Ahad, 10 Mac 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Cadangan PAS untuk membela pegawai kerajaan

Posted: 10 Mar 2013 08:11 AM PDT



Datuk Husam Musa,

Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan awam.


Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.


PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.


PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan.

Antara lain, tumpuan juga harus diberikan kepada kenaikan pangkat untuk semua kategori pegawai di mana jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada PTD bahkan dipeluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, kastam, polis, tentera dan lain-lain.


Kedua, menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya.

Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi kewangannya.


Ketiga, bagi faedah kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.

Kadar perlepasan cukai yang rendah untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.


PAS Pusat juga ada membincangkan supaya kajian dibuat terhadap panalti yang di kenakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai sebanyak 45% bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45% itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip.

Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.


Cukai ke atas eksport sawit mentah atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan harga kelapa sawit kita lebih mahal di pasaran antarabangsa juga dicadangkan untuk dikaji. Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.

Langkah ini boleh membantu meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara.

Pada masa yang sama polisi kerajaan Melaysia memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai eksport kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk mengeksport 7 juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan kerugian kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula.

Bagi tujuan tersebut sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.

Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS

Adun Lendu meninggal dunia

Posted: 10 Mar 2013 07:59 AM PDT


NORIZZAH BAHARUIN dan SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

[DIKEMAS KINI] ALOR GAJAH - Adun Lendu, Datuk Idderis Kassim, 66, meninggal dunia akibat barah usus di Hospital Putra di sini, petang tadi.

Idderis yang juga Timbalan Speaker Dun Negeri Melaka disahkan meninggal dunia pada jam 6.50 petang dengan semua ahli keluarga berada di sisi beliau.

Menurut anak sulung Allahyarham, Zamran, arwah yang menghidap barah sejak tahun 2011 dimasukkan ke hospital pada 19 Februari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot.

"Tekanan darah mulai rendah kira-kira jam 4.30 petang dan pada jam 6.40 kami melihat dia tidak lagi bernafas sebelum memaklumkan doktor lalu mengesahkan arwah sudah meninggal dunia pada jam 6.50 petang.

"Arwah meninggal dengan mudah dan kami tidak jangka. Semua ahli keluarga ada termasuk adik-beradik arwah," katanya.

Sementara itu anak ketiga Allahyarham, Zulkarnain berkata, kali terakhir dia bertemu arwah kira-kira jam 3.30 petang tadi.

"Sebelum pulang, saya minta izin arwah untuk mengadakan bacaan Yasin untuknya yang dirancang selepas solat Isyak dan ayah memberi isyarat setuju dengan kerlipan mata," katanya kepada Sinar Harian.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Rohani Yunus, 60, serta dua anak, Zamran, 38, dan Zulkarnain, 35, dan empat cucu.

Turut mengiringi jenazah Allahyarham ke rumahnya di Kampung Ayer Limau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta pemimpin kenamaan lain.

Allahyarham telah melibatkan diri dengan politik sejak 1970-an dengan memegang pelbagai jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan negeri.

Beliau yang juga seorang penceramah aktif berdakwah di surau dan masjid sekitar Melaka akan dikebumikan jam 11 pagi esok di Ayer Limau, Masjid Tanah.

Pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008, Allahyarham Idderis yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon Pas, Mohd Amir Yaakub dengan majoriti 1,633 undi.

Sementara itu, Mohd Ali melahirkan rasa dukacita dan menyifatkan pemergian Idderis menghadap Ilahi sebagai satu kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan rakyat Melaka.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Allahyarham cukup komited dan berdedikasi ketika hayatnya dalam menjalankan tugas sebagai Adun dan Timbalan
Speaker.

"Allahyarham amat disenangi rakyat di kawasannya, marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman,"
katanya dipetik Bernama.

TERKINI Dari Dataran Azmy Tom Yam, Teluk Muruh, Lumut

Posted: 10 Mar 2013 07:49 AM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/72599_565610740138716_1406315811_n.jpg

umno akan tumbang pada pru 13 nanti, insya allah!

Pekeliling KPM Melarang Memaksa Pelajar Memakai Tudung Atau Mini Telekung. Tahniah Malaysia!

Posted: 10 Mar 2013 05:44 AM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/484242_552563898110222_2086307090_n.jpg


ramai sebenarnya tidak tahu. Puak UMNO sendiri tak tahu juga kan? bodoh!

http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=819

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_211_5953_474.pdf


Hishamuddin: Pelajar tidak wajib pakai tudung di sekolah
6:00PM Mac 10 2006

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan para pelajar tidak diwajibkan memakai tudung di sekolah.

Katanya, pihak sekolah tidak boleh memaksa pelajar memakai tudung kerana kemnenterian tidak pernah mengeluarkan arahan mewajibkan pelajar beragama Islam berpakaian seperti itu.

Sehubungan itun beliau menggesa ibubapa dan para pelajar yang tidak puas hati dengan peraturan pemakaian tudung di sekolah membuat aduan ke kementeriannya.


Katanya, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan peraturan yang ada sekarang boleh mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menambah baik peraturan berkaitan.

"Siapa yang tidak akur, tidak patuh dan tidak ikut peraturan, kita minta mereka yang tidak puas hati dengan keputusan sekolah, maklumkan kepada kita."

"Jika peraturan sedia ada tidak memenuhi kehendak mereka dengan alasan zaman telah berubah, mereka boleh buat syor, kita akan kaji dan kalau perlu kita buat perubahan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan exco pergerakan itu di ibunegara.

Beliau mengulas dakwaan masih terdapat sekolah yang memaksa pelajar memakai tudung walaupun ia tidak diwajibkan di sekolah.

Minggu lalu dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi di Pulau Pinang mendakwa digugurkan daripada pasukan bola jaring kerana tidak memakai tudung dalam pertandingan yang diadakan.

Kenaikan harga barang

Menyentuh tentang isu kenaikan harga barang dan harga petrol pula, beliau berkata, Pemuda Umno telah menubuhkan Seketariat Aduan Kenaikan Harga Barang untuk menerima aduan mengenai kenaikan harga barang.

Katanya, walaupun mula beroperasi secara rasmi hari ini, sekateriat itu telah mula menerima aduan sejak semalam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu berkata, aduan yang diterima oleh sekretariat itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan susulan.

"Kita tidak mahu ada pihak ambil tindakan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. Melalui sekretariat ini orang ramai boleh mengemukakan aduan," ujarnya.
Orang ramai boleh menghubungi sekretariat itu di talian 03-40441199 atau 016-3403406 pada Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Jangan Berhalakan Pemimpin dan Parti

Posted: 09 Mar 2013 06:54 PM PST

 http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2013/03/20130310-082756.jpg

"Betullah tu. Aku masih ingat gurauan engkau dahulu. Walaupun Malaysia mewarisi sistem British, tetapi Malaysia mengambilnya dengan cara yang pelik. Di Britain, Ratunya memerintah sudah berpuluh tahun, Perdana Menteri bertukar-tukar setiap empat atau lima tahun. Di Malaysia, Yang Dipertuan Agong bertukar setiap empat lima tahun, Perdana Menteri tidak bertukar-tukar selama berpuluh tahun!" Fatih memetik cerita lama saya.

"Haha. Mana pula tidak bertukar. Sudah tukarlah. Mahathir sudah digantikan oleh Abdullah. Dan Abdullah sudah digantikan oleh Najib" saya bercerita.

"Ya, tetapi masih parti yang sama. Masih UMNO. Dan di belakangnya masih Mahathir, kan?" soal Fatih.

Nadanya penuh provokasi, dalam gurauan.

Ya.

Sesuatu yang sukar untuk saya nafikan.

Kerisauan saya bukan kepada siapa yang memerintah itu, tetapi mengapa sulit benar masyarakat Malaysia hendak membuat perubahan.

Seolah-olah hanya UMNO yang boleh memerintah.

Sudah menjadi seperti berhala yang disembah.

Tanpa UMNO, Malaysia tidak boleh hidup. Seakan-akan begitu.

SELANJUTNYA....

Tiada ulasan: