Isnin, 18 Mac 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ahli Parlimen Tuaran Serang Kepimpinan UMNO Yang Korup Dan Khianat Negara

Posted: 18 Mar 2013 06:57 PM PDT



Ahli Parlimen Tuaran Serang Kepimpinan UMNO Yang Korup Dan Khianat Negara

Video Penuh Sambutan Ulang Tahun Ke 47 DAP Di Skudai

Posted: 18 Mar 2013 04:21 PM PDT



Anwar umum Kit Siang tanding Gelang Patah

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen Gelang Patah.

Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Skudai menjelang jam 9.30 malam ini.

Pemimpin MCA Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina.

Anwar (kanan) dalam ucapannya di majlis itu yang dihadiri kira-kira 20,000 orang mengakui bahawa Gelang Patah merupakan kerusi PKR, namun perkara itu boleh dirunding, katanya.

"Saya masih berpendapat bahawa ia masih kerusi PKR. Tapi jika Kit Siang datang dan bantu kita, pimpin kita dan menjadi calon Gelang Patah, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau kemudiannya menjemput Lim serta pemimpin DAP lain untuk tampil ke atas pentas sebelum mengumumkan sokongannya kepada pemimpin veteran tersebut untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam dua pilihan raya umum terakhir.

Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergeseran di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng.

Video Nabil MACAI Tengah Berucap!

Posted: 18 Mar 2013 05:34 AM PDT



MACAI!

Bekas Pesuruhjaya SPRM setuju mohon maaf kepada Khalid

Posted: 18 Mar 2013 05:28 AM PDT



Harakahdaily, 18 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tuduhan salah guna kuasa pembelian lembu korban pada tahun 2009.

Keputusan tersebut dicapai di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan.

Penyelesaian diluar mahkamah oleh kedua-dua pihak itu akan disusuli permohonan maaf secara terbuka oleh Ahmad Said di mahkamah esok pada jam 9.00 pagi.

Ahmad Said sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung pembelian 46 ekor lembu korban dengan harga RM110,400 sempena Hari Raya Aidiladha pada 2009 untuk kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Ekoran itu, Abdul Khalid telah mengemukakan saman terhadap Ahmad Said.

Selain Ahmad Said, Menteri Besar Selangor itu juga turut menamakan SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam samannya.

Mengulas keputusan itu, Abdul Khalid berkata, beliau bersyukur kebenaran dakwaan salahguna kuasa yang dikaitkan dengannya akhirnya terungkai.

"Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahgunakuasa adalah tidah berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan Menteri Besar Selangor.

"Saya sekeluarga terutamanya isteri dan anak-anak amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahguna kuasa walaupun dalam hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, soal integriti adalah menjadi keutamaan beliau dalam penyadbiran selaku menteri besar.

Beliau turut gembira sepanjang pentadbirannya selama lima tahun tiada pegawai kanan kerajaan mahupun barisan Exco Selangor dilibatkan dengan kes salahguna kuasa.

Beliau menambah, rekod cemerlang ini diharapkan akan memberikan keyakinan kepada rakyat membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Blogger Oh! Media Kagum Dengan Gaya Dan Personaliti YB Nurul Izzah

Posted: 17 Mar 2013 10:16 PM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/487714_561534300548010_519777658_n.jpg


I like her! :)

 
  • Khai Hassan Sebab-sebab kenapa saya suka dia..

    1. Sentiasa merendah diri.
    2. Sejak dia pegang lembah pantai, baru nampak pembangunan kat sana. Masa sharizad? (ini masuk politik sikit)
    3. Penampilan menyedapkan mata. Cantik menutup aurat. Sentiasa berbaju kurung (
    saya suka betul wanita berbaju kurung ni).. Dah la comel (walaupun isteri orang)..
    4. Begitu tabah biarpun keluarga selalu dilemparkan pelbagai fitnah yang berat.
    5. Iron lady.

400 Ribu Berhimpun Di Putrajaya Semalam? Selamat Tinggal Najib!

Posted: 17 Mar 2013 10:13 PM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/403630_10151448312663046_1461904955_n.png

mari kira

kita kira

masuk tv gila

najib muhyiddin suka

bubar cepat la weh

masa najib keluar putrajaya sudah tiba

allahuakhbar!

43567 Ahli NGO Pro Umno Demo Desak Tolak Anwar Dan LGE

Posted: 17 Mar 2013 10:04 PM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/579013_302761986518902_92854200_n.jpg

baca skrip

kawan kat belakang tutup muka

ambik duit upah

terus chow

masuk tv3

najib dan muhyiddin suka

Full Wacana Perdana Siri-14 Pasca PRU-13: Melayu- Islam Di Mana?

Posted: 17 Mar 2013 06:13 PM PDT



Rakaman Wacana Perdana Siri-14 bertajuk 'Pasca PRU-13 : Melayu-Islam Di Mana?' yang berlangsung pada 15 Mac 2013 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.

3 Jamadil Awal 1434H/ 15 Mac 2013M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

Tiada ulasan: