Isnin, 11 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi Sultan Sulu nafi terlibat dengan pengganas

Posted: 10 Mar 2013 06:23 PM PDT


Sultan Bantilan dakwa tidak terlibat

11 Mac 2013
SHAH ALAM – Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang diketuai oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Datu Wasik Aranan menegaskan kesultanannya tiada kena mengena dengan insiden keganasan di Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar SSDI, Datuk Zakaria Abdullah berkata, SSDI tiada niat mahu menuntut Sabah secara kekerasan, kecuali melalui proses perbincangan yang aman.

Menurutnya, SSDI turut memuji kepimpinan Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang menegaskan negara tersebut tidak akan terburu-buru menuntut Sabah berdasarkan fakta sejarah dan kepentingan demi menjaga kestabilan rantau ini.

"Sejak pencerobohan bersenjata ke Sabah yang mengancam nyawa dan harta benda bermula, SSDI berharap insiden ini boleh diselesaikan secara aman bagi mengelak pertumpahan darah berterusan.

"SSDI juga bersedia menjadi orang tengah dalam perbincangan dengan beberapa syarat," katanya.

Selain itu, Zakaria bertegas SSDI tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana perbuatan Tausug yang menggunakan nama, bendera atau logo SSDI secara tidak bertanggungjawab dalam aktiviti haram seperti pencerobohan bersenjata ke Lahad Datu, Sabah tanpa
pengetahuan Sultan.

"Sekiranya pendamaian tidak boleh dicapai melalui perbincangan, SSDI menyeru semua pihak yang terlibat mengelakkan insiden orang awam menjadi mangsa dalam apa jua keadaan," katanya.

Katanya lagi, SSDI menyambut baik segala perbincangan untuk menyelesaikan konflik itu dan mahu semua pihak mengawal keadaan sebaik-baiknya dalam menyelesaikan krisis ini.

SANTAI MALAM : Hati-hati siapa-siapa yang suka makan KANGKUNG ....

Posted: 10 Mar 2013 09:16 AM PDT



PENTING : WASPADA KETIKA MAKAN KANGKUNG ... Mungkin cerita ini dapat dijadikan perhatian kepada kita semua ketika hendak memakan sayur KANGKUNG.


Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang budak kecil yang menderita sakit perut.

Budak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita cirit-birit.

Sudah pelbagai macam ubat sakit perut yang diberikan kepada budak itu, namun cirit-birit masih tidak sembuh.

Kemudian, ibu bapa budak tersebut ditanya doktor,

"makanan apa yang dimakan oleh anak anda dalam 2 hari ini?"

"ibubapanya bingung, kerana sejak anaknya cirit-birit, anak mereka tidak mahu makan dan hanya meminum susu dan itupun dimuntahkan balik.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, budak berkenaan telah memakan Kangkung Tumis di restoran bersama kedua ibu bapanya.

Doktor segera melakukan X-RAY dan ternyata dalam usus anak tersebut telah membiak LINTAH dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medik apapun kerana kes sedemikian adalah luar kemampuan mereka.

Akhirnya, budak malang itu pun MENINGGAL DUNIA.

Setelah diperiksa kembali, ternyata Lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.

Memang, untuk penggemar kangkung tumis, bahagian yang paling sedap adalah BATANGNYA.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walaupun dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis, proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap dan rangup ketika dikunyah.

Lintah hanya akan MATI jika DIBAKAR.

Di dalam usus budak malang itu, lintah hanya perlu masa 1 – 2 hari untuk membiak.

Jika ada keluarga atau sahabat yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (boleh dihasilkan daripada rokok tembakau) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.

Dan disarankan bila anda memasak kangkung sila belah batangnya dan bersihkan dengan air secukupnya.

Mencegah lebih baik dari merawat.

Lahad Datu: Pengganas Terus Digempur, Tiada Tanda Letak Senjata

Posted: 10 Mar 2013 08:26 AM PDT



KUALA LUMPUR: Op Daulat yang memasuki hari keenam pada Ahad menyaksikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina terus digempur kerana tiada tanda mereka mahu menyerah diri sejak menceroboh Sabah 26 hari lepas.
Kumpulan penceroboh sebaliknya bertindak agresif sehingga menyebabkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam insiden berbalas tembakan yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu malam Sabtu.
Tindakan itu mendapat reaksi segera Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang menyifatkan kumpulan pengganas itu tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.
Susulan itu, pasukan keselamatan membabitkan polis dan angkatan tentera yang membentuk Op Daulat meneruskan operasi menjejak pengganas, dengan orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak menghampiri kawasan Zon Merah yang ditetapkan sejak gerakan ofensif dimulakan Selasa lepas.
Ketika pasukan keselamatan agresif menjejaki musuh, seorang remaja lelaki berusia antara 12 dan 15 tahun maut terkena tembakan pasukan keselamatan pagi ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian secara tiba-tiba itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang memeriksa dua lelaki dan tiga wanita di Kampung Sungai Bilis sebelum terdengar bunyi pergerakan dari belukar berhampiran.
"Berikutan itu, pasukan keselamatan secara spontan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut," katanya pada sidang media pada 4.40 petang.
Ismail berkata operasi agresif pasukan keselamatan juga membawa kepada penahanan 96 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februari lepas.
Turut ditahan adalah 66 yang lain kerana memasuki zon larangan dalam kawasan Op Daulat yang dilancarkan pada Selasa.
Gerakan ofensif juga kini dilebarkan ke kawasan baharu di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan menumpukan kepada operasi membersih dan menggeledah di Kampung Tanduo, kira-kira lima kilometer dari kampung itu.
Sementara itu di Semporna, polis daerah itu menahan empat individu yang merupakan suspek penceroboh.
Mereka merupakan sebahagian daripada 33 orang yang ditahan dalam operasi selama dua jam di Kampung Pinggir Bakau kerana dipercayai melindungi dan terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu selain disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada musuh.
Hari keenam Op Daulat juga menyaksikan sekumpulan wartawan dan jurugambar terserempak dengan anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, kira-kira 20 kilometer dari pusat media di Residental Felda Sahabat.
Sosok lelaki berpakaian serba hitam sambil memegang senjata itu dilihat berdiri berhampiran sebatang pohon kelapa sawit, kira-kira enam meter dari kedudukan mereka.
Bagaimanapun kesemua mereka tidak diapa-apakan.
Penduduk kampung itu juga dilihat tergesa-gesa meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbangkan keselamatan selepas mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dalam kawasan kampung berkenaan.
Pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan dari Sulu pada 5 Mac.
Sepanjang konflik yang bermula 12 Februari itu seramai lapan anggota polis terkorban dan 53 musuh ditembak mati. - BERNAMA

Dakwaan keganasan pasukan keselamatan terhadap warga Filipina - Manila minta penjelasan Putrajaya

Posted: 10 Mar 2013 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mac —Manila hari ini mahu kerajaan Malaysia menjawab berkenaan tuduhan warga Filipina di Sabah didera dan ditembak dengan sengaja oleh anggota keselamatan dalam pencariannya mencari penceroboh Sulu.


Timbalan jurucakap presiden Abigail Valte berkata demikian dalam laporan ABN-CBS tengah hari tadi bahawa Malacanang menerima beberapa dakwaan terdapat "layanan tidak berperikemanusiaan" ke atas warga Filipina yang tidak bersalah, yang tidak ada kaitan dengan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera kepada Kesultanan Sulu.
"Laporan sebegini tidak dapat diterima, sebab itu Jabatan Hal Ehwal Luar akan berhubung dengan rakan dari Malaysia untuk membincangkan perkara ini," katanya yang dilaporkan menerusi laporan online.
Valte berkata, laporan dari pelarian Filipina yang mengatakan anggota polis Malaysia menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya dalam pencarian mereka memburu mereka yang mempunyai kaitan dengan Sultan Sulu itu.
Seorang pelarian berkata, lelaki Filipina ada yang diheret dari rumah mereka dan dipukul, dan memaksa mereka berlari sebelum polis menembak ke arah mereka, walaupun mereka menunjukkan dokumen imigresen mereka yang sah untuk tinggal di Malaysia.
Laporan juga dikatakan sampai ke Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dimana adiknya Agbimuddin Kiram mengetuai pencerobohan di Sabah, mengatakan warga Malaysia berketurunan Tausug juga dibelasah di tangan polis, termasuk mereka yang memegang MyKad.
Orang Tausug juga dikenali sebagai orang Suluk yang datang dari kepulauan Sulu di Filipina.
"[Rakyat Malaysia] mendakwa mereka sudah beri 'toleransi maksima', tetapi itu tidak benar. Mereka memberi 'keganasan maksima' dan itu yang sedang berlaku. Perempuan, termasuk wanita mengandung, dan kanak-kanak juga ditembak oleh tentera Malaysia," kata anak Jamalul, "puteri raja" Jacel Kiram, yang dilaporkan di Manila Standard Today.
Jurucakap Sultan, Abraham Idjirani mendakwa perempuan mengandung turut dipukul ketika operasi, menyebabkan beliau terpaksa melahirkan anak tersebut ketika ditahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, tempat di mana penceroboh itu menyembunyikan diri.
"Wanita mengandung itu melahirkan anaknya di balai polis, tetapi anaknya mati selepas itu. Orang ramai diheret oleh pihak polis," kata Idjirani, menurut Manila Standard Today. "Mereka bukan sahaja menahan orang Filipina dan penyokong sultan, tetapi warganya sendiri."
Dalam laporan Philippine Daily Inquirer, seorang warga Filipina berusia 32 tahun berkata abangnya ditembak mati di tangan polis Malaysia semasa mencari mereka yang disyaki penyokong Kiram.
"Mereka mengheret lelaki ke luar rumah, tendang dan pukul mereka," katanya melalui panggilan telefon dari Patikul, Sulu, selepas beliau tiba di Filipina Jumaat lalu bersama 200 pelarian lain.
Taradji mendakwa pasukan keselamatan Malaysia menyerang kampung di daerah pesisiran pantai Sandakan di mana beliau tinggal di situ pada malam Isnin, dan di situ abangnya Jumadil ditembak mati selepas diarahkan pihak polis untuk berlari sepantas mungkin.
Menurut The Inquirer, seorang pegawai berkata kira-kira 1,000 orang pelarian meninggalkan Sabah untuk ke Sulu dan Tawi-Tawi, sementara lebih ramai lagi akan meninggalkan Malaysia apabila pihak berkuasa meneruskan operasi menghalau penceroboh Sulu.
Taradji jugadilaporkan berkata pihak berkuasa Malaysia sengaja membiarkan mereka yang ditahan kelaparan jika mereka disyaki mempunyai kaitan atau menyokong pencerobohan Sulu.
"Walaupun anda mempunyai dokumen yang sah, anda juga akan ditahan. Jika anda bertuah untuk tiba di penjara, anda mati kelaparan kerana mereka tidak akan memberi makanan kepada anda," katanya menurut The Inquirer.
Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa pagi, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung.
Sehingga semalam, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 53 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu.



Persatuan: Keturunan Sulu jangan terpengaruh khabar angin

Persatuan Suluk Bersatu Sabah cawangan Sandakan hari ini menafikan dakwaan ribuan warga Filipina meninggalkan negeri itu kerana bimbang dikenakan tindakan ekoran insiden pencerobohan militan bersenjata Sulu di Lahad Datu.

Pengerusinya Jamal Ali berkata sebaliknya, pemantauan yang dilakukannya mendapati warga Filipina terbabit yang dikesan mula meninggalkan Sabah sejak semalam melakukannya secara sukarela.

"Saya sendiri turun untuk memantau pergerakan mereka dan mendapati mereka yang kebanyakan tidak memiliki dokumen sah serta individu yang memiliki dokumen mengakui pulang bersama anak dan keluarga secara sukarela dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di jeti nelayan di pasar umum Sandakan di Sandakan hari ini.

Jamal, yang menaungi persatuan dengan lebih 300 anggota berketurunan Suluk berkata warga Filipina sepatutnya tidak terpengaruh dengan khabar angin berhubung kekerasan yang mungkin digunakan kerana yakin pihak keselamatan akan menangani isu itu dengan berhemah.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan sebuah portal berita yang memetik laporan sebuah media Filipina yang mendakwa ribuan warga negara itu mula melarikan diri dari Sabah kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

- Bernama


Polis nafi tembak pendatang Filipina di Sandakan
Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan laporan media Filipina bahawa pasukan keselamatan menganiaya dan membunuh pendatang Filipina di Sandakan.

Media Filipina boleh sebut apa saja, namun fokus operasi ini hanya di dua kawasan – Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di Lahad Datu, katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence pagi ini.

Polis hanya menjalankan siasatan biasa berhubung pencerobohan tersebut di kawasan lain, selain dua kawasan tersebut.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa warga Filipina dibunuh di Sandakan, selain dari kumpulan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.

"Tiada apa yang berlaku di Sandakan, jadi apa yang saya perlu perjelaskan," soalnya.

The Philippine Inquirer semalam melaporkan pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan dan menyuruh individu berkenaan melarikan sebelum melepaskan tembakan ke atas lelaki berkenaan.

Sementara itu, ketua polis daerah Semporna Mohd Firdaus Abdullah berkata pasukannya menahan "ramai" pendatang asing Filipina tanpa izin di kawasan tersebut.

Penahanan berkenaan berlaku selepas enam pegawai polis terbunuh dalam satu serang hendap di Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya, Semporna, seminggu yang lalu.

Firdaus bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar yang ditahan.

Tahanan berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Imigresen, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hamzah berkata sehingga kini seramai 85 orang ditahan di seluruh Sabah bawah  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang dibaca bersama dengan Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan berhubung perbuatan pengganas.

Seramai 66 orang lagi ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, di Lahad Datu sejam operasi bermula pada hari Selasa.

Lahad Datu :Remaja ditembak mati oleh pasukan keselamatan

Posted: 10 Mar 2013 05:15 AM PDT


Nigel Aw
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.

Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.

Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.

"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.

Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.

Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.

Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.

Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.

Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.

Wartawan Terserempak Pengganas Sulu

Posted: 10 Mar 2013 04:23 AM PDT



LAHAD DATU: Sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat dekat sini, Ahad.
Lebih mencemaskan, lapan wartawan dari pelbagai syarikat media itu "dipaksa" berlari bersama penduduk yang secara tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian dan bertempiaran meninggalkan kampung itu.
Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu melibatkan wartawan dan jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), jurugambar The StarNew Straits Times serta jurukamera dan pemberita Bernama TV dan Al-Hijrah.
Mengimbas kembali, wartawan Bernama Mohd Hisham Abdul Rafar berkata pada mulanya beliau bersama rakan media mendapati perkampungan yang dikelilingi ladang kelapa sawit itu lengang dan suram.
Malah, mereka yang tiba dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan Proton Saga juga menggambarkan penempatan itu seolah-olah "kampung berhantu" kerana rumah-rumah tiada berpenghuni serta tidak berkunci dengan binatang ternakan berkeliaran.
"Seperti biasa, kami menjalankan tugas mencari berita dan merakam keadaan kampung.Tiba-tiba sekumpulan penduduk termasuk kanak-kanak bergegas keluar dari beberapa penjuru kampung, seolah-olah lari dari sesuatu.
"Terkejut dengan keadaan itu, kami menahan seorang daripada mereka bagi bertanyakan apa yang berlaku dan dimaklumkan mereka bertindak demikian setelah mendengar empat das tembakan dilepaskan dari dalam kawasan itu," katanya.
Menyedari keadaan tersebut boleh mengancam keselamatan, Mohd Hisham yang sebelum ini pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Pakistan segera beredar dari lokasi itu bersama rakan media lain.
Jurufoto The Star, Normimie Diun, 38, berkata situasi bertambah genting apabila beliau yang ketika itu telah berada di dalam kenderaan terlihat sosok seorang lelaki berpakaian serba hitam yang memegang senjata berdiri berhampiran sebatang pohon kelapa sawit, kira-kira enam meter dari kedudukan mereka.
Cemas dengan keadaan itu, beliau dan rakan-rakan terus menundukkan kepala dan pemandu terus memecut meninggalkan kawasan itu.
Dalam pada itu katanya, beliau masih sempat menjerit mengingatkan rakan-rakan supaya tidak merakamkan gambar kerana khuatir lelaki itu bertindak ganas.
"Saya sempat menjenguk keluar dan terlihat lelaki itu terus duduk dan berselindung di sebalik pokok berkenaan. Saya masih terperanjat, namun bersyukur penceroboh itu tidak melepaskan tembakan," katanya.
Normimie berkata dalam perjalanan pulang mereka kemudiannya berselisih dengan beberapa kenderaan polis yang menuju ke kampung tersebut.
Kesemua kumpulan wartawan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiba dengan selamat di Felda Sahabat 16, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.
Pasukan keselamatan melancarkan Op Daulat di kawasan sekitar Lahad Datu berikutan insiden pencerobohan oleh kumpulan militan bersenjata dari Selatan Filipina yang berlarutan sejak 12 Februari lepas. BERNAMA


Lahad Datu: Jurugambar The Star Cerita Pengalaman Terserempak Lelaki Bersenjata
Anggota komando polis VAT 69 membawa penduduk dari Kampung Tanjung Labian keluar dari kampung mereka sebagai langkah keselamatan penduduk di situ pada hari keenam Op Daulat, Ahad.

 -fotoBERNAMA
LAHAD DATU: Pemanduan untuk membuat tinjauan keadaan di Kampung Tanjung Labian ternyata menjadi satu pengembaraan mencabar bagi kumpulan wartawan dan jurugambar yang terserempak dengan lelaki bersenjata berhampiran perkampungan pantai yang terletak kira-kira 160km dari sini.
Pasukan media termasuk jurugambar The Star, Normimie Diun, terlihat lelaki memakai baju-T dan seluar seluar warna gelap berdiri di tepi jalan tidak lama selepas mereka tiba di kampung itu kira-kira pukul 10.00 pagi.
Ketika memandu ke Tanjung Labian, pasukan media tidak melihat sebarang sekatan jalan raya polis, membuatkan mereka percaya bahawa kawasan itu adalah selamat.
Bagaimanapun, ketika meneruskan pemanduan, mereka disambut dengan pakaian yang sudah kering namun masih tergantung pemandangan di sebuah kampung terpencil, menunjukkan penghuni telah meninggalkan kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan mereka, mereka juga melihat seorang lelaki sedang berdiri di pokok kelapa sawit berhampiran.
Terdahulu, timbul kebimbangan yang memuncak apabila melihat beberapa sepanduk putih dengan tulisan merah digantung di beberapa pokok.
Kemudian, selepas satu minit, mereka melihat kelibat lelaki berpakaian gelap di tepi jalan dan menyedari bahawa mereka mungkin berdepan dengan salah seorang lelaki bersenjata Sulu yang terlibat dalam pertempuran berterusan dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, yang terletak kira-kira 2km dan Kampung Tanduo berdekatan.
Mengimbas bagaimana dia terkejut melihat lelaki bersenjata, Normimie berkata lelaki itu mengelak dan hilang ke dalam semak apabila melihat dua kenderaan pasukan media sedang dalam perjalanan masuk.
"Apabila saya ternampak dia, saya berteriak kepada yang lain di dalam kereta untuk tunduk dan tidak menunjukkan kamera kami. Pemikiran saya serta-merta berkata mereka mungkin menganggap peralatan kami adalah senjata dan akan melepaskan tempakan kepada kami," kata Normimie yang duduk di tempat duduk belakang.
"Kami sangat takut kerana jika dia adalah anggota pasukan keselamatan, dia akan memberitahu kami supaya berpatah balik," katanya.
Pada ketika ini, kumpulan itu memutuskan untuk membuat 'u-turn' dan kembali ke jalan utama Felda.
Ketika pasukan media sampai di jalan utama Felda, mereka terserempak dengan kira-kira 30 penduduk kampung Tanjung Labian yang ketakutan selepas mendengar empat tembakan beberapa minit sebelum itu.
Salah seorang daripada mereka, Achar Jalil berkata mereka telah diberitahu oleh ketua kampung untuk terus berada di kawasan itu walaupun pihak berkuasa Malaysia telah menasihatkan supaya berpindah, pada Isnin.
Menunggang motosikal bersama isteri dan dua anak, Achar berkata dia bimbangkan nasib ibunya yang tua dan uzur yang terpaksa ditinggalkan.
Ketika mereka meninggalkan Tanjung Labian, pasukan media berselisih dengan anggota polis

Tiada ulasan: