Ahad, 24 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


'Dunia Akan Kiamat', Anak Potong Kemaluan Bapa & Kemaluan Sendiri

Posted: 24 Mar 2013 03:41 AM PDT



[Bernama] DUNGUN: Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini awal hari Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara turut bertindak memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata suspek yang menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.

Namun selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak.

"Ketika sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat.

Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.

"Suspek kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk 'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun gagal," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Manoharan berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

Akibat kejadian itu, suspek dan mangsa yang berusia 67 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat mengalami pendarahan yang banyak.

Beliau berkata suspek dan mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan dua beranak itu yang terputus.

"Justeru, kita percaya suspek terpengaruh dengan ilmu sesat yang dipelajari menerusi internet hasil siasatan yang dijalankan," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sementara itu, isteri suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 33, berkata suaminya mula menunjukkan perubahan sejak dua bulan lalu.

Namun beliau tidak mengesyaki sesuatu yang pelik dan hanya menyangka suaminya ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

"Suami telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih bersekolah.

"Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera," katanya ketika ditemui di hospital. 




Pihak Gereja Benarkan Orang Islam Bersembahyang di Premis Mereka

Posted: 23 Mar 2013 11:52 PM PDT



Sebuah gereja Scotland menjadi yang pertama di UK membuka premisnya untuk umat Islam menunaikan ibadah solat.

Gereja Episcopal St John di Aberdeen mengalu-alukan beratus-ratus umat Islam bersembahyang lima kali sehari di dalam premis itu kerana masjid berdekatan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang sebahagiannya terpaksa menunaikan solat di luar masjid.

Rev Ishak Poobalan menyerahkan sebahagian daripada dewan gereja kepada Ketua Imam Ahmed Megharbi dan orang Islam menunaikan solat di situ. 

Rev Poobalan berkata bahawa tidak lengkap imannya jika beliau tidak menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 

Beliau berkata: 'Sembahyang tidak salah. Tugas saya ialah menggalakkan orang ramai untuk ,menunaikan sembahyang.

'Masjid itu penuh pada kebanyakan masa, ada orang yang terpaksa menunaikan sembahyang di luar dalam keadaan kesejukan dan ditimpa hujan." -DCM/DM


St John's Episcopal Church in Aberdeen is believed to be the first in the UK to offer its space for Muslim worship


Laporan lanjut di sini.


P/s: Toleransi agama yang sepatutnya diamalkan oleh masayarakat dunia!


[Video] Harley Davidson & Bendera PAS

Posted: 23 Mar 2013 09:53 PM PDT







P/s: Terbaik!

Tiada ulasan: