DUNIACACAMARBA |
- Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat dalam Bahasa Arab, BERANI???
- [Gambar] Adik "Najib" Baru Dapat IC
- [Video] Zul Nordin Perkasa Mesra UMNO Hina Penganut Hindu
- Bakar Diri Kerana Cinta
- Wan Muhammad Azri Disahkan Pernah Disabit Kesalahan Jenayah dan Dibuang Kerja
- Najib Takut Bubar Parlimen Kerana Tekanan Dalaman Umno?
Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat dalam Bahasa Arab, BERANI??? Posted: 29 Mar 2013 07:30 AM PDT Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP. Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO. Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak. Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini. "Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja. "Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. - DCM/Kredit Omakkau P/s: Ada berani??? | ||
[Gambar] Adik "Najib" Baru Dapat IC Posted: 29 Mar 2013 06:13 AM PDT | ||
[Video] Zul Nordin Perkasa Mesra UMNO Hina Penganut Hindu Posted: 28 Mar 2013 11:36 PM PDT PKR Dakwa Zulkifli Noordin Hina Hindu [MK] PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu. Naib Presiden PKR N Surendran (kanan) berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube. "Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran. Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu bawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni. Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas. P/s: Zul Noordin, kantoi!!! | ||
Posted: 28 Mar 2013 06:42 PM PDT [Kosmo] JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia yang gagal memenangi cinta seorang rakan sekerja wanitanya yang sudah berkahwin telah bertindak membakar dirinya sendiri di pejabat mereka, menurut polis dan media semalam. Ketika kejadian, lelaki tersebut, Mochamad Zikra, 30, cuba menarik rakan sekerja wanita itu mendekati dirinya semasa api menyambar tubuhnya. Jurucakap polis, Rikwanto berkata, Mochamad merupakan seorang pekerja logistik kargo menyimbah dirinya dengan minyak petrol sebelum membakar dirinya pada Rabu lalu. Media tempatan melaporkan bahawa dia cuba menarik anggota badan wanita yang dicintainya itu, Santi Diosaka Gumelar, yang berusia 26 tahun mendekatinya supaya badan mereka disambar api. Bagaimanapun, seorang pekerja wanita lain bertindak cuba menghalang Santi daripada turut terbakar bersama Mochamad. "Kedua-dua wanita itu berjaya melepaskan diri daripada dirangkul Mochamad dan mereka kemudian melarikan diri keluar dari pejabat. Badan kedua-dua wanita tersebut turut melecur," kata Rikwanto. Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala Mochamad kemudian diisytiharkan meninggal dunia. "Kami mengesyaki ia membabitkan masalah percintaan," kata jurucakap polis itu. Seorang ketua detektif polis di Jakarta Timur, Entong memberitahu akhbar The Jakarta Globe, Mochamad telah bercinta dengan Santi selama dua tahun. "Disebabkan telah berkahwin, Santi menolak Mochamad," kata Entong. - AFP Baca lanjut di sini. | ||
Wan Muhammad Azri Disahkan Pernah Disabit Kesalahan Jenayah dan Dibuang Kerja Posted: 28 Mar 2013 05:57 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai penulis blog Papagomo, adalah bekas anggotanya yang pernah disabit kesalahan jenayah. Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata, ekoran keputusan mahkamah itu, Papagomo yang berpangkat konstabel itu telah dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis. "Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuat kuasa 6 September tahun lalu. "Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos," kata Mortadza dalam kenyataan itu. Beliau berkata demikian dipercayai mengulas beberapa pendedahan sebelum yang mendakwa Papagomo mempunyai dua rekod daftar pemilih iaitu sebagai pengundi awam dan satu lagi pengundi pos. Kedua-dua rekod daftar itu diperolehi dari sisterm semakan online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagaimanapun, selepas pendedahan itu dibuat, rekod Wan Muhammad Azri sebagai pengundi pos dilaporkan telah dipadam. Sebelum ini juga, carian dalam rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Wan Muhammad Azri tersenarai sebagai pesalah rasuah. Beliau pernah sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah. Nama Papagomo kembali mendapat tempat dalam pentas politik negara apabila disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan menyebarkan gambar dan kenyataan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu di internet. P/s: Allah bayar cash! Siapalah percaya tulisan kaki fitnah yang pernah disabit kesalahan jenayah ini? | ||
Najib Takut Bubar Parlimen Kerana Tekanan Dalaman Umno? Posted: 28 Mar 2013 05:52 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno. Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN. Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini? Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri. Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu. Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno. Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu. "Kerana menyedari bahawa nyawanya sebagai Presiden Umno bakal terancam jika BN gagal mendapat 2/3 di parlimen, Najib mengambil keputusan menunggu sehingga keadaan mengizinkannya untuk memanggil PRU13 di mana BN boleh menang dengan cemerlang dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden Umno. Tapi tarikh yang dicari tidak dijumpai," kata sumber Umno kepada Harakahdaily. Muhyiddin, katanya, yang menanti di tepi untuk menjadi Perdana Menteri dengan menolak Najib daripada kerusi Presiden Umno jika keputusan PRU13 Najib tidak setanding Pak Lah, kini berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar. "Jika BN tewas, Najib tetap akan ditolak. Tapi apakah Muhyiddin sanggup mengambil kerusi Presiden Umno ketika itu? Kerusi itu bakal membuatkan Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim jika BN tersilap," kata sumber itu lagi. Sumber itu turut berkata jikalau amaran Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan bahawa beliau tidak sabar untuk menjadi PM, Najib sudah lama memanggil PRU13. "Tapi sayang. Mereka menekan Najib. Najib mencari jalan keluar dengan menunggu sehingga beliau boleh menjamin keselamatannya di dalam Umno. Sekarang masa dah suntuk, dan Najib masih tidak berjumpa tarikh. Penungguan Najib bakal menyebabkan BN tertewas dan menghancurkan impian Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri," tambah sumber Umno itu lagi. Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno. "Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini. "Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik," tambahnya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan