Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR & VIDEO] Terkini Serangan Tentera Keatas Penceroboh Di Lahad Datu -updated
- Insiden Lahad Datu: Rakyat Harus Tolak Kerajaan Lemah
- [BONGKAR] Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk
- [VIDEO] Pemuda UMNO Ganggu Program Pakatan Di Teluk Intan
- PR: Najib Gadai Nasib Rakyat Sabah, Pasukan Keselamatan
- Memfitnah Anwar: Utusan & TV3 Bakal Disaman RM100 juta Jika Enggan Minta Maaf
[BERGAMBAR & VIDEO] Terkini Serangan Tentera Keatas Penceroboh Di Lahad Datu -updated Posted: 05 Mar 2013 12:34 AM PST Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat Tungku, Lahad Datu. Pasukan keselamatan Malaysia pada pagi Selasa melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA Sidang media OPS Sulu Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sahabat kini kehabisan petrol Gambar Fail - Kenderaan tentera yang dilihat memasuki kawasan Kampung Tanduo Lahad Datu lewat petang semalam 1.54pm: Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menasihatkan warganya agar tidak mengunjungi kawasan pantai timur Sabah, termasuk bandar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat kedutaan berkenaan menyebut menjangkakan lebih banyak insiden keganasan akan berlaku di kawasan terbabit. 1.42pm: ABS-CBN melaporkan bahawa Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata. Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario telah meminta rakan sejawatannya dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka dibenarkan meninggalkan kawasan pertempuan di sana. Del Rosario juga meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut. Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi. 1.30pm: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan diiringi ke bilik taklimat. 1.15pm: pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis 'media' kepada wartawan di pusat media. "Ini adalah permintaan pihak polis, jadi kita mematuhinya. Ia akan lebih mudah mengenal pasti petugas media," jelas seorang pegawai. 1.08pm: The Star dalam laporan di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo. 1pm: Dalam satu lagi laporan pada 12.43pm, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang "beristirahat". 12.50pm: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar. "Mereka ditempatkan dalam dewan... berdekatan dan kami membantu mereka. Tiada masalah makanan atau air," katanya. 12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia. Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu. InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini. "Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat. Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu. "Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan." 11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi 'mopping up'. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini. Katanya, operasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo. 11.50pm: Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino.Kumpulan berkenaan berbuat demikian dalam perhimpunan di luar kedutaan Malaysia di Filipina. 11.35am: The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya. Ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan kita, lapor laman itu. 11.26 pagi: Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkata, bom digunakan ke atas musuh bagi memastikan keselamatan tentera Malaysia. 1125am: Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol. Kawasan itu terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan pertempuran. 11.23 pagi: KPN: Zon pertempuran seluas 4 kilometer di Kampung Tanduo. 11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui. 11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu. 11.10am: Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut. Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera. 11.02am: Pekerja ladang kelapa sawit dilihat berkumpul di bawah satu pondok sementara. Mereka diminta menangguhkan tugas sementara polis memperluaskan kawalan di sekeliling ladang tersebut yang terletak hampir dengan kawasan pertempuran Turut bersama pekerja tersebut ialah seorang penduduk, Sabri Abdullah, 49, yang tidak dapat pulang disebabkan kawalan polis. "Saya menunggu untuk pulang sejak pagi ini. Saya lapar dan tidak ada makanan," katanya kepada Malaysiakini. Tambahnya, mereka orang miskin dan tidak mempunyai wang dan terpaksa menyediakan makanan sendiri. 11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis."Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya. 10.57am: Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo. Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos. 10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana. 10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan. “Kami melakukan semua yang kami mampu untuk mengelakkannya, namun akhirnya orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini,” kata Setiausaha Ricky Carandang. 10.43am: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu. 10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya. Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur. Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu. 10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5. "Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bukan rakyat Filipina." Sementara itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang serangan tersebut. "Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP. Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat. "Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya. 10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu. Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo. 10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana. 10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu. .9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu. Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut. Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman. 9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih 9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie. Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sulu pada 1906 . Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo. 9.37am: Menurut satu sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki. 9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut. 9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis. 8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit. 8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan. Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk. "Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya. Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini. 8.19am: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini. 8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri. "Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38. Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu. Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km - Mkini & Mstar/kompilasi Malaysiaberih |
Insiden Lahad Datu: Rakyat Harus Tolak Kerajaan Lemah Posted: 04 Mar 2013 08:35 PM PST Pertempuran darah yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan kematian beberapa komando Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah kemuncak 'kelemahan' kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin Hussin bertanggungjawab sepenuhnya di atas dua anggota polis yang terkorban setakat ini dan akan datang. SAMM juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban, SAMM yakin ia adalah pengorbanan yang suci terhadap tanahair, agama dan bangsa. Namun malangnya perkara sedih ini tidak wajar berlaku sekiranya pihak kerajaan Malaysia mengendali konflik ini dengan tepat. Apakah setelah berlaku dua kematian maka baru kerajaan nak bertindak? Persoalan utama yang timbul di sini ialah mengapa kerajaan Malaysia terlalu lambat mengambil tindakan, dan teragak-agak sehingga menyebabkan insiden kematian anggota keselamatan negara? Tawaran yang diberikan juga tidak melambangkan ketegasan, sehingga beberapa kali menukar tarikh tamat tempoh yang diberi kepada penceroboh bersenjata. Akibat daripada tiada ketegasan mutlak, negara berdepan lebih banyak kematian malah tidak mustahil orang awam bakal menjadi mangsa. Seterusnya SAMM tetap mempersoalkan bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tg Labian, mara jauh ke Kg Tandou dan berkampung di sana. Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata, beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya? SAMM juga persoal di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku terhadap rakyat negara ini walaupun telah ratus bilion dihabiskan oleh Kementerian Pertahanan. Sudah lengkap bersenjata, tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika waktu genting satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Cukuplah, cukuplah mandat buat Umno BN. Najib Razak membuktikan dialah Perdana Menteri paling konsisten kadar penakutnya. Apakah rakyat mahu si penakut yang kurang bijak lagi penindas rakyat terus menerajui negara? Chegu Bard Ketua Penyelaras SAMM
Ulasan GB Najib akui kerajaan telah GAGAL menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Petikan dari kenyataan beliau pagi ini: "Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik secara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh," kata Najib -petikan dari BERNAMA |
[BONGKAR] Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk Posted: 04 Mar 2013 07:05 PM PST Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk. Ini sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihan raya akan datang. Semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang. Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti. Pendedahan ini dibuat Khalid pada Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 di sini, hari ini. "Kerajaan negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini. Sebab itulah kerajaan negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan," katanya dipetik MediaSelangorku. Laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun keempat 2012, terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih berdaftar. Daripada 497,084 pemilih baru yang disemak itu pula, 134,675 atau 28 peratus darinya tidak dapat dikenal pasti. Menurut Khalid, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan gesaan kerajaan negeri untuk mengenalpasti lebih 134,000 pengundi ragu itu. Hadir sama persidangan itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Ketua Cabang Kelana Jaya, Syed Shahir Mohamud dan Penyelaras Hal Ehwal Parlimen Pejabat Ketua Pembangkang, Abd Malek Hussin. |
[VIDEO] Pemuda UMNO Ganggu Program Pakatan Di Teluk Intan Posted: 04 Mar 2013 03:45 PM PST Sekumpulan Pemuda UMNO malam semalam telah melakukan perlakuan biadab dan provokasi melampau dengan menggangu kacau ceramah DAP di Teluk Intan, Perak sambil mengibar bedera dacing berteriak terjerit terlolong "TELUK INTAN MELAYU PUNYA..... UMNO PUNYA". Mereka tunjuk samseng dan biadap yang tidak bertamadun langsung. Enggan beredar walaupun dirah pihak polis. Keadaan terkawal... Nampak gayanya lagak samseng Pemuda UMNO ganggu kacau ceramah Pakatan Rakyat semakin hari semakin melampau. Kini permainan politik perkauaman sempit UMNO sudah sampai ketahap amat merbahaya dan kritikal sekali. -omakkau |
PR: Najib Gadai Nasib Rakyat Sabah, Pasukan Keselamatan Posted: 04 Mar 2013 06:40 AM PST Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri yang sanggup menggadai keselamatan rakyat Sabah dan pasukan keselamatan berikutan pencerobohan kumpulan bersenjata warga asing di Lahat Datu sejak 23 Februari lalu. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan ketiga-tiga pemimpin tertinggi PR itu menyebut setiap pimpinan mana-mana negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan. Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru PR berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia. Kenyataan media bersama tersebut dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pagi tadi. Insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna merupakan suatu kecuaian yang tidak boleh di maafkan. Malah setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan. Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa PR merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Dalam hal terbabit PR menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas. Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. "Sewajarnya kerajaan perlu menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan." kata kenyataan bersama tersebut. Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh. Dalam pada itu Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. "Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini. "Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. "Sehubungan itu selurh pimpinan dan pendokong PR merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat," kata kenyataan itu.
|
Memfitnah Anwar: Utusan & TV3 Bakal Disaman RM100 juta Jika Enggan Minta Maaf Posted: 04 Mar 2013 04:01 AM PST Suratkhabar Utusan Melayu Malaysia Bhd (Utusan) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) digesa menarik balik dakwaan tidak berasas berkaitan pencerobohan di Lahad Datu dalam tempoh 24 jam. Ia berkenaan dakwaan Utusan bertarikh 2 Mac lepas di muka hadapan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan Pencerobohan" dan di muka surat 10 bertajuk "Tiga Kumpulan jadi dalang," itu cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan Utusan itu dilaporkan semula oleh TV3 di dalam siaran siaran berita Buletin Utama pada Mac 2. Peguam, N Surendran berkata, jika pihak Utusan dan TV3 tidak memberikan sebarang respon dan meminta maaf, pihaknya akan memfailkan saman berjumlah RM 100 juta masing-masing terhadap mereka. "Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan jahat. "Kita telah menghantar surat kepada pihak Utusan untuk menuntut menarik balik dakwaan itu dan membuat kenyataan maaf secara terbuka," kata Surendran dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. "Kita meminta tuduhan tidak berasas itu ditarik balik dengan segera dan TV3 juga perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegas beliau. Kata beliau, Anwar Ibrahim memandang serius tuduhan yang dilemparkan kerana ia merupakan serangan peribadi jahat dan percubaan untuk mengeluarkan fakta palsu kejadian pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu. "Ini amat serius kerana melibatkan keselamatan negara kerana mengelurkan kenyataan palsu berhubung isu itu," kata Surendran. Turut hadir sama dalam sidang media itu peguam Latheefa Koya.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan