Jumaat, 15 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Khemah terbang di program Najib ... hahaha dia pun tak lama dah nak terbang sama hehe

Posted: 15 Mar 2013 09:18 AM PDT





Hebatnya Kuasa ALLAH... Mereka Serang Program PR Dengan Baling Batu, Baling Telur, Pukul Orang Dan Buat Huru Hara. Berkat Doa Penyokong Pakatan Rakyat, Di Program Mereka Dihantarkan Ribut & Taufan... Sesungguhnya Kuasa Manusia Tidak Bisa Melampaui Kuasa Allah... Hari Ini Allah Tunjukkan Pada Kita Semua... Allahu Akbar!!!

Ini kali ke3 rasanya program Najib di hadiri ribut sama dengan Najib. -erapasca

p/s Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit seperti tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. Kisah ribut yang meghentam program Najib itu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai.







Lahad Datu : 8 Rakyat Asing Naik Bot Laju Ditahan di Sg Bilis - Hamza

Posted: 15 Mar 2013 08:39 AM PDT



LAHAD DATU: Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, di sini tengah malam Khamis.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong.
"Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi. "Jika perlu kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Jumaat.
Beliau berkata sehingga 5 petang ini, 97 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 233 orang ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.
Pasukan keselamatan juga menembak mati 61 musuh dan 27 daripada mayat pengganas itu telah dibawa keluar dari zon merah.
Hamza berkata Operasi Daulat, yang memasuki hari ke-11, kini bertumpu di Tanjung Batu manakala kawasan di Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk telah dibersihkan.
"Kami percaya pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata dalam tempoh 48 jam sehingga 5 petang ini tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas. -BERNAMA

Lahad Datu: Azimuddie Berjaya Larikan Diri, Tinggalkan Pengikutnya- Panglima Angkatan Tentera


Azzimudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya
KOTA KINABALU: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin
Beliau berkata pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan dia telah pulang ke tanah airnya," kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.
Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.

Lahad Datu: Azimuddie Berjaya Larikan Diri, Tinggalkan Pengikutnya- Panglima Angkatan Tentera

Posted: 15 Mar 2013 08:01 AM PDT



Azzimudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya
KOTA KINABALU: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin
Beliau berkata pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan dia telah pulang ke tanah airnya," kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.
Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.

PI Bala meninggal dunia

Posted: 15 Mar 2013 05:09 AM PDT

NONEPenyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.



Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu. 

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

Mendiang memberikan wawancara terakhirnya kepada Malaysiakinipada Isnin lalu.

Tiada ulasan: