Jumaat, 8 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


LAWAK PECAH PERUT BE END

Posted: 08 Mar 2013 08:02 AM PST

Konspirasi Fitnah II: Heret Najib, Mahathir ke mahkamah – Surendran

Posted: 08 Mar 2013 06:57 AM PST

(Oleh Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 8 MAC: Pengakuan Azlan Mohd Lazim – anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.

"Beliau juga kena minta maaf kepada Anwar dan rakyat kerana terlibat dalam konspirasi ini," kata Surendran ketika dihubungi.
Dalam sidang media pagi tadi, Azlan mendedahkan semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau dirancang serta diskripkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Annas Jusoh dan peguam Zamri Idrus Khairil.

Beliau juga mengesahkan Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.

Katanya, Fitnah II adalah konspirasi terancang untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
Justeru, Surendran mendesak supaya Najib dan pimpinan Umno termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diheret ke mahkamah kerana terlibat dalam konspirasi tersebut.

"Pengakuan ini membuktikan Fitnah II adalah konspirasi. Penyiasatan menyeluruh perlu bagi membuktikan siapa dalang terlibat. Najib tidak boleh lari dan beliau mesti diheret ke mahkamah," katanya.

Sebelum ini, Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful, bekas pembantunya.
"Siasatan perlu dijalankan berkaitan peranan Umno BN dalam Fitnah I. Pemimpin Umno yang terlibat – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga mesti diheret.

"Penglibatan Gani Patail dalam fitnah ini juga mesti segera disiasat," tegas Surendran.

Anwar ditangkap pada malam 20 September 2008, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Dalam kes Fitnah II, Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memainkan peranan penting memalsukan keterangan terhadap Anwar dalam kes 1998 dan insiden mata lebam.

Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar ketika dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor pada 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful. – NS

KD

PANAS!!! Bapa Saiful Bukhari mengakui kes liwat kedua sebuah konspirasi

Posted: 07 Mar 2013 10:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
"Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua," kata Azlan (gambar).
"Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini," tambah beliau.
Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.
Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.
Themalaysianinsider

Membaca Al-Fatihah Hanya Dalam Hati Ketika Solat

Posted: 07 Mar 2013 08:00 PM PST


Bolehkah kita membaca al-Fatihah di dalam hati ketika solat, iaitu tanpa menggerakkan bibir? 







Jawaban:

Oleh: Ust. Badrul Tamam



Alhamdulillah, segala puji milik Allah dan salawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabatnya.

Salah satu rukun solat adalah membaca surat al-Fatihah. Ia dibaca pada setiap rakaat solat sama ada pada solat fardu atau solat sunat, solat jahar dan solat sirr. Kewajiban ini difardukan kepada imam, makmum, ataupun yang solat sendirian - sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab as-Solah- berbeza dengan pendapat para fuqaha yang terdahulu maupun sekarang yang tidak mewajibkannya atas makmum. Alasan mereka, bahawa bacaan imam adalah bacaan makmum. Dan pendapat yang paling benar –wallahu a'lam- adalah pendapat imam al Syafi'e, Imam al-Bukhari, jama'ah ahli hadis, dan selainnya, iaitu imam dan makmum wajib membaca surat al-Fatihah baik dalam solat jahriyah maupun shalat sirriyah. 


Kesimpulan di atas adalah berdasarkan pada hadis Ubadah bin Shamit, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah)

Juga hadis daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:
 مَنْ صَلَّى صَلَاةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِأُمِّ الْقُرْآنِ فَهِيَ خِدَاجٌ ثَلَاثًا غَيْرُ تَمَامٍ فَقِيلَ لِأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّا نَكُونُ وَرَاءَ الْإِمَامِ فَقَالَ اقْرَأْ بِهَا فِي نَفْسِكَ “Barangsiapa yang mengerjakan solat dan tidak membaca Ummul Qur’an (al-Fatihah) di dalamnya, maka solat mereka terputus – baginda mengucapkannya tiga kali- dan tidak sempurna.

Ubadah bin Shamit r.a. berkata, “Kami solat Subuh di belakang Rasulullah s.a.w. lalu baginda membaca ayat dan kelihatannya beliau mendapat kesulitan dalam membacanya. Setelah selesai beliau bertanya, “barangkali kalian ikut membaca di belakang imam kalian?” Kami menjawab, “benar, dengan suara lembut wahai Rasulullah.” Baginda bersabda:
 لَا تَفْعَلُوا إِلَّا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَإِنَّهُ لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِهَا
Janganlah lakukan, kecuali membaca al-Fatihah, karena tidak sah solat bagi orang yang tidak membacanya.” (HR. Abu Dawud, hadis ini dicantumkan imam al Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: IV/123) dan hadis-hadis lain yang semakna dengannya. Perlu dicatat di sini, sesiapa yang mengambil pendapat ini tidak boleh menyalah-nyalahkan dan mencela orang yang berbeza pendapatnya. Kerana masalah ini adalah majal khilaf. Tidak boleh menjadikan khilaf ulama dalam masalah ini sebagai alat untuk mengobarkan kebencian, perpecahan, dan permusuhan sesama muslim.



Hakikat membaca tidaklah disebut membaca kecuali dengan menggerakkan lisan dan kedua bibir sehingga keluar suara walau hanya terdengar oleh orang yang membaca sahaja. Sedangkan orang yang membaca dalam hatinya, tidak lah disebut qari' (orang yang membaca). [Baca: Membaca Al-Quran Tanpa Gerakkan Lisan, Apa Ditulis Pahala Membaca?]



Jadi, haruslah ada suara yang keluar untuk disebut membaca. Dan itu tidak akan muncul kecuali dengan menggerakkan lisan dan kedua bibir. Kecuali orang bisu. Ia beruzur untuk melakukan itu.Cukup baginya beramal sesuai kemampuannya dan berusaha keras sehingga ia tahu telah sampai pada yang dimaksudnya. Yang diperintahkan dalam solat adalah membaca. Tidaklah disebut membaca kecuali dengan melafazkannya. Ini tidak boleh kecuali dengan menggerakkan lisan dan kedua bibir. Yang diperintahkan dalam solat adalah membaca, “Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah). Tidaklah disebut membaca kecuali dengan melafazkannya. Sehingga tidak boleh seseorang mencukupkan dengan hatinya saat membaca Al-Fatihah dalam solatnya. Bererti ia tidak mengerjakan rukun daripada rukun shalat. Wallahu ta'ala a'lam. [PurWD/voa-islam.com]


Sumber artikel di sini.



mybabah


Tiada ulasan: