Ahad, 3 Mac 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Krisis Lahad Datu: Misi Najib pertahan Putrajaya dengan darah bermula?

Posted: 02 Mar 2013 04:00 PM PST

KITA digemparkan dengan berita berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu, Sabah apabila tentera yang dikatakan dari Kesultanan Sulu menceroboh Negeri Sabah dan berlaku pertempuran sehingga mengorbankan nyawa beberapa anggota pihak berkuasa.

Mesej penting dalam krisis pertumpahan darah di Sabah ini ialah, jika Negeri Sabah bergolak, pertumpahan darah berlaku, maka darurat akan diistiharkan. Pilihanraya Umum ke 13 tidak akan dapat dilaksanakan di negeri itu.

Masih ingat seruan Najib Razak dalam Himpunan Agung Umno 2010 yang lalu? Lihat baik-baik, Najib telah menghantar mesej yang sangat jelas menyeru pelbagai pihak yang menyokongnya untuk mempertahankan putrajaya (kuasa) dengan darah.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" - Najib Razak, Perhimpunan Umno, 24 Oktober 2010Utusan



Baru-baru ini dalam satu ucapannya di malam menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112, Datuk Lajim Ukin yang menyertai KEADILAN berjanji bahawa Negeri Sabah akan menyumbangkan 18 buah kerusi parlimen untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Ini merupakan mesej jelas kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, bahawa kuasanya akan berkubur dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jawatannya sebagai Perdana Menteri akan hanya tinggal sejarah.

Kerana kuasa, jangan kata nyawa anggota keselamatan, nyawa ibu sendiri pun sanggup dikorbankan. Lihat sejarah yang belaku dalam dunia, demi kuasa dan kedudukan, manusia sanggup buat apa saja. Adakah Barisan Nasional akan melepaskan kuasa dengan mudah selepas memerintah Malaysia lebih 50 tahun? Jawapannya TIDAK!

Lihat baik-baik, rentak blogger-blogger Umno termasuk media arus perdana kawalan mereka, belum apa-apa, belum ada sebarang siasatan, mereka telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang pertumpahan darah di Sabah.

Namun, siapa sebenarnya yang menyeru penyokongnya agar mempertahankan kuasa dengan darah dan nyawa kalau bukan Najib Razak sendiri?

ReJaM© "Kerana kuasa, nyawa anggota keselamatan dikorbankan... "

Kerajaan bertanggung jawab, jangan gadai kedaulatan wilayah negara

Posted: 02 Mar 2013 04:42 AM PST

SETINGGI-TINGGI ucapan penghargaan dan tahniah buat seluruh pasukan keselamatan yang berani dan penuh dedikasi mempertahankan negara. Salut buat mereka!
 
Manakala itu, dua anggota keselamatan negara telah disahkan terkorban akibat pertempuran di Lahad Datu. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando gugur tatkala mempertahankan wilayah negara yang telah hampir dua minggu dicerobohi sekumpulan bersenjata berasal dari Sulu di Selatan Filipina.
 
Saya berhasrat merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Allahyarham Sarjan Sabaruddin. Moga ruh pahlawan negara tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.
 
Walaubagaimanapun, insiden ini memunculkan persoalan besar berkaitan keselamatan wilayah negara. Sementara keyakinan kita dengan kebolehan serta kecekapan anggota keselamatan negara tidak pernah goyah sama sekali, adalah amat dikesali, pencerobohan yang berlaku lebih dua minggu ini seolah-olah tidak dipandang serius oleh Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan YAB Perdana Menteri.
 
Adalah tidak masuk akal pencerobohan wilayah di Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata ini berlarutan selama hampir dua minggu. Kenapa YAB Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak mengambil tindakan tegas mempertahankan kedaulatan negara ?
 
Justeru kita menggesa YAB Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bertanggungjawab dan memberi penjelasan yang terperinci kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi serta kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu. Pimpinan negara perlu sedar kedaulatan wilayah negara tidak boleh sama sekali dikompromi.
 
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: