Sabtu, 30 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kes bunuh Altantuya akan dibuka semula?

Posted: 30 Mar 2013 09:04 AM PDT


Mengulas mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu enam tahun lalu baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan ianya tidak boleh dibuka semula dengan sewenang-wenangnya.

"Kita kena tengok betul-betul, ada bukti baru tak, kalau ada bukti kukuh yang dikemukakan kepada kita, tidak ada masalah,"

Dan hari ini dalam satu kenyataan media Presiden Majlis Peguam Christopher Leong telah menegaskan bukti baru adalah mencukupi untuk membolehkan Peguam Negara membuka semula kes tersebut.

"Pendedahan oleh Deepak dan juga Mendiang P. Balasubramaniam serta Americk Singh Sidhu adalah mencukupi untuk mewajarkan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa,"

Kes ini telah menyaksikan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar, 39, dan Azilah, 34, disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam pada 10 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.

Namum begitu persoalannya apakah Motif Altantuya dibunuh oleh mereka?..

dan siapa arahkan Altantuya dibunuh??


'Enough proof to reopen Altantuya case'

PETALING JAYA: The Malaysian Bar Council today established there was sufficient new evidence for the attorney-general to reopen investigations in the 2006 murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu.

"The revelations by Deepak Jaikishan, the late P Balasubramaniam, and Americk Singh Sidhu raised sufficient concern to warrant further investigations by the authorities," Bar Council president Christopher Leong said in a statement today.

"Such further investigations may or may not lead to anything new, but we would only know if additional investigations are in fact undertaken," he added.

Leong was responding to the Attorney-General's Chambers statement on Wednesday that it would consider reopening investigations into Altantuya's gruesome murder only if there was new evidence.

Attorney-General G Abdul Gani Patail said this after the Bar Council urged him to reopen the murder case following revelations from the late Balasubramaniam's lawyer, Americk, at the council's annual general meeting.

Americk had claimed that senior lawyer Cecil Abraham was responsible for drafting the private investigator's second statutory declaration (SD) in 2008.

The second SD had reversed all claims made in Balasubramaniam's first SD, which had implicated Prime Minister Najib Tun Razak in Altantuya's murder.

"Thus, the issue presently is not whether the AG has the discretion [to reopen investigations], but whether there is sufficient cause for him to do so," Leong said.

Leong pointed out that businessman Deepak's reaffirmation to the media that Balasubramaniam's second SD was written to recant the first SD, as well as his role in the matter, was already considered as new evidence.

Deepak had claimed late last year that Rosmah Mansor, the wife of the prime minister, had requested him to persuade Balasubramaniam to write the second SD.

While Rosmah had not refuted Deepak's allegation, she wrote in her biography that she played no direct role in Altantuya's murder.

Question of motive

"Taken at face value, such revelations may speak to the possible motive for the events that led to the demise of Altantuya Shaariibuu," said Leong.

He stressed that the question of motive had been unsatisfactorily dealt with when two police officers were found guilty by the High Court of murdering Altantuya. The third accused Abdul Razak Baginda, a close associate of Najib, had been acquitted.

"The High Court stated: 'Whatever his motive was, it is a matter of law that the 'motive' although relevant has never been the essential to constitute murder'," quoted Leong.

But Leong pointed out that motive might be important in cases where there was doubt as to whether a person had the intention to commit a crime, or where there were questions as to whether there might be more people connected with or involved in the crime, and the nature or extent of such connection or involvement ~ Free Malaysia Today

Selagi UMNO/BN kekal berkuasa.. jangan diharap akan kes ini akan dibuka semula..

Persoalan yang sedang bermain difikiran ramai rakyat Malaysia.. Apakah Motif Altantuya dibunuh oleh dua bekas anggota UTK itu pasti akan terjawab bila UMNO/BN tidak berkuasa lagi..

Oleh itu tumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya ini!!

LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pahang

Posted: 30 Mar 2013 07:06 AM PDT

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang di Indera Mahkota dan Paya Besar.

Live Siri Jelajah Merdeka Rakyat boleh tonton di bawah. 9.00-12.00 mlm (30 Mac 2012)

Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Felda Lepar Hilir 1, Gambang

Barisan Penceramah: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman, Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abdul Hamid, YB Fauziah Salleh, YB Leong Ngah Ngah, Ustaz Mokhtar Senik, YBhg Andan Sura dan YBhg Murni Hidyah Anuar




Kalau tak boleh lihat sila klik di ( SINI )

10 Minit untuk Pakatan, Lawak Bodoh Rais Yatim kata Proffesor UMS

Posted: 30 Mar 2013 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Mac — Jangkauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengecut berbanding Internet mungkin tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata penganalisis, mengulas tindakan pembangkang persekutuan itu menolak tawaran 10 minit Putrajaya bagi semua parti politik untuk membentangkan manifesto pilihan raya mereka di televisyen nasional.

Penonton luar bandar dilihat membentuk blok sokongan tradisional Barisan Nasional (BN)kini tidak hanya terhad kepada radio atau program televisyen di stesen penyiaran nasional kerana penggunaan internet telah meluas ke seluruh negara menyebabkan capaian terhadap media baru dan media sosial melebar.

Prof Madya Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak bersetuju dengan pandangan konvensional parti PR telah melepaskan peluang untuk mendapatkan lebih banyak undi melalui masa penyiaran RTM.

"Bagi saya, ianya masih rendah berbanding Internet, SMS, Facebook, Twitter," katanya dan menambah media sosial yang beliau nyatakan mencapai 91 peratus penggunaan.

Rakyat Malaysia yang bergantung kepada televisyen dan radio sebagai sumber maklumat politik masing-masing hanya 24 peratus dan 53 peratus, kata timbalan dekan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni kepada The Malaysian Insider, memetik kajian nasional dilakukan oleh universitinya tahun lepas.

Menurut maklumat dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia adalah di antara negara tertinggi menggunakan Internet dan telefon bimbit di Asia.

Kadar penembusan jalur lebar negara dicatatkan pada 66 peratus daripada kira-kira 6.74 juta isi rumah atau 21 peratus daripada 29 juta orang penduduk pada suku keempat tahun 2012, berdasarkan angka daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) manakala pemilikan telefon pintar berdiri pada 27 peratus tahun lepas, menurut pasaran penyelidik AC Nielsen.

Sebagai perbandingan, penyiar kebangsaan RTM dengan dua saluran televisyen mempunyai 21 peratus penonton, manakala stesen televisyen swasta mengawal lebih daripada 70 peratus pasaran, lapor harian Bahasa Inggeris New Straits Times pada April lepas. Laporan Bernama pada Januari 2008 meletakkan dua saluran RTM menggabungkan bahagian pasaran pada 26 peratus.

Shaharudin mencadangkan, PR boleh meneruskan menyampaikan mesej di bawah melalui muka ke muka, menyatakan kajian sama 2012 telah meletakkan kepentingan menyebarkan risalah, lawatan pintu ke pintu dan mengadakan ceramah masing-masing pada 80 peratus, 75 peratus dan 70 peratus.

Ahli akademik itu juga berkata, masa 10 minit untuk setiap parti politik menjelaskan manifesto mereka adalah terlalu pendek.

Walaupun beliau meragui lanjutan masa siaran akan memberi apa-apa perbezaan kepada PR atau membantu pakatan pembangkang memenangi lebih banyak sokongan daripada pengundi luar bandar, Shaharuddin berkata ia akan menunjukkan kepada pengundi "keterbukaan" BN.

Penganalisis komunikasi politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Badaruddin Othman bersetuju penolakkan PR terhadap tawaran kerajaan menyebabkan kehilangan peluang untuk sampai kepada pengundi atas pagar dan luar bandar.

Akan tetapi beliau mengatakan ianya bukan kehilangan besar, menegaskan pembangkang telah menggunakan kaedah lain dalam pilihan raya lalu.

"Walau bagaimanapun, penarikkan diri PR dalam program 10 minit itu bukanlah satu kehilngan besar kerana PR tidak pernah diberikan peluang dan ruang dalam media arus perdana sebelum ini.

"PR masih lagi yakin dengan kaedah menyebarkan maklumat politik dan manifesto melalui kaedah sedia ada," kata Mohd Badarudin.

Seorang lagi penganalisis Prof Dr Jayum A Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mengatakan PR juga tidak akan kalah kepada BN seperti beberapa dekad yang lalu, walaupun mereka tidak mengambil tawaran masa siaran RTM.

Beliau menegaskan komunikasi bukan lagi "monopoli" kerajaan BN.

"Saya tidak fikir ini menyebabkan kekurangan kepada mereka," katanya dan menambah, "Mereka akan mempunyai cara lain untuk mencapai pengundi luar bandar." Jayum berkata kerajaan tidak perlu bimbang pemimpin akan membuat kenyataan berapi-api atau membuat tuduhan yang tidak adil apabila bercakap secara langsung, kerana terdapat undang-undang untuk berurusan dengan situasi sedemikian.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah memberi amaran terhadap membuat kenyataan memfitnah, kenyataan menyentuh keselamatan negara atau isu-isu sensitif, memperkecilkan hak asasi manusia atau menghina Yang di-Pertuan Agong apabila beliau mengumumkan tawaran 10 minit di televisyen kepada parti politik untuk membentangkan manifesto Pilihan Raya 2013 mereka.

"Tawaran adalah baik tetapi saya rasa tawaran tersebut tidak perlu bersyarat. Kita mesti matang, kita mesti benarkan pemimpin parti untuk menjelaskan kepada rakyat tanpa apa-apa sekatan," kata Jayum dan membangkitkan tentang ketakutan PR terhadap video rakaman awal akan diedit.

"Isu sebenarnya adalah rakyat berhak untuk mendengar mesej dari semua parti politik yang bertanding," katanya.

Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak juga mengatakan waktu siaran yang diberikan kepada PR untuk membuat pembentangan adalah terlalu pendek, menyatakan kebimbangan pembangkang adalah masa siaran dan kemungkinan video rakaman akan diedit.

"Saya fikir ianya adalah lawak sinikal bagi pihak kerajaan untuk menyatakan itu, untuk menawarkan hanya 10 minit.

"Bagaimana sesiapapun mahu menyampaikan mesej dalam 10 minit?" soal beliau.

Aeria berkata beliau menyokong untuk reformasi total industri media dan menggesa Putrajaya untuk menghapuskan lesen penerbitan tahunan yang dikehendaki oleh undang-undang, serta menghalang parti politik daripada mengawal kepentingan dalam syarikat-syarikat media seperti yang dilihat pada masa ini.

"Mereka perlu berhenti mengawal media," katanya, merujuk kepada kerajaan BN.

Minggu lepas, beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider media sosial dan Internet mempunyai kesan terhad sebagai alat kempen politik, walaupun mempunyai jangkauan luas.

Statistik terbaru SKMM menunjukkan orang-orang di kawasan bandar menguasai pengguna internet di negara ini, menjadikan sehingga 89.7 peratus berbanding penduduk luar bandar pada kadar 10 peratus pada tahun 2009.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengakui bahawa sesetengah pengundi luar bandar kekurangan akses internet, tetapi berkata parti itu berharap bahawa akan ada menjadi "kesan riak" dari bandar ke kawasan luar bandar, berikutan pelancaran Ubah.TV stesen televisyen internet semalam.

Pengundi di kawasan bandar cenderung untuk condong ke arah pembangkang, manakala kerusi luar bandar kebiasaannya merupakan kubu kuat BN boleh memainkan peranan yang besar dalam menentukan siapa yang menang Pilihan Raya 2013.

Pemimpin pembangkang seringkali merungut tentang kurangnya laporan adil dan peruntukkan masa siaran dalam medium tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio – sumber arus perdana yang dikawal oleh gabungan pemerintah BN yang bergantung kepada pengundi luar bandar.

~ The Malaysian Insider

Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat dalam Bahasa Arab..

Posted: 29 Mar 2013 09:18 PM PDT


Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP.

Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.

Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. - DCM

Tiada ulasan: