MiLo SuaM |
Bukti! Najib guna Majlis Keselamatan Negara intip email rakyat Posted: 21 Mar 2013 09:17 PM PDT SEBELUM ini portal berita berpengaruh The New York Times telah mendedahkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional, adalah antara 25 negara yang menggunakan "spyware" menyusup ke dalam komputer pengguna untuk mengintip aktiviti rakyat. Sebuah surat yang tersebar ke internet melalui laman sosial facebook dan twitter di bawah ini mengukuhkan lagi dakwaan tersebut. Jelas Najib Razak turut menggunakan agensi kerajaan, iaitu Majlis Keselamatan Negara untuk memenangi pilihanraya umum. Surat yang mempunyai tandatangan Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, bertarikh Mac 2013 itu memaklumkan bahawa MKN telah menjalankan aktiviti memintas email untuk memahami strategi Pakatan Pembangkang. Terbukti bahawa Majlis Keselamatan Negara diperkudakan oleh Najib Razak untuk mengintip email-email terutama pimpinan dan para strategis dalam Pakatan Rakyat. Patutlah askar penceroboh masuk ke Sabah mereka tak sedar, sebab sibuk sangat intip aktiviti rakyat sendiri. ReJaM© "Pimpinan Pakatan Rakyat harap ambil perhatian... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan