Jumaat, 29 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Penduduk sepakat mahu terus tinggal di sini - Penduduk Tanjung Batu, Lahad Datu

Posted: 29 Mar 2013 10:43 PM PDT


"Semua penduduk sepakat mahu terus tinggal di sini dan kami akan bangunkan semula kampung ini kerana di sini kami dilahirkan, beranak-pinak dan mencari rezeki."
Demikian azam disuarakan Ketua Kampung Tanjung Batu Mahmood Mallang, 72, di sebalik rasa sedih dan sayu selepas melihat kemusnahan kampung itu, semalam.

Dia bersama 19 lagi ketua keluarga kampung itu dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Lawatan yang turut diiringi pasukan keselamatan itu bertujuan membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang hari ini.

Mahmood berkata, selepas lebih sebulan berada di pusat pemindahan di Fajar Harapan, dia bersyukur kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki kembali ke kampung halaman mereka.

Penduduk Tanjung Batu sayu lihat rumah berlubang kesan tembakan

Posted: 29 Mar 2013 04:15 AM PDT



29 Mac 2013
ceroboh Sabah
Sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu terdapat kesan-kesan tembakan akibat pertempuran hampir sebulan antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat. - Foto Be
LAHAD DATU - Peluru bertaburan di jalan raya, rumah yang dibina dan dihuni sejak 40 tahun lepas penuh berlubang dengan kesan tembakan dan ada di antaranya musnah sama sekali akibat dibakar kumpulan militan dari selatan Filipina yang bertempur dengan pasukan keselamatan.
 
Keadaan sayu itu menyambut kepulangan ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu yang pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka setelah hampir sebulan ditempatkan di pusat pemindahan berikutan kejadian pencerobohan militan Sulu.
 
Kampung Tanjung Batu adalah lokasi yang menjadi pilihan penceroboh militan Sulu untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan pantai dan hutan selepas mendarat di Kampung Tanduo 12 Feb lepas.

 
Kumpulan militan itu dipercayai menggunakan perkampungan berkenaan untuk berteduh dan mengumpulkan anggota mereka sebelum mula menyerang dan menawan kampung itu.
 
"Saya memang terkejut. Saya tidak sangka jadi begini sehingga rumah hangus. Saya reda kepada Tuhan atas kejadian ini," kata Mahmud Mallang, 72, ketua Kampung Tanjung Batu apabila melihat kemusnahan yang dialaminya.

Kejadian itu bukan sahaja memusnahkan rumahnya malah empat rumah anaknya juga hangus terbakar, selain turut kehilangan kereta dan motosikal.
 
Beliau berkata walaupun mengalami kemusnahan yang teruk, rata-rata penduduk kampung sepakat untuk terus menetap di perkampungan itu memandangkan itulah kampung halaman mereka dan tempat mereka mencari rezeki.
 
Kesayuan jelas tergambar di wajah ketua-ketua keluarga yang dibawa masuk ke kampung itu untuk menilai kerosakan yang mereka alami dan bagi John Dulahap, 62, walaupun sedih melihat kemusnahan itu, beliau yakin kerajaan pasti akan membela nasib mereka dengan menyediakan bantuan khas bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk.
 
"Rumah anak-anak saya juga hangus dan ada juga yang dipenuhi bekas tembakan. Peralatan rumah turut rosak," katanya.
 
"Rumah adik dan kakak saya hancur," luah pula Ajimain Mahmud, 35, yang masih trauma selepas ditampar dua kali oleh anggota militan semasa menceroboh kampung itu.

Mereka adalah antara 20 ketua keluarga yang dibawa masuk ke Kampung Tanjung Batu bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.
 
Petugas media yang turut dibawa bersama dapat melihat sendiri dengan jelas kemusnahan di kampung itu yang boleh diibarat umpama 'padang jarak padang terkukur'.
 
Sebaik melepasi papan tanda 'Selamat Datang ke Kampung Tanjung Batu' jelas kelihatan ribuan peluru dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan kawasan sekitar termasuk di perkarangan rumah dan kawasan semak samun.
 
Hampir setiap rumah berlubang, rosak, tidak lengkap dengan ada atap dan pagar rumah hancur. Penulis turut menemui kesan darah, pisau dan parang kecil di beberapa rumah serta kasut but hitam milik pengganas di satu daripada anak sungai.
 
Berhampiran lokasi itu, penulis menemui dua kenderaan jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger tersadai dan dipenuhi kesan tembakan. Kenderaan itu dipercayai dicuri penceroboh militan dan diguna ketika menyerang pasukan keselamatan.
 
Selain itu bau bangkai juga dapat dihidu, dipercayai daripada haiwan ternakan yang mati akibat kejadian itu. - Bernama

Ops Daulat: Baki pengganas kurang daripada 10 - Datuk Hamza Taib

Posted: 29 Mar 2013 03:28 AM PDT


Ops Daulat: Baki pengganas kurang daripada 10


Lahad Datu: Pasukan keselamatan percaya saki baki pengganas kurang daripada 10 orang. 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan perkara itu pada sidang media sebentar tadi. 


Kampung Tanjung Labian selamat daripada ancaman pengganas: Hamza


LAHAD DATU: Pasukan keselamatan mengesahkan Kampung Tanjung Labian sudah selamat daripada ancaman pengganas selepas operasi pembersihan dan penggeledahan selesai dilakukan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata sehubungan itu pihaknya akan membawa masuk beberapa penduduk esok hari bersama pasukan penilaian. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 


JPAM pikul tanggungjawab sama seperti PDRM, ATM


LAHAD DATU: Sebagaimana unit pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turut tidak terkecuali memikul tanggungjawab memastikan Operasi Daulat berjalan dengan baik. 

Meskipun tidak memikul senjata, tugas mencabar yang dihadapi JPAM ialah menjaga kebajikan dan memberi perlindungan kepada penduduk yang dipindahkan ekoran pencerobohan pengganas militan dari selatan Filipina di sini . Ia menuntut ketahanan fizikal dan mental anggotanya. 

Menceritakan pengalaman awal JPAM sebelum Operasi Daulat bermula 5 Mac lalu, Komander Operasi JPAM di FELDA Sahabat 16, Kol Abd Wahab Rahim berkata pihaknya dimaklumkan pada tengah malam 4 Mac oleh pengurusan FELDA di sini mengenai dua dewan - Embara Budi dan Fajar Harapan - yang masing-masing menempatkan dalam 200 penduduk dari Kampung Tanduo, Tanjung Labian, Sungai Bilis, Tanagian dan Sinakut. 


"Penduduk di kampung-kampung berkenaan mengambil inisiatif sendiri berkumpul di situ. Ada antara mereka datang berjalan kaki dan sesetengahnya menaiki kenderaan. Pada tengah malam itu juga saya dan beberapa pegawai terus datang ke situ. 

"Kami membawa makanan mengikut jumlah yang diberikan, malangnya yang datang berkumpul lebih ramai, lebih 600 orang, sudah tentu kami kekurangan makanan untuk diagihkan," katanya. 

Abd Wahab berkata, sebelum pertempuran pertama pasukan keselamatan dengan pengganas Sulu berlaku 1 Mac lalu, beliau dan anggota JPAM dinasihatkan polis supaya tidak memasuki kawasan itu kerana bimbang terdapat musuh yang lari bersama-sama penduduk. 

"Saya tekadkan hati (pada 5 Mac) untuk masuk juga sebab saya kata pada polis ini tanggungjawab saya dan mereka cuba mengiringi saya. 
"Selepas dapat masuk ke dewan berkenaan, keadaannya amat padat dan saya terpaksa mengedarkan makanan secepat mungkin. Ketika itu saya merasakan suatu perasaan kurang enak semacam beberapa pasang mata asyik merenung saya. Tetapi saya buangkan perasaan itu jauh-jauh demi tugas saya menjaga kebajikan mereka," katanya. 

Kampung Tanduo terletak kira-kira tujuh kilometer dari Embara Budi. 

JPAM yang berfungsi melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh negara, katanya, membelanjakan kira-kira RM30,000 dalam tiga hari sahaja untuk membeli bekalan makanan bagi penduduk yang terbabit. 

"Alhamdulillah, ramai juga yang menghulurkan bantuan seperti tilam, bantal, makan minum, pakaian dan barangan keperluan bayi. Tugas kami ialah mengagih-agihkan kesemua sumbangan itu kepada mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan," katanya. 

Abd Wahab berkata, dengan kekuatan 50 orang, anggota JPAM bertugas di empat dewan serbaguna - Embara Budi, Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura - yang dijadikan pusat penempatan sementara. 

Insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, sejak 12 Feb lepas mengakibatkan penduduk di sembilan kampung - Tanduo, Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian, Sungai Bilis, Lok Buani, Sungai Merah, Tanagian dan Sinakut - terpaksa keluar mencari tempat perlindungan. 

- BERNAMA

(PANAS) DAP Pasang bendera dalam masjid....!!

Posted: 29 Mar 2013 02:04 AM PDT



Maaf bukan DAP tapi parti Laknat tu la ... hampa tengok la

- KedahLanie

SPR perlu bertaubat, jangan jadi alat UMNO

Posted: 29 Mar 2013 12:43 AM PDT


(Oleh: Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 29 Mac:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diseru agar tidak terus menjadi alat Umno BN, sebaliknya berfungsi secara bebas, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.
Beliau mengulas kenyataan  Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang kononnya kesal kerana Pakatan Rakyat menolak tawaran bagi membentangkan manifesto selama 10 minit di RTM.
Pakatan sebelum ini menyifatkan tempoh  ditawarkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim itu sebagai tidak munasabah.
"SPR sepatutnya bebas dan tidak partisan, tapi tindak tanduk mereka ini mirip menyokong penuh Umno BN.  Saya menyarankan SPR supaya bertaubat dari terus melakukan ketidakadilan dan tidak berterusan menjadi alat Umno BN," ujarnya ketika dihubungi.
Sebaliknya, kata Sim Tze Tzin, suruhanjaya itu sepatutnya mendesak RTM atau stesen swasta seperti TV3 memberi peluang adil kepada Pakatan Rakyat membentang manifesto mereka.
"Sekurang-kurangnya, berikan siaran minimum 1 jam dan benarkan debat antara parti," katanya sambil merujuk kepada kebebasan media luar negara seperti Turki.
Tambahnya, sekiranya Pakatan bersetuju tawaran itu, ia tetap tidak bermakna jika bahagian tertentu siaran itu diedit terlebih dahulu.
"Kita mahukan ia disiarkan secara siaran langsung, bukannya diedit kerana kita tidak ada keyakinan terhadap RTM yang memiliki rekod (kebebasan media) yang buruk," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyahut debat dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan disiar secara langsung sebagai bukti negara mengamalkan demokrasi.
"Di Amerika Syarikat, ia disiarkan untuk tontonan rakyat dan dijalankan selama 1 jam, 3 siri.
"Kenapa di negara kita tidak boleh? Najib wajib berdebat dengan Anwar dan mesti disiarkan untuk dilihat oleh seluruh rakyat, ini baru adil.
"Najib sebelum ini mengatakan mahu menjadi Perdana Menteri yang terbaik didunia, tapi perilakunya tidak mengambarkan beliau merupakan pemimpin yang terbaik," tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48623

Tiada ulasan: