Ahad, 31 Mac 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Najib ciplak Pakatan Rakyat satu persatu

Posted: 30 Mar 2013 09:10 PM PDT


(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling)

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.

Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.

(Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu)

Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling itu.

Rakaman gambar Najib Razak selepas menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.

Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.

Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.

Adalah dipercayai bukan itu sahaja yang akan ditiru oleh Najib. Harakahdaily dimaklumkan, Najib akan mempastikan segala janji utama Pakatan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya ini.

Ini bertujuan untuk membolehkan dia berkata, buat apa undi Pakatan, segala janji mereka sudah dibuat oleh BN.

Antara perkara yang menjadi sasaran adalah menggantikan PTPTN dengan biasiswa dan penurunan harga kereta.

Ini kerana Najib sedar dua perkara ini menjadi tarikan utama pengundi muda yang bakal menentukan hala tuju pilihan raya kali ini.

21 peratus pengundi dalam pilihan raya kali ini adalah pengundi pertama kali, yang tertinggi pernah dicatatkan oleh sejarah pilihan raya kali ini. -Hrkh

Pusat enggan, Kelantan bina sendiri stadium

Posted: 30 Mar 2013 05:55 PM PDT



PASIR PUTEH: Perletakan batu asas Kompleks Stadium Kelantan yang menelan belanja RM237 juta akhirnya berjaya dilaksanakan semalam.

Stadium yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih itu terletak di Bukit Merbau, kira-kira 33 kilometer dari Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk melakukan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas. (Gambar atas)

Kompleks sukan itu didirikan di atas tanah seluar 50 ekar milik kerajaan negeri berbanding keluasan keseluruhannya 75 ekar.

Pembinaan stadium ini menjadi hasrat dan cita-cita rakyat untuk terus maju dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

Tuan Guru ketika berucap memberitahu, kerajaan Pusat tidak pernah berhenti daripada mengkhianati Kelantan dalam segala hal termasuk soal pembangunan.

Jelasnya, kerana keenganan Pusat untuk membantu Kelantan menyediakan stadium yang lebih canggih membuatkan kerajaan negeri terpaksa berusaha sendiri.

"Hasil mahsul kerajaan negeri sendiri seperti royalti disekat oleh golongan ini semata-mata bertujuan untuk melihat Kelantan tidak mampu membantu rakyat," ujarnya.

Turut berucap pada majlis yang penuh bersejarah itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Abdul Fatah Mahmod.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Datuk Mohd Nasaruddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Meja B Md Anizam, Wan Ubaidah Omar.

Hampir 4,000 rakyat Kelantan hadir untuk meraikan majlis yang penuh bersejarah itu.

Terdahulu sebanyak 700 buah motosikal yang ditunggang anak muda mengiringi Tuan Guru masuk ke tempat perasmian.

Hadir sama pada majlis tersebut 20 orang pemain bola sepak lagenda Kelantan dan pemain antara tahun 70-an dan 80-an.

Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, stadium tersebut bakal memuatkan 45,000 tempat duduk, ruang kemudahan untuk VIP dan VVIP, lapan ruang untuk solat.

Selain itu katanya, terdapat juga dewan, masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah, kemudahan media, admin, keselamatan, dataran serbaguna dan berbagai lagi.

"Tempat parkir kereta sebanyak 4,000 buah dan bas 50 buah, tempat parkir untuk media, pasukan keselamtan dan VIP juga turut disediakan," ujarnya. -Hrkh

StadiumBaruKelantan




StadiumBaruKelantan1

[BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Jelajah Merdeka Rakyat Di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak

Posted: 30 Mar 2013 05:52 PM PDT



Kalau dilihat pada sambutan yang diberikan oleh rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak malam tadi 29hb Mac 2013 walaupun para pemimpin PR terutamanya DSAI, TGNA, Nurul Izzah, TGHA, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu dll diserang bertubi-tubi bertali arus tanpa henti dan jemu oleh UMNO melalui media milik dan kawalan mereka, sudah pasti UMNO akan bertambah panik, gelabah, cuak, gentar dan takut bila tarikh PRU 13 semakin hampir sama ada dibubar atau terbubar secara automatik.

Fitnahlah..tipulah...edar dan siarlah video seks rekacipta.. ugutlah... gunalah cara samseng..Rakyat tetap akan bangkit sepak terajang UMNO keluar dari Putrajaya.

Nampaknya mood dan hasrat rakyat mau melakukan perubahan adalah real dan bersungguh-sungguh.

Rakyat sudah bertekad akan menobatkan Pakatan Rakyat untuk ambil alih Putrajaya dari rejim UMNO/BN yang terkenal sebagai pemerintah yang korup, zalim, penakut, rakus, boros dan rasis.

INI KALILAH TUKAR...JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA... PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN....UMNO IS DEAD!!!!! -wargamarhaen



Tiada ulasan: