Khamis, 7 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pelajar Unisel Diberi Kemudahan ‘Broadband’

Posted: 07 Mar 2013 04:08 PM PST


Unisel Konvokesyen 2012 05

SHAH ALAM  : Kira-kira 6,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) akan menerima kemudahan jalur lebar (Broadband) secara percuma dalam tempoh terdekat.

Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, ini adalah inisiatif bagi memberikan keselesaan kepada pelajar Unisel yang merungut ekoran kesukaran melayari internet di penempatan luar kampus.

"Kita akan memberikan kepada para pelajar kemudahan 'broadband' yang mana mereka boleh menggunakan internet melalui komputer mereka sendiri tanpa caj apa-apa kepada para pelajar.

"Kita bagi kepada semua 6,000 pelajar dan dengan ini masalah kemudahan internet dapat diselesaikan di mana mereka sudah membayar yuran untuk kemudahan ini sebelum ini," kata Prof Dr Anuar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media di pejabatnya di sini.

Sementara itu, Prof Dr Anuar menjelaskan, pihak Unisel kini sedang menunggu laporan analisis berhubung kejadian mendapan asramanya daripada konsultan untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

"Proses penilaian sudah bermula dan sekarang ini kita menunggu hasil tersebut daripada konsultan jika ia menunjukkan perlunya bangunan asrama itu diperbaiki maka pihak ia akan diperbaiki.

"Proses itu daripada sekarang akan mengambil masa antara lima ke enam bulan lagi untuk diselesaikan.

"Selepas itu mereka akan mencadangkan bagaimana proses pembaikan dapat dijalankan dan jika kosnya sesuai maka akan dilaksanakan bergantung kepada cadangan yang mereka akan berikan.

Ujarnya, keseluruhan proses pembaikan akan mengambil masa setahun setengah jika kejadian mendapan itu serius.

"Jika tidak serius maka proses pembaikan akan mengambil masa antara enam bulan," katanya.

Jelas Prof Dr Anuar, para pelajar yang kini ditempatkan di luar kampus berpuas hati dengan kediaman dan kemudahan pengangkutan serta keselamatan yang disediakan oleh pihak Unisel.

"Kini tiada rungutan pelajar berkenaan masalah pengangkutan," ujarnya.

Perkasa dianggap cuba cetus suasana provokasi

Posted: 07 Mar 2013 04:05 PM PST

Aslani M,



PASIR MAS: Perhimpunan yang dinamakan Orang Kelantan Naik Angin anjuran Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) dianggap boleh mencetus suasana provokasi ketika negara masih digugat isu Lahad Datu.

Program berkenaan yang dijangka diadakan pada Sabtu ini bertempat di padang Sekolah Menengah Panglima Raja Lemal dekat sini turut mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, Mohd Alaudin Mat Nor berkata, tema perhimpunan itu seolah-olah mengundang provokasi dan keadaan yang tidak harmonis.

"Kita tidak tahu sama ada perhimpunan itu mendapat keizinan polis atau tidak kerana temanya sudah cukup mengundangkan provokasi.

"Lagi pun perhimpunan yang dianggap berbau hasutan itu mahu diadakan di kawasan sekolah, seolah-olah mahu mendedahkan pelajar kepada kelakuan kasar dan mengheret kepada Akta Hasutan," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hari ini. (Gambar atas)

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan anggota jawatankuasa Pemuda Pasir Mas.

Perkasa dijangka mengadakan perhimpunan "Orang Kelantan Naik Angin – 23 Tahun Rakyat Tertekan, Bertimbun Masalah" pada jam 3 petang 9 Mac ini.

Dr Mahathir diundang menyampaikan amanat. Banyak sepanduk mengenai program itu dipasang di sekitar Pasir Mas termasuk berhampiran IPD Pasir Mas.

Alaudin yang juga seorang peguam berkata, perhimpunan tersebut sekiranya dibiarkan boleh menimbulkan suasana resah ketika tragedi di Lahad Datu belum lagi selesai.

"Sepatutnya pihak penganjur perhimpunan yang boleh memperlihatkan perlakuan bermoral dan bukannya mengundang rasa resah gelisah dalam kalangan rakyat.

"Lebih mendukacitkan pula program seumpama itu diadakan di sekolah tempat bagi mendidik pelajar menjadi rakyat yang berbudi pekerti," ujarnya.

Ahmad Fadhli juga menganggap perhimpunan tersebut tidak sepatutnya dibiarkan berlangsung ketika suasana negara keliru dengan tragedi Lahad Datu.

Hapus semua militan baru gencatan senjata - Zahid

Posted: 07 Mar 2013 04:02 PM PST


Harakahdaily,

Hapus dulu semua militan sebelum genjata senjata, kata Zahid melalui twitter


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamid meminta semua pihak jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Sultan Sulu, Jamalul Kiram.

"Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," kata Zahid dalam mesejnya melalui twitter.

Beliau juga berkata, "genjatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat."

Beliau dipercayai mengulas pengumuman gencatan senjata sebelah pihak yang dibuat oleh Jamalul Kiram III tengahari tadi.

Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memohon diadakan genjatan senjatan berikutan kematian ramai pengikutnya di Lahad Datu.

Pengumuman ini dibuat beliau di  Astanah Kiram, Kampung Maharlika, Taguig City, jam 12:26 tengahari tadi.

Di samping meminta pengikutanya mematuhi genjatan senjata itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan genjatan senjata bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.

Hari Wanita: Jambangan bunga untuk PDRM

Posted: 07 Mar 2013 03:59 PM PST

Hazayani Zakaria,
 
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan menghadiahkan jambangan bunga kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, esok.

Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi berkata, hadiah jambangan bunga tersebut sebagai penghargaan kepada jasa PDRM menjaga keselamatan wanita dan negara.

"Ia juga sebagai manifestasi harapan wanita kepada PDRM agar menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam tanpa campur tangan pihak berkepentingan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Aiman, ia juga sebagai tanda sokongan DMPP kepada pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang telah terkorban.

"Ini juga asebagai solidariti muslimat kepada keluarga wira negara khususnya mereka yang terkorban sewaktu mempertahankan negara," katanya.

Acara tersebut akan diadakan secara serentak jam 11 pagi esok di seluruh negara bertempat di Balai Polis Kontinjen Negeri dan daerah masing-masing.

Kita menyeru muslimat khususnya dari Lajnah Penerangan dan Dakwah di setiap negeri untuk menyampaikan jambangan bunga kepada ketua polis negeri dan daerah masing-masing," katanya.

Kesultanan Sulu gesa gencatan senjata di Sabah

Posted: 07 Mar 2013 03:57 PM PST


Clara Choo
Penolong Pengarang Berita

 Jamalul Kiram di kediamannya di kampung Maharlika, Kota Taguig, Manila selatan. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR — Kesultanan Sulu hari ini menggesa gencatan senjata susulan ramai tentera mereka terkorban dalam pertempuran bersenjata di Sabah, serta berjanji kumpulan penceroboh akan meletak senjata dan mengambil pendirian berlembut sekiranya pasukan keselamatan Malaysia bersetuju mengambil langkah sama.

Menurut beberapa siri laporan daripada saluran berita Filipina didalam laman Twitter ABN-CBS tengahari ini, jurucakap Kesultanan Abraham Idjirani berkata dalam satu sidang media di Filipina bahawa langkah tersebut bertujuan untuk mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan "jenayah keatas warga Filipina" di zon konflik.

"Gesaan gencatan senjata selari dengan kematian para pengikut di Sabah," kata Idjirani.

"Sultan Sulu berkata pengikutnya tidak akan bertindak tetapi kekal berada ditempat mereka sekarang," tambah beliau merujuk kepada Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu.

Idjirani menambah dengan berkata tidak mendengar sebarang berita tentang tentera mereka di Sabah sejak pagi ini, serta berharap Malaysia akan menerima gesaan keatas cadangan gencatan senjata tersebut.

"Tentera Sultan akan mengambil pendirian berlembut," tambah beliau dalam petikannya di laman Twitter.

"Kaum keluarga akan pergi mengambil saudara mereka pulang di Sabah sebaik Malaysia bersetuju dalam gencatan senjata."

Dalam laporan dilaman ABN-CBS, Idjirani berkata Kesultanan menggesa keganasan tersebut ditamatkan adalah kerana terdapat laporan mengatakan berlaku kematian bayi baru lahir dalam penjara ekoran operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Laporan juga menggatakan Idjirani mengakui pendirian berlembut itu mungkin menyebabkan tentera Sulu berada dalam keadaan lemah tetapi jurucakap menegaskan ia bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia "sultan dan kesultanan berlandaskan toleransi agama Islam".

Awal hari ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon menggesa supaya konflik di Sabah antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh bersenjata Sulu yang masuk ke dalam negeri Borneo tersebut ditamatkan, serta menegaskan perkara tersebut perlu diselesaikan secara aman menerusi dialog.

"Setiausaha Agung sedang memerhati situasi di Sabah, Malaysia. Beliau menggesa konflik keganasan tersebut dihentikan dan menyokong dialog diadakan antara kedua-dua pihak untuk mencari rundingan damai," kata wakil Ban dalam kenyataan dua perenggan bertarikh semalam.

Dalam kenyataan sama disiarkan dalam laman UN, wakil Ban berkata ketua UN tersebut "meluahkan rasa kebimbangan ke atas kesan situasi tersebut terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

"Beliau menggesa semua pihak memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan bertindak mengikut lunas garis panduan hak asasi manusia antarabangsa," kata kenyataan itu.

Gesaan dialog tersebut dilihat mungkin memberi pengiiktirafan ke atas 200 penceroboh di Sabah - kumpulan yang didakwa pengikut

Jamalul, salah seorang daripada sembilan individu yang mengakui sebagai Sultan Sulu.

Media Filipina menganggarkan jumlah kematian di Sabah mencecah 40 orang, termasuk lapan pasukan polis Malaysia dan selebihnya adalah penceroboh Filipina yang telah tumpas ke tangan pasukan keselamatan negara.

Idjirani juga mengakui sekurang-kurangnya 10 daripada pejuang Kesultanan di Sabah mati, 10 ditangkap dan empat lagi cedera selepas pertempuran di sekitar daerah Lahad Datu.

Menurut jurucakap dalam laporan di laman ABN-CBS, Agbimuddin Kiram yang merupakan abang kepada Jamalul mendapati 10 anggota kumpulannya hilang selepas mereka berkumpul semula.

Agbimuddin mengetuai seramai kira-kira 200 penceroboh yang mengakui Askar Diraja Sulu di Lahad Datu, dimana mereka mendarat pada 9 Februari lalu serta membuat tuntutan ke atas bahagian utara Borneo tersebut.

Maklumat mengenai bilangan militan Filipina ditangkap atau dibunuh setakat ini masih belum disahkan oleh pegawai rasmi kerajaan Malaysia.

Menurut laporan The Star hari ini, pasukan polis Malaysia telah menahan beberapa individu yang disyaki bersimpati kepada penceroboh bersenjatan di Sabah, termasuk beberapa saudara Agbimuddin, yang dipercayai mempunyai peranan menasihati kumpulan Sulu terbabit.

Pasukan keselamatan Malaysia memulakan beberapa siri serangan ke atas militan awal pagi Selasa menerusi pengeboman dan tembakan artileri ke Kampung Tanduo sejak 7 pagi, sebelum kemudiaannya menghantar satu pasukan untuk membuat tinjauan dilokasi tersebut.

Walaubagaimanapun, serangan besar-besaran tersebut dikatakan gagal mengenai sasaran serta beberapa laporan mendakwa serangan tersebut langsung tidak mengenai Agbimuddin dan pengikutnya.

Menurut laporan media, putera raja tersebut juga menelefon rumahnya untuk memberitahu bom tersebut tersasar sejauh 1km dengan lokasi mereka, sambil menambah pengikutnya sedang bersembunyi tetapi siap-sedia untuk bertempur.

Kali terakhir adik Kiram tersebu berkomunikasi adalah pagi semalam, dimana Agbimuddin dilaporkan memberitahu Jamalul tidak tergugat serta masih bersembunyi.

PM isytihar 5 daerah di Sabah kawasan keselamatan khas

Posted: 07 Mar 2013 03:48 PM PST

PM isytihar 5 daerah di Sabah kawasan keselamatan khasMALAYSIA CHRONICLE

LAHAD DATU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Beliau berkata kawasan berkenaan merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

"Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau dan mendengar taklimat berhubung Op Daulat di sini hari ini.

Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.

Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.

Perdana menteri berkata cadangan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas itu telah dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri, semalam.

Langkah itu untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri ini, katanya.

Sehubungan itu, katanya, lima lagi batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditambah bagi menguatkan lagi aspek keselamatan yang sedia ada.

Najib berkata pecahan lima batalion itu akan ditentukan selepas rundingan antara polis dan tentera diadakan kemudian.

"Pada prinsipnya kekuatan tambahan lima batalion itu akan ditempatkan di kawasan Special Security Area. Ini untuk memberikan keyakinan kepada rakyat timur Sabah bahawa meskipun operasi ini akan berakhir tetapi keselamatan (mereka)dan kedaulatan (negeri) mereka akan terus dipertahankan," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan beberapa lagi anggota kabinet.
- Bernama

Posted: 07 Mar 2013 03:38 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Karektor utama dalam siri animasi popular Malaysia 'Upin & Ipin' dipilih Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia sebagai Duta Negara bagi kanak-kanak.

Wakil Unicef di Malaysia Wivina Belmonte berkata poulariti dan komitmen dua Duta Negara muda itu boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak, di samping menyemai sikap menghormati perempuan dan wanita.

"Upin & Ipin menghantar satu mesej penting, bahawa 'lelaki tulen tidak membuli, memukul atau mencederakan orang perempuan. Bukanlah sesuatu yang baik, sesuatu yang melucukan dan sesuatu yang betul untuk berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata Unicef Malaysia akan bekerjasama dengan penerbit siri itu  Les' Copaque Production Sdn Bhd untuk mewujudkan kesedaran tentang isu berkaitan kanak-kanak kurang upaya, perbuatan membuli, keselamatan Internet dan keganasan terhadap perempuan.

Ketua Bahagian Pemasaran Antarabangsa Les' Copaque Karyabudi Mohd Aris berkata mereka berharap dapat membantu Unicef melalui platform media dansosialnya.

"Unicef memilih kami kerana pengaruh kami terhadap massa, khususnya kanak-kanak daripada pelbagai peringkat usia, nilai budaya dan perilaku positif yang kami tonjolkan melalui siri kami selama ini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Multimedia Kreatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Kamil Othman berkata kolaborasi itu akan membantu mempromosi budaya Malaysia kepada masyarakat dunia.

"Animasi adalah cara terbaik untuk menceritakan sesuatu kisah... ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku dalam industri multimedia kreatif dan animasi tempatan, yang kami harap akan memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab industri kreatif bertaraf dunia," katanya.

Melalui peranan mereka sebagai Duta Negara, 'Upin dan Ipin' akan terus menjadi suara penting dan contoh menarik bagi kanak-kanak di Malaysia.

Karektor 'Upin dan Ipin' itu dipilih sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa esok, sesuai dengan temanya 'Janji Tetap Janji - Masa Untuk Bertindak Untuk Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita'. — Bernama

Gandingan Koo-Tan terima tamparan hebat, Chong Wei berbisa

Posted: 07 Mar 2013 03:36 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei meneruskan aksi cemerlang apabila dengan mudah melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton All England di National Indoor Arena, Birmingham, England, semalam.

Chong Wei (gambar), yang memburu gelaran hatrik selepas menjuarai pada 2010 dan 2011, dengan mudah mengalahkan bekas juara remaja dunia, Wang Zhengming dari China, 21-17, 21-19, dalam masa 42 minit pada saingan pusingan kedua.

Pada perlawanan suku akhir esok, Chong Wei, 31, akan menentang pemenang perlawanan pusingan kedua antara pilihan kelapan, Nguyen Tien Minh dari Vietnam dengan Verma Sourabh dari India.

Bagaimanapun, beregu emas negara, Koon Kien Keat dan Tan Boon Heong menerima kejutan apabila disingkirkan oleh beregu bukan pilihan dari Thailand Maneepong Jongjit dan Nipitphon Puangpuapech 21-17, 21-18.

Selain itu, beregu Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong mengikuti jejak Chong Wei ke saingan seterusnya apabila mengalahkan beregu Jerman, Ingo Kindervater dan Gerjohannes Schoettler dengan keputusan 21-15, 21-15.

Beregu negara itu bakal menghadapi laluan getir di suku akhir apabila berdepan dengan beregu pilihan kelapan, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia yang turut mara selepas membenam beregu Taiwan, Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin dengan keputusan 23-21, 21-16.

Beregu kelab Kuala Lumpur Racquet Club (KLRC), Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari turut menempah slot suku akhir apabila mengatasi beregu Indonesia Ricky Karanda Suwardi/Muhammad Ulinnuha dengan 21-19, 21-15.

Dalam acara beregu campuran, dua gandingan negara gagal meneruskan saingan apabila menerima tamparan pada pusingan kedua.

Gandingan nombor tiga dunia, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dikejutkan oleh pasangan bukan pilihan, Fran Kurniawan/Shendy Puspa Irawati dari Indonesia dengan keputusan 21-15, 21-17.

Satu lagi pasangan negara Ong Jian Guo/Lim Yin Loo turut mengalami nasib sama apabila kalah 14-21, 13-21 kepada pilihan keenam Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand.

Wakil tunggal negara dalam acara beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei akan menentang beregu Korea Selatan dan pilihan keempat Eom Hye Won/Jang Ye pada perlawanan pusingan kedua lewat malam ini.

Malaysia tidak mempunyai wakil dalam acara perseorangan wanita selepas semua pemain gagal melepasi pusingan kelayakan. — Bernama

Selangor: SPR tolak bukti untuk bersihkan daftar pemilih

Posted: 07 Mar 2013 03:34 PM PST

Oleh Syed Jaymal Zahiid



KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak rayuan Selangor untuk menyelesaikan secara bersama percanggahan dalam daftar pemilih negeri walaupun terdapat bukti, kata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Faekah Husin, setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada SPR, merayu untuk berbincang mengenai penemuan terbaru, terdapat 28 peratus daripada 440,000 pengundi baru berdaftar di Selangor tidak dapat dikenalpasti.

"Paling kurang yang mereka boleh lakukan adalah dengan memanggil kami untuk berbincang dan membentangkan penemuan kami. Mereka tidak perlu pun untuk mengucapkan terima kasih," kata Faekah kepada The Malaysian Insider merujuk kepada inisiatif kerajaan negeri mengesahkan daftar pemilik melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

Abdul Khalid memberitahu Persidangan Antarabangsa mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 Malaysia Isnin lalu, beliau diberitahu oleh SPR, Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membersihkan daftar pemilih.

Faekah mengatakan kerajaan negeri kecewa dengan keengganan SPR untuk bekerjasama mengenai perkara tersebut, mengatakan langkah meneliti daftar pemilih bukan politik tetapi kempen untuk membantu suruhanjaya itu dalam tugasnya untuk memastikan pilihan raya yang adil.

"Kerja UPEN tidak bersifat politik. Ia dilakukan di bawah pentadbiran dan oleh pegawai kerajaan," kata beliau semalam.

Faekah mengatakan proses pengesahan telah dilakukan dengan teliti di peringkat akar umbi melibatkan organisasi seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyemak senarai tersebut di kawasan masing-masing.

Data telah dikumpul dan disusun untuk penelitian SPR, katanya.

SPR, dan menteri Kabinet merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang turut hadir di dalam persidangan bersama Abdul Khalid pada Isnin, membantah usaha kerajaan negeri untuk mengesahkan daftar pemilih, menurut laporan sebuah portal berita.

Faekah berkata kebuntuan telah memaksa penggubal undang-undang negeri PR untuk membawa perkara itu ke mahkamah tetapi peluang untuk mendapatkan hasil positif adalah sangat sukar kerana prosiding mahkamah boleh berlarutan sehingga pilihan raya diadakan.

Pilihan raya 2013 dijangka akan diadakan dalam beberapa minggu lagi.

Hari ini tepat lima tahun sejak pilihan raya umum lepas yang menyaksikan PR menggulingkan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Apa kami boleh buat? Kami perlu melakukan sesuatu," katanya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kontroversi peningkatan besar dalam jumlah pengundi kali pertama di negeri tersebut adalah "biasa" dan sudah dijangka oleh kerana negeri terkaya itu adalah sebuah magnet untuk rakyat Malaysia mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik.

Beberapa pemimpin PR menuduh peningkatan pengundi baru di Selangor adalah sebahagian daripada konspirasi BN untuk menjatuhkan pentadbiran Abdul Khalid dengan penipuan. Pemimpin BN walau bagaimanapun, telah menafikan pertuduhan tersebut.

Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi isyarat kesungguhannya untuk merampas Selangor, negeri paling maju perindustriannya dari PR dalam Pilihan Raya 2013.

Gabungan pemerintah itu baru-baru ini mengumumkan perlantikan Najib sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dan manifesto berasingan ditulis, menunjukkan kesungguhan mereka untuk merampas kembali negeri tersebut.

Lahad Datu: Anwar fail saman terhadap TV3, Utusan esok

Posted: 07 Mar 2013 05:39 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memfail saman ke atas Utusan dan TV3, esok berikutan kedua-dua media kawalan itu menerbitkan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Ia akan difail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi, kata peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya pada kenyataan media, petang ini.

Saman difail berikutan laporan media itu kononnya Anwar terlibat dalam kes pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Utusan Malaysia sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan  'Tiga kumpulan jadi dalang' dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan.

TV3 pula menggunakan istilah 'dalang' ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu.

Berikutan itu, Anwar pada 4 Mac lalu menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, ganti rugi masing-masing RM100 juta.

Bagaimanapun, tohmahan media kawalan Umno terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin tersasar berikutan Kesultanan Sulu menafi dakwaan pembangkang Malaysia terlibat.

"Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka," kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari portal berita Filipina, Interaksyon.com 4 Mac lalu. FZL

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka

Posted: 07 Mar 2013 05:38 AM PST

KEADILAN DAILY

jmr MELAKA 7 MAC: Siaran langsung program jelajah Merdeka Rakyat ke Melaka bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas jeneral, boleh diikuti melalui internet.

Ketua Umum KEADILAN itu dijadual berucap dua dua lokasi iaitu Kampong Permai, Machap Umboo, Alor Gajah dan Kampong Bukit Katil, antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Anwar juga bergandingan dengan bekas jeneral dalam ceramah bersama di Taman Terendak Permai, Sungai Udang.

Selain Anwar, turut berucap Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, Tian Chua, Anthony Loke, Abdullah Sani Abdul Hamid, Chai Tong Chai.

Untuk tonton, KLIK INI.

Pejabat Menteri Besar Selangor gesa The Star tarik balik kenyataan

Posted: 07 Mar 2013 05:31 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR — Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini menggesa akhbar harian berbahasa Inggeris The Star menarik balik penyiaran artikel mereka kerana menggunakan tajuk yang berniat jahat berhubung kenyataan Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap kenyataan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang sebelum ini yang mengatakan insiden di Lahad Datu adalah konspirasi Umno.

"Saya merujuk kepada laporan berita di akhbar The Star yang bertajuk 'Selangor MB slams Tian Chua' yang disiarkan di muka surat 12, hari ini.

"Tajuk mengenai komen Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap YB Tian Chua itu dibuat dengan tidak bertanggungjawab, tidak tepat dan berniat jahat," kata Setiausaha Politik menteri besar, Faekah Hussin, dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Faekah, tajuk yang digunakan The Star itu nyata bercanggah dengan laporan berita tersebut yang jelas tiada sebarang unsur membidas Chua.

"Tajuk ini bercanggah sama sekali dengan laporan berita itu sendiri ... tiada dalam laporan berita itu yang menyebut unsur-unsur membidas Tian Chua," tegas Faekah.

Beliau turut menegaskan, The Star akan mengambil tindakan serta merta untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf berhubung penyiaran artikel tersebut.

"Jika The Star gagal berbuat demikian, kita berhak untuk mengambil tindakan undang-undang."

Akhbar berkenaan hari ini memetik kenyataan Khalid sebagai berkata, "... beliau menghormati dan yakin dengan usaha pihak polis dan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara. Khalid berkata beliau tidak fikir mana-mana pemimpin PKR akan membuat kenyataan sedemikian."

 Chua sejak awal minggu lalu telah dikecam kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa insiden di Lahad Datu, Sabah adalah konspirasi Umno.

Beliau bagaimanapun telah menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut, sebaliknya menegaskan kenyataan itu dikeluarkannya sebelum insiden tembak-menembak berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu.

Beberapa individu dan kumpulan turut mengadakan demonstrasi di kawasan Tugu Negara membantah kenyataan ahli Parlimen Batu itu.

Saudara kepada anggota polis yang terbunuh dalam ketegangan di Sabah turut membuat laporan polis terhaap Chua.

Penduduk Batu Pahat serbu buku 'The Black Rose'

Posted: 07 Mar 2013 05:29 AM PST

Muhammad Faizal,




(Salahudin dan Datuk Mahfodz bersama penyokong PAS di atas treler Negara Berkebajikan)

BATU PAHAT: Buku pendedahan bertajuk 'The Black Rose - cerita Deepak Jaikishan' terus mendapat sambutan setiap kali treler jelajah tiba di lokasi-lokasi di Melaka dan Johor.

Buku yang menceritakan mengenai akuan bersumpah pertama (SD1) dan kedua (SD2) yang dilakukan oleh penyiasat persendirian, Balasubramaniam (PI Bala) telah menarik minat rakyat tempatan yang ingin mengetahuinya dengan lebih terperinci apa sebenarnya berlaku.

Rakyat yang selama ini hanya sekadar mendengar tentang SD1 dan SD2 serta pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, namua dengan penjelajahan traler ini ia mampu memberi rakyat mengetahui cerita yang sebenarnya berlaku di sebalik kejadian tersebut.


Mereka berebut-rebut membeli buku yang turut dijual bersama dengan datangnya treler ini ke kawasan mereka.


(Penduduk kampung di Senggerang membeli buku The Black Rose)

Jelajah Negara Berkebajikan ini yang merupakan satu medium baru dalam penyampaian maklumat kepada rakyat.

Kaum Cina di Johor kelihatan jelas melahirkan satu hasrat untuk melakukan perubahan besar pada politik Johor pada pilihanraya nanti.

Kebangkitan tersebut ditunjukkan secara terbuka apabila penduduk Cina di Senggerang tampil bersama-sama untuk berada di atas pentas treler yang datang kepada mereka baru-baru ini.

Sokongan itu secara jelas memberitahu bahawa kaum Cina akan membuat perubahan secara besar-besar bukan hanya di Johor tetapi juga di seluruh negara.

Turut serta adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bakal bertanding di Johor kali ini, meninggalkan kerusi selamatnya di Kubang Kerian.

K’jaan Selangor tidak halang serah kunci Taman Alam Perdana

Posted: 07 Mar 2013 05:18 AM PST

 
Kerajaan negeri telah melakukan pelbagai usaha agar projek rumah kos rendah yang telah lama terbengkalai disiapkan secepat mungkin.



PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menghalang proses penyerahan kunci bagi 2,500 unit rumah kos rendah Taman Alam Perdana seperti yang didakwa oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah melakukan pelbagai usaha agar projek rumah kos rendah yang telah lama terbengkalai disiapkan secepat mungkin.

Pemulihan projek terbengkalai Alam Perdana melibatkan 3,819 unit rumah yang terdiri daripada 2,500 unit rumah kos rendah di bawah pemulihan SPNB dan 1,319 unit rumah teres di bawah pemulihan Kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, permohonan mendapatkan sijil layak menduduki (CF) bagi rumah teres tertangguh mengikut perancangan kerajaan negeri akibat kegagalan SPNB menyelesaikan isu teknikal dengan Syarikat Bekalan Air Berhad Selangor (Syabas) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

"Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh sememangnya sedia maklum akan hal ini. Sebagai penyelesaian masalah tersebut, kerajaan negeri telah mengambilalih tanggungjawab SPNB bagi menyelesaikan masalah bekalan air daripada Syabas terutamanya masalah tangki air.

"Kerajaan negeri telah menanggung kos pembaikan cerun yang runtuh di tapak tangki air dan menjelaskan bayaran jaminan bayaran sejumlah hampir RM1 juta kepada Syabas. Namun masalah IWK masih belum dapat diselesaikan oleh SPNB.

"Di atas kesungguhan kerajaan negeri, akhirnya projek dapat disiapkan dan serahkan kepada pembeli rumah teres berserta sijil layak menduduki sementara (TCF) diperolehi pada  26 April 2012 tertakluk kepada sokongan IWK.

"Kelulusan TCF ini adalah merangkumi kelulusan pembangunan Alam Perdana yang melibatkan 2,500 unit rumah kos rendah," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SPNB tidak beri kerjasama

TCF katanya, telah diserahkan kepada pemilik rumah teres pada 28 April 2012, sebelum majlis berlangsung.

Malah kerajaan negeri telah mengeluarkan surat jemputan kepada SPNB untuk diadakan sama dengan penyerahan kunci rumah kos rendah. Walaubagaimanapun, SPNB tidak memberikan kerjasama.

Jelasnya, sehari sebelum program berlangsung, Dr Kamarul Rashdan telah mengeluarkan kenyataan melalui Berita Harian pada 27 April 2012 menyatakan kerajaan negeri bercadang menyerahkan kunci rumah tanpa CF.

Kerajaan negeri kesal dengan sikap Pengarah Urusan SPNB yang tidak bertanggungjawab sehingga mengeluarkan kenyataan yang jelas tidak benar.

Maka kerajaan negeri akan memanggil SPNB untuk memberi penjelasan lanjut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dalam masa terdekat.

Khairy cadang BN umum calon awal

Posted: 07 Mar 2013 05:17 AM PST

 FREE MALAYSIA TODAY
 
Dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum penamaan calon supaya boleh merawat masalah bahagian atau jentera kempen parti.



KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini perlu supaya ada ruang dan masa bagi BN 'merawat' sebarang masalah yang mungkin timbul di peringkat bahagian atau dalam jentera kempen parti.

"Dulu diumum sehari atau dua hari sebelum hari penamaan calon dan kita tiada masa untuk betulkan masalah di peringkat bahagian. Kali ini diharap pengumuman dibuat awal dan kita boleh rawat masalah mereka yang kecewa (kerana tidak menjadi calon)," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau mewakili Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan Bantuan Buku 1Malaysia di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini.

Ditanya mengenai peruntukan kerusi bagi calon daripada Pemuda Umno, Khairy berkata terpulang kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden parti kerana senarai nama telah diserahkan baru-baru ini.

Katanya apa yang penting calon itu adalah calon boleh menang, diterima rakyat dan seterusnya membantu BN mendapat kemenangan mutlak pada PRU ini.

"Sebagai contoh, 'no point' kita dapat 40 peratus calon muda tetapi tidak menang. 'Better' dapat 30 peratus tetapi boleh menang," katanya.

Menurutnya pengundi ingin melihat calon baharu atau calon muda yang berpendidikan dan digandingkan dengan calon lama yang berpengalaman sebagai wakil rakyat mereka.
-Bernama

MTEM gesa Dr M campur tangan, bidas CEO Petronas tidak penuhi tuntutan

Posted: 07 Mar 2013 05:15 AM PST

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR, — Tun Dr Mahathir Mohamad digesa campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tuntutan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dan Petronas, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MTEM Mohd Nizam Mahsar hari ini.

Dalam sidang media di ibu kota, MTEM membangkitkan beberapa isu yang ditekankan sebelum ini seperti sikap Petronas yang mementingkan pelabur asing dan bukan bumiputera, salahguna kuasa dan pelaburan berisiko tinggi yang tidak menguntungkan.

"MTEM menggesa Tun Dr Mahathir selaku penasihat Petronas supaya segera membangkitkan isu ini," kata Mohd Nizam.

Mohd Nizam juga mendedahkan hasil pertemuan yang diadakan antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas dan MTEM bulan lalu menemui jalan buntu dan tidak mencapai kata sepakat.

"Hari ini juga MTEM melahirkan kekecewaan keatas Petronas yang gagal memberikan sebarang komitmen keatas beberapa tuntutan kami seperti yang dibincangkan pada pertemuan 13 Febuari lalu.

"Daripada surat balas daripada Petronas yang kami terima pada 20 Februari lalu, mereka (Petronas) tidak memberikan sebarang pendirian yang jelas terhadap apa yang kami tuntut," tambah Mohd Nizam lagi.

Disamping itu, MTEM juga membidas Shamsul Azhar ekoran beberapa kenyataan  yang mencemar imej kumpulan peniaga bumiputera tersebut, antaranya menuduh MTEM mahu mendapatkan kontrak dan projek daripada Petronas.

Sehubungan itu, Mohd Nizam berkata pihak MTEM ketika ini sedang mengkaji daripada sudut perundangan serta tidak menolak akan mengheret Shamsul Azhar ke mahkamah atas kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut.

"Kami sedang mengkaji sekarang dan sedang mendapat nasihat peguam.

"Kenyataan tersebut telah diberikan kepada beberapa orang dan kami telah menerima maklum balas ekoran kenyataannya tersebut... secara asasnya ia telah mencemarkan kredibiliti MTEM," kata Mohd Nizam yang mendakwa Presiden Petronas tersebut baru-baru ini dalam satu mesyuarat dengan pengurusan juga membangkitkan perkara sama.

"Disini MTEM ingin tegaskan, tidak pernah sekalipun dalam pertemuan dengan Petronas kami bercakap tentang kontrak ataupun projek," tegas Mohd Nizam.

Pada pertemuan 13 Februari lalu, MTEM telah mengadakan perjumpaan dengan Shamsul Azhar bagi menyatakan rasa tidak puas hati ke atas Petronas kerana tidak menyokong perkembangan usahawan tempatan dan mencadangkan Program Pembangunan Minyak dan Gas 1Malaysia, serta mendapat maklum balas yang positif daripada Petronas.

Walaubagaimanapun, sebaliknya yang berlaku apabila Petronas tidak mengendahkan tuntutan serta dalam surat balas mereka tidak menyatakan sebarang kesediaan untuk memenuhi tuntutan tersebut.

MTEM juga mengulangi pendirian sama seperti 2 Februari lalu dengan menggesa Shamsul Azhar meletak jawatan atas kegagalannya dalam membantu pembangunan golongan bumiputera dan bersikap mementingkan orang asing.

Shamsul Azhar sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku pengerusi sementara Petronas sebelum tempatnya digantikan oleh Tan Sri Mohd Sidek yang dilantik pada Jun tahun lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MTEM juga mendakwa aliran wang tunai kumpulan Petronas telah menurun pada kadar RM2.1 bilion kepada RM162.2 bilion dan keuntungan selepas cukai menunjukkan tren penurunan termasuklah penutupan operasi mereka di Sudan.

Kebimbangan juga disuarakan MTEM yang mengatakan Petronas akan mencaturkan nilaian risiko bernilai RM300 bilion untuk tempoh 5 tahun hadapan ini.

Di bawah MTEM, terdapat sebanyak 42 NGO ekonomi Melayu dan 101 NGO ekonomi bersekutu, yang mana kesemuanya telah bersepakat dengan desakan meminta Shamsul Azhar mengundurkan diri.

Kerajaan Sulu didirikan oleh orang Minangkabau

Posted: 07 Mar 2013 05:13 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Menurut penulis Indonesia - Mochtar Naim - kota Manila pula dibina oleh Raja Sulaeman juga dari Minangkabau.



PETALING JAYA: Seorang penulis Indonesia – Mochtar Naim – mendakwa Kesultanan Sulu di Selatan Filipina didirikan oleh orang Minangkabau yang tinggal di Sumatera.

Mochtar berkata, kerajaan Sulu di selatan Filipina didirikan oleh Raja Baginda dari Minangkabau.
"Manakala kota Manila dibina oleh  Raja Sulaeman dari Minangkabau," katanya dalam tulisan bertajuk 'Merantau: Pola Migrasi Suku Minangkabau'  tahun 1974.

Manakala penulis sejarah Universitas Andalas Profesor Gusti Asnan menyokong tulisan Mochtar yang mengaitkan orang Sulu dengan Minangkabau.

"Sangat masuk akal orang Sulu berasal dari Minangkabau, tapi tidak semua orang Sulu orang Minangkabau," kata Gusti Asnan pada VIVANews semalam.

Menurut Gusti, sangat masuk akal dilihat dari pola permindahan orang Minangkabau yang luas.

Bukti ditemui pedalaman Kalimantan Tengah

Jejak Minangkabau boleh ditemui di Sabah, Sarawak, Sulu (Filipina Selatan), Kalimantan dan Brunei.

Bukti ini dijumpai hingga kini di pedalaman Kalimantan Tengah yang bersempadan  dengan Sarawak. Fakta ini ditemukannya dari seorang pengkaji Jepun.

Bahasa dan rumah adat digunakan sekelompok kecil orang di pedalaman Kalimantan ini hampir dengan orang Minangkabau.

Gusti mendapat  data ini akhir tahun lalu dari loghat bahasa yang digunakan, sekelompok masyarakat  ini berasal dari Kabupaten Limopuluah Kota.

Gusti menganggarkan perpindahan orang Minangkabau ke Kalimantan termasuk Sabah berlaku pada abad XVI dan XVII. Sungai Kuantan menjadi laluan perdagangan yang  menghubungkan Dharmasraya ke kawasan Selatan Flipina  yang menjadi salah satu pusat perdagangan di Asia Tenggara.

Media Filipina Dakwa Zahid Hamidi Tunjuk Gambar Palsu

Posted: 07 Mar 2013 05:11 AM PST

 
KELAB GREENBOC

Di kala media arus perdana di Malaysia menyebarkan gambar panas berkenaan beberapa orang mangsa yang berada dalam sebuah liang lahad selepas serangan dilakukan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pula maklumat panas daripada media Filipina yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut.

Menurut laporan media terbabit gambar-gambar yang didedahkan itu adalah [kemungkinan] merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007.

Menurut sumber, jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari para media dan wartawan yang membuat liputan mungkin ia boleh diterima.

Namun bila gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak yang berkenaan maka kesahihannya boleh dipertikaikan.

Lantaran itulah dalam pendedahan terdahulu ramai yang mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu.

Ini kerana gaya pakaian dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang, tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur dibom.

Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku.

Mereka tidak mungkin membawa alatan yang membolehkan ia digali sedemikian rupa. Apapun, kini gambar itu masih menjadi misteri yang pastinya akan menimbulkan kontroversi. -PDO

Nur Misuari melalui facebooknya juga mempertikaikan foto-foto yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Ahmmad Zahid Hamidi semalam.

Cuba lihat:





KPN: 32 penceroboh Sulu terbunuh semalam; jumlah keseluruhan 52

Posted: 07 Mar 2013 05:03 AM PST

Oleh Boo Su-Lyn

 Pasukan keselamatan negara di Felda Sahabat, bersiap-sedia mempertahankan kedaulatan Sabah. — Gambar oleh Siow Feng SawLAHAD DATU — Seramai 32 pemberontak Sul telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk "meneutralkan" pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.

"Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh," kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.

"Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52," kata Ismail.

Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.

Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.

Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.

Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.

Zulkifeli berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung dalam kawasan yang kecil.

"Sesetengah juga bersembunyi," tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki penceroboh akan "memakan masa".

Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.

Beliau juga berkata terdapat "sebilangan" penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.

Piha berkuasa juga mengakui permukaan berbukit dan hutan tebal sekitar ladang kelapa sawit Felda Sahabat disini dimana para penduduk ditempatkan, antara kesukaran yang dihadapi untuk memburu penceroboh bersenjata tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat.

Beberapa penduduk yang menetap di dewan masyarakat Embara Budi disini sejak kumpulan penceroboh mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari lalu melahirkan hasrat untuk pulang ke rumah mereka secepat mungkin.

Pengikut kesultanan Sulu sebelum ini mengakui kesediaan mereka untuk mati di Sabah bagi menuntut tanah yang didakwa mereka milik kesultanan tersebut.

[VIDEO & BERGAMBAR] Pengganas Ditangkap Pakai Baju BN & Gambar Shafie Apdal

Posted: 07 Mar 2013 04:49 AM PST


KELAB GREENBOC
Polis: 4 disyaki militan ditahan di Semporna

Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan militan dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna.

Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Tentera Diraja Sulu.

Menurut seorang pegawai polis, operasi berkenaan dijalankan oleh satu pasukan ibu pejabat polis kontinjen Sabah selepas menerima maklumat awam.

Seorang pegawai yang enggan dinamakan memberitahu wartawan bahawa lelaki berkenaan disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin dari Filipina manakala seorang lagi memiliki dadah.

Keempat-empatnya tidak bersenjata ketika polis bertindak.

Salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai baju-T dengan logo BN dan juga gambar MP Semporna Datuk Seri Shafie Apdal - menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Pegawai itu berkata, walaupun dokumen keempat-empat individu berkenaan menunjukkan mereka berhak berada di Sabah, kesahihan dokumen berkenaan masih perlu dibuktikan.

Katanya, polis juga menerima pelbagai laporan mengenai kelibat 'penceroboh bersenjata' semenjak kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya dan Kampung Simunul di Semporna pada Ahad lalu. -mk








Saksikan video ini sebagai bukti lelaki itu pakai baju BN & bergambar menteri

LIHAT VIDEO DI SINI

Tabah semak warga asing dapat tanah

Posted: 07 Mar 2013 04:37 AM PST

KL TODAY

KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan NGO berkaitan tanah di Sabah, Lajnah Pembela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) membuat semakan berhubung jumlah warga asing yang mendapat tanah di negeri itu khususnya di Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, semakan tersebut termasuk di Gugusan Felda Sahabat yang berkeluasan 104,000 hektar.

Ini kerana katanya, pemilikan tanah di kawasan tersebut dikhuatiri ada kaitan dengan isu pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.


"Saya minta Tabah buat kajian dan semakan. Kebimbangan saya ialah bila mereka dapat kad pengenalan lama dahulu masa Tun Datu Mustapa. Tapi isu tanah tak berbangkit masa itu sebab Felda belum ada.

"Tapi zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM, Felda dah ada dan bila dia beri kad pengenalan segera, masa itu Gugusan Felda Sahabat dibuka.

"Kita akan buat semakan adakah jumlah peneroka dan pekerja ladang ini termasuk puak-puak (yang diberi kad pengenalan) ini," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, jalan Raja Laut hari ini.

Hasil semakan itu akan dibincangkan dalam seminar melibatkan pakar-pakar mengenai isu tanah yang berkait dengan perundangan yang sedia ada.

"Apakah dia reformasi yang boleh kita kita lakukan terhadap dasar-dasar tenah negara supaya tanah ini yang kepentingan strategiknya patut menjadi keutamaan negara kita tidak mudah terdedah kepada pihak asing.

"Kita akan bentang apa langkah penambahbaikan terhadap akta kanun tanah negara, kedudukan tanah rezab Melayu dan juga enakmen tanah negeri yang sebahagiannya perlu dikaji semula," katanya.

Mazlan juga menyuarakan kebimbangan isu pencerobohan Lahad Datu sekarang ini ada kaitan dengan janji Kerajaan Malaysia untuk memberikan tanah kepada mereka seperti yang didakwa.

"Saya tegaskan, isu kedaulatan terutamanya dalam konteks pemilikan tanah tak harus menjadi percaturan kepada pihak asing. Ini soal dan pemilikan tanah rakyat dalam negeri dan negara dan dengan kata lain kita tak boleh pertaruh soal kedaulatan dan pemilikan tanah ini untuk kepentingan politik.


"Saya merujuk versi cerita bagaimana kononnya tanah di Felda nak diberi kepada pihak luar sebagai janji politik.

"Rakyat dalam negeri kita pun masih terlalu ramai yang perlukan tanah, mereka masih hidup menumpang dan menyewa. dengan kehidupan yang begitu sukar tiba-tiba ada percaturan politik," katanya yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Tingkatkan pemantauan di Felda Sahabat

Sementara itu, Mazlan turut menyeru pihak keselamatan meningkatkan pemantauan di Gugusan Felda Sahabat sepanjang Ops Daulat di Kampung Tandou.

Katanya, nyawa peneroka dan pekerja ladang harus diutamakan dan aktiviti mereka untuk mengeluarkan hasil sawit tidak dibiarkan tergendala.

"Aktiviti mengeluarkan hasil sawit mesti diteruskan kerana sawit hanya bertahan hingga sepuluh hari. Kalau tak buah menjadi busuk dan kadar berat tan sawit dan kadar perahan gred merosot," katanya.

Gugusan Felda Sahabat yang berhampiran Kampung Tanduo ialah Felda Sahabat 17, 18, 19, 22 dan 56.

Harga Minyak RON 97 Terkini Naik 20 Sen Lagi Menjelang Pilihanraya Umum 2013!

Posted: 07 Mar 2013 04:34 AM PST

Staff Berita Semasa
 
Kenaikan Harga Minyak RON97 Harga Minyak RON 97 Terkini Naik 20 Sen Lagi Menjelang Pilihanraya Umum 2013!

Harga minyak RON97 : Mana-mana yang pernah memiliki kereta yang menggunakan minyak jenis RON97 selama ini dapat merasakan perbezaan yang ketara antara penggunaan minyak RON 95 atau RON 97. Semestinya enjin berjalan lebih lancar dan tidak perlu memaksa bahagian pedal untuk menggerakan kereta. Tetapi, persoalannya berapa ramai yang mampu menggunakannya?

Terkini, harga minyak RON97 naik sekali lagi bermula hari ini menjelang Pilihanraya Umum ke 13 daripada :
  • RM2.70 kepada RM2.90
  • Kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen
Dengan pengenalan dasar penentuan harga minyak RON97 yang diapungkan pada harga pasaran, harga minyak RON97 akan sentiasa berubah-ubah. Kali terakhir harga minyak RON97 disemak pada 10 Januari 2013 apabila dikurangkan sebanyak 5 sen daripada RM2.75 sen harga sebelumnya.

Harga Minyak Dunia 2013 Harga Minyak RON 97 Terkini Naik 20 Sen Lagi Menjelang Pilihanraya Umum 2013!

Manakala Brunei yang merupakan sebuah lagi negara yang memiliki simpanan petroleum selain Malaysia menawarkan kepada rakyatnya harga minyak RON97 pada kadar RON97 – B$0.547 = RM1.33 (SUMBER KLIK SINI)

Harga Minyak 2013 Naik Harga Minyak RON 97 Terkini Naik 20 Sen Lagi Menjelang Pilihanraya Umum 2013!

Mungkin kerajaan ada sebab tersendiri, mengapa agaknya kerajaan Malaysia mengambil tindakan menaikkan harga minyak RON97 kali ini. Cuma diharapkan berita kenaikan ini tidak terkena tempiasnya kepada harga minyak RON95 pula baik sebelum ataupun selepas Pilihanraya Umum ke 13…Insyaallah!

Contoh terbaik perang siber dimenangi Pakatan

Posted: 07 Mar 2013 04:26 AM PST

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Isu konflik di Sabah antara tentera kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia biarlah diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah hari ini. Itu tanggungjawab mereka.

Tak perlu semua pihak nak bincang strategi pertahanan dan keselamatan negara. Kecuali kalau Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri rasa tidak mampu lagi untuk mengawal kedaulatan negara, maka bolehlah beliau bercadang untuk menggunakan khidmat Unit Amal atau kumpulan samseng pro-Umno yang sangat gagah mengawal Felda.

Selagi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam PRU12 lalu rasa mampu mengendalikan isu tersebut, biarkan mereka. Jangankan pihak pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad  selaku bekas Perdana Menteri pun sepatutnya diam. Tak payahlah nak mengajar Najib itu dan ini. Zaman Mahathir melingkupkan negara sudah berlalu, sekarang zaman Najib.

Apa yang penulis lebih tertarik dalam konflik di Sabah ini bukannya cerita pertempuran atau 'peperangan' fizikal pihak terbabit (kerana itu urusan kerajaan Pusat bukan urusan rakyat biasa) tetapi ialah peperangan siber atau peperangan alam maya yang melatari peristiwa tersebut.

Ia menjadi sampel terbaik bahawa inilah bentuk peperangan penting yang akan mengubah "kecenderungan membuat keputusan" rakyat dalam PRU13 ini.

Sejurus selepas kumpulan tentera Sulu dilaporkan mendarat di Lahad Datu, pelbagai kenyataan keluar dari pihak tertentu. Seperti biasa BN tidak akan membiarkan apa saja perkara sensasi berlalu tanpa mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Media asing, Inquirer News mendedahkan kononnya berlaku pertemuan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dengan kerabat Sultan Sulu.

Kononnya, menurut laporan perisik Filipina, pemimpin berkenaan merupakan individu yang sedang mengintai ruang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya Pakatan mampu menawan negeri tersebut selepas PRU13 nanti.

Lalu dikaitkan kononnya, pasukan perisik Filipina juga mendedahkan tentang janji pemimpin Pakatan berkenaan untuk memberikan Sabah kepada kerabat Sultan Sulu jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang ada sekarang dan menyokong Sultan Sulu dalam usaha untuk mengambil balik Sabah daripada Malaysia.

Pelbagai lagi tuduhan terhadap Anwar termasuk menyiarkan gambar eksklusif kononnya pertemuan sulit beliau dengan pemimpin MINF, Nur Misuari walaupun sebenarnya itu foto lama yang dikitar semula.

Rentetan itu berlakulah babak propaganda serangan peribadi terhadap Anwar oleh semua media utama negara, demonstrasi dan laporan polis.

Sejurus selepas itu, aktivis maya pro-Pakatan mendedahkan perbuatan Najib mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Anwar. Mereka memetik portal berita, BuzzFeed, bahawa bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.

Kempen itu dikatakan bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino. Trevino didakwa menerima bayaran USD389,724,70.

Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.

Berikutnya media maya menyiarkan pula laporan media Manila, Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph),  pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia,  Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka  dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Ia dikaitkan pula dengan projek pemberian kad pengenalan terhadap warga Filipina yang diakui sendiri oleh Mahathir. Ia dilakukan untuk membolehkan rakyat Malaysia segera itu mengundi BN dalam PRU.

Tidak cukup dengan itu, berlambak koleksi foto Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain pemimpin Umno diraikan oleh Sultan Sulu Jamalul Kiram dimuatnaik ke laman maya untuk menguatkan bukti hubungan Najib dengan Sultan Sulu. Seterusnya foto delegasi Sulu diraikan di Perhimpunan Agung Umno turut dipaparkan.

Pendedahan yang lebih memeritkan Umno ialah beberapa pemimpin utama kesultanan Sulu diberi kerakyatan di negara ini, malah pernah menjadi orang penting Umno dan Pekida.

Semua pendedahan itu dipaparkan dengan bukti sehingga media-media utama Umno pun tidak mampu menolaknya. Seorang waris Sultan Sulu didedahkan diberi sijil kelahiran Malaysia, kad pengenalan dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Begitulah meriahnya alam  maya Malaysia. Sebutir peluru yang ditembak oleh BN, berdozen peluru dari aktivis maya Pakatan dibalas hingga BN tak terkata apa-apa.

Hakikatnya, itulah gambaran peperangan untuk PRU13 ini, peperangan sengit di alam maya. Dan isu konflik berkaitan Sulu di Sabah adalah contoh terbaik di mana Pakatan memenangi peperangan siber. Ia dapat membantu rakyat membuat keputusan di peti undi nanti.

Kes Lahad Datu: Najib rendahkan martabat PM

Posted: 07 Mar 2013 04:20 AM PST



Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Ketua Polis Negara,  Ismail Omar pada petang 5 Mac lalu, mengakui misi menentang puak bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu, masih belum berakhir meskipun pasukan keselamatan, membabitkan angkatan tentera dan pihak polis, telah melancarkan serangan udara, bermula jam 7 pagi, Selasa lalu, menggunakan jet pejuang F-18 dan Hawks.

Sambil memberikan sokongan sepenuhnya ke atas sebarang langkah mempertahankan kedaulatan negara, terdetik kebimbangan di hati saya, apakah tindakan ofensif melibatkan tujuh batalion tentera itu mampu menyelesaikan kes yang sememangnya tidak ditangani secara profesional dan berkesan di peringkat mulanya?

Ataupun tragedi berdarah itu baru di peringkat permulaan, dan Sabah bakal menyaksikan lebih banyak adegan tragis  berpanjangan? Namun begitu, lebih penting daripada segalanya adalah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Walaupun Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada bukti bahawa Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) -- yang dikatakan  masih mempunyai simpanan senjata yang banyak di Sabah -- akan menyertai tuntutan Kesultanan Sulu, namun kegusaran itu telah merebak.

Ketika maklumat cuba "diselaraskan" pihak berkuasa, masyarakat yang dahagakan informasi terkini lebih memilih media baru yang menyalurkan perkembangan langsung dari Filipina. Selama ini terbukti banyak berita yang heboh diperkatakan di internet dan dinafikan pihak berkuasa, hanya beberapa hari selepas itu terpaksa diakui benar dan sahih.

Rupanya kerisauan saya itu dikongsi oleh lebih ramai rakan-rakan, terutama apabila menyedari punca masalah ini bukan hanya berakar di seberang sempadan, malah turut difaktorkan oleh isu-isu tempatan, dan antara lain "Projek IC" yang ditimbulkan dalam suruhanjaya siasatan diraja (RCI) juga dibangkitkan.

"Apakah mungkin ada di antara penceroboh itu yang sudah menjadi warga Malaysia, atau sekurang-kurangnya terdapat ramai anggota keluarga atau kerabat mereka yang sudah menetap lama di Sabah? Saya kira isu ini tidak mudah ditamatkan begitu saja, banyak implikasi yang terpaksa kita tanggung," kata seorang rakan yang pernah bekerja di Kota Kinabalu.

Seorang wartawan veteran pula menyimpulkan: "Saya tidak suka menyalahkan pasukan keselamatan walaupun nampak ada masalah besar dalam perisikan kita. Kes ini jelas membuktikan kegagalan pimpinan politik untuk bertindak pantas, khususnya Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri."

Saya terpaksa akur dengan rumusan sahabat baik saya itu walaupun menyedari isu keselamatan -- apatah lagi melibatkan kehilangan nyawa agak besar di pihak polis -- tidak wajar dilihat dalam konteks politik  yang sempit. Dalam saat-saat sukar ini seluruh negara harus bersatu serta memberi dokongan, manakala sentimen kepartian perlu dielakkan.

Namun begitu, bahang panas PRU13 tidak dapat menghalang orang ramai mengulas kes di Lahad Datu, Kunak dan Semporna itu menurut persepsi masing-masing, apatah lagi yang dilihat memulakan "polemik politik" ini  ialah Najib Razak dan media Umno sendiri. 

Ironinya, dalam suasana berkabung susulan kehilangan lapan wira negara, Perdana Menteri masih meneruskan Jelajah Janji Ditepati, di Perlis, pada 3 Mac. Ia sebenarnya merupakan kempen politik Umno-BN yang terancang dan menggunakan dana awam, dengan mood "pesta-pestaan"dan sarat dengan acara hiburan.

Lebih buruk apabila Najib, yang sepatutnya meletakkan dirinya pada kedudukan seorang negarawan, telah menggunakan pentas meraih populariti itu untuk menyerang pembangkang dengan mengekspolitasi kes di Sabah.

Saya bersetuju dengan pandangan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perlis, Anuar Tahir: "PM sepatutnya menangguhkan segera program beliau dan turun sendiri meninjau keadaan di Sabah. Kalau di negara lain, pemimpin tertinggi negara akan memberikan tumpuan kepada isu keselamatan terlebih dahulu dan membatalkan program lain, sedangkan  Najib lebih menumpukan program politik."

Tidak cukup dengan itu, di majlis perhimpunan perdana ulama-umara bersama Asnaf, pada 5 Mac, sekali lagi Najib turut mengulangi "kebebalannya", termasuk mengecam usaha pihak tertentu mahu "menukar regim" seumpama Arab Spring.

Beliau ternyata mahu bermain emosi apabila menghubungkan dakwaan sandiwara dengan situasi sedih-pilu balu dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban. Cuma, saya tidak pasti apakah istilah "tidak ada isi perut" yang diulang Najib di Arau dan Stadium Putra Bukit Jalil bermaksud "tidak ada hati perut"! 

Apa pun, liputan TV3, bagi saya, cukup buruk dan sarat dengan motof jahat politik. Bayangkan, masih di tanah perkuburan, selesai upacara pemakaman, seorang anak pegawai polis yang terkorban telah ditanya perasaannya terhadap dakwaan sandiwara.

Melampau sekali kaedah pemberitaan seumpama itu. Di kala anggota keluarga masih terkejut dirundung kepedihan amat sangat, mereka diajukan persoalan yang boleh membangkitkan kemarahaniaitu mengaitkan kematian orang tersayang dengan "sandiwara", sedangkan maksud Naib Presiden KeADILan, Tian Chua  tiada kaitan langsung dengan pembunuhan perajurit negara itu. .

Sejak awal banyak pihak mengesan siri kepelikan dan keanehan yang berlaku. Bagaimana pihak penceroboh, dengan jumlah yang ramai, lebih 200 orang, lengkap bersenjata, boleh dengan mudah membolosi perairan negara tanpa dapat dikesan. 

Mulanya, media menggambarkan kumpulan penceroboh begitu daif, hampir kebuluran, bertelingkah sesama sendiri dan terpaksa makan umbut kelapa. Akhirnya ia bertukar menjadi ancaman yang begitu besar, yang perlu dimusnahkan melalui ketumbukan 7 batalion tentera!

Kita pula dilihat terlalu bertolak ansur, namun sukar dipastikan apakah tuntutan sebenar kumpulan penceroboh sehingga bermacam-macam cerita tersebar, termasuk mengaitkan janji-janji Najib.

Misteri kes Lahad Datu ini belum tersingkap sepenuhnya. Dalam sehari dua ini saya kira banyak lagi kisah memeranjatkan mungkin terbongkar. Ia bagai menyimpan bom peledak. Semoga tiada lagi korban ditagih.

Dalam pada itu, saya cadangkan buku Almarhum Dr Nik Anuar Nik Mahmud, Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara (Penerbit UKM, 2009) elok dijadikan rujukan kerana karya ilmiah penuh berfakta oleh bekas profesor sejarah ini memaparkan dengan jelas tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Takziah buat keluarga anggota keselamatan yang terkorban.  Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Rafizi: Kes Bafia & LTAT bongkar banyak lagi penyelewengan Umno

Posted: 06 Mar 2013 04:21 PM PST

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli percaya, lebih banyak penyelewengan pemimpin Umno akan terbongkar dalam perbicaraan mahkamah melibatkan dua tuduhan ke atasnya.

Beliau diheret ke mahkamah berikutan pendedahan penyelewengan dana Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Kedua-dua kes ini dibicarakan serentak hari ini, masing-masing di Mahkamah Sesyen, Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Rafizi

Bagaimanapun, Rafizi hadir pada sesi sebutan kes NFC di bawah tuduhan Akta Perbankan dan Institutsi Kewangan (Bafia) 1989.

Beliau ditemani peguam, Eric Paulsen.

Rafizi berhadapan pertuduhan di bawah Seksyen 97 (1) kerana mendedahkan empat akaun profil pelanggan NFC – National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience and Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kepada dua individu yang dikenal pasti sebagai Yusuf Abdul Alim dan Erle Martin Cavalho.

Di bawah Seksyen 103(1)(a) akta yang sama, Rafizi boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM3 juta dan dipenjara sehingga tiga tahun jika didapati bersalah.

Sementara itu, kes saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkaitan pendedahan Rafizi mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.

Rafizi menyatakan kesediaannya berhadapan perbicaraan selepas mendapat akses maklumat perjanjian dalam Boustead selepas membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 seunit.

Ini membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan mendapat dokumen LTAT.

Peguam Latheefa Koya mewakili Rafizi hadir di Mahkamah Jalan Duta, pagi ini untuk penetapan kes tersebut.

Mengikut twitter Rafizi, perbicaraan bagi kes Bafia ditetapkan pada 18 dan 19 Mac, manakala saman Zahid pada 12 dan 13 Jun.

Tiada ulasan: