Kelab Greenboc |
- Pemfitnah Tegar Itu Seorang Pengundi Hantu Rupanya!
- Tukar Kerajaan Untuk Pulihkan Wibawa Polis - Mantan Pengarah SB Sabah
- [BERGAMBAR & VIDEO] Puluhan Ribu Banjiri Kuliah TGNA & Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu
- Video Terbaru Memfitnah Anwar Disebarkan Papagomo
- [BONGKAR] Papagomo, Bekas Koperal Polis Yang Pernah Dipenjara Kerana Rasuah -updated
- ADUN PAS Kedah Menang Saman RM150,000 Ke Atas RTM
Pemfitnah Tegar Itu Seorang Pengundi Hantu Rupanya! Posted: 22 Mar 2013 12:21 AM PDT Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, didedah hari ini merupakan pengundi hantu berdasarkan bukti senarai daftar pemilih yang disemak KEADILAN. Pendedahan terbaru ini dibuat Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti, di sini pagi tadi. Berikut kenyataan penuh pendedahan tersebut: Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno. Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah. (Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di SINI, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM) Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863. Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B. Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B. Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi. Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut: Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami: F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang: SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih? Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tukar Kerajaan Untuk Pulihkan Wibawa Polis - Mantan Pengarah SB Sabah Posted: 21 Mar 2013 11:15 PM PDT Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi. Mantan pengarah polis Cawangan Khas Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka. "Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis). "Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi. Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka. 'Kenapa bacul bertindak?' Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik. "Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya. "Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran. "Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya. Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan. "Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak. "Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya. Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan. 'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia' Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya. Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang. Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah. "Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza. "Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya. Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu. "Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak. "Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang. Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan. -mk | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
[BERGAMBAR & VIDEO] Puluhan Ribu Banjiri Kuliah TGNA & Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu Posted: 21 Mar 2013 08:01 PM PDT Puluhan ribu membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan untuk mengikuti Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz dan Bual Bicara bersama Ustaz Azhar Idrus. Turut serta penampilan istimewa dari Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Haslin Bollywood. Foto di bawah ini menceritakan betapa hebatnya sambutan rakyat Kelantan. Semuga Pas terus memerintah Kelantan selepas PRU 13 nanti. Gambar : Berbagai sumber di FB/Kompilasi: malaysiaberih | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Video Terbaru Memfitnah Anwar Disebarkan Papagomo Posted: 21 Mar 2013 04:31 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan lagi sebagai individu dalam satu skandal video dengan seorang lelaki yang didakwa seorang mahasiswa berumur 19 tahun. Video selama 1:20 minit itu disiarkan penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) Papa Gomo dengan audio dan berwarna memaparkan individu mirip Anwar berbual dengan lelaki yang dipercayai memasang rakaman kamera secara tersembunyi. Anwar: Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…? Lelaki: Ada apa kat Segambut? Anwar: Daripada rumah I lah (ketawa) Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak? Anwar: …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt… Ini merupakan pendedahan rakaman kedua yang cuba mengaitkan Anwar dengan skandal salah laku dalam tempoh seminggu selepas beberapa gambar sepasang lelaki berpelukan yang didedahkan dalam blog rajagoyang360 Sabtu lalu. Tindakan menyiarkan video terbabit juga dikatakan selepas Papa Gomo mendakwa Anwar tersalah memfitnah dirinya sebagai pemilik blog Raja Goyang dan enggan menarik balik saman RM100 juta. 'Saman RM100 juta' "Saman RM100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah, China Doll, dua orang mahasiswa yang diliwat, Zulkifli Nordin, bekas pengasas PKR Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, Datuk S Nallakaruppan, N Gobalakrishnan dan seorang pemimpin kanan PAS," katanya dalam blog beliau. Anwar melalui peguam N Surendran pagi tadi memfailkan saman RM 100 juta terhadap Papa Gomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menarik balik tuduhannya dalam tempoh 48 jam. Sementara itu penulis blog (Papa Gomo) mendakwa, beliau telah menemui mahasiswa tersebut pada Februari lalu dan telah mengaku melakukan perbuatan suka sama suka. Beliau turut mengaku bertanggungjawab sepenuhnya dengan pendedahan skandal terbabit tanpa bantuan mana-mana pihak dalam kerajaan. "Gomo nak tegaskan di sini kepada semua. Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara. "Gomo bukan pemimpin politik atau berjawatan besar tetapi Gomo mewakili jutaan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran dalam memilih pemimpin yang benar dan bukannya jijik," katanya. -FMT Ulasan GB Nampak dalam video itu macam "real" Anwar, tetapi GB berpendapat, ia tetap "fake". Kerana? Gambar video itu diambil dari sudut jauh agar penelitian terhadap gambar di video itu tidak dapat dilakukan. Sementelah lagi wajah Anwar kelihatan terlalu muda berbanding dengan usianya sekarang yang sudah menjangkau 65 tahun. Gambar mahasiswa yang dimaksudkan pun tidak kelihatan di dalam rakaman itu. Dan paling ketara, pada kala ini, di video itu TIADA LAGI TARIKH dipaparkan setelah video-video yang lepas persoalan tarikhnya menimbulkan isu yang tidak mampu dijawab oleh pembikin videonya. Kemudian kita lihat bibir si pelakunnya itu tidak jelas dengan perkataan yang dipertuturkan. Seolah-olah gambar lain, suaranya lain. Papagomo nampaknya syok sendiri dengan bikinan video-video untuk mengaibkan Anwar, tetapi ternyata selama ini (termasuk video terbaru ini) adalah palsu. GB sudah nukilan sebelum ini. Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu. Bagi kita, kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. klik untuk baca | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
[BONGKAR] Papagomo, Bekas Koperal Polis Yang Pernah Dipenjara Kerana Rasuah -updated Posted: 21 Mar 2013 08:35 AM PDT KEADILAN: Fitnah lucah blogger BN papar wajah sebenar Umno KEADILAN menempelak pentadbiran Perdana Menteri menyebar fitnah jahat menggunakan blogger upahan bagi menjatuhkan lawan politik mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden, N Surendran percaya, serangan itu kerana Umno BN sedar mereka gagal meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya. "Umno BN memperalat blogger mereka untuk sebar fitnah seperti dilakukan Papa Gomo terhadap Anwar dengan harapan sokongan kepada Pakatan Rakyat dapat disekat. "Saya yakin, blogger fitnah ini mendapat kedudukan istimewa daripada Umno BN untuk melakukan perkara keji kerana sehingga hari ini belum ada apa-apa tindakan undang-undang diambil ke atas beliau," kata Surendran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Sidang media tersebut selepas peguam Anwar itu memfailkan saman fitnah Ketua Umum KEADILAN berjumlah RM100 juta ke atas blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris. Saman itu setelah notis 48 jam untuknya memohon maaf dan menarik balik gambar fitnah lucah menyerupai Anwar dari blog itu gagal dilakukan. Surendran berkata, antara bukti Umno BN begitu mesra dengan blogger tersebut apabila berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak pada Disember 2011. "Kita harus tahu bahawa bukan semua orang dibenarkan menaiki kapal selam kerana kaitannya dengan aspek rahsia keselamatan negara. "Pemilihan blogger itu untuk menaiki kapal selam tersebut menunjukkan keselamatan negara ketika ini boleh dikompromi dengan mudah," kata Surendran. Dalam samannya, Anwar yang turut diwakili peguam Latheefa Koya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. Tegas Surendran, nilai saman yang difailkan sebenarnya ditanggung Umno BN kerana segala fitnah Papa Gomo itu direstui Umno BN. – NS/KD Pangkalan Data Pesalah Rasuah Ulasan GB Allah memperkenankan doa GB dan sekalian pejuang kebenaran dan keadilan sebelum ini, agar Allah mendedahkan siapakah papagomo yang sebenarnya. Akhirnya terjumpalah pengkalan data "syaitan yang dikenali" ini. Rupa-rupanya bekas seorang banduan yang kini bekerja sepenuh masa sebagai blogger UMNO. GB amat yakin bahawa papagomo akan binasa termasuklah blogger-blogger pencacai UMNO yang lain sepertimana tulisan GB sebelum ni: Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis dan UMNO, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa! | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ADUN PAS Kedah Menang Saman RM150,000 Ke Atas RTM Posted: 21 Mar 2013 04:22 AM PDT RTM diarah bayar RM150,000 kepada Adun PAS ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Kedah hari ini memutuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan membayar tuntutan saman fitnah sebanyak RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan (PAS) Mohd Nasir Mustafa. Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun ketika di dalam penghakiman hari ini mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50,000. Sementara itu, penerbit rancangan RTM 'Titik Sentuhan' Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula di arah membayar sejumlah RM70,000, selain pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30,000. Mohd Nasir diringi penguamnnya Aminuddin Zulkifli. Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan "Titik Sentuhan" yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan. Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya. Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387. -HD
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan