. |
- Sepatah Kata Untuk ISMA alias Berjasa
- Di Terengganu Runtuh, Di Sabah Tenggelam
- Mahathir Yang Tidak Pernah Bertanggungjawab
Sepatah Kata Untuk ISMA alias Berjasa Posted: 19 Mar 2013 01:41 AM PDT MERENUNG KATA Barang kali saya tidak perlu membongkar 'rahsia' Dr Mohd Asri Zainal Abidin seperti dijanjikan dalam catatan awalnya kerana apa dimaksudkan rahsia itu sudah terbongkar. Beliau terlebih dahulu mendedahkan rahisanya di dalam twiternya kemudian sudah dihighlightkan oleh bebera protal berita. Yang saya maksudkan sebagai rahsia bukan penegasannya tidak akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang, tetapi perjumpaannya dengan Najib Razak. Bagi saya perjumpaan menarik dan perjumpaan itu memberi (mungkin) idea menjadikan dia membuat keputusan tidak mahu terlibat dalam pilihan raya. Secara peribadi saya setuju kalau beliau tidak terlibat dalam pilihan raya. Biarlah dia kekal berada berstatus seperti sekarang ini. Harga dirinya lebih masih dan dia akan menjadi 'hak' semua. Ilmunya tidak dikotori dengan unsur dan elemen politik. Kalau dia menyertai politik hanya segolongan saja akan menerimanya dan dia juga akan terkena najis siasah yang sukar untuk disamak. Malaysia politiknya masih belum matang lagi. Kalau kita menyertai sesebuah parti kita akan dikeji dan dikecam sampai ke akhirnya oleh parti yang menjadi musuh kita. Dari segi ilmu mungkin boleh tetapi sosial politik. Maksudnya kita boleh berada di satu pentas wacana tetapi tidak di bawah dalam membawa kebajikan kepada rakyat. Jadi keputusan Asri itu tepat. Cuma apa yang hendak saya sunggungkan - kalau boleh beliau menulis mendedahkan apakah isi pertemuan beliau dengan Najib. Tentu percakapan beliau dengan Najib ada perkara dan sudut yang boleh dimanfaatkan tanpa merendahkan sesiapa. Saya tidak fikir pertemuan itu tiada ole-ole dari Najib untuk Asri. Setidak-tidaknya diberi masa dan bahan untuk difikirkan. Semoga sahaja bahan itu ada, dan ianya memberi faedah kepada kita semua. Asri akan menatijahkan juga itu suatu hari nanti. (2) Rupanya catatan saya mengenai Asri itu bukan saja mendapat perhatian oleh pemerhati politik dan peminat Asri. Tetapi ia juga menjadi perhatian ahli-ahli ISMA atau Ikatan Muslimim Malaysia. Sekurang-kurang ada tiga orang ISMA membuat teguran dan penjelasan berhubung sentuhan secara tidak langsung mengenai seperti mana saya catatan. Satu teguran saya publish dan satu lagi saya buang. Seorang menasihat saya agar tidak memfitnah dan mengambil kira bahawa setiap butir huruf di keyborad akan dikira dan dihitung akan dosa dan pahalanya. Terima kasih kerana mengingatkan itu. (Inilah baru saya tahu bahawa mengetuk keyboard itu juga termasuk dalam dosa dan pahala). Betapa pun kita akan terlupa dengan hal-hal begitu. Surah al Ashr memberi pernyataan jelas akan perkara ini. Mungkin saya tidak pernah membaca suruh itu di sepanjang hidup saya? Beliau lalu menghuraikan satu persatu apa yang saya fitnahkan itu. Apa yang dapat saya fahamkan dia tidak faham dengan bentuk penulisan saya, mengenai dialog saya dengan Asri itu yang berbentuk agakan dan spekulasi. Saya bertanya Asri siapakah wakil ISMA yang menjadi panel? Saya agak Abu Zaik (presiden) ke atau Aminruddin (setiausaha)? Saya hanya mengagak dan bukan mengatakan salah seorang mereka yang menjadi ahli panel. Ahli ISMA itu beranggap saya membuat fitnah hal itu lantas mengingatkan saya. Macamlah dia alim sangat dan terlindung dari dosa kecil dan dosa besar. Inilah sikap dan perangai pendakwah kita yang merasakan dirinya sudah perfect. Tidak mengapa saya terima. Saya anggap teguran itu ikhlas walaupun teguran itu sebenarnya tidak berasas dan dari seorang yang tidak faham penulisan. Teguran dan penjelasan ahli ISMA bernama Dr Nizam Zakaria di bawah ini saya kira lebih bermutu dan ikhlas. | ||||||||
Di Terengganu Runtuh, Di Sabah Tenggelam Posted: 18 Mar 2013 09:59 PM PDT ANTARA KITA Cerita projek tembangkalai, tanah runtuh, rumah atau bangunan roboh bukan saja berlaku di Semenanjung khasnya di negeri Terengganu, tetapi ia juga turut berjangkit hingga ke Sabah dan Sarawak. Bangunan seperti stadium, hospital atau pun setesen bas runtuh yang dilaporkan berlaku di Terengganu sudah tidak asing dan pelek lagi. Runtuh adalah senonim dengan Terengganu seperti sinonimasnya penyu dengan negeri berkenaan. Malahan serangkaian lagi keruntuhan dan kehancuran berlaku cuma tidak dilaporkan. Pembelian iklan di televisyen dan media PB menyebabkan segala macam penyelewengan dan kebusukan itu tertutup, manakala akhbar alternatif tidak terjangkau menghidu segala kedurjanaan tersebut.
Di sini apa yang hendak saya sebutkan perihal runtuh dan hancur ini juga berlaku di Sabah. Sebenarnya apa terjadi ini lebih dahsyat kerana ia bukan saja setakat runtuh tetapi tenggelam dan ghaib. Kalau di Semenanjung (Terengganu) runtuh, di Sandakan Sabah tenggelam terus. Kejadian ini berlaku ke atas perumahan, rumah atas air di Sandakan Sabah yang dibina oleh pihak berkuasa kerajaan. Kalau anda menaiki bot untuk ke pulau Timbangan atau pulau Trongnet, akan nampak jejaran rumah air yang berlatar belakangkan sebuah pulau. Pemandangannya indah sekali. Keindahan itu lebih harmonis kalau ia tidak dicemari dengan cacakan tiang bendera yang mengibarkan dacing di perumahan itu. Khabarnya perumahan atas air itu sebagai mengganti rumah atas air tradisional yang tidak selesa dan kotor. Sekali pandang projek rumah itu; rumah-rumahnya seperti resort atau rumah kecil untuk penginapan para pelacong. Ia mendamai dan amat sesuai untuk acara berbulan madu. Bukan saja sesuai untuk pasangan baru tetapi orang yang tua bercucu seperti saya juga layak. Sekali lagi projek perumahan itu mengkagumkan. Ia sesuatu yang harus dipuji. Sepatutnya rumah seperti itu telah lama diwujudkan sebagai mengganti ribuan rumah atas air yang melatar di pesisiran lautan Sulu itu sejak beratus tahun lalu. Rumah-rumah air tradisional itulah yang Mahathir Mohamad cadang dirobohkan. Sesuai dengan Sabah sudah merdeka selama 50 tahun bersama Malaysia masalah kepedudukan dan penginapan sepatutnya tidak timbul lagi. Kesesakan dan hidup seperti macam didalam kandang lembu tidak sepatutnya berlaku lagi. Tidak wujud lagi rumah yang tandasnya berada di jemburan hadapan. Di situlah tempat mereka mandi, membasuh dan membuang. Kelemahan ini adalah kelemahan kerajaan UBN di Sabah.
Di hadapan kawasan perumahan itu ada satu jeti yang menghubungi dengan kawasan perumahan lain, dan juga jeti (pengkalan) bot untuk ke Sandakan dan ke pulau-pulau lain. Jeti itu juga turut roboh dan hanyut dipukul ombak. Yang tinggal kini hanya tunggul-tunggul bergerigis. Saya tidak bertanya kenapa kejadian itu berlaku. Satu pertanyaan nyang tidak berfaedah. Kalau ianya projek kerajaan jawabannya sudah ada. Dengan mengambil iktibar terhadap apa-apa yang berlaku kepada projek kerajaan saya sudah dapat menebak akan sebab musababnya. Misalnya semasa kejadian beberapa makmal sekolah runtuh tidak lama dulu kerana mutu pembinaan rendah, termasuk simen tidak cukup tua atau besi tidak ikut saiz, menyebabkan saya faham kenapa rumah atas air di Sandakan itu tenggelam. Iya berbalut dengan masalah sama. Rasuah dan penipuan atau penipuan kerana rasuah. Kejadian itu memalukan kerana rumah atas air tradisi yang tiangnya dibina dengan batang bakau, lantainya papan dan dindingnya kulit kayu tetapi dapat bertahan ratusan ratusan tahun. Rumah atas air dibina kerajaan itu diperbuat dengan batu, besi dan keluli lain boleh ranap dan tenggelam dalam tempoh tidak sampai setengah tahun. Jelas bahawa orang kampung lebih bijak dan tulus berbanding dengan orang bandar yang bijak menipu. Apakah bahan binaan moden untuk rumah itu tidak sesuai, dan rumah atas air mesra dengan peralatan asalnya? Walahu'alam. Selain Tuhan mungkin Mat Maslan saja yang mampu menjawabnya. [wn.kl.12:24 t/hari 19/03/13] | ||||||||
Mahathir Yang Tidak Pernah Bertanggungjawab Posted: 18 Mar 2013 06:01 AM PDT SUSUPAN MALAM Usaha untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara oleh siapa juga dialu-alukan. Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat bukan saja terletak ditangan pemerintah semata-mata tetapi rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum. Negara yang kaya, penuh dengan pembangunan tetapi kalau tidak ada sokongan rakyat akan roboh juga.
Bagaimana pun usaha berkenaan perlulah dilakukan dengan bijak sana dan mengikut undang-undang. Rasulullah s.a.w. mengajar kita bersifat fatanah. Dalam konteks ini bukan saja dalam konteks undang-undang negara tetapi undang-undang dunia juga. Semua dunia mengiktiraf mengenai hak dan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa. Ini sesuai dengan ajaran agama Islam bahawa semua bangsa dan agama adalah makhluk-Nya yang dijadikan penuh dengan maksud-maksud dan tujuan tertentu, dan hendak saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Begitu juga dengan cadangan Mahathir agar melarang pembinaan rumah atas air di Sabah yang menjadi penempatan kebanyakan pendatang tanpa izin dari Filipina, bagi keselamatan negara perlu difkir secara mendalam. Apakah tindakan itu tidak termasuk dalam tindakan kezaliman? Mahathir mencadangkan bagi mengatasi penceroboh di Sabah yang kini digelar pengganas rumah atas air itu perlu dihancurkan bagi mengelak ia dijadikan sarang pengganas. Alasan beliau kerana selagi rumah itu ada, penceroboh dan pengganas akan berlindung di situ. Beliau membela dirinya sendiri apabila ditanya kenapa tindakan itu tidak diambil semasa beliau menjadi Perdana Menteri sejak 22 tahun lalu? Seperti biasa dia menjawab masa itu tidak sesuai dan kalau dilakukan mereka akan memberontak. Jadi apakah pula alasan mengatakan masa ini sesuai? Apakah sesudah matlamat Mahathir sudah tercapai? Dan apakah kalau dilakukan hari ini mereka (pendatang Filipina) itu akan melihat begitu saja. Atau pun apakah sesudah beliau tidak menjadi perdana menteri, di mana kalau tindakan meroboh rumah atas air itu risikonya ditanggung oleh Najib Razak maka ia sesuai? Begitu perkiraan Mahathir? Kalau itulah cara Mahathir berfikir dan bertindak jelas dia seorang tidak bertanggungjawab dan jahat. Seloknya sebelum Mahathir membuat cadangan itu dia melihat kepada sumber dan mengenali faktor masalah yang berlaku sekarang ini. Beliau kena akui kesilapannya. Bukankah percambahan rumah atas air itu berlaku sejak dizamanya? Apakah alasan Mahathir sebelum itu yang memberi galakan atau tidak ada larangan meruntuhkan rumah-rumah itu? Apakah mata Mahathir baru cerah hari ini dulunya kabur? Sebenarnya banyak kesilapan Matahir lakukan yang baru disedari hari ini setelah ibarat air sudah sampai ke paras hidung. Salah satu ialah mengenai kuasa politik Melayu mengikut kawasan pilihan raya. Gara-gara politik jahat Mahathir yang tidak menambahkan kawasan pilihan raya menyebabkan kawasan Melayu berkurangan. Tetapi anihnya Mahathir masih dijulang sebagai pemimpin agung bangsa dan negara. Kepala hotak dia? Sudah pasti waktu itu ada motif kenapa dia membenarkan rumah-rumah atas air itu dibina. Mustahil penguasa tempatan (PBT) tidak menyedari akan kewujudan rumah itu ia sudah menjadi satu tradisi berdekad-dekad. Mustahil juga pihak kerajaan tidak terfikir akan implikasinya. Jangan pula sesudah madu dihisap dari 'penceroboh' itu maka sempahnya dibuat begitu sahaja. Kalau hendak buang pun biarlah bertempat dan dikendali dengan betul. Kita setuju kalau ia tidak dibenarkan hatta rumah yang ada dirobohkan, tetapi kerajaan harus melakukan dengan cermat dan penuh perikemanusiaan. Bukan semua rumah atas air itu menjadi sarang dan kloni perlindungan pengganas. Mereka harus dibela dan dipertahankan. Sebelum roboh satu kaedah atau program 'mendaratkan' mereka perlu diadakan. Kerajaan Sabah kena kenal pasti kawasan khas untuk menempatkan mereka. Dalam masa sama kerajaan Sabah dan Persekutuan juga kena pastikan kemasukan pendatang tanpa izin yang ada diperalatkan pengganas itu dipantau dan dikawal serapi mungkin. Jangan sahaja mengambil tindakan meroboh kedimaan mereka tetapi kemasukannya dibiarkan. Apa yang kita tidak mahu dengar dunia akan menuduh Malaysia akan melakukan kezaliman manusia dengan tindakan emosi Mahathir itu. Cerita pengusiran mereka sesuatu yang menakutkan. Biarlah bangsa bersatu tidak memuji kita tetapi jangan sampai PBB mengungkitkan kebejatan kita. Apapun Mahathir kena menjawab tindakan itu dulu sebelum dia membuat cadangan itu ke atas penyelesaian kemelut perang di Lahad Datu kini. Selain itu Mahathir juga kena jawab kenapa beliau mengizinkan projek IC di Sabah. Berlakunya projek ini ia tidak boleh dinafikan. Semua orang sudah tahu bahawa pendatang tanpa izin dari Filipina mendapat kad pengenalan Malaysia. Atau pun kad pengenalan yang diberikan itu palsu? Kalau palsu Mahathir sekali lagi harus disabitkan kesalahan menipu. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya sendiri macam mana orang Sulu dari Selatan Filipina memiliki kad pengenalan berkenaan. Ia juga mendakwa pernah mengundi di dua pilihan raya. Mahathir kena jawab untuk apa pemberian kad pengenalan itu. Pemegang kad pengenalan Malaysia oleh rakyat Filipina itu diberi kuasa untuk mengundi, memilih wakil rakyat negeri dan parlimen. Status mereka sama dengan status warganegara Malaysia yang lain. Kalau yang diusir dan dihalau dari kampung kedimanan mereka atas air, tidakan itu sebagai menghalau rakyat sendiri? Jawab juga apakah pemberian itu bertujuan politik? Kita tunggu jawaban Mahathir dan hendaknya beliau tidak berkluk klik didalam hal ini. Jawablah seberani diri anda yang digelarkan dengan pelbagai nama indah dan hebat kepada anda. Jangan pula berdolak dalih dan cuba 'mengetutkan' kepada orang lain. Dalam projek kad pengenalan ini beberapa orang pegawai kerajaan, imigresen, polis, pendaftr negara telah dikenakan tindakan. Ada yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penahanan pegawai kerajaan tidak berdosa itu yang mengikut arahan orang tertentu satu kezaliman yang nyata. Ia dilakukan bagi menunjukkan projek pemberian kad pengenalan itu satu kesalahan dan bukan merupakan satu projek. Yang jelasnya mereka seakan teraniaya kerana disamping melaksana projek yang disuruh, mereka dikenakan tindakan. Wahai Mahathir, kebusukkan dan kejahatan tidak boleh diselindungkan. Ia akan terbongkar juga. Ia boleh dikawal dan ditusuk kepada umum untuk beberapa ketika saja, mungkin 10 atau 15 tahun, tetapi tidak untuk selamanya. Yakin dan percayalah kepada Yaumil Mahsyar? Kalau kita semua beriman kepada Allah s.w.t. setiap apa yang kita lakukan ini bukan saja berakhir di atas dunia ini tetapi ia juga akan dibangkit dan dikira di akhirat kelak. Saya menunggu pengakuan dan jawaban ikhlas dan benar daripada Mahathir terhadap beberapa persoalan itu. Dan kalau Mahathir enggak berani harap ada orang lain menjawab bagi pihaknya. [wm.kl.8:36 pm 18/03/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan