Kelab Greenboc |
- Hebat, Ceramah BN Paling Ramai Orang.. Tak Terbilang ..
- SPR Akui Wujud Pendaftaran Berganda, Akan Semak Status Papagomo!
- Utusan & Papagomo: Pemfitnah Yang Cuba Membela Pemfitnah
- [VIDEO & GAMBAR] Warga CIMB Berdemo Kecam Adik Najib, Nazir Razak
- [VIDEO & GAMBAR] Dengan Pelajar Pun Polis Gunakan Kekerasan & Gari!
- [EDISI MENIPU] Kemiskinan 1.7%? Kenyataan Najib Jelas Tipu & Tidak Berasas
Hebat, Ceramah BN Paling Ramai Orang.. Tak Terbilang .. Posted: 23 Mar 2013 12:25 AM PDT Beginilah suasana yang dimaklumkan kepada Omak kau dengan gambar sebagai bukti berbicara. Suatu ceramah anjuran UMNO Kuala Krai dengan penceramah jemputan khas dari Minda Pondok, Ustaz Zainal Abidin Awang. Ceramah ini diadakan dalam kawasan DUN N41, Manik Urai. Yang Omak kau terkejut ialah yang dengar hanyalah kanak-kanak kecil yang masih belum boleh mengundi pun walaupun siap dengana beberapa hamper sebagai hadiah cabutan bertuah. Kalau begini punya sambutan nampaknya hasrat dan niat UMNO/BN Kelantan mau menukar kerajaan PAS/PR Kelantan pimpinan YAB TGNA hanya tinggal angan-angan mat jenin. -omakkau |
SPR Akui Wujud Pendaftaran Berganda, Akan Semak Status Papagomo! Posted: 22 Mar 2013 10:55 PM PDT SPR akui terdapat pendaftaran berganda, akan semak status penulis blog pro Umno Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui terdapat sejumlah kecil pendaftaran berganda dalam daftar pemilih dan mengatakan akan menyemak tuduhan penulis blog pro Umno "Papa Gomo" atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah "pengundi hantu". Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu The Malaysian Insider, suruhanjaya tersebut akan menyemak status Azri dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selepas PKR mendakwa penulis blog tersebut terdaftar sebagai pengundi di dua kawasan parlimen – Ampang dan Wangsa Maju. "Memang ada sejumlah kecil isu pendaftaran berganda seperti ini, tetapi ianya very small number (mempunyai angka yang kecil)," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Pegawai saya akan buat semakan berhubung perkara ini dengan polis," tambah beliau lagi. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat pendedahan tersebut semalam selepas partinya menyemak laman sesawang SPR menggunakan kas pengenalan awam Papa Gomo dan kad pengenalan polis yang didakwa milik penulis blog tersebut. Menurut Abdul Aziz, pendaftaran berganda melibatkan polis atau anggota tentera kebiasaannya berlaku apabila selepas seseorang anggota keselamatan itu tamat atau ditamatkan perkhidmatan, perkara ini tidak dibawa kepada SPR menyebabkan data tidak dapat dikemaskini. "Hanya SPR yang boleh bersihkan nama mereka (anggota polis atau tentera) dalam daftar pemilih. Jabatan (polis dan tentera) tidak boleh lakukan perkara ini," menegaskan hanya suruhanjaya tersebut yang boleh melakukan perubahan dalam daftar pemilih. Beliau mengatakan SPR sudah menghentikan penggunaan nombor kad pengenalan polis dan tentera dalam Pilihan Raya 2013, sambil menambah mereka hanya akan menggunakan nombor kad pengenalan awam anggota keselamatan tersebut. "Tetapi sekarang semua anggota tentera dan polis sudah mempunyai nombor kad pengenalan awam. SPR akan menggunakan nombor kad pengenalan awam bagi polis dan tentera bagi tujuan pilihan raya. "Kalaupun penulis blog itu cuba untuk mengundi dengan menggunakan kad pengenalan polis, dia tidak akan dibenarkan mengundi," tambah Abdul Aziz lagi. The Malaysian Insider difahamkan ini adalah pertama kali pasukan keselamatan akan menggunakan nombor kad pengenalan biasa untuk mengundi, oleh kerana pengundian pos sudah digantikan dengan pengundian awal, salah satu langkah SPR untuk memperbaiki proses mengundi. Abdul Aziz juga tidak menolak kemungkinan kes pendaftaran pengundi berganda penulis blog tersebut melibatkan dua orang yang berbeza. "Orang yang ada nama sama ni banyak. Tarikh lahir sama, tempat lahir sama, tetapi kalau terbukti ianya orang yang sama, kita akan keluarkan nama dia dari daftar pemilih polis," katanya. Walaupun SPR telah dikritik oleh parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan dengan tuduhan gagal untuk menjalankan pilihan raya adil, suruhanjaya tersebut telah memperkenalkan beberapa perubahan untuk memperbaiki perjalanan pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal dan undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara untuk Pilihan Raya 2013. Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalami, Rafizi turut mendakwa Papa Gomo yang disaman semalam kerana memfitnah Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah pada masa lalu. "Siasatan menunjukkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah bekas polis trafik yang berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah," kata Rafizi, selepas menunjukkan laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan namanya dalam anggota polis dan kad pengenalan polisnya. Beliau kemudian menunjukkan dua mukasurat dari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan dua tarikh lahir berbeza yang menyebabkan PKR menyiasat alamat yang digunakan oleh Papa Gomo. Rafizi mendakwa dokumen mahkamah dan alamat surat-menyurat rasmi menunjukkan Papa Gomo mempunyai dua alamat rumah, di Ampang dan Wangsa Maju. Apabila ditanya bukti adakah kedua-dua nama yang tertera di pangkalan data SPRM itu adalah Papa Gomo, Rafizi sekali lagi berkata dokumen mahkamah dapat menyamakan kedua-dua nombor kad pengenalan berkenaan, dan berkata beliau mahu respon dari blogger itu sebelum menunjukkan bukti tersebut. Ulasan GB Selalu GB katakan, hukum kebenaran dan keadilan tetap akan mengambil tempatnya. Samada disukai atau pun tidak. Walau bagaimana dipusing dan dispinkan pun untuk membela papagomo, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Segala-galanya akan terbongkar dan terdedah kerana "penipuan dan pemfitnahan" itu tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk melawan kebenaran dan keadilan. Papagomo, Utusan, para blogger pencacai malah UMNO sendiri akan hancur binasa... tunnggu saat dan ketika kerana terbukti mereka itu semua adalah dari kumpulan yang jahat dan Allah akan tetap membinasakan mereka akhirnya. Kejahatan dan kebatilan itu tidak samasekali akan menang melawan kebenaran dan kebaikan. klik untuk baca |
Utusan & Papagomo: Pemfitnah Yang Cuba Membela Pemfitnah Posted: 22 Mar 2013 08:05 PM PDT Kes Papagomo, Utusan Malaysia 'cover' malu!! Utusan Malaysia menyiarkan wajah Papagomo di muka depannya hari ini. Apabila tersiar dan disebarkan pula oleh blogger-blogger PR yang mengatakan Utusan Malaysia mengesahkan wajah Papagomo, Utusan Malaysia serba salah. Ini kerana, hanya Utusan Malaysia yang terliur menyiarkan gambarnya dan mengambarkan seolah-olah dialah 'hero' rakyat. Lihat apa yang ditulis Utusan Malaysia… "Blogger Papagomo tetap pertahankan pendirian dan pendedahannya demi rakyat, agama, bangsa dan negara." Media arus perdana yang lain 'tak lalu' menyiarkannya lebih-lebih di muka hadapan. Apabila dah tersebar wajah Papagomo, Utusan Malaysia 'cover' malu [eh, bila UM tahu rasa malu!!] membuat berita baru petangnya "Pemilik blog Papagomo dipukul samseng?" dan turut sama menyabitkan media arus perdana yang lain menyiarkan gambar Papagomo seperti berita di bawah. Laman-laman sosial telah lama menyiarkan sebelum ini. Jadi eloklah, Utusan Malaysia juga dah mengesahkan pemilik blog tersebut. Itulah hakihatnya, kaki fitnah yang cuba-cuba membela kaki fitnah kesayangannya!! -ekeleh |
[VIDEO & GAMBAR] Warga CIMB Berdemo Kecam Adik Najib, Nazir Razak Posted: 22 Mar 2013 05:04 PM PDT Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad hari ini mengadakan piket membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya. Mereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan. Piket NUBE di CIMB di Petaling Jaya dhari ini bermula kira-kira jam 12 tengahari ini selama satu jam dan disertai kira-kira 300 ahlinya termasuk kira-kira 60 kakitangan CIMB. NUBE mempunyai kira-kira 5,000 ahli yang bekerja di rangkaian CIMB. Penolong setiausaha NUBE, A Karuna berkata aduan berhubung perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bank sejak setahun yang lalu tetapi tiada tindakan. Karuna berkata, piket yang diadakan di hadapan CIMB di Petaling Jaya itu merupakan yang kali ke-30 sejak Disember tahun lalu Sejak Februari lalu, mereka mengadakan piket antaranya di Kangar, Alor Setar, Temerloh dan Pekan. CIMB diterajui Ketua pegawai eksekutif kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak - adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam perkembangan berkaitan, Karuna berkata pihaknya bercadang mengadakan piket besar-besaran di CIMB dan Bank Negara di Kuala Lumpur pada 6 April depan, supaya tuntutan mereka didengari. Beliau mensasarkan 20,000 ahli NUBE termasuk kakitangan CIMB hadir dalam piket tersebut. -kingofgoblok
|
[VIDEO & GAMBAR] Dengan Pelajar Pun Polis Gunakan Kekerasan & Gari! Posted: 22 Mar 2013 08:01 AM PDT Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (gambar atas) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM. Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka. Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya. "Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam. "Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya. 40 berarak dari masjid UM Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta. Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ. Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka. Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri. Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan. Awal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi. Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan. Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM. Sementara itu, Ahmad Syukri memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 ini. Ulasan GB Pelajar-pelajar yang datang tanpa senjata dan datang dengan cara baik dan aman tetapi ditangkap dengan cara yang amat kasar malah digari. Sungguh menghairankan dan menjelekkan. "Syaitan yang dikenali" yang baling batu, baling telur, baling kayu sehingga mencerakan orang awam, tak pun ditangkap. Tunjuk kehebatan tak kena tempatnya! Imej polis cukup tercemar dan benarlah kata Mantan Pengarah Cawangan Khas Polis Sabah, Yousuf Babjee bahawa: Tukar Kerajaan Untuk Pulihkan Wibawa Polis! |
[EDISI MENIPU] Kemiskinan 1.7%? Kenyataan Najib Jelas Tipu & Tidak Berasas Posted: 22 Mar 2013 05:14 AM PDT Kenyataan Perdana Menteri dalam laporan transformasi kerajaan bahawa kadar kemiskinan Malaysia berjaya dikurangkan kepada 1.7 peratus ternyata penipuan yang jelas dan tidak berasas, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai 'luar biasa', Surendran berkata, angka sebenar menunjukkan kadar itu sepatutnya 19 peratus daripada semua isi rumah. Katanya, angka yang diberikan Najib sama sekali bertentangan dengan bukti kemiskinan yang di bandar dan kawasan pedalaman. "Angka yang diperoleh KEADILAN lebih tepat kerana ia berdasarkan tinjauan pendapat isi rumah dan kemudahan asas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Surendran menambah, dengan kenaikan harga barang dan gaji yang tidak meningkat, dakwaan Najib itu tidak mengikut statistik atau logik akal, sebaliknya menentang bukti-bukti yang menunjukkan berleluasanya kemiskinan dalam masyarakat. "Najib mesti bertindak segera dan berkesan untuk mengurangkan kemiskinan, dan hentikan manipulasi statistik," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan