DIALOG RAKYAT |
- Samseng simbah cat pada pelancaran manifesto PR
- Najib pun tak kan berani tanya soalan ini, terhangat
- Anwar Tidak Perlu Layan Nyamuk Fitnah
- [VIDEO] Dr Abu Hassan Hasbullah: UMNO Pengkhianat Melayu & Islam
- Nak lari ke mana Taib Mahmud?
- 31 Ahli, Aktivis Umno Besut Keluar Parti
- Adun BN dicabar kemuka bukti pelabur tarik diri
- Mahasiswa Diarah Keluar Dari Masjid Oleh Umno Seberang Takir
- Kesetiaan PAS dan DAP terbukti, matlamat murni
- PRU13: Tempoh 10 minit macam 'ajak-ajak ayam'
- Kit Siang: Saya mungkin tanding guna lambang PAS
- Bekas IGP: Pertingkat risikan di perairan Sabah
- Rakyat Sarawak Bangkit, Mana Taib Mahmud Mau Lari?
- "Seks" jadi manifesto BN?
- Pemimpin Umno kuat untung pembelian senjata, peralatan tentera
- Bersiap sedia hadapi 1001 taktik kotor BN - Presiden PAS
- Pemuda PAS tandingi 23 kerusi Parlimen, Dun
- Jelajah pra pilihan raya Najib tamat, beri RM100j untuk projek Kuantan
- Bersenjatakan janji, Pakatan gempur Melayu Johor
- Polis sahkan Datu Amir Bahar Hushin Kiram ditahan
- 7 janji, 7 dosa projek beli undi
- Presiden MCA dicabar lawan DAP di Gelang Patah
- Yang berjuang hak dihukum, yang ganas biadap dibiar
- Batal Pelaburan : Isa Perlu Tunjuk Bukti, Jangan Cakap Kosong
- Bentang manifesto 10 minit di RTM tak masuk akal
Samseng simbah cat pada pelancaran manifesto PR Posted: 24 Mar 2013 04:13 AM PDT Oleh Bashir Ishak KANGAR: Budaya samseng menyimbah cat kini sudah menular ke Perlis apabila beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan semasa program ceramah dan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Perlis malam tadi telah disimbah cat. (Gambar) Kejadian dipercayai berlaku di antara jam 10.30 malam hingga 11.00 malam itu disedari oleh petugas Jabatan Amal yang meronda di sekitar kawasan program yang diadakan di Dataran Restoran Anjung Keli, Behor Pulai dekat sini. Ketika itu pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang menyampaikan ucapan. Lokasi kejadian adalah berhampiran Institut Kemahiran Memandu Perlis iaitu kira-kira 200 meter dari tapak program diadakan. Cat tersebut dipercayai dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sambil menunggang motosikal mengakibatkan sebuah kereta Proton Wira terkena cat manakala tiga buah kereta lagi turut terkena tempias cat yang dilemparkan. Kira-kira 5,000 orang hadir ke program tersebut mengakibatkan orang ramai terpaksa meletakkan kereta jauh di pinggir jalan sehingga menjangkau jarak 400 hingga 500 meter dari tapak program berlangsung. | ||||
Najib pun tak kan berani tanya soalan ini, terhangat Posted: 24 Mar 2013 04:11 AM PDT Oleh Harakahdaily KUALA LUMPUR: Artikel blog http://lianglahad.blogspot.com/ bertajuk "Najib pun tak kan berani tanya soalan ini" menjadi artikel paling diminati pembaca Harakahdaily dan Twitter bagi minggu ke 11, 2013. Di tangga kedua ialah berita kejadian pelik di Kelantan bertajuk "Selepas umum 7 dosa, ribut pun datang" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 7 dosa Pakatan Rakyat. Manakala berita artikel terhangat bagi minggu ke 10, 2013 bertajuk "Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya, terhangat". Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily untuk 17 Mac hingga 23 Mac, 2013. | ||||
Anwar Tidak Perlu Layan Nyamuk Fitnah Posted: 24 Mar 2013 04:06 AM PDT MSO Hak mendapat keadilan undang-undang adalah hak semua warganegara di sesebuah negara merdeka yang termaktub dalam di dalam Perlemnbagaan negara. Dalam negara sekular seperti Malaysia mahkamah sivil merupakan tempat paling tinggi untuk mendapat keadilan bagi seseorang. Apabila Anwar Ibrahim membawa beberapa kes untuk mendapat keadilan dan pembelaan itu adalah prosuder biasa baginya yang masih belum terlucut kerakyatan negara ini. Beliau boleh lakukan. Tetapi apabila pihak yang mengeji dan memfitnahnya tidak pernah berhenti dari melakukan fitnah demi fitnah walaupun mahkamah telah memutuskan pihak penabur fitnah itu bersalah (dalam kes-kes tertentu berkaitan dengannya), namun mereka masih ligat memburuk dan memfitnahkan Anwar. Seolah-olah keputusan mahkamah yang mengenakan denda atau hukuman ke atas mereka tidak memberi bekas sedikit pun. Jadi tindakan Anwar itu hanya sia-sia sahaja. Kemenangan dari segi undang-undang dan moral tiak pernah mengajar mereka insaf dan berhenti dari membuat kesalahan seterusnya. Penerusan fitnah ke atas Anwar dan juga fitnah-fitnah lain seperti melanggar keputusan mahkamah berterusan tanpa ada sempadan kesedaran. Denda atau perintah bayaran bernilai jutaan ringgit dikenakan tidak juga memberi kesan. Bahkan hukuman tertinggi dalam kes-kes melibatkan defamation begitu hanya seseorang pemfitnah itu boleh diistyharkan muflis sekiranya mereka tidak membayar perintah mahkmah. Dan kalau pun mereka tidak membayar mereka sedia menjadi muflis yang mana muflis tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Dalam kata mudah menjadi muflis atau dijatuhi hukuman bankrup tidak memalu dan menghinakan mereka. Mereka hanya tidak boleh mengambil bahagian dalam sesuatu perkara sebebas orang tidak muflis. Namun kalau mereka memohon pengecualian dari kerajaan, mereka juga melakukan apa-apa atau memiliki apa-apa seprerti orang bukan muflis juga. Muflis di zaman ini tidak seteruk dan sebusuk muflis di zaman Jepun. Terbaru Anwar Ibrahim hendak mengambil tindakan ke atas bloger yang pro Umno bernama Papagomo, yang dikatakan telah menyiarkan gambar lucah yang memfitnahnya. Khabarnya bloger ini sudah banyak kali melakukan perbuatan keji dan fitnah. Bukan saja Anwar tetapi politician lain juga berdepan dengan masalah sama dengan si bloger ini. Kepada saya berasaskan senario yang saya jelaskan di atas tadi, tidak perlu Anwar mengambil tindakan ke atas bloger atau orang-orang seperti itu. Ia tidak akan membawa apa-apa kesan kepada orangnya dan apa-apa tindakan undang-undang hanya membuat masa dan menganggu agenda perjuangan. Itu pun yang mereka hajati. Ia akan menjadi seperti akhbar Utusan Malaysia, yang tidak tahu rasa malu dan rasa berslaah di atas apa-apa kesalahan yang dialaminya. Bagi akhbar itu fitnah seperti air minum dan nasi makannya saja. Utusan Malaysia telah dihukum beberapa kali oleh mahkamah kerana melakukan fitnah dan kerja keji. Adakah akhbar berkenaan insaf dan sedar? Tidak. Bertaubat jauh sekali. Apabila akhbar berkenaan dikendalikan oleh mereka yang tidak ada iman, tidak ada air muka, mereka yang tidak tahu dosa dan pahala lakukan apa saja ke atas mereka ia tidak memberi apa-apa bekas. Seperti kita membaca Hadith dan Quran di hadapan orang yang tidak yakin dengan Quran, ayat-ayat dan firman itu sedikitpun tidak menggetarkan jiwa dan sukmanya. Nah begitu juga dengan bloger pro Umno berkenaan. Ia malahan suka, gembira dan bahagia kerana diberi saman oleh orang-orang sehebat Anwar. Baginya sudah tidak ada cara lain untuk megah dan bangga melainkan mendapat saman dari tokoh-tokoh hebat seperti Anwar. Sebaiknya Anwar tidak mempedulikan orang seperti itu. Mengenai fitnah yang dilemparkan, kalaupun Anwar tidak menafikan rakyat semua sudah menafikannya. Bukan setelah melihat gambar atau video lucah itu tetapi sebelum ianya dipamirkan rakyat sudah menolaknnya. Bahkan rakyat sudah menyusunkan pemikiran (mindset) di dalam kepala mengenai apa-apa keburukan yang akan dilempar dan dicampakkan ke atas Anwar si "Ulul Azmin". Waktu terbaik bagi Anwar kini ialah menghadapi pilihan raya. Tumpukan sepenuh tenaga dan usaha anda untuk memacak panji-panji rakyat. Perkara-perkara kelucahan dan kejijikan begitu biarlah ianya ditelan angin lalu saja dan menjadi pemainan orang-orang seperti bloger berkenaan dan Utusan Malaysia. Jangan pedulikan kepada nyamuk-nyamuk fitnah yang beterbangan untuk menghisap darah sesiapa saja. Seperkara lagi saya hendak sebut, kalau pun ia diambil tindakan misalnya laproan polis, polis tidak akan cergas untuk membuat siasatan sebaliknya kalau menimpa Anwar barulah polis rajin. | ||||
[VIDEO] Dr Abu Hassan Hasbullah: UMNO Pengkhianat Melayu & Islam Posted: 24 Mar 2013 03:59 AM PDT KELAN GREENBOC UMNO mengatakan mereka pejuang agama dan pahlawan melayu pada realitinya merekalah yang sememangnya menjadi pengkhianat agama serta melayu. Kesian lah melayu selama ini tak sudah-sudah di tipu UMNO dan macai mereka... berjuang demi Melayu konon tapi tidak sedar atau buat-buat tidak sedar selama ini di perbodohkan. Bila Parlimen dikuasai bukan Melayu UMNO melalak kononnya menjaga ketuanan Melayu sedangkan hakikatnya UMNO yang mengurangkan kuasa Parlimen Orang Melayu dengan menambah kerusi Parlimen kepada bukan melayu semasa persempadanan dahulu. Yang mengajar orang kafir menjadi biadap kepada Islam puak UMNO Sendiri. Jika UMNO yang mengaku Islam memperlekehkan Islam, bukankah tindakan UMNO tersebut akan dicontohi orang bukan Islam. -fb pejuangkelantan LIHAT VIDEO DI SINI | ||||
Posted: 24 Mar 2013 03:46 AM PDT Video itu memaparkan perbualan berasingan di antara Global Witness dengan dua peguam, mendedahkan tindakan Taib melanggar undang-undang dan terlibat dengan rasuah. Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan kesalahannya. Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib. Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa. Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu. Menyamar sebagai pelabur asing untuk membeli tanah hutan balak untuk dijadikan ladang kelapa sawit, penyiasat GW berbual dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak-anak bapa saudara Taib iaitu Abdul Rahman Ya'acob, ketua menteri sebelum Taib. Perbualan mereka adalah seperti berikut: Fatimah: Ample Agro adalah syarikat milik keluarga kami, tetapi empat daripada saudara kami ada dalam syarikat itu. Jabatan Survei dan Tanah yang mengeluarkan lesen. Sudah tentu atas arahan Ketua Menteri dan saya boleh bercakap dengan Ketua Menteri dengan mudah. GW: Boleh ke? Fatimah: Ya. GW: Kamu fikir beliau akan setuju? Fatimah: Ya, dialah yang memberi tanah kepada kami. Dia sepupu saya (ketawa). Ibunya dan bapa saya adalah kakak dan adik. Dia sepupu saya, jadi agak mudah. Taib tidak dapat menjawab Kedua-dua beradik itu berkata Ample Agro memiliki 5,000 hektar tanah yang diberi oleh Taib dan dibeli pada kadar harga yang sangat rendah. Mereka bercadang untuk menjual syarikat itu dan dalam klip video itu mereka meminta RM4,000 se ekar (menjadikan jumlah keseluruhan RM50 juta). Di antara pemilik bersama ialah Norah Abdul Rahman, ahli parlimen Tanjong Manis dan Khatijah Abdul Rahman, kakak ipar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dan apa yang dikatakan Taib berhubung dakwaan kedua-dua sepupunya itu dalam video itu apabila beliau diasak oleh para pemberita, kata beliau: "Awak kenal, mereka itu sepupu saya? Adakah awak tahu apa hubungan di antara bapa mereka dan saya……….sama ada mesra atau tidak? Kami bergaduh pada suatu ketika dulu. Dua pupu saya itu bukannya orang yang saya paling percayai……tapi bergantunglah kepada awak." Apa yang dimaksudkan Taib ialah beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga sepupunya itu dan oleh itu, apa yang disebutkan oleh kedua-dua sepupunya itu harus dipandang dengan perasaan ragu dan tidak mempunyai kredibiliti. Sememangnya Taib pernah bergaduh dengan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'acob. Tetapi perkara itu berlaku pada tahun 1980an apabila berlaku pertembungan kepentingan kerana merebut kontrak kerajaan dan konsesi balak. Bagaimanapun mereka berbaik semula selepas itu dan satu peristiwa yang mendapat liputan media secara meluas pada 2008 di mana mereka kelihatan berpelukan dan mengisytiharkan bahawa 'air dicincang tidak akan putus'. Kini pergaduhan di antara mereka telah pun tinggal dalam lipatan sejarah dan keluarga Abdul Rahman mendapat keuntungan besar daripada Taib berdasarkan kepentingan-kepentingan yang meluas dalam empayar perniagaan Taib. Satu lagi tanda di mana terjalinnya hubungan mesra di antara kedua-dua keluarga mereka ialah Taib memilih Norah, anak perempuan Abdul Rahman untuk bertanding kerusi parlimen Tanjong Manis dalam pilihan raya umum lalu. Ringkasnya, Taib berbohong apabila beliau mendakwa kedua-dua sepupunya itu tidak mempunyai hubungan yang baik dengannya dan justeru itu, kedua-dua sepupunya itu tidak perlu membabitkan beliau dengan mereka cipta cerita-cerita sebegini. Lagi pun, maklumat mengenai pemilikan dan bayaran premium yang minima untuk 5,000 hektar tanah itu mudah diperolehi di pejabat pendaftar tanah dan untuk berbohong dalam isu ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Malahan tindakan Taib untuk mempertahankan diri memberi isyarat jelas bahawa beliau bersalah seperti didakwa. Peguam dedah korupsi Taib Video berdurasi 16 minit itu juga memaparkan perbualan yang berasingan di antara GW dengan dua peguam yang mendedahkan tindakan Taib yang melanggar undang-undang dan terlibat dengan rasuah. Salah seorang daripada mereka ialah Alvin Chong, peguam yang terlibat dalam urusan perniagaan keluarga Taib dan kerajaan negeri Sarawak. Seorang lagi peguam ialah Huang Lung Ong yang berusaha untuk menjual tanah bagi pihak bapa saudaranya, tokoh korporat Hii Yii Peng yang rapat dengan Taib. Dalam perbualan dengan Alvin, GW memberitahu apa yang telah diberitahu oleh kedua-dua sepupu Taib sebelum itu berhubung cara haram yang digunakan untuk mengelak dari membayar cukai keuntungan hartanah. Alvin juga menggariskan kaedah yang selamat tetapi secara haram yang sering digunakan oleh mereka untuk mengelak dari peraturan kerajaan bahawa pemilikan saham dalam sesebuah syarikat tempatan mestilah tidak kurang dari 51%. Huang berusaha untuk menjual 32,000 hektar tanah dengan harga RM230 juta yang dimiliki Billion Venture, di mana bapa saudaranya Hii merupakan pemegang saham majoriti. Beliau memberitahu GW secara terus terang bahawa untuk menjayakan urusniaga itu, vendor tersebut harus memberi komisyen peribadi kepada Taib sebanyak 10% dari nilai jualan, yang dianggap sebagai amalan biasa. Apabila Taib mendesak para pemberita supaya membuat komen tentang pendedahan video ini, beliau mengakui beliau telah menonton video tersebut dan menganggapnya sebagai "nakal" dan tidak mempunyai kredibiliti dan beliau menafikan mempunyai orang tengah. Kata beliau: "Boleh jadi seseorang itu mencuba untuk mempromosi dirinya untuk menjadi agen untuk mendapatkan layanan istimewa daripada saya? Ia tidak ada kena mengena dengan saya, betul?" Jawapan yang samar-samar dan tidak relevan seperti itu berhubung pendetailan khusus tentang rasuah, salah guna kuasa dan mengelak dari membayar cukai dan keperluan statut yang didedahkan secara terang-terang oleh mereka yang berwibawa seolah-olah beliau memberitahu seluruh dunia: "Saya memang bersalah, apa jadahnya?" Perlu disebut disini bahawa peguam Huang tidak menafikan kesahihan perbualan dalam video tersebut. Dalam satu wawancara menerusi telefon yang disiarkan Malay Mail 19 Mac lalu, beliau bagaimanapun menyifatkan perbualan tersebut sebagai "perbualan kedai kopi" dengan seorang "pelabur asing". Beliau menjelaskan: "Saya diperangkap. Saya meminta nasihat tentang aspek undang-undang berhubung urusan tanah. Saya mungkin telah menuturkan beberapa perkataan akibat dari kekecewaan kerana dia (pelabur asing itu) bertanyakan banyak soalan. Saya tertekan." Perkataan-perkataan ini dengan sendirinya menjelaskan tentang kebenaran yang didedahkan Huang berhubung amalan rasuah Taib. Tali hayat akhir Umno? Sebagai pemimpin Sarawak yang korup selama 32 tahun, Taib Mahmud sudah tentu tidak asing lagi dengan pelbagai skandal. Dalam rak-rak dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini penuh dengan debu, beribu-ribu muka surat mencatat pelbagai penyelewengan dan dosa Taib yang memusnahkan hutan rimba tebal Sarawak sehingga hampir pupus. Beliau merampok sebahagian besar kekayaan hutan balak untuk keluarga dan kroni perniagaannya secara haram dengan memusnahkan kehidupan dan alam sekitar penduduk pribumi. Tetapi Taib tetap kebal, walaupun berbagai laporan dibuat terhadapnya dalam tempoh beberapa tahun yang silam, dilindungi oleh kemampuannya untuk menjadi juara dengan rekod memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya. Namun, kali ini masanya luar biasa dan video Global Witness merupakan satu pendedahan yang luar biasa. Sejak video ini tersebar beberapa tahun lalu, pendedahan di YouTube telah berjaya menarik lebih sejuta pelawat. Ini bermakna rasuah bersaiz mega Taib itu sudah tersebar ke dalam lebih sejuta rumah dan akan terus tersebar seperti api yang cepat merebak sehingga hari pengundian. Mampukah Najib berdiam diri dan membiarkan Taib menjadi tugu peringatan sebagai tanda amalan rasuah BN sehingga menjelangnya pilihan raya umum akan datang? Tidakkah Taib yang degil dan tidak boleh disentuh itu melambangkan regim BN yang korup itu tidak mahu bertaubat dan tidak dapat diselamatkan lagi. Mungkinkah ini tali hayat terakhir sebagai isyarat keruntuhan hegemoni Umno yang berusia lebih separuh abad itu? | ||||
31 Ahli, Aktivis Umno Besut Keluar Parti Posted: 24 Mar 2013 03:38 AM PDT Wartawan BuletinBekas Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi) 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam ini, Sabtu 23 Mac. Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat. | ||||
Adun BN dicabar kemuka bukti pelabur tarik diri Posted: 24 Mar 2013 03:36 AM PDT Oleh Harakahdaily KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan Adun Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim kononnya terdapat lebih 100 syarikat industri menarik diri dari Selangor ekoran masalah air. Menurutnya, setakat ini hanya terdapat satu projek di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang masih tertangguh untuk mendapat perakuan dari Syabas atas alasan kekhuatiran tidak mencukupi air jika projek tersebut diteruskan. "Manakala semua PBT (Pihak Bekuasa Tempatan) yang lain mengesahkan bahawa tidak terdapat sebarang projek pembangunan samada projek industi mahupun perumahan yang ditolak atau masih tertangguh akibat dari kekurangan air. "Dakwaan Adun Batang Kali itu jelas mahu mencemar nama baik Negeri Selangor dan seluruh kakitangan awam negeri ini yang bekerja keras bagi memastikan Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan nombor satu di Malaysia," katanya. Kelmarin, Isa dilaporkan berkata, lebih 100 syarikat yang menyediakan hampir 25,000 peluang pekerjaan terpaksa menarik diri daripada melabur di Selangor, ekoran kemelut bekalan air di negeri itu. Beliau juga mendakwa pemimpin kerajaan negeri Selangor bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan kemelut air, tetapi cuba menutup kelemahan pentadbiran mereka. Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Berkata, soal pelabur membatalkan hasrat melabur tidak timbul di negeri Selangor yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi di negara in lebih-lebih lagi sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri. Menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2012, Negeri Selangor mencatatkan jumlah bilangan projek yang tertinggi dengan 252 projek iaitu sebanyak 31 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan di Malaysia, merangkumi 156 projek baharu dengan nilai pelaburan berjumlah RM 8,144,722,179 dan sebanyak 96 projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,590,095,756 "Dengan statistik ini, saya menjemput YB Isa menyatakan dengan tepat industri-industri serta nama-nama syarikat yang dikatakan telah menarik diri dari melabur di Selangor akibat birokrasi kerajaan negeri dan permasalahan pembekalan air. "Saya sebenarnya tidak mengharapkan Isa untuk berperanan dalam membantu menarik para pelabur ke negeri Selangor. Namun demikian selaku pemimpin masyarakat di negeri ini, saya tidak menyangka Isa boleh sanggup memburuk-burukkan negeri Selangor dengan tujuan menakut-nakutkan pelabur dari melabur ke negeri ini," katanya. | ||||
Mahasiswa Diarah Keluar Dari Masjid Oleh Umno Seberang Takir Posted: 24 Mar 2013 03:34 AM PDT Editor BULETINSepatutnya GAMIS Terengganu akan menjalankan program, Forum Keluarga Bervisi, Pemangkin Transformasi Ummah di masjid berkenaan pada 23 mac 2013. Namun ia telah dihalang oleh YB Razif, Adun Kawasan Seberang Takir sehari sebelum program berlangsung dengan alasan program tersebut dianjurkan oleh Gamis yang mana ia telah disenarai hitamkan oleh Umno Terengganu sebagai entiti yang dianggap oleh Umno telah memalukan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia adalah berikutan Gamis telah mengadakan demonstrasi aman untuk menyerahkan memorandum mahasiswa kepada YAB Perdana Menteri ketika lawatan kerja Perdana Menteri pada Februari yang lalu. Alasan lain yang diberikan oleh beliau adalah ahli panel jemputan, Imam Muda Ammar dan Ustazah Maryam Saari dari program realiti Imam Muda dan Ustazah Solehah adalah tidak mendapat tauliah daripada Sultan Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Tambahan pula katanya, Musim PRU13 sedang berlangsung pada ketika ini dan permohonan untuk menggunakan masjid Tok jembal tidak melalui permohonan kepadanya sedangkan pihak penganjur telah membuat permohonan dan diluluskan oleh pihak JHEAT. Dakwanya lagi, beliau bimbang GAMIS Terengganu akan membuat ceramah berbaur politik di dalam masjid berkenaan. Oleh yang demikian, program tersebut terpaksa dibatalkan. Pihak Gamis Terengganu, mengecam sekeras-kerasnya tindakan YB Razif yang hanya mahu menjaga survival politik beliau dalam menghadapi PRU13 kali ini. Program yang bertujuan mendidik masyarakat dipandang enteng dan dianggap politik sedangkan tajuk program dan panel forum tidak ada sebarang kaitan dengan mana-mana entiti politik di Malaysia. Tindakannya ini bukan membantu mengukuhkan kedudukan beliau, tapi ia akan menghumban beliau ke lembah kekalahan pada PRU 13 kali ini. Muhammad Raimi bin Abdul Rauf, Pengerusi GAMIS Terengganu | ||||
Kesetiaan PAS dan DAP terbukti, matlamat murni Posted: 24 Mar 2013 03:33 AM PDT Oleh Harakahdaily KUALA LUMPUR: Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang diterima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini. Bagi penulis politik, Aspan Alias, PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. "Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan 'ulamak songsang' yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram disokong," tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/. Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah. Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang diterima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini. PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan 'ulamak songsang' yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram disokong. Berbagai kumpulan upahan telah dibawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama disesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka. Semalam Lim Kit Siang telah menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya ini. Ini di sebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang 15hb Disember yang lalu. Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan ROS untuk membatalkan pendaftaran DAP itu tidak boleh dianggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada mereka (UMNO). Saya secara peribadi tidak mahu menolak kemungkinan BN akan melakukan tindakan pembatalan pendaftaran DAP itu. Tetapi saya telah menangkap sedikit imbasan dari kenyataan Nik Aziz semasa melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh semasa perayaan Thaipusam yang lalu. TGNA telah menyatakan yang PAS berkemungkinan menurunkan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ini. Dengan kenyataan LKS semalam, maka buat sementara DAP tidak akan mempunyai apa-apa masalah di dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Jika ROS bertindak seperti ia bertindak terhadap UMNO asal dahulu, maka DAP mempunyai teman seperjuangan yang setia untuk membelanya dalam kesusahan. Tetapi apa yang menariknya DAP dan kaum Cina telah menganggap PAS sebagai rakan seperjuangan yang rapat dan keadaan ini telah menyatukan semua kaum. PAS dan DAP merupakan dua sahabat yang saling memerlukan di antara satu dengan yang lain untuk mencapai matlamat murni iaitu untuk sebuah negara yang bersih pentadbirannya dan telus di dalam semua tindakan dan keputusan yang melibatkan rakyat. Dalam masa DAP menghadapi tekanan dari pihak ROS dan BN itu, PAS boleh diharapkan untuk membela parti sahabat sebagai tanda dan lambang kerjasama erat bagi mencapai matlamat untuk mencapai matlamat penyatuan kaum itu. Permuafakatan di antara PAS dan DAP inilah yang memeritkan UMNO dan BN. UMNO telah cuba untuk memisahkan DAP dan PAS untuk 'survival' parti itu tetapi tidak berhasil malahan DAP dan PAS bertambah intim kian hari kian masa. Saya selalu berkata yang UMNO merupakan pihak yang terhandal dalam mencipta slogan-slogan seperti slogan 1Malaysia dan hidup dalam harmoni di antara semua kaum dan agama. Semuanya itu hanya tinggal slogan tetapi apa-apa slogan yang di war-warkan oleh UMNO, yang menterjemahkan kepada realiti hanyalah Pakatan Rakyat. 'Bersih, Cekap dan Amanah' merupakan slogan UMNO semasa pemerintahan kuku besi Mahathir dahulu tetapi tidak pernah terlihat hasilnya. Di bawah pimpinan Dr Mahathir tidak ada bersihnya, tidak wujud cekapnya dan jauh sekali dari melihat sifat amanah seperti yang dislogankan itu. Hasilnya Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pula yang melaksanakan slogan 'Bersih. Cekap dan Amanah' itu. Sekarang 1Malaysia adalah slogan Najib yang sedang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam mana pihak Pakatan telah menunjukkan kesatuan di antara kaum dan agama dengan jayanya. Semuanya ini terbentuk kerana semua pihak dalam Pakatan Rakyat bersatu untuk menuju kebaikan yang cuba diperlekehkan oleh UMNO yang tidak mempunyai kudrat dan kemampuan untuk menyatukan rakyat berbagai kaum dan cara hidup ini. UMNO yang mengaku sebagai pejuang Islam terpaksa melunakkan lagi nyanyian lagu rasis dalam kempen pilihanraya ini. Tetapi bagi semua yang beragama khususnya yang beragama Islam tetap merialisasikan kenyataan yang Islam itu adalah agama yang mampu untuk bersatu dan bermuafakat dengan agama lain untuk hidup dalam negara yang aman, muhibbah dan saling menghormati di antara satu dengan yang lain. Tuhan telah menurunkan di dunia ini manusia dari berkumpul-kumpulan dan berbeza-beza semata-mata untuk memperkayakan sifat memahami serta menghormati di antara satu dengan lain. Tuntutan inilah yang tidak digemari UMNO kerana tuntutan Allah swt ini tidak sesuai dengan kehendak mereka. Maka mereka pun mengumpulkan mereka yang berserban dan berjubah di depan kaca TV3 untuk mengharamkan menyokong PAS dan melabelkan PAS parti yang menjual akidah dan berbagai-bagai lagi tuduhan yang liar dan menjilikan. Apa yang diagakkan akan dilakukan oleh ROS terhadap DAP boleh diselesaikan dengan cara berpadu dan memahami masalah di antara satu dengan lain. Jika pembatalan pendaftaran DAP dilakukan juga oleh pendaftar pertubuhan, maka calon-calon DAP dialu-alukan oleh PAS untuk menggunakan lambangnya sebagai tanda hormat menghormati di antara kedua-dua parti itu. Yang penting sekali ialah matlamat mendapatkan kerajaan yang telus, bersih dan tidak rasuah itu dapat dicapai sebagai satu-satunya jalan ke arah mencapai 'national unity' yang merupakan 'ultimate' bagi negara ini. Sekarang apa yang saya selalu sebutkan akan menjadi kenyataan. Semua rakyat mahu bersatu tetapi kali ini mereka mahu bersatu di luar BN dan bukan lagi bersatu di bawah naungan UMNO dan BN yang terlalu angkuh dan tidak dapat difahami lagi apa sebenarnya matlamat perjuangan mereka sekarang ini, jika tidak kerana kerakusan kuasa semata-mata.. Sesungguhnya UMNO sudah hilang segala 'identity' nya sebagai sebuah parti pemerintah. 'Attribute' sebagai parti pemerintah nampaknya sudah terbina di dalam Pakatan Rakyat. UMNO sudah menjadi sebuah parti saling tidak tumpah sebagai parti yang melata seperti pengemis meminta sokongan rakyat yang sudah celik belaka sekarang ini. | ||||
PRU13: Tempoh 10 minit macam 'ajak-ajak ayam' Posted: 24 Mar 2013 03:31 AM PDT Oleh Harakahdaily KUALA LUMPUR: PAS menghargai keputusan kerajaan memberikan ruang kepada parti politik muncul 10 minit melalui Radio Televisyen Malaysia untuk menjelaskan manifesto pilihan raya, namun melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' sahaja. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media. Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan. "... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih. "PAS menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa semua parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masing-masing. Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS masih belum membincangkan tawaran itu sama ada mahu menggunakan platform tersebut atau tidak. "Setakat ini, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya. Pandangan serupa turut dikongsi PKR yang mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa tersebut. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan Pakatan Rakyat menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan. Menurutnya, tempoh masa dan syarat yang diumumkan Rais kelmarin seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya Pakatan Rakyat. Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah pro Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu. "Kita masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak. "... tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi? "Rais perlu mempertimbangkan semula, jangan memperbudakkan kita," katanya. | ||||
Kit Siang: Saya mungkin tanding guna lambang PAS Posted: 24 Mar 2013 12:52 AM PDT MALAYSIA KINI Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada. "(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR. "Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya. Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi. ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa. Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya. | ||||
Bekas IGP: Pertingkat risikan di perairan Sabah Posted: 24 Mar 2013 12:50 AM PDT Penambahan aset dan jumlah anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah mampu melindungi kawasan itu daripada dibolosi penceroboh di masa depan, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Beliau berkata tindakan meletakkan kawasan itu dalam kawalan keselamatan yang ketat membolehkan semua aset keselamatan ditumpukan di sana. Ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk "Lahad Datu: Negara Terjajah, Aqidah Tergadai, Siapa Dalang" di Klang malam tadi, Musa turut menyarankan tindakan risikan oleh pasukan penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan perairan Sabah bagi mengelakkan insiden pencerobohan berulang. Katanya semasa pasukan polis marin ditempatkan di setiap pulau di Sabah, pasukan keselamatan itu turut menjalankan risikan bagi mendapatkan maklumat mengenai penceroboh. "Tetapi apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan khidmat polis marin di kawasan itu dihentikan...APMM lebih bertumpu kepada perikanan, pertanian dan sebagainya tetapi kurang dalam risikan," katanya. Dalam pada itu, Musa turut meminta semua pihak supaya menghormati dan tidak memperlekehkan segala usaha yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dalam membanteras kumpulan militan Sulu di Lahad Datu. "Bila rakyat menyokong, mereka akan bersemangat. Kita perlu beri kekuatan pada mereka kerana sememangnya mereka amat memerlukannya ketika ini," katanya. Sementara itu, Musa berkata tindakan menghantar polis sebelum tentera dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah tepat kerana situasi itu turut melibatkan masalah dalaman.- Bernama | ||||
Rakyat Sarawak Bangkit, Mana Taib Mahmud Mau Lari? Posted: 24 Mar 2013 12:00 AM PDT KELAB GREENBOC Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan kesalahannya. Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib. Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa. Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu. Menyamar sebagai pelabur asing untuk membeli tanah hutan balak untuk dijadikan ladang kelapa sawit, penyiasat GW berbual dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak-anak bapa saudara Taib iaitu Abdul Rahman Ya'acob, ketua menteri sebelum Taib. Perbualan mereka adalah seperti berikut: Fatimah: Ample Agro adalah syarikat milik keluarga kami, tetapi empat daripada saudara kami ada dalam syarikat itu. Jabatan Survei dan Tanah yang mengeluarkan lesen. Sudah tentu atas arahan Ketua Menteri dan saya boleh bercakap dengan Ketua Menteri dengan mudah. GW: Boleh ke? Fatimah: Ya. GW: Kamu fikir beliau akan setuju? Fatimah: Ya, dialah yang memberi tanah kepada kami. Dia sepupu saya (ketawa). Ibunya dan bapa saya adalah kakak dan adik. Dia sepupu saya, jadi agak mudah. Taib tidak dapat menjawab Kedua-dua beradik itu berkata Ample Agro memiliki 5,000 hektar tanah yang diberi oleh Taib dan dibeli pada kadar harga yang sangat rendah. Mereka bercadang untuk menjual syarikat itu dan dalam klip video itu mereka meminta RM4,000 se ekar (menjadikan jumlah keseluruhan RM50 juta). Di antara pemilik bersama ialah Norah Abdul Rahman, ahli parlimen Tanjong Manis dan Khatijah Abdul Rahman, kakak ipar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dan apa yang dikatakan Taib berhubung dakwaan kedua-dua sepupunya itu dalam video itu apabila beliau diasak oleh para pemberita, kata beliau: "Awak kenal, mereka itu sepupu saya? Adakah awak tahu apa hubungan di antara bapa mereka dan saya……….sama ada mesra atau tidak? Kami bergaduh pada suatu ketika dulu. Dua pupu saya itu bukannya orang yang saya paling percayai……tapi bergantunglah kepada awak." Apa yang dimaksudkan Taib ialah beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga sepupunya itu dan oleh itu, apa yang disebutkan oleh kedua-dua sepupunya itu harus dipandang dengan perasaan ragu dan tidak mempunyai kredibiliti. Sememangnya Taib pernah bergaduh dengan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'acob. Tetapi perkara itu berlaku pada tahun 1980an apabila berlaku pertembungan kepentingan kerana merebut kontrak kerajaan dan konsesi balak. Bagaimanapun mereka berbaik semula selepas itu dan satu peristiwa yang mendapat liputan media secara meluas pada 2008 di mana mereka kelihatan berpelukan dan mengisytiharkan bahawa 'air dicincang tidak akan putus'. Kini pergaduhan di antara mereka telah pun tinggal dalam lipatan sejarah dan keluarga Abdul Rahman mendapat keuntungan besar daripada Taib berdasarkan kepentingan-kepentingan yang meluas dalam empayar perniagaan Taib. Satu lagi tanda di mana terjalinnya hubungan mesra di antara kedua-dua keluarga mereka ialah Taib memilih Norah, anak perempuan Abdul Rahman untuk bertanding kerusi parlimen Tanjong Manis dalam pilihan raya umum lalu. Ringkasnya, Taib berbohong apabila beliau mendakwa kedua-dua sepupunya itu tidak mempunyai hubungan yang baik dengannya dan justeru itu, kedua-dua sepupunya itu tidak perlu membabitkan beliau dengan mereka cipta cerita-cerita sebegini. Lagi pun, maklumat mengenai pemilikan dan bayaran premium yang minima untuk 5,000 hektar tanah itu mudah diperolehi di pejabat pendaftar tanah dan untuk berbohong dalam isu ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Malahan tindakan Taib untuk mempertahankan diri memberi isyarat jelas bahawa beliau bersalah seperti didakwa. Peguam dedah korupsi Taib Video berdurasi 16 minit itu juga memaparkan perbualan yang berasingan di antara GW dengan dua peguam yang mendedahkan tindakan Taib yang melanggar undang-undang dan terlibat dengan rasuah. Salah seorang daripada mereka ialah Alvin Chong, peguam yang terlibat dalam urusan perniagaan keluarga Taib dan kerajaan negeri Sarawak. Seorang lagi peguam ialah Huang Lung Ong yang berusaha untuk menjual tanah bagi pihak bapa saudaranya, tokoh korporat Hii Yii Peng yang rapat dengan Taib. Dalam perbualan dengan Alvin, GW memberitahu apa yang telah diberitahu oleh kedua-dua sepupu Taib sebelum itu berhubung cara haram yang digunakan untuk mengelak dari membayar cukai keuntungan hartanah. Alvin juga menggariskan kaedah yang selamat tetapi secara haram yang sering digunakan oleh mereka untuk mengelak dari peraturan kerajaan bahawa pemilikan saham dalam sesebuah syarikat tempatan mestilah tidak kurang dari 51%. Huang berusaha untuk menjual 32,000 hektar tanah dengan harga RM230 juta yang dimiliki Billion Venture, di mana bapa saudaranya Hii merupakan pemegang saham majoriti. Beliau memberitahu GW secara terus terang bahawa untuk menjayakan urusniaga itu, vendor tersebut harus memberi komisyen peribadi kepada Taib sebanyak 10% dari nilai jualan, yang dianggap sebagai amalan biasa. Apabila Taib mendesak para pemberita supaya membuat komen tentang pendedahan video ini, beliau mengakui beliau telah menonton video tersebut dan menganggapnya sebagai "nakal" dan tidak mempunyai kredibiliti dan beliau menafikan mempunyai orang tengah. Kata beliau: "Boleh jadi seseorang itu mencuba untuk mempromosi dirinya untuk menjadi agen untuk mendapatkan layanan istimewa daripada saya? Ia tidak ada kena mengena dengan saya, betul?" Jawapan yang samar-samar dan tidak relevan seperti itu berhubung pendetailan khusus tentang rasuah, salah guna kuasa dan mengelak dari membayar cukai dan keperluan statut yang didedahkan secara terang-terang oleh mereka yang berwibawa seolah-olah beliau memberitahu seluruh dunia: "Saya memang bersalah, apa jadahnya?" Perlu disebut disini bahawa peguam Huang tidak menafikan kesahihan perbualan dalam video tersebut. Dalam satu wawancara menerusi telefon yang disiarkan Malay Mail 19 Mac lalu, beliau bagaimanapun menyifatkan perbualan tersebut sebagai "perbualan kedai kopi" dengan seorang "pelabur asing". Beliau menjelaskan: "Saya diperangkap. Saya meminta nasihat tentang aspek undang-undang berhubung urusan tanah. Saya mungkin telah menuturkan beberapa perkataan akibat dari kekecewaan kerana dia (pelabur asing itu) bertanyakan banyak soalan. Saya tertekan. " Perkataan-perkataan ini dengan sendirinya menjelaskan tentang kebenaran yang didedahkan Huang berhubung amalan rasuah Taib. Tali hayat akhir Umno? Sebagai pemimpin Sarawak yang korup selama 32 tahun, Taib Mahmud sudah tentu tidak asing lagi dengan pelbagai skandal. Dalam rak-rak dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini penuh dengan debu, beribu-ribu muka surat mencatat pelbagai penyelewengan dan dosa Taib yang memusnahkan hutan rimba tebal Sarawak sehingga hampir pupus. Beliau merampok sebahagian besar kekayaan hutan balak untuk keluarga dan kroni perniagaannya secara haram dengan memusnahkan kehidupan dan alam sekitar penduduk pribumi. Tetapi Taib tetap kebal, walaupun berbagai laporan dibuat terhadapnya dalam tempoh beberapa tahun yang silam, dilindungi oleh kemampuannya untuk menjadi juara dengan rekod memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya. Namun, kali ini masanya luar biasa dan video Global Witness merupakan satu pendedahan yang luar biasa. Sejak video ini tersebar beberapa tahun lalu, pendedahan di YouTube telah berjaya menarik lebih sejuta pelawat. Ini bermakna rasuah bersaiz mega Taib itu sudah tersebar ke dalam lebih sejuta rumah dan akan terus tersebar seperti api yang cepat merebak sehingga hari pengundian. Mampukah Najib berdiam diri dan membiarkan Taib menjadi tugu peringatan sebagai tanda amalan rasuah BN sehingga menjelangnya pilihan raya umum akan datang? Tidakkah Taib yang degil dan tidak boleh disentuh itu melambangkan regim BN yang korup itu tidak mahu bertaubat dan tidak dapat diselamatkan lagi. Mungkinkah ini tali hayat terakhir sebagai isyarat keruntuhan hegemoni Umno yang berusia lebih separuh abad itu? LIHAT VIDEO DI SINI | ||||
Posted: 23 Mar 2013 11:50 PM PDT Mungkin tiada yang serius tentang bilakah Barisan Nasional (BN) membentangkan manifesto pilihan raya mereka, setelah hampir sebulan Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto Rakyat. Sebaliknya, "gambar video seks" pula yang dihidangkan terlebih dahulu sebagai cubaan untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dengan tuduhan homoseksual. Apakah ini satu-satunya "manifesto" yang mampu ditawarkan BN untuk pengundi Malaysia, setelah lebih setengah abad memerintah? Memang cukup mual apabila "seks" digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh politik. Kalau bukan budak jambu, maka "pelacur China" (kononnya). Kalau dahulu lelaki, kemudian perempuan, kini berbalik pula kepada lelaki... Sehingga warga internet terus menyindir, "barangkali 'Anwar' akan ditangkap kerana mengadakan hubungan dengan lembu dalam kondominium pada masa akan datang!" Belum sampai 24 jam, warga internet telah berjaya mengesan bahagian-bahagian yang disyaki, termasuk garis rambut pelaku dalam gambar (lebih ke tengah) yang tidak sama dengan Anwar (jelas di sebelah kiri), sudut cahaya dengan bayang yang berbeza dan sebagainya. Antara yang dipertikaikan, mengapa masih gambar hitam-putih sedangkan kita sudah masuk zaman digital dengan rakaman berwarna? Lebih-lebih lagi, jikalau benar Anwar berkelakuan sedemikian, dan "video" ini sengaja dirakam untuk mendedahkan "Anwar yang sebenar", mengapa tidak terus sahaja menyerbu ke bilik dan menangkap Anwar, ketika aksi-aksi ini berlangsung dalam hotel? Padahal saya tidak berminat untuk membincangkan isu ini dari perspektif sedemikian. Selama 15 tahun politik kita tidak terkeluar dari dubur. Babak ini hampir ditamatkan pada 2 September 2004, apabila Anwar diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan dari penjara. Kemudian, ia dibuka semula untuk melanjutkan talian hayat Umno-Barisan Nasional pada Jun 2008, apabila diuar-uarkan bahawa Pakatan bakal menawan Putrajaya pada 16 September 2008. Kes Liwat II ini dimatikan pada 9 Januari 2012 dengan keputusan mahkamah, dimatikan buat kali kedua apabila bapa Saiful Bukhari mengakui anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar pada 8 Mac 2013. Jadi, mengapa isu ini diulangi, biarpun setiap kali apabila ia dibangkitkan, akan dibongkarkan pembohongannya? Jawabnya senang, tukang propaganda yakin, bahawa pembohongan jikalau diulangi seribu kali, akan menjadi kebenaran. Tetapi saya gagal membayangkan masa depan Malaysia jikalau politik kita terus berlegar-legar dengan cerita dubur. Seandainya pesaing politik boleh ditumpaskan dengan sumpah fitnah, gambar atau video palsu, maka apakah makna kita berpolitik? Undilah pengarah dan penyunting filem untuk jadi Perdana Menteri! Lantik sahaja mereka yang bersumpah dari hulur ke hilir untuk menjadi ahli Parlimen, dan lihat bagaimana Malaysia boleh berkembang maju 10 tahun mulai hari ini. Lebih parah, demi agenda politik kepartian, media lidah parti seolah-olah diberi hak keistimewaan untuk bebas menabur fitnah. Lihat bagaimana kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia, yang akhirnya berjaya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang di pihak yang benar. Pimpinan Pakatan Rakyat seperti Nizar Jamaluddin, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Khalid Samad dan lain-lain antara yang menang dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia. Sementara itu, Khairy Jamaluddin, yang lantang menuduh bahawa Anwar ejen Yahudi sebelum ini, akhirnya terpaksa menelan ludah sendiri. Namun, apakah ia memadai dengan kesudahan sedemikian? Sememangnya tidak! Kita perlu sedar bahawa sungguhpun kebenaran menang di penghujungnya, tetapi fitnah ini telah memahat kesannya pada si mangsa. Lihat bagaimana Teresa Kok ditahan bawah ISA tidak tentu pasal, hanya kerana difitnah mengeluarkan arahan "melarang laungan azan" - yang akhirnya terbukti langsung tidak pernah terkeluar dari bibirnya. Lihat bagaiman persepsi "Anwar ejen Yahudi" dipahat dengan fitnah sebegini, sehingga masyarakat Melayu termakan dengan propaganda bahawa Pakatan mengkhianati Islam. Mangsa seterusnya, Nurul Izzah difitnah bahawa beliau menyokong murtad; Tian Chua, baru-baru ini, difitnah bahawa beliau mengeluarkan kenyataan anggota pasukan keselamatan yang terkorban itu bagai "mati katak". Mungkin kita perlu menunggu sehingga satu hari nanti, apabila keadilan ditegakkan. Apa yang pasti, Tian Chua tidak sempat membersihkan namanya melalui mahkamah sebelum PRU13. Bayangkan kesannya terhadap Tian Chua sebagai seorang pemimpin politik, yang bakal bertanding dalam PRU13. Beliau mungkin kalah seandainya pengundi Batu termakan dengan propaganda sedemikian. Dan jikalau mahkamah memutuskan satu hari kemudian, bahawa Tian Chua benar tidak bercakap sedemikian, bagaimana pula pampasannya? Bukan niat saya untuk membincangkan hal ini dari sudut kepentingan individu. Malah ia harus dilihat sebagai satu agenda besar, atau motif politik yang jelas, bahawa persepsi negatif sengaja direka dan dipaksakan terhadap masyarakat kita, agar tidak mempercayai Pakatan. Persepsi ini bukan sahaja menambat langkah Pakatan ke Putrajaya, malah membantutkan pendemokrasian politik Malaysia. Bagaimana pula kerugian ini ditebus dengan pampasan yang setimpal? Keadilan yang dilengah-lengahkan, adalah keadilan yang dinafikan. Memohon maaf selepas lima tahun gagal menebus dosa anda. Kita perlu bezakan antara hitam dengan putih sebelum membuat keputusan. Ini kerana manusia yang gagal membezakan antara hitam dengan putih akan termakan dengan propaganda gambar video hitan-putih. *Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com | ||||
Pemimpin Umno kuat untung pembelian senjata, peralatan tentera Posted: 23 Mar 2013 11:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Isu skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia, apabila ia melibatkan komisyen berjumlah RM457 juta yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Abdul Razak Baginda. Lebih memalukan lagi apabila isu rasuah sebegitu besar itu yang kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis tercetus ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002 lalu. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pada 20 April 2012 lalu, Hakim Penyiasat (Paris Tribunal Instance), Roger Le Loire telah menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Dato' Seri Najib, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Menurut beliau, isu tersebut sangat penting dan memerlukan komitmen serta kehadiran Najib dan Zahid dalam perbicaraannya, tetapi keengganan mereka hadir ke mahkamah Perancis sehingga kini menimbulkan seribu tanda tanya, seolah-olah mereka ingin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat. Katanya, isu tersebut turut membuktikan pembelian alat-alat senjata dan kelengkapan ketenteraan oleh kerajaan dijadikan tempat oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka. "Sedangkan itu semua adalah soal keselamatan. Dalam soal keselamatan pula, terdapat dua perkara asas, iaitu maruah nasional dan kedaulatan negara. Mana-mana negara pun di dunia ini mesti ada dua benda itu kerana ia merupakan perkara asas untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi 20 Mac lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Malaysia tidak mempunyai peruntukan yang besar bagi pertahanan, tetapi jika peruntukan itu juga turut dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu, ia pasti menjejaskan kapasiti pertahanan negara seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang. "Sedangkan angkatan tentera kita seperti juga tentera-tentera di negara lain pasti memerlukan peralatan canggih yang bermutu tinggi untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. "Jika peralatan yang dibeli itu berharga rendah, ia pasti tidak bermutu dan tidak menepati keperluan yang sebenar. Ini bukan hanya merbahayakan negara, tetapi turut memalukan tentera kita di mata dunia. Itulah padahnya jika pemimpin tidak melaksanakan amanah rakyat dengan baik," ujar beliau. | ||||
Bersiap sedia hadapi 1001 taktik kotor BN - Presiden PAS Posted: 23 Mar 2013 11:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh ahli PAS disemua peringkat mempersiapkan diri dan jentera pilihan raya untuk menghadapi 1001 helah dan taktik kotor Umno-BN dalam PRU13 tidak lama lagi. Tegasnya kepada Harakah, kesemua peringkat jentera pilihan raya hendaklah digerakkan pada tahap paling maksimum kerana teka teki bilakah pilihan raya tidak ada lagi, setelah tempoh tamatnya kian diketahui umum. Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan semua ahli PAS mesti bekerja dengan ikhlas untuk memperjuangkan Islam yang menjadi dasar perjuangan parti dengan memperkenalkan konsep "Islam Adil Untuk Semua". PAS ujarnya, telah menjayakan konsep itu dengan ikatan Tahaluf Siasi yang terpahat diantara parti-parti pelbagai kaum dan agama dalam Pakatan Rakyat seperti yang diluluskan Majlis Syura Ulama dan Lajnah Politik PAS. "Kita yakin dengan pertolongan Allah, kita akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya kali ini. Walaupun kemenangan itu tidak mudah, tetapi ianya tidak mustahil dengan pertolongan Allah," tegasnya kepada Harakah. PRU13 kali ini, tegas Ustaz Abdul Hadi adalah peluang terbaik untuk Pakatan mencapai kemenangan dengan syarat seluruh jentera pilihan raya dan petugas parti meningkatkan usaha lebih gigih dengan segala pengorbanan. Disamping itu, tegasnya lagi, setiap ahli PAS hendaklah memperbanyakkan munajat kepada Allah SWT untuk memohon pertolongannya. | ||||
Pemuda PAS tandingi 23 kerusi Parlimen, Dun Posted: 23 Mar 2013 11:45 PM PDT
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Pusat dijangka meletakkan calon-calonnya di 23 kerusi Parlimen dan Dun pada PRU13 kali ini, tegas Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan. Sehingga kini, katanya, terdapat 23 kerusi telah dipersetujui PAS Pusat untuk ditandingi dan mungkin akan berlaku pertambahan satu atau dua kerusi lagi. Daripada jumlah itu katanya, ada negeri yang meletakkan calon Pemuda PAS di peringkat Dun, dan ada juga negeri yang hanya meletakkan calon pemuda di peringkat Parlimen. Beliau berkata, dalam berdepan dengan PRU13 yang semakin hampir, Mohd Sany berharap semua jentera pilihan raya Pemuda PAS dapat mempertingkatkan gerak kerja di samping terus mendekati anak-anak muda dengan program-program yang "mesra" dengan mereka. "Dalam tempoh yang berbaki sebulan ini, saya berharap tahap kesediaan Pemuda PAS dapat dipertingkatkan. Program-program untuk anak muda seperti sukan, konvoi dan hiburan Islam tetap diteruskan. "Begitu juga sekurang-kurangnya petugas Pemuda PAS dapat 'menjaga' 10 pengundi baru dengan memantau mereka agar undi mereka berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakah. Selain itu ujar beliau, setiap ahli dan jentera pilihan raya hendaklah mematuhi arahan pimpinan dari masa ke semasa. Setiap petugas Pemuda juga jangan sekali-kali abaikan keselamatan mereka di samping tidak bertindakbalas terhadap provokasi pihak lawan. Sany berkata, dalam menentang sebarang perkara yang mencetuskan suasana tidak aman, Pemuda PAS hendaklah melaporkan kepada pihak keselamatan agar tindakan segera dapat diambil. | ||||
Jelajah pra pilihan raya Najib tamat, beri RM100j untuk projek Kuantan Posted: 23 Mar 2013 11:44 PM PDT Jelajah Janji Ditepati perdana menteri bertujuan untuk menunjukkan pencapaian pentadbirannya bermula April lalu di Johor dan berakhir malam tadi di negeri kelahirannya. Jelajah kebangsaan itu digunakan untuk menjanjikan dana dan peruntukkan oleh gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN). Najib juga menjanjikan RM3 juta untuk cadangan membina sekolah swasta Cina, Sekolah Menengah Chong Hwa, selain derma RM2 juta sebelum ini – dalam langkah dilihat untuk memenangi hati komuniti Cina di negeri tersebut. "Apabila kita berjanji, kita selalu tunaikannya," pengerusi BN memberitahu hadirin di Padang MPK2 di tengah bandar, perhentian terakhir jelajahnya. Pemimpin BN tempatan bimbang dengan peralihan undi di negeri kelahiran Najib berikutan dengan bantahan terhadap pelombong Australia dan loji penapisan nadir bumi di kawasan industri Gebeng. Walaupun cabaran undang-undang penduduk sudah berakhir dan Lynas sudah mula menghasilkan produk nadir bumi ditapis di bawah pemerhatian pihak berkuasa, BN bekerja keras untuk mendapatkan kembali sokongan daripada penduduk. Pemimpin BN tempatan mengatakan kehadiran Najib akan meningkatkan peluang mempertahankan negeri itu dan memastikan gabungan tersebut merampas kembali beberapa kerusi parlimen untuk mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008. Najib telah bekerja keras untuk program transformasi ekonomi dan sosial bagi mendapatkan semula sokongan bagi BN dan mandat peribadinya selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdullah Ahmad badawi pada 2009. Najib mengulangi malam tadi untuk memberi wang tunai secara tahunan di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi isirumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan. Terdapat dua jenis pemberian tunai diperkenalkan tahun lepas. Najib juga mengumumkan akan memperuntukkan lebih RM100 juta untuk diagihkan sebagai skim mikro-kredit tahun ini dan tahun hadapan dalam amaun yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2013. Seperti kawasan bandar lain yang beliau lawati dalam jelajah tersebut, perdana menteri juga melancarkan perumahan mampu milik PR1MA. Di Kuantan beliau mengatakan 20,000 rumah mampu milik akan dibina di kawasan parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota untuk membantu pertumbuhan tegar Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Beliau mengumumkan projek perumahan sama di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dimana Pakatan Rakyat (PR) menggunakan isu harga hartanah untuk menang. Penggubal undang-undang dari kedua-dua pihak menjangkakan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak, akan dibubarkan minggu hadapan untuk memberi laluan pilihan raya umum pada April. Najib telah berikrar untuk mengadakan pilihan raya selepas menerangkan pencapaian kerajaannya dan melengkapkan jelajahnya walaupun ramai ahli politik mengatakan pilihan raya perlu diadakan dalam masa lima tahun selepas pilihan raya 8 Mac, 2008. Perdana menteri menyenaraikan pencapaiannya dalam ucapan "state of union" pada Selasa lalu. Walau bagaimanapun, beliau dijangkakan akan membubarkan parlimen selepas pertunjukkan LIMA 2013 Langkawi pada minggu hadapan. | ||||
Bersenjatakan janji, Pakatan gempur Melayu Johor Posted: 23 Mar 2013 11:42 PM PDT Oleh Mohd Farhan Darwis JOHOR BARU— Pakatan Rakyat (PR) menggempur Kampung Melayu Majidee, berkempen menjelang pilihan raya malam tadi, menyerang teras Melayu bandar Johor dengan menjanjikan pendidikan percuma kepada pengundi baru kawasan tersebut, dan janji untuk mengekalkan penempatan itu kepada penyokong tradisional Umno. Berhimpun di wilayah Melayu bersejarah di pusat bandar Johor Bahru, lebih kurang 2,000 orang telah diberi amaran oleh pemimpin-pemimpin PR kerajaan negeri mereka, diterajui oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa "rasuah", mempunyai rancangan untuk menjual beberapa kampung dalam penempatan tersebut untuk komisen lumayan. Akan tetapi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, anak kelahiran Johor yang dikatakan menjadi calon pilihan PR untuk menggantikan Abdul Ghani sebagai MB, berjanji perkara ini tidak akan berlaku di bawah pemerintahan pakatan jika ia berjaya merampas kubu Umno di Johor dalam pilihan raya akan datang. "Dengar cerita tanah Kampung Melayu Majidee nak dijual, pemimpin Umno sedang bincang-bincang, komisennya cukup lumayan," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu kepada hadirin. "Kalau Umno tak boleh pertahankan tanah orang kampung, kami PR akan selamatkan tanah tuan-tuan," tegas Salahuddin disambut sorakan dan teriakan penyokong mereka. "PR akan jadikan Kg Melayu sebagai Kampung Warisan Negara, Umno tak fikir ini semua ... esok dah hilang kampung, nak buat apa, nyanyilah lagu ghazal," kata beliau merujuk kepada lagu tradisional Melayu Johor. Kampung Melayu Majidee adalah penempatan untuk selurang-kurangnya 10 kampung Melayu dan dikatakan mewakili suara Melayu bandar Johor, kubu kuat lama parti tunjang Barisan Nasional (BN), iaitu Umno. Tetapi orang-orang yang hadir malam tadi kelihatan riuh dalam menunjukkan sokongan mereka untuk rentetan pemimpin PR -bergilir-gilir di pentas ceramah. The Malaysian Insider mendapati ramai orang muda di kalangan hadirin, faktor yang tidak dilupakan oleh penceramah kerana mereka bangkit untuk sorakan lebih padu. Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kemuncak malam tadi, dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berjanji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya. Selain itu, Anwar memberikan jawapan khas terhadap kritikan kerajaan persekutuan di bawah PR akan mengakibatkan kehilangan kuasa politik orang Melayu, kumpulan etnik yang paling dominan di negara ini. "(Kalau) menang, menanglah, tak menang takpelah, kita tawakal kepada Allah. Kita tak mungkin kekal dalam perjuangan ini kalau nak khianat Melayu," tegas Anwar. Walau bagaimanapun, terdapat dikalangan hadirin yang meragui retorik PR. Seorang hadirin yang ditemui The Malaysian Insider walau bagaimanapun berkata, cabaran PR di Johor amat besar kerana mereka perlu memecahkan monopoli Umno dan BN daripada penduduk Melayu Johor jika mahu menawan negeri tersebut. Monodon, 49, mengakui Melayu Johor lebih cenderung kepada Umno, dan kesedaran politik mereka terhadap PR amat sedikit. "Tapi pengundi muda, ada anak- anak yang merupakan pengundi baru ... mereka ini lebih kepada PR, mereka ada maklumat daripada alternatif media," katanya. Di semenanjung, Johor dilihat sebagai kunci PR untuk menawan Putrajaya, diantara negeri yang tidak terkesan dengan Tsunami politik Pilihan Raya 2008. Menjelang Pilihan Raya 2013, PR memberikan tumpuan menang di Johor termasuk secara strategiknya memindahkan pemimpin utama mereka untuk bertanding di negeri selatan tanah air itu. Diantaranya termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang diumumkan oleh Anwar awal minggu ini bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur untuk bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah. Melayu merupakan 60 peratus daripada tiga juta populasi di Johor, yang juga penempatan kepada 74 kawasan FELDA di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Undi Melayu FELDA sering dijadikan BN sebagai kunci utama dalam pertempuran pilihan raya, dan juga telah dikreditkan sebagai antara sebab-sebab di sebalik survival BN dalam pilihan raya umum 2008. Dalam Pilihan Raya 2008, BN menjadi kerajaan yang kuat di Johor apabila menang 25 daripada 26 kerusi parlimen dan 50 daripada 56 kerusi DUN. Tanpa kemenangan di Johor, BN akan kalah di tangan PR di semenanjung, dengan hanya 60 kerusi persekutuan berbanding PR yang mempunyai 79 kerusi. Dengan mengambilkira kerusi Johor, kerusi di semenanjung antara BN dan PR adalah 85-80. | ||||
Polis sahkan Datu Amir Bahar Hushin Kiram ditahan Posted: 23 Mar 2013 11:34 PM PDT Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas. "Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi. Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini. Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan. Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma. Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya. Sementara itu, Zulkifeli berkata kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan. Mengenai Operasi Daulat, beliau berkata operasi itu masih diteruskan. "Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat," katanya. - Bernama | ||||
7 janji, 7 dosa projek beli undi Posted: 23 Mar 2013 11:29 PM PDT SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya: Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." (Riwayat Muslim). Mungkin sumber hadis ini menjadi idea buat Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Razak menghambur fitnah terhadap PAS demi melaksanakan agenda merampas Kelantan. Lalu diungkaplah kononnya PAS berdosa kepada rakyat. Disebutlah tujuh dosa itu, iaitu PAS pertama tidak mempertahankan kalimah Allah apabila dipersendakan sekutunya DAP, kedua membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, ketiga gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, keempat mengurniakan lebih 4,000 hektar tanah di Kelantan kepada pemimpin DAP membenarkan pemimpin DAP secara rakus menggondolkan hutan di Lojing, kelima (bersyubhat dengan) Tian Chua (Naib Presiden KeADILan terhadap isu di Lahad Datu sedangkan (di sisi Najib) Tian Chua adalah pemimpin keji kerana menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang di Sabah, keenam menipu rakyat apabila berkata tahaluf siyasi Barisan Nasional (BN) tidak betul sedangkan PAS bekerjasama dengan DAP, dan ketujuh mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri sehingga matlamat manifesto apabila menukar daripada negara Islam kepada negara kebajikan dan hilang hukum hudud. Sambil mengungkap kata-kata sinis (di SM Tanah Merah 1, 15 Mac 2013) Najib berkata: "Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini." Hakikatnya Najib sendiri sudah lupa, angka tujuh yang disebut itu sebenarnya telah disebut kepada pemimpin dan petugas pilihan raya Umno ketika sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil (11 Mei) tahun lalu. Kata-kata Naib ketika itu dipopularkan sebagai tujuh prinsip Umno untuk menang di Kelantan. Antaranya, Najib dilapor berkata, pertama, antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? (dijawapnya Barisan Nasional). Kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini. Ketiga rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini. Keempat, katanya, adalah rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan. Kelima, siapa yang boleh pelihara keharmonian negara? Keenam, siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara? Akhirnya prinsip ketujuh, rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru tidak peliklah untuk Najib terus berretorik dengan anjka tujuh tatkala datang ke Kelantan apabila berbicara soal pelung Umno untuk menang. Lalu dihamburkan tujuh janji berikut: pertama pembinaan Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu, kedua membina masjid terbesar sebagai ikon, ketiga membina 3,000 unit Program Perumahan Rakyat, keempat membina kampus bandar UiTM untuk 5,000 penuntut, kelima menyediakan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, keenam membina stadium baru, dan ketujuh menangani masalah bekalan air. Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Seri Mustapa Mohamed berkata tujuh janji itu bakal dimasukkan dalam manifesto BN pada PRU13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan. Hujah Mustapa itu sebenarnya cuba menafikan hakikatnya rakyat Kelantan sekian lama dipinggirkan. Hakikatnya orang yang menyekat dan meminggir rakyat Kelantan adalah Mustapa sendiri. Apa jua janji dan jaminan daripada pemimpin Umno, rakyat Kelantan harus tidak lupa, kerana sebelum ini puluhan janji dan gula sedia ditaburkan. Sekadar mengingatkan janji dan jaminan ketika pilihan raya umum 2008 lalu, pernah Najib (27 Feb 2008) menjanjikan kononnya kerajaan BN sedang merancang pembangunan negeri Cik Siti Wan Kembang sebagai komitmen demi kesejahteraan rakyat. Lalu dipujuknya rakyat agar tidak menganggapnya sesuatu retorik politik sahaja. Justeru apa peliknya dengan taburan tujuh janji yang cuba dikaitkan dengan tuduhan tujuh dosa dan motivasi tujuh prinsip menang itu. Apakah ia sebenar-benarnya komitmen yang harus diterima rakyat? Apa yang pasti asas angka tujuh yang dihamburkan tidak lebih daripada politik murahan Najib terhadap rakyat Kelantan. Kenapa Najib mengamalkan politik murahan dalam konteks Kelantan? Mungkin di sisi Najib, Umno Kelantan sudah tiada maruah diri berikutan status Umno di Kelantan kini sedang berpecah teruk, tiada kekuatan dan terpaksa bergantung kepada tokoh kitar semula. Siapa tidak kenal Annuar, Mustapa Mohamed dan Awang Adek memang tidak sekapal yang terpaksa dikitar semula. Mereka bertiga ini pernah mengetuai misi perhubungan Umno merampas Kelantan dan kesemuanya gagal. Kini dikitar lagi dan giliran kedua untuk Mustapa (giliran pertama tahun 2004). Sebelum itu tahun 1999 giliran Annuar dan pada 2008 lalu Awang Adek selaku bakal menteri besar yang telah dikecundang di Dun dan parlimen. Justeru lihat sejarah siapa dia Najib dalam minda rakyat Kelantan. Ketika berucap di Machang (ketika lawatan di Kelantan) turut menyindir tok-tok imam (27 Februari 2008). Katanya, 'dia suka mari ke Kelantan kerana tok-tok imam suka peluk dia kerana nak minta projek. Beza dengan tok-tok imam di negeri-negeri lain, mereka tak suka minta projek'. Malah turut menyindir orang Kelantan supaya jangan berfikiran sempit dalam membangunkan negeri berteraskan Islam, kerana Islam itu luas maknanya ketika mengulas maksud Kelantan Baru, Kelantan Maju semasa berucap di SM Kubang Kerian II. Najib sendiri telah memberi jaminan (ketika berucap di Kg Telong, Bachok pada 1 Mac 2008) untuk membela penanam tembakau di Kelantan dan menjamin harga daun kering tembakau supaya tidak diturunkan pada harga RM13.80 sehingga tahun 2012. Soalnya, janji tinggal janji, penanam tembakau terus merana dengan hutang baja dan racun. Kini semua syarikat tembakau lingkup kerana sekatan kuota (pengurangan hasil tembakau) antarabangsa. Demikian pula, Najib adalah penyambung tradisi pentadbiran lembap perdana menteri sebelumnya (Abdullah Ahmad Badawi). Maka cekapkah kerajaan BN di bawah Najib. Lihat sahaja berapa banyak projek yang tertangguh dan lewat siap? Di Kelantan sahaja (sekadar beberapa contoh) paling utama janji jambatan kedua Sultan Yahya Petra, merentasi sungai Kelantan telah diletak batu asas menjelang pilihan raya umum 2008, tetapi gagal dilaksanakan sampai sekarang. Status projek sekarang dalam kemajuan tetapi masih dilihat terbengkalai. Di dakwa siap dengan kos asal sebanyak RM143 juta tetapi selepas semakan ia ditambah RM7 juta lagi. Kini dilaporkan sudah retak sebelum guna! Tidak kurang pula 'projek sakit' di bawah kerajaan BN dalam tempoh RMK-8 sebanyak 246 buah, termasuk pembinaan sekolah SK Bukit Jawa, Selising bernilai RM12.2 juta telah 'sakit' selama empat tahun (disahkan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan, KSN ketika itu––3 Mac 2008). Apakah bijak dan cekapnya kerajaan BN. Belum lagi dihitung janji yang dihamburkan oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyidin Yassin. Antaranya projek Agropolitan yang dijamin untuk membela 4,000 petani miskin tegar. Ia telah dijanjikan semasa berjumpa dengan petani KADA pada 3 Mac 2008 di Peringat. Kemudian jika dilihat kepada tokoh lokal Umno Kelantan, misnya Annuar Musa semasa berkempen di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu berjanji untuk menghapuskan bayaran kepala bakul dan mengurangkan bayaran parking kereta di Kota Bharu, Dr Nik Zain calon Dun Chempaka yang melawan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjanjikan kepada rakyat yang tinggal di rumah-rumah yang uzur (buruk) akan diberikan rumah (Sinar Harian, 3 Mac 2008). Malah lebih hebat lagi akan janji Awang Adek akan melantik seorang Pegawai Khas kalangan pelbagai kaum, di samping untuk selesaikan semua masalah orang bukan Melayu ketika bertemu pengundi Cina di Sek Chung Hwa, Jalan Kelochor Kota Bharu ketika kempen rancak sebagai bakal menteri besar. Demikian sekelumit imbauan janji pemimpin Umno untuk hidangan rakyat Kelantan yang sudah tentu melebihi tujuh janji oleh Najib sendiri. Kini janji itu dihembur kembali, malah turut diperkemaskan dengan fitnah tujuh dosa dan tujuh prinsip untuk Umno merampas Kelantan. Tunggulah, banyak lagi politik murahan (baca auta politik) akan dijelmakan oleh pemimpin Umno menjelang hari mengundi. Apa yang penting, rakyat tidaklah mudah tersangkut dengan segala gula dan umpan yang ditabur. Sikap rakyat haruslah tegas untuk menolak habuan yang sementara demi mandat sepenggal pilihan raya. Fikir-fikirlah dengan hati yang tulus demi perubahan mencipta kerajaan yang terbaik pada PRU13 ini. | ||||
Presiden MCA dicabar lawan DAP di Gelang Patah Posted: 23 Mar 2013 11:21 PM PDT Roketkini.com PUCHONG,: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dicabar bertanding di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini melawan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang jika MCA benar-benar yakin mampu mempertahankan kerusi yang didakwa kubu kuatnya. "MCA mendakwa Lim Kit Siang 'lari' ke Johor kerana tidak berkhidmat dengan baik di Parlimen Ipoh Timur. Betulkah atau MCA sudah goyang, takut? "Saya nak tanya MCA , 'you' jangan cakap banyak. Kalau berani, 'you' panggil Chua Soi Lek bertanding di Gelang Patah," kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo pada majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP Puchong, di sini, malam tadi. Katanya, keputusan Kit Siang bertanding di Gelang Patah menunjukkan keberanian beliau menanggung risiko dan komitmen untuk perubahan politik di Malaysia. "Sekarang masanya telah datang, cukuplah dengan segala kerosakan yang berlaku di Malaysia akibat dasar tidak adil Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 56 tahun," katanya. Menjelaskan kenyataannya, beliau yang popular dengan gelaran 'Singa Puchong' itu berkata, setelah 56 tahun UMNO-BN memerintah, mereka seolah-olah lupa diri dan menganggap Malaysia kepunyaan mereka. Perkara ini boleh dibuktikan melalui senarai panjang pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman dan diskriminasi terhadap rakyat dan negara. "Mereka jadi begitu sebab setiap kali pilihan raya umum, mereka menang. Saya nak ingatkan BN dan Perdana Menteri, negara ini bukan milik kamu. Negara ini milik rakyat Malaysia," katanya bersemangat dihadapan lebih 3,000 orang yang hadir. – Roketkini.com | ||||
Yang berjuang hak dihukum, yang ganas biadap dibiar Posted: 23 Mar 2013 11:20 PM PDT Oleh Izmil Amri SEKUMPULAN mahasiswa memacak khemah di depan pintu gerbang Angkasapuri, Kuala Lumpur menuntut mahu berdebat dengan Perdana Menteri pada Jumaat 22 Mac lalu. Keberanian mereka menuntut hak dalam ruang demokrasi dibalas dengan tindakan polis mengheret mereka ke lokap. Mereka yang sekadar berhimpun di sana tanpa membawa sebarang senjata dan dengan niat melawan kezaliman pemerintah diperlakukan seperti penjenayah. Diseret ke tanah, digari dan dibawa ke rumah pasung. Pihak keselamatan begitu tangkas menangkap anak mahasiswa ini. Namun amat mengecewakan apabila mereka hanya berani dengan anak muda yang tidak punya banyak kekuatan atau daya upaya. Pilih kasih? Apabila samseng upahan UMNO melakukan keganasan, pihak keselamatan hanya sekadar menonton dari tepi jalan. Sudah berapa kali bas jelajah Merdeka Rakyat diserang dengan batu, telur dan cat. Mana dia tindakan tangkas pihak keselematan ke atas petualang yang jelas melanggar undang-undang ini? Lihat pula bagaimana Komtar yang menjadi pusat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diserang bertubi-tubi saban minggu, pintu kaca ditendang terajang dengan dilempar pelbagai ugutan dan ancaman. Mana dia ketangkasan pihak keselamatan? Pencacai UMNO akan terus berkelakuan seperti beruk, dan kebiadaban mereka itu akan berterusan selagi pihak keselamatan tidak berani bertindak. Mungkin mereka fikir UMNO akan terus berkuasa sesudah pilihan raya umum akan datang. Biadap ganas pecacai UMNO Keegoan UMNO ini mesti diajar, seperti mengajar anak kecil yang biadab. Ada kalanya boleh dipujuk, boleh dibawa berunding. Namun ada kalanya juga perlu bertegas, dan dicubit supaya menyedari kedudukannya sebagai pekerja rakyat Malaysia. Masalah UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menyedari tarafnya sebagai pekerja rakyat dan menyangka dirinya tuan di bumi ini hanya boleh diajar dan dibetulkan melalui kotak undi. Mereka harus dimalukan dengan kekalahan, sepertimana yang terjadi kepada mereka ini ketika pilihan raya umum lalu. Kita menolak UMNO dan BN kerana parti ini terlalu lama menyangka dirinya tuan dan menjadi begitu angkuh dan rosak sehingga tidak boleh lagi diperelok perangainya yang hodoh itu. Ubah untuk kebaikan kita semua Begitu buruk sekali perangai UMNO, hatta sehingga ke hari ini mash lagi cuba memperbodohkan rakyat di ambang nyawanya hampir terputus daripada badan. Lihat sahaja bagaimana sang Perdana Menteri melengah-lengahkan pembubaran Parlimen, meski beliau dengan bongkak dan sombong mengakui sokongan rakyat sudah kembali berpihak kepadanya. Mungkin kerana dia bijak dengan prokovasi jahat macai-macainya dan juga tindakan ganas samsengnya yang sering membuat rakyat naik darah. Ini fakta dan kenyataan yang harus kita terima dan tidak boleh kita nafikan. Cumanya sebagai manusia yang punya akal waras, kita masih boleh bersabar; dan dalam hati mengulang sebut 'Tuhan maha adil. Yang baik mendapat reda,yang jahat terima hukuman". Sekadar berdoa saja tentunya tidak cukup tanpa usaha. Jika kita sudah tidak tahan lagi dengan kebiadapan, keganasan dan keberukan yang amat memalukan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, jawapannya satu saja: Ubah sekarang, bersihkan Malaysia. – Roketkini.com | ||||
Batal Pelaburan : Isa Perlu Tunjuk Bukti, Jangan Cakap Kosong Posted: 23 Mar 2013 05:21 PM PDT SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjemput Adun Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim menyatakan dengan tepat industri dan nama syarikat yang membatalkan pelaburan mereka akibat birokrasi Kerajaan Negeri dan masalah bekalan air di negeri ini. Ini kerana menurut Abdul Khalid, setakat ini hanya terdapat satu projek di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang masih tertangguh untuk mendapat perakuan dari Syabas atas alasan kekhuatiran tidak mencukupi air jika projek tersebut diteruskan. Manakala kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain pula mengesahkan tiada sebarang projek pembangunan samada projek industri atau perumahan yang ditolak atau tertangguh akibat kekurangan air. Justeru, Isa sewajarnya bersikap lebih profesional, bertanggungjawab dan bukan bercakap kosong tanpa fakta jelas dalam mengeluarkan sesuatu tuduhan terhadap Kerajaan Negeri. "Dakwaan Isa itu jelas mahu mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri dan seluruh kakitangan awam negeri ini yang berkerja keras bagi memastikan Selangor kekal sebagai destinasi nombor satu pelaburan. "Saya sebenarnya tidak mengharapkan Isa untuk berperanan dalam membantu menarik pelabur ke Selangor. "Namun demikian sebagai pemimpin masyarakat negeri ini, saya tidak menyangka Isa sanggup memburukkan Negeri Selangor dengan tujuan menakutkan pelabur melabur di negeri ini," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media. Menurut Abdul Khalid statistik yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2012 menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah bilangan projek tertinggi dengan 252 projek iaitu sebanyak 31 peratus dari Jumlah keseluruhan projek yang diluluskan di Malaysia. Projek tersebut merangkumi 156 projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 8,144,722,179 dan sebanyak 96 projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan sebanyak RM 3,590,095,756. | ||||
Bentang manifesto 10 minit di RTM tak masuk akal Posted: 23 Mar 2013 05:19 PM PDT Oleh: Aliff Fikri KUALA LUMPUR : Tempoh 10 minit untuk parti politik membentang manifesto pilihan raya di RTM disifatkan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. "Saya melihat idea ini tidak masuk akal, hanya melepaskan batuk ditangga. Mana cukup 10 minit nak bentang manifesto. "Ini menunjukkan mereka (Umno BN) semakin takut terhadap Pakatan Rakyat. Ia tidak lebih untuk menunjukkan mereka terbuka dalam usaha menarik undi," katanya dihubungi. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim membenarkan semua parti politik membentang manifesto mereka menerusi RTM selama 10 minit. Muhammad Nur berkata, sebelum ini, cabaran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan perdana menteri dan disiar secara langsung juga tidak diendahkan. Katanya, ia berbeza dengan media negara luar yang lebih bersikap terbuka dengan memberi ruang kepada parti politik mengemukakan idea masing-masing. "Di Indonesia sejak pemerintahan BJ Habibie, kesemua parti politik diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengguna ruang media tanpa sekatan. "Di India, pemerintah mahupun pembangkang diberi kebebasan sama rata, 50 peratus untuk televisyen dan 50 peratus untuk radio. "Tunku Abdul Rahman (mantan Perdana Menteri) dulu pun beri ruang selama 30 minit untuk parti pembangkang," katanya. Pakatan Rakyat, pada 25 Februari lalu melancarkan manifestonya, dengan menekankan 4 tonggak utama dalam usaha merakyatkan ekononomi, memupuk perpaduan kaum dan mensejahterakan negara. Antara lain mewujudkan sejuta pekerjaan baru, menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan menurunkan harga kereta. Pakatan juga berikrar meringankan kos sara hidup dengan menurunkan harga barang, harga petrol dan diesel, caj elektrik dan air, menghapuskan tol secara berperingkat, selain menyediakan 150,000 rumah mampu milik. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan