Sabtu, 30 Mac 2013

dollah yankee

dollah yankee


Yang bengang dengan 'Projek IC' akan undi PR

Posted: 30 Mar 2013 06:58 AM PDT


9 dari 10 orang yang layak mengundi yang ditanya olih gurkah-gurkah politik di'port' secara rambang tidak bersetuju dan siap memaki hamun Mahathir dengan tindakan Putrajaya (semasa zaman Mahathir) yang telah memberikan ic biru dan taraf warganegara kepada pendatang-pendatang haram dari Indonesia dan Filipina dan sedikit dari lain-lain negara yang telah membanjiri Sabah sejak 10-15 tahun yang lepas.

Okey lah kalau 'survey' yang dibuat olih gurkah-gurkah di'port' ini tak boleh pakai sebab hanya tanya kepada 10 orang sahaja (mungkin mereka ini penyokong Lim Guan Eng & Anwar), tetapi macam mana pula dengan 1,021 orang 'survey' yang dibuat olih Merdeka Center pada hujung bulan Januari lalu, dimana 86 peratus daripada 1,021 orang yang ditemui mereka juga bengang dengan tindakan masa lalu kerajaan BN/umno yang telah menyebabkan tiba-tiba bilangan warganegara Malaysia rakyat Sabah naik mencanak.

'Survey' dari Merdeka Center itu juga mendapati 60 peratus responden percaya yang 'projek ic' Sabah ini masih lagi berjalan dan pendatang-pendatang ini masih lagi berpeluang untuk mendapat ic biru dan taraf warganegara.

Pada hari ini masyarakat Kadazan Dusun dan Murut jika ditanya tentang perkara ini mereka akan begitu emosi kerana kedaulatan negeri Sabah ini telah di'capati'kan olih BN dengan kebanjiran pendatang-pendatang dari Filipina dan Indonesia yang telah mendapat kad pengenalan.

Rasanya semua orang sudah tahu yang hampir 900,000 dari 3.2 juta penduduk negeri Sabah ini asalnya adalah pendatang-pendatang haram yang sudah bergelar warganegara.

Dan kerana itu juga orang-orang Sabah akan TUKAR !!!

dollah yankee -
Ini kali lah ... kata orang-orang Sabah

Tiada ulasan: