Jumaat, 29 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[HOT] KPN, Tan Sri Ismail Omar Pun Ada Bergambar Dengan Penjayah Itu?

Posted: 29 Mar 2013 12:10 AM PDT


Setelah tersiar gambar-gambar si penjenayah yang bernama papagomo itu dengan para menteri, kini tersebar pula gambar papagomo dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di dalam laman sosial.

Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...

1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..?

2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?

4: Benarkah gambar ini diambil di kediaman Tuan..?

5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..?

7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo atas Pelbagai pertuduhan..?

Mohon jawapan Brooo...!!!-fb serambi politik


Ulasan GB

Patutlah polis liat semacam jer nak ambil tindakan ke atas papagomo.

Bukan hasrat ini untuk merendahkan integriti Ketua Polis Negara. Namun foto berkenaan boleh menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap KPN khususnya dan keseluruhan anggota polis amnya.

GB dah pesan banyak kali, kebenaran akan TETAP muncul... Sekarang kita mahu dengar apa jawapan Tan Sri. Tapi GB berpesan kali ini: jangan hentak meja lagi... itu bukan etika seorang polis yang profesyenal!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Kambing Biri-biri Beku Disangkanya Babi

Posted: 28 Mar 2013 08:17 PM PDT


Heboh, kecoh gegak gempita satu dunia apabila kambing dituduh sebagai babi dijual secara terbuka disebuah Pasaraya NSK, Selayang, Selangor D.E.

Mengapa perlu melatah dan membuat fitnah .. Bukankah rakaman gambar itu jelas kambing biri-biri beku impot yang ada dalam kereta sorong itu?

Sebab itu sebelum nak melancarkan serangan pastikan ianya berfakta bukannya ikut emosi semata-mata.

Yang menjadi masalah besarnya ada juga orang kita berbangsa Melayu dan beragama Islam percaya bulat-bulat dan ratah serta telan mentah-mentah kisah ini.

Kalau kambing dengan babi pun tidak boleh dibezakan baik tok sah jadi manusialah wei!!!!

Bukannya apa.. Omak kau kesian sungguh...semacam ada gerak mau menjatuhkan perniagaan NSK Selayang.. Itu jer.

Cubalah guna akal sikit.. Mana mungkin Pasar Raya dinegara ini akan jual daging babi secara terbuka..

Mengapa perlu wujudkan suasana dan iklim yang tidak harmoni dan tenteram dikalangan kita.

Apa faedah dan keuntungan yang kita dapat...Mohon rasional dalam menghebahkan berita dan cerita. -omakkau



BERHATI-HATI SEBELUM TERJEBAK DENGAN FITNAH


Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, " Maaf : kalau sy mencelah sikit.....sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi..."

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..

Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?

Malaysia tidak import forzen babi, kerana Malaysia peneksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.

Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.

Mohon maaf jika teguran saya ni salah.
-sumber:fb

[BERGAMBAR] Polis Mengaku Ikut ARAHAN Tahan Treler Jelajah PAS

Posted: 28 Mar 2013 05:20 PM PDT


Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu?

Gopeng: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.

"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut,"
jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.

"Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.

Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.

Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi -HD









Ulasan GB

Jika bas Jelajah Rakyat PKR dibaling telur, cat merah dan batu oleh puak UMNO, treler berkebajikan PAS pula diganggu oleh Polis dan JPJ yang diperkudakan UMNO BN.

Polis tak serik-serik lagi mengikut telunjuk UMNO BN walaupun dah mendapat impak negatif di Lahad Datu dengan terkorbannya beberapa anggota keselamatan.

GB sudah berulangkali menyeru dan meminta polis supaya menjalankan tugas secara rofesyenal, tanpa pilih kasih atau diskriminasi dan bukan mengikut arahan UMNO BN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana apabila polis gagal menjalankan tuasnya secara adil dan saksama, maka polis perlu menanggng risiko yang besar setiap ketidak-adilan dan setiap kerja yang dilakukan secara pilih kasih akan menyebabkan integirit dan kredibiliti polis tercemar.

Menteri-Menteri Bebal Ini Bangga Bergambar Dengan Seorang "Penjenayah" -updated

Posted: 28 Mar 2013 08:11 AM PDT


Polis sahkan Papagomo disabit kesalahan rasuah

Polis hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.

Mengikut kenyataan media pada paparan facebook hari ini, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 julai 2002 hingga 30 Novemnber 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.

Azri kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.

Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Dalam kenyataan yang ditandatangani Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene, Azri dikenakan prosiding tatatertib yang menyebabkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 6 September lalu.

Kandungan kenyataan itu seolah-olah polis tidak mahu dikait dengan aktiviti blogger pro-Umno yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.

Kenyataan berkenaan juga menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara 'panjang lebar' selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.

Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.



Ulasan GB

Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain"..

Menteri-menteri termasuk Najib tersenyum riang seolah-olah berbangga dapat bergambar dengan penjenayah yang bernama papagomo itu. Kerana papagomo banyak membantu mereka dan UMNO dalam kerja-kerja menabur fitnah terhadap Anwar dan pakatan Rakyat.

Apatah lagi hampir kesemua menteri-menteri berkenaan adalah terdiri mereka yang buta IT. Jadi dilihatnya "kepakaran" papagomo menggunakan IT menghasilkan tulisan dan video fitnah bagi memburukkan pembangkang sebagai satu aset berguna untuk mereka.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Papagomo PASTI hancur binasa walaupun dikelilingi menteri dan pendana menteri. Hanya menunggu masa dan ketikanya kecuali beliau bertaubat nasuha.








Gagal Bubar Parlimen, Maruah Najib Tercampak Ke Tong Najis

Posted: 28 Mar 2013 05:23 AM PDT


MB NS perlu dapat restu Yang DiPertuan Besar

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menasihatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan agar mendapatkan restu daripada Yang DiPertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar di bawah 'caretaker government' atau kerajaan sementara.

"Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Akta Interpretasi 1984 dan 1967, meneruskan peranan sebagai Menteri Besar di bawah 'caretaker government' mestilah mendapat restu Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Kedudukan Mohamad sebagai Menteri Besar menjadi tanda tanya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara otomatik hari ini.

"Kita bukan mahu Mohamad tinggalkan jawatan sebagai Menteri Besar sepenuhnya, tetapi kita tidak mahu rakyat keliru dengan situasi yang berlaku di Negeri Sembilan. Tambahan pula sekiranya Menteri Besar dan Exco masih lagi berlagak dengan kuasa Menteri Besar dan Exco sebelum ini.

"Kerana fungsi bagi kerajaan sementara adalah terhad. Tidak boleh membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.

"Maka cara yang terbaik untuk elakkan kekeliruan adalah dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak membubar parlimen segera," kata Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa pula dalam nada sinis mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Mohamad di atas jasa Mohamad sebagai Menteri Besar terakhir Barisan Nasional.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa beliau dan ingin merakamkan penghargaan di atas sumbangan beliau sebagai Menteri Besar Barisan Nasional yang terakhir.

"Semoga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan membuka lebaran baru dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang baru akan terbentuk," ujar Mohd Khairil.

Sementara itu PAS Negeri Sembilan juga mengumumkan akan bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 ini.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby; PAS telah menyerahkan kerusi DUN Sri Menanti dan Gemas yang ditandingi oleh parti itu pada PRU-12, kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sementara PKR pula telah menyerahkan kerusi DUN Labu kepada PAS. Pada PRU-13 nanti PKR akan bertanding 13 kerusi DUN, PAS 12 kerusi dan DAP kekal 11 kerusi DUN.

"Peruntukkan kerusi Parlimen juga kekal seperti PRU-12 iaitu PAS akan bertanding di Jelebu, Jempol dan Tampin, sementara PKR pula di Telok Kemang, Rembau dan Kuala Pilah. DAP pula akan bertanding di Seremban dan Rasah," jelas Mohamad Hasan.

Apabila ditanya tentang senarai calon PAS pada PRU-13 nanti, Mohamad Hasan berkata beliau tidak boleh umumkan senarai calon sekarang kerana telah dipersetujui oleh Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan bahawa semua calon PRU-13 akan diumumkan serentak oleh PAS, PKR dan DAP di bawah entiti Pakatan Rakyat. -FMT


Kerajaan Negeri Sembilan haram selepas 26 Mac – Dr Aziz Bari


Kerajaan Negeri Sembilan akan menjadi kerajaan haram jika ia terus beroperasi selepas 26 Mac, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri pada tarikh tersebut jika tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.

"Sekiranya kerajaan Negeri Sembilan terus beroperasi selepas Selasa, 26 Mac ini, kita boleh katakan yang ia haram. Ini kerana pada tarikh itu DUN Negeri Sembilan bubar secara automatik.

"Dalam sistem demokrasi berparlimen – atau Westminster – hayat kerajaan bergantung kepada dewan. Bila dewan bubar kerajaan pun ikut bubar.

"Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilantik oleh Yam Tuan Besar. Menteri Besar (MB) yang ada boleh dilantik sebagai MB sementara," katanya kepada Keadilan Daily.

Untuk rekod, sidang pertama Dewan Rakyat adalah pada 28 April 2008, manakala sidang DUN pertama pula bermula dengan Negeri Sembilan iaitu pada 25 Mac dan diikuti DUN-DUN lain pada bulan April 2008.

Menurut Aziz, adalah tidak bermoral bagi kerajaan negeri atau pusat terus berkuasa kerana ia telah melebihi tarikh 8 Mac, iaitu melepasi tempoh mandat lima tahun yang diberikan sejak pilihan raya umum (PRU) 2008.

"Kalau dulu taklah menonjol sangat sebab dewan (Dewan Rakyat dan DUN) dibubar sebelum 5 tahun. Sekurang-kurangnya adalah hujah moral untuk tidak melantik kerajaan sementara secara formal, "Tetapi sekarang ini lain, tarikh 8 Mac sudah jauh ditinggalkan. Tempat berpijak yang ada hanyalah tarikh dewan bersidang buat kali pertama selepas PRU yang lalu. Kalau tarikh yang itu pun sudah luput, apalagi alasan untuk kerajaan ini berada di situ dan menggunakan kemudahan serta wang rakyat," katanya.

Justeru katanya, kerajaan sementara yang dilantik di Negeri Sembilan selepas 26 Mac perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan menjalankan fungsi terhad sebagai sebuah kerajaan.

Ia katanya, termasuk tidak membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.

"Kerajaan sementara ini sekadar buat kerja rutin dan tak boleh buat inisiatif penting. Guna kemudahan awam lagilah tak boleh. Naikkan gaji pun menimbulkan persoalan," ujarnya.

Menyifatkan tempoh yang ada pada kerajaan ibarat 'simpanan petrol' dalam tangki minyak sebuah kereta, Aziz menggesa parlimen segera dibubar agar mandat baru diberikan oleh rakyat.

"Tarikh 26 Mac itu – atau 28 April dalam konteks Dewan Rakyat – ibarat petrol reserve.

"Maknanya kalau minyak habis, kereta kena berhenti dan isi minyak. Isi minyak di sini bermaksud bubar dewan dan adakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat atau autoriti baru dari rakyat," kata Aziz.


Ulasan GB

Banyak implikasi negatif akibat daripada kegagalan Najib untuk membubarkan parlimen setelah genap 5 tahun pilihanraya umum ke 12 di adakan pada 8 Mac 2008.

Apabila DUN terbubar dengan sendirinya seperti apa yang berlaku ke atas DUN Negeri Sembila, Najib seperti tidak menghormati kuasa Raja, Sultan, Yang Dipertuan besar dan Yang Dipertua Negeri yang mempunyai kuasa, di bawah Perlembagaan untuk membubarkan DUN negeri masing-masing.

Masih ingatkah kita di dalam peristiwa krisis Perak di mana tatkala rakyat Perak ingin DUN Perak dibubarkan ekoran rampasan kuasa UMNO BN terhadap kerajaan negeri tersebut? Sultan perak telah tidak memperkenankan pembubaran DUN, mengesahkan bahawa kuasa Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri amat perlu untuk pembubaran DUN.

Tetapi apabila DUN terbubar dengan sendirinya bererti kuasa mereka lansung sudah tidak dihormati. Siapa yang menyebabkan keadaan begitu berlaku? Jawabnya PM yang penakut untuk membubarkan parlimen!

Selain daripada itu impak yang ditinggal amat besar. Kini Negeri Sembilan negeri pertama tiada lagi YB-YB dan para exco di negeri itu. Kerana tempoh YB-YB dan exco telah tamat. Begitunya MBnya. Gaji dan elaun mereka terhenti secara automatik.

Memang pun "Caretaker Government" mengambil-alih dan MB boleh meneruskan peranan sebagai Menteri Besar di bawah 'caretaker government' itu, tetapi mestilah mendapat restu Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri masing-masing dan jumlah serta struktur kerajaan di dalam Caretaker government ini tidak sama malah kuasa mereka juga amat terhad.

Maruah Najib kini tercampak ke tong najis. Penakut yang tiada taranya dengan memberikan alasan-alasan dangkal sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah hendak mempastikan perlaksanaan program penipuannya berjalan sebelum pilihanraya dipanggil.

Di segi yang lain pula, dengan hukum kebenaran dan keadilan, apa yang nyata, seseorang itu sebenarnya diberikan kesempatan untuk menggunakan sehabis-habis peluang untuk memerintah sehingga ke akhirnya kerana itulah tanda-tanda riwayat pemerintahannya sudah pun berada di penghujung jalan seolah-olah tiada esok lagi bagi UMNO BN....

Tiada ulasan: