Sabtu, 30 Mac 2013

Justice For All

Justice For All


Kit Siang huru-harakan kem Pakatan di Johor,PKR bertegas mahu DUN Johor Jaya.

Posted: 30 Mar 2013 09:32 PM PDT

PKR Johor hari ini mengumumkan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Jaya, Tangkak dan Pangkalan Rinting serta kerusi Parlimen Segamat. Selain itu, mereka juga menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya lima lagi kerusi Dun.

 "...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, Dun Johor Jaya dan Dun Tangkak adalah milik PKR. "Kita juga akan minta lagi lima kerusi Dun sebab Pas bertanding terlalu banyak di Dun iaitu lebih 30 daripada 56 Dun yang mana lebih 50 peratus kerusi Dun yang ada di Johor," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Dr Ahmad Faidhi Saidi pada sidang media, di sini.

 Katanya keputusan untuk bertanding di semua kerusi itu dicapai pada mesyuarat MPN 28 Mac lalu yang dihadiri hampir 90 anggota MPN negeri. Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Johor Hasan Karim berkata MPN tidak akan bertolak ansur berhubung kerusi DunJohor Jaya yang sudah 'dikunci' PKR Johor.

 "Bagi PKR Johor kita bukan tuntut (Johor Jaya) daripada sesiapa, kita hanya mempertahankan dalam semangat pakatan rakyat di mana penasihat DAP diberi laluan di Gelang patah dan sebagai balasannya Parlimen Segamat," katanya.

 Beliau juga mengumumkan Pengarah Biro Guaman PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse sebagai calon PKR di kerusi Dun Johor Jaya. Hasan berkata beliau juga sedia bertanggungjawab atas keputusan itu. Ketua Pembangkang yang juga penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kerusi Parlimen Gelang Patah akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

 Kerusi parlimen itu menjadi rebutan antara Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dan rakan sejawatannya daripada DAP Dr Boo Cheng Hau. Pada masa yang sama kedengaran desas-desus Kit Siang turut 'mengintai' Dun Johor Jaya. Pada pilihan raya umum 2008 kerusi itu ditandingi calon Parti Rakyat Malaysia, namun tewas kepada calon Barisan Nasional.

KANTOI! VIDEO CLIP PEMIMPIN POLITIK PAKAI BIKINI TERSEBAR!!?

Posted: 30 Mar 2013 07:06 PM PDT



PANAS! DITANGKAP KETIKA LEKA BERURUT SAMBIL BOGEL DALAM BULAN RAMADHAN!

Posted: 30 Mar 2013 07:05 PM PDT


JUMAAT lalu, di dalam peti surat rumah penulis terselit risalah mengenai 'isu sebenar krisis air di Selangor' yang diedarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas). Barangkali kawasan perumahan di seluruh Selangor pun dapat risalah yang sama.

Kebetulan pada hari Jumaat itu juga tersebar akhbar percuma Selangor Kini di masjid-masjid mengenai laporan khas 'Kenapa Syabas perlu disaman'. Dengan fakta yang berbeza dari sumber berbeza, rakyat Selangor sudah pasti keliru - fakta siapa yang benar?

Kerajaan pakatan haram Selangor kini berhadapan dengan tindakan saman oleh rakyat negeri itu. Ini berikutan majoriti rakyat Selangor berpendapatan rendah ditipu dan dinafikan hak air percuma kerana alasan menggunakan meter pukal.

Sedangkan mereka yang mendiami rumah-rumah banglo dan teres terus menikmati air percuma. Ini mungkin versi keadilan yang dilaung-laungkan oleh pakatan haram. Yang lemah terus ditindas.

Jadi tindakan saman oleh rakyat adalah sangat wajar bagi memberi kesedaran kepada pemerintah yang berbohong supaya tidak mudah berjanji apatah lagi jika tidak menunaikannya.

Rakyat bukan anjing yang mudah dipergunakan. Rakyat adalah manusia yang bijak dan mampu menilai.

Berbalik kepada krisis air yang melanda negeri Selangor, rakyat sebenarnya sudah muak dengan sikap kerajaan negeri yang terus memberi alasan tanpa sebarang penyelesaian terhadap krisis itu.

Tindakan itu jelas membuktikan ketidakupayaan dan kegagalan pakatan haram mentandbir negeri Selangor. Sebaliknya, kerajaan pusat dilihat lebih serius untuk membantu rakyat.

Disaat pacsa pilihan raya umum ke-13, rakyat Selangor wajib menilai kemampuan pakatan haram mentadbir. Mereka mungkin jaguh di gelanggang ceramah dengan kata-kata yang mempersona.

Hakikatnya, mereka bukan kerajaan yang mampu menjaga kebajikan rakyat. Jadi, buatlah keputusan dengan bijak demi masa depan yang lebih gemilang.

Jadikan tempoh pentadbiran pakatan haram di Selangor sebagai sempadan kisah hitam dan pengajaran kepada kita.

Kerajaan yang baik tidak tunjuk alasan, mereka beri penyelesaian kepada rakyat.


Menggalas Aspirasi Rakyat

Posted: 30 Mar 2013 07:04 PM PDT


ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK ?

Posted: 30 Mar 2013 07:02 PM PDT

BARU SEBENTAR TADI ADMIN TERPANDANG SATU FITNAH LAPOK YG DAH LAMA DI JAWAB AKAN TETAPI MEREKA BERJAYA MENDAPAT JUMLAH LIKE DAN SHARE YG TINGGI WALHAL ISU ITU TERANG2 ADALAH FITNAH MARI KITA SEDARKAN PEMFITNAH TEGAR PAS INI 



Jawapan bagi pertanyaan dari penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang mengenai isu anak Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.

1.Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2.Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

3.Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya "menawan" dan "menyelamatkan" beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

4.Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filiphina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

5.Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp
(,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )

Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.

6.Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina.

Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer)
KEPADA INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan.

(sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

7.Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8."Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?"itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9.Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai "ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK" yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir "Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah"

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, "Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan"

12. Oh, kalau ada kata, orang Islam tak boleh makan dengan duit syarikat arak, semuanya bergantung kepada niat dan bukan kita untuk menghukum manusia yang lain.

Bagaimana dengan nasib pekerja di 7 Eleven, atau di hotel yang sumbernya juga daripada arak?

"Siapa kita untuk menghukum keislaman seseorang?

Wallahualam..
Mungkin ini sahaja yang saya tahu berdasarkan kajian dan pemahaman saya dari kata-kata Tun Dr Mahathir atas pertanyaan yang dinyatakan.ADMIN @PM.

Kesan Yang Ditanggung Ayu Raudhah Akibat "Dibelasah" Zaquan Adha!!!

Posted: 30 Mar 2013 07:01 PM PDT


Adat hidup berumahtangga...



Kandungan Kini Berusia 8 Bulan.

Inilah gambar hamil pertama yang dikongsikan Ayu Raudhah melalui instagram miliknya. Diberitakan usia kandungan Ayu kini mencecah 8 bulan.
Admin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana akan menimang cahaya mata pertama tidak berapa lama lagi.
Ini semua kesan akibat Ayu Raudhah 'dibelasah' dengan penuh kasih sayang dari suami tercinta...

LATHEEFA KOYA STIM TENGOK LELAKI NEGRO ??? Perh...

Posted: 30 Mar 2013 10:09 AM PDT




Ancaman pendatang asing di Malaysia semakin menjadi-jadi. Kebanyakan pendatang asing di Malaysia cukup besar kepala dan berasakan mereka adalah maharaja manakala rakyat tempatan pula perlu sentiasa tunduk dan akur kepada mereka.

Sikap bongkak dan besar diri imigran-imigran yang datang menumpang mencari rezeki di negara ini, dibela dan dibesar-besarkan serta diagung-agungkan pula oleh Pakatan Rakyat. Bahkan Ketua Umum PKR dan konco-konconya telah menjemput dan membayar upah imigran-imigran atau lebih tepat lagi, lanun-lanun Sulu di Sabah untuk mencetuskan peperangan dengan pasukan keselamatan Malaysia bagi membolehkan mereka menang pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Paling menarik ialah apabila Majlis Peguam Malaysia yang merupakan badan yang memayungi peguam-peguam di Malaysia, dengan senang hati ingin menghantar peguam-peguam terbaik mereka untuk membela lanun-lanun Sulu yang ditangkap hidup-hidup dan dibicarakan di mahkamah kerana memerangi negara ini.


Punyalah baik hati memandangkan Majlis Peguam Malaysia sangat cenderung kepada PKR dan DAP.

Rais Yatim Ingat PR Bodoh Macam Pencacai umno...???

Posted: 30 Mar 2013 09:36 AM PDT

Menteri Anak si Yatim menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Sikap angkuh pembangkang itu sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Biasanya apabila orang berbudi kita berbahasa, tetapi bagi pembangkang, mereka berkata kami tidak mahu, kami tolak, alasan-alasan yang diberi tidak cukup," katanya. - selanjutnya Mkini. Kah... kah... kah... menteri kepala otak tepu expired nih... melalut apa nih...!!!! Angkuh kepala bana dia... kalau dah bagi peluang 10 minit tu secara lansung boleh laaaa... dipertimbangkan, ini kononnya bagi peluang 10 minit dah tu pulak dalam bentuk rakaman... apa kejadahnya woooiiii.... Buat pengetahuan menteri bangang nih... Pakatan Rakyat bukannya Angkuh.... tetapi berhati-hati dan bijaksana kerana tak mahu terjerumus dalam perangkap politik kotoq umno laknatullah beb.... woooiiii... Rais Yatim... kalau umpan lu ikan tak makan... jangan laaa... lu cakap ikan tu angkuh... hahahaha... sebaliknya lu yang BODOH....!!!! "Sikap putar belit umno laknatullah (Rais Yatim) itu sudah terdaftar dalam pemikiran Pimpinan Pakatan Rakyat. Biasanya apabila orang berbudi kita berbahasa, tetapi bagi umno laknatullah, selagi boleh bunuh kita bunuh, kita edit secukupnya rakaman menifesto 10 minit jadi 5 minit".... Amacam Rais Yatim... best tak gua terbalikkan ayat penipu luuuu.... hahahahaha.... oopppssss.... sorry beb... gua tak berselera nak tepek muka Rais Yatim kat sini.... harammmmmm.... najis mughalazah belakang pintu.... muakakakakakaaaaa..... lebih baik gua tepek muka Maria Ozawa lagi best... walaupun haram hukumnya.... kah... kah... kah....!!!!!

Fuyoo!!! Anak Artis Bergelar Datuk Posing Tunjuk Pusat Tersebar!

Posted: 30 Mar 2013 07:30 AM PDT



Dah besar panjang rupanya anak pompuan kepada Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid ni kann..


Sekali tengok, memang ada mirip rupa Sheila Majid jugak masa muda-muda dulu.., cantik dan comel...


Wan Nur Khaleda atau nama popularnya Kayda Aziz merupakan anak kepada


Datuk Sheila Majid hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer, Roslan Aziz yang kini berusia 21 tahun..


Yang tak berapa sedapnya.., pakaian anak penyanyi ni agak over sikit laa.. Selamba je dia tayang pangkal paha dan pusat dikhalayak ramai..mpp

10 Gadis Blogger Paling Popular di Benua Asia

Posted: 30 Mar 2013 07:00 AM PDT

Berikut adalah senarai top 10 blogger wanita paling popular di benua Asia:


NO.1 Xin Zhang
 Jumlah carian pada Google: 5,730,000
Hits blog: 25,675,111



NO.2 Shu Yao Yao Guo

 Jumlah carian pada Google: 5,540,000




NO.3 Diao Chan 

Jumlah carian pada Google: 2,710,000
hits blog: 8,697,587




NO.4 Juliet Lin Ke Tong

Jumlah carian pada Google: 889,000
hits blog: 29,661,125




NO.5 Elly Tran

Jumlah carian pada Google: 454,000




NO.6 Liu Yu Qi 

Jumlah carian pada Google: 452,000
Hits Blog: 6,521,818





 NO.7 Ding Beili 

Jumlah carian pada Google: 297,000
Hits blog : 5,295,834


  

NO.8 Sun Ting

Jumlah carian pada Google: 179,000




No.9 Kon Yan Song Sisters

 Jumlah carian pada Google: 171,000
Hits blog: 3,708,220




 NO.10. Deng Fine

 Jumlah carian pada Google: 46,800
Hits Blog: 338,130

<

2 in 1:Edar dadah jual tubuh!!!

Posted: 30 Mar 2013 07:00 AM PDT

WAJAHNYA cengkung. Badannya sangat kurus ditambah rambutnya yang tidak disikat membuatkan dirinya kelihatan tidak terurus. Kadang-kadang mata bulatnya mengerling ke kiri dan ke kanan ketika temu bual dijalankan.

Sesekali Dewi, (bukan nama sebenar), 35, terbatuk-batuk dan kelihatan buih-buih putih terkeluar dari mulutnya, namun cepat-cepat dia menyapu dengan tuala yang terletak di dalam poketnya.

Jelas kelihatan pada perlakuannya itu, kesengsaraan yang amat sangat akibat menahan kesakitan ketika virus HIV semakin kronik 'memakan' dirinya.

Dewi sanggup berkongsi kisah hidupnya dengan penulis walaupun ketika itu kesihatannya semakin merosot.

Akuinya, adakalanya dia menjadi sangat pelupa terutamanya apabila kerap sangat menyuntik dadah ke dalam dirinya.

"Dulu sebelum datang ke Kuala Lumpur, aku tinggal dengan keluarga di Johor. Waktu aku datang ke sini umur baru 13 tahun.

"Aku ambil keputusan untuk lari dari rumah pun sebab aku malu dengan diri aku. Waktu umur sebelas tahun aku dah tahu aku hidap HIV positif.

"Aku dapat HIV bukan sebab ayah seorang penagih, tetapi aku telah berkongsi jarum dengan kawan-kawan yang sama-sama guna dadah. Waktu itu aku sangat gian, aku guna sahaja jarum yang ada darah itu," katanya.

Katanya lagi, setelah tahu dia adalah penghidap HIV, Dewi terasa dirinya begitu hina dan malu untuk berhadapan dengan keluarga. Tambahan ketika itu dia terpaksa menjaga ayahnya yang sedang terlantar sakit akibat kaki patah.

"Ayah aku juga seorang penjual dadah, dia juga adalah bekas banduan dari Pulau Jerjak. Setiap hari aku perlu uruskan ayah dan memasak untuknya. Kadang-kadang timbul perasaan risau jika penyakit yang aku hidap akan berjangkit kepada ahli keluarga lain.

"Akhirnya, kerana semakin tertekan dengan keadaan tersebut dan selalu memikirkan keselamatan mereka, aku telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah," katanya.

Tambahnya, apabila datang ke Kuala Lumpur dia telah berkenalan dengan seorang rakan. Rakan tersebut yang banyak membantunya ketika di dalam kesempitan dan mereka juga sama-sama menghisap dadah.

"Aku ambil dadah jenis heroin. Dalam sehari aku mesti nak 'benda' tu. Kalau tidak ambil memang aku jadi gian. Seluruh badan aku jadi lemah.

"Sampai bila aku nak minta bantuan dari dia (rakan). Nak kerja pun aku tak boleh sebab kelulusan tak ada. Tambahan keadaan penagih seperti aku ni siapa yang nak ambil bekerja dengan mereka," katanya.

Dewi berkata, selain menjadi penagih, dia juga menjadi pengedar kepada penagih-penagih lain di sekitar Kuala Lumpur.

"Dalam pada masa yang sama, aku juga menjadi pengedar kepada penagih-penagih di Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Mereka ni seperti aku juga, apabila dah gian memang kami tak boleh nak kawal diri. Jika dah dapat 'benda' itu barulah rasa lega sedikit.

"Aku juga mengedar dadah di Segambut dan Kepong . Tapi tidak banyak wang aku boleh dapat dari jual dadah sebab kena bahagikan dengan tauke," katanya.

Tambahnya, kerana desakan hidup dan wang tidak mencukupi untuk membeli dadah, dia akhirnya telah terlibat dengan dunia pelacuran.

"Setiap hari aku kena ambil benda tu, tapi duit tak cukup. Jadi aku terpaksa menjual diri untuk mendapatkan wang lebih.

"Dalam kumpulan pelacuran, aku tidak bergerak seorang diri. Kami dijaga oleh bapa ayam. Bapa ayam ini akan mengawal setiap pergerakan kami. Tapi aku percaya dengan tauke aku, sebab apabila berada dalam kelompok ini aku rasa lebih selamat," katanya.

Namun ujarnya, bekerja sebagai pelacur juga tidak menjanjikan pulangan yang lumayan. Jadi, untuk mendapat wang yang lebih, kumpulan ini mengambil kesempatan mencuri wang daripada pelanggan yang sedang dilayan.

"Ketika mekakukannya, kami akan memilih setiap pelanggan yang datang. Ketika salah seorang daripada kami sedang menjalankan kerjanya melayan pelanggan berkenaan yang seorang lagi akan bersembunyi di bawah katil atau di sebalik pintu.

"Setiap kali ketika pelanggan sedang dilayan, seluarnya akan disangkut di dinding. Tanpa disedari pelanggan, kami akan memeriksa secara senyap jumlah wang dalam poket seluar tersebut dan mencurinya," katanya.

Dewi berkata, jumlah wang yang ada dalam seluar tersebut akan menentukan sama ada pelanggan tersebut akan terus dilayan atau terus ditinggalkan.

"Ada perkataan khusus yang digunakan untuk memastikan sama ada pelanggan tersebut memiliki banyak wang atau sebaliknya.

"Perkataan seperti 'Kopi-O', bermaksud pelanggan tersebut tiada wang, 'Operasi' sekiranya wang yang berada di dalam poket lebih kurang RM 5,000 dan 'Ikan besar' paling kami gemari kerana pelanggan ini mempunyai simpanan sebanyak lebih RM10,000 dalam poketnya.

"Tetapi duit yang diperoleh hasil curian itu akhirnya terpaksa dibahagikan kepada empat bahagian termasuk tauke," katanya.

Ujarnya, sepanjang hidup bergelumang dengan najis dadah dan memperdagangkan tubuh, dia telah ditangkap sebanyak 24 kali dan dilepaskan setelah diikat jamin oleh tauke.

"Sekarang saya sudah tidak melacur lagi, namun masih mengambil dadah. Semua aktiviti pelacuran itu telah saya tinggalkan beberapa tahun lepas kerana sudah tidak berdaya memandangkan keadaan yang semakin lemah akibat virus HIV.

"Kalau nak makan dan minum sekarang hanya berharap ihsan orang ramai yang memberikan sumbangan di tepi -tepi jalan," katanya ketika mengakhiri temu bual berkenaan.

Gempar !!! Mangsa Terkini Papa Homo didedahkan..

Posted: 30 Mar 2013 06:01 AM PDT

Nurul Nuha adalah satu nama yang kurang dikenali sebelum ini. Namun namanya kini sebaris dengan kakaknya Nurul Izzah. Beliau adalah 'mangsa' terbaru kerakusan Anwar untuk mengekalkan kroni dalam karier politiknya. Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti. 
Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih?  Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.  Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.   
Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih 'suci', yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.

Malay News

Posted: 30 Mar 2013 03:28 AM PDT

KISAH BENAR LAGI MENYAYAT HATI ~

TAJUK : " PERMINTAAN TERAKHIR ISTERI SOLEHAH "

Menjadi idaman seorang suami apabila memiliki isterinya yang solehah. Begitulah di sebaliknya seorang isteri mengidamkan seorang suami yang solehah.

Terdapat suatu kisah di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata "Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. "

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : "Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami.." Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."


Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."


Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"


Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"


Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."


Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.


Admin - Jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan berasa sebak, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami mahupun isteri. Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu.

Tiada ulasan: