DIALOG RAKYAT |
- Iktibar Lahad Datu: Apa jadi kalau negara diserang kuasa luar?
- Tawan Kelantan: Hanya Angan-Angan 1Malaysia...
- Kuasa mahasiswa dalam PRU13
- PKFZ: Kes Liong Sik ditangguh
- Royalti: 3 kali Umno BN bohongi rakyat T’ganu
- Wartawan Utusan nak ke Harakah?
- Tarikh PRU13: Penganalisis masih berbeza pendapat
- Sakmongkol: 7 Dosa Besar - Fatwa Pujangga Najib Razak
- ROS henti siasatan ke atas Suaram
- Peluang pertama untuk perubahan
- Peguam PI Bala kata terpaksa mungkir janji
- Shahnon tolak Baha Zain sebagai sasterawan negara
- Najib: Isu mati syahid pun hendak dipolitikkan
- Malaysia Harini mohon maaf kepada YDP PAS Jeli
- PRU13: PAS lancar web khas dan hijau.fm
- Live Forum Lahad Datu di Radio Suara Rakyat malam ini
- Kalau tukar kerajaan Islam tunggulah pembalasan – Dr Asri
- Pengerusi, AJK Persatuan Kerabat Perak sertai PAS
- Dua saksi "Lahad Datu" di pentas forum malam ni
- Pakatan yakin menang 23 kerusi DUN Negeri Sembilan – AMK
- Membongkar Rahsia Asri Zainal Abidin...
- Gambar fitnah serangan peribadi & cubaan aibkan Anwar – Nik Aziz
- Stadium runtuh: Kerajaan dicabar dakwa Raja Bahrin
- Altantuya: Tubuh suruhanjaya bebas atau buka semula kes
- Najib & Muhyiddin sibuk ke N Sembilan, kawasan sendiri terabai
Iktibar Lahad Datu: Apa jadi kalau negara diserang kuasa luar? Posted: 18 Mar 2013 05:05 PM PDT Ahmad Lutfi Othman Saya kerap diperingatkan agar lebih cermat dan berhati-hati apabila mengulas isu Lahad Datu. Beberapa artikel yang disumbangkan oleh rakan-rakan, menyentuh tragedi berdarah di Sabah itu, terpaksa ditolak. Saya sendiri mengedit berkali-kali catatan di kolum ini sehingga banyak perenggan dipotong dan mungkin kehilangan makna asal. "Elakkan bahan-bahan sensitif dan boleh mengundang salah tanggapan. Ia membawa natijah buruk kepada parti, jika Harakah dilihat merendah-rendahkan pasukan keselamatan," begitulah salah satu peringatan yang saya terima. Saya cuba mematuhi nasihat itu, selain memegang amanat Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, agar "berpantang" di waktu kritikal menjelang PRU13, iaitu jangan mendedahkan diri dan parti dengan kesilapan -- walaupun kecil -- yang boleh membawa padah. Semasa kita berusaha mengelak daripada terjerumus dalam polemik yang berisiko ini, pihak Umno-BN semakin ghairah mempolitikkannya. Tiba-tiba saja isu ini menjadi senjata utama untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Sudahlah cadangan mengadakan sidang khas Parlimen membincangkan kes Lahad Datu ini ditolak, tiada usaha mengumpulkan setiap potensi kekuatan yang ada, bagi menanganinya dengan tuntas. Justeru, tidak pelik jika bidasan Dr Abd Aziz Bari, bekas profesor undang-undang UIAM, terhadap pengendalian kes di Lahad Datu, dalam Harakah keluaran Jumaat lalu, ditanggapi sebagai usaha memperlekeh pihak tentera dan polis. Sedangkan pakar perlembagaan itu mempunyai hujah kuat: "Prestasi angkatan tentera dan pasukan polis boleh dinilai dan kalau tidak memuaskan boleh dikritik. Kalau badan kehakiman sendiri pun boleh dikritik, apa alasan yang menjadikan kedua-dua organisasi yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam Persekutuan itu kebal daripada kritikan?" Saya perhatikan kebanyakan teguran itu, seperti banyak diluahkan dalam media sosial, adalah berdasarkan kepentingan awam dan semangat cintakan tanahair, serta lebih ditujukan kepada "keputusan politik". Mereka tidak mahu lebih ramai perajurit terkorban hanya disebabkan kesilapan atau kealpaan pihak atasan. Lebih penting, maruah dan kedaulatan negara tidak boleh dipertaruhkan dengan pelbagai strategi dan langkah taktikal yang "nampak mengelirukan". Malang sekali, luahan tidak puas hati itu mudah dilabelkan sebagai "pengkhianat negara". Kritikan sebenarnya lebih ditujukan kepada kelemahan agensi perisikan negara dan bagaimana kes pencerobohan itu ditangani "secara salah" bermula sejak hari pertama lagi. Rakyat menuntut tahap profesionalisme yang tinggi tanpa campur tangan politik. Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Dato' Ghafir Abdul Hamid menyifatkan faktor risikan tentera yang lemah dan diguna untuk matlamat politik menyebabkan musuh menceroboh perairan dan membolos masuk. Beliau mendakwa, mulai tahun 2000, aset dan keupayaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Malaysia cenderung digunakan untuk operasi politik. "Selama 13 tahun mereka hilang kepakaran dan aset untuk melaksanakan tugas utama untuk merisik," tambahnya. BSSP dilihat sibuk memantau aktiviti Pakatan Rakyat dan mengekori pemimpinnya, malah perisikan tentera dikatakan mempunyai kemahiran (dan ketepatan) jauh lebih tinggi daripada Polis Cawangan Khas dalam "kajian politik" mereka. Ia bukan saja diperalat untuk berdepan oposisi dalam pilihan raya umum tetapi juga dipergunakan pemimpin Umno untuk bersaing sesama sendiri, terutama menjelang perhimpunan agung parti itu. Dato' Seri Najib Razak yang pernah menjadi Menteri Pertahanan dalam tempoh yang lama amat arif hakikat ini. Sebelum itu, Brigadier Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Abdul Khatab turut mengkritik kelewatan membuat keputusan, termasuk menyerahkan operasi awal kepada pihak polis. Keputusan menentukan menyerang musuh juga mengambil masa lama. Lebih buruk, perisikan juga gagal mengenal pasti identiti dan keupayaan persenjataan musuh. Berbicara soal integriti pasukan keselamatan kita, ia turut mengingatkan tentang pendedahan rasuah dan gosip meluas membabitkan kelengkapan persenjataan -- lubuk korupsi melibatkan dana awam yang cukup besar. Rujukan klasiknya sudah pasti kes pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dikaitkan dengan Najib dan isterinya. Ramai pembaca menggesa agar Harakah membongkar korupsi berkaitan perbelanjaan Kementerian Pertahanan. Atas nama keselamatan negara, dana awam banyak dihanguskan melalui transaksi yang tidak telus, tanpa tender terbuka. "Saya bukan mahu menyalahkan pegawai-pegawai atasan tentera kita, namun ada segelintir daripadanya, saya lihat hanya ghairah melihat peluang bisnes atas angin selepas pencen," kata salah seorang pembaca tersebut. Ghafir juga berkata tentera Malaysia berpotensi untuk menjadi pasukan keselamatan terbaik di di Asia Tenggara jika setiap peruntukan digunakan dengan telus. "Saya dah cakap berulang kali mengenai peruntukan yang banyak hilang di tengah jalan," katanya. Semua maklum, isu melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara, apatah lagi dikaitkan dengan pencerobohan luar, sering dimanipulasi demi kepentingan politik pemerintah, menggunakan sentimen patriotisme atau demam nasionalisme. Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar mengulas dengan baik hal ini: "Semangat patriotisme dalam krisis sebegini (Lahad Datu) sering akan menguntungkan parti kerajaan. Patriotisme ini dipacu oleh rasa ingin bersatu bersama pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu. "Pasukan keselamatan dan kuasa politik (baca: pemerintah) dianggap setaraf dengan "negara" dan "tanah air" yang wajar dicurahkan sepenuh kesetiaan (tanpa kritik) dan pengorbanan (tanpa batas)." Sudah pasti insiden yang mengorbankan sepuluh anggota keselamatan itu tidak dapat dipisahkan daripada iklim politik yang menggelegak sekarang. Ia bukan sesuatu yang sukar difahami memandangkan Parlimen sepatutnya sudahpun dibubarkan. Cuma, yang merisaukan, soal keselamatan negara diperjudikan demi kepentingan politik sempit Umno-BN. Lihat saja bagaimana Naib Presiden KeADILan, Tian Chua digambarkan seolah-olah musuh utama negara, melebihi penceroboh Sulu sendiri. Penjelasan beliau langsung tidak dipedulikan. Begitu juga dengan serangan melulu terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hanya disebabkan ada hubungan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari, sehingga timbul ura-ura beliau mungkin ditangkap. Jumaat lalu, beberapa NGO mesra-Umno, seperti Jati, JMM dan Perkasa, memulakan siri Jelajah "Anwar Dalang Lahad Datu", berdepan Masjid Negara. Peliknya, tiada pula reaksi segera pihak polis, walaupun secara jelas, melalui banner di atas pentas lori (mungkin mahu meniru treler atau bas Pakatan) dan ceramah berapi-rapi Dr Hasan Ali misalnya, Anwar bukan saja menjadi mangsa fitnah, tetapi isu keselamatan telah dipersendakan secara terbuka. Apa pun, secara peribadi, saya agak resah dengan kritikan terbuka terhadap prestasi dan keupayaan pasukan keselamatan kita. Meneliti perkembangan dari hari ke hari, serta mengikuti sidang akhbar Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera, timbul pertanyaan: Apakah kita terlalu daif atau pihak musuh (penceroboh Sulu) begitu hebat, sehingga sukar sekali kumpulan kecil itu ditumpaskan? Mungkinkah kes ini bakal berpanjangan menjadi "perang saudara", didorong dendam kesumat tidak berkesudahan? Mengapa jumlah kematian yang diuar-uarkan jauh lebih besar daripada penemuan mayat musuh? Di peringkat awal, saya menggambarkan, daripada corak serangan ofensif dan agresif, termasuk pengeboman dari udara, dan membabitkan 7 batalion tentera -- selepas lapan polis terbunuh, kebanyakannya dalam keadaan ngeri -- kemungkinan tiada seorang pun penceroboh terselamat. Realitinya, berdasarkan lagak Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, dalam sidang akhbar kemudiannya, mereka seperti masih tercari-cari tentera musuh yang mati. Orang ramai keliru dengan kesan serangan balas pasukan keselamatan kita. Lebih mengejutkan, dan saya menerima puluhan SMS yang mempersoalkan kawalan perairan kita, apabila dilaporkan tentera laut Filipina berjaya menahan 35 warganya berhampiran Pulau Tawi-Tawi. Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Lt Jen Rey Ardo dipetik sebagai berkata mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki penceroboh Sulu yang memasuki Lahad Datu. Malam Sabtu lalu, seorang rakan, meminta pandangan saya terhadap laporan berita yang memetik kenyatan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin bahawa ketua penceroboh, Azzimudie Kiram dipercayai telah meloloskan diri daripada Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina. Sekali lagi dipersoalkan kemampuan kita mengawal sempadan negara walaupun ketika segala kekuatan dikerahkan ke sana. Tertanya-tanya juga bagaimana seorang yang digambarkan sudah uzur, berusia 72 tahun, boleh melepasi tiga lapisan kawalan sempadan perairan kita? "Aku tak dapat bayangkan, misalnya jika serangan datang dari negara luar, dan tidak tertumpu hanya kepada satu lokasi, apatah lagi berpengkalan di seberang Tambak Johor ...." Begitulah sedutan emel yang saya terima. Kandungan penuhnya sensitif untuk disiarkan, selain bersifat provokatif. Kolumnis Tan Sri Abdullah Ahmad turut menimbulkan persoalan menarik: "Sedih dan memalukan kerajaan terpaksa tergesa-gesa menghantar segera 5 batalion tentera dan PDRM tambahan dari Kelantan – Pengkalan Chepa/Kok Lanas – selain bantuan tambahan anggota pasukan keselamatan dari Sarawak dan tempat lain. "Ini baru satu pencerobohan oleh "Rag Army" atau "Dad's Army" di satu lokasi sahaja! Adakah kita mempunyai kemampuan andainya pencerobohan berlaku serentak di beberapa lokasi di seluruh negara?" Meskipun berdepan perang psikologi media yang dikawal ketat penguasa, saya masih menaruh keyakinan majoriti rakyat tidak mudah diperbodohkan, termasuk oleh "semangat patriotisme". Namun begitu, saya tetap risau dengan rumusan rakan saya, Fathi Aris Omar: "Jika angin patriotisme ini bertiup kencang ke seluruh negara tanpa dapat dihadang-hadang lagi, pembangkang akan tersudut dalam fantasi Putrajayanya sendiri. "Apatah lagi patriotisme Lahad Datu ini disusuli pula dengan kempen anti-Anwar yang digambarkan sebagai dalang pencerobohan atau anti-Tian Chua sebagai simbol penghinaan pasukan keselamatan." Ya, pertarungan merebut hati dan minda pengundi semakin rancak .... II. Bagi pihak Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan setingginya kepada pembaca Harakah yang menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank, KAMI MEDIA 5140 7560 6399 bagi membiayai proses penerbitan bahan bercetak untuk kegunaan kempen PRU13. Insya-Allah, dana tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya, terutama untuk membekalkan maklumat mencukupi kepada pengundi agar dapat membuat pilihan rasional dan bijaksana. Saya merayu agar bantuan tersebut dapat disalurkan terus. Sementara itu, khusus buat mereka yang berminat untuk mencetak sisipan Bangkit secara berasingan, tempahan boleh dibuat terus kepada pihak pencetak, dengan harga berpatutan. Maklumat lanjut sila hubungi Angkatan Edaran (03-55237985, 55196373), Husin (013-3400229) atau Maria (012-3747794). | ||||
Tawan Kelantan: Hanya Angan-Angan 1Malaysia... Posted: 18 Mar 2013 04:54 PM PDT Jumaat lalu Najib sekali lagi melawat Kelantan. Ia dianggap lawatan terakhir Perdana Menteri ke negeri yang ditadbir oleh Pas selama 23 tahun itu sebelum Parlimen dibubarkan. Jika dalam lawatan terdahulu iaitu tidak sampai dua bulan yang lalu, Najib menaburkan 7 janji yang akan dilaksanakan oleh BN jika berjaya menawan Kelantan, dalam kunjungannya kali ini beliau menghuraikan pula 7 dosa yang telah dilakukan oleh Pas sejak mentadbir negeri itu. Walaupun huraian Najib tentang janji dan dosa itu banyak yang boleh dipertikaikan dan tidak lebih sebagai serangan politik semata-mata tetapi yang jelasnya ia menggambarkan kesungguhan beliau mahu menawan kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan mengembalikannya ke pangkuan BN. Selain mempertahankan Putrajaya dan menawan kembali Selangor di mana Najib juga merelakan dirinya menjadi Pengarah Pilihanraya negeri itu, nampaknya Kelantan juga turut menjadi sasaran Najib dalam pilihanraya kali ini. Meskipun Najib nampak bersungguh mahu menawan kembali Kelantan tetapi banyak pihak yang ditemui sangsi dengan sasarannya itu. Sementara beliau menunjukkan kesungguhan ke arah itu, realitinya usaha beliau itu tidak disambut sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sendiri. Kebetulannya Jumaat lalu, saya juga berada di Kelantan dan menyaksikan dari dekat senario politik yang sedang berlaku di negeri itu ketika ini. Walaupun saya tidak hadir di mana-mana majlis yang dihadiri Najib pada hari itu, tetapi apa yang dapat disaksikan dengan mata kepala sendiri mengenai perilaku pemimpin UMNO sendiri sebenarnya amat menyedihkan sekali. Di sebalik meriahnya sambutan yang diterima Najib di Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu, sebenarnya sikap berpuak-puak dan politik cah keting amat jelas dalam politik negeri Kelantan ini. Tindakan sambil lewa, memulaukan majlis dan tidak menunjukkan komitmen amat jelas dapat dilihat. Dalam program Najib di Kota Bharu pada petang Jumaat itu misalnya, didapati tidak semua Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat turut menghadirinya. Beberapa pemimpin yang tidak hadir dan seolah-olah tidak memberi sokongan moral kepada majlis di Kota Bharu itu di mana Ketua UMNO Bahagiannya ialah Fatmi Che Salleh yang juga Setpol Perdana Menteri, didapati hanya duduk bersantai-santai dan berbual-bual kosong di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Antara mereka itu termasuk Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat. Mereka ini tidak menghadirkan diri di majlis yang dihadiri Najib di Kota Bharu tetapi hanya menunggu di lapangan terbang untuk bersalam dan menunjukkan muka ketika Najib mahu berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas itu. Beberapa ahli UMNO yang ditemui di lapangan terbang itu memberitahu, perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi dalam politik Kelantan. Mereka ada puak-puak sendiri dan hanya menghadiri majlis yang melibatkan puak mereka saja. Jika majlis oleh puak lain, mereka tidak akan menghadirinya dan lebih rela menghabiskan masa bersantai-santai bersama penyokong sendiri di tempat yang lain. Tetapi tambahnya, dalam bab menyambut ketibaan Perdana Menteri atau menghantarnya pulang, mereka inilah yang sering berebut-rebut menunjukkan muka dengan harapan terus dipilih sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Ketika di lapangan terbang itu juga, semasa isteri Perdana Menteri tiba kira-kira setengah jam sebelum ketibaan Najib, mereka ini turut berebut-rebut untuk bersalam dan ada setengahnya yang turut mencium tangan Rosmah Mansor yang pada patang itu memakai baju kurung berwarna putih susu. Kemudian kira-kira setengah jam kemudian apabila Najib tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang tidak hadir di majlis di Kota Bharu itu menampakkan wajah mereka di depan Najib seolah-olah kesetiaan mereka kepada UMNO tidak perlu diragui lagi. Daripada gambaran ini, jelas bahawa sikap berpuak-puak dalam politik UMNO Kelantan amat sukar untuk dihapuskan. Walaupun Najib bersungguh mahu menawan kembali negeri itu, ramai yang tidak meyakininya berdasarkan sikap dan perangai pemimpin UMNO itu sendiri. Malah ada yang menggambarkan harapan Najib untuk menawan Kelantan bakal menjadi angan-angan 1Malaysia sahaja. Dalam perbualan dengan banyak pihak di Kelantan, gambaran yang terpapar ialah pemimpin UMNO Kelantan sebenarnya lebih gemar negeri itu dikuasai oleh Pas berbanding daripada ia dikuasai oleh BN. Ini kerana jika dikuasai Pas, pemimpin UMNO merasakan mereka mempunyai akses terus dengan pemimpin Pusat berbanding jika di negeri itu kuasai oleh BN yang tentunya menyebabkan semua pengaruh, kuasa dan peruntukan akan berpusat di pejabat Menteri Besar pula. Selama ini pun ramai pemimpin Kelantan menikmati kemewahan dan keselesaan berbanding rakan-rakan mereka di negeri lain kerana kelebihan akses terus dengan pelbagai pemimpin di peringkat Pusat itu. Dalam masa yang sama, ada juga dakwaan mengatakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed sendiri dikatakan tidak seserius mana untuk menawan kembali negeri itu daripada Pas. Mustapa dikatakan lebih banyak menumpukan kepada kawasan Parlimen Jeli, dengan banyak peruntukan dan pembangunan hanya ditumpukan di kawasan itu sahaja manakala penglibatannya di kawasan lain dilihat hanya sebagai memenuhi syarat semata-mata. Yang dipentingkan bagi Mustapa ialah selagi beliau menang di Jeli, selagi itulah beliau akan kekal sebagai menteri sekurang-kurangnya untuk tempoh satu atau dua penggal lagi. Menang di Jeli nampaknya hasilnya tetapi berusaha menawan semula Kelantan belum tentu untung ruginya lagi. Sementara Najib bersungguh-sungguh mahu menawan Kelantan dan menyerang Pas dengan pelbagai isu, hakikatnya harapan beliau itu lebih mudah menjadi angan-angan berbanding kenyataan. Ii digagalkan oleh pemimpin UMNO Kelantan sendiri.DETIK DAILY | ||||
Posted: 18 Mar 2013 04:52 PM PDT Minggu lalu, saya diundang berbicara tentang politik oleh dua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pada hari Selasa, saya di forum anjuran MPP Universiti Malaya (UM), bertajuk "Dimensi politik baru mahasiswa", bersama Bukhairi Sufian, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Marwan Kahar, Presiden Karisma. Moderatornya Izham Ismail, Yang Dipertua MPPUM. Keesokannya pula, saya di program bedah buku saya, Politik Baru, anjuran MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Moderatornya Yang Dipertua MPPUKM, Ahmad Shukran Shaharudin. Kehadiran mahasiswa di kedua-dua program itu amat menggalakkan, iaitu hampir memenuhi tempat-tempat yang disediakan. Kedua-dua mahasiswa yang menjadi ahli panel di forum MPPUM itu telah mengutarakan penghujahan dengan begitu baik dan beretika. Begitu juga kedua-dua moderatornya. Soalan-soalan hadirin di kedua-dua program pula banyak dan berkualiti. Kedua-dua buah universiti ini antara universiti tertua negara dan terkenal dengan sejarah dan tradisi gerakan mahasiswanya. Justeru, perbincangan di kedua-dua program di ambang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran akan pemikiran mahasiswa terhadap PRU tersebut. PRU13 ialah PRU pertama yang berlangsung setelah kita meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik. Ia sebahagian daripada transformasi politik yang digerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau memahami dan mengiktiraf suara dan peranan mahasiswa dalam politik. Kini, mahasiswa bebas berpartisipasi dalam PRU13 dan tiada siapa boleh menggunakan Auku untuk menakut-nakutkan. Pertama, mahasiswa boleh bertanding sebagai calon bebas, calon gerakan mahasiswa, calon gerakan masyarakat sivil dan calon parti politik. Kedua, mahasiswa boleh menjadi pencadang, penyokong dan wakil calon bagi mana-mana calon yang bertanding, tidak kira calon itu mahasiswa ataupun tidak. Ketiga, mahasiswa boleh berkempen. Mereka boleh melakukannya dengan turun padang, iaitu berceramah, bertugas di bilik gerakan, menjadi jentera di pusat daerah mengundi, menemui pengundi secara bersemuka dan sebagainya; atau berkempen melalui media, terutamanya media sosial. Keempat, mahasiswa boleh menjadi pemerhati PRU13. Mereka boleh mendaftar dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), atau dengan Bersih dan badan-badan lain, atau secara gerakan mahasiswa sendiri. Kelima, berperanan dalam media, iaitu sebagai penulis, wartawan, jurugambar dan jurukamera yang menganalisis, melapor dan merakam perjalanan PRU13. Keenam, sebagai penyelidik atau pembantu penyelidik yang membuat kajian tentang perkembangan, perjalanan dan keputusan PRU13. Dan akhirnya, ialah sebagai pengundi. Umumnya, kebanyakan mahasiswa dianggarkan bersikap non-partisan. Mereka dianggap pengundi atas pagar. Saya menggunakan istilah "golongan pertengahan". Apabila dicampurkan dengan kumpulan-kumpulan lain, contohnya, mereka yang berpendidikan tinggi, pensyarah, guru, profesional, usahawan dan aktivis masyarakat sivil, maka, golongan pertengahan membentuk kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengundi. Bagi kerusi-kerusi yang dimenangi dengan majoriti kecil dalam PRU12, kali ini, undi golongan pertengahan amat menentukan. Satu daripada kerusi itu ialah Parlimen Temerloh. Ia saya menangi pada PRU12 dengan majoriti 2,441 undi. Pada masa itu, jumlah mahasiswa yang mengundi di kerusi ini tidak dapat dipastikan. Untuk PRU13, dianggarkan terdapat lebih 1,200 pengundi mahasiswa. Jadi, bayangkanlah kuasa mahasiswa dalam PRU13. | ||||
Posted: 18 Mar 2013 04:50 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE | ||||
Royalti: 3 kali Umno BN bohongi rakyat T’ganu Posted: 18 Mar 2013 04:49 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA TERENGGANU- Rakyat Terengganu sebenarnya telah dibohongi oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) sebanyak tiga kali, dalam isu mahu mengembalikan semula hak royalti yang dinafikan sejak tahun 2000. Pengerusi Sekretariat Royalti Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata mengikut perkiraan pihaknya sudah tiga kali rakyat negeri ini ditipu dengan janji-janji mahu mengembalikan hak royalti tersebut. Namun begitu, katanya janji tersebut belum 'ditepati' pemimpin Umno BN yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. "Janji hanyalah tinggal janji. Janji yang tidak ditepati untuk mengembalikan semula hak royalti kepada negeri Terengganu," ujarnya pada satu sidang media di kediaman Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail, dekat sini, hari ini. Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu, Jefri Chua. Penipuan pertama, kata Mohd Fauzi pada 14 Jun 2008 oleh Abdullah, diikuti pada 13 Disember 2008 oleh Najib sendiri ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan penipuan ketiga pada 11 Mac 20011 oleh Ahmad. Menurutnya, lebih malang lagi apabila Terengganu menarik balik kes saman kerajaan negeri terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan pada 21 Mac 2012 yang lalu. Sehubungan itu, kata Mohamad Fauzi, satu memorandum bersama tandatangan rakyat Terengganu akan diserahkan kepada MB Terengganu berkait dengan penarikan balik saman royalti oleh kerajaan negeri. Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Terengganu yang prihatin dan bermaruah agar bersama-sama dengan kumpulan NGO berkenaan pada 20 Mac di Wisma Darul Iman. "Kami akan hantar memorandum bersama tandatangan rakyat Terengganu, yang akan diketuai oleh YM Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim di Wisma Darul Iman pada jam 9.30 pagi, insya Allah," tegasnya. -harakahdaily | ||||
Wartawan Utusan nak ke Harakah? Posted: 18 Mar 2013 04:45 PM PDT Oleh H FANSURI "Kalau dah menang nanti, kalau ada kerja kosong Harakah, bagtahulah," kata beliau, dengan nada gurau. Pemberita itu turut mengetahui kisah-kisah wartawan Utusan yang kini sudah giat menulis dalam Harakah juga. "Orang-orang macam Subky Latiff..." dia sekadar menyebut beberapa nama lain juga. Dia kecewa Said Zahari (mantan KP Utusan) tidak dipanggil untuk menulis kolum di Utusan. Baru-baru ini, pemberita Utusan Malaysia mengajak saya berbual-bual dengan saya. Antara isunya adalah hal kemelut kerja di tempat mereka. Seperti biasa, saya pun bercerita juga hal kemelut kerja yang semakin kalut menjelang hari-hari pembubaran Parlimen dan penggulingan Najib Razak ini. Perkongsian rasa dan pertukaran pemikiran itu boleh dikatakan seimbang. Kejujuran itu menyebabkan kami tidak meng'SB'kan antara satu sama lain. Ya, ada gurau-gurau juga sepanjang bualan itu. MUngkin sama juga dengan ahli-ahli Parlimen BN dan PR yang bergaduh dalam pembentangan, tetapi siap bergelak ketawa semula selepas berlabun di cafe! Tapi wartawan tak pandai hendak hipokrit. Kisah Lahad Datu juga berbangkit. Hal ini tentu saja laris dalam bualan. Ia adalah hal kedaulatan negara. Maka setiap jiwa pasti akan dihanyutkan oleh kisah ini setiap saat setiap ketika. " "Kalau dah menang nanti, kalau ada kerja kosong Harakah, bagtahulah," kata beliau, dengan nada gurau. Pemberita itu turut mengetahui kisah-kisah wartawan Utusan yang kini sudah giat menulis dalam Harakah juga. "Orang-orang macam Subky Latiff..." dia sekadar menyebut beberapa nama lain juga. Dia kecewa Said Zahari (mantan KP Utusan) tidak dipanggil untuk menulis kolum di Utusan. Saya beritahu juga bahawa Utusan Malaysia dahulu tidak seperti yang wujud hari ini. Utusan di bawah Pak Said melaporkan hal parti secara seimbang. Sejak Usman Awang, Said Zahari tewas dalam peristiwa Mogok Utusan, 1961, maka Utusan sudah tidak sunyi daripada saman-menyaman. Hasmuni Awi dalam satu mesyuaratnya bersama wartawan Harakah dahulu turut menyatakan hal sedemikian. Kata beliau, sejak 1960-an, Utusan amat mewah dengan surat-surat saman daripada pihak-pihak tertentu. Maka, memang sejak 1961, ketika semua wartawan revolusioner ditendang oleh Umno, akhbar itu berterusan diburu kuasa kehakiman atas dosa fitnah. Segelas nescafe dihirup bersama kebab ayam dan nasi mandy. Di Restoren Rawsha malam itu, suasana tenang. Mereka pun minta diri untuk pulang. Di akhir bualan, mereka hadiahkan Utusan Malaysia kepada dalam keadaan rasa serba salah. Entah bagaimana mereka tahu saya pulaukan Utusan. "Saya rasa, awak ni mungkin ada masalah dengan akhbar ini," kata beliau, sambil menyerahkan senaskhah akhbar tersebut. Saya tersenyum sahaja. "Memang saya pulaukan, tetapi wartawan mereka saya hargai," kata saya lagi. Di sinilah peluang untuk saya jelaskan pendirian seorang revolusioner. Kalau saya pulaukan, kenapa saya terima jemputan makan malam bersama mereka itu. Bukan tiada pengikut ajaran Tauhid dalam istana Firaun di Mesir. Akhirnya, semua mereka dibunuh setelah identiti mereka terdedah. Antara yang dibunuh adalah Masyitah, seorang penyikat rambut puteri Firaun yang masyhur itu. Kuburnya harum mewangi kerana sabar menyembunyikan imannya pada zaman-zaman Musa a.s menggulingkan rejim Fir'aun. Ya, wartawan Utusan dalam gurau itu sedang cari ruang juga untuk bekerja di Harakah. Entah bagaimanalah Umno melayan mereka selama ini? | ||||
Tarikh PRU13: Penganalisis masih berbeza pendapat Posted: 18 Mar 2013 04:27 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM - Ketika ramalan dan jangkaan pelbagai pihak mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam tempoh terhampir ini, seorang pemerhati politik berpendapat, pilihan raya mungkin menjangkaui musim cuti sekolah pada Mei hingga Jun depan. Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, Parlimen pula akan dibubarkan setelah senarai calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13 diumumkan. "Jika minggu depan (ini) ada pengisytiharan calon-calon BN, pilihan raya itu akan berlaku lewat daripada bulan empat," kata Shamsul ketika dihubungi Sinar Harian Online. Menjelaskan pendapatnya, Shamsul berkata, selepas pengumuman nama calon dibuat, kerajaan semasa akan memperuntukkan sekitar tiga hingga empat minggu untuk melihat tindak balas ke atas calon yang dikemukakan sebelum memuktamadkannya. "Ini akan memakan masa lagi dan akan menyebabkan cuti sekolah antara akhir bulan tiga hingga empat itu tidak realistik untuk diadakan pilihan raya," ujar beliau. Mengulas mengenai perkembangan semasa di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat begitu aktif mendekati pelbagai segmen masyarakat di samping pengumuman kenaikan gaji kepada penjawat awam yang disifatkan petunjuk PRU13 sudah begitu hampir, Shamsul menyifatkan ia hanya "perkara biasa" sewaktu prapembubaran Parlimen. Katanya, kontroversi-kontroversi yang berlaku juga adalah lumrah dalam tempoh prapembubaran Parlimen. Berbeza pandangan dengan Shamsul, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain pula meramalkan pembubaran hujung bulan ini. Beliau tidak menolak 19 Mac ini iaitu pada hari sama BN membentangkan kad laporan prestasi kerajaan pimpinannya, Parlimen akan dibubarkan. Sementara pilihan raya akan diadakan dalam tempoh cuti persekolahan yang bermula pada 23 hingga 31 Mac ini. Jika mengikut tempoh kempen yang digariskan SPR, PRU13 akan diadakan pada 30 Mac, katanya. "Tarikh itu sesuai kerana cuti sekolah dan kemudian selepas raya Cina," ujar beliau. Menurut beliau, tempoh berkenaan dirasakan sesuai memandangkan Najib sudah berjaya dalam program transformasi yang dilakukannya, masa yang sesuai kerana cuti sekolah dan melepasi sambutan Tahun Baru Cina. Bagaimanapun menurut beliau, jika keadaan berlaku sebaliknya, PRU13 akan diadakan sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya. "Namun jika tidak berlaku juga, alternatif ketiga yang ada ialah pada bila-bila masa selepas pembubaran Parlimen dengan sendirinya iaitu bulan lima atau enam," katanya. Sementara seorang lagi pemerhati politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, PRU13 akan tetap diadakan pada bulan depan. "Pada awalnya saya kira hendak dibuat pada bulan Mac tetapi oleh kerana ada masalah keselamatan yang berlaku ini (Lahad Datu), maka ia ditolak ke belakang sedikit pada bulan April," ujar beliau. Apatah lagi katanya, Najib akan selesai menjalankan kesemua programnya termasuk program Jelajah Janji Ditepati yang berakhir pada bulan ini. "Kempen sudah lama dibuatkan. (Ikut SPR) kita punya kempen 10 hari sahaja selepas dibubar Parlimen," ujar beliau. Apatah lagi katanya, ketika itu Najib sudah selesai mengadakan pertemuan dengan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara termasuk pegawai-pegawai kerajaan. "Saya ingat walau bagaimanapun ia mesti berlaku pada bulan April ini," katanya. Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat-peringkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing. Jika Parlimen terbubar dengan sendirinya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari iaitu sebelum Julai tahun ini.-sinarharian.com | ||||
Sakmongkol: 7 Dosa Besar - Fatwa Pujangga Najib Razak Posted: 18 Mar 2013 07:27 AM PDT KELAB GREENBOC Fatwa Pujangga Kita ada dengar Ustaz Najib Razak membuat kenyataan politik tentang 7 dosa besar pakatan rakyat. Saya ingatkan ada berita yang menggegarkan bumi dan alam dari Najib. Rupa-rupanya tidak ada apa2 signifikens. Walaubagaimanapun, rakyat mesti bersyukur kerana ada PM yang maksum menyenaraikan dosa orang lain. Kepada rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia am nya, bagaimana agak nya kalau kita bandingkan kebersihan Najib dengan Nik Aziz? Saya dapat dengar carutan para pembaca dan gelak hilai sebahagian dari mereka. Tentu mereka kata, Najib lebih bersih dari Nik Aziz. Hoho. Bolehkah kita pautkan apa-apa signifikens kepada orang yang tidak tahu memberi contoh mugallazah ini? Sejak bila PM yang paling terpalit dengan pelbagai lumpur ini, memperolehi status maksum dan kemudian boleh pula naik saksi keatas orang lain? Oh ya- saya lupa; ini dia pemimpin parti Melayu yang terbesar yang menyuruh orang Melayu menjadikan prinsip wasathiyah sebagai pedoman hidup mereka. Rakyat disuruh wasathiyah, pemimpin UMNO tak perlu wasathiyah kerana mereka dapat 30% sabsidi dari Tuhan. Yang demikian pemimpin UMNO boleh lakukan rasuah, penganiayaan, merompak khazanah rakyat, mencuri kekayaan negara. Pemimpin tak perlu ikut wasathiyah. Jawab nya, kita tidak letakkan apa-apa signikens kepada kenyataan2 Najib. Satu dunia sudah tahu Najib kaki temberang dan auta. Semua kenyataan nya sudah tidak releven. Rakyat hanya menanti PRU13 untuk membuktikan nya. Kita menanti tarikh untuk menterjemahkan mimpi ngeri Najib kepada reality. Rakyat tidak sabar menterjemah kepada realiti kesukaan Najib pada nombor 11 yang melambangkan natu nisan di perkuburan itu. Kita mahu talqinkan pemimpin UMNO yang semua nya korap dan membuang budaya rasuah yang di wasathiyahkan oleh UMNO. Apa sudah jadi kepada konsep 1 Malaysia selain dari orang ramai berhimpun sana sini, menunjukkan jari telunjuk? Orang Islam menunjuk jari telunjuk dalam tahayyat, Najib ajak rakyat menunjuk kepada mimpi ngeri yang dia rancangkan. Dimana dia perpaduan semua kaum dan usaha perangkulan (inclusiveness) semua kaum dalam menikmati faedah kemajuan negara? Rakyat di pingirkan, pemimpin didahulukan! Golongan bangsawan dan putera2 orang atasan mendahului mengambil kekayaan, rakyat bumi ketinggalan dibelakang. Pemimpin UMNO bersekongkol dengan cukung2 Cina, rakyat dibawah disuruh berkelahi dan bermusuhan dengan orang Cina. Jadi apa ada pada 1Malaysia? Apa yang ada ialah penaklukan 1 Malaysia dibawah hegemeony UMNO. Itulah maksud sebenar 1Malaysia- 1 Malaysia tunduk kepada pemerintahan UMNO. 1Malaysia tidak lain suatu seruan untuk meletakkan negara ini dibawah telunjuk pemimpin UMNO yang mahukan kuasa mutlak. Orang UMNO mahu jadi diktator dan fascis. 1 Malaysia adalah seruan untuk memusatkan semua kausa dalam tangan UMNO. Pemusatan kuasa hanya dilakukan oleh pemerimtan facist dan kuku besi. Hakikat nya, rakyat sudah tidak percaya kepada Najib dan UMNO. Penjara Sungai Buloh menanti para pemimpin UMNO yang korap dan rasuah! | ||||
ROS henti siasatan ke atas Suaram Posted: 18 Mar 2013 07:22 AM PDT MALAYSIA KINI Pengarah eksekutif Suaram E Nalini berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) secara rasminya menghentikan siasatan ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd. Jabatan berkenaan dalam satu surat kepada NGO hak asasi itu pada 6 Mac menyatakan bahawa ia akan menarik balik semua notis terhadap Suaram serta semua individu yang dikaitkan dengan siasatan tersebut. Oleh yang demikian, Suaram juga mengesahkan bahawa ia menarik balik semakan kehakimannya ke atas ROS yang difailkan pada 4 Januari lalu, kata Nalini. "Memandangkan ROS menarik balik semua notis dan peguam negara mengklasifikasi kes ini sebagai 'tiada tindakan lanjut', Suaram masih menunggu SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk menarik balik semua notis yang belum sesesai. "Gangguan selama tujuh bulan ini bukan hanya merugikan masa dan sumber Suaram tapi juga wang pembayar cukai. "Siapa yang akan membayar ganti rugi atas kerugian rakyat, hanya kerana penganiayaan kerajaan yang berdendam," katanya dalam satu kenyataan. Nalini berkata walaupun terdapat "gangguan jelas" ke atas NGO berkenaan, tiada agensi penguatkuasaan terlibat dalam siasatan berkenaan yang mendedahkan hasil siasatan atau memakluimkan bahawa Suaram tidak melakukan apa-apa kesalahan. | ||||
Peluang pertama untuk perubahan Posted: 18 Mar 2013 07:18 AM PDT DAP meraikan ulang tahun ke-47 parti pada 18 Mac 1966 buat pertama kalinya di Johor, sebuah medan pertempuran baru yang kritikal dan mesti dimenangi Pakatan untuk membawa perubahan. Ini kalilah!It is now or never! Untuk pertama kalinya dalam sejarah 56 tahun negara kita, terdapat peluang untuk perubahan. Untuk pertama kalinya, rakyat Malaysia mempunyai pilihan yang nyata. Untuk pertama kalinya, wujud pilihan yang jelas dan ketara di antara rejim yang tidak demokratik, korup, mengamalkan politik perkauman dan bankrap, berbanding alternatifnya yang lebih bersih, mengamalkan integriti, nilai-nilai kebebasan dan hak asasi manusia serta terbukti cekap, akauntabel dan telus. Tetapi satu perkara yang pasti, perubahan tidak akan datang dengan mudah. Dalam beberapa hari lalu kita telah pun melihat kerenah ganas oleh samseng BN, apabila pejabat ketua menteri Pulau Pinang pun boleh diserang oleh gerombolan yang tidak terkawal. Bas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling dengan batu ketika beliau berada di dalam sehingga menyebabkan kecederaan kepada beberapa orang. Ini hanya permulaan - tindakan terdesak BN akan bertambah buruk. Cabaran terbesar DAP dan Pakatan apabila masih lagi wujud penyelewengan pilihan raya oleh BN dan sifat tidak adil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang partisan. Daftar pemilih masih tidak dibersihkan. Di Selangor, terdapat hakikat yang mengejutkan bahawa 28 peratus atau 140,000 pengundi baru tidak dapat dikenal pasti. Adakah 28 peratus ini kelebihan yang sengaja diwujudkan dalam proses pilihan raya untuk manfaat BN? Tugas paling tukar Tambahan pula persempadanan semula kawasan pilihan raya atau gerrymandering dilakukan dengan cara yang tidak demokratik serta memberi manfaat kepada BN. Kawasan Parlimen terkecil di Malaysia, P125 Putrajaya, mempunyai 15,308 pengundi pada Suku ke-3 tahun 2012, manakala kawasan terbesar, P109 Kapar, mempunyai 142,419 pengundi. Bilangan pengundi di kawasan parlimen yang terbesar sembilan kali jumlah kawasan parlimen terkecil. Dalam erti kata lain, satu undi di P125 Putrajaya adalah lebih kurang sama dengan 9 undi di P109 Kapar. Ini merupakan pelanggaran kasar prinsip "Satu Orang Satu Undi" di mana undi seorang harus mempunyai wajaran yang sama dan kuasa berbanding undi orang lain. Atas sebab ini Pakatan akan bermula dengan handikap kerana kita perlu memenangi lebih banyak undi popular untuk memenangi 50 peratus kerusi, jika tidak BN akan memenangi pilihan raya. Perbezaan antara undi yang diterima oleh BN dan kerusi yang dimenangi oleh BN pada setiap pilihan raya ditunjukkan carta di bawah dengan jelas: Seperti yang pernah disebutkan Mahatma Gandhi: "Khazanah bumi ini cukup untuk keperluan setiap orang, tetapi tidak akan mencukupi untuk ketamakan walau seorang manusia." Rasuah oleh BN berakar umbi di Malaysia. Meskipun menghapuskan rasuah antara keutamaan tertinggi Pakatan, tugas yang paling sukar untuk memberi harapan masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita. Dalam kata lain, tanggungjawab terbesar "ubah" untuk menyediakan masa depan untuk anak muda dan mempersiapkan anak muda untuk masa depan. Jerat belenggu minda BN Sebuah sistem pendidikan yang tersedia, mudah didapati dan berpatutan harganya mestilah juga memupuk budaya kecemerlangan. Namun sebaliknya kita hanya berjaya meningkatkan budaya kesederhanaan dengan penurunan kedudukan Malaysia dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) pada tahun 2011 - dari tangga ke-20 kepada 26 dalam Matematik, manakala dari tangga 21 jatuh kepada 32 dalam bidang Sains. Ini mengesahkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) tahun 2009 bahawa kecekapan pelajar berusia 15 tahun di Malaysia tiga tahun terkebelakang berbanding purata antarabangsa. ULASAN Rakyat Malaysia keseluruhannya sebagai sebuah negara sedang berdepan dengan jurang kemerosotan bakat dan tenaga kerja yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan melumpuhkan usaha untuk berubah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju berasaskan pengetahuan. Kecuali dengan membangunkan bakat manusia, melatih semula menarik bakat-bakat baru, kita akan berhadapan risiko untuk bukan sahaja ketinggalan berbanding ekonomi negara maju baru seperti Singapura dan Korea Selatan tetapi juga akan dipintas oleh negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Pakatan tidak hanya menawarkan pendidikan percuma malah akan mengabaikan perkaitan politik demi memilih yang terbaik dan yang cemerlang. Pada masa yang sama, Pakatan akan membina pusat kecemerlangan untuk memberi tuisyen kepada pelajar lemah akademik supaya kita tidak hanya memberi tumpuan kepada yang terbaik tetapi turut mewujudkan arus bakat sokongan dengan standard yang tinggi. Untuk berjaya, Malaysia perlu dibebaskan daripada jerat belenggu minda oleh BN yang enggan membiarkan kita berfikir. Hadiah terbesar yang boleh diberikan kerajaan kepada penduduknya bukanlah pemberian wang tunai tetapi ilmu pengetahuan dan kebebasan daripada ketakutan. Plato pernah menyebut: "Kita boleh memaafkan kanak-kanak yang takut kepada kegelapan, tragedi yang sebenar adalah apabila lelaki dan wanita dewasa takut kepada cahaya". Mari kita ubah dan membawa pencerahan kepada semua empat penjuru Malaysia! | ||||
Peguam PI Bala kata terpaksa mungkir janji Posted: 18 Mar 2013 07:15 AM PDT MALAYSIA KINI Semasa mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam tempoh hari, peguam Americk Sidhu membuat satu aduan serius semasa membahaskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat pengarang akuan berkanun kedua P Balasubramaniam.Americk mendakwa beliau menemui pengarang tersebut, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham yang memberitahunya bahawa beliau berbuat demikian atas arahan timbalan perdana menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Razak. Malaysiakini berusaha menghubungi Abraham sejak Deepak Jaikishan mula-mula menimbulkan dakwaan tersebut. Malaysiakini berpeluang bertemu dengan Cecil namun beliau enggan mengulas dakwaan tersebut. Dalam ucapan itu, Americk berkata beliau mengingkari janjinya dengan Balasubramaniam untuk merahsiakan pengakuan yang didakwa dibuat oleh Abraham. Americk berkata beliau terpaksa berbuat demikian walaupun ia melanggar hukum kerahsiaan antara beliau dan anak guamnya itu, yang meninggal dunia pada hari Jumaat lalu – sehari sebelum beliau mendedahkan perkara itu di AGM Majlis Peguam. Sekiranya pendedahan itu tidak dibuat, beliau tidak akan dapat menghadapi kenyataan hidup, katanya. "Saya tahu ini perlu dilakukan sebagai tanda hormat ke atas pengorbanan Balasubramaniam, yang berjuang begitu gigih dan menderita begitu banyak hanya kerana beliau percaya apa yang dilakukannya itu adalah benar," katanya. | ||||
Shahnon tolak Baha Zain sebagai sasterawan negara Posted: 18 Mar 2013 07:12 AM PDT MALAYSIA KINI Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada penulis terkenal Datuk Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain. Perkara itu dimaklumkan penulis yang rapat dengannya Dr Faisal Tehrani, setelah dihubungi Shahnon yang mesra dengan panggilan "Cikgu Shahnon" semalam. Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya. "Cikgu Shahnon menyatakan antologi puisi Baha Zain yang dibacanya membuatkan beliau berasa karyanya 'tidak bermakna dan tidak seberapa'," kata Dr Faisal melalui e-mel kepada Malaysiakini semalam. Menurut Dr Faisal lagi, Shahnon melihat Baha Zain (kanan), yang diumumkan penganugerahan itu oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu, tidak berupaya dalam kritikan sastera. Menurut Dr Faisal juga, Shahnon -- yang menerima anugerah sama pada 31 tahun lalu -- juga mengambil kira penglibatan Baha Zain dalam gerakan sastera dan "kejujurannya" dalam isu semasa. "Era beliau memimpin Persatuan Penulis Nasional (PENA) misalnya memperlihatkan keperlahanan suara golongan sasterawan berdepan dengan isu semasa yang memerlukan suara tegas golongan seniman ini," katanya. Menurut Muhyiddin, Baha Zain dipilih sebagai sasterawan negara ke-12 berdasarkan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan serta pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi yang diceburinya. Anugerah kerajaan persekutuan itu melayakkan Baha Zain menerima wang tunai RM60,000, Watikah Penghormatan Negara dan tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskah karya untuk diedarkan ke sekolah, jabatan dan agensi kerajaan. Anak kelahiran Hutan Melintang, Perak, berusia 73 tahun itu, berkarya sejak di sekolah menengah dan mula dikenali menerusi karyanya yang berjudul "Perempuan dan Bayang-Bayang" yang dihasilkan pada 1974. Beliau turut dianugerahi 2011, Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada tahun 1980. | ||||
Najib: Isu mati syahid pun hendak dipolitikkan Posted: 18 Mar 2013 06:38 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'. Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac. Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara. "Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno. "Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing," katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di Putrajaya hari ini. Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara. Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini. Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah. "Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku. "Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka. "Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita. "Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun," katanya.- Bernama | ||||
Malaysia Harini mohon maaf kepada YDP PAS Jeli Posted: 18 Mar 2013 06:24 AM PDT
KOTA BHARU: Selain memohon maaf, akhbar Malaysia Harini perlu membayar sejumlah ganti rugi kepada Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohammad berhubung kes saman fitnah. Mahkamah Tinggi di sini juga memutuskan defenden perlu membayar ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif kepada plaintif. Kes itu yang sepatutnya dibicarakan hari ini, bagaimanapun diselesaikan secara rundingan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. Defendan yang disaman iaitu wartawan Rudysham Abdul Raof, Razali Yahya (Ketua Pengarang Eksekutif), Izwan Mat Yasir (Eksekutif Pemasaran), Jurnal Agrotani (penerbit) dan Percetakan Kembara Sdn Bhd. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, defendan juga bersetuju membuat permohonan maaf secara bertulis kepada Apandi dan diiklankan dalam akhbar Sinar Harian tempoh tujuh hari tarikh perintah dibuat. "Akhbar Malaysia Harini juga perlu menyiarkan di muka utama akhbar berkenaan permohon maaf itu dan di mana-mana bahagian lain akhbar terbabit selama enam hari. "Defendan juga bersetuju membayar sejumlah gantirugi kepada Apandi sebagai gantirugi penyelesaian dan kos," katanya di sini. Kelima-lima defendan diwakili peguam Bhag Singh. Akhbar Malaysia Harini bertarikh 21 Mei 2012 sehingga 3 Jun 2012 menyiarkan berita bertajuk 'PAS Kelantan sangat buas jual tanah' dan 'Nik Aziz hanya bela pemimpin bukan rakyat'. Dalam berita yang ditulis akhbar itu mendakwa "Terbaru hasil siasatan dan maklumat dalaman mendapati Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad 'dihadiahkan' tanah seluas 392 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai." Tulisan itu juga mendakwa tanah yang rakyat usahakan sejak berpuluh tahun dirampas kerajaan PAS Kelantan kononnya bagi membangunkan ladang tetapi pemimpinnya rakus bagi dijadikan harta peribadi. | ||||
PRU13: PAS lancar web khas dan hijau.fm Posted: 18 Mar 2013 06:21 AM PDT
KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) membangunkan satu laman web PRU13 untuk menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan dengan PAS bagi Pilihanraya Umum ke-13 melalui capaian http://pru13.pas.org.my Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laman PRU13 ini akan diisi dengan maklumat-maklumat seperti biodata calon-calon Dun dan Parlimen yang PAS bertanding serta berita-berita dan aktiviti pilihanraya yang berkaitan yang dihubungkan dengan laman web induk, PAS yang boleh dicapai melalui http://www.pas.org.my Katanya, selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan media baru yang telah sedia ada sebelum ini seperti webtv, facebook dan twitter, mulai 16 Mac juga Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Jabatan IT PAS Pusat menerusi Urusetia Media Baru (UMB) telah memulakan perkhidmatan radio internet di bawah jenama Hijau.fm dengan menyiarkan liputan Xpresi Ulama Muda dari Gunung Semanggol. "Radio hijau.fm ini boleh dilayari menerusi http://www.hijau.fm akan beroperasi 24 jam sehari untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat serta program-program dan aktiviti-aktiviti pilihanraya setelah parlimen dibubarkan," ujarnya. Menurutnya, mulai 16 Mac laman utama PAS versi2 juga dipertingkatkan dari menggunakan aplikasi Joomla 1.5 kepada Joomla 2.5 dengan design baru yang lebih segar untuk menyebarkan maklumat-maklumat parti dan kenyataan-kenyataan rasmi sebagai rujukan semua pihak yang berminat. | ||||
Live Forum Lahad Datu di Radio Suara Rakyat malam ini Posted: 18 Mar 2013 06:11 AM PDT
KUALA LUMPUR: Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula jam 8.45 malam ini boleh diikuti secara langsung menerusi Radio Suara Rakyat. Forum tersebut menampilkan dua saksi, Siti Aminah dan Mat Swadi yang akan sepentas dengan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. (B) Dato' Ghafir Abd Hamid. Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah itu akan turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, pengerusi SAMM, Che'GuBard dan wakil SAMM Sabah, Boby. Siaran boleh diikuti menerusi radio berkenaan di laman Harakahdaily atau https://www.facebook.com/radiosuararakyatFM TWITER https://twitter.com/FMSuaraRakyat Zello Live conversation : Suara Rakyat BLOG : http://suararakyatfm.blogspot.com/ HOW TO LISTEN RADIO SUARA RAKYAT FM? Blog : http://suararakyatfm.blogspot.com/ Quick Listen Link: http://station.voscast.com/50d5a07bcb35a/ TUNEIN RADIO On MOBILE DEVICE Clik HERE http://tunein.com/mobile/ | ||||
Kalau tukar kerajaan Islam tunggulah pembalasan – Dr Asri Posted: 18 Mar 2013 06:09 AM PDT
KOTA BHARU: "Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak," kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin. Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang. "Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan," katanya pada Wacana Perdana bertajuk 'Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?' di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin. Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir. Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan. Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah. Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab. Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan. Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008. "Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam," ujarnya. Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008. Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu. "Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula," tambahnya. | ||||
Pengerusi, AJK Persatuan Kerabat Perak sertai PAS Posted: 18 Mar 2013 06:06 AM PDT
BERUAS: Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, Raja Rozmal Raja Yaacob mengisytiharkan menyertai PAS. Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi. Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar. Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti. Di akhir ucapannya, Raja Rozmal membacakan ikrar dengan mengatakan akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat. "Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS," katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (Gambar atas.) Sementara itu, Mohammad Sabu berkata, kemasukan Raja Rozmal itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat di semua peringkat dan golongan inginkan perubahan. Kata beliau, Umno tidak senang dengan suasana sekarang kerana ia telah menggugat impian mereka untuk terus berkuasa di negara ini. Tegasnya, momentum perubahan tersebut telah memuncak dan tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat untuk terus membuat perubahan. | ||||
Dua saksi "Lahad Datu" di pentas forum malam ni Posted: 17 Mar 2013 11:18 PM PDT
KUALA LUMPUR: Dua orang saksi hidup berhubung peristiwa berdarah di Lahad Datu akan tampil menceritakan pengalaman mereka di Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini. Dua saksi tersebut, Siti Aminah dan Mat Swadi akan sepentas dengan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. (B) Dato' Ghafir Abd Hamid. Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah itu akan turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, pengerusi SAMM, Che'GuBard dan wakil SAMM Sabah, Boby. "Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani. "Untuk itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang harus di bawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi. "Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik," kata Pengarah Propaganda SAMM,Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada pihak penganjur sila hubungi penganjur di talian 010-2675872. Di program malam ini juga, SAMM akan melancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk "smoke operation". Justeru orang ramai dijemput hadir ke program yang akan bermula jam 8.45 malam ini. | ||||
Pakatan yakin menang 23 kerusi DUN Negeri Sembilan – AMK Posted: 17 Mar 2013 11:11 PM PDT Sidiqin Omar REMBAU : Pakatan Rakyat yakin dapat menawan Negeri Sembilan berdasarkan kaji selidik dan maklumat akar umbi, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, kata Nazree Yunus. Beliau berkata, ia hasil gerak kerja Pakatan berpandu maklumat dari pemandu teksi, peniaga dan semakan laporan pegawai awam. "Kita ada berita gembira. Pakatan dijangka menang 23 kerusi. PAS dan KEADILAN tambah kerusi manakala DAP menang semua 11 kerusi yang disandang sekarang," katanya. Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Pedas Tengah, Rembau 16 Mac lalu. Negeri Sembilan ada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan hanya memerlukan empat kerusi lagi untuk menawan negeri berkenaan. Selain itu, Nazree berkata, hutang terkumpul RM1.4 bilion kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat menjadi bukti kegagalan pentadbiran Umno BN yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan. "Tokoh korporat jadi Menteri Besar jaga Negeri Sembilan. Tapi apa jadi apabila diperintah Umno BN?" katanya. Justeru, Nazree meminta rakyat negeri itu membandingkan pencapaian kerajaan Selangor yang memiliki rizab simpanan tunai RM2.3 bilion. Sebelum ini, media kawalan Umno BN pada Jun 2012 melaporkan Adun BN Chembong, Mohamad Rais Zainuddin mencadangkan supaya Mohamad Hasan digugur sebagai calon PRU 13. Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook pula pernah menggesa pejabat Peguam Negara menyiasat dakwaan Mohamad Hassan menyalur RM10 juta ke United Kingdom melalui perkhidmatan pengurup wang. | ||||
Membongkar Rahsia Asri Zainal Abidin... Posted: 17 Mar 2013 11:04 PM PDT Kota Bharu 16 Mac pagi, sementara menunggu untuk berangkat ke airport saya mengambil sedikit makanan di cafeteria hotel. Alas perut untuk makan ubat. Sambil makan dan berbual dengan YB Limbongan Drs Zainduddin Awang Hamad, tiba-tiba melalau kelibat Dr Mohd Asri Zainal Abidin alias Dr Maza.
Kebetulan satu hari terjumpa dengan seorang rakan di Utara yang baik dan kenal dengan Dr Maza. Saya minta nombor telefon kemudian menghantar mesej. Tidak jawab juga. Apa lagi saya abaikan, bahawa tidak ada apa-apa hendak cakap ataupun tempoh penting itu sudah berakhir. Dalam kepala terus tertanya-tanya kenapa dia twit saya, kemudian kenapa tidak balas SMS saya? Mungkin dia sibuk atau dia juga sudah ada diabetis seperti saya, mudah lupa. Kekadang spek yang sudah terletak di dahi pun masih mencari cari sampai ditegur bini. Al nyanyuk dah tetapi tidak seterus Mahathir Mohamad. Cis.. Jadi pertembumgan di cafeteria hari itu sungguh merujakan. Saya lantas fleshback akan apa yang berlaku, dia tidak menunjukkan respons, dan berlalu sambil memgatakan akan menghubungi saya. Sedikit kecewa dengan telatah itu. Ertinya masej saya dia terima dan saja tidak mahu menjawabnya. Dia seakan mencari seseorang. Tidak sampai tujuh minit dia masuk balik ke ruang cafeteria, ambil segelas jus berwarna merah dan duduk semeja dengan saya. Begitulah takmaniah dan sopannya seorang ustaz, bernama Asri tenang dan menyakinkan. Tidak gelojoh seperti Fatul Bari atau berbolot macam ustaz muda PAS. Percakapan bermula dengan dia memberi sedikit maklumat mengenai wacana yang dihadirinya malam itu, di Padang Perdana. Dia berwacana bersama beberapa ahli panel lain termasuk dari rahang Umno, rahim ISMA. Khabarnya ramai orang tetapi sayang dewan sempit. Lain kali hendak buat wacana melibatkan Asri pastikan tempatnya besar. Saya maklum majlis itu tetapi tidak pergi kerana hadir satu majlis di hotel berkenaan yang berjalan serentak. "Wakil Umno tidak datang," katanya tanpa saya mengajukan persoalan mengenai itu. Saya sudah maklum yang wakil Umno (Ustaz Najmi) begitulah lebih kurang namanya. Kenapa? Mungkin kecut perut atau rasa tidak padan berdepan dengan Asri atau pun phobia berdepan dengan penonton yang sesetengahnya kurang asam jawa. Penonton wacana politik di Kelantan agak fanatik macam bola sepak juga. Mereka akan menyorak-nyorak dan mengejek ahli panel yang tidak sebulu dengan jiwa dan ideologi politiknya. Inilah antara sebab kenapa ahli panel dijemput berdikir enam kali untuk hadir. "Macam mana dengan ISMA?" tanya saya. Dia jawab wakil NGO itu ada. "Siapa wakilnya?" tanya saya lagi sambil meneka, Abu Zaik presidenya. "Tidak," jawab Asri ringkas. "Setiuasahanya bernama Amin tu...?" teka saya. Hairan sepatutnya Abu Zaik yang datang ke Kota Bharu sambil mengenal beberapa kawasan untuk meletakkan calonnya dalam pilhan raya nanti. Lagi banyak kawasan bertanding lagi kembung dan gemuk poket seluar. Hatta kena bawa guni, boleh jadi juga. 'Iya..." balas Asri mengangguk. "Kuat dia kena semalam." sungut Asri lagi. Maksudnya ISMA. ISMA pertubuhan yang lahir dari tulang rusuk JIM beranak di Khaerah didokong oleh ulama' al Azhar dan juga Mesir. Mereka berpegang kemas kepada prinsip mendaulatkan bangsa (kaum) lebih utama dari agama. Antara bacaan mereka ialah kitab Muqadimah karangan Ibnu Khaldum. ISMA akhit juga mengadakan program keagamaan NGO ini mendapat peruntukan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Wow.... "Apa pandangan Usaz mengenai ISMA?" Tanya saya jujur ingin mengetahui pandangan bekas Mufti Perlis ini. "Mereka nak cuba menjadi kuas apolitik baru...," itu saja jawabnya. Saya sambung, "Nak jadi kusa politik baru macam mana, orang tidak kenal. Orang tidak tahu siapa tokoh-tokoh mereka. Dia berpegang kepada pandangan lama yang menyempitkan minda politik bangsa?" "Cara mereka tidak tepat, mereka bawa stail politik lama, 80-an," ujar Asri. | ||||
Gambar fitnah serangan peribadi & cubaan aibkan Anwar – Nik Aziz Posted: 17 Mar 2013 10:57 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Penyebaran gambar fitnah lucah melibatkan individu mirip Anwar Ibrahim tindakan tidak wajar kerana cuba mengaibkan Ketua Umum KEADILAN itu tanpa bukti sahih, kata Datuk Nik Aziz Nik Mat."Mereka belum puas 'cincang' Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," kata Menteri Besar Kelantan itu, dipetik Sinar Harian. Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar. Bagaimanapun, individu dalam paparan gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar. Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit. Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya. "Ia tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggungjawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka. "Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu, dipetik. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim pula berkata, beliau sudah menjangka serangan terhadap Anwar itu akan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Ini kerana, beliau (Anwar) yang Pakatan tonjolkan sebagai Ketua Umum dan bakal Perdana Menteri jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang. "Sejak 15 tahun lalu, beliau jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan NGO yang tidak memihak kepada Pakatan untuk menyerang beliau. Antaranya isu Fitnah I dan Fitnah II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya dipetik. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, polis sewajarnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat ke muka pengadilan dan bukan bersikap dwi standard. "Tindakan undang-undang adalah langkah terbaik ke atas semua mereka yang terlibat dalam penyebaran gambar-gambar lucah tersebut," katanya dalam kenyataan. – NS | ||||
Stadium runtuh: Kerajaan dicabar dakwa Raja Bahrin Posted: 17 Mar 2013 10:55 PM PDT
Raja Bahrin berucap pada satu majlis bersama muslimat di Kuala Terengganu. KUALA TERENGGANU: Arkitek terkenal dari Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mencabar kerajaan agar mendakwa beliau ekoran keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu. "Sekarang ini tersebar dalam internet bahawa saya terlibat dalam merekabentuk stadium yang runtuh ini. "Saya mengaku memang saya terlibat dalam merekabentuk stadium ini. Tetapi suka saya sebut bahawa kami telibat dalam mereka bentuk stadium ini tetapi hingga konkrit saja. "Untuk bumbung, design dan build, ia dibuat terus oleh syarikat dari Korea," kata Raja Bahrin. Beliau memberi jaminan akan mendedahkan sepenuhnya projek ini dalam mahkamah kerana di luar sebagai pihak yang terikat dengan kontrak, beliau tidak boleh mendedahkan segala dokumen yang terlibat. "Saya telah beberapa kali menghantar surat meminta pihak kerajaan memberitahu siapakah orang yang terlibat membuat rekabentuk bumbung yang memang dibawa dari Korea ini sampai sekarang," ujarnya. | ||||
Altantuya: Tubuh suruhanjaya bebas atau buka semula kes Posted: 17 Mar 2013 10:51 PM PDT
KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menyokong ditubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat peguam yang menyediakan draf bagi akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam. Pengarah Juham, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) berkata, suruhanjaya tersebut membolehkan nama-nama yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu disiasat khususnya melibatkan pendedahan mendiang Bala. "Memandangkan pendakwaan kes ini tidak menyeluruh di mahkamah Malaysia, maka perlu kepada suruhanjaya bebas lebih-lebih lagi apabila banyak pendedahan mendiang Bala yang menimbulkan persoalan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Sabtu lalu, peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu mendedahkan seorang peguam senior, Cecil Abraham mengaku menyediakan SD kedua mendiang Bala atas arahan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Perkara itu didedahkan beliau ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam dekat sini. Zamri juga berkata, peguam negara seharusnya membuka semula kes pembunuhan ini berdasarkan pendedahan mendiang Bala dan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan. "Sebenarnya peguam negara ada kuasa buka semula kes ini selepas pendedahan mendiang Bala dan Deepak. Tapi perkara ini tidak dialkukan, jadi jalan terakhir ialah penubuhan suruhanjaya bebas," katanya. Sementara itu, Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara berhubung dakwaan ke atas salah laku Cecil Abraham itu. Balasubramaniam pada Julai 2008, membuat akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya. Bagaimanapun, Bala menarik balik SD tersebut dengan membuat SD kedua sehari selepas mendedahkan SD pertama. Penyiasat persendirian yang pernah berkhidmat dengan Abdul razak baginda itu kemudian menghilangkan diri selepas mendakwa menerima ancaman. Bala pulang ke tanahair 24 Februari lalu, dan kemudian nekad untuk menjelajah negara bagi mendedahkan skandal berkenaan. Bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung. | ||||
Najib & Muhyiddin sibuk ke N Sembilan, kawasan sendiri terabai Posted: 17 Mar 2013 10:50 PM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas hairan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin begitu gemar melawat negeri itu. "Kenapa Najib suka datang Negeri Sembilan, terutamanya Port Dickson? Ada kenangan silam ke?" seloroh Kamarul disambut ketawa hadirin. "Muhyiddin pun sama. Kalau tak silap, sudah enam kali dia datang ke Negeri Sembilan. Sedangkan kawasan sendiri pun belum tentu terjaga," kata Kamarul pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Rembau, Sabtu lalu. Tegasnya, BN tidak mampu merangka dasar untuk kesejahteraan rakyat, selain menabur wang dan janji termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua tahun ini. "Respon rakyat masih menolak Umno BN walaupun BR1M sudah diberikan. Kalau yakin menang pilihan raya umum, sudah lama mereka bubarkan Parlimen, tapi asyik tangguh," katanya. – SDQ |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan