Kelab Greenboc |
- Isu Twit Perkauman: UMNO BN Itu Memang Extreme & Rasis
- Muzium Kosong, Monorel Rosak dan Lapangan Terbang Sunyi Legasi Umno-BN Melaka
- Dedah & Lapor Penyelewengan Tidak Beretika, Rompak Harta Rakyat Itu Beretika!
- Cincin Oh Cincin, Seperti Shahrizat, Kini Rosmah Pula Nak Memperlembukan Rakyat Malaysia
- Agbimuddin Kiram, Ketua Penceroboh Adalah Rakyat Malaysia, Bekas Kakitangan Kerajaan
- Ada "Pasar Malam Bangladesh" Di Melaka
Isu Twit Perkauman: UMNO BN Itu Memang Extreme & Rasis Posted: 21 Mar 2013 12:40 AM PDT Isu Taib: Relawan BN mohon maaf atas twit 'perkauman' Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) memohon maaf atas kenyataan "tidak menyenangkan" berhubung milikan tanah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud melalui Twitter BNYV Sarawak yang dilihat berunsur perkauman. Ia dibuat selepas akaun @BNYV_SWK dalam statusnya menyebut: "Sedar-sedarlah 'orang kita'. Walau Taib banyak tanah di Sarawak tok sekurang-kurangnya baguslah milik bumiputera dari jatuh ke orang ca-ya-nun-alif (Cina)." Kenyataan itu dipercayai merupakan respon kepada video Global Witness yang mendakwa mendedahkan salah guna kuasa keluarga Taib. Akaun Twitter itu menggesa agar "orang-orang kita" sedar walaupun banyak tanah di Sarawak didakwa dimiliki keluarga Taib, keadaan itu lebih baik daripada dimiliki oleh orang-orang Cina. Pengarah BNYV Zaidel Baharuddin (kanan) dalam kenyataan segeranya di laman web berkata, kenyataan itu "tidak menyenangkan dan bercanggah dengan semangat muhibah 1Malaysia yang kini sedang dipupuk oleh perdana menteri kita". Menurutnya, twit itu hanya pandangan peribadi seorang pengendali akaun sahaja dan tidak dikongsi oleh pengendali-pengendali yang lain. "Saya mewakili pergerakan BNYV memohon maaf atas beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun Twitter berkenaan," kata Zaidel lagi. Status tersebut kini dikesan dipadam daripada garis masa akaun Twitter berkenaan, seperti satu lagi mesej di Twitter rasmi BN sebelum itu berhubung pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini. BNYV adalah inisiatif untuk merekrut sukarelawan muda bagi membantu kempen BN yang dilancarkan pada Mei 2012. Antara tugas-tugas utama sukarelawannya adalah dalam bidang pengurusan acara, khidmat nasihat media sosial dan kempen rumah ke rumah sewaktu pilihan raya umum. Ulasan GB Walaupun sudah meminta maaf, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mendedahkan bahawa parti UMNO dan penyokongnya seperti PERKASA, PEKIDA, JATI dll adalah kelompok masyarakat yang extreme dan rasis. Mereka boleh ke tahap berperangai dan berkelakuan samseng disamping menghamburkan caci makian yang bersifat lucah dan mencarut.... melewati batas-batas yang diizinkan agama dan susila bangsa. Perhatikan adegan di bawah ini: |
Muzium Kosong, Monorel Rosak dan Lapangan Terbang Sunyi Legasi Umno-BN Melaka Posted: 20 Mar 2013 11:01 PM PDT Monorel yang kerap kali rosak dan muzium kereta yang hanya ada tiga kereta proton. Itu lah keadaan dua projek pelancongan di Melaka yang diheboh-hebohkan oleh pimpinan Umno-BN negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin. Shamsul Iskandar juga mendakwa Lapangan terbang Antarabangsa Melaka (MIA) hanya digunakan oleh dua kapalterbang. Manakala taman haiwan purba "Jurassic Park" yang akan dibina dengan kos RM 200 juta dikhuatiri juga akan menjadi satu lagi projek gajah putih. "Datuk Seri Ali Rustam nak buat taman haiwan ala Jurassic Park bernilai RM 200 juta. Sekarang hutang ditanggung kira-kira RM 800 juta. "Apa kebaikan dan manfaat yang rakyat akan dapat? Rakyat bukan nak tengok sangat haiwan dinosaur ni," katanya di dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Piatu, Melaka semalam . Beliau menjelaskan PR tidak menolak pembangunan tetapi mahu setiap projek dirancang dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat. Apa dipersoalkan, katanya, segala dijalankan Kerajaan Melaka setakat ini tidak membawa perkembangan positif tetapi lebih memberi kerugian negeri tersebut. "Banyak projek yang mendatangkan kerugian. Projek monorel Ali Rustam kata bagus tetapi 27 kali rosak. Muzium kereta di Air Keroh pula hanya tiga kereta yang ada. Itupun kereta Proton," dakwanya. Pada 25 Februari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembinaan taman "Jurassic Park" sebagai taman tarikan pelancong. Mohd Ali berkata, taman itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik. "Jurassic Park" itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, membabitkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad. -selangorku |
Dedah & Lapor Penyelewengan Tidak Beretika, Rompak Harta Rakyat Itu Beretika! Posted: 20 Mar 2013 08:31 PM PDT Kuching - Tindakan kumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness cuba menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui penghasilan video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' adalah tindakan tidak beretika, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata lebih buruk, tindakan kumpulan berpangkalan di London itu dilihat satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air. "Apa yang mereka lakukan tidak sesuai, satu tipu helah, tidak gentleman, tidak beretika dan tindakan tidak bertamadun... politik sedemikian tidak sepatutnya ada di Sarawak. "Apa yang mereka lakukan juga jelas cubaan campur tangan pihak asing, sedangkan Malaysia tidak pernah campur tangan dalam soal politik mana-mana negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata umum juga sudah mengetahui sejarah Taib dengan keluarga Norlia Abdul Rahman, bahkan kerajaan pernah menarik balik konsesi balak yang diberi kepada Norlia pada tahun 1987 atau 1988. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video perbualan Norlia dan Fatimah Abdul Rahman, kedua-duanya anak perempuan Tun Abdul Rahman Yakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib, dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusniaga tanah. Video yang dirakamkan dengan kamera tersembunyi itu memaparkan seorang lelaki menyamar sebagai 'pelabur asing' yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit. - Bernama Ulasan GB Ini dia pendirian dan mentaliti tipikal kebanyakan pemimpin UMNO BN. Mendedah dan melaporkan salahlaku pemimpin itu perbuatan tidak bertamaddun, tidak beretika tetapi merompak harta rakyat dan kerajaan negeri itu bertamaddun dan beretika. Ia wujud dalam kebanyakan kes salahlaku. Sama seperti kes lembu NFC - mendedahkannya itu dikataka, satu perbuatan menyerang menteri dan keluarga menteri yang terlibat dan tidak beretika, tetapi perbuatan menyalahgunakan wang pinjaman RM250 juta itu beretika. Penyelewengan di dalam pembelian kapal scorpene itu beretika dan bertamadun tetapi mendedahkan dan melaporkan penyelewengan dan salahlaku kementerian tidak beretika. Itulah wajah sebenar UMNO BN, menterbalikkan kebenaran menjadi kebatilan dan kebatilan menjadi kebenaran. |
Cincin Oh Cincin, Seperti Shahrizat, Kini Rosmah Pula Nak Memperlembukan Rakyat Malaysia Posted: 20 Mar 2013 04:29 PM PDT Pengakuan Rosmah berbelit-belit, tapi jelas cincin RM24 juta wujud Penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM24 juta dalam buku biografinya mengesahkan pendedahan KEADILAN mengenai barang kemas mewah itu memang wujud. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, pengakuan isteri Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya, tetapi mengakui ada melihat apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer 'kepada orang yang ada duit. ' Terbaru, dalam terbitan biografi bertajuk 'Rosmah Mansor' yang dilancar semalam, beliau menafikan kewujudan cincin itu dan mendakwa ia hanya fitnah dan khabar angin semata-mata. Rosmah sebaliknya berkata, perhiasan mewah yang dipakainya adalah hadiah dari para tetamunya. "Sekarang jelaslah cincin itu memang wujud dan kenyataan itu sekaligus menunjukkan Rosmah memang seorang yang gemar bermegah-megah dengan perhiasan mewah," kata Fariz ketika dihubungi. Dalam buku tersebut, Rosmah juga menjelaskan, cincin dari New York itu dibawa masuk ke Malaysia pada April 2011 untuk dilihat bakal besannya sebelum dikembalikan kepada syarikat barangan kemas itu pada 13 Mei 2012. Ini sama sekali bertentangan dengan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen pada Oktober 2011. "Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak itu mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. "Setelah beberapa hari (masuk ke Malaysia), cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," kata Nazri Aziz. Mengulas lanjut, Fariz mempertikai status Rosmah yang diberi barangan mewah sedangkan beliau hanyalah isteri Perdana Menteri dan tidak memiliki sebarang kuasa politik. "Apa kelebihan Rosmah sehingga dihadiahkan barangan kemas yang harganya mencecah jutaan ringgit? "Ini satu kemusykilan yang sepatutnya disiasat badan berkuasa seperti SPRM," kata Fariz. Beliau berkata, penerimaan Rosmah ke atas hadiah mewah tersebut boleh dianggap sebagai pemberian rasuah. "Rosmah patut malu menerima hadiah mewah ketika masih ramai rakyat menderita akibat kos sara hidup yang semakin tinggi. "Beliau sepatutnya buktikan keperibadian sebagai isteri pemimpin yang berjiwa rakyat dengan hidup serba sederhana dan bukannya hanya pandai beretorik," kata Fariz. – NS/KD |
Agbimuddin Kiram, Ketua Penceroboh Adalah Rakyat Malaysia, Bekas Kakitangan Kerajaan Posted: 20 Mar 2013 07:00 AM PDT Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610. "Perkara ini membuktikan 'Projek IC' jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," tegas Rafizi. Klik untuk besarkan Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia. Rafizi juga dalam sidang media itu menegaskan berdasarkan pertemuan PKR dengan penduduk tempatan di Lahad Datu, mereka mengenali Agbimuddin. "Ramai orang Kudat kenal dia (Agbimuddin)," kata Rafizi, yang tidak menolak tugas Agbimuddin ketika itu banyak memerlukannya menemui penduduk tempatan. Sehubungan itu, beliau juga turut menuntut Najib untuk mengemukakan dengan jelas jumlah penceroboh tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, dan menerima kad pengenalan biru. "Dengan maklumat ini, Najib tidak lagi boleh bersembunyi di sebalim alasan keselamatan nasional untuk mengelak menjawab soalan yang berlegar di pemikiran rakyat," katanya. Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh militan Sulu yang mendakwa mereka adalah "Tentera Kesultanan Sulu" telah memasuki bulan kedua dan mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, dua anggota tentera dan baki lapan adalah anggota polis. Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 juga akan didakwa di Lahad Datu hari ini. Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat mengesahkan perkara itu pagi tadi. Beliau berkata mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan. Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi tadi. Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar. Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ. Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari. Malah, turut difahamkan, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini. -TMI
|
Ada "Pasar Malam Bangladesh" Di Melaka Posted: 20 Mar 2013 05:31 AM PDT Pasar malam Bangladesh' bakal ulangi pencerobohan Lahad Datu Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah patut dijadikan pengajaran supaya kerajaan tidak sewenang-wenangya memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing. Demikian Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin mengulas isu 'pasar malam Bangladesh' di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang dipenuhi peniaga warga asing tersebut. "Semua ini berlaku kerana kerajaan sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan warga asing. Disebabkan itu mereka berani berbuat apa sahaja. Kita juga tidak menolak kemungkinan mereka turut memiliki IC. "Sepatutnya kerajaan mengambil iktibar apa yang berlaku di Lahad Datu. Tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat Bangladesh pula mendakwa tanah di kawasan itu milik mereka dan berani bertindak sesuka hati," kata Shamsul ketika dihubungi. Pasar malam Bangladesh itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Melaka membuat serbuan ke lokasi itu. Mereka mendapati warga asing terlibat mengadakan aktiviti perniagaan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran. Hasil serbuan itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 19 hingga 42 tahun. Ia melibatkan 17 warga Indonesia, Bangladesh (sembilan), Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Palestin (satu). Justeru, Shamsul menggesa kerajaan tidak terlepas pandang dan bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab memberi IC kepada Pati. "Mereka akan keluar mengundi jika ada IC. Jika kita bertanggungjawab, jangan sesekali benarkan mereka pilih pentadbir negara. "KEADILAN sendiri akan membuat pemantauan untuk melihat sejauhmana warga asing itu menjalankan kehidupan mereka sama ada memiliki IC atau tidak," ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan