakyat Kuantan sekarang. Malah, mereka juga turut mempersoalkan tentang apakah kewajaran dua pemimpin NGO terbabit menyertai kancah politik dan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Apakah perjuangan NGO berkenaan (Hijau dan Badar) selama ini adalah untuk kepentingan politik semata-mata?. Soalnya sekarang, kenapa Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh juga terlibat secara langsung dengan berbagai program anti-Lynas sedangkan sudah ada tiga NGO yang sepatutnya berbuat demikian di Kuantan. Malah, ada yang berkata Fuziah sepatutnya hanya memperjuangkan isu ini di parlimen dan bukannya di "atas padang" seperti yang dapat kita saksikan. Cukuplah dengan sokongan daripada ketiga-tiga NGO terbabit untuk mengajak rakyat berhimpun dan menenantang projek itu selama ini. Bila dikatakan isu Lynas dijadikan "millage politik" oleh pihak-pihak tertentu pasti ramai yang akan marah. Namun, lihat apa yang berlaku sekarang?. Tiga orang pemimpin gerakan anti Lynas kini akan bertanding di PRU-13, melainkan Tan Bun Teat seorang sahaja yang dilihat tidak berbuat demikian.


[Jika melihat kepada fenomena yang berlaku ini, maka sahlah  bagai dikataka oleh pihak berkenaan bahawa Lynas hanya mahu dijadikan isu politik bagi mempopularkan individu tertentu semata-mata. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah ketiga-tiga pemimpin ini akan menang atau sebaliknya. Bayangkan jika mereka kalah?. Apakah mereka layak untuk kembali mempimpin perjuangan rakyat menentang Lynas?. Sedangkan terbukti rakyat menolak mereka menerusi kertas undi?. Justeru, adalah diharapkan mana-mana pemimpin NGO yang mahu sertai politik atau menjadi calon pilihanraya agar melepaskan dulu jawatan masing-masing agar tidak menimbulkan fitnah dikemudian hari. Apapun, syabas dan tahniah kepada Tan Bun Teat yang tidak terikut-ikut untuk turut sama menyertai pilihanraya kali ini. Apapun, terdapat maklumat, ada orang kanan beliau yang akan bertanding sebagai calon bebas di salah satu parlimen dalam kawasan Kuantan kali ini. Maknanya, isu Lynas benar-benar dijadikan bahan kempen politik bagi meraih undi kali ini. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima dan dipengaruhi dengan isu ini. Sama-samalah kita nantikan keputusannya nanti].

Panas: Kenyataan "Hina Agama Hindu", Semua Pihak Gesa Tindakan Tegas Di Ambil Terhadap Zul Kulim !!

Posted: 29 Mar 2013 10:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mac - MIC dan PPP wajar meninggalkan Barisan Nasional (BN) ekoran kenyataan menghina terhadap tuhan orang-orang Hindu oleh Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin (foto) kerana Perkasa adalah UMNO. "Perkasa adalah Umno. MIC, PPP mesti keluar dari BN ekoran kenyataan menghasut yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin terhadap tuhan orang-orang Hindu," kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, anggota Parlimen Bukit Gantang. Nizar berkata demikian melalui twitternya hari ini. Sebelum ini, pelbagai badan bukan kerajaan mengecam kenyataan Zulkifli Nordin yang disifatkan menghina agama Hindu. Zulkifli berkata, kenapa orang Hindu tidak meletakkan patung tuhan-tuhan mereka di depan rumah mereka supaya banjir tidak melanda rumah mereka. Zulkifli sebelum ini dipecat oleh PKR dikatakan akan bertanding atas tiket UMNO di Kulim Bandar Baru dalam pilihan raya kali ini sebagaimana Datuk Ibrahim Ali yang akan bertanding di Pasir Mas atas tiket BN. Pelbagai pihak meminta tindakan diambil oleh pplis terhadap Zulkifli kerana ia satu kenyataan yang menghasut. Persatuan Presiden Hindu Sangam, RS Mohan Shah yakin tidak akan ada tindakan seumpama itu akan diambil kerana sebelum ini Zulkifli telah membuat kenyataan yang hampir sama. Namun, selepas laporan polis dibuat olehnya pada tahun 2011, tidak ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas beliau. Menurutnya, Hindu Sangam telah membuat laporan pada tahun 2011 ekoran satu video yang menunjukkan kenyataan Zulkifli yang menghasut, namun tidak ada sebarang tindakan. "Semua ini kerana Zulkifli adalah Naib Presiden Perkasa dan seorang anggota Parlimen," kata Mohan. Kenyataan Zulkifli juga dibantah oleh Pengerusi National Indian Rights Action Team (Niat) Thasleem Mohd Ibrahim yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. "Sebagai Muslim saya malu dengan kenyataan Zulkifli kerana Islam mengajar kita agar jangan menghina agama atau tuhan agama lain," kata Thasleem.


[Dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan dikala Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia makanya tindakan Zulkifli Nordin ini dilihat sesuatu yang tidak masuk dek akal. Tambahan pula beliau adalah seorang peguam terkenal dan pernah menjadi pemimpin politik di negara ini. Soalnya kenapa pemimpin Perkasa ini begitu berani menghina agama Hindu secara terbuka seperti ini?. Nampak benar beliau sengaja mahu membakar api perkauman dengan kenyataan panas seperti ini sebenarnya. Sewajarnya pihak polis melakukan siasatan dibawah akta hasutan terhadap kes ini, kerana ia jelas menyinggung perasaan penganut agama Hindu itu sendiri. Tindakan menghina agama lain boleh dianggap menghasut dan apakah kerajaan berani mendakwa pemimpin terbabit tatkala menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Mungkin juga Zulkifli Nordin akan dirahatkan pada PRU ini gara-gara kenyataan celuparnya yang dilihat boleh menyebabkan berlakunya undi protes kepada masyarakat kaum India terhadap BN pada PRU-13 ini. Pasti beliau akan dipersalahkan gara-gara keghairahannya membuat kenyataan tersebut jika BN tewas di kawasan tradisi majoriti kaum India. Kesilapannya pasti akan memberi impak besar terhadap BN pada PRU ini !].

Bekas Pengarah Pelajaran Di Lantik Presiden KIPSAS!

Posted: 29 Mar 2013 09:48 PM PDT

KUANTAN, 30 Mac - Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Yahya Zainal Abidin (foto) yang diwar-warkan bakal menggantikan tempat Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak untuk bertanding sebagai calon UMNO Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor dalam Parlimen Maran pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini telah terjawab apabila dengan rasminya akan dilantik menjadi Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) pada 1 April 2013 ini. Surat perlantikan beliau diserah dalam majlis di KIPSAS oleh  Setiausaha Kerajaan Pahang semalam (29 Mac). Apapun, PDO menyokong penuh perlantikan "orang akademik" seperti beliau untuk menerajui KIPSAS demi menaikkan mutu dan taraf pendidikan di kolej tersebut nanti hendaknya. 

Pecutan Terakhir: Anwar Ibrahim Di Kuantan Hari Ini

Posted: 29 Mar 2013 08:54 PM PDT

KUANTAN, 30 Mac - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) dijangka berada di sini hari ini (30 Mac) untuk menghadiri beberapa program terakhir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Beliau khabarnya akan berada di tiga lokasi berbeza iaiatu di Parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota. Difahamkan, ketiga-tiga kerusi parlimen itu akan akan ditandingi oleh PKR. Menurut sumber dalam PKR, Ketua Pembangkang itu akan bersama rakyat di program Sepetang bersama Dato' Seri Anwar di Green Rock Cafe, Sg Isap 2 sekitar jam 5.30 petang sebelum menunaikan Solat Maghrib dan mengadakan Tazkirah di Surau Pak Man Teh, Cherating . Manakala malam ini beliau akan tampil di dua lokasi ceramah iaitu di Markas PAS Balok Makmur dan Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang. Turut akan bersama beliau dalam ceramahnya di Balok ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Laksamana (B) Hj Emran bin Abd Hamid (Bekas Pegawai Kanan TLDM) dan Andansura Rabu (Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Indera Mahkota). Sementara itu di ceramah di Batu 11 pula dijangka akan turut dihadiri oleh Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang) dan Cik Murnie Hidayah Anuar iaitu, salah seorang peguam di dalam kes Scorpene. Difahamkan, malam ini juga Anwar akan turut mengumumkan Dato' Fauzi Abd Rahman sebagai calon PKR bagi kerusi parlimen Indera Mahkota menggantikan YB Azan Ismail yang kini mempimpin PKR  Terengganu. Sementara itu, Cik Murni Hidayah juga khabarnya akan diumumkan sebagai Calon PKR bagi kerusi Parlimen Paya Besar pada kali ini. Difahamkan, mengikut jadual asalnya Anwar dijangkan akan berceramah di Felda Lepar Hilir 1 malam ini. Namun akibat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan demi keselamatan pemimpin terbabit maka akhirnya program ditukar ke Taman Mahkota Aman.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan pada pilihanraya umum kali ini. Berbagai siri ceramah menjelang pembubaran parlimen telah diadakan di sana sini untuk tempoh beberapa hari ini. Malah, difahamkan anak Anwar iaitu Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai juga khabarnya akan turun ke Kuantan pada Isnin 1 April 2013 ini. Beliau dijangka berceramah bersama Penyelaras Solidariti Anwak Muda Malaysia (SAMM) iaitu Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) di sebuah Kedai Runcit, RRM Semambu (berhampiran Masjid Semambu). Sementara di sebelah petangnya (5.00 petang) mereka akan bersama rakyat di program HiTea di Restoran Ass Saiful, Bukit Setongkol (berhampiran Tunas Manja). 
[Nampaknya pada minit-minit terakhir permainan ini, PKR dilihat lebih menumpukan kepada kerusi yang mereka menangi pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Apapun, parti itu dijangka menghadapi tentangan sengit pada kedua-dua kerusi tersebut kerana Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh UMNO termasuk di Parlimen Kuantan pasti akan melakukan berbagai strategi bagi merampas kerusi yang menempatkan ibu negeri Pahang itu. Buat masa ini antara nama-mana pemimpin UMNO yang disebut-sebut akan bertanding di Indera Mahkota iaitu Dato' Hazmi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota sendiri dan Dato' Wan Adnan Wan Mamat, ADUN Tanjung Lumpur yang juga bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota sebelum Azan Ismail dulu. Sementara itu di kerusi parlimen Kuantan pula, UMNO yang bertanding semula di situ selepas kerusi tradisi itu diserahkan kepada MCA pada dua PRU yang lalu dijangka meletakkan sama ada Dato' Hamid Nazahar (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan) atau pun Dato' Suffian Awang (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO pusat). Harus diingat kedua-dua pemimpin itu ada kekuatannya kerana Dato' Hamid adalah orang kanan Dato' Hishamuddin Husein manakala Dato' Suffian pula orang kanan Perdana Menteri sendiri. Makanya sudah pasti pertembungan kali ini lebih hebat daripada pilihanraya terdahulu. Apakah PKR berjaya kekalkan kedua-dua kerusi itu, atau sebaliknya?].

Video: Mahathir Arah Buar Huru-Hara Dan Kematian!

Posted: 29 Mar 2013 01:11 PM PDT

Tiada ulasan: