Selasa, 19 Mac 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Lawak! Tun Mahathir lancarkan buku Biografi Rosmah Mansor

Posted: 19 Mar 2013 01:24 AM PDT

PELIK tapi itulah yang berlaku. Rosmah Mansor telah berjaya menundukkan mahadewa Umno, Tun Mahathir. Hari ini Tun Mahathir dilaporkan akan melancarkan buku Biografi Rosmah Mansor di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.



Sekeras-keras Tun Mahathir, akhirnya tunduk kepada perempuan paling berkuasa di Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai first lady, merangkap Perdana Menteri Malaysia yang sebenar.

Ini mesej jelas bahawa mana-mana pemimpin Umno yang berangan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 ini mewakili BN perlu mencium tangan dua orang penting iaitu pertama Rosmah Mansor, dan kedua Tun Mahathir kah kah kah...


ReJaM© "Mahathir sudah ikut telunjuk Rosmah, petanda Umno sudah nazak... "

Strategi Umno letakkan calon di Permatang Pauh terbongkar

Posted: 18 Mar 2013 05:30 PM PDT

MENARIK percaturan Umno Permatang Pauh di dalam mengelakkan calon mereka daripada diserang oleh blogger Pakatan Rakyat.

Mereka dari awal mengumumkan Dr. Mazlan Ismail, GM di Telekom Malaysia, yang berasal dari Mengkuang, Permatang Pauh sebagai calon pilihan Najib Razak untuk menentang Anwar Ibrahim.

Tetapi dalam masa yang sama calon ini ditolak oleh pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Permatang Pauh, kerana beliau calon yang dipilih oleh Najib, bukannya dipilih oleh Umno Bahagian Permatang Pauh sendiri.

Selain itu, Mazlan Ismail bukanlah Ahli Umno, jadi tiada hak untuk beliau bertanding atas tiket Umno/BN. Malah beliau sebelum ini tidak pernah langsung terlibat dengan sebarang aktiviti Umno Permatang Pauh.

Jelas strategi yang digunakan ini dapat dibaca, Mazlan Ismail ini bukanlah calon sebenar yang akan menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Sebaliknya, gambar di bawah sebagai jawapannya.



Beliau adalah, Asyarim yang dilihat merupakan seorang calon muda dan kelihatan begitu mesra dan disenangi oleh pemimpin utama Umno Pulau Pinang.

Asyaharim merupakan anak kepada bekas ADUN Umno Seberang Jaya suatu masa dulu sebelum Ariff Shah Omar Shah, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa.

Samada di peringkat DUN mahupun parlimen kehadirannya kelihatan amat disenangi oleh ramai pemimpin-pemimpin peringkat akar umbi dan juga ahli-ahli Umno sendiri.

Dari pemerhatian, banyak program-program yang dianjurkan beliau kebelakangan ini mendapat sambutan hebat daripada penduduk tempatan.



Jika tidak diletakkan bagi menandingi Kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi mencabar Anwar Ibrahim, kemungkinan besar beliau akan dicalonkan sebagai calon untuk DUN Seberang Jaya menggantikan ADUN UMNO sedia ada iaitu YB Ariff Shah.

Kemungkinan beliau mampu mengekalkan Kerusi DUN Seberang Jaya dalam penguasaan UMNO/BN adalah tinggi berdasarkan gerak kerja yang dilakukannya beberapa bulan kebelakangan ini.

Dan terkini dalam satu Majlis Silaturahim sempena pelancaran Gabungan Seberang Perai Tengah yang diadakan di Penanti, telah menyaksikan kejayaan beliau menarik ribuan hadir dalam Majlis tersebut.



Gua bersetuju dengan pendapat sahabat blogger ASD, bahawa calon professional muda Umno ini mampu mewujudkan pertembungan yang hebat di DUN Seberang Jaya dengan kedua-dua pihak yang bertanding meletakkan calon yang hampir sebaya baik dari segi usia dan kerjaya.

Silap hari bulan, KEADILAN hanya mampu menggigit jari jika tersilap membaca dan mengurus percaturan dari Umno Permatang Pauh ini.

ReJaM© " Harap Jentera KEADILAN Permatang Pauh bersiap sedia..."

Tiada ulasan: