Rabu, 13 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelancong Amerika Dirompak, Dikurung, dan Dirogol 2 Lelaki

Posted: 13 Mar 2013 05:42 AM PDT



[Mstar] PETALING JAYA: Kunjungan ke Malaysia bertukar menjadi buruk bagi wanita Amerika apabila dia dirompak, dikurung dan dirogol oleh dua lelaki.

Wanita berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di pusat beli-belah di Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan sebuah teksi.

Pemandu teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.

Sumber mendedahkan selain tidak menuju ke destinasi yang dimaksudkan, barang-barang mangsa telah dirompak sebelum dibawa ke sebuah rumah di Sungai Pelek, Sepang yang terletak kira-kira 80km dari Mutiara Damansara.

Kedua-dua penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.

Difahamkan wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya pada Selasa dan meminta bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kami telah menahan seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami berharap dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.



P/s: Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara??



Parlimen Bubar Petang Ini?

Posted: 13 Mar 2013 12:06 AM PDT


Kenderaan rasmi Najib kelihatan keluar dari Istana pagi tadi, adakah Parlimen akan dibubarkan petang ini?

[Video PANAS] Bekas Jeneral Tentera Jawab Isu Konvensyen Geneva yang Menjadi Alasan Polis Tangani Pencerobohan Sabah

Posted: 13 Mar 2013 12:00 AM PDT

 
[HD] KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan kesilapan awal apabila tidak terus menggunakan pasukan tentera bagi menangani pencerobohan dari Sulu sebaliknya hanya menggunakan pihak polis untuk berunding.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, kerajaan seharusnya segera mengambil tindakan mempertahankan negara kerana kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dan membahayakan keselamatan awam.

Katanya, kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat sebelum memberi alasan mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 dalam isu ini.

"Kerajaan kata mereka patuhi Konvensyen Geneva. Ini tidak masuk akal kerana penceroboh masuk jelas membawa senjata. Anggota tentera diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh.

"Tapi kerajaan minta nasihat peguam sana-sini dan akhirnya guna polis untuk berunding. Seolah-olah ada perompak masuk rumah, kita ada penyapu dan senapang. Kita nak guna penyapu atau senapang? Mestilah kita gunakan senapang untuk pertahankan diri kita,"
katanya dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. Ghafir turut berkata, kerajaan seolah-oleh terkejut dan panik menghadapi isu ini kerana tiada perisikan awal.

"Kita tak dapat perisikan daripada agensi perisikan negara. Sepatutnya yang main peranan aktif dalam memberikan perisikan adalah pasukan perisikan angkatan tentera.

"Bila tiba-tiba ada 200 penceroboh bersenjata, kerajaan panik, tak tahu nak buat apa," katanya.

Ghafir juga menegaskan, rakyat perlu menuntut kerajaaan memohon maaf di atas kegagalan mereka menangani isu ini dengan baik sehingga menyebabkan sembilan kematian pasukan keselamatan.

"Kerajaan telah membuat kesilapan (tapi) tidak ada satu suara yang memohon kerajaan memohon maaf.

"Sepatutnya kita kena bangkit memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan kerajaan bertindak telah menyebabkan lapan anggota keselamatan kita meninggal dunia," tegasnya.

Tambah beliau lagi, di Malaysia pihak atasan jarang dihukum atas kegagalan mereka sebaliknya orang bawahan sering menjadi mangsa.

"Saya tak pernah tengok orang yang bertanggungjawab dihukum sebab kesalahan dia tapi orang bawah kalau tak jaga trafik contohnya kena buang kerja," katanya.

Turut menjadi panel pada forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar. 






P/s: Konvensyen Geneva ini menjadi modal blogger UMNO dan baru-baru ini turut menjadi sandaran kolumnis Utusan Malaysia untuk mempertahankan tindakan kerajaan menggunakan polis bukannya pasukan tentera. 

Idea siapa? Peguam mana?

Pencerahan yang diberikan oleh bekas jeneral Dato Ghafir menunjukkan bahawa tindakan kerajaan di Lahad Datu banyak mempunyai kelemahan sehingga mengakibatkan masalah ini berlanjutan.

Siapa mahu mempertikai kata-kata bekas jeneral ini?



 

Sabah Diceroboh Kerana Pasukan Risikan Didakwa Digunakan untuk Tujuan Politik

Posted: 12 Mar 2013 11:27 PM PDT


[SH] PETALING JAYA - Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal akan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah punca utama banyak nyawa telah terkorban dalam insiden berkenaan.

Menurut bekas Leftenan Jeneral (B), Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan.

"Apa yang saya hendak tekankan perisikan tak berfungsi sehinggakan mereka yang masuk ini tidak dapat kita ketahui.

"Keupayaan mereka dari segi perisikan luar negara, badan dan aset mereka digunakan bagi tujuan operasi politik," dakwa beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.



P/s: Siapa mahu nafikan kenyataan bekas jeneral ini?


Malaysia TIDAK Akan Bankrap Jika...

Posted: 12 Mar 2013 09:39 PM PDT



[TMI] KUALA LUMPUR, 13 Mac — Tun Musa Hitam mengatakan Malaysia tidak akan bankrap jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kepimpinan negara sekiranya berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara.

"Itu kenyataan politik. Bagi pendapat saya, tidak. Malah, saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar.

"Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya," kata Musa dipetik dari Sinar Harian Online.

Musa juga mengatakan jika konsep demokrasi diterima oleh semua pihak, mereka tidak sepatutnya mengatakan pihak lain akan membuat negara bankrap.

Menurut beliau lagi, jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari.

"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," tambah beliau lagi.

Tambah bekas timbalan perdana menteri itu lagi, PR perlu menunjukkan pemerintahan baik untuk kekal sebagai pilihan rakyat.

"Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

PKR, PAS dan DAP menggemparkan BN dalam Pilihan Raya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga gabungan pemerintah itu di parlimen.

Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan PR ditubuhkan.

Ramai penganalisis menganggap Pilihan Raya 2013 sebagai yang terhebat dalam sejarah kerana BN kali ini akan berhadapan dengan pembangkang yang paling tersusun.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini parlimen mungkin dibubarkan seawal 25 Mac, dua hari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan tamat tempoh.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya tetapi kemungkinan besar akan menunggu sehingga semua DUN dan parlimen dibubarkan," kata satu sumber lain.

Sumber tersebut mengatakan empat negeri Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan besar akan membubarkan DUN pada waktu sama bagi memastikan pilihan raya umum dijalankan untuk semua negeri kecuali Sarawak yang telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.

"Pilihan raya umum akan diadakan pada April, sama ada pada minggu kedua atau ketiga kerana BN yakin sokongan besar pada ketika itu," tambah sumber tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjelajah ke seluruh negara untuk program TV3 Jelajah Janji Di Tepati sepanjang tahun selain dari lawatan ke tempat popular Malaysia dalam usaha untuk melibatkan diri dengan pelbagai demografi rakyat Malaysia.

Beliau juga telah mengumumkan beberapa inisiatif ekonomi dan undang-undang termasuk pemberian kepada orang ramai dengan yang terbaru adalah menyetarakan gaji anggota polis dan tentera dan peningkatan gaji untuk penjawat awam lain semalam.

Sebanyak 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dalam Pilihan Raya 2013 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun akan datang.
 
 
 

"Altantuya tak izin saya mati dulu" - P Balasubramaniam

Posted: 12 Mar 2013 07:47 PM PDT


[MK] Campur tangan Tuhan dan malaikat pelindung telah menyelamatkannya daripada kematian yang dekat.

Begitu bekas penyiasat persendirian kontroversi P Balasubramaniam menyifatkan kejadian pada 3 Mac lalu di wad jantung di sebuah hospital swasta selepas dia disahkan mempunyai penyakit saluran koronori tersumbat.

Balasubramaniam, 53, percaya beliau boleh mati akibat serangan jantung pada bila-bila masa selepas meninggalkan India untuk pulang ke kampung halaman, justeru terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dan pelbagai program pertemuan dengan orang ramai.

Lebih dikenali sebagai PI Bala, kepercayaannya kuat untuk menyakini bahawa "pihak di atas" dan semangat wanita Mongolia yang terbunuh Altantuya Shaariibuu masih memerlukan dia dan perjuangannya.

"Tiap tahun, pada 19 Oktober, saya bersembahyang untuk dia (Altantuya). Saya harap suatu hari keadilan akan ditegakkan," kata Bala kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif pada Isnin lalu.



Bekas Banduan Benarkan Rakan Buat Hubungan Sulit, Akhirnya...

Posted: 12 Mar 2013 06:23 PM PDT



[SH] ALOR GAJAH - Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika dia menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.

Mengikut perjanjian mereka, rakannya itu dibenarkan berjumpa isteri dan anaknya, pada sebelah siang sahaja.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut memakan diri apabila rakannya melanggar syarat itu.

Akibatnya mereka bergaduh hingga membawa kepada pertumpahan darah, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya di sebuah taman perumahan, dekat sini, apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada sebelah malam.

Menurut sumber, rakan lelaki berkenaan datang ke rumahnya pada sebelah malam dalam keadaan mabuk, sambil membawa parang.

"Kedatangan rakannya itu menyebabkan bekas banduan berkenaan berang sehingga berlaku pergelutan menyebabkan parang yang dibawa rakannya terlepas. Bekas banduan itu kemudian merampas parang berkenaan lalu menetak kepala rakannya dan melibas di leher.

"Pergaduhan itu menyebabkan jirannya terjaga apabila terdengar bunyi hentakan pada dinding dan jeritan kuat, sebelum bertindak menghubungi polis," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, rakan lelaki itu yang cedera parah, dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh anggota peronda polis, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

"Mangsa cedera parah menerima sembilan jahitan di kepala, selain tujuh jahitan di leher. Lelaki yang menetaknya sudah ditahan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
P/s: Gila!

Tiada ulasan: