Jumaat, 8 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anwar SAMAN Utusan Malaysia dan TV3 RM100 Juta

Posted: 08 Mar 2013 05:26 AM PST


[Bernama] KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman fitnah menuntut RM100 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), serta tiga defendan lain berhubung berita yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau memfail saman itu melalui pejabat peguam Tetuan Daim & Gammy di kaunter pendaftaran Mahkamah Sivil kira-kira pukul 10.30 pagi.

Anwar, 66, menamakan Utusan dan pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti oleh TV3 dan pengarang urusan kumpulan Datuk Shahruddin Abdul Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.

Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.

Plaintif juga memohon injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah terhadap beliau. 



Berkaitan:







[PANAS Membara] Drama Liwat II: Bapa Saiful Mohon Maaf, Dakwa Anaknya Diperguna untuk Konspirasi Politik

Posted: 07 Mar 2013 10:33 PM PST



[MK] Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

 

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini. "Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya." 


  Laporan KD:





[KD] KUALA LUMPUR 8 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
"Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

"Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh," katanya.

Konspirasi untuk penjarakan Anwar

Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.



Saiful Bukhari (baju biru)

"Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.

"Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini," kata Azlan.

Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

"Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini)," kata Azlan.



Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.

"Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu," katanya.

"Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah," kata Azlan.

Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.

"Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.

"Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan," kata Johari.

Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS









Najib PM SEMENTARA Mulai Hari Ini

Posted: 07 Mar 2013 08:07 PM PST


[HD] KUALA LUMPUR: "Adakah Najib menerima konsep dan kebiasaan sebuah kerajaan sementara untuk pentadbiran harian kerajaan yang telah luput tempoh parlimennya, paling ketara di antara pembubaran parlimen dan pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum?" tanya Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Katanya dalam satu kenyataan semalam, soalan itu amat penting dalam kes Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri tidak diundi paling lama dalam percubaan tanpa mandatnya sendiri daripada pengundi untuk hampir empat tahun penuh.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut bertanya apakah Najib bersedia untuk menghormati dan mematuhi Konvensyen Kerajaan Sementara dan amalan terbaik di negara lain yang mempunyai demokrasi berparlimen yang berfungsi, termasuklah:
  • Tiada keputusan dasar yang utama boleh dibuat oleh Kerajaan Sementara melainkan dalam hal-hal mendesak dan selepas rundingan rasmi dengan Oposisi.
  • Tiada perlantikan signifikan pegawai awam utama, melainkan sebagai pemangku atau tempoh masa pendek.
  • Tiada kontrak atau akujanji sepanjang tempoh menjadi kerajaan sementara. Jika tidak mungkin untuk menangguhkan komitmen sehingga selepas tempoh pentadbiran sementara, untuk tujuan perundangan, komersil dan lain-lain sebab, akan terdapat rundingan dengan Oposisi untuk memastikan bahawa kontrak turut menyediakan fasal bagi menamatkannya jika kerajaan yang baru tidak mahu meneruskan. Syarat yang sama termasuk di dalam memberikan tender.
  • Tiada rundingan dan lawatan antarabangsa.
  • Tiada penglibatan penjawat awam di dalam aktiviti pilihan raya dengan penjawat awam mengambil pendirian neutral sementara terus menasihati Kerajaan.
Menurut Penasihat DAP Kebangsaan itu lagi, melihat kepada dua fakta iaitu Najib sebagai Perdana Menteri tidak diundi paling lama dalam percubaan yang tidak berani mendapatkan mandatnya sendiri dari pengundi dan ulangtahun kelima Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac, 2008, moraliti umum dan politik menuntut Najib supaya menganggap dirinya sebagai Perdana Menteri Sementara dan Kabinetnya sebagai Kabinet Sementara pada hari ini.

Justeru, katanya mereka tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan substantif sama ada berkenaan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau penyalahgunaan perkhidmatan awam, sama ada pegawai, hasil dan dana awam tanpa berunding dengan Oposisi.

"Biar Najib secara terbuka  menyatakan sama ada beliau bersedia untuk menerima konsep dan kebiasaan sebagai Kerajaan Sementara apabila Parlimen ke-12 secara rasminya terbubar; dan tambahan lagi, sama ada beliau bersedia untuk menerima moraliti politik bahawa secara moralnya, beliau hanyalah Perdana Menteri Sementara bermula 8 Mac 2013, ulang tahun terakhir 'tsunami politik 308," ujarnya.

Luah Perasaan Melalui Sebotol Air Mani

Posted: 07 Mar 2013 06:45 PM PST

Sekadar hiasan.
[HM] Beijing: Kerana terlalu minat kepada seorang pelajar perempuan, Gou Wen bertindak meluahkan perasaannya dengan memberi gadis itu sebotol air maninya, mencontohi filem lakonan Cameron Diaz, There's Something About Mary.

Tetapi Gou Wen ditangkap tidak lama selepas itu selepas pelajar perempuan berkenaan, Zeng Lin, 19, yang menyangka hadiah itu pelembap muka, menyapu pada mukanya dan bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.

Menurut laporan, lelaki berusia 22 tahun itu memohon maaf dan diarah membayar ganti rugi RM1,000 kepada mangsa.

Zeng Lin dikatakan sudah menyapu separuh daripada cecair itu pada mukanya sebelum bertanya rakan serumah mengenai bau ganjil 'pelembap' berkenaan.

Gou Wen dari Chongqing berkata: "Saya mencintainya, tetapi dia tidak tahu. Saya juga tidak tahu bagaimana nak meluahkankannya. Saya memberinya air mani itu sebagai cara membuktikan cinta saya," - Agensi

Tiada ulasan: