Pahang Daily Online |
- Sah: Lim Kit Siang Bakal Bertanding Di Gelang Patah !
- Panas: Penyanyi Kumpulan FTG Isytihar Sertai PAS !!
- Syahid: Najib 'Persoal Kenyataan' Datuk Harun Taib !
- Panas: Dr.Asri Tidak Tanding Pilihan Raya Umum Ini !
- ADUN Tras: Belia Melayu Mula Kibarkan Bendera DAP
Sah: Lim Kit Siang Bakal Bertanding Di Gelang Patah ! Posted: 18 Mar 2013 09:29 AM PDT [Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang akan menjadi calon Pakatan Rakyat bertanding dalam kerusi parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya umum akan datang. Penasihat PKR membuat pengumuman itu dalam ucapannya semasa sambutan ulang tahun kebangsaan DAP di Taman Sutera Utama di Skudai di sini pada Isnin. "Ya, terdapat salah faham antara DAP dan PKR mengenai isu yang ada kerana Gelang Patah adalah kerusi PKR. "Tetapi selepas menerusi beberapa perbincangan antara parti, kami mengadakan situasi menang-menang. "Tidak kira sama ada DAP atau PKR memegang kerusi itu. Apa yang penting adalah Pakatan menang," katanya. Tan Ah Eng dari MCA kini merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah. Dilaporkan pada Ahad bahawa penasihat DAP itu akan bertanding di Johor bagi mempertingkatkan peluang parti dalam pilihan raya umum. Cakap-cakap menyatakan bahawa beliau sedang melihat prospek untuk bertanding dialam kerusi parlimen Kulai, Gelang Patah atau pun parlimen Bakri]. |
Panas: Penyanyi Kumpulan FTG Isytihar Sertai PAS !! Posted: 18 Mar 2013 03:17 AM PDT |
Syahid: Najib 'Persoal Kenyataan' Datuk Harun Taib ! Posted: 18 Mar 2013 02:21 AM PDT PUTRAJAYA, 18 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'. Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac. Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara. "Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno. "Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing," katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini hari ini. Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara. Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata Lahad Datu, baru-baru ini. |
Panas: Dr.Asri Tidak Tanding Pilihan Raya Umum Ini ! Posted: 18 Mar 2013 02:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mac -Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus mengakhiri spekulasi banyak pihak. Beliau sebelum ini ada disebut-sebut akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat. Umno pun dilapor pernah cuba untuk memikat beliau. Spekulasi itu menjadi perhatian sejak pertengahan tahun 2010. "Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online kelmarin. Dalam pertemuan ini, Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia mengakui pernah ditemui oleh pemimpin kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR). Sehubungan itu kata Asri, beliau mahu memainkan peranan sebagai golongan pemikir yang dapat menegur kerajaan yang memerintah. Beliau merupakan antara tokoh agama yang disebut-sebut akan bertanding pada PRU-13. Kata Asri, selain beliau, beberapa pihak terlibat dalam 'kumpulan pemikir' ini, yang akan bertindak memberi pandangan kritis dan kritikal terhadap kerajaan. "Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis," tambah Dr.Asri lagi. sumber |
ADUN Tras: Belia Melayu Mula Kibarkan Bendera DAP Posted: 18 Mar 2013 01:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mac - Kefahaman terhadap prinsip dan perjuangan DAP semakin mendapat tempat di kalangan remaja Melayu di beberapa kampung di Pahang apabila mereka sanggup memasang bendera dan memakai baju berlogo parti itu. "Kami mula melihat perkembangan menarik itu. Pemuda Melayu semakin boleh menerima DAP. Mereka berani tampil ke hadapan dan membuat kerja sukarela parti. "Mereka sanggup bersaing, perang bendera dengan BN. Ini petanda baik kerana sebelum ini tidak pernah berlaku," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Tras, Choong Siew Onn (foto). Menurut beliau, memang secara tradisinya kampung Melayu dianggap kubu kuat UMNO tetapi realiti yang sedang berlaku di Pahang kini sesuatu yang positif bagi DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. "Dalam ceramah, selain isu semasa, kita biasanya tekankan prinsip perjuangan parti. Kita jelaskan bahawa DAP bukan parti Cina seperti yang selalu dituduh UMNO, kita alu-alukan orang Melayu sertai DAP," ujar beliau ketika ditemui. Ditanya mengenai generasi muda FELDA pula, Choong berkata, maklum balas yang diterima menunjukkan ramai generasi kedua FELDA mahu kehidupan yang lebih baik dan terjamin. "Mereka bukan tidak berminat untuk usahakan tanah FELDA tetapi ada kekurangan di situ. Kalau harga komoditi sawit tidak setanding dengan Indonesia atau tidak stabil, inilah kelemahannya. "Bagi mereka yang berpendidikan, mereka mahukan sesuatu yang lebih setimpal. Mereka mahu kehidupan yang setanding dengan negeri maju seperti di Selangor dan Pulau Pinang, sekurang-kurangnya mereka boleh mencuba pelbagai bidang dan peluang kerjaya," jelas beliau lagi. sumber |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan