Muslimeen United |
- PRU13 Di Tangguh?
- Liwat II: Bapa Saiful dedah hanya konspirasi
- Lagi ceramah Pakatan diganggu malam tadi
Posted: 08 Mar 2013 01:21 AM PST MUAR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat (PR) berkaitan konflik di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai penyebab kerajaan melewat-lewatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pembubaran Parlimen. "Kita (PR) dah tunggu lepas sambutan Cap Goh Meh tapi tidak bubar juga, hendak tunggu bila lagi. "Dun Johor bubar 21 haribulan (Mac) ni, takkan nak biar Dun Johor terbubar macam itu saja? "Saya rasa apa yang berlaku hari ini membuktikan Barisan Nasional (BN) benar-benar takut berdepan dengan PR dan sebab itu mereka melengah-lengahkan pembubaran Parlimen," katanya. Salahudin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen dan jangan jadikan Sabah sebagai alasan perlembagaan digantung dengan mengisytiharkan darurat supaya PRU13 ditangguhkan. Menurutnya, PR sedia bersama memikirkan cara terbaik menjaga keselamatan negara daripada pencerobohan. Katanya, sikap tidak menjelaskan peristiwa sebenar di Lahad Datu juga antara punca timbul pelbagai spekulasi. "Majlis Tertinggi PR adakan mesyuarat tiga hari lalu dan desak keluarkan kenyataan supaya orang tahu, kita tak nak tuduh siapa salah. "Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menjawabnya di Parlimen tetapi beliau tak buat," katanya. ~sinar harian |
Liwat II: Bapa Saiful dedah hanya konspirasi Posted: 08 Mar 2013 01:16 AM PST KUALA LUMPUR: Fitnah Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik. Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim. Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar. Katanya lagi, Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut. Kata Azlan, pihak yang dinamakan itu merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap nwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan Saiful Bukhari. Mengulas lanjut, Azlan yang sebelum ini turut mengikuti perjalanan perbicaraan kes Anwar-Saiful berkata, tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua. Kata Azlan, pendedahan itu dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah. Dakwanya lagi, segalanya dirancang dengan begitu rapi dan ia dilakukan dengan begitu terancang sekali. Sambil menyatakan beliau tidak mahu bersekongkol dalam kes itu, Azlan berkata beliau merasakan ada yang tidak kena sejak empat tahun mengikuti perbicaraan bersama peguam. Katanya lagi, terdapat dalang dalam kes ini dan beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini. "Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini)," kata Azlan. -Hrkh |
Lagi ceramah Pakatan diganggu malam tadi Posted: 08 Mar 2013 01:16 AM PST Dalam satu lagi kejadian keganasan politik, sekurang-kurangnya seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka malam tadi, selepas ia diganggu samseng yang dikatakan dari Umno. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam kejadian pada kira-kira jam 9 malam itu, batu dan objek lain dilemparkan pada bas kempen 'Jelajah Merdeka' parti itu, mengakibatkan tingkapnya pecah. Beliau memberitahu satu sidang akhbar bahawa kejadian itu menyebabkan serpihan jatuh ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya dan petugas lain - sesetengahnya mengalami luka kecil. Bagaimanapun, Anwar yang sedang menuruni tangga bas dua tingkat pada masa itu, tidak cedera. Saifuddin berkata ini adalah serangan keenam ke atas bas tersebut sejak ia dilancarkan pada Ogos tahun lepas. Serangan sebelum ini berlaku di Perak, Johor dan Kelantan, manakala insiden ini adalah yang kedua berlaku di Melaka. Apabila bas itu ditunjukkan kepada pihak media di luar ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, pintu dan tingkap dek atas pada sebelah kiri, didapati pecah, manakala tingkap depan dek atas retak. Manakala gambar yang disiarkan oleh penyokong Pakatan di Facebook menunjukkan seorang lelaki berdarah di kepalanya selepas dikatakan terkena batu. Berita Harian melaporkan bahawa dua anggota polis, yang telah ditempatkan untuk menjaga keselamatan di ceramah itu, cedera dan dimasukkan ke hospital selepas batu yang dipercayai dibaling oleh "penyokong sebuah parti politik" mengenai kepala mereka. Akhbar itu memetik Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Salehuddin Abd Rahman sebagai berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11.15 malam ketika Anwar baru sahaja selesai ucapannya dan sedang beredar untuk ke Sungai Udang. Kenyataan yang dikeluarkan PAS Kawasan Bukit Katil mengenalpasti mangsa sebagai Abdul Ghani Buang, 44, seorang penduduk Kampung Bukit Lintang. Kenyataan itu memetik Ghani sebagai berkata beliau nampak botol dibaling dan tidak sempat mengelaknya dan botol itu mengenainya. Beliau juga menyuara rasa kesalnya kerana mendakwa pihak polis tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan keganasan tersebut. Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang berucap semasa ceramah tersebut berkata, pihak Umno turut mengadakan satu ceramah di tempat yang sama. Loke menulis dalam twitter bahawa beliau baru tiba di Melaka untuk mendengar ceramah PKR Bukit Katil dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ribuan orang berada di sana. Menurutnya, Umno mengadakan ceramah berhampiran di situ yang dihadiri oleh hanya ratusan orang. Beliau menyifatkannya sebagai perbuatan mereka yang takut kalah (pilihan raya umum). Namun, tegasnya, kebangkitan rakyat untuk menumbangkan rejim BN akan berterusan dan mereka tidak akan tunduk kepada ugutan Umno. Polis anti-rusuhan datang untuk memulihkan keadaan, tetapi mereka mengalami kesukaran untuk mengawal penceroboh tersebut. Ahad lalu, satu lagi ceramah diganggu oleh penyokong BN di Teluk Intan, Perak. Ahli Parlimen, M Manogaran terpaksa dibawa polis beredar dari ceramah DAP itu selepas sekumpulan kira-kira 40 penceroboh yang membawa bendera BN datang mengganggu dan memaki hamun pemimpin Pakatan. -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan