Jumaat, 8 Mac 2013

Addin

Addin


Ketua Cawangan Umno Dalang Pencerobohan Di Lahad Datu?

Posted: 08 Mar 2013 08:25 AM PST


Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

"Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini."Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu," katanya.

Sumber berkata pihaknya juga percaya lelaki itu menjadi dalang membawa kumpulan pengganas ke  Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu."Dia bersama pengikutnya diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. ~ Harian Metro

Addin:

Menurut maklumat, Ahmad Malandi @ Mat Bom adalah ketua cawangan umno sungai nyamuk.. klik SINI.

Panas!! Najib Sudah Cabut Lari?..

Posted: 08 Mar 2013 03:57 AM PST

Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II."Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya.

Saiful, bekas pembantu Anwar adalah pengadu dalam kes liwat tersebut yang akhirnya menyaksikan ketua umum PKR itu dibebaskan daripada tuduhan itu tahun lepas. ~mkini




Iklan C (ii)

Flora Ang Nafi Dakwaan Deepak

Posted: 07 Mar 2013 08:10 PM PST

KUALA LUMPUR 7 MAC: Ahli perniagaan, Flora Ong menafikan dakwaan Deepak Jaiskishan berkaitan hubungan rapat beliau dengan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga menolak dakwaan Deepak berkaitan penganugerahan projek bernilai RM2 bilion daripada Perdana Menteri itu.

Hal ini dinyatakan peguam Flora yang menyifatkan dakwaan Deepak sebagai tidak benar.

Deepak adalah ahli perniagaan yang sebelum ini rapat dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan pernah menganggap isteri Najib itu sebagai kakak. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

PRU13 Di Tangguh?

Posted: 07 Mar 2013 06:30 PM PST

MUAR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub  menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat (PR) berkaitan konflik di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai penyebab kerajaan melewat-lewatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pembubaran Parlimen.

"Kita (PR) dah tunggu lepas sambutan Cap Goh Meh tapi tidak bubar juga, hendak tunggu bila lagi.

"Dun Johor bubar 21 haribulan (Mac) ni, takkan nak biar Dun Johor terbubar macam itu saja?

"Saya rasa apa yang berlaku hari ini membuktikan Barisan Nasional (BN) benar-benar takut berdepan dengan PR dan sebab itu mereka melengah-lengahkan pembubaran Parlimen," katanya.

Salahudin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  membubarkan Parlimen dan jangan jadikan Sabah sebagai alasan perlembagaan digantung dengan  mengisytiharkan darurat supaya PRU13 ditangguhkan.

Menurutnya,  PR  sedia bersama memikirkan cara terbaik menjaga keselamatan negara daripada pencerobohan.

Katanya, sikap tidak menjelaskan peristiwa sebenar di Lahad  Datu juga antara punca timbul pelbagai spekulasi.

"Majlis Tertinggi PR adakan  mesyuarat tiga hari lalu dan desak keluarkan kenyataan supaya orang tahu, kita tak nak tuduh siapa salah.

"Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menjawabnya di Parlimen tetapi beliau  tak buat," katanya. ~sinar harian



 
Iklan C (ii)

Pengasas MNLF, Nur Misuari Pertikai Kesahihan Gambar Yang Di Tunjukkan Oleh Zahid Hamidi

Posted: 07 Mar 2013 04:47 PM PST


Nur Misuari atau Nurallaj Misuari yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui laman FaceBook miliknya telah mempertikaikan akan kesahihan gambar-gambar yang didedahkan oleh Zahid Hamidi semalam.

Dengan meletakkan beberapa keping gambar anggota Komando Polis VAT69 yang terlibat dalam 'Operasi Daulat' dan juga gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan semalam beliau mempersoalkan 'What is the truth?'..

'Malaysian Black Commandos or Tausug Warriors?' tulisnya lagi.

Beliau turut meminta orang ramai menjadi hakim bagi menentukan adakah kebenaran disembunyikan dari pengetahuan orang awam di Malaysia..


Semalam Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan gambar-gambar 13 mayat penceroboh? Filipina yang telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh? Sulu di kampung tersebut.

Menteri Pertahanan menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.

Sila lihat keseluruhan gambar-gambar tersebut dalam video di ( SINI )

Aku lebih percaya bahawa mayat-mayat yang berada di dalam kubur itu ialah Askar Sultan Sulu kerana Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.

Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac, namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya. Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya ~ Malaysiakini 

Bagi aku tindakan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro itu hanyalah satu tindakan untuk melemahkan moral anggota keselamatan yang sedang bertugas disana..

Lagipun ada sumber telah mendedahkan bahawa jenis bomb yang dilancar oleh pihak TUDM dari jet pejuang mereka adalah dari jenis 'Laser Guided Bomb'.. nak tersasar guane kalau sasaran di tandakan dari ground?

Dan hari ini pula.. Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai sultan Sulu mengakui bahawa 10 orang pengikutnya di Lahad Datu maut semasa pertentangan dengan pasukan keselamatan Malaysia manakala 10 lagi ditawan.

By the way.. apa gelaran yang sebenarnya kita patut berikan kepada Askar Sultan Sulu itu.. nak dilabelkan sebagai penceroboh.. kebanyakkan mereka dilaporkan memiliki IC..

Nak dilabel sebagai pengganas pula Hishamuddin Tun Hussein kata mereka bukan pengganas..

Habis tu nak dilabel sebagai apa?? ~anak sungai derhaka



Iklan C (ii)

Tiada ulasan: