DUNIACACAMARBA |
Video Seks Nurul Izaah Pun Dibikin oleh Mereka yang Bergelar Lahanat?? Posted: 26 Mar 2013 01:49 AM PDT [SH] PETALING JAYA - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya beberapa hari lalu telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN). Katanya, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden parti itu. "Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks. "...Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini. Lebih dua minggu lalu seorang pemblog yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan siri gambar seakan-akan menunjukkan Anwar mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki. Ekoran tindakan itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah mengemukakan saman ke atas pemblog berkenaan. Katanya, sebelum beliau diajak menonton video terbabit, pihaknya telah dihubungi ejen terbabit yang mendakwa akan mendedahkan banyak lagi video membabitkan pemimpin PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Bagaimanapun katanya, video dan gambar yang didedahkan ejen Umno-BN kepadanya tiga hari lalu itu dipercayai dihasilkan menggunakan teknik digital yang canggih sehingga menampakkan seakan-akan watak sebenar. Selain itu, Saifuddin juga menerima kata-kata ugutan yang berbaur politik, yang dipercayai didalangi pemimpin tertinggi Umno-BN. "Mereka juga (ejen Umno-BN) juga sampaikan ugutan terhadap pimpinan PKR. "... ugutan itu bersifat politik untuk rosakkan imej politik kami," kata beliau. Malah katanya, ejen terbabit tidak menyatakan untuk menyebarkan video dan gambar terbabit dalam masa terdekat kepada umum. Ditanya sama ada hanya dua pemimpin itu sahaja yang menjadi mangsa spekulasi seks itu, beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini, yang akan menerima nasib yang sama. "Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya sambil menyatakan imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur. P/s: Gila terdesak! |
Pengakuan Lelaki Potong kemaluan Bapa dan Diri Sendiri Posted: 25 Mar 2013 11:32 PM PDT [HM] Kuala Terengganu: "Saya tidak tahu apa yang saya sudah buat pada ayah kerana ia berlaku di luar kawalan saya," kata penyelia kilang berusia 40 tahun yang memotong alat sulit bapanya dalam kejadian di rumah keluarganya di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, bapa empat anak itu memotong kemaluan bapanya berusia 67 tahun sebelum memotong kemaluan sendiri bertujuan mengeluarkan 'semangat Imam Nawawi' selepas dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat. Lelaki itu yang ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar selepas parah pada kemaluan dan celah kangkang ketika berada di hospital. "Ketika itu, saya tergamam apabila diberitahu yang saya memukul ayah dan memotong alat sulit kami kerana kejadian itu bukan dalam kawalan dan tidak tahu bagaimana ia terjadi. "Saya tidak dapat menahan sedih dan perasaan bersalah apabila ayah kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya yang masih diikat kedua-dua tangan dengan tali di katil wad. Adik lelaki itu yang enggan dikenali berkata, alat sulit bapa dan abangnya sudah disambung semula menerusi pembedahan kelmarin, namun bapanya masih ditempatkan di ICU berikutan parah. Harian Metro semalam melaporkan seorang penyelia kilang di Balakong, Selangor, bertindak luar kawalan apabila memotong kemaluan bapanya selepas taksub dengan ajaran sesat yang dipelajari melalui laman web. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan