Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Dr Hasbullah: UMNO Pengkhianat Melayu & Islam
- Rakyat Sarawak Bangkit, Mana Taib Mahmud Mau Lari?
- Golongan "Syaitan Dikenali" Cuba Kepung Bas Jelajah Merdeka Rakyat
- [VIDEO] Jangan Salah Pilih Pemimpin - Ust Azhar Idrus
- Kenyataan Kit Siang Sedia Bertanding Atas Tiket PAS, Bukti "PAS For All" Berjaya
- [HOT] Rekod Undi Pos Papagomo Tetiba Hilang
[VIDEO] Dr Hasbullah: UMNO Pengkhianat Melayu & Islam Posted: 24 Mar 2013 12:50 AM PDT UMNO mengatakan mereka pejuang agama dan pahlawan melayu pada realitinya merekalah yang sememangnya menjadi pengkhianat agama serta melayu. Kesian lah melayu selama ini tak sudah-sudah di tipu UMNO dan macai mereka... berjuang demi Melayu konon tapi tidak sedar atau buat-buat tidak sedar selama ini di perbodohkan. Bila Parlimen dikuasai bukan Melayu UMNO melalak kononnya menjaga ketuanan Melayu sedangkan hakikatnya UMNO yang mengurangkan kuasa Parlimen Orang Melayu dengan menambah kerusi Parlimen kepada bukan melayu semasa persempadanan dahulu. Yang mengajar orang kafir menjadi biadap kepada Islam puak UMNO Sendiri. Jika UMNO yang mengaku Islam memperlekehkan Islam, bukankah tindakan UMNO tersebut akan dicontohi orang bukan Islam. -fb pejuangkelantan |
Rakyat Sarawak Bangkit, Mana Taib Mahmud Mau Lari? Posted: 23 Mar 2013 11:00 PM PDT Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan kesalahannya. Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib. Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa. Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu. Menyamar sebagai pelabur asing untuk membeli tanah hutan balak untuk dijadikan ladang kelapa sawit, penyiasat GW berbual dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak-anak bapa saudara Taib iaitu Abdul Rahman Ya'acob, ketua menteri sebelum Taib. Perbualan mereka adalah seperti berikut: Fatimah: Ample Agro adalah syarikat milik keluarga kami, tetapi empat daripada saudara kami ada dalam syarikat itu. Jabatan Survei dan Tanah yang mengeluarkan lesen. Sudah tentu atas arahan Ketua Menteri dan saya boleh bercakap dengan Ketua Menteri dengan mudah. GW: Boleh ke? Fatimah: Ya. GW: Kamu fikir beliau akan setuju? Fatimah: Ya, dialah yang memberi tanah kepada kami. Dia sepupu saya (ketawa). Ibunya dan bapa saya adalah kakak dan adik. Dia sepupu saya, jadi agak mudah. Taib tidak dapat menjawab Kedua-dua beradik itu berkata Ample Agro memiliki 5,000 hektar tanah yang diberi oleh Taib dan dibeli pada kadar harga yang sangat rendah. Mereka bercadang untuk menjual syarikat itu dan dalam klip video itu mereka meminta RM4,000 se ekar (menjadikan jumlah keseluruhan RM50 juta). Di antara pemilik bersama ialah Norah Abdul Rahman, ahli parlimen Tanjong Manis dan Khatijah Abdul Rahman, kakak ipar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dan apa yang dikatakan Taib berhubung dakwaan kedua-dua sepupunya itu dalam video itu apabila beliau diasak oleh para pemberita, kata beliau: "Awak kenal, mereka itu sepupu saya? Adakah awak tahu apa hubungan di antara bapa mereka dan saya……….sama ada mesra atau tidak? Kami bergaduh pada suatu ketika dulu. Dua pupu saya itu bukannya orang yang saya paling percayai……tapi bergantunglah kepada awak." Apa yang dimaksudkan Taib ialah beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga sepupunya itu dan oleh itu, apa yang disebutkan oleh kedua-dua sepupunya itu harus dipandang dengan perasaan ragu dan tidak mempunyai kredibiliti. Sememangnya Taib pernah bergaduh dengan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'acob. Tetapi perkara itu berlaku pada tahun 1980an apabila berlaku pertembungan kepentingan kerana merebut kontrak kerajaan dan konsesi balak. Bagaimanapun mereka berbaik semula selepas itu dan satu peristiwa yang mendapat liputan media secara meluas pada 2008 di mana mereka kelihatan berpelukan dan mengisytiharkan bahawa 'air dicincang tidak akan putus'. Kini pergaduhan di antara mereka telah pun tinggal dalam lipatan sejarah dan keluarga Abdul Rahman mendapat keuntungan besar daripada Taib berdasarkan kepentingan-kepentingan yang meluas dalam empayar perniagaan Taib. Satu lagi tanda di mana terjalinnya hubungan mesra di antara kedua-dua keluarga mereka ialah Taib memilih Norah, anak perempuan Abdul Rahman untuk bertanding kerusi parlimen Tanjong Manis dalam pilihan raya umum lalu. Ringkasnya, Taib berbohong apabila beliau mendakwa kedua-dua sepupunya itu tidak mempunyai hubungan yang baik dengannya dan justeru itu, kedua-dua sepupunya itu tidak perlu membabitkan beliau dengan mereka cipta cerita-cerita sebegini. Lagi pun, maklumat mengenai pemilikan dan bayaran premium yang minima untuk 5,000 hektar tanah itu mudah diperolehi di pejabat pendaftar tanah dan untuk berbohong dalam isu ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Malahan tindakan Taib untuk mempertahankan diri memberi isyarat jelas bahawa beliau bersalah seperti didakwa. Peguam dedah korupsi Taib Video berdurasi 16 minit itu juga memaparkan perbualan yang berasingan di antara GW dengan dua peguam yang mendedahkan tindakan Taib yang melanggar undang-undang dan terlibat dengan rasuah. Salah seorang daripada mereka ialah Alvin Chong, peguam yang terlibat dalam urusan perniagaan keluarga Taib dan kerajaan negeri Sarawak. Seorang lagi peguam ialah Huang Lung Ong yang berusaha untuk menjual tanah bagi pihak bapa saudaranya, tokoh korporat Hii Yii Peng yang rapat dengan Taib. Dalam perbualan dengan Alvin, GW memberitahu apa yang telah diberitahu oleh kedua-dua sepupu Taib sebelum itu berhubung cara haram yang digunakan untuk mengelak dari membayar cukai keuntungan hartanah. Alvin juga menggariskan kaedah yang selamat tetapi secara haram yang sering digunakan oleh mereka untuk mengelak dari peraturan kerajaan bahawa pemilikan saham dalam sesebuah syarikat tempatan mestilah tidak kurang dari 51%. Huang berusaha untuk menjual 32,000 hektar tanah dengan harga RM230 juta yang dimiliki Billion Venture, di mana bapa saudaranya Hii merupakan pemegang saham majoriti. Beliau memberitahu GW secara terus terang bahawa untuk menjayakan urusniaga itu, vendor tersebut harus memberi komisyen peribadi kepada Taib sebanyak 10% dari nilai jualan, yang dianggap sebagai amalan biasa. Apabila Taib mendesak para pemberita supaya membuat komen tentang pendedahan video ini, beliau mengakui beliau telah menonton video tersebut dan menganggapnya sebagai "nakal" dan tidak mempunyai kredibiliti dan beliau menafikan mempunyai orang tengah. Kata beliau: "Boleh jadi seseorang itu mencuba untuk mempromosi dirinya untuk menjadi agen untuk mendapatkan layanan istimewa daripada saya? Ia tidak ada kena mengena dengan saya, betul?" Jawapan yang samar-samar dan tidak relevan seperti itu berhubung pendetailan khusus tentang rasuah, salah guna kuasa dan mengelak dari membayar cukai dan keperluan statut yang didedahkan secara terang-terang oleh mereka yang berwibawa seolah-olah beliau memberitahu seluruh dunia: "Saya memang bersalah, apa jadahnya?" Perlu disebut disini bahawa peguam Huang tidak menafikan kesahihan perbualan dalam video tersebut. Dalam satu wawancara menerusi telefon yang disiarkan Malay Mail 19 Mac lalu, beliau bagaimanapun menyifatkan perbualan tersebut sebagai "perbualan kedai kopi" dengan seorang "pelabur asing". Beliau menjelaskan: "Saya diperangkap. Saya meminta nasihat tentang aspek undang-undang berhubung urusan tanah. Saya mungkin telah menuturkan beberapa perkataan akibat dari kekecewaan kerana dia (pelabur asing itu) bertanyakan banyak soalan. Saya tertekan. " Perkataan-perkataan ini dengan sendirinya menjelaskan tentang kebenaran yang didedahkan Huang berhubung amalan rasuah Taib. Tali hayat akhir Umno? Sebagai pemimpin Sarawak yang korup selama 32 tahun, Taib Mahmud sudah tentu tidak asing lagi dengan pelbagai skandal. Dalam rak-rak dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini penuh dengan debu, beribu-ribu muka surat mencatat pelbagai penyelewengan dan dosa Taib yang memusnahkan hutan rimba tebal Sarawak sehingga hampir pupus. Beliau merampok sebahagian besar kekayaan hutan balak untuk keluarga dan kroni perniagaannya secara haram dengan memusnahkan kehidupan dan alam sekitar penduduk pribumi. Tetapi Taib tetap kebal, walaupun berbagai laporan dibuat terhadapnya dalam tempoh beberapa tahun yang silam, dilindungi oleh kemampuannya untuk menjadi juara dengan rekod memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya. Namun, kali ini masanya luar biasa dan video Global Witness merupakan satu pendedahan yang luar biasa. Sejak video ini tersebar beberapa tahun lalu, pendedahan di YouTube telah berjaya menarik lebih sejuta pelawat. Ini bermakna rasuah bersaiz mega Taib itu sudah tersebar ke dalam lebih sejuta rumah dan akan terus tersebar seperti api yang cepat merebak sehingga hari pengundian. Mampukah Najib berdiam diri dan membiarkan Taib menjadi tugu peringatan sebagai tanda amalan rasuah BN sehingga menjelangnya pilihan raya umum akan datang? Tidakkah Taib yang degil dan tidak boleh disentuh itu melambangkan regim BN yang korup itu tidak mahu bertaubat dan tidak dapat diselamatkan lagi. Mungkinkah ini tali hayat terakhir sebagai isyarat keruntuhan hegemoni Umno yang berusia lebih separuh abad itu? |
Golongan "Syaitan Dikenali" Cuba Kepung Bas Jelajah Merdeka Rakyat Posted: 23 Mar 2013 08:20 PM PDT Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi. Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam. Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah. Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu. "Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno)," kata Ketua Umum KEADILAN itu. Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah. Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah. Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor. |
[VIDEO] Jangan Salah Pilih Pemimpin - Ust Azhar Idrus Posted: 23 Mar 2013 04:45 PM PDT Kota Bahru: Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna. Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan. "Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya. Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini. Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain. Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula. Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan. Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan. "Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan. "Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun," katanya. Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini. Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan. -SH |
Kenyataan Kit Siang Sedia Bertanding Atas Tiket PAS, Bukti "PAS For All" Berjaya Posted: 23 Mar 2013 07:47 AM PDT PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13. "Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily. Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu. Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13. "Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13. "(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU. Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR," tulis Lim di Twitter. Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi. Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman pula berkata ia menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu. Rahman dipetik berkata notis telah diberi kepada seorang pemimpin tertinggi DAP untuk memberi keterangan tapi pemimpin tersebut memberi pelbagai alasan seperti tiada masa. Sementara itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13. "Adalah tidak adil untuk membatalkan DAP di saat menjelang pilihanraya umum ke 13. PAS melihat tindakan itu lebih bermotif politik," tegas beliau. -HD
ULASAN GB Mungkin ada yang terkejut kesediaan Lim Kit Siang untuk bertanding di atas tiket PAS sekiranya partinya DAP menghadapi tindakan penggantungan daripada ROS. Namun, yang nyata, kenyataan terbuka Lim Kit Siang itu adalah bukti kesetiakwanan PAS-DAP-PKR di dalam Pakatan Rakyat adalah mantap. Kedua, slogan PAS selama ini "PAS FOR ALL" telah berjaya dan diterima oleh semua kaum di negara ini. Ornag Cina dan India tidak lagi takut dengan PAS yang difitnah oleh UMNO dan sekutunya dengan pelbagai momokan seperti hudud dan sebagainya. Dengan pelbagai penjelasan dan penerangan oleh pimpinan PAS, masyarakat Cina dan India sudah mengerti bahawa PAS bukan sebuah parti ekstreme tetapi sebaliknya PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan - sebuah perjuangan yang menjadi nadi kepada Pakatan Rakyat seluruhnya. Sudah ramai orang Cina dan India yang mengibarkan bendera PAS di mana-mana. Begitu juga orang Melayu dan Islam dalam PAS. Mereka tidak lagi memandang DAP sebagai sebuah parti cauvinis Cina. Kedua-dua parti, PAS dan DAP telah dapat saling memahami dan menghormati dasar perjuangan masing-masing. Dan peranan serta jasa yang dimainkan oleh PKR, dalam banyak ketika, sebagai jambatan memperkukuhkan hubungan kedua-dua parti berkenaan tidak juga dapat dikesampingkan. Kini ketiga-ketiga parti di dalam Pakatan Rakyat adalah rakan seperjuangan, seiring sejalan, seia sekata untuk mempastikan kebenaran dan keadilan tertegak di bumi Malaysia ini dengan menumbangkan parti-parti berasaskan perkauman di dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC. |
[HOT] Rekod Undi Pos Papagomo Tetiba Hilang Posted: 23 Mar 2013 05:05 AM PDT Selepas mendedahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua rekod daftar pemilih semalam, PKR hari ini mendakwa salah satu rekod tersebut 'hilang' dari Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata semakan pihaknya hari ini mendapati Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam rekod SPR. "Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos," katanya dalam satu kenyataan. (Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunakan kad pengenakan sama yang dibuat semalam) Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai bloger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih. Satu adalah sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan memegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019. Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger umno itu sebagai pengundi pos telah dipadamkan. Sementara itu, beliau turut mencadangkan pihak SPR duduk semeja dengan pasukan keselamatan bagi mengenalpasti kes wujud dua rekod daftar pemilih seperti Papagomo dapat dibersihkan. "Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi. "Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat," katanya. -HD klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan