Rabu, 27 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Peruntuk RM100 juta: Najib digesa henti ‘projek segera’ di Kuantan

Posted: 27 Mar 2013 05:09 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menghentikan 'projek segera' di Kuantan dan wajib menyelesaikan masalah dengan lebih komprehensif, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
fuziah
"BN begitu terdesak untuk rampas Kuantan dengan memperuntukkan sebegitu banyak wang. Kerajaan suka buat 'projek segera' untuk membuktikan mereka mampu walaupun ia tidak menyelesaikan masalah dengan berkesan," kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas peruntukan RM50 juta yang diumumkan Najib di Kuantan Sabtu lalu bagi membaik pulih jalan raya dan RM50 juta lagi untuk mengatasi masalah banjir di Parlimen itu.

Fuziah berkata, BN sering menabur wang sebagai kaedah untuk menyelesaikan masalah di Kuantan tanpa mengkaji isu sebenar dan menyalurkan penyelesaian efektif.

"Misalnya kita pernah bangkitkan kenapa jabatan dan urusan pentadbiran negeri ditempatkan di Indera Mahkota. Dengan jarak yang jauh dan masalah pengangkutan, ini menyukarkan penduduk Kuantan untuk ke sana sekiranya ada urusan.

"Apa yang kerajaan buat hanya sediakan bas Rapid yang tak boleh selesaikan isu sebenar. Isu pokoknya penduduk di kawasan pedalaman sukar mendapat akses pengangkutan, tapi Rapid gagal atasi tidak masuk ke kawasan kampung," jelasnya.

Tambah Fuziah, projek perumahan yang dijanjikan kerajaan pada sidang Parlimen juga banyak terbengkalai.

"Bila saya bangkitkan di Parlimen, mereka buat tetapi lepas itu ada berapa banyak projek perumahan yang terbengkalai," katanya.

"Kerajaan dan Najib seharusnya berhenti membangunkan projek yang tidak dapat lagi ditampung. Kaji setiap permasalahan rakyat dengan terperinci dan selesaikan, bukan dengan bina itu ini, janji sana-sini," tegasnya. – NS

Lagi samseng Umno buat kecoh depan pejabat KEADILAN

Posted: 27 Mar 2013 05:02 AM PDT

Oleh Norutul Ilham

PETALING JAYA : Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.

Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.

Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.

demo

Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.

Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.

"Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar).

"Lepas selesai menjerit, terus mereka balik," katanya ketika dihubungi.

Menurut Valu, semasa kejadian, lebih kurang 20 polis hanya mengawal dan memerhati tindakan samseng itu sehingga mereka bersurai.

Terdahulu, pada 11 Mac lalu, kumpulan samseng sama membuat kecoh di hadapan pejabat KEADILAN sehingga menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Mereka bertindak liar dengan membaling telur dan kayu ke arah pejabat dan kakitangan yang terlibat.

Serangan itu menyebabkan logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail patah.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya diperhatikan polis tanpa ada usaha untuk meleraikan kekecohan tersebut.

Lebih teruk lagi, tiada satupun siasatan dan tindakan dikenakan ke atas samseng terlibat. – NS

Mukhriz harap kekal di Jerlun

Posted: 27 Mar 2013 04:57 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
 
LANGKAWI - Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan kawasan yang akan ditandinginya sekalipun beliau berhasrat kekal di kerusi Parlimen Jerlun.
  
"Jika anda tanya saya, saya lebih suka kekal di Jerlun kerana saya telah berada di sana selama lima tahun. Saya selesa dengan masyarakat di sana dan mereka juga selesa dengan saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Mukhriz yang ditemui selepas merasmikan seminar mengenai pelaburan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2013, berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ke-13 ini.
  
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu lagi khabar angin tersebut mungkin disebabkan masyarakat di sini mempunyai perasaan yang kuat terhadap bapanya yang banyak menyumbang kepada pembangunan Langkawi sepanjang menjadi perdana menteri.
  
"Secara peribadi saya rasa kedudukan Langkawi tidak tergugat. Kita mempunyai pemimpin yang bagus di sini dan kemungkinan menang di Langkawi adalah tinggi. Khidmat saya lebih baik dimanfaatkan di tempat lain," katanya.
 
Mengulas isu lain, Mukhriz berkata kerajaan Pulau Pinang  wajar mempelbagaikan sektornya bagi menarik pelabur dan tidak menumpukan kepada industri elektrik dan elektronik (E&E) semata-mata.
  
Kemerosotan nilai pelaburan ke Pulau Pinang mungkin disebabkan faktor luaran kerana sektor E&E di seluruh dunia sedang merosot dan Pulau Pinang terlalu menumpukan kepada sektor itu, katanya.
  
Menurut Mukhriz kerajaan pusat akan terus mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan penting sekalipun negeri itu tidak ditadbir kerajaan Barisan Nasional.
  
Baru-baru ini Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Ong Thean Lye mendedahkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang merudum 73 peratus tahun lepas kepada RM2.47 bilion berbanding RM9.11 bilion pada 2011.  - Bernama

SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut

Posted: 27 Mar 2013 04:55 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.

Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988.

Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.

"Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya.

Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu.

"Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi.

Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Jambatan retak: Pemuda buat laporan SPRM

Posted: 27 Mar 2013 04:31 AM PDT

Harakahdaily,



KOTA BHARU: Mengambil kira kepentingan orang ramai, Pemuda PAS Kelantan hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu jambatan retak.

Laporan itu dibuat Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Zuhairi Ismail di pejabat SPRM negeri di Lundang kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abd Rahman, Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari, anggota jawatankuasanya, peguam Abdul Rashid Yah dan Presiden NGO R, Nazri Deraman.

Zuhairi berkata, laporan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan orang ramai dikhuatiri boleh berlaku sesuatu terhadap pengguna jalan raya sekiranya tiada langkah segera diambil.

"Ini kerana keretakan itu dilaporkan berlaku di bahagian sambungan laluan bertingkat berdekatan KB Mall yang agak mengusarkan orang ramai," katanya di sini.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman mendedahkan jambatan itu berlaku keretakan di bahagian penyambungan.

Katanya, keretakan tersebut dapat dilihat dengan mata kasar iaitu 1.2 milimeter berlaku di penyambungan di kawasan jajaran jambatan baru menghala ke Wakaf Siku.

Menurutnya, keretakan berkenaan boleh melibatkan keselamatan orang awam sekiranya tidak ditangani segera.

Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga mengakui ada keretakan pada sambungan di laluan bertingkat berhampiran KB Mall.

Ketua Penolong Pengarah Teknikal JPP, Ir Mohd Zaki Mohd Zain dilaporkan berkata, kerosakan itu telah dikenal pasti jurutera yang ditugas dalam kumpulan audit.

"Jambatan itu bukan retak tetapi dari segi kejuruteraan dipanggil hair line crash iaitu keretakan halus berpunca kerja-kerja konkrit dilakukan," katanya.

MB N Sembilan perlu dilantik bukan automatik

Posted: 27 Mar 2013 04:29 AM PDT

Harakah,


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terpaksa mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar meskipun mengakui bahawa Dun Negeri Sembilan akan bubar secara automatik pada 28 Mac.

Pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya berkata selepas Dun negeri itu bubar secara automatik Kerajaan Negeri Sembilan perlu dilantik semula oleh Yang Dipertuan Besar sebagai kerajaan sementara.

Jika tidak, hujah Aziz, ia adalah kerajaan haram dan perlantikan formal itu perlu kerana ia telah melebihi tempoh lima tahun.

SYABAS diarah bayar kos RM50,000, pulang semula RM200,000 yang dibayar Tony Pua

Posted: 27 Mar 2013 04:24 AM PDT

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menang dalam rayuannya dan didapati bebas daripada tuduhan memfitnah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd Bhd (SYABAS).

Berikutan keputusan rayuan itu, Mahkamah Rayuan juga mengarahkan SYABAS membayar kos RM50,000 dan memulangkan semula wang saman fitnah RM200,000 yang dibayar sebelum ini oleh Pua.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini sebulat suara membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jun lalu mendapati Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan, bertanggungjawab terhadap satu fitnah dan memerintahnya membayar RM200,000 kepada SYABAS.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Pua, memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan itu dianggotai tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zaharah Ibrahim dan dua lagi hakim iaitu Datuk Ananthan Kasinather dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Gobind dalam hujahnya berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila mendapati Pua gagal menjustifikasikan kenyataan yang dibuat terhadap SYABAS.

Gobind juga berhujah mengatakan bahawa SYABAS, sebagai sebuah entiti yang menyediakan perkhidmatan awam – tidak boleh menyaman sesiapa kerana fitnah. – Roketkini.com

Stadium RM320 juta bakal jadi kenyataan

Posted: 27 Mar 2013 04:21 AM PDT

Aslani M,




KOTA BHARU: Sebelum ini pemimpin Umno menjanjikan sebuah stadium baru dibina di Tunjung sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir Kelantan. Namun sekarang cadangan itu senyap begitu sahaja.

Sebaliknya kerajaan negeri pula memperlihatkan komitmennya membina stadium dan kompleks sukan di tapak Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Tunjong Development Corporation (TDC) yang dilantik kerajaan negeri menerajui projek berkenaan berkerjasama dengan pemaju berpengalaman yang membina Stadium Olimpik Beijing di China.

Pengurus Besar TDC, Nazri Deraman berkata, syarikat terbabit dipilih daripada tender terbuka dan akan menjalankan usahasama dengan pemaju tempatan.

Katanya, pembangunan Bandar Sukan itu merangkumi pembinaan kompleks membeli belah, ruang pejabat, hotel dan sebuah institusi pengajian tinggi.

"Pembinaannya merupakan sebahagian pembangunan di kawasan seluas seluas 272 ekar bagi pembangunan Bandar Sukan. Ia mengandungi Stadium Negeri di kawasan seluas 50 ekar, sebuah stadium tertutup dan pusat akuatik.

"Manakala kompleks sukan pula dibangunkan di kawasan seluas 75 ekar. Stadium Negeri sesuai untuk pelbagai acara sukan yang boleh memuatkan 45,000 penonton merupakan fasa pertama akan dibangunkan," katanya di sini.

Menurutnya stadium itu juga sesuai dijadikan tempat ceramah perdana kerana ia mesra ibadat di mana boleh menampung jemaah solat dalam kapasiti yang ramai.

Bandar Sukan tersebut terletak 33 km dari Bandar Kota Bharu, 20 km dari Bandar Pasir Puteh, 7 km dari Kok Lanas, 7 km dari Selising dan 26 km dari Machang.

Kawasan itu sebelum ini merupakan tanah kerajaan negeri untuk rizab haiwan dan sebahagian daripada rizab Hutan Simpan Cabang Tongkat.

Lokasinya juga berhampiran projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai yang sedangkan dalam pembinaan sekarang.

Nazri berkata, projek tersebut merupakan alternatif kepada Stadium Sultan Mohammad Ke IV bagi menyediakan kemudahan sukan lebih bermutu dan lengkap.

Menurutnya projek mega itu membabitkan kos hampir RM320 juta memberi satu signifikan bagi perkembangan dan pembangunan sosial dan ekonomi rakyat.

"Ia juga berupaya meningkatkan taraf ekonomi rakyat dengan kewujudan pembangunan bercampur di kawasan sekitar projek tersebut termasuk Kok Lanas, Pasir Puteh dan Machang," ujarnya.

Majlis pecah tanah Stadium Negeri akan diadakan pada 30 Mac ini dijangka disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada majlis itu juga kerajaan negeri akan melancarkan projek rumah mampu milik (RMM). Sebanyak 300 unit akan dibina pada fasa I memberi kemudahan kepada rakyat terutamanya golongan muda bagi memiliki rumah.

"Konsep RMM kerajaan negeri di mana rakyat boleh membeli rumah pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa," katanya.

Oleh itu Nazri mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan yang julung-julung kali diadakan di Kelantan.

DAP mahu PM yang “berani lawan, berani hidup!”

Posted: 27 Mar 2013 04:14 AM PDT

Roketkini.com

 

SEREMBANC: DAP membayangkan Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti memandangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti gagal memenuhi aspirasi mereka menjadi kerajaan yang telus dan berwibawa malahan terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan amanah negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penakut sebab itu rakyat Malaysia berhak memiliki seorang Perdana Menteri yang berwibawa, berani mempertahankan demokrasi, kedaulatan rakyat dan negara.

"Adakah ini bermakna Najib adalah seorang yang 'takut kalah dan takut mati'? Kita nak Perdana Menteri yang berani lawan dan berani hidup!"

"Kenapa sampai sekarang Najib tidak bubar Parlimen? Negeri Sembilan sepatutnya menjadi negeri pertama pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi tak bubar lagi," katanya di hadapan ribuan hadirin di Temiang, malam tadi.

Kit Siang anggap Najib penakut kerana mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling lama tidak mendapat mandat rakyat berbanding beberapa Perdana Menteri sebelum ini.

"Najib guna segala helah untuk terus jadi Perdana Menteri, dia gunakan artis, jemput Psy datang ke Pulau Pinang dan Jackie Chan ke Kuantan.

"Kalau di Amerika artis memperkenalkan calon Presiden pilihan mereka tetapi di Malaysia Perdana Menteri memperkenalkan artis. Ini sangat memalukan," katanya.

Kit Siang juga mengulangi azam PR untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, telus dan adil sesuai dengan semangat dan prinsip berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"PR bukan sahaja mahu menang majoriti dan membentuk kerajaan di Negeri Sembilan tetapi juga membentuk kerajaan di Putrajaya. Jika kita mahu lihat tsunami politik sampai ke tahap tertinggi, ia perlu bermula dari Johor dan merebak ke utara, Sabah dan Sarawak.

"Perubahan yang kita mahu lakukan ini bukan untuk kita semata-mata. Kita ubah demi masa depan anak kita, masa depan anak kepada anak kita," katanya.-Roketkini.com

“BN takut”: DAP desak bubar segera Parlimen dan DUN

Posted: 27 Mar 2013 04:06 AM PDT

Roketkini.com



SEREMBAN: "Barisan Nasional (BN) takut kalah!" itu adalah kesimpulan paling sesuai yang dibuat  Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez berikutan kegagalan kerajaan BN membubarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat ini.

"Esok (hari ini) DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri. Setakat hari ini sudah lima tahun 18 hari. Dalam Artikel 55 Perlembagaan Persekutuan, satu penggal ialah lima tahun. Tapi Perdana Menteri, Najib Razak tidak berani bubar Dewan Rakyat, kenapa?" soal beliau dalam ceramahnya di DUN Temiang, malam tadi.

Menurutnya, disebabkan BN 'takut kalah', maka tidak hairanlah jika BN melambakkan segala macam bantuan tunai dan insentif kepada rakyat untuk memenangi hati rakyat agar dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang.

Fernandez pada masa yang sama melontarkan persoalan adakah lambakan bantuan itu sesuatu yang wajar dan jujur walhal rakyat sudah lama bersusah-payah membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan.

"Sebelum 2008 adakah BN bagi bantuan sebegini? Selama 56 tahun orang Melayu, orang India dan orang Cina negara ini bayar cukai kepada kerajaan. Bayangkan, beli kereta sahaja cukai eksais mencecah 60 peratus," katanya.

Justeru bagi memperbetulkan pelbagai ketempangan, penyelewengan dan urus tadbir yang dilakukan BN selama memerintah 56 tahun ini, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Negeri Sembilan menyokong agenda perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia yang baru.




"Inilah saat paling berharga buat rakyat Malaysia," ujar beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai pula berkata, kemenangan PR di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada negeri yang ditadbirnya tetapi seluruh negara.

"Banyak masalah dapat diselesaikan di negeri PR. Ini memberi tekanan kepada BN," katanya.

Katanya, tidak hairanlah jika BN turut meniru dasar kebajikan yang dilaksanakan di negeri PR cuma bezanya bantuan di negeri PR diberi setiap tahun, bukannya lima tahun sekali seperti yang dilakukan BN sekarang ini.

"Jika PR berjaya menafikan majoriti BN di Negeri Sembilan dan membentuk kerajaan, kita akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan isu lama yang masih belum selesai seperti isu hak milik tanah, masalah banjir dan banyak lagi," katanya.-Roketkini.com

Mandat: Umpama 'rampasan kuasa tanpa senjata'

Posted: 27 Mar 2013 04:00 AM PDT

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: PAS beranggapan kerajaan hari ini sebagai satu 'rampasan kuasa tanpa senjata' apabila menafikan hak rakyat untuk memberikan mandat baru selepas lima tahun.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata rampasan kuasa tanpa senjata itu berlaku apabila rakyat sebagai pemilih kerajaan telah dinafikan hak mereka untuk memilih pemimpin dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata, mandat yang diperolehi kerajaan Barisan Nasional hanya berusia lima tahun, sebelum ia terbubar sendiri pada 28 April ini, selaras dengan tarikh sidang pertama parlimen.

"Hari ini sudah genap lima tahun 19 hari sejak mandat diberikan rakyat.  Walaupun dari sudut undang-undang ia akan terbubar 28 April ini, bagi saya mandat yang diberikan hanya lima tahun, bukan lima tahun 19 hari," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, sepatutnya tempoh lima tahun yang diberikan kepada rakyat sejak 2008 lalu telah dikembalikan kepada rakyat untuk memberi mandat baru.

Dalam pada itu, Mahfuz melahirkan kebimbangan sekiranya kerajaan banyak membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan dalam suasana mandat rakyat sudah berakhir.

"Saya menuntut kerajaan untuk memaklumkn apa-apa projek, pembinaan yang telah diluluskan selepas 8 Mac lalu, termasuk di Lima, Langkawi.

"Bagi saya, tidak wajar perkara seperti ini (projek selepas 8 Mac lalu). Kerajaan 'caketaker' pun tidak boleh meluluskan sebarang projek, sebaliknya sekadar menjalankan apa yang sudah ada sebelum ini," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Negeri Sembilan memandangkan Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya esok.

Makna di sebalik kata-kata “hutang mestilah dibayar”

Posted: 27 Mar 2013 03:58 AM PDT

Oleh Steven Sim



BARU -BARU  ini saya membaca sebuah buku oleh David Graeber bertajuk Debt (Hutang). Pada awal buku ini, penulis merakamkan kembali perbualan beliau dengan seorang kenalan. Katanya, dia memperjuangkan penghapusan hutang Dunia Ketiga. Kenalannya itu menjawab, "Tetapi .. mereka yang meminjam wang! Kalau berhutang mestilah dibayar".

Di negara kita Malaysia, kita pun membincangkan perkara yang sama apabila bercakap soal PTPTN; "hutang mestilah dibayar". Sebelum saya menjawab persoalan ini, izinkan saya mencabar andaian di sebalik hujah "hutang mestilah dibayar".

Soal "hutang mestilah dibayar" berkait soal tanggungjawab dan hak. Asasnya, satu pihak memiliki beban tanggungjawab atas pihak lain atas sesuatu kelebihan atau kenikmatan yang diterima. Kelihatannya seakan adil, tapi adakah betul demikian?
Masalah dengan andaian di atas adalah; ia mengandaikan kedua-dua pihak adalah setara. Tetapi realitinya bukan begitu. Pihak yang memiliki modal dan sumber yang lebih besar atau teknologi yang lebih baik pasti memiliki daya tawaran yang lebih.

Bagaimana pula dengan kewajiban pemiutang?

Beban tanggungjawab sering diletakkan kepada pihak yang lebih lemah daya tawarannya. Gambaran yang paling jelas adalah hubungan antara pemiutang dengan penghutang seperti di atas – selalunya perbincangan adalah berkenaan kewajiban moral penghutang. Tapi bagaimana pula dengan kewajiban moral pemiutang?

Daripada perspektif lain, hubungan ini meletakkan pihak yang lebih berkuasa sebagai penentu permainan; sama ada kamu setuju dengan syarat kami, atau kamu tak perlu berurusan dengan kami. Mereka yang lebih kaya, akan berada di atas dan menentukan peraturan yang wajib dipatuhi. Situasi ini telah diterima sebagai satu "realiti" yang tidak boleh disanggah. Malah, jika berlaku sesuatu yang tidak menepati "realiti" ini, kita disuruh ubah diri kita, bukannya mengubah "realiti" tersebut
Izinkan saya memberikan senario lain. Berapa kerap kita mendengar ayat, 'kalau tak mampu, tak usah beli'. Ayat begini sering diberikan kepada orang ramai dan pengguna. Kita diberitahu bahawa tanggungjawabnya adalah di atas kita untuk menentukan sama mahu membeli atau pun tidak, bukan kepada penjual untuk menurunkan harga.

Bagi hujah begini, jika produk yang dimaksudkan adalah beg tangan Birkin, tak apa lah. Munasabah juga. Tapi bagaimana jika produk tersebut adalah perkhidmatan kesihatan? Atau ubat yang kritikal? Adakah pembeli ada pilihan untuk 'tidak membeli kalau tak mampu'?

Baru-baru ini, organisasi tempat kerja saya diminta untuk menyokong pungutan suara menentang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Perjanjian perdagangan bebas multi-nasional ini antara lainnya bertujuan mengukuhkan perlindungan terhadap harta intelek dalam kalangan negara ahli. Ini memberi kesan kepada capaian kepada ubatan mampu milik, khasnya yang kritikal. Saya nyatakan sebahagian isi perjanjian sebagaimana di bawah;

"Treatment of non-communicable diseases and communicable diseases alike require affordable generic medicines and affordable technology, and we categorically oppose US demands for longer and stronger patents on medicines and medical technologies that are essential to save Malaysian lives…"

Ubatan yang telah dipatenkan sangat mahal berbanding ubat generik:

- Glivec, sejenis ubat barah gastrointestinal berharga RM10,000 sebulan untuk seorang pesakit;
- Sorafenib Tosylate, ubat untuk barah hati dan buah pinggang berharga RM9,865 setiap bulan untuk seorang pesakit, manakala versi generik ubat tersebut hanya kira-kira RM370 – RM501 (US$116 – US$157) setiap bulan"

Dalam kes ini, apakah wajar untuk kita mengatakan, 'tak usah beli jika tidak mampu' kepada pesakit yang menderita dan nazak? Bagaimana pula dengan tanggungjawab syarikat pengeluar ubatan ini? Apakah ubatan ini untuk pesakit atau untuk wang?

Ubah! atau ubah gaya hidup?

Kita akhirnya terbiasa dengan budaya tidak mempersoalkan sistem, tetapi mengubah cara kita menanggapi sesuatu. Tetapi persoalannya; mengapa kita harus menerima kenyataan bahawa masyarakat tiada harapan kerana mereka tidak mempunyai kuasa ekonomi untuk menghasilkan sesuatu atau untuk menjalinkan hubungan dengan pihak pemerintah bagi mengekalkan realiti yang jelas tidak adil itu. Kita tidak dibenarkan untuk mempersoalkan struktur yang ada, malah kita pula diminta mengubah gaya hidup!

Mungkin satu lagi contoh yang baik mengenai persamaan sosial yang berat sebelah adalah antara rakyat dan kerajaan. Realiti yang diterima seolah-olah memerlukan rakyat taat kepada kerajaan, untuk setia kepada pemimpin, dan dalam kes Malaysia, kita juga diminta untuk bersyukur. Dalam kata lain, rakyat memiliki bebanan kepatuhan moral, tanggungjawab terhadap kerajaan.

Malah kita sering diingatkan dengan kewajiban ini, hinggakan hubungan antara sayangkan negara dengan sayangkan kerajaan menjadi kabur. Kita diingatkan bahawa mempertahankan parti pemerintah bererti mempertahankan negara.

Tapi bagaimana pula dengan tangungjawab moral kerajaan?

Apakah kerajaan sememangnya bertangungjawab untuk membina hospital dan jalan raya? Bagaimana pula dengan urus tadbir baik dan anti-rasuah? Bagaimana dengan keadilan dan kesaksamaan. Bagaimana dengan hak asasi manusia dan kebajikan?

Haruskah kita bersyukur adanya balai polis dengan tidak menuntut profesionalisme dalam pasukan polis? Haruskah kita bersyukur dengan adanya blok-blok hospital dengan tidak menuntut perkhidmatan perubatan yang berkualiti? Haruskah kita bersyukur kerana kerajaan membina jalan raya dengan tidak menuntut supaya kerajaan juga perlu telus dalam penganugerahan kontrak awam?

Dalam realiti kini, di mana kerajaan merupakan pihak yang memiliki daya tawar yang besar, apabila timbul masalah, rakyat yang harus dipersalahkan dan diminta untuk mengubah cara hidup mereka (dan bukannya mengubah kerajaan?)

Pilihan sebagai ilusi

Mari kita kembali semula kepada buku Graeber; cara beliau membalas soalan kenalannya bagi mengingatkan bahawa pemiutang juga memiliki kewajiban untuk dipatuhi sangat menarik. Bagi berlaku adil dengan kenyataannya, berikut saya lampirkan petikan langsung dari buku beliau;

"Where to start? I could have begun by explaining how these loans had originally been taken out by unelected dictators who placed most of it directly in their Swiss bank accounts… Or to think about how many of these poor countries had actually already paid back what they'd borrowed three or four times now, but that through the miracle of compound interest, it still hadn't made a significant dent in the principal.

"…Actually, the remarkable thing about the statement "one has to pay one's debts" is that even according to standard economic theory, it isn't true. A lender is supposed to accept a certain degree of risk. If all loans, no matter how idiotic, were still retrievable – if there were no bankruptcy laws for instance – the results would be disastrous…Say I were to walk into the nearest branch of the Royal Bank of Scotland and say "You know, I just got a really great tip on the horses. Think you could lend me a couple million quid?" Obviously they'd just laugh at me. But that's just because they know if my horse didn't come in, there'd be no way for them to get the money back. But imagine there was some law that said they were guaranteed to get their money back no matter what happens, even if that meant, I don't know, selling my daughter into slavery, or harvesting my organs or something. Well, in that case, why not?"

Ya, PTPTN mungkin berbeza dengan pinjaman kepada diktator dunia ketiga. Tapi cuba fikirkan; adakah mahasiswa punya pilihan sedari awal untuk tidak membuat pinjaman? Kita diberitahu bahawa mereka di bawah 21 tahun tidak boleh mengundi, dan mahasiswa terlalu muda untuk menyertai politik, tetapi mereka cukup layak untuk berhutang sehingga RM30,000.00 hanya kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyara pengajian anak mereka di universiti, meskipun di universiti awam.

Apabila keperluan seperti pendidikan dan perubatan menjadi barang dagangan seperti beg tangan Birkin, sebagaimana pesakit tiada pilihan kecuali membeli ubatan yang mahal, mahasiswa tiada pilihan kecuali berhutang dengan PTPTN atau mana-mana pinjaman pengajian; tiada sesiapa mampu memilih kerana pilihan yang ditawarkan hanya ilusi.

Ubah: ulang fikir

Mengapa saya menulis artikel ini? Kerana semua daripada kita sedar bahawa kita kini diambang pilihan raya paling bersejarah di negara kita. Ramai yang mengharapkan suatu perubahan yang hakiki. Tetapi apakah perubahan itu hanya perubahan kepimpinan?

Masalah paling mendasar bukanlah pada parti politik, tetapi lebih rumit dan sistemik daripada itu; yang melibatkan nilai yang melatari hubungan kita dalam masyarakat. Nilai dan perspektif yang menjurus kepada pemikiran "hutang mestilah dibayar" yang meletakkan beban kewajiban hanya ke atas pihak yang lemah. Maka, perubahan sebenar adalah dengan menyusun semula hubungan sosial.

Ya, kita mampu berubah dan kita perlu berubah kerana kerajaan sedia ada tidak mampu untuk mengubah aturan sedia ada – mereka telah terjebak terlalu jauh dalam sistem ini, malah menyuburkannya.

Oleh yang demikian, saya melihat manifesto Pakatan Rakyat sebagai pengubah aturan lama ini. Janji Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan tinggi percuma bukan bertujuan memberi muka kepada peminjam yang culas. Sebaliknya, ia merupakan skema yang lebih luas, ia sepatutnya dilihat sebagai usaha untuk mempersoalkan status quo yang tidak lagi berdaya untuk berdepan dengan cabaran terkini hidup bermasyarakat.

Manifesto Pakatan Rakyat berhasrat memeriksa semula dan menyusun semula aturan ini. Melakukan perkara yang sama tidak lagi mencukupi – kita perlu mengulang fikir keseluruhan sistem, lantas mengimbangkan semula kewajiban sosial yang kini tidak saksama.

Menarik apabila Pakatan Rakyat menggunakan model Seratus Hari Pertama sebagai kempen pilihan raya mereka. Ini merupakan ide yang diperkenalkan oleh Franklin Delano Roosevelt, lebih dikenali sebagai FDR, Presiden USA ketika Great Depression dan Perang Dunia Kedua. Dalam Seratus Hari Pertama beliau, FDR melancarkan beberapa siri program untuk mengeluarkan negaranya daripada malapetaka sosial dan ekonomi terburuk dalam sejarah Amerika.

Program beliau yang disebut 'New Deal' bertujuan mengubah aturan sosial bagi membantu 'mereka di tingkat paling bawah piramid ekonomi'. Dr. Raymond Moley, penasihat utama FDR mengingatkan beliau bahawa kempennya harus dilihat sebagai alternatif yang jelas, 'bukan sekadar pilihan antara dua nama yang memiliki doktrin reaksionari yang sama'. Lawannya, Presiden Herbert Hoover sendiri mengakui ketika kempen pilihan raya presiden tahun 1932, di mana FDR menang, 'ini bukan perlawanan antara dua orang individu tetapi persaingan antara dua falsafah pentadbiran'.

Tahun 1932 untuk USA adalah tahun 2013 untuk Malaysia. – Roketkini.com

Penulis adalah  Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Pengarah Pendidikan Politik DAPSY

Negeri Sembilan catat sejarah, DAP-PR siap sedia terima mandat rakyat

Posted: 27 Mar 2013 03:53 AM PDT

Roketkini.com



SEREMBAN, : Negeri Sembilan mencatat sejarah buat kali pertama sepanjang 56 tahun kemerdekaan negara kerana Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan biarpun mandat lima tahun memerintah sudah tamat tempoh.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini merupakan manifestasi ketakutan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadapi kebangkitan rakyat.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah Perdana Menteri tidak berani bubarkan Parlimen.

"Apapun, kita dapat lihat betapa terdesaknya Najib sehingga sanggup merendahkan martabatnya sebagai Perdana Menteri dengan berlakon sebagai pemain gendang dalam iklan Tahun Baru Cina," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 6,000 hadirin.

Sehubungan itu, Loke menyifatkan ketakutan BN ini berikutan komitmen rakyat untuk berubah dan berani menyuarakan rasa tidak puas hati mereka sejak himpunan aman Bersih sehingga pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112), 12 Januari lalu.

"Sebelum 2008 kita tidak pernah lihat keadaan di mana rakyat bangkit secara terang dan berani. Kini tiap-tiap malam, ceramah Pakatan Rakyat (PR) mendapat sambutan hangat.

"Sekarang Parlimen belum bubar, kita sudah dapat lihat suhu pilihan raya semakin meningkat. Bila bubar nanti, kita akan lihat bagaimana rakyat Negeri Sembilan akan menterjemahnya kepada undi," kata Loke.

Beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan turut menempelak Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa hanya 'orang Cina' mahu berubah.

"Ini kenyataan yang tidak benar. Jika anda ke HKL112, kita dapat lihat begitu ramai orang Melayu khususnya orang  muda bersama menyertai perhimpunan itu. Ia termasuk sokongan ramai kalangan anak muda India," ujarnya.

Mengulas mengenai suasana politik negeri di selatan Semenanjung Malaysia, Loke menaruh keyakinan gelombang tsunami politik kedua akan berlaku berdasarkan sambutan hangat rakyat pada setiap aktiviti dan program anjuran DAP mahu pun PR.



"Sebelum 2008 tidak pernah ada keadaan begini," katanya.

Beliau juga berpendapat keputusan berisiko Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah bukan hanya untuk menambah kerusi di Parlimen tetapi mempunyai sasaran yang jauh lebih besar.

"Menang atau kalah perkara lain. Yang penting kita nak cetuskan tsunami bermula dari Johor; Gelang Patah, Batu Pahat, Kluang dan bila tsunami ini sampai ke Negeri Sembilan,  tibalah masanya kita ambil obor perjuangan ini dan tumbangkan BN di Putrajaya!" ujarnya.

Negeri Sembilan sebelum ini pernah dilanda isu kontroversi membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan apabila dikaitkan dengan skandal penerokaan hutan simpan kekal seluas 487.3 hektar.-Roketkini.com

Rafizi: Tidak logik setiap pemimpin PKR 'kaki seks'

Posted: 27 Mar 2013 01:10 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Parti komponen Pakatan Rakyat, PKR yang pimpinannya sering diserang dengan fitnah lucah akan memastikan dalang di sebalik agenda politik kebencian menerusi penyebaran gambar dan video seks yang menyerupai pimpinannya, menerima hukuman setimpal.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, sudah tiba masanya pemblog-pemblog yang menyebar fitnah  terutamanya Papa Gomo, diperangi habis-habisan supaya budaya politik kotor ini dapat dihentikan.

"Apabila Papa Gomo disaman dan kita berjaya kaitkan Papa Gomo dengan video-video sebenar ini, saya yakin pemblog-pemblog lain akan berfikir dua kali," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Rafizi, pihaknya difahamkan terdapat satu gerakan terancang bagi menjayakan fitnah lucah ini dan Papa Gomo adalah individu yang berperanan menyebarkan bahan-bahan ini kepada blogger-blogger lain.

"Papa Gomo ini adalah orang terakhir yang menyebarkan tetapi ada kumpulan tersusun yang merancang dan menghasilkan video-video ini.

"Apa yang kita tahu, apabila video ini sudah siap, ia akan diberi kepada Papa Gomo, Papa Gomo ini tukang canang," kata Rafizi yang mengulas pendedahan dibuat oleh Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail semalam.

Papa Gomo kini berhadapan saman RM100 juta ekoran penerbitan gambar dan video lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki 'beraksi mesra'.

Menurut Rafizi, pihaknya percaya serangan terbaru membabitkan video lucah ini termasuk yang melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada dasar ekonomi lebih baik yang dibawakan oleh parti itu.

"Kalau dengan cara tiap-tiap dua bulan keluar satu video dan semua pimpinan PKR ini ada video, tak logiklah pimpinan PKR ini kaki seks semua.

"Strategi mereka ini hanya untuk mengalih perhatian rakyat yang tidak semestinya pengundi atas pagar pun tetapi target mereka ialah pengundi-pengundi Melayu supaya rakyat tidak peduli mesej-mesej ekonomi dan dasar yang kita bawa," tegas beliau.

Wartawan veteran Zainon Ahmad meninggal dunia

Posted: 27 Mar 2013 01:09 AM PDT

SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Editor perunding akhbar The Sun, Zainon Ahmad, 70, meninggal dunia hari ini akibat kanser hati.

Menurut anak ketiganya, Zuhailawati, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.25 petang ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Beliau berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sakit dada ketika berada di rumahnya di Jalan Bayam di sini, pada pukul 1 pagi semalam.

Pengarah HRPZII Datuk Dr Mohd Ghazali Hasni Mat Hassan mengesahkan Zainon meninggal dunia di Wad Rawatan Rapi Temenggung pada pukul 2.25 petang ini.

Berada di sisi Allahyarham ialah isterinya Hasnah Abdullah, 65, dan tiga anaknya.
  
Menurut Zuhailawati, jenazah bapanya akan dibawa ke rumah mereka di Jalan Bayam di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol, Kota Baharu, esok.

Zuhailawati berkata, bapanya sudah lama menghidap kanser hati dan penyakit berkenaan mula serius sejak Oktober lepas.

Beliau berkata, sebelum ini bapanya menerima rawatan di sebuah pusat rawatan swasta di Subang Jaya, Selangor.

Zainon yang pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan 35 tahun dulu merupakan Penolong Editor Kumpulan akhbar The New Straits Times. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pengarang akhbar The Sun pada 2002.

Beliau yang sering diundang untuk berucap mengenai peranan media dalam persidangan tempatan dan antarabangsa turut aktif dalam pelbagai program latihan untuk wartawan muda di dalam dan luar negara.

Beliau pernah memenangi Media Personality Award pada 2010. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.

Beliau pernah belajar mengenai pengurusan akhbar di Thomson Foundation, London dan menjadi felo di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tuft University, Boston, Amerika Syarikat. - Bernama

Bubar: MB S'gor dah umum, Najib bila lagi?

Posted: 27 Mar 2013 01:06 AM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor telah mengotakan janjinya untuk mengumumkan awal tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu, sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih berteka-teki dengan tarikh pembubaran parlimen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai bijak dan berani, dan Najib sewajarnya malu kepada pemimpin negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Menurut Ketua Penerangan DPPM Riduan Mohd Nor, Najib lebih suka membiarkan rakyat berada dalam keadaan teka-teki sehingga menyusahkan mereka merancang urusan kerana risau bertembung dengan pilihan raya.

"Tindakan politik MB Selangor mengumumkan tarikh pembubaran DUN adalah suatu tindakan licik, bijak serta suatu sindiran tajam kepada PM.

Jika MB sebuah negeri dalam persekutuan mampu mengumumkan tarikh pembubaran DUN, amat malang sekali seorang PM yang mempunyai kerajaan persekutuan takut dan enggan mengumumkan tarikh pembubaran parlimen.

"Lebih baik MB Selangor menjadi PM kerana beliau berani berterus terang dan berhadapan dengan rakyat, berbanding PM yang penakut untuk menghadapi kebenaran," katanya.

Semalam Abdul Khalid mengumumkan Dun Selangor akan dibubar pada 22 April ini sekiranya parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu.

Namun jika parlimen telah dibubarkan sebelum itu, ia akan automatik terbubar dan akan menjalani pilihan raya umum ke 13 mengikut kerajaan persekutuan.

Tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh DUN Selangor dibubarkan secara automatik setelah cukup tempohnya 5 tahun.

"Meskipun lewat dari tarikh jangkaan banyak pihak, setidak-tidaknya MB Selangor berani meletakkan tarikh dan mengumumkan kepada media.

"Beliau tidak merahsiakan tarikh pembubaran Dun supaya setiap rakyat membuat persediaan secukupnya," kata Riduan.

Khir Toyo: Adakah Najib takut bubar Parlimen?

Posted: 27 Mar 2013 01:05 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo

Khir Toyo

HARI ini merupakan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sembilan berfungsi. Mungkin pada hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan akan mengumumkan pembubaran Dun. Dun juga boleh terbubar sendiri selepas 12 tengah malam ini.

Namun saya berharapkan Menteri Besar akan mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Negeri untuk membubarkan Dun. Adalah tugas Menteri Besar untuk memohon perkenan membubarkan Dun. Jika tidak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama dalam sejarah pilihan raya negara yang terbubar secara sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan Mei 2008.

Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen dalam minggu ini. Ini menjadikan kerajaan Negeri Sembilan akan berada di bawah kerajaan sementara untuk tempoh yang agak panjang.

Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor akan membubarkan Dewan Negeri Selangor pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan pada masa tersebut. Tarikh ini tidak menghairankan kerana ia merupakan hari terakhir penggal Dewan Negeri Selangor.

Hakikatnya, hak untuk membubarkan Dun Selangor terletak kepada Menteri Besar dan Tuanku Sultan Selangor. Ia tidak ada kena0mengena dengan Penasihat Ekonomi Negeri mahu pun Ketua Umum PKR.

Anwar juga mendakwa Mohd Najib takut untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin boleh memenangi pilihan raya umum kali ini.

Saya tidak fikir Mohd Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008.

Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepada Barisan Nasional.

Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan persekutuan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil.

Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.

Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa Mohd Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah.
 
Mengapa Najib belum membubarkan Parlimen?

Soalan ini agak sukar untuk dijawab.

Hanya ALLAH dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.

Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan dua pertiga. Untuk mendapat kemenangan dua pertiga agak sukar berbanding sekadar untuk menang. Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan dua pertiga kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.

Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.

Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran Dun Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara.

Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.

Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.

Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.

Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti?

Wallahhualam! Hanya Allah yang maha mengetahui.

* Dipetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo

Bukan cawangan Sulu sahaja tetapi Pakistan

Posted: 27 Mar 2013 01:00 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja mempunyai cawangan untuk orang Sulu sahaja tetapi juga mempunyai cawangan orang Pakistan di Sabah.

Satu blog mendakwa, Umno Malaysia meluluskan Cawangan Pakistan Sabah Bersatu secara tergopoh-gopoh di Bahagian Silam pada 1991.

Ia menyebabkan parti terbesar di Malaysia itu menghadapi dilema kerana kemungkinan besar Presiden Umno boleh diheret ke Panel RCI yang akan menyambung sidangnya pada 15 hingga 20 April 2013.

Sejak tertubuhnya cawangan Pakistan Sabah Bersatu, Pakistan sudah menjadi komuniti elit dalam Umno kerana mereka mendapat kad pengenalan projek, menjadi pemilih berdaftar dan mendapat semua kemudahan yang dimiliki Orang Melayu dan Bumiputera Sabah kerana mereka dijenamakan sebagai Melayu atau Bumiputera.

Berikut adalah semakan rambang yang dilakukan terhadap cawangan berkenaan dan mendapati ahli berikut menggunakan Kad Pengenalan Palsu Yang Dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara tetapi masih menjadi ahli Umno sehingga ke hari ini.

01 GUL BIN WALI H0492445 Nombor Ahli : 2651446
02 SAKANDAR BIN HAMBALI H0492846 Nombor Ahli : 1599166
03 RAZAK BIN SHARI H0493836 Nombor Ahli : 2651445
04 SAHI BIN WAZIR H0493843 Nombor Ahli : 2651441
05 AMIR BIN MOHAMMAD H0494269 Nombor Ahli : 2651452
06 HALID BIN RAHMAT H0543382 Nombor Ahli : 2651426
07 TAHIR BIN MIRAHMAD SHAH H0547413 Nombor Ahli : 2651433
08 USMAN BIN ABDUL SHAKOR H0547544 Nombor Ahli : 2286128
09 RASIK BIN SUAIDI H0550087 Nombor Ahli : 1599193
10 ABDULLAH BIN MUHAMMAD H0551027 Nombor Ahli : 1599191

Agak menakjubkan juga kerana ramai ahli Cawangan Pakistan Sabah Bersatu bukan sahaja memegang kad pengenalan palsu yang tiadak dalam rekod JPN; malah turut memegang kad pengenalan yang ada dalam rekod JPN tetapi tidak merujuk kepada mereka kerana dimiliki penama lain.

Klik untuk baca penuh laporan ini.

Umno ada 126 cawangan haram di Tanah Merah!

Posted: 27 Mar 2013 12:54 AM PDT

Harakah,


KUALA LUMPUR: Melalui proses mahkamah, dibuktikan ada 126 cawangan Umno di Tanah Merah tidak berdaftar dan dibatalkan pendaftarannya selaras dengan Seksyen 12(6) Akta Pertubuhan 1966 dan ini diakui Setiausaha Agung Umno dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Carian di Pejabat ROS menunjukkan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan, dipercayai berstatus haram.

Ia tidak pernah ditubuh dan didaftarkan kepada ROS selepas Umno lama diharamkan pada tahun 1988.

Bagaimanapun, terdapat kecenderungan ROS untuk menyembunyi dan melindungi perkara ini daripada pengetahuan awam.
Mahkamah pula menggunakan peraturan yang menyebut sebarang masalah dalam Umno tidak boleh di bawa ke mahkamah.

SPR Benarkan Papagomo Mengundi 2 Tempat Timbulkan Persoalan

Posted: 27 Mar 2013 12:45 AM PDT

 KELAB GRENBOC

Keadilan mempersoal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membenarkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo (gambar) didaftar dalam senarai pemilih dengan tarikh lahir berbeza-beza sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat.

"Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan?" kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Rafizi sebelum itu melalui semakan dengan rekod sistem kawalan Imigresen mengesahkan tarikh lahir Wan Muhammad yang juga dikatakan sebagai blogger Papagomo di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam adalah sama iaitu, 21 Januari 1983.

"KEADILAN berjaya mendapatkan paparan skrin rekod Imigresen Papagomo yang menggunakan pasport antarabangsa bernombor A20485305 dan menunjukkan kedua-dua kad pengenalan polis dan biasa (Wan Muhammad) adalah sama," jelas Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

KEADILAN pada 22 Mac lalu mendedahkan, Wan Muhammad mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi, menggunakan kad pengenalan biasa dan polis.

Ini membolehkan Papagomo didaftar mengundi di dua tempat iaitu sebagai anggota polis dan sebagai orang awam.

Melalui skrin daftar pemilih tersebut, kad pengenalan polis Papagomo menunjukkan tarikh lahir 8 April 1983, manakala kad pengenalan biasa bertarikh 21 Januari tahun yang sama.

Bagaimanapun, pendaftaran mengikut kad pengenalan polis telah dipadam dari daftar pengundi serta merta.

Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan badan kerajaan itu.

"Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu saja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha untuk mengekalkan pengundi hantu?" tegas Rafizi.

"Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Papagomo kini sedang menghadapi dua tindakan saman mahkamah dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung artikel fitnah yang diterbitkan melalui blognya.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bekas isteri Papagomo, yang dikenali sebagai Bellina akan turut memberi keterangan berhubung kes Husam yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

"Saya ada bertemu Bellina semalam di Kota Bharu. Dia juga akan memberi keterangan tentang Papagomo," kata Saifuddin pada sidang media sama.

– NS / KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

TG Nik Aziz Pilih Untuk Beriktikaf Di Masjid, Tidak Berehat Di Hotel

Posted: 27 Mar 2013 12:43 AM PDT


KELAB GREENBOC

Alkisah To Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Seorang Sahabat..

Dah lama teringin berjumpa depan mata dengan beliau. Selalu lihat di dalam media sahaja. Kini sesosok tubuhnya sedang baring di hadapanku, tempat ia menjadi imam di masjid berhampiran rumahnya. Mungkin ini masanya beliau berehat sebentar selesai urusannya di siang hari. Beliau iktikaf di sini.

Hajat di hati ingin bersalam dan berborak dengan beliau, namun lihat keletihan beliau, hati kata "tunggu hingga beliau bangun".

Saya, warga Kuala Lumpur, kagum pada beliau, Menteri Besar Kelantan, Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat. Alhamdulillah, perjalanan dari KL tidak sia2 bertemu ulama'.

[Kredit to syahirul.com] p/s Ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:-

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, "Apabila sesorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya.

Kalau dia beriktikaf pula dalam masjid (dengan ada wudhu) selepas selesai sembahyang, para malaikat berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala memohon ampun untuknya. Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu untuk bersembahyang, dia akan terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sedang sibuk melakukan sembahyang".

Rakyat Bentong Bangkit Tak Sabar Tengok Adnan Tunai janji Potong Telinganya

Posted: 27 Mar 2013 12:41 AM PDT


KELAB GREENBOC

Rakyat Bentong tidak kira apa kaum kini bertekad bangkit mau melihat agar Tok Nan Yaakub menunaikan janjinya mau potong telinga dan terjun Sg Pahang jika DAP/PR mampu menang Parlimen P89 Bentong pada PRU 13 nanti.

Kesungguhan ini dibuktikan apabila ribuan warga Bentong, Pahang turun ramai-ramai memberikan sokongan padu pada ceramah anjuran DAP/PR di Benus, Bentong Pahang untuk mendegar ceramah yang disampai oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail dan calon DAP/PR Parlimen Bentong Sdr Wong Tack.

Parlimen P89, Bentong kini disandang oleh Timbalan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai.

Jika dilihat pada mood rakyat kini yang mau melakukan perubahan maka peluang untuk rakyat melihat Tok Nan potong telinga dan terjun Sg Pahang amatlah cerah sekali. -omakkau

Anwar: Taib Mahmud yang rampas tanah rakyat, saya pula disalahkan

Posted: 27 Mar 2013 12:39 AM PDT

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tuduhan Tan Sri Taib Mahmud mengatakan beliau dalang video NGO antarabangsa, Global Witness yang mendedahkan bukti rakaman kerakusan  Ketua Menteri Sarawak itu dan keluarganya merompak hak rakyat Sarawak sebagai serangan peribadi.

Ketua Umum KEADILAN berkata, pemimpin Umno BN gagal menjawab sebarang kenyataan Pakatan Rakyat sebaliknya cenderung memilih untuk menyerang beliau bagi mengalihkan isu pokok.

Taib

"Sekarang banyak tokoh politik dan jutawan yang mengambil tanah, saham dan balak milik rakyat berpakat dengan media kerajaan untuk menyerang peribadi saya termasuk tuduhan Taib.

"Tuduhan Taib terhadap saya itu biasa. Memang segala masalah dalam Malaysia ini semua menyalahkan saya, malah kekalahan Manchester United kepada Real Madrid itupun salah saya kerana pengadil perlawanan itu orang Turki," sinis Anwar ketika diwawancara Radio Free Malaysia (RFM), malam kelmarin.

Anwar berkata, Taib perlu menjawab kebenaran di sebalik penyebaran video itu bukannya menggunakan media bagi menyerang beliau.

"Itu yang patut Taib dan Umno BN buat, bukan persoal siapa yang terlibat dedah kecurangan kuasa mereka," tegasnya.

Sambung Anwar, siasatan segera perlu dilakukan terhadap Taib dan keluarganya berikutan penyebaran video tersebut.

"Benarkah tanah dirampas melalui salah guna kuasa sehingga membolehkan semua penyangak ini mendapat kekayaan mencecah berbilion ringgit?" katanya.

Baru-baru ini, Taib menuduh Anwar menjadi dalang kepada penyebaran video itu dan mendakwa Anwar tidak layak mentadbir negara kerana seringkali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam politik negara.

Umno BN turut menuduh Anwar sebagai agen Yahudi, Amerika, Turki, India dan turut dikaitkan sebagai agen Sulu ketika pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

RFM merupakan usahasama stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak (RFS) di frekuensi MW 1,359 kHz memulakan siarannya malam Isnin lalu dengan menyiarkan wawancara bersama Anwar. – NS

ISMA Meminta Sesuatu Yang Tidak Relevan Dari Saya...

Posted: 27 Mar 2013 12:37 AM PDT

MSO

Alhamdulilah malam tadi saya memenuhi undangan Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) sebuah pertubuhan atau NGO dakwah Islam untuk berwacana di atas tajuk; Benarkah ISMA Menerima Dana Dari Umno. Wacana itu berlangsung di Bangi, Selangor.


Ini laporan dibuat ISMA mengenai wacana semalam.
Tajuk itu merupakan satu pertanyaan negatif dan ISMA mahu mensucikan diri dari tuduhan berkenaan.

Saya memenuhi jemputan itu atas semangat ukhuwah Islamiyah dan juga sebagai tanggungjawab sebagai seorang penulis. Kehadiran saya membuktikan saya tidak lari daripada tanggungjawab dan merasakan perlu menjelaskan kekeliruan.

Ternyata sekali wacana itu dinanti-nanti oleh anggota ISMA. Anggota ISMA nampaknya komited apabila khabarnya ada yang hadir itu dari Seremban atau di luar Bangi. Laman web ISMA melaporkan 200 yang hadir.

Sejak awal lagi saya sudah merasakan tajuk diberikan satu tajuk yang tidak begitu relevan dan penting, bagi saya seorang penulis yang melihat ISMA sebagai 'kerabat baru' dunia politik negara. Catatan saya mengenai mereka hanyalah kecil saja. Tetapi ia rupanya begitu mustahak bagi ISMA untuk menjelaskan apa yang berlaku atau tertimpa ke atasnya. Tidak sangka. Ahli ISMA tidak senang dan gelisah dengan lemparan dan tuduhan yang kononnya NGO itu menerima dana dari Umno atau dikaitkan dengan Umno.

Saya tidak salahkan sesetengah mereka, perasaan atau pun marah itu timbul menandakan mereka sayang kepada wadah juang mereka.  Itulah nilai ataupun ciri-ciri atau sifat yang perlu ada kepada setiap ahli kepada mana-mana pertubuhan. Syabas.

Saya perlu menjelaskan, dan sudah pun saya jelaskan, bahawa dalam konteks singgungan saya kepada NGO berkenaan tidak ada pertuduhan langsung saya kepada ISMA yang ianya menerima dana daripada Umno. Adapun ISMA menerima kemudahan (dana) untuk menjalankan aktiviti dakwa dari Jakim saya sebut dan memang perkara itu terakui. Jadi tidak wajar kalau ahli ISMA merasakan saya 'berkhianat' kepada mereka dengan menuduh menerima dana dari Umno?

Saya turunkan dua ayat yang disedut oleh moderator malam tadi yang menjadi kay kepada permasalahan dan kekeliruan sehingga terjadi wacana. Cuba hayati dan baca dengan cermat singgungan dari saya sebagai penulis politik, bukannya penulis Hadith;

"Hairan sepatutnya Abu Zaik yang datang ke Kota Bharu sambil mengenal beberapa kawasan untuk meletakkan calonnya dalam pilhan raya nanti. Lagi banyak kawasan bertanding lagi kembung dan gemuk poket seluar. Hatta kena bawa guni, boleh jadi juga."

dan satu lagi petikan yang disebut;

"Mengenai tanggapan saya menuduh ISMA mendapat duit dari Umno yang sangat dikesali itu, sukacita saya jelas ia dalam hubungan politik. Kalau ahli ISMA sudah bergabung dengan organ politik, tidak boleh tidak masalah kewangan tetap akan timbul dan terkait sama.

Dari konteks politik catatan itu perkara biasa saja. Dan ia bukan satu prejudis langsung. Ayat itu juga tidak pun menyebut nama Umno seperti mana ditanggap oleh pihak ISMA sehingga manakan wacana itu sebegitu rupa. Yang menanggap saya mengaitkan ISMA dengan Umno ialah ISMA sendiri, baca kedua ayat berkenaan dengan tenang tanpa mengaitkan frasa ayat saya dengan dakwaan pihak lain.

Saya jelaskan semalam dunia politik rencam dan penuh dengan broker politik. Kalau kembung poket bukan bermakna presiden ISMA atau ahli ISMA, tetapi broker politik atau orang lain juga boleh kembung poket dan ini selalu terjadi. Mungkin bagi ISMA cerita-cerita orang memperdagangkan parti dan ahli parti, asing baginya tetapi ini selalu terjadi. Dari sudut politik inilah tanggapan atau catatan itu tertulis. Saya sebut Berjaya yang kini dijadikan landasan politik oleh ISMA juga pernah menjadi barang dagangan.

ISMA tidak seharusnya beranggapan tanggapan atau persepsi itu terlalu negatif dan ianya direct ditujukan kepadanya. ISMA harus mempunyai mental politik yang kuat kalau ingin berpolitik. Seandai hal-hal demikian menjadikan ISMA sudah panas punggung, atau pun ahli bawahan terus menerima sehingga memburukkan keadaan, naif sangatlah minda politik ISMA. Ahli ISMA harus menguatkan minda demi menerima ocahan dan godahan yang lebih besar lagi apabila mereka rasmi menerjunkan diri dalam politik. Kata orang kalau tidak mahu disentuh ombak jangan berumah di tepi pantai.

Saya tahu wacana itu untuk memberi kesempatan kepada ISMA membersihkan dirinya. Dalam kata lain saya hendak dijadikan 'pengkalan' bagi mempertanggungjawab tuduhan-tuduhan liar kepada ISMA seperti menerima dana dari Umno. Saya sangat memahami ini dan saya hadir juga kerana ingin memberi penjelasan atas maslahat bersama demi kebaikan dan persaudaraan.

Mungkin ada sedikit kekeliruan di kalangan anggota ISMA yang pesimis dengan apa yang saya singgung itu sehinggakan dianggap sebagai tuduhan. Saya tidak tahu apa yang disiarkan di dalam portal berita Harakah Daily.net berhubung hal yang sama. Saya tidak mengetahui apakah kornologi dan termologi yang diguna pakai oleh portal itu sehingga ISMA fikir perlu diadakan wacana khas?

Kalau portal itu menuduh dan menyebut lebih keras atau kejam dari saya, itu diluar tanggungjawab saya. Saya bertanggungjawab apa yang saya catatkan. Dalam hal ini ahli ISMA harus padai mengunyah ikan jangan sampai terlekat tulang belida.

Selepas berwacana semalam saya rasa persoalan pokoknya jelas. Saya menyatakan apa yang ditulis itu hanya satu tanggapan atau persepsi dalam konteks ISMA sudah menjerluskan diri alam politik. Tetapi saya pecaya tetap ada meenganggap saya menuduh dan cuba mengelak. Kepada mereka yang tidak berpuas hati dan terus merasa senak dengan saya, iya terserah kerana itu lumrah.

Saya undur ke belakang sedikit; kenapa sampai terjadi wacana itu ianya berpunca dari sebuah dialog kecil saya dengan Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang tersebut fasal ISMA. Ia bukan serius atau sesuatu yang disengajakan menimbulkan persepsi demikian, kerana itulah pertama kali saya 'meleset' ISMA dalam tulisan. Saya tidak pernah pun sebelum ini mendengar ISMA ada kaitan khasnya tentang dana dengan Umno melainkan dengan Jakim. Sebab sedikit sebanyak saya mengenali ISMA menerusi watak timbalan presidennya, Aminuddin Yahaya.

Terus terang saya katakan saya tidak pernah tahu lebih lanjut mengenai Isma kecuali mengenali dua orang pemimpinnya walaupun saya pernah memberi satu kurus ringkas penulisan blog kepada ahli ISMA beberapa tahun lepas. Saya juga tidak perlu mengheret ISMA ke lembah yang hina sebegitu seperti mana saya lakarkan terhadap pemian-pemain politik dan parti politik. Jahat sangatlah saya. Tidak ada manfaat buat saya.

Tidak sangka pula ISMA mengambil serius perkara ini. Menganggap ia satu penghinaan dan satu pengkejian. Apapun menerusi wacana semalam penjelasan diperolehi. Persepsi itu kontras dengan apa yang berlaku. Seperti mana dijelaskan oleh Aminuddin Yahaya malam tadi, tahap pengorbanan ahli ISMA begitu tinggi sehingga ia tidak memungkinkan NGO itu mendapat mana-mana dana dari mana pihak dalam maksud mereka berpolitik. NGO itu juga tegas beliau tidak berpihak kepada mana-mana partisan?

Mengkagumkan ahli ISMA sanggup mengeluarkan wang poket sendiri, memotong gaji untuk ISMA bahkan ada yang melurutkan gelang di lengan dan cincin dijari untuk membantu ISMA. Syukur alhamdulilah atas semangat jihad itu. Atas pengorbanan itulah menurut Aminuddin menolak mana-mana pihak yang menuduh ISMA menerima dana dari Umno. Moga selepas ini tuduhan atau persepsi buruk terhadap ISMA terutamanya berhubung dana dan peruntukan atau dengan Umno tidak berlaku lagi.

Saya boleh menganggap wacana semalam memberi pencerahan politik dan juga mengusaikan anggapan pihak ISMA yang menganggap saya membuat tuduhan terhadapnya menerima dana dari Umno. Ia satu kesempatan yang baik, dan saya pula mendapat ikhwan baru dari ISMA yang lebih ramai.

Sukaciata saya tegaskan bahawa pemergian saya untuk berwacana semalam menjelaskan soal tanggapan itu dan bukan satu apologetik atas apa yang berlaku. Tidak. Jadi tidak timbul saya gagal mengemukakan apa-apa bukti mengenai ISMA menerima dana dari Umno. Wajarkah bagi saya membawa tayer kereta untuk diberikan kepada ISMA sedangkan kereta mereka tidak bocor? Mengatakan saya gagal atau tidak membawa tayer adalah sesuatu tidakan tidak bertakmaninah.

Laporan berita dari ISMA saya kira kurang manis dan mencerminkan satu laporan yang tidak bertawaduk atau cuba membina suasana baik dengan saya. Apabila laporan itu menyebut saya gagal mengemukakan bukti ia membawa maksud saya bersalah dan membuat tuduhan palsu kepada ISMA. Saya boleh mengatakan pelapor itu juga gagal memahami maksud penulisan dan tanggapan saya.

Kepada ISMA dan rakan-rakan dalam ISMA ingin saya sebut sekali lagi, anda sudah menerjunkan diri dalam kancah politik. Siap untuk berdepan dengan kerenah politik yang mungkin asing dan baru buat anda. Anda jangan terkejut dengan apa yang berlaku, bukan hari ini, besok tetapi di masa-masa mendatang selagi ISMA terus berkepit dengan politik ia akan mengenalkan anda dengan erti dan rupa paras politik sebenarnya.

Kepada ISMA selamat berpolitik menurut apa yang anda gariskan

Pakatan Rakyat tolak tempoh 10 minit muncul di RTM

Posted: 27 Mar 2013 12:29 AM PDT

Oleh Arif Juhani

PETALING JAYA : Pakatan Rakyat sebulat suara menolak tempoh 10 minit untuk membentangkan manifesto PRU 13 di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu bertujuan menunjukkan kepada kerajaan supaya berhenti mempersendakan Pakatan dengan menawarkan ruang yang tidak ikhlas.

PR lagi

"Pakatan menolak tawaran 10 minit untuk muncul di media Umno BN kerana kita lihat tawaran itu hanya memperolok-olokkan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Pakatan juga curiga sekiranya penerangan manifesto dalam tempoh singkat itu tidak disiarkan sepenuhnya," katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu pejabat KEADILAN lewat petang semalam.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat akan menggiatkan lagi kempen penerangan menjelang pembubaran Parlimen tidak lama lagi.

"Kita akan memperbanyakkan program bersama antara parti komponen bagi menjelaskan manifesto Pakatan kepada rakyat di samping menangkis politik fitnah Umno yang makin berleluasa menjelang PRU," ujarnya.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Publisitinya, Tony Pua.

Dalam sidang media sama, video penerangan manifesto turut dilancarkan Pua. – NS

Tiada ulasan: