MIMPI SENJA |
- Lahad Datu: Dua Individu Penting Ditahan, Pergerakan Pengganas Lumpuh - Polis
- Isu Taib Mahmud - Global Witness siar video terbaru
- DUN Selangor bubar 25 Mac?
- Tawan Suri Rumah - Tiada petunjuk kerja militan - Polis
- Lahad Datu : Pengganas wanita ditahan
- Sultan Sulu nak saman Kerajaan Malaysia di Mahkamah Antarabangsa ICJ
- Papagomo adalah pengundi hantu
Lahad Datu: Dua Individu Penting Ditahan, Pergerakan Pengganas Lumpuh - Polis Posted: 22 Mar 2013 10:28 PM PDT LAHAD DATU: Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai. Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini. Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat. "'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan. "Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu. Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan. Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi. Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang. Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu. Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. "Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk. Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya. Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - BERNAMA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Isu Taib Mahmud - Global Witness siar video terbaru Posted: 22 Mar 2013 08:22 AM PDT Global Witness siar video baru sangkal peguam Sibu Global Witness, NGO antarabangsa yang menyiarkan video yang didakwa menjadi bukti penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini menyiarkan satu lagi video untuk menyangkal dakwaan seorang peguam yang terbabit dalam video awal. Peguam Sibu, Huang Lung Ong memberitahu The Malay Mail pada hari Rabu bahawa beliau telah diperangkap oleh penyiasat yang dihantar oleh Global Witness yang menyamar sebagai pelabur asing, dengan mendakwa bahawa perbualan mereka semata-mata cakap "kedai kopi". "Saya telah diperangkap. Saya ditanya mengenai perkara berkaitan undang-undang tanah... Mengapa saya perlu cakap tentang ketua menteri?" katanya. Huang - rakan kongsi firma undang-undang Huang & Co - dipetik sebagai berkata beliau mungkin ada mengucapkan beberapa perkataan kerana tertekan dengan penyiasat itu yang bertanya banyak soalan kepadanya. Bagaimanapun, video terbaru selama tiga minit itu, menunjukkan Huang dilihat memperkenalkan Billion Venture Sdn Bhd, syarikat milik hartawan balak Sarawak, Hii Yii Peng, kepada penyiasat itu di sebuah cafetaria. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 22 Mar 2013 05:56 AM PDT SHAH ALAM: Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dipercepatkan daripada hari Rabu kepada Isnin ini dan sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu akan dibubarkan. Mesyuarat exco ini juga mungkin yang terakhir pada sesi ini sebelum pilihan raya umum diadakan. Pada kebiasaannya mesyuarat exco diadakan pada hari Rabu. Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata beliau tidak pasti apakah agenda mesyuarat berkenaan, namun beliau mengaku ia akan membincangkan mengenai pembubaran DUN. "Mungkin (ia akan membincangkan mengenai pembubaran). Perubahan tarikh juga dibuat oleh Menteri Besar. "Saya juga baru dimaklumkan dan saya tidak tahu apa yang akan dibincangkan. Namun beliau telah menyatakan ia akan dibubarkan bulan ini," katanya. Pada 11 Mac, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membubarkan DUN Selangor sebelum hujung bulan ini, namun beliau tidak memberi tarikh yang tepat mengenainya. Pada Februari lalu, selepas menghadap Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid berkata baginda memberi perkenan sekiranya DUN Selangor dibubarkan lebih awal. Seorang lagi Exco, Ronnie Liu pula sengaja bermain teka teki berhubung pertukaran tarikh mesyuarat exco. "Anda harus tanya kepada Menteri Besar. Jika anda tanya saya, saya akan kata ia hanya perkara kecil dan tiada apa yang luar biasa," katanya sambil menambah bahawa mesyuarat itu diadakan pada Isnin, hanya dua hari awal daripada amalan biasa. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang bukan ahli exco berkara beliau tidak dimaklumkan mengenai perubahan tarikh berkenaan. "Saya berharap, ia merupakan tanda (bahawa DUN Selangor akan dibubarkan. Kami telah lama menunggu "Sebab apa lagi mesyuarat exco hendak diawalkan," soalnya. DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada tengah malam 21 April, genap lima tahun selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah pada 22 April, 2008. Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka diadakan dalam beberapa minggu lagi. Tempoh akhir Parlimen adalah pada 27 April ini dan jika ia tidak dibubarkan maka ia akan terbubar sendiri, selepas semua ahli Parlimen mengangkat sumpah pada 28 April 2008. Pilihan raya umum terakhir berlangsung pada 8 Mac, 2008. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tawan Suri Rumah - Tiada petunjuk kerja militan - Polis Posted: 22 Mar 2013 04:09 AM PDT | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahad Datu : Pengganas wanita ditahan Posted: 22 Mar 2013 02:40 AM PDT Lahad Datu: Pengganas wanita yang ditahan ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini, kelmarin, ditemui dalam keadaan lemah dipercayai terputus bekalan makanan sejak dua minggu lalu.Pengikut buru Agbimuddin Lahad Datu: Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram, yang belot dan meninggalkan pengikutnya untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan dipercayai menyembunyikan diri di sebuah pulau kecil di selatan Filipina. Agbimuddin yang mengetuai serangan di Lahad Datu, cabut lari sejak 11 Mac lalu, seminggu selepas Ops Daulat dilancarkan. Tindakan diplomasi Katanya, Agbimuddin dipercayai bersembunyi daripada dikesan pengikutnya di selatan Filipina kerana bimbang keselamatannya terancam berikutan tindakan meninggalkan kumpulan pengganas pimpinannya di FELDA Sahabat. "Dia sekarang bergerak dengan kumpulannya dari pulau kecil ke pulau kecil lain dan berapa jumlah pengikutnya kita tidak pasti," katanya di sini, semalam. Mengulas dakwaan sebuah blog yang mengatakan ketua pengganas itu mati ditembak pengikutnya sendiri sebelum dikebumikan, Zulkifeli manafikan dakwaan itu. "Kita tidak tahu sumber saluran berita itu... maklumat yang kita dapat, dia masih hidup. Kita tidak pasti ia disebarkan hanya untuk mengelirukan pengikutnya," katanya. Zulkifeli berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghantar pasukan keselamatan menjejaki ketua pengganas itu di Filipina kerana itu luar bidang kuasa ATM. LAHAD DATU: Sepasang suami isteri terpaksa meredah hutan dan kegelapan malam sambil mendukung dua anak kecil ketika lari menyelamatkan diri daripada serangan militan yang menceroboh kampung mereka di Tanjung Labian, di sini 1 Mac lepas. Malah, keluarga berkenaan tersesat lebih dua jam dalam ladang kelapa sawit di gugusan Felda Sabahat itu, sebelum tiba di rumah kenalannya di Kampung Lok Buani, kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka. Malangnya belum sempat melepaskan lelah di rumah kawannya itu, Mohd Asri Aliudin dan keluarga sekali lagi terpaksa meredah kegelapan malam melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit apabila mereka mendengar bunyi tembakan kira-kira tengah malam. Menceritakan kembali detik paling menakutkan bagi beliau dan keluarga, Mohd Asri, 33, berkata ketika itu beliau hanya fikir untuk lari dan menyelamatkan keluarganya. "Kami pasti mati jika tidak lari. Saya dukung anak perempuan saya berusia dua dan empat tahun dan lari bersama ke dalam ladang sawit...kadang-kadang kami terjatuh ketika mengharungi laluan berbukit kawasan ladang. "Saya tutup mulut anak kecil saya yang menangis ketika kami berlari dalam ladang kerana khuatir tangisannya boleh dikesan pengganas," katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata kumpulan militan dari selatan Filipina itu menyerang kampung mereka kira-kira pukul 10 pagi dengan melepaskan tembakan ke udara dan ekoran itu ramai penduduk kampung menjerit "lari, lari, orang Sulu datang". "Kami dikejutkan dengan bunyi letupan dan tembakan. Dari jauh saya nampak beberapa manusia berpakaian serba hitam berjalan sambil melepaskan tembakan ke udara. Saya juga nampak kepulan asap," katanya. Mohd Asri berkata panik dengan suasana itu, beliau bersama keluarga melarikan diri ke dalam hutan dan hanya sempat membawa dokumen peribadi. Selepas lebih empat jam di dalam hutan sawit, keluarga itu tiba di rumah rakan mereka di Lok Buani dan Mohd Asri hanya tiba di rumah mentuanya di penempatan peneroka Felda Sahabat, Fajar Harapan, kira-kira tujuh kilometer dari Lok Buani pada pukul 5 pagi. "Penat kami pagi tadi belum hilang, kami kena lari lagi sambil bersembunyi. Ia seolah-olah tiada penghujungnya kekejaman pengganas ini. "Tiba di rumah bapa mentua, saya sudah letih dan tidak berupaya untuk lari lagi...saya hanya mampu mendoakan tuhan memberi perlindungan kepada kami dan pengganas tidak datang ke penempatan bapa mentua," katanya. Kini, selepas 21 hari kejadian itu, Mohd Asri masih berlindung di rumah mentuanya sambil mengenang masa depan yang tidak pasti kerana beliau kini hilang punca rezeki. Mohd Asri yang masih geram dan marah dengan tindakan pengganas dari selatan Filipina itu, berkata beliau kerugian hasil sawit kira-kira RM2,400 bagi empat kali mengait buah sawit dalam sebulan dan mungkin kehilangan ternakannya iaitu empat ekor lembu dan enam kambing. "Saya dengar ada orang cakap beberapa buah rumah dibakar di kawasan rumah kami dan ternakan kami diambil oleh pengganas. Kalau benar ia berlaku maka banyak saya rugi kerana lembu RM3,00 seekor, kambing RM600 seekor, tidak termasuk rumah terbakar," katanya. Beliau yang belum dibenar memasuki kampungnya kerana operasi pembersihan masih dijalankan, adalah antara 30 penduduk Kampung Tanjung Labian, yang beratur mengambil bantuan makanan berupa sekampit beras dan pelbagai keperluan asas lain yang diagih Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).-BERNAMA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sultan Sulu nak saman Kerajaan Malaysia di Mahkamah Antarabangsa ICJ Posted: 22 Mar 2013 01:25 AM PDT A spokesman for the sultanate says there is no basis for Malaysia to file charges against eight Filipinos because it does not own Sabah. MANILA: The Sulu Sultanate will sue the Malaysian government before the International Court of Justice in response to its filing of terrorism charges against eight of the sultan's followers who were captured in Sabah, a crime punishable by death. The spokesman of the sultanate, Abraham Idjirani, said their legal team was preparing to file a complaint of usurpation of authority and illegal development of natural wealth in Sabah against Malaysia. "There is no basis for Malaysia to file charges against those eight Filipinos because it does not own Sabah. We are the rightful owners," Idjirani said at the residence of Sultan Jamalul Kiram III in Taguig City. This will be the third time the Sulu Sultanate will file a lawsuit against Malaysia. The first was filed in 1992 before the United Nations and the second was filed in 2004 before the International Court of Justice. Idjirani said both cases were still pending because the ownership of Sabah had not been resolved. Maintaining that the Malaysia's move was illegal, Idjirani said the moves to file terrorism charges against the sultan's followers violated the 1963 agreement signed by the heads of Malaysia, the Philippines and Indonesia. The 1963 Manila accord states that "the inclusion of Sabah into the Federation of Malaysia will not prejudice the interest of parties concerned until the issue of the Sabah claim is finally resolved by the United Nations." "Malaysia is only an occupant of Sabah, so they have no right to file charges against those Filipinos," Idjirani added. He said the sultanate had no way to confirm whether the eight Filipinos were indeed members of the Sulu Royal Army that occupied Lahad Datu. President Benigno Aquino III on Thursday said the government would help the eight Filipinos charged with terrorism and waging war in Sabah. "It is our obligation to protect the rights of our citizens," the President said. Aquino said he had already instructed the Foreign Affairs and Justice Departments to give the Filipinos legal assistance. Under Malaysian laws, terrorism charges carry a jail term of up to 30 years while waging war against the King is punishable with death. A group of Sabah-based lawyers have also expressed their intention to help the eight followers of the sultanate. The Sabah Law Association, in a report carried by the Malaysian press, said it was ready to ensure that the eight Filipinos are accorded due process. Aquino earlier ordered an inter-agency team led by Executive Secretary Paquito Ochoa Jr. to come up with a roadmap to resolve the Sabah conflict peacefully. Aquino said the Philippines was open to negotiating with Malaysia and embarking on a rules-based approach to resolve the Sabah claim similar to the case filed by Manila against Beijing to address the territorial dispute over Panatag Shoal. The sultanate on Thursday slammed the Palace for dismissing an alleged assassination plot against the sultan and his family. Idjirani said President Aquino should have at least ordered an investigation into the reported arrival in the country of the Malaysian hit squad to liquidate the sultanate officials. - Agencies | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Papagomo adalah pengundi hantu Posted: 21 Mar 2013 11:56 PM PDT Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno. Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah. (Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM) Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B. Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B. Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi. Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut: Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami: F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang: SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih? Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi 22 MAC 2013 LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM
|
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan