Rabu, 27 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelacur "Mati" Hidup Semula

Posted: 27 Mar 2013 12:56 AM PDT



[HM] Bulawayo (Zimbabwe): Seorang pelacur yang mati ketika mengadakan seks bangkit dan menjerit ketika dia hendak dibawa keluar dalam keranda dari sebuah hotel.

Kejadian berlaku di Hotel Manor di Bulawayo apabila wanita berkenaan, MaNadlo yang melacur di hotel itu pengsan dan dikatakan mati ketika mengadakan seks dengan seorang pelanggan.

Bagaimanapun, ketika mayatnya diletakkan di dalam keranda, dia tiba-tiba terjaga dan menjerit: "Kamu hendak membunuh saya?" Orang ramai yang berkerumun untuk melihat mayat wanita itu diusung keluar bertempiaran lari apabila dia bangkit.

"Ia seperti dalam filem. Orang ramai berlari kerana ketakutan. Ia kejadian yang menakutkan kerana kami yakin dia mati memandangkan tubuhnya kaku macam mayat. Sungguh ajaib," kata seorang saksi.

Menurutnya polis berjaya mententeramkan wanita berkenaan. - Agensi
 
 
 
 

Bunyi Pelik dari BIlik Adik Terjawab Apabila...

Posted: 27 Mar 2013 12:21 AM PDT



[HM] Miri: Seorang wanita yang hairan dengan bunyi pelik dari bilik tidur adik lelakinya, terkejut apabila mendapati bunyi itu membongkar rahsia perbuatan terkutuk lelaki itu melakukan hubungan seks dengan seorang gadis dipercayai bawah umur di rumah mereka di Tudan, semalam.

Berang dengan perbuatan adiknya itu, wanita berusia 30-an itu memberitahu beberapa penduduk sebelum mereka mencekup adiknya yang berusia 26 tahun, manakala pasangannya dikatakan baru berumur 15 tahun, dalam keadaan memalukan.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, wanita berkenaan mendengar suara perempuan dan dari bilik adiknya dan ketika kejadian, beberapa ahli keluarganya juga berada di rumah, tetapi tidak menyedari tindakan lelaki itu membawa masuk kekasihnya.

Menurut sumber, wanita itu membuat pemeriksaan dengan mengintai dari celah pintu bilik dan ternampak mereka sedang melakukan hubungan seks.

Katanya, terkejut serta berang dengan perbuatan adiknya, dia mengambil keputusan melaporkan perkara itu kepada imam serta beberapa penduduk kampung.

"Sebaik pintu bilik diketuk, pasangan terbabit enggan memberi kerjasama menyebabkan penduduk kampung memecahkan pintu dan mendapati pasangan itu tidak berpakaian.

"Terkejut pintu bilik ditendang, kedua-dua pasangan itu menutupi badan masing-masing dengan selimut sebelum diarah memakai pakaian," katanya.

Berikutan itu pasangan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap JAIS ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut dan menjelaskan siasatan sedang dijalankan.

Tiada ulasan: