Sabtu, 16 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kenyataan Muhyiddin Satu Hasutan Melampau, PAS Bakal Kemukakan Saman Fitnah

Posted: 16 Mar 2013 12:33 AM PDT


Polis serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.

Ketua Penerangan PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu terlalu berat serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.

Sebelum ini, Muhyiddin di Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Baru Perodua di Hulu Selangor berkata, pakatan pembangkang akan menimbulkan huru-hara pada hari mengundi dan akan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih.

Katanya, pembangkang bertindak demikian kerana mereka semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau juga berkata, kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak-peranda.

"Sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan beliau boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai daripada kalangan masyarakat.

"Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat, khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau," kata Riduan dalam kenyataan media.

Kata Riduan, dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan serta sindrom ketakutan kepada rakyat.

"Beliau juga menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian.

"Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang boleh dipercayai seperti dakwaannya, pemuda PAS mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut," katanya.

Ujarnya, sekiranya Muhyiddin gagal mengemukakan bukti tersebut, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau.

Sementara itu, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kenyataan tersebut adalah 'songsang' dan menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.

"Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya.

"Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat.

"Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal, bakal ke penjara jika Umno tewas di Putrajaya, yang mana ia seharusnya menimbulkan panik," katanya.

Baru-baru ini di Bukit Katil, Melaka, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa penceramah Pakatan Rakyat dibaling dengan batu sehingga pecah cermin. Ia merupakan insiden kedua di Melaka bas itu diserang and ke-enam semenjak jelajah itu dimulakan pada September tahun lepas.


TPM masih enggan tunjuk bukti 'porak-peranda'

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya mengenai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

"Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya ketika ditanya bila pendedahan dokumen itu akan dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.

Rabu lalu, ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.

Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
-mk


[VIDEO] Fitnah Untuk Anwar Beredar, Kali Ini Dengan Lelaki Pula

Posted: 15 Mar 2013 11:00 PM PDT


Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah.

Agen fitnah Umno begitu bersungguh tengah malam tadi mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki.

Beberapa blogger telah mengulas mengenai perkara itu sejak malam tadi.

Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja.

Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang.

Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun.


"Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat," tulis blogger Erapasca. -HD


Ulasan GB

Yang nyata ia bukan video, tetapi gambar-gambar yang diedit kemudian dikumpulkan untuk membentuk sebuah slaid.

Semenjak dari fitnah video yang pertama, muka "pelakonnya" tak pernah terang dan jelas. Gambar hitam-putih untuk tidak menampakkan kesan editing.

GB ingin mengingatkan tentang firmanullah s.w.t:


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya dan ulamak mereka pula, baik yang tua dan yang muda, berdiam diri seolah-olah merestui fitnah-fitnah UMNO tersebut.

Makin jelas dan nyata "keengkaran" UMNO ini.

Yakin dan percayalah, UMNO tidak akan menang dengan fitnah malah fitnah itulah yang bakal menumbangkan UMNO. Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang kita kenali sebagai SUNNATULLAH! Hanya si "kufur" mahu melawan kuasa ALlah.

[BUKAN SANDIWARA] Tahniah Zul Kerana Tinggalkan UMNO & Sertai PAS

Posted: 15 Mar 2013 08:01 PM PDT


Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.

Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.

Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.

Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

"Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini," katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.

Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.

Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.

"Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.

"Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta," jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.

[GAMBAR & VIDEO] Program Najib Di Kelantan Diserang Ribut

Posted: 15 Mar 2013 04:40 PM PDT


HHebatnya Kuasa ALLAH... Mereka Serang Program PR Dengan Baling Batu, Baling Telur, Pukul Orang Dan Buat Huru Hara. Berkat Doa Penyokong Pakatan Rakyat, Di Program Mereka Dihantarkan Ribut & Taufan... Sesungguhnya Kuasa Manusia Tidak Bisa Melampaui Kuasa Allah... Hari Ini Allah Tunjukkan Pada Kita Semua... Allahu Akbar!!!

Ini kali ke3 rasanya program Najib di hadiri ribut sama dengan Najib. -erapasca

p/s Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. Kisah ribut yang meghentam program Najib itu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai.









Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[VIDEO] Jenayah Pengganas UMNO Serang Bas Pakatan Rakyat Di Kuala Krau, Pahang

Posted: 15 Mar 2013 08:02 AM PDT


Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata bas itu 'dilencong' dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam.

"Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri.

Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas.

"Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang.

Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera.

"Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan," katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.

Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.

"Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat," katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.

p/s sudah sampai masanya parti pengganas UMNO sudah tak layak lagi mentadbir negara malaysia yg tercinta ini.......

hapuskan UMNO dan Barisan nasional dari bumi malaysia ini di PRU13 nanti....



[PANAS] Mazidul Akmal Tanya Di FB 'Siapa Sokong Anwar Ibrahim'. Apa Jawapan Anak Muda?

Posted: 15 Mar 2013 05:50 AM PDT


MMungkin dia fikir semua anak muda masih nak mengampu Najib dan Umno. Sebab itu dia berani tanya soalan macam tu. Boleh saksikan sendiri apa jawapan lebih 500 pengguna FB yang terdiri dari anak muda.

Walau bagaimanapun, perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berdiri di atas tubuh Anwar Ibrahim seorang. Siapapun yang memimpin PR, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan dan menyimpan Umno dalam muzium sejarah.

Kes ini samalah dengan kes Najib tanya 'Are you ready for BN' yang dibalas dengan jawapan 'NOOOOO'. Lepas ini Umno mungkin akan keluarkan arahan, haram bertanya soalan2 yang boleh memalukan Umno-BN. Kah kah kah. Ini kalilah!:







 Untuk besarkan KLIK IMEJ berkenaan. Sumber dan lagi imej berkaitan DISINI


sumber: pastitiwangsa

Tiada ulasan: