Pahang Daily Online |
- Video Panas Tragedi Pencerobohan Sabah Tersebar!
- Penduduk Bunuh Penceroboh, Mana Polis & Tentera!
- Rakyat Sabah Tidak Perlu Bimbangkan Keselamatan
- Sultan Sulu Dakwa "Empat Rakyat Malaysia" Di Tawan
- Insiden "Pencerobohan Sabah", Laporan TV Filipina !!
- Hits Pelawat 80 Juta Ke Portal UMNO Mengelirukan !
- Panas: Sabah, Kenapa Baru Sekarang Menuntut Hak !
- Panas: Dua Lagi Anggota Polis "Di Tembak" Di Sabah !
- Panas: Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terkorban Dalam Pertempuran Di Semporna Sabah Malam Tadi !
- Wira Terkorban: P.Pinang Sumbang Dana RM30,000 !
- Hishamuddin Gesa Tentera Sulu Letakkan Jawatan !!
Video Panas Tragedi Pencerobohan Sabah Tersebar! Posted: 03 Mar 2013 04:42 AM PST |
Penduduk Bunuh Penceroboh, Mana Polis & Tentera! Posted: 03 Mar 2013 04:36 AM PST [Seorang penduduk sebuah Kampung Senallang Lama, Semporna berjaya menumbangkan seorang penceroboh yang sebelum itu mengancam nyawa penduduk dengan senjata M-16 dan pelancar roket. Dalam insiden pukul 7 pagi, lelaki berpakaian hitam dalam lingkungan 60 tahun melepaskan beberapa das tembakan sebelum mengarahkan penduduk berkumpul di kawasan lapang. Ketika lelaki itu alpa, beberapa penduduk menerkam dan membelasahnya hingga mati. Persoalannya sekarang kemana perginya anggota keselamatan yang sepatutnya menjaga rakyat Sabah. Jika akhirnya penduduk sendiri terpaksa menggempur penceroboh terbabit, maka apa tugas polis dan tentera. Inilah perkara panas yang memusykilkan rakyat Sabah sekarang ini. Maka itu, wajarkah kerajaan mengatakan rakyat Sabah terutamanya di kawasan terbabit usah gusar dengan keselamatan mereka. Jika ini keadaannya, maka tidak mungkin rakyat boleh menerima kenyataan yang diperkatakan itu. Kini masing-masing terpaksa mempertahankan diri sendiri kerana tidak yakin dengan usaha yang dilakukan oleh pasukan keselamatan sekarang ini. Apapun, diharap insiden ini dapat selesai segera sebelum pilihanraya umum ke-13 akan datang. Jika tidak sudah pasti ramai yang tidak kelyar mengundi kerana takutkan ancaman keselamatan diri dan keluarga]. |
Rakyat Sabah Tidak Perlu Bimbangkan Keselamatan Posted: 03 Mar 2013 04:24 AM PST |
Sultan Sulu Dakwa "Empat Rakyat Malaysia" Di Tawan Posted: 03 Mar 2013 04:09 AM PST LAHAD DATU, 3 Mac - Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad. Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh. Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III (foto), berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'. Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu. Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak. "Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini. "Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya." Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini. Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain. Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini. Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera ditempatkan di beberapa buah kawasan di pantai timur negeri itu. sumber BATALION TAMBAHAN...Sekumpulan tentera daripada 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa, berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di Kelantan hari ini. Mereka antara kumpulan tambahan yang dihantar bagi menangani krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah ketika ini.- Foto BERNAMA |
Insiden "Pencerobohan Sabah", Laporan TV Filipina !! Posted: 02 Mar 2013 11:32 AM PST |
Hits Pelawat 80 Juta Ke Portal UMNO Mengelirukan ! Posted: 02 Mar 2013 10:39 AM PST [Ramai pihak terutamanya pada pengundi atas pagar yang berkunjung ke laman blog portal UMNO-Online "Infromasi Merentas Masa" hairan dengan jumlah kunjungan pelawat ke portal terbabit yang dilihat tidak munasabah dengan kenyataan sebenarnya. Bayangkan, sebanyak 80,230,660 juta pelawat telah memasuki protal terbabit sejak 1 Januari 2009 hingga 13 Februari 2013. Anehnya terdapat satu lagi kaunter pelawat yang menunjukkan jumlah pengunjung seramai 16,441 hits sahaja. Malah ketika kunjungan PDO ke portal terbabit, hanya terdapat 16 pelawat sedang online. Makanya disini, benarkah jumlah kunjungan pelawat sebanyak 80 juta seperti yang dipaparkan. Atau, admin portal terbabit terpaksa mengubah angka itu untuk menipu pembaca. Lagi pun jumlah 80 juta itu amat musykil sekali kerana ahli UMNO sendiri pun sekitar 3 juta lebih sahaja sekarang ini. Malah, jumlah tersebut hampir empat kali ganda daripada jumlah rakyat Malaysia sendiri andai kesemuanya masuk ke portal berkenaan. Inilah yang mengelirukan, namun apakah motif admin memaparkan jumlah itu sedangkan umum mengetahui jumlah yang tertera amatlah tidak logik dan masuk dek akal. Namun, jika benarlah jumlah pelawat sebegitu ramai makanya harapan untuk UMNO BN mengekal kuasa selepas pilihanraya umum ke-13 ini nanti pasti akan tercapai. Ini kerana mereka mempunyai begitu ramai peminat yang sudah mula beralih arah untuk menyokong transformasi yang dibuat oleh PM Najib Razak. Untuk bukti dan maklumat lanjut tentang perkara ini sila klik DI SINI sekarang]. |
Panas: Sabah, Kenapa Baru Sekarang Menuntut Hak ! Posted: 02 Mar 2013 09:37 AM PST Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram (foto) terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. [Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Apakah ia ada kaitan dengan maklumat Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang?. Apapun, segalanya kini penuh dengan kemusykilan dan misteri!. Hanya mereka yang memahami sahaja tahu jawapannya. Fikirlah dengan fikiran yang waras, kenapa ini berlaku?. Adakah ada usah auntuk menghalang seluruh rakyat Sabah untuk melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum nanti agaknya?. Pasti ada muslihatnya]. sumber |
Panas: Dua Lagi Anggota Polis "Di Tembak" Di Sabah ! Posted: 02 Mar 2013 09:04 AM PST LAHAD DATU, 3 Mac - Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam serangan hendap yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Kampung Simunul, Semporna pada pukul 7 petang Sabtu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (foto) berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke kampung berkenaan untuk mencari beberapa individu yang dilaporkan memiliki senjata api. "Anggota polis memasuki kampung itu dan ketika mereka sedang berjalan di atas titi gantung mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera. "Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," kata Hamza. Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan. Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan. Situasi di pantai timur Sabah semakin meruncing apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Sultan Sulu menyerang pasukan keselamatan Malaysia, dalam insiden tersebut dua anggota polis komando terkorban sementara 12 pengikut kumpulan berkenaan dilaporkan terbunuh. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah. Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ. "Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. "Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya. Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan telah pun tercedera. sumber [Nampaknya isu pencerobohan di Sabah semakin panas dengan perkembangan terbaru ini. Persoalannya, kenapa sejak dari awal lagi pihak keselamatan di Malaysia tidak menghalang kemasukan beramai-ramai warga Filipina ke negara ini?. Kenapa perairan negara kita begitu mudah dicerobohi jika tiada dalang yang bertanggungjawab. Ramai pihak yang mengatakan sebenarnya kemasukan penceroboh terbadit ada kaitan dengan pilihanraya umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia bagi menakutkan rakyat Sabah untuk melakukan perubahan dan akhirnya rela kekal dengan kerajaan yang sedia ada. Berbagai persepsi yang dicetuskan di laman sembang sosial sekarang ini. Apapun, diharapkan agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan egas untuk mengusir penceroboh yang semakin berani bertindak melampaui batas seperti ini. Rakyat Sabah terutamanya yang mendiami lokasi berhampiran kini berada dalam ketakutan akibat tragedi ceroboh yang tidak pernah mereka duga ini sebenarnya]. |
Panas: Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terkorban Dalam Pertempuran Di Semporna Sabah Malam Tadi ! Posted: 02 Mar 2013 08:53 AM PST KUALA LUMPUR, 3 Mac - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi. Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan. Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti. Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara. Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh. Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat dan juga Sarjan Sabarudin Daud. sumber [Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas untuk menghalau pencerboh yang semakin mengganas ini. Jika tidak, bukan sahaja anggota keselamatan yang menjadi mangsa malah mungkin rakyat juga akan terlibat selepas ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada anggota keselamatan kita yang senantiasa berusaha keras untuk memastikan tidak berlaku pertumpahan darah dalam insiden ini. Namun, kini sudah tiga orang anggota keselamatan yang menjadi mangsa. Apakah kerajaan boleh berlembut lagi dengan mereka yang terbabit?. Maka, sudah tiba masanya tindakan keras yang lebih munasabah diambil demi menjaga keselamatan rakyat yang kini hidup dalam ketakutan di sana. Diharapkan, kejadian ini memberi pengajaran kepada kerajaan agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menjaga perairan negara agar ia tidak dicerobohi pada masa-masa yang akan datang. Ambillah ikhtibar atas kejadian ini dan bersedialah lebih awal dalam menghadapi segala kemungkinan yang berlaku]. |
Wira Terkorban: P.Pinang Sumbang Dana RM30,000 ! Posted: 02 Mar 2013 08:22 AM PST |
Hishamuddin Gesa Tentera Sulu Letakkan Jawatan !! Posted: 02 Mar 2013 08:16 AM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan