Sabtu, 30 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Jelajah Merdeka Rakyat Di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak

Posted: 30 Mar 2013 12:45 AM PDT


Kalau dilihat pada sambutan yang diberikan oleh rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak malam tadi 29hb Mac 2013 walaupun para pemimpin PR terutamanya DSAI, TGNA, Nurul Izzah, TGHA, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu dll diserang bertubi-tubi bertali arus tanpa henti dan jemu oleh UMNO melalui media milik dan kawalan mereka, sudah pasti UMNO akan bertambah panik, gelabah, cuak, gentar dan takut bila tarikh PRU 13 semakin hampir sama ada dibubar atau terbubar secara automatik.

Fitnahlah..tipulah...edar dan siarlah video seks rekacipta.. ugutlah... gunalah cara samseng..Rakyat tetap akan bangkit sepak terajang UMNO keluar dari Putrajaya.

Nampaknya mood dan hasrat rakyat mau melakukan perubahan adalah real dan bersungguh-sungguh.

Rakyat sudah bertekad akan menobatkan Pakatan Rakyat untuk ambil alih Putrajaya dari rejim UMNO/BN yang terkenal sebagai pemerintah yang korup, zalim, penakut, rakus, boros dan rasis.

INI KALILAH TUKAR...JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA... PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN....UMNO IS DEAD!!!!! -wargamarhaen

[BERGAMBAR] Cerucuk Besi Jatuh Dari Kren Hempap 2 Kereta

Posted: 29 Mar 2013 11:43 PM PDT


Subang: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tiang cerucuk besi seberat 10 tan menghempap dua kereta di Jalan Lapangan Terbang Subang, dekat sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, tiang cerucuk besi yang diangkat kren terbabit dikatakan terlepas sebelum menghempap dua kereta yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Mangsa yang menaiki kereta Hyundai Sonata meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 10 minit selepas insiden dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.53 malam.

Beliau berkata, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta Petaling Jaya dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

"Ketika tiba di lokasi, tiang cerucuk besi yang tumbang itu menghempap masing-masing sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

"Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah," katanya kepada BH selepas operasi menyelamat selesai, sebentar tadi.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menghentikan kerja bagi penyambungan landasan LRT di KM15 off Jalan Lapangan Terbang, Subang di sini berikutan kematian seorang pemandu kereta di sini malam tadi.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata, syarikat itu kesal insiden membabitkan seorang pemandu maut dan penumpang kereta cedera apabila peralatan pembinaan di bahagian itu tiba-tiba menimpa kenderaan mereka pada kira-kira 7.30 malam.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital. Kami kesal kemalangan yang terjadi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam bandar di Lembah Klang.









Masyakat India Sokong Perjuangan PAS

Posted: 29 Mar 2013 08:10 PM PDT


Masyarakat keturunan India yang beragama Hindu sudah memahami perjuangan PAS dan mereka tidak segan silu menyatakan sokongannya terhadap parti itu secara terang-terangan seperti gambar di atas.

Sungguh memalukan apabila Zul Kulim mengeluarkan kenyataan yang telah menghina penganut ugama Hindu. Ia amat mencemarkan agama Islam yang tidak mengizinkan kita untuk mencemuh agama lain. Ia melambangkan sikap sebenar manusia-manusia di dalam NGO pro-UMNO yang bernama PERKASA itu sebagai sebuah kelompok ektsreme dan bersifat assabiyah.

Gambar-gambar ini memaparkan masyarakat kaum India khususnya penganut Hindu menyokong perjuangan PAS yang tidak ekstreme seperti parti Melayu yang satu lagi itu. Orang India di negara ini semakin faham bahawa PAS di bawah kepimpinan ulamak memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk semua.

PAS FOR ALL













Umno BN Akan Terus Menipu Untuk Pertahan Putrajaya Habis-habisan

Posted: 29 Mar 2013 05:10 PM PDT


Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat.

Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa.

"Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. Mereka tetap akan meneruskan penipuan.

"Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi. Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi.

"Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai. "Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu.

Beliau berkata demikian pada Forum 'PRU 13, Ke Mana Malaysia?' anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center (SIRD) dan Malaysiakini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi. Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip.

Mengulas lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN.

"Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah.

"Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan," kata beliau.

Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi.

"Dalam negara dunia ketiga ini, 'real' politik itu tidak wujud. Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN.

"Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil.

"Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita," tegasnya. – NS

[VIDEO] Zul Kulim Hina Ugama Hindu, PKR Desak Beliau Didakwa Dibawah Kanun Keseksaan

Posted: 29 Mar 2013 07:13 AM PDT


PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.

"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.

Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.

Perbualan dengan penjual berhala

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.

"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.

Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).

"Apa pasal anne (abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.

"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.

"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Hey dey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu. -mk


Zul Nordin hina agama lain bertentangan ajaran Islam – Bippa


Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.

"Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An'am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.

"Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama," katanya dihubungi.

Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Kata Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.

Ahmad berkata, tindakan Zulkifli itu akibat tidak mengambil teladan zaman Rasulullah yang berinteraksi semua kaum tanpa membeza-bezakan.

"Singkap kembali sejarah Rasulullah…Baginda melayan orang Islam atau bukan Islam sama, tiada beza.

"Tidak perlu hina agama lain, cukuplah jaga agama sendiri dan patuh pada ajarannya," kata Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Hindraf, S Jayathas menyeru Zulkifli supaya lebih sensitif bercakap soal agama terutama bukan Islam.

"Sebagai pemimpin, tak sepatutnya berlaku demikian. Sebagai Ahli Parlimen, pastinya beliau mengetahui tentang sensitiviti agama semua kaum di negara ini. Beliau tak layak jadi Ahli Parlimen," katanya.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN selepas menyertai parti itu pada Oktober lalu menggesa kerajaan serius menangani perkara tersebut.

"Selagi tidak diambil tindakan, dibimbangi Zulkifli akan lebih berani menghina agama lain pula. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa perlu siasat segera walaupun perkara ini bukan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat," katanya
-KD



Fitnah Video Seks : Kepala Otak Kotor Akan Hasilkan Perkara Kotor

Posted: 29 Mar 2013 04:45 AM PDT

Fitnah video seks yang disebarkan blogger upahan Umno-BN, Papa Gomo hanya menggambarkan diri beliau juga mempunyai pemikiran yang cederung ke arah melakukan perkara kotor.

Ini kerana menurut perspektif Islam, sesuatu tindakan kotor akan keluar dari jiwa dan hati yang kotor.

Demikian menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man kepada TV Selangor ketika dihubungi hari ini.

"Tindakan ini keluar dari jiwa dan hati yang kotor akhirnya melahirkan tindakan yang bertentangan dengan syarak, etika dan moral kita sebagai orang Melayu.

"Ianya juga mendedahkan siapa kita sebenarnya dari segi pemikiran sosiologi manusia, ia menggambarkan indentiti sebenar kita, tetapi masyarakat boleh menilainya,"
kata Tuan Ibrahim.

Sepatutnya menurut beliau, Umno-BN haruslah menumpukan kepada isu-isu dasar yang lebih serius seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan sebagainya dan bukan isu remeh yang bertujuan mengaibkan peribadi ahli politik tertentu.

Tuan Ibrahim juga percaya, tindakan memfitnah tersebut diambil ekoran kegagalan Umno-BN menyelesaikan isu penyelewengan pemimpin mereka yang didedahkan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kita harus ingat, perbuatan kita tidak berakhir di dunia, tetapi di akhirat dan memfitnah juga termasuk dosa-dosa besar yang menghapuskan segala amalan lain," ujar beliau lagi.

Sebelum ini Papa Gomo beberapa kali memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri video seks di blognya.

Dari rentetan siri-siri fitnah oleh Papa Gomo itu, Anwar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman blogger tersebut sebanyak RM 100 juta.

Terbaru, Papa Gomo turut memaparkan surat terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan harapan Anwar berundur daripada politik tanah air.


Tiada ulasan: