Muslimeen United |
- Pemimpin Umno Layan Puteri Umno Macam LEMBU.. Saksikanlah!!
- Siapa Kumpulan Ajaran Sesat Yang Nak Ganggu Hari Mengundi?
- Kes Ke Atas Papagomo Difailkan Semula - Papagomo Tak Boleh Lari Lagi
Pemimpin Umno Layan Puteri Umno Macam LEMBU.. Saksikanlah!! Posted: 26 Mar 2013 04:07 AM PDT Bangga dan Megah, mungkin itulah perasaan yang terdetik di dalam jiwa Puteri-puteri UMNO yang di bawa menaiki sebuah lori dalam satu program UMNO/BN.. Tetapi dalam masa yang sama mereka gagal menyedari bahawa mereka sedang dilayan sebagai binatang ternakan saja oleh pemimpin UMNO..Meskipun merekalah yang dikerah untuk bertungkus lumus dilapangan, namun layanan yang diterima mereka jauh lebih teruk dari yang diterima oleh Lembu-lembu yang diternak di NFC.. Mereka diangkut dengan lori tetapi lembu-lembu NFC diangkut menggunakan kenderaan mewah dari jenis Mercedes dan tinggal pula di Kondo Mewah.. Mana mungkin pemimpin UMNO tidak mampu untuk menyewa bas bagi mengangkut mereka itu kerana ada yang berkata 'Pemimpin UMNO kalau tak kaya itu bodoh namanya...'Berhentilah dari terus diperlembukan oleh pemimpin UMNO.. ~anak sungai derhaka |
Siapa Kumpulan Ajaran Sesat Yang Nak Ganggu Hari Mengundi? Posted: 25 Mar 2013 04:25 PM PDT Hanya parti politik yang takut kehilangan kuasa akan merancang agenda untuk melakukan huru hara ketika pilihan raya umum (PRU), kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah. "Pihak yang takut kalah itu sebelum ini berpaut dengan 3M untuk terus berkuasa iaitu Money (wang), Media dan Machinery (jentera). "Selepas duit dan media gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, maka jentera seperti samseng akan digunakan untuk membuat kekecohan ketika PRU nanti," katanya mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Abdul Aziz dalam laporan media hari ini mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha pihak tertentu menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam PRU ke-13. Pengerusi SPR itu mendakwa demikian berdasarkan nota diterimanya, berhubung panduan menimbulkan protes kesahihan kertas undi. Mengulas lanjut, Borhan menasihati suruhanjaya itu agar menangani khabar angin itu secara bijaksana kerana dibimbangi akan menakutkan pengundi. "SPR sebaliknya perlu bertindak proaktif bagi membasmi kejadian seumpama itu," ujarnya ketika dihubungi. Menurutnya, Pakatan Rakyat juga sedia memberi kerjasama penuh dengan SPR bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari pengundian. Sebelum ini, media kawalan Umno cuba menggambarkan Pakatan Rakyat akan melakukan huru hara sekiranya kalah dalam PRU. Namun hal sebaliknya berlaku apabila program-program Pakatan menjadi sasaran serangan ganas dan samseng dari Umno BN. Terbaru, sekumpulan samseng dipercayai penyokong Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu ketika menuju ke Kampung Melayu Majidee di Johor, malam tadi. Dalam tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya tujuh kejadian serangan samseng dilapor berlaku dalam program Pakatan, antaranya di Selangor, Johor, Perak, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. -KD |
Kes Ke Atas Papagomo Difailkan Semula - Papagomo Tak Boleh Lari Lagi Posted: 25 Mar 2013 04:20 PM PDT Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula. Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik. Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi. Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina. Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan. Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo. "Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien," kata Husam. Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua. Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan. Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru. Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini. "Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene. "Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini," katanya. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan