Kelab Greenboc |
- [WASPADA] Bahaya Mengundi UMNO BN Pada PRU13!
- Siapa Kumpulan Ajaran Sesat Yang Nak Ganggu Hari Mengundi?
- [TERKINI] Papagomo Tak Hadir Ke Mahkamah, Perbicaraan Berjalan...
- "Selepas Video Perut Buncit, Keluar Video Perut Kempis, Lepas Ni ...
- Pemfitnah Itu Pendek Umur, Kini Papagomo Cipta Alasan Untuk Tutup Blognya
- [VIDEO] 31 Ahli Dan Aktivis Umno Besut Sertai Pas
[WASPADA] Bahaya Mengundi UMNO BN Pada PRU13! Posted: 25 Mar 2013 01:14 AM PDT Jangan sampai rakyat tertipu lagi. Pengalaman lepas menunjukkan sebaik saja pilihanraya umum tamat dan kemenangan di peringkat pusat berpihak kepada BN, kerajaan BN telah mengambil peluang itu untuk menaikkan harga barang-barang keperluan rakyat! Dan ia akan berulang lagi selepas PRU13 jika kita masih memilih BN. Sudah menunggu: p.s. cetak dan edarkan. |
Siapa Kumpulan Ajaran Sesat Yang Nak Ganggu Hari Mengundi? Posted: 25 Mar 2013 12:31 AM PDT Hanya parti politik yang takut kehilangan kuasa akan merancang agenda untuk melakukan huru hara ketika pilihan raya umum (PRU), kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah. "Pihak yang takut kalah itu sebelum ini berpaut dengan 3M untuk terus berkuasa iaitu Money (wang), Media dan Machinery (jentera). "Selepas duit dan media gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, maka jentera seperti samseng akan digunakan untuk membuat kekecohan ketika PRU nanti," katanya mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Abdul Aziz dalam laporan media hari ini mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha pihak tertentu menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam PRU ke-13. Pengerusi SPR itu mendakwa demikian berdasarkan nota diterimanya, berhubung panduan menimbulkan protes kesahihan kertas undi. Mengulas lanjut, Borhan menasihati suruhanjaya itu agar menangani khabar angin itu secara bijaksana kerana dibimbangi akan menakutkan pengundi. "SPR sebaliknya perlu bertindak proaktif bagi membasmi kejadian seumpama itu," ujarnya ketika dihubungi. Menurutnya, Pakatan Rakyat juga sedia memberi kerjasama penuh dengan SPR bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari pengundian. Sebelum ini, media kawalan Umno cuba menggambarkan Pakatan Rakyat akan melakukan huru hara sekiranya kalah dalam PRU. Namun hal sebaliknya berlaku apabila program-program Pakatan menjadi sasaran serangan ganas dan samseng dari Umno BN. Terbaru, sekumpulan samseng dipercayai penyokong Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu ketika menuju ke Kampung Melayu Majidee di Johor, malam tadi. Dalam tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya tujuh kejadian serangan samseng dilapor berlaku dalam program Pakatan, antaranya di Selangor, Johor, Perak, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. -KD |
[TERKINI] Papagomo Tak Hadir Ke Mahkamah, Perbicaraan Berjalan... Posted: 24 Mar 2013 11:05 PM PDT Blogger lucah Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak hadir ke mahkamah hari ini walaupun beliau selaku defendan sepatutnya hadir setelah disaman oleh Datuk Husam Musa. Ekoran itu, pelbagai pihak yang hadir ke mahkamah hari ini menyifatkan beliau sebagai penakut walaupun sangat berani apabila menulis dalam blognya. "Selaku defendan Papagomo mesti hadir di mahkamah biarpun lawyernya berhujah mohon penangguhan ...rupanya PENAKUT bila disaman!" tulis Datuk Saifudin Nasution Ismail yang turut hadir selaku saksi melalui twitternya. Papagomo melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran beliau sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.
|
"Selepas Video Perut Buncit, Keluar Video Perut Kempis, Lepas Ni ... Posted: 24 Mar 2013 08:00 PM PDT Tauke judi, arak bersama Umno BN reka fitnah demi pertahan kuasa Pimpinan Umno BN akan melakukan apa sahaja muslihat untuk mempertahan kuasa kerana mereka mahu terus mengekalkan kekayaan masing-masing yang dibolot dari rakyat , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan perjuangan rakyat bukan semudah yang disangka kerana Pakatan Rakyat melawan tauke besar dan pelbagai agensi kerajaan yang diperalat mereka. "Kita lawan siapa? Mereka ini golongan terkaya, korporat puluh-puluh bilion. Kita lawan bank terbesar di Malaysia, tauke besar, tauke judi, dengan syarikat arak terbesar, San Miguel yang ahli keluarga (Dr) Mahathir (Mohamad) punya. "Mereka akan guna cara muslihat apa sahaja. Fitnah ada macam-macam. Ingat dulu, tahun 1998 (air) mani atas tilam, 2008 (air) mani di dalam. Aduhai, tapi ada juga yang percaya. Hanya kemudian dibuktikan (ia) fitnah sampai bapa Saiful Bukhari pun datang sokong kita. "Selepas itu, gambar perut buncit, kemudian tukar pula perut kempis. Sekarang saya pun tak berani komen, cakap nampak muscle (berotot) lebih, nanti dibuat satu lagi (gambar/video) ada muscle pula," katanya. Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bandar Tasik Puteri di sini, Jumaat lalu. Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Pemangku Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, kata Anwar, beliau juga mengetahui banyak rekod dan masalah ramai pemimpin Umno BN termasuk Datuk Seri Najib Razak. "Banyak saya tahu. Saya kenal, saya tahu masalah Najib. Apakah saya sanggup bongkar cerita dia? Tidak (sebab) saya tahu asas akhlak, etika. Saya tak mahu berdosa depan Allah swt. "Adakah kita mahu menang? Ya, tapi apakah kita hendak menang dengan cara mencarut, telanjangkan orang, aibkan orang. Mahu menang dengan itu? Saya kata, tak ada barakah menang cara itu," katanya. |
Pemfitnah Itu Pendek Umur, Kini Papagomo Cipta Alasan Untuk Tutup Blognya Posted: 24 Mar 2013 05:02 PM PDT Pada 16 mac, Wan Azri a.k.a papagomo mencabar anwar ibrahim supaya menyaman beliau, kemudian sesudah itu anwar menfailkan surat saman berjumlah RM 100 juta, pada 20 Mac, bloger anak anak muda malaysia mendedahkan wajah sebenar Wan Azri ini. Kemudian, pada 21 mac, Wan Azri a.k.a papagomo telah menafikan beliau adalah wan azri dan menafikan sekeras kerasnya kononnya beliau di fitnah sebagai papagomo. Semalam pada 23 mac bloger era pasca mendedahkan pula bahawa papagomo, 99% adalah Wan Azri Wan Deris, bekas anggota polis yang di jatuhi hukuman 8 bulan penjara kerana aktiviti rasuah dan salah guna kuasa. Dan hari ini, setelah pendedahan demi pendedahan di lakukan oleh blog era pasca ini, papagomo telah dengan terpaksa menipu dan membohongi seluruh rakan rakan blogernya, kononnya blog lucahnya itu telah di godam dan bakal di rampas dan ditutup oleh encik lebai google. Lawak antarabangsa ini adalah rentetan siri pendedahan Wan Azri atau papagomo oleh pelbagai bloger pakatan rakyat dan beliau juga sudah menjangka bahawa beliau sudah tidak dapat lari lagi dari saman ini, wajahnya sudah di ketahui, bukti bukti kukuh juga sudah di lampirkan, dan peguam peguam juga sudah meneliti setiap fakta yang di berikan. Untuk mengelak saman RM 100 juta dari anwar ibrahim dan RM 100 juta dari Husam Musa, papagomo terpaksa berlakon kononnya blog lucahnya telah di godam, seterusnya beliau akan menutup sendiri blog itu supaya masalah saman selesai dan akan di angkat sebagai hero oleh bloger pencacai Barisan Nasional yang lain kononnya haker PR berjaya mengodam blog lucah itu. Jika ini berlaku, dia bukan saja dapat membodohkan penyokong dan bloger bloger umno yang lain, malahan dengan perdana menteri najib razak sekali menjadi bodoh di bodohkan oleh Wan Azri yang terdesak mahu lari menyelamat diri dari saman maut ini. Apabila blog sudah di tutup, maka bolehlah Wan Azri ini lari dari masalah ini, psikologi dari bloger Pakatan Rakyat telah menyebabkan beliau tidak boleh melelapkan mata dan tidak mampu berbuat apa apa, serta menerima tekanan yang kuat akibat dari fitnah yang di ciptanya sendiri. Menerusi ajensi berita fakap EP, Dr @tiewnama telah mendapat maklumat bahawa, peguam Husam Musa dan Anwar Ibrahim telah mendapatkan maklumat dan bukti terperinci mengenai papagomo dan segala bukti yang berfakta telah di ambil, dan bersedia untuk membawa Wan Azri a.k.a papagomo ke mahkamah untuk di adili. Berdasarkan writ peguam, Wan Azri, jika di dapati bersalah, beliau akan di penjarakan selama 10 tahun bagi 1 kesalahan dan 5 sebatan bagi kesemua kesalahan, beliau juga akan di arahkan membayar saman RM 100 juta itu dalam bentuk apa pun. Dan yang sangat membimbangkan beliau yang hampir separuh mati kerana terlalu takut adalah, saman ini berdiri bukan hanya 1 saman tetapi 2 saman fitnah dari ANWAR IBRAHIM dan HUSAM MUSA. Mungkin juga selepas ini di jangka beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan yang sama. Nantikan langkah seterusnya.. Perkataan kucing yang bernama ''LUCY'' itu membuktikan bahawa papagomo a.k.a wan azri 100% adalah pengendali blog lucah dan fitnah papagomo.com Salah 1 bukti kukuh ini akan membawa kepada penjara dan RM 200 juta saman fitnah dari 2 pemimpin Pakatan Rakyat.
ULASAN GB Orang yang memfitnah dan kejam dan makan hasil yang haram hidupnya tidak tenang dan umurnya tak panjang. Termasuk sekalian blogger pro-UMNO, menteri-menteri dan media pencacai UMNO seperti BERNAMA, Utusan, RTM, TV3 dan lain-lain. Mereka akan menerima hukumman Tuhan sepertimana janjiNya: Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 |
[VIDEO] 31 Ahli Dan Aktivis Umno Besut Sertai Pas Posted: 24 Mar 2013 05:00 AM PDT Besut - Seramai 31 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup. Bekas Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi) 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam ini, Sabtu 23 Mac. Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat. -BO |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan