Ahad, 3 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Selamat Jalan, Najib

Posted: 03 Mar 2013 12:30 AM PST


Sambil menguap, saya membaca laporan akhbar Utusan Malaysia (28 Februari 2013) mengenai kenyataan Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak yang menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi pilihan raya media sosial pertama di negara ini.

Sebenarnya, pada 22 Februari 2013, saya menyatakan menerusi ruangan status Facebook, "Tak kisahlah bila tarikh PRU-13". Hal ini kerana Najib masih menangguhkan penetapan tarikh pembubaran Parlimen – selepas mendapat perkenan Agong, tentunya.

Untuk rekod, PRU-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRU seterusnya perlu diputuskan selewat-lewatnya pada Mac 2013. Kecuali jika Parlimen dibubarkan lebih awal oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Dengan adanya media sosial dan media alternatif yang melaporkan berita-berita yang "terlupa" dilaporkan media arus perdana, maka orang ramai sudah sedia maklum bahawa Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April 2013 jika Najib masih berlengah-lengah dan menunggu para pengundi "kenyang" dengan transformasi yang dilakukan BN sebelum keluar mengundi.

Sebenarnya, seperti yang saya catatkan di blog (30 April 2010), saya sebagai rakyat (baca: The Third Force) amat meluat membaca berita di mana politikus ini dan politikus itu meminta jentera pilihan raya parti yang diwakilinya bersiap sedia sejak Februari 2010 bagi menghadapi PRU-13.

Akan tetapi, walaupun sibuk berkempen sebaik selepas mendapat "sedekah" undi daripada rakyat pada PRU-12, golongan politikus terbabit ternyata masih belum cukup "jantan" untuk menghadapi PRU-13 yang bersih, adil, telus dan penuh integriti.

Pada masa sama, agak melucukan apabila ada golongan politikus yang sejak September 2012 terlupa bahawa mereka yang memegang kuasa pemerintahan dalam kerajaan sebenarnya diundi oleh rakyat. Apabila mereka diberi kuasa oleh Rakyat, tidak bermakna kuasa itu – dan Putrajaya – menjadi milik mutlak politikus terbabit.

Saya tidak dapat membayangkan barisan menteri macam mana yang akan dilantik Perdana Menteri (menggunakan kuasa mutlak yang ada padanya) selepas PRU-13.

Pada 18 Februari 2013, kes mahkamah berhubung penulis yang dinafikan hak royalti teks Komsas ditangguhkan ke April 2013 kerana tandatangan pada dokumen terbabit (palsu?) perlu dihantar ke Jabatan Kimia.

Sebagai pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya dan wakil Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang terlibat cuba membantu mangsa terbabit sejak Ogos 2011, saya berharap individu yang memegang jawatan Menteri Pelajaran selepas PRU-13 akan tahu menggunakan kuasa untuk membela nasib penulis. Kalau tidak mampu, elok jangan pegang jawatan.

Sementara Najib masih seronok bermain teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen – yang bakal membuka laluan ke arah penetapan tarikh PRU-13 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – sekumpulan rakyat yang memenuhi syarat tertentu serta mengisi slip tertentu menerima BR1M 2.0 baru-baru ini.

Jangan pula ada mana-mana penerima beranggapan mereka wajib mengundi parti politik tertentu selepas menerima BR1M 2.0 kerana tindakan itu akan menjadikan "niat murni" kerajaan memberi bantuan ikhlas menjadi seolah-olah "rasuah pancing undi".Sia-sia pula Kerajaan BN terpaksa menanggung dosa akibat kekhilafan masyarakat!

Buku terbit pada 8 Mac 2013

Bulan lalu turut disemarakkan oleh tulisan Ridhuan Tee Abdullah bertajuk "Kesabaran umat Islam ada had" (Sinar Harian, 18 Februari 2013) sehingga mengatasi populariti Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin Albukhary dan kehebatan Najib bermain gendang Cina dalam iklan Tahun Baru Cina.

Sehubung itu, Pengarah Strategi MIC, Vell Paari bersuara lantang mengatakan bahawa jika tiada tindakan diambil ke atas Ridhuan Tee dan Ibrahim Ali (Perkasa), maka anak kepada Datuk Seri S. Samy Vellu itu akan menggerakkan kempen meminta kaum India tidak mengundi calon BN pada PRU-13, seperti turut dilaporkan di Free Malaysia Today (22 Februari 2013).

Saya terus teringat bagaimana dalam novel Atlas Shrugged (1957) timbul pertanyaan berulang "Who is John Galt?" dan saya pula percaya bahawa di negara kita, ramai yang akan segera tampil menyatakan "I am The Third Force" – sekurang-kurangnya pada ruangan status di Facebook.

Dua hari kemudian, pada 24 Februari 2013, keluar pula berita (yang sedikit pun tidak menghairankan) bahawa Najib dilantik ke jawatan Pengarah Pilihan Raya BN di Selangor. Selepas mukanya menghiasi tembok serata negeri – khususnya di Stesen Komuter – tentulah beliau mungkin dianggap bermuka tembok pada erti kata sebenar jika tidak dilantik (melantik diri?) ke jawatan itu.

"Terdapat terlalu banyak masalah di Selangor sekarang kerana parti politik yang menguasai kerajaan negeri tidak sama dengan parti politik yang menangani kerajaan persekutuan." Demikian terjemahan kata-kata Najib yang saya baca di akhbar theSun (25 Februari 2013). Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa tidak salah untuk para pengundi mengubah kerajaan pusat supaya sama dengan kerajaan negeri di Selangor kerana itu adalah permintaan Najib sendiri!

Akhbar Utusan Malaysia (25 Februari 2013) melaporkan bahawa Najib "mengambil masa untuk mengumumkan tarikh PRU-13" (walaupun itu sebenarnya kuasa SPR, bukan kuasa Perdana Menteri!) kerana "mahu memastikan setiap dasar transformasi kerajaan benar-benar diyakini rakyat dan berjaya serta bersifat inklusif.

" Terjemahan: Najib tidak bersedia untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen sampai bila-bila!

Selepas membaca berita yang "menghiburkan" itu, saya menulis pada ruangan status Facebook: "Baiklah, saya akan umumkan tarikh pemasaran buku Kisah dari Siru Kambam sebelum Pengerusi BN umumkan tarikh Parlimen dibubar. Janji Ditepati."

Maka, sukacita diumumkan bahawa kumpulan cerpen berkenaan boleh dibeli terus daripada saya mulai 8 Mac 2013 – sempena lima tahun sejak tarikh PRU-12 dan "tsunami politik" yang membuktikan kuasa Rakyat dalam menentukan masa depan negara.

Secara kebetulan, cerpen-cerpen seperti "Nating", "Saya Sebatang Pensel", "PRU-O" dan "Datuk Datang ke Kampung Kami" secara khusus mengutarakan kisah-kisah politik dan politikus berlatarkan sebuah kampung kecil bernama Siru Kambam.

Allahyarham Dr Othman Puteh merangkumkan Siru Kambam yang menjadi latar bagi kebanyakan cerpen saya sebagai "suatu daerah berhampiran Taiping yang menggambarkan secara dominan kehidupan masyarakat India dan hubungannya dengan masyarakat majmuk" (Siru Kambam, 1996).

Sama ada disedari atau tidak – dirancang atau tidak – kumpulan cerpen setebal lebih 350 halaman itu sesuai dibaca dan dihayati dalam suasana sosio-politik semasa sebagai persiapan mental menjelang PRU-13. Misalnya, ditampilkan Pertubuhan Politik India (PPI) yang kononnya mahu menjadi wakil tunggal suara kaum India dalam kerajaan.

Usaha tumbang BN dari dalam?

Pada tarikh 25 Februari 2013 juga manifesto Pakatan Rakyat dilancarkan dalam beberapa bahasa. Bolehlah dibaca, dikaji, dianalisis dan dibahaskan oleh Rakyat dengan fikiran matang sementara Najib menunggu "wahyu" (tanda kutip) untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Nampaknya sudah ada kumpulan pejuang hak minoriti daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan kaum India yang lantang bersuara mempersoalkan mengapa hak mereka dinafikan dalam manifesto itu. Seolah-olah mereka dianak tirikan oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Seperti dikatakan dan diakui oleh Najib, segala luahan dan kempen itu dilakukan menerusi laman sosial dan media sosial.

Saya juga menggunakan paparan status Facebook pada 25 Februari 2013 untuk menyampaikan nasihat saya kepada Najib; dengan harapan ada juak-juak yang akan menyampaikan mesej saya kepada beliau.

Nasihat terbuka saya (selaku perunding media) kepada Najib (selaku Pengerusi BN): "Lebih lama Datuk Seri berlengah untuk umum tarikh pembubaran Parimen, lebih ramai Rakyat bertambah meluat dengan BN. Jangan biarkan Rakyat termuntah-muntah."

Najib tentu tiada masa untuk membaca "nasihat terbuka" ini. Tapi pasti akan ada juak-juak serta golongan etnosentrik, ultra kiasu, kaki ampu, pakar bakar kitab, tokoh tayang punggung dan sekutu mereka yang melatah, meroyan dan terkinja-kinja pada saat ini. Biarkan. Saya hanya memberi nasihat profesional secara ikhlas.

Najib perlu berhenti mencari dan mengesan musuh yang berada di luar; dalam PR. Menerusi beberapa makalah saya di beberapa media alternatif sejak tahun lalu, saya sudah membayangkan bahawa musah sebenar Najib mungkin sahaja berada di dalam lingkungan. Atau jika Najib adalah "Adiwira Najib" maka Rakyat adalah "wira sebenar".

Pada pemerhatian saya, UMNO dan sekutu tidak memerlukan "pembangkang" untuk menumbangkan BN. "Orang dalam" seperti Sharifah Zohra dan Norhayati Saiddin sudah lebih daripada mencukupi. Tambahan pula, Tun Mahathir Muhammad juga seolah-olah tidak mahu "terlepas peluang" kembali menunjukkan taring.

Sebelum ini, apabila Najib bermati-matian mengemukakan gagasan "1Malaysia" dan "Malaysian first", Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menegaskan pendirian "Malay first" selain (hampir) bermati-matian mempertahankan novel teks Komsas, Interlok: Edisi Murid (2010) yang jelas bertentangan dengan impian "1Malaysia" Najib dan isteri tersayang, Datin Seri Rosmah Mansor.

Semua ini tersebar menerusi media sosial dan tentu Najib sedia maklum. Masakan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang boleh menganjurkan kempen Twitter sempena "Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati" untuk mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records (Ogos 2012) tidak mampu memastikan segala suara Rakyat (The Third Force) sampai ke mata, telinga, minda dan hati ketuanya.

Orang ramai tentu sudah biasa dengan peribahasa "Nasi sudah menjadi bubur". Saya nyatakan di Facebook pada tengah hari 26 Februari 2013 bahawa mungkin selepas ini akan ada peribahasa moden "Parlimen sudah menjadi bubar". Walaupun bukan peribahasa asli, lebih 50 rakan menyukai paparan itu dalam masa yang relatif singkat. Mungkin kerana itu juga suara hati mereka.

Saya ada menyebut mengenai kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam. Apabila buku yang memuatkan 20 cerpen itu terbit, saya merancang siri "Baca Cerpen Siru Kambam" di beberapa tempat dengan kerjasama Kavyan.

Pada 30 Mac 2013, saya dan sekumpulan penulis/peminat buku akan terlibat dalam aktiviti membaca anjuran Sharon Bakar di Bangsar. Maka saya sudah "menasihatkan" Najib menerusi media sosial supaya jangan kacau tarikh itu.

Apa pun, sehingga makalah ini ditulis pada 28 Februari 2013, ternyata Najib masih menunggu "wahyu". Perjalanannya untuk sampai ke titik yang sesuai sebelum mengambil keputusan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen nampaknya masih jauh. Maka, tidak salah jika saya mengucapkan: Selamat jalan, Najib.

Uthaya Sankar SB menerbitkan sendiri buku-bukunya sejak 2001.

[VIDEO] Jui Meng: Are You ready For Anwar? Rakyat Johor: Yes!

Posted: 02 Mar 2013 10:07 PM PST


Jika Datuk Seri Najib Razak dimalukan apabila menerima jawapan 'No' di Pulau Pinang ketika bertanya sokongan rakyat terhadap BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengalami pengalaman berbeza di Johor.

Soalan spontan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng iaitu 'Are You Ready For Anwar?' disambut sorakan 'Yes' dari lebih 2,000 rakyat negeri itu.

Beliau bertanya soalan itu ketika memulakan ceramah di Pejabat KEADILAN Muar, Taman Seroja Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, Muar, 2 Mac.

"Are you ready for Anwar?" teriak Jui Meng

"Yes" jawab rakyat Johor.

"Are you ready for PKR (KEADILAN)? tanya Jui Meng lagi.

"Yes" sorak rakyat Johor

Sekali gus, pemimpin Umno tak boleh berdalih kononnya sorakan 'No' terhadap Najib akibat ia berlaku di negeri yang ditadbir Pakatan kerana sorakan 'Yes' terhadap Anwar berlaku di Johor yang sinonim dengan label negeri kubu kuat Umno BN Bekas Menteri Kesihatan itu kemudian meneruskan ceramah dengan menyeru rakyat Johor supaya berani membuat perubahan pada PRU 13 demi masa depan generasi akan datang.

"Saya minta kali ini, undi Pakatan Rakyat, saya keluar Umno BN, sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bawa perubahan kepada negara," katanya. -KD


Seorang Lagi Anggota Terkorban, Pertempuran Di Semporna

Posted: 02 Mar 2013 07:40 PM PST


Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama

[VIDEO] Anwar: Apabila Rakyat Bangkit, Firaun Pun Boleh Tumbang

Posted: 02 Mar 2013 04:01 PM PST


Kebangkitan rakyat yang menyeluruh mampu menumbangkan sesiapa jua sekalipun Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu percaya semangat juang rakyat untuk mempertahan negara dari pemimpin zalim boleh dilakukan, dengan mengambil contoh kejatuhan Firaun.

"Mesir dikongkong Firaun ribuan tahun. Tapi bila rakyat bangkit, Firaun boleh tumbang. Apatah lagi, firaun kecil kalau ada," katanya, sinis dan disambut sorakan.

Beliau berucap demikian depan lebih 5,000 rakyat di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac.

Dalam konteks negara ini, kata Anwar, tiada kaedah lain untuk menumbangkan Umno BN pada pilihan raya akan datang kecuali melalui kebangkitan rakyat.

Beliau juga percaya, perbuatan pencacai Umno yang mengamal taktik memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, tidak akan membawa kejayaan.

"Kerja fitnah saja Umno, dia orang Melayu-Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil.

"Dia solat, pergi umrah. Tapi balik, fitnah orang. Apa jenis manusia? Keadaan sudah berubah, orang boleh fikir. Bagi wang (BRIM), ambil tapi malam dengar ceramah kita," katanya.


[BONGKAR] Najib Belanja Berbillion Upah Penulis APCO Pulihkan Imejnya & Burukkan Anwar

Posted: 02 Mar 2013 07:25 AM PST


Media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.

"Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.

"Trevino menerima bayaran USD389,724,70,"
tulisan portal BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik .

Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.

Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia.

"Tugas saya ialah menulis tentang pergaduhan politik di sana dan memberi pendapat saya sendiri," katanya dipetik portal berpangkalan di Manhattan, New York itu.

Naib Presiden Yayasan Dasar Awam Texas, Chuck Devore berkata, ia perkara biasa untuk diupah dan dibayar oleh sumber luar.

"Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi penulis bebas untuk dibayar dari pelbagai sumber, seperti yang dilakukan oleh Trevino," katanya lapor BuzzFeed.

Sam Mandel pula mengakui dibayar oleh Joshua dan tidak mengetahui wujudnya entiti lain di belakangnya.

"Saya penulis blog berkaitan isu Israel dan anti-semitisme. Kemudian Joshua hampiri saya dan memperkatakan tentang Anwar yang membuat komen anti-semitik dan bergabung dengan organisasi anti-Israel.


Covert Malaysian Campaign Touched A Wide Range Of American Media


A range of mainstream American publications printed paid propaganda for the government of Malaysia, much of it focused on the campaign against a pro-democracy figure there.

The payments to conservative American opinion writers — whose work appeared in outlets from the Huffington Post and San Francisco Examiner to the Washington Times to National Review and RedState — emerged in a filing this week to the Department of Justice. The filing under the Foreign Agent Registration Act outlines a campaign spanning May 2008 to April 2011 and led by Joshua Trevino, a conservative pundit, who received $389,724.70 under the contract and paid smaller sums to a series of conservative writers.

Trevino lost his column at the Guardian last year after allegations that his relationship with Malaysian business interests wasn't being disclosed in columns dealing with Malaysia. Trevino told Politico in 2011 that "I was never on any 'Malaysian entity's payroll,' and I resent your assumption that I was."

According to Trevino's belated federal filing, the interests paying Trevino were in fact the government of Malaysia, "its ruling party, or interests closely aligned with either." The Malaysian government has been accused of multiple human rights abuses and restricting the press and personal freedoms. Anwar, the opposition leader, has faced prosecution for sodomy, a prosecution widely denounced in the West, which Trevino defended as more "nuanced" than American observers realized. The government for which Trevino worked also attacked Anwar for saying positive things about Israel; Trevino has argued that Anwar is not the pro-democracy figure he appears.

The federal filing specified that Trevino was engaged through the lobbying firm APCO Worldwide and the David All Group, an American online consulting firm. The contract also involved a firm called FBC (short for Fact-Based Communications), whose involvement in covert propaganda prompted a related scandal and forced an executive at The Atlantic to resign from its board.

According to the filings, Trevino was also employed to write for websites called MalaysiaMatters and MalaysiaWatcher.

Trevino's subcontractors included conservative writer Ben Domenech, who made $36,000 from the arrangement, and Rachel Ehrenfeld, the director of the American Center for Democracy, who made $30,000.
Seth Mandel, an editor at Commentary, made $5,500 (his byline is attached to the National Review item linked to above). Brad Jackson, writing at the time for RedState, made $24,700. Overall, 10 writers were part of the arrangement.

"It was actually a fairly standard PR operation," Trevino told BuzzFeed Friday. "To be blunt with you, and I think the filing is clear about this, it was a lot looser than a typical PR operation. I wanted to respect these guys' independence and not have them be placement machines."

Trevino said neither he nor the client knew what the writers were going to write before it went up.

"I provided a stipend to support their work in this area and they would just ping me whenever something went up," he said.

Domenech, a former Washington Post blogger who runs a daily morning newsletter called The Transom, said he "was retained by Josh's Trevino Strategies and Media PR firm in 2010 with the general guidance to write about Malaysia, particularly the political scene there."

"I did not ever have anyone looking over my shoulder for what I wrote, and the guidance really was just to write about the political fray there and give my own opinion," Domenech said. "Of course, Josh picked me knowing what my opinion was — I stand by what I wrote at the time and I continue to be critical of Anwar Ibrahim, who I think is a particularly dangerous fellow."

Domenech attached two pieces he'd written about Malaysia for the San Francisco Examiner as well as one for the Huffington Post in his email to BuzzFeed.

Chuck DeVore, the Vice President for Policy at the Texas Public Policy Foundation (where Trevino now works), said he was unaware of the arrangement in an email.

"He knew of my expertise and suggested I write some pieces," DeVore said. "As I've seen over the years, it's not uncommon for freelancers to be paid for their work from various sources.I frankly didn't think much of it, having been paid by papers in a few nations abroad and by PR firms, such as the one Mr. Trevino was running at the time."

"He never told me who his client was," DeVore said. "I wonder if they did the same via him? Interesting that he filed the paperwork, given it appears he was working for someone else."

Mandel said, "I was blogging about issues relating to Israel and anti-Semitism in 2010, and Josh approached me about a Malaysian opposition figure who had made anti-Semitic comments and was affiliated with anti-Israel organizations. I had full editorial freedom — Josh never saw anything I wrote until after it was published — and I had no relationship with the Malaysian government. I was paid by Josh for what was probably a handful of blog posts in the fall of 2010, I believe, while working as a freelancer in Washington."

According to Trevino, he was approached by publicist and social media executive David All in 2008. He never had contact with "the ultimate client," he said. "I only had an assumption of who I was working for. I never knew exactly who APCO was dealing with, never knew exactly who FBC was dealing with.

" Trevino acknowledged that he shouldn't have lied to BuzzFeed editor Ben Smith, then at Politico, when this first came up in 2011.

"When Ben Smith contacted me in July 2011, I ought to have come clean with him at the time," he said.

As for why he waited until five years after the fact to register with FARA, Trevino said he didn't know he was supposed to have registered until recently.

"The accurate answer is that I didn't know there was a foreign agents database at all." Trevino said. "When all the stuff with the Guardian went down in August, I had a friend ask me whether I regeistered with FARA and I said what's FARA?"

"They allowed me to do a retroactive filing," he said.

Trevino terminated his relationship with Malaysian interests when he joined the Texas Public Policy Foundation, he said.

This article has been updated to include comments from Mandel.

Update 2:33 p.m.: Trevino called back to say that he had actually checked with his legal counsel in 2011 after being questioned by Politico, but had been told at the time that he didn't need to register anywhere.

"Ben Smith had actually asked me if I was a foreign agent back in 2011," Trevino said. "I asked a lawyer friend, my counsel .I said, hey, is there anything I need to comply with? He came back and said no."

"After the Guardian thing, I reached out to a different counsel, and I did some googling and found out about FARA," Trevino said.

UPDATE: Trevino's Malaysia-related posts have been removed from the Huffington Post and replaced with an editors' note that says the author "violated blogger guidelines by not properly disclosing financial ties that amounted to a serious conflict of interest."
-buzzfeed


Ulasan GB

Sememang begitulah stail Najib. Penulis-penulis yang ada kaitan dengan APCO digunakan untuk menulis hal-hal yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat disamping membersihkan imejnya sendiri di media antarabangsa.

Itu sebabnya kebelakangan ini, di dalam menghadapi pilihanraya yang ke 13 ini, banyak berita-berita di peringkat antarabangsa seperti Reuters, Economists dan sebagainya, tersiar kisah yang berpihak kepada Najib & UMNO BN yang kemudiannya dikutip oleh BERNAMA dan sekalian media massa arus perdana serta blogger pencacai UMNO untuk disebarkan kepada rakyat jelata demi untuk menjajah fikiran mereka supaya terus menyokong UMNO BN.

Blog GB ini pernah menyiarkan tentang pendedahan BBC yang meminta maaf kerana menyiarkan program berbayar tentang Malaysia.

Imej Malaysia Tercalar Teruk Ekoran Kerajaan Bayar FBC Untuk Baiki Imej Najib

Di satu ketika, tatkala nama Rosmah Mansor tercalar dengan pelbagai skandal, penulis-penulis upahan ini juga dipergunakan untuk menulis hal-hal yang muluk-muluk tentang Rosmah sehingga jika boleh, kentutnya pun dikatakan wangi.

Malah Rosmah termasuk beberapa pemimpin tertinggi Malaysia menerima anugerah PhD dari universiti antarabangsa demi untuk memulihkan imej-imej mereka yang telah hanyir itu.

TETAPI kebenaran tetap kebenaran. Ia pasti terbongkar dan Najib & Rosmah serta para pemimpin UMNO yang cuba permainkan kebenaran pasti terbongkang!

Sungguh bodoh, kuasa Allah hendak dilawannya.

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Pencacai Kantoi, Jambatan PKNS Yang Runtuh Diberi Zaman UMNO BN

Posted: 02 Mar 2013 04:25 AM PST


Jejambat Cyberjaya runtuh bukan salah Pakatan, kata MB

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tidak bertanggungjawab ke atas jejambat runtuh di Cyberjaya semalam, tegas Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Saya tidak berfikir begitu. Kontrak telah diberi pada 2007," kata Abdul Khalid apabila ditanya sama ada PR bertangungjawab atas insiden tersebut.

Abdul Khalid bagaimanapun berkongsi pandangan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya jejambat tersebut perlu dibina semula dan pihak pengurusannya akan menangani insiden tersebut secara profesional.

"Kami tidak akan cari kesalahan, tapi kami pastikan semuanya diperbetulkan," kata Abdul Khalid.

MB Selangor tersebut juga berkata PKNS telah menandatangani ikrar integriti yang akan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sebarang salahguna kuasa.

"Mereka akan lihat sama ada keputusan yang diambil adalah profesional dan selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh badan korporat," ujar beliau yang merujuk kepada badan pencegah rasuah tersebut.

Abdul Khalid juga mengulangi dakwaan ahli majlis negeri (exco) Selangor Ronnie Liu mengatakan PKNS mungkin menyaman PLUS Malaysia Berhad jika bukti menunjukkan pengendali lebuh raya tersebut sebagai punca jejambat tersebut runtuh.

Dalam pada itu, pengurus besar PKNS Othman Omar hari ini berkata PKNS masih belum memutuskan sebarang tindakan undang-undang keatas mana-mana parti ekoran insiden tersebut.

Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari semalam dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.

Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).

Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009.

Empat peneraju projek ini — PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.

Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.

Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.


PKNS Akan Baiki Segera Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor 2


SHAH ALAM, 1 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyatakan persimpangan bertingkat di Taman Sains Selangor 2 yang runtuh akan dibaiki dengan kadar segera.

Menurut Pengurus Besar PKNS, Othman Omar kerja-kerja pembersihan dijangka akan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan, manakala kerja baik pulih dijangka dalam masa lapan bulan.

"PKNS telah menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenalpasti punca kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan PKNS.

Dalam kenyataan media itu turut menyatakan PKNS dan Plus Bhd (Plus) berjaya mencapai persetujuan untuk melantik perunding bebas bagi mengenalpasti kerosakan yang telah berlaku di persimpangan bertingkat tersebut dengan kos ditanggung bersama.

Sebelum itu, persimpangan bertingkat berdekatan Kilometer 2.4 Lingkaran Putrajaya menghala ke Lebuhraya Elite runtuh kira-kira jam 12.30 hari semalam.

Semasa kejadian berlaku, kerja- kerja pembaikan jalan sedang dijalankan di bawah lokasi jambatan berkenaan.

Bagaimanapun tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Jambatan persimpangan bertingkat yang mula dibina pada Oktober 2007 itu mula beroperasi pada November 2009 dan diserahkan kepada PLUS pada 22 Mac 2012.

Sebelum kejadian, jambatan tersebut telah ditutup kepada semua lalulintas mulai 7 Disember 2012 lalu dan dijangka dibuka semula pada 31 Disember 2013 nanti bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan.
-Selangorku


Ulasan GB

Kebenaran akhirnya terdedah juga.

Para pencacai UMNO termasuk akhbar Luncai bernama Utusan cuba menuding jari kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selanbgor di dalam insiden jambatan PKNS yang runtuh tempohari.

Setelah disiasat rupanya projek berkenaan telah mula dilaksanakan semenjak 2007, iaitu semasa Selangor masih dipperintah oleh UMNO BN di bawah Khir Toyo.

Dan kerajaan Pakatan Rakyat yang terpaksa membetulkan semua kelemahan dan keruntuhan yang telah dilakukan oleh kerajaan UMNO BN yang lalu... Itulah hakikatnya, itulah kebenarannya!

Tiada ulasan: