Ahad, 10 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


TG Nik Aziz: Kebenaran Akan Terserlah Dengan Sendiri

Posted: 10 Mar 2013 01:05 AM PST


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai 'peliwat' semakin jelas kebenarannya.

Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu kelmarin.

Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini.

Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

Beliau juga turut menolak dan tidak percaya dakwaan yang mengatakan Anwar membayar kepada ayah Shaiful, sesuatu yang tidak mungkin.

"Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,"ujarnya.

Dengan pendedahan itu, katanya diharapkan nama baik Ketua Umum PKR itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini.

"Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,"ujarnya.

Terdahulu beliau beramah mesra dengan 500 orang veteran PAS dalam Parlimen Kota Bharu.

Najib Belum Terima Mandat Sebagai PM, Hanya Menumpang Mandat Pak Lah

Posted: 09 Mar 2013 10:35 PM PST


Ketika artikel ini ditulis, rakyat Malaysia meraikan lima 5 tahun ulang tahun tsunami politik melanda Malaysia.

Parlimen pun masih belum dibubarkan. Rakyat Malaysia semakin resah, malah pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan atau pun pembangkang lebih resah menanti tarikh pembubaran parlimen.

Mengimbau lima tahun lalu ketika tsunami politik 2008 melanda, Malaysia berPerdana Menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah.

Beliau pengganti Dr Mahathir Mohammad yang memegang jawatan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama hampir 30 tahun.

Pak Lah, ketika lantikannya dikenali juga sebagai Mr Nice Guy lantaran perwatakannya yang lemah lembut.

Beliau dipilih oleh Mahathir untuk meraih kembali sokongan rakyat lantaran imej 'diktator' yang lekat pada Mahathir semenjak zaman reformasi 1999 dan ternyata strategi ini membuahkan hasil.

Selain itu, beliau juga sebagai seorang tokoh berlatarbelakang agama yang amat sukar sekali dicari dalam Umno, malah waris kepada tokoh ulama di Pulau Pinang.

Ciri-ciri inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, terpesona dengan perwatakan dan latar belakangnya dan melupakan kejahatan dan kezaliman Mahathir sebelum itu.

Sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Pak Lah tidak perlu mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi mendapat mandat baru dari rakyat.

Beliau hanya mengambil masa lima bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen pada 4 Mac 2004 dan seterusnya mandat baru diperoleh pada 21 Mac 2004.

Mandat yang beliau peroleh bukan calang-calang mandat, malah yang terbaik buat Umno dan Barisan Nasional pasca reformasi 1999 dan dalam sejarah Umno dan BN.

Ternyata strategi Umno/BN untuk mengalihkan beban imej Mahathir sebagai diktator dengan pengganti barunya Abdullah Ahmad Badawi, berhasil cemerlang, gemilang dan terbilang!

Namun, Pak Lah sebenarnya seorang PM yang lemut dan 'lembik" serta lemah dalam pentadbiran negara, sehingga beliau diserang luar dan dalam sebaik sahaja Umno BN gagal meraih 2/3 majoriti parlimen pada 2008.

Gambar-gambar beliau yang 'selalu tidur' menjadi bahan jenaka rakyat yang menjadi satu faktor kegagalan beliau untuk mendapat 2/3 majoriti pada 2008.

Namun di dalam kelembutan dan kelembikanya, Pak Lah dengan macho dan berani membubarkan parlimen dalam masa lima bulan sahaja selepas perlantikannya sebagai PM untuk mendapat mandat baru.

Selepas itu, mandat tersebut digunakan sebaiknya sebelum membubarkan parlimen kira-kira empat tahun selepas itu yang menyaksikan tsunami politik negara pada 2008.

Menumpang mandat Pak Lah

Disebabkan kegagalannya meraih 2/3 majoriti parlimen dalam sejarah Malaysia, beliau diserang luar dan dalam malah oleh mantan PM, Dr Mahathir.

Tidak perlu lama untuk mengakui kelemahan dan kesilapan, beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan menyerahkannya pada 3 April 2009 kepada Najib Tun Razak, PM Malaysia ke-6.

Najib semenjak zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang lantang dan agresif. Ucapan dan pidatonya juga berapi-api, amat jauh sekali dengan Abdullah Badawi.

Dari segi sejarah, Najib pernah menjadi ahli perlimen termuda, timbalan menteri termuda dan menteri besar termuda di Malaysia. Malah beliau antara pemimpin Umno yang mempunyai kepetahan berpidato yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin Umno lain.

Sedar tidak sedar, hari ini sudah hampir empat tahun rakyat Malaysia berPerdana Menterikan Najib Razak. 3 April bulan hadapan genap empat tahun beliau menjadi PM Malaysia ke-6 dan mungkin yang terakhir.

Malah, sedar tidak sedar juga sebenarnya mandat yang diterima oleh Najib hari ini sebenarnya mandat rakyat untuk Pak Lah, bukan untuk Najib.


Ya, beliau harus sedar bahawa mandat yang beliau pegang hari ini adalah mandat yang diperoleh oleh Abdullah Badawi pada 8 Mac 2008 dan beliau hanya menumpang mandat Pak Lah.

Selemah-lemah Pak Lah, beliau dengan beraninya membubarkan parlimen dalam masa setahun selepas menerima mandat PM dari Mahathir.

Namun sehebat-hebat Najib, sudah empat tahun beliau masih menggunakan mandat Pak Lah yang lemah dan masih belum berani membubarkan parlimen.

Syarhan Humaizi Halim adalah Ketua Pemuda PAS Gombak.

Presiden ABIM Gesa Perancang Konspirasi Liwat Saiful Bertaubat

Posted: 09 Mar 2013 07:31 PM PST


Perancang di sebalik fitnah dan konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera taubat, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan.

Beliau merujuk pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim kelmarin yang mengaku kes liwat kedua terhadap Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.

"Saya nasihatkan, sesiapa yang rancang kes ini, kembali ke pangkal jalan, takut-takut lebih banyak lagi perkara yang Allah dedahkan dari jalan yang tak disangka-sangka,"

"Beliau perlu meminta maaf dengan Anwar dan keluarga, dan juga perlu bertaubat kepada Allah kerana hanya Allah yang layak hilangkan gelaran 'fasik' ke atas pembuat dan penyebar fitnah," Katanya.

Amidi berkata, kesalahan melakukan kesaksian palsu merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang disebut jelas dalam Al-Quran.

Beliau menjelaskan ulama seperti Dr.Yusuf Qardawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa kes Liwat II ini termasuk dalam kes qhazaf yang sepatutnya dibicara di mahkamah syariah.

"Kesaksian palsu adalah jenayah yang besar, bukan hanya pembuat kesaksian, pihak yang percaya dan menyebarkan juga tidak layak diterima kesaksian mereka selama-lamanya," kata Amidi

Beliau bagaimanapun memuji keberanian Azlan tampil menyatakan kebenaran walaupun kesalahan itu dilakukan anaknya sendiri.

Amidi dalam pada itu turut meminta majlis Ulama mengeluar dan menyebar panduan kepada masyarakat tentang hukum kesaksian palsu kerana ia termasuk dalam dosa besar.

"Masyarakat perlu diberi panduan jelas tentang beratnya melakukan sumpah dengan nama Allah, memberi kesaksian palsu dengan tujuan kepentingan politik adalah dosa besar," Kata Amidi. – RM/KD

LAPORAN SEBELUM INI

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

"Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh," katanya.




IMBAS KEMBALI

Najib Berdolak Dalik Sebab mengapa Saiful Ke Pejabatnya
Mula-mula kata nak bincang biasiswa, lepas tu kata mengadu diliwat!




Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Bala-bala Yang Menimpa Saiful Selepas Sumpah Laknatnya

Posted: 09 Mar 2013 03:50 PM PST


Masih ingatkah kita tentang sumpah laknat Saiful Bukari?

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,"

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.



Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).


Bagaimana pula nasib pemfitnah terutama Utusan Meloya yang sehingga kini masih terus memfitnah Anwar?



Ada lagi selepas ini. Kita bongkar habis-habisan apa yang menimpa Najib, UMNO BN dan sekalian pemfitnah selepas ini supaya kebenaran dan keadialan itu dapat ditegakkan di negara ini. Allah akan tetap membela bekenaran dan menghapuskan kebatilan!

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Ust Haron Din Turut Ulas Pengakuan Bapa Saiful

Posted: 09 Mar 2013 03:35 AM PST

Haron Din : Insaf Fitnah Anwar, Bapa Saiful Laksana Kewajiban Sebagai Islam

engakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

"Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

"Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan," kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk 'Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?' malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

"Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

"Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah," ujar Dr Haron.

Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya. -selangorku

Tiada ulasan: