Selasa, 5 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Memasang bendera salah

Posted: 05 Mar 2013 03:57 PM PST



Oleh Hishamuddin Rais

Pada Jun 2001 saya telah dibawa ke Kamunting sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal dan bercerita panjang dengan tahanan-tahanan dari kumpulan Al-Maunah. Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya.


Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit Jenalik pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5 tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke Bukit Jenalik - tempat perkhemahan kumpulan Al-Maunah - satu kumpulan silat.

Ketika kejadian ini berlaku dunia masih ini belum melihat blog, twitter atau facebook. Hanya ada laman Mahazalim dan Malaysiakini. Laman-laman ini, terutama Laman Mahazalim telah 'menembak' kisah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya versi United Malays National Organisation.

Lawak seram Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata lima tan boleh dimasukkan ke dalam Pajero dalam masa 15 minit. Najib Razak yang ketika itu menteri pertahanan bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya.

Maka sandiwara 'rompakan' ini diulang pementasan sekali lagi di kem askar di Kuala Lumpur untuk disaksikan oleh media. Sandiwara kentut kerbau ini sebenarnya dipentaskan kerana Orang Melayu pada ketika itu telah turun ke jalan raya untuk menyingkirkan Mahathir keturunan Iskandar Kutty.

Rompakan di Sauk ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Orang Melayu agar jangan berani turun berdemo. Hujahnya amat senang - jika Orang Melayu turun berdemo maka akan berlaku kacau bilau. Ada kumpulan-kumpulan sulit yang akan ambil kesempatan untuk menambah kacau. Justeru, kumpulan silat Melayu bernama Al-Maunah dijadikan mangsa - dituduh hendak melawan Yang di-Pertuan Agong.

Dari perbincangan saya dengan ahli Al-Maunah dalam kem Kamunting semuanya menerima hakikat bahawa mereka telah diperangkap untuk datang ke Sauk. Ada yang dipanggil kerana ada program ceramah agama. Ada yang dipanggil kerana hendak buat latihan silat.

Ada yang dipanggil untuk jumpa-jumpa. Tidak timbul hal rompakan senjata. Tidak timbul agenda nak lawan Yang di-Pertuan Agong. Jelas Kes Al-Maunah ini adalah sandiwara Mahathir keturunan Iskandar Kutty.

Al-Maunah ini kes terbaru. Saya mahu membawa pembaca kepada ke Zaman Konfrantasi: 1963-1965. Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan, Tunku telah memberitahu dia bagaimana pegawai tentera British telah meminta soldadu Malaysia mengebom kapal HMS Eagel yang sedang berlabuh di Selat Melaka. Tulisan Said ini telah disahkan oleh Yap Chin Kwee Setiausaha Politik, Tunku Abdul Rahman.

Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk menyalahkan Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku maka Malaysia boleh mengistiharkan perang terhadap Indonesia. Dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.

Dalam istilah politik kes Bukit Jenalik dan HMS Eagel ini dipanggil 'memasang bendera salah'. Konsep ini bermula kerana lanun dalam laut sering menggunakan bendera kapal orang lain ketika menjalankan rompakan. Dalam kes Bukit Jenalik bendera itu adalah bendera Al-Maunah. Dengan satu perancangan licik Orang Melayu dan rakyat Malaysia telah ditakut-takutkan dengan kemungkinan berlakunya kacau bilau.

HMS Eagel gagal diletupkan kerana Tunku menolak rancangan jahat ini. Tetapi dalam surah strategi 'memasang bendera salah' ini dunia tidak akan melupakan kes Telok Tonkin. Telok Tonkin menjadi contoh terbaik sebagai rujukan dan kajian memasang bendera salah.

Pada 2 Ogos 1964 dunia telah gempar dengan berita bagaimana kapal perang Amerika USS Maddox yang berlabuh di Telok Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun pagi terperanjat melihat induk berita akhbar - Amerika diserang. Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negera sekecil Vietnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dalam dunia.

Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara elit politik Amerika telah meluluskan: Gulf of Tonkin Resolution. Dengan lulusnya ketetapan ini maka Amerika telah menghalalkan diri untuk memerangi Vietnam Utara. Hari ini kajian fakta telah membuktikan bahawa TIDAK ada serangan ke atas USS Maddox pada 2 Ogos 1964. Apa yang berlaku hanyalah satu sandiwara.

Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan kerana pada ketika saya menulis ini, ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad Datu. Bendera Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya, media antarabangsa tidak diibenarkan untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazeera telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia ibarat cendawan - disimpan dalam gelap dan dibajai tahi lembu.

Mengikut laporan awal bendera yang tercacak di Lahad Datu ini bersangkutan dengan Yazid Sufaat yang baru kena tahan dibawah undang-undang ISA Baru. Apa sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja. Pada awalnya umum telah diberitahu ada 100 gerila lengkap bersenjata telah mendarat di Lahad Datu. Tetapi tidak diketahui pula dari busut jantan mana Sang Gerila ini datang. Tetiba, beberapa hari kemudian laporan mula beralih.

Jumlah 100 kini menjadi 40 orang. Ke mana 60 orang lagi menikus walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah. Sang Gerila hanya datang dengan penggali dan cangkul.Setelah beberapa hari, muncul pula berita yang melaporkan Sang Gerila ini ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut laporan - sesudah bertemu dengan 'personaliti ' ini Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti yang ingin ditemui ini?

Apakah Sang Gerila ini hendak berjumpa Ziana? Atau personaliti yang dimaksudkan ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.

Terakhir media memaparkan gambar Hishammuddin Hussein meneropong dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu yang sedang tercacak. Perangai meneropong dari jauh telah menjadi tabiat menteri dalam negeri semenjak dia diberi teropong untuk melihat cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu.

Apakah teropong ini hadiah hari jadi dari Ziana atau dari adik Ziana. Ini masih tidak jelas.

Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar Filipina - jumlah gerila ini bukan 40 orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Filipina memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan senjata moden. Gerila ini datang untuk mengancam.

Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan memasang bendera ini? Siapa di belakang bendera ini?

Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja Sabah tentang kad pengenalan palsu sedang bersidang di Kota Kinabalu. Kita juga wajib menyedari bagaimana 'kilang undi haram dari Sabah' kini telah runtuh.

Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira serangan Mahathir keturunan Iskandar Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.

Setelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah baik untuk Najib. Bendera ini amat cemerlang untuk United Malays National Organsiation. Pada tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini. Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk memasang bendera ini akan meraih keuntungan.

Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek untuk dijadikan sebab musabab oleh Najib untuk menggantung pemilihan di Sabah. Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin dalam tahun 1982.

Pada 1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United Malays National Organisation memasang bendera salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah melompat-lompat berdemo di Kota Bahru. Akhirnya Dewan Undangan Negeri Kelantan di gantung dan Parti Pas tersingkir.

Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga minggu. Dalam laporan Bernama pada 24 Februari yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan 'transformasi' memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini bodoh?
Apakah Najib sudah nyanyuk? Biji durian akan mengeluarkan hasil setelah lima tahun ditanam. Padi boleh dituai setelah tiga bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah empat bulan ditanam.

Mustahil 'transformasi' ini akan memperlihatkan hasil dalam masa dua bulan. Sesuatu dasar akan dilihat ketrampilan dan kejayaan dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih lama. Rancangan Felda yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya berhasil 15 tahun kemudian.

Justeru soalan wajib ditanyakan: Apakah salah pasang bendera di Lahad Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika pilihan raya Sabah ditangguhkan maka Najib dapat menyelamatkan diri. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah.Mkini

Benarkah Umno tidak mempolitik isu Lahad Datu?

Posted: 05 Mar 2013 03:54 PM PST



Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Satu budaya politik di negara ini adalah jika Umno, melalui medianya, mendapati wujudnya mana-mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat berbeza dari versi kerajaan, maka kita akan menyaksikan skrip seperti berikut .

Utusan dan TV3 akan mula menyerang pemimpin PKR tersebut selama beberapa hari dan adakalanya berminggu, diikuti oleh demonstrasi dan laporan polis oleh golongan yang suka dilihat sebagai pencacai Umno.

 Jika skrip itu lebih tebal maka pemimpin PR tersebut akan dipanggil polis untuk disoal dan skrip itu kadangkala berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

Itulah yang terjadi pada Mohd Sabu di dalam isu Bukit Kepong. Utusan dan TV3 serang beliau lebih kurang 20 hari lebih diikuti dengan 1,000 lebih laporan polis ke atas beliau, dipanggil polis untuk disoalsiasat dan akhirnya didakwa di mahkamah . Nurul Izzah juga diganggu dengan modus operandi yang sama kecuali beliau tidak didakwa seperti Mohd Sabu.

Kini nampaknya giliran Tian Chua. Fasa serangan ke atas Tian Chua kini di peringkat serangan bertalu-talu oleh media Umno diketuai oleh Utusan dan TV3, demonstrasi ke atas Tian Chua oleh mantan-mantan pegawai atasan polis dan laporan polis. Mungkin sehari dua ini polis akan panggil Tian Chua dan tidak mustahil Gani Patail akan sempurnakan skrip Umno dengan mendakwa Tian Chua.

Saya "termenonton" berita di TV 3 tentang demonstrasi oleh mantan pegawai atasan polis ke atas Tian Chua. Salah seorang peserta demonstrasi tersebut menyebut bahawa isu keselamatan negara tidak boleh sama sekali dipolitikkan. Saya tersenyum dengan kenyataan tersebut tetapi saya juga bersetuju seratus peratus dengan kenyataan tersebut. Ya, isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipolitikkan. Namun kita berhak bertanya, jika benar Tian Chua dilihat mempolitikkan isu Lahad Datu bagaimanapula dengan Umno dan media yang menjadi proksi Umno? Adakah mereka tidak mempolitikkan isu Lahad Datu atau isu keselamatan negara?

Bukankah Utusan sendiri melaporkan kononnya Anwar Ibrahim terlibat dalam isu Lahad Datu? Tidakkah ini dilihat mempolitikkan isu tersebut? Bukankah kegagalan pihak kerajaan BN melalui agensi-agensi keselamatannya mengawal keselamatan di persisiran laut di Sabah menyaksikan para penceroboh yang lengkap bersenjata yang menggelar diri mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu boleh dengan mudah menyelusupi masuk tanah air kita dan berkubu di Felda Sahabat 17 di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada 9 Februari yang lalu. Kenapakah kegagalan kerajaan BN menjaga dan mengawal keselamatan negara hingga penceroboh bersenjata mudah masuk ke negara ini tidak dikritik oleh Umno dan media proksinya? Mengapa Anwar yang tidak memegang kuasa dipersalahkan? Jika ini bukan mempolitikkan isu Lahad Datu apakah namanya tindakan ini?

Isu keselamatan negara juga melibatkan isu pemberian kad pengenalan kepada bukan wargenegara dengan begitu mudah dan secara arbitrari seperti yang didedahkan dalam perbicaraan Suruhanjaya DiRaja di Sabah. Bukankah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab itu menunjukkan kerajaan BN sanggup berkompromi tentang isu keselamatan negara bagi menyelamatkan kuasa dan survival politik mereka dengan cara yang paling tidak bermaruah?

Wajarkan golongan imigran yang baru beberapa bulan atau tahun duduk di negara tanpa dkenalpasti kesetiaan mereka kepada negara ini dengan mudah diberikan IC biru meskipun permohonan mereka tidak disokong oleh apa-apa dokumen? Tidakkah satu perkara yang pelik Datuk Ambiga yang vokal meminta kerajaan mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih ingin ditarik warganegaranya sedangkan para imigran begitu mudah diberi kerakyatan. Tidakkah satu yang aneh penceroboh bersenjata yang jejaskan keselamatan negara mudah mendarat dan berkubu di bumi Lahad Datu dan tidak dihalau balik sedangkan Senator Australia dan aktivis alam sekitar Taiwan yang datang ke negara ini dengan secara sah dihantar balik hanya kerana suara mereka dilihat mengancam BN.

Amat malang kita tidak menyaksikan mantan pegawai pegawai atasan polis yang berdemontrasi ke atas Tian Chua tidak pula menunjukkan reaksi yang sama atas isu pemberian kerakyatan dan kad pengenalan kepada bukan warganegara secara berleluasa di Sabah dalam keadaaan penerima IC tersebut tidak layak diterima sebagai warganegara.

Adakah pegawai pegawai polis kanan ini juga dilanda sindrom "demonstrasi terpilih". Adakah kegagalan mantan pegawai pegawai atasan polis ini bersuara jauh sekali berdemontrasi dalam isu pemberian IC kepada bukan warganegara menunjukkan mereka juga ada pengetahuan tentang isu tersebut dan mulut mereka digam oleh BN? Atau adakah polis polis tersebutmerasakan pemberian IC kepada bukan warganegara tanpa mengikuti prosedur undang-undang tidak melibatkan isu keselamatan negara kerana operasi tersebut boleh memenangkan BN di dalam pilihan raya dan BN boleh terus berkuasa dulu, kini dan selamanya?

Untuk mereka … Janganlah rosakkan nama polis dengan dilihat polis sebagai pencacai Umno!!

Zuraida Kamaruddin: PR amal budaya turun padang

Posted: 05 Mar 2013 03:50 PM PST


DETIK DAILY

PILIHAN Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal berlangsung tidak lama lagi dijangka menjadi antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara. Hakikat bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi sengit serta mencabar tidak boleh dinafikan kerana kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang masing-masing mempunyai keyakinan untuk memenanginya.

Melihat kepada kebangkitan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yakin mandat akan diberikan kepada pakatan untuk mentadbir. Ikuti wawancara bersama Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dengan Wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL dan SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR dan Jurugambar, MIZAN MAT TAMIN untuk mengetahui perancangan beliau serta gerak kerja parti dalam menghadapi PRU13.

Bagaimana YB melihat gerak kerja dan perbezaan sebelum dan selepas khususnya di kawasan Parlimen Ampang?
Rata-ratanya servis kepada rakyat itu  berbeza antara wakil rakyat Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Kita lihat budaya kerja BN mungkin dalam keadaan selesa, nampak kelekaan dan kecuaian.

Memandangkan kami wakil rakyat untuk penggal pertama, pastinya budaya kerja kami berbeza dengan sentiasa turun padang, mendampingi rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat dalam kawasan. Sewaktu BN, rakyat tidak mengenali siapa ahli majlis, iaitu jawatan yang sangat penting dalam menyokong khidmat kepada rakyat adalah mengenali pihak berkuasa tempatan (PBT).

Rakyat kini mengenali Adun dan kerap berjumpa dengan Ahli Parlimen. Apabila turun pandang, kami memperkenalkan ahli majlis yang bertanggungjawab dengan sesebuah kawasan. Sebarang masalah boleh merujuk kepada mereka yang membuat kerja sepenuh masa. Dengan itu, rakyat berasa diri mereka dihargai berbanding dahulu, perbezaannya sungguh ketara.

Apakah antara  usaha yang dilakukan YB dalam menambah baik dan menyelesaikan masalah di kawasan Parlimen Ampang?
Ada banyak perkara yang rutin seperti pengurusan kawasan, sampah, longkang. Namun, ada juga isu  yang lebih besar, seperti menguruskan dan mewarisi beberapa isu yang ditinggalkan BN, seperti penambahbaikan semula kawasan setinggan.

Pada 2007, bekas Menteri Besar Selangor ketika itu, menyasarkan sifar setinggan, tetapi rumahnya pun sifar. Banyak kerja terbengkalai, isu pampasan, pertindihan nama, pembinaan rumah yang  rendah standard.

Akibatnya, rumah  murah yang dibina berkualiti rendah, rumah retak, sistem yang tidak efektif dan sistem pembetungan yang tidak sempurna... Ampang, merupakan kawasan penempatan setinggan ketika itu, justeru pelaksanaan perlu dilakukan dengan adil. Alhamdulillah, saya dapat menguruskannya dengan baik, memanggil pihak terbabit, dengan mewujudkan situasi menang-menang antara penduduk dengan pihak pemaju.

Polisi kami, apa juga  perlu bergerak ke hadapan untuk menyelesaikan masalah mereka. Tidak boleh mengaitkan pihak sebelum ini yang melakukan kesilapan.

Beralih kepada kepimpinan  parti, bagaimana YB melihat peluang PKR dalam saingan di peringkat pusat?
Meskipun PKR baru dibentuk 14 tahun lalu, dan merupakan parti termuda di negara ini, tetapi PRU 2008, PKR memenangi 31 kerusi di peringkat Parlimen. Pada PRU kali ini juga, PKR bertanding kerusi paling banyak iaitu hampir 100 kerusi di peringkat Parlimen.

PKR ini meletakkan PKR sebagai satu parti yang akan ke hadapan kerana asas parti itu adalah berbilang kaum, keterbukaan dan cara pengendaliannya dengan menampilkan tokoh muda yang pelbagai latar belakang. PKR lebih progresif daripada idea, dari segi tindakan dan memberi  pandangan. Itu meletakkan PKR tahap ke hadapan dan jika tanyakan pada saya,  PKR merupakan parti untuk masa depan.

PKR dilihat lebih dominan berbanding DAP dan Pas?
Keseimbangan dalam Pakatan Rakyat. PKR dilihat lebih dominan dari segi suaranya, kita lihat dalam kenyataan dan sidang media mengenai pembongkaran dan isu berkaitan, polisi lebih ke hadapan.

Walhal Pas dan DAP adalah parti yang lama 50 tahun bertapak, mungkin dalam situasi parti yang lama, banyak struktur dan sistem yang perlu ditempuhi sebelum sesuatu keputusan dan pandangan itu dibuat. Jadi itu melambatkan mereka menyuarakan pandangan dan memberi pandangan yang radikal. Tetapi PKR diberikan ruang menyuarakan, selagi tidak melanggar peraturan parti.

Bagaimana peluang pembabitan wanita dalam parti, adakah sudah mencapai tahap 30 peratus?
Meskipun parti termuda tetapi PKR adalah parti pertama dalam Perlembagaan telah menetapkan 30 peratus pembabitan wanita dalam kepimpinan peringkat pusat. Kepimpinan parti juga diingatkan bahawa setiap jawatankuasa, program parti perlu pembabitan wanita sebanyak 30 peratus.

Ini menjadi perkara yang harus diingatkan dalam urusan parti. Kita adalah parti pertama dan parti komited malah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri komited dalam PRU ini memastikan  bahawa cukup calon wanita untuk diketengahkan.

Namun demikian, pada PRU 13, saya tidak dapat penuhi 30 peratus wanita yang dapat saya ketengahkan, tetapi Alhamdulillah lebih daripada 2008. Di Selangor, mungkin saya dapat sasarkan 30 peratus.

Adakah parti akan mengekalkan kepimpinan wanita yang menang pada PRU kali ini?
Insya-ALLAH, calon wanita akan dikekalkan dan ditambah dengan wanita muda dan golongan profesional. Pemilihan wanita sebagai calon perlu seimbang, tidak boleh hanya meletakkan golongan profesional semata-mata. Yang lebih penting adalah boleh berkhidmat kepada rakyat dan peringkat akar umbi.

Yang pentingnya ada keterampilan untuk mendampingi rakyat, boleh berkhidmat dengan rakyat dan kedua barulah kelayakan akademik. Di Selangor khususnya, bagaimana YB melihat peluang untuk PKR dan PR kekal memerintah lantaran banyak isu berbangkit yang gagal dilaksanakan di negeri itu.

Rakyat di Selangor faham dan sudah masak dengan mainan politik. Kalau dikatakan PKR gagal sesetengah perkara, mereka (BN)  juga pernah gagal dalam sesetengah isu. Ini bukan isu menyalahkan semata-mata, itu politik cetek dan kebudak-budakan.

Perlu lihat perkara yang lebih besar, di mana agenda kita adalah pemimpin yang jujur dan amanah, tidak menyeleweng dan tidak rasuah. Ini yang lebih penting. Setakat manifesto itu, ia boleh dilaksanakan, tetapi kalau tunjangnya tidak jujur, tidak guna melaksanakannya tetapi tiada kesungguhan dalam memastikan bahawa rakyat menerima apa yang sepatutnya.

Sekiranya PKR sekali lagi mengekalkan kemenangan di Selangor, adakah ia merupakan kemenangan mutlak untuk PR untuk kekalkan negeri sedia ada?
Selangor menjadi contoh dan model Kerajaan PR. Apabila saya menjelajah ke seluruh negara, kita menceritakan kejayaan Selangor dan ini dicemburui rakyat di negeri lain.

Sebab itu mereka bangkit, dan berjanji akan membawa perubahan dalam PRU13 kerana mereka lihat kejayaan di Selangor dan hasilnya diberikan rakyat, kenapa tidak di negeri lain. Selangor menjadi model, selama beberapa tahun PKR memerintah tiada kes rasuah, tiada kes penyelewengan, malah lebih banyak kebaikan kepada rakyat.

Bagaimana YB melihat peluang Pakatan khususnya di negeri-negeri sedia ada?
PR pastinya akan mengekalkan empat negeri sedia ada, iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Manakala negeri lain iaitu di Perak, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka dan Pahang akan berjaya ditawan. Di Johor juga, PR yakin ada tambahan kerusi untuk kita menang, begitu juga di Terengganu.

Saya menjelajah seluruh negara, memberikan penerangan dan sebagainya, di mana mood rakyat, beri peluang kepada PR untuk lima tahun mengambil alih Putrajaya. Rakyat sudah bersedia mencuba memberi peluang untuk mengambil alih Putrajaya.

Sekiranya berjaya menjadi Kerajaan Pusat, adakah tempoh lima tahun atau satu penggal itu sudah mencukupi buat PR?
Pada PRU 2008, mana sangka kita akan menang, tetapi di Selangor kita tadbir dengan elok dan terbukti. Begitu juga di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Kalau katakan, PR tidak mempunyai kepimpinan yang berpengalaman, mereka juga bermula tanpa pengalaman... tapi yang penting apabila kita ambil alih ia membawa hasil yang lebih berlipat kali ganda di Selangor.

Bagaimana pula dalam konteks di Sabah Sarawak, adakah sukar bagi PR menembusinya? Adakah manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan baru-baru ini turut merangkumi keperluan untuk rakyat Sabah dan Sarawak?
Tidak juga, kerana kalau kita lihat pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak, kita (PR) menang 15 Kerusi Dun, dan jika ditafsirkan menjadi 8 kerusi Parlimen. Itu kami yakin akan menang 8 kerusi di Sarawak.

Jadi di Sabah, ada kebangkitan "Ini kalilah", mereka mahu berubah kerana orang Sabah melihat contoh di Selangor, mereka tahu negeri mereka kaya, kenapa Selangor boleh buat, tetapi kenapa mereka tidak.

Ada kesedaran yang besar di Sabah, sebelum 2000, wakil rakyat BN tidak berani menyuarakan kesusahan di Sabah, Sarawak kerana mereka tunduk dan dibuli Kerajaan BN di Semenanjung. Tetapi kami PR sebagai ahli parlimen, dalam menjelajah Sabah dan Sarawak membangkitkan masalah dan isu mereka di Parlimen, antaranya isu air, elektrik dan pelbagai lagi kemudahan asas.

Ya, Kita ada menyediakan manifesto khas untuk Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang akan kita rangkumkan dengan manifesto nasional.

Sekiranya PR menang di pusat, adakah akan berlaku perebutan jawatan perdana menteri antara Anwar dan Hadi? Atau ia hanya mainan politik yang cuba ditimbulkan pihak tertentu?
Saya melihat tidak ada masalah perebutan jawatan perdana menteri. Pimpinan semua parti dalam PR telah mempersetujui calon pertama PM kita ialah Anwar.

Perkara ini telah ditetapkan sejak perjanjian antara PR termeterai pada 2008. Sudah tentu pihak lawan cuba hendak mempolitikkan isu ini dan kita tidak ambil pusing. Ini kerana mereka sendiri kabur dan masih teraba-raba untuk mencari kepimpinan selain Najib.

Bagi pendapat YB, apakah kunci kemenangan yang perlu ada dalam tiga parti PR, untuk melakar sejarah menang di Putrajaya? Adakah kunci itu telah wujud dalam gabungan ini?
Apa yang ketiga-tiga parti utamakan ialah good governance. Maknanya, kita amat mementingkan tata kelolaan negara yang baik, tanpa rasuah, penyelewengan dan pecah amanah. Atas dasar yang dipegang itu, insya-ALLAH rakyat sendiri akan mendapat manfaatnya.

Mungkin ada perbezaan pendekatan antara ketiga-tiga parti, tetapi itu hanya perkara kecil kerana yang pentingnya ialah good governance.

Adakah YB akan bertanding dalam PRU13 di kerusi sama? Bagaimana YB sebagai Ketua Wanita PKR melihat PR telah berjaya membawa perubahan terutamanya dalam isu berkaitan wanita?
Insya-ALLAH saya akan terus bertanding di kawasan Ampang. Bukan kawasan saya saja yang menjadi keutamaan, sebaliknya saya juga akan berjuang agar PR dapat mempertahankan Selangor dan seterusnya memenangi Putrajaya. Dari segi perubahan, banyak.

Antaranya membawa idea baru untuk meningkatkan kualiti hidup kaum wanita. Kita memberi mereka pengetahuan dan pembelajaran mengenai peranan wanita dalam landskap politik. Amat penting untuk wanita tahu peranan mereka dalam menyumbangkan pandangan dalam menggubal polisi, bukan saja berkaitan wanita tetapi juga seluruh negara.

Kita juga tidak memandang ringan peranan wanita dalam PRU13 kerana lebih separuh daripada penduduk adalah daripada golongan tersebut. Masa depan PRU13 terletak dalam tangan pengundi wanita. Oleh itu, PKR telah mengeluarkan satu buku Agenda Wanita Malaysia yang di dalamnya ada banyak tawaran untuk memartabatkan wanita.

Boleh YB jelaskan mengenai Agenda Wanita Malaysia ini?
Agenda ini tertumpu kepada tujuh penggubalan polisi untuk meningkatkan taraf kualiti hidup wanita berdasarkan falsafah hormat wanita. Tujuh tumpuan itu ialah pendidikan, kesihatan, pendemokrasian, undang-undang, kesejahteraan sosial, agenda wanita muda dan ekonomi.

Tawaran utamanya ialah kita akan melancarkan program Caruman Wanita Malaysia. Setiap isteri dalam keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 akan menerima tabungan sebanyak RM600 setahun. Duit ini tidak boleh dikeluarkan sebaliknya digunakan jika wanita tersebut ditimpa musibah seperti kematian suami, diceraikan atau suami hilang keupayaan.

Selain itu, caruman ini juga bertindak sebagai skim perubatan sekiranya kaum wanita berdepan dengan masalah kesihatan. Jika kaum wanita tidak mengeluarkan duit ini sehingga umur mereka 50 tahun, mereka akan mendapat jumlah tabungan dalam anggaran RM30,000. Inilah penghargaan PR kepada peranan wanita.

Dalam PRU13, kawasan manakah yang menjadi tumpuan PR untuk dimenangi di Selangor?
Di Selangor, kita masih belum memenangi 20 kerusi tetapi ada tiga kerusi Parlimen yang kita mahu rampas iaitu Pandan, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Kita sudah ada calon untuk Pandan iaitu Rafizi Ramli dan Profesor Aziz Bari di Hulu Selangor.

Sementara di Hulu Selangor masih belum boleh diumumkan. Namun, dengan kredibiliti calon berprofil tinggi ini, kita berkeyakinan tinggi untuk merampas tiga kerusi tersebut.

Setakat ini, bagaimana dengan proses pembahagian kerusi dan persiapan jentera pilihan raya PR?
Proses pembahagian kerusi sudah hampir selesai dan kita akan umumkan sebelum Parlimen dibubarkan. Dari segi persiapan jentera, kita sememangnya sudah bersedia sejak 2008 lagi.

Kita sudah mula memperkukuhkan ranting dan jentera di peti undi. Selain itu, kita juga bergerak melaksanakan latihan menjejak pengundi, melaksanakan pelbagai siri ceramah dan persiapan ini akan diperhebatkan menjelang PRU13.

Terdapat situasi peningkatan pengundi yang mendadak di sesetengah kawasan. Adakah ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus?
Selepas 2008, kita memang agresif merekrut pengundi baru. Jadi memang tidak dinafikan berlakunya pertambahan pengundi. Namun, senarai pengundi yang dikeluarkan SPR dikesan sering tidak konsisten. Sistem daftar pemilih SPR sepatutnya canggih tetapi masih berlaku kesilapan kecil dan mudah seperti masalah pertukaran alamat.

Seolah-olah sistem ini sengaja tidak mahu dinaiktarafkan dan dikemas kini agar mudah dilakukan penyelewengan. Saya melihat selagi SPR tidak ditukar sebagai sebuah badan bebas, selagi itulah SPR tidak telus dan menjalankan tanggungjawabnya dengan adil kerana dikawal oleh kerajaan. Sekiranya PR menawan Putrajaya, kita akan memastikan SPR dirombak dan menjadi badan bebas yang hanya melakukan tugasnya.

Tun Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan rakyat perlu ambil serius amaran Anwar yang akan mengadakan Arab Spring sekiranya PR kalah. Adakah Arab Spring benar-benar akan terjadi?
Bagi saya, itu hanyalah taktik BN untuk menakut-nakutkan rakyat. Saya yakin Arab Spring tidak mungkin terjadi di Malaysia.

Anwar dakwa Philppine Inquirer tawar beri penjelasan dakwaan berjumpa Sultan Sulu

Posted: 05 Mar 2013 03:48 PM PST

Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berkata beliau telah diberi peluang untuk membuat penjelasan bagi  membersihkan namanya oleh media Filipina berhubung laporan media negara berkenaan yang mendakwa sumber risikan Filipina yang mengaitkan seorang pemimpin Sabah yang rapat dengannya berjumpa dengan Sultan Sulu.

Anwar berkata, Philippine Inquirer telah menghubunginya pagi tadi untuk membolehkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara itu ekoran penafiannya semalam berkenaan penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan di Sabah.

"Saya telah dihubungi Philippine Inquirer pagi tadi untuk memberikan penjelasan melalui radio secara langsung dan akhbar mereka.

"Sepatutnya pagi tadi ... tapi saya menolak kerana sibuk atas urusan lain," katanya kepada pemberita ketika sidang media di sini.

Keadaan itu jelas Anwar berbeza dengan laporan media di Malaysia yang telah pun disamannya, stesen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia, kerana terus mendakwa penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan oleh militan Filipina di Sabah tanpa mendapatkan penjelesannya.

"Sekurang-kurangnya mereka (Philippine Inquirer) bagi ruang untuk saya beri penjelasan," katanya menyalahkan media yang didakwanya ditunjangi Umno.

Akhbar Filipina itu tambah Anwar, tidak mengaitkan beliau secara langsung dengan insiden berkenaan, tetapi hanya melaporkan sumber daripada risikan Filipina.

Ketua Umum PKR itu juga menegaskan Putrajaya masih lagi perlu untuk melaksanakan tuntutan Pakatan Rakyat (PR) yang menggesa diadakan sidang khas Parlimen dan sesi meja bulat bagi membincangkan isu keganasan di Lahad Datu tersebut.

"Masih ada keperluan untuk sidang khas Parlimen dan meja bulat walaupun tentera sudah gempur militan Filipina itu pagi tadi," katanya.

Jelas Anwar, Malaysia bukan menentang masyarakat Sulu keseluruhannya, tetapi hanya menentang kumpulan militan bersenjata yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota keselamatan Malaysia.

"Kita tidak menentang Sulu, kita menentang militan di Sabah, itu perlu jelas," tegasnya.

Philippine Inquirer sebelum ini memetik sumber risikan tentera Filipina Jumaat lalu melaporkan bahawa seorang pemimpin politik Sabah yang rapat dengan Anwar berjumpa dengan penceroboh bersenjata.

Reuters pada 14 Februari turut melaporkan insiden pencerobohan di Sabah dengan memetik sumber risikan berkata pemimpin pembangkang mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Kedaulatan Rakyat di Sabah; Pemimpin Negara Gagal Pamer Wibbawa dan Iltizam

Posted: 05 Mar 2013 03:40 PM PST

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/pc.jpgSetiap pimpinan mana-mana negara sekalipun adalah bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan kepada rakyat dan keselamatan kepada anggota pasukan yang bertugas mengawal keselamatan negara.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
Setiausaha Agung PAS

LIM KIT SIANG
Penasihat DAP

Dalam Melaporkan Kebenaran Utusan Terus Memfitnah?

Posted: 05 Mar 2013 03:37 PM PST

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Gambar-Tentera-di-Lahad-Datu.jpgDalam keadaan berita benar dilaporkan mengenai perkembangan terkini operasi ketenteraan dijalankan terhadap pencerobohan pengganas warga asing di Lahad Datu, media utama negara Utusan Malaysia dan TV3 masih menjalankan propaganda dan fitnah mereka terhadap Pakatan Rakyat.

Nampaknya Utusan yang mencatat kerugian sebnayk RM15 juta masih tidak serik turun naik mahkamah dan kalah serta sering membayar saman malu ekoran kalah di mahkamah.

Sebagai respons marah, DS Anwar Ibrahim telah mendesak Utusan Malaysia dan TV3 memohon maaf atau berdepan dengan saman RM 200 juta jika media tersebut gagal membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan beliau dalam isu di Lahad Datu.

Tempoh 24 jam diberikan agar mereka menginsafi fitnah yang dilemparkan atau bersedia sekali lagi ke mahkamah. Itulah nada tegas pemimpin PR supaya media ini tahu bahawa etika kewartawanan atau pemberitaan mereka telah terlalu jauh menyimpang dari kebenaran.

Pelik juga bagaimana Utusan dan TV3 membuat kesimpulan mudah dengan cuba membabitkan pemimpin PR sedangkan insiden ini sedang berlaku dan operasi masih diteruskan tanpa apa-apa kenyataan rasmi dari pasukan keselamatan negara. Agak kesal juga bagaimana rakyat cuba diperbodohkan dengan pemberitaan yang berat sebelah dan tersasar dari fakta yang tepat dan benar.

Insiden pencerobohan ini adalah suatu perkara yang serius, besar dan amat menggemparkan. Tidak wajar mana-mana pihak memanipulasikan isu ini menjadi sensasi demi meraih populariti apatah lagi untuk dipolitikkan. Ia pula melibatkan keselamatan, ketenteraman awam serta kedaulatan negara. Tragedi yang telah mengorbankan nyawa pasukan keselamatan seharusnya ditangisi oleh seluruh rakyat, bukan menuding jari dengan pelbagai spekulasi liar.

Sebaiknya media mencari punca sebenar bagaimana pencerobohan ini berlaku di perairan negara tanpa dikesan oleh pihak keselamatan negara. Cara kerajaan menangani isu ini selama berminggu-minggu juga menimbulkan persoalan yang perlu dirungkaikan. Ia jauh lebih bermanfaat daripada meniup fitnah dengan tuduhan yang tidak berasas.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sahabatku Perantau, Perjuangan Ini Adalah Milik Bersama!

Posted: 05 Mar 2013 03:33 PM PST

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/dr%20azman%20perantau%20hat13.jpgSaya mulakan bingkisan terbuka ini dengan ucapan tahniah kepada Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) atas kejayaan penganjuran Himpunan Anak-Anak Terengganu 2013 (HAT13) di Shah Alam, Ahad lepas.

Tentunya penganjuran ini dalam rangka untuk mendokong hasrat bersama menyumbang ke arah kemenangan PAS dan PR khususnya di negeri Terengganu tercinta dalam pilihanraya umum nanti.

Di samping saya hadir dengan matlamat untuk bertemu mata, bersapa khabar dengan anak-anak Jabi di perantauan, saya juga amat berminat untuk memetik buah-buah bernas dan bernilai serta lontaran idea anak-anak perantau Terengganu yang sebahagian besarnya telah membina base yang stabil dan kukuh di rantauan.

Mendengar sahabat-sahabat perantau meluahkan idea dan pendapat, tak salah rasanya sebagai salah seorang pimpinan Badan Perhubungan Pas Terengganu untuk saya turut sama berkongsi komentar membina.

Yang pertama, berkenaan luahan anak-anak perantau tentang hasrat mereka untuk turut sama menyumbang, tetapi kepulangan mereka seolah-olah tak dihargai dan dialu-alukan sehingga tidak ada program khusus yang diatur bagi mengisi jadual kepulangan sedangkan mereka sendiri mencanangkan kehebatan mereka di luar sehingga boleh muncul di kaca televisyen, tetapi kenapa tidak diperlukan di negeri sendiri?

Untuk mereka yang berpandangan sebegini, suka saya berkongsi rasa…

Wahai sahabatku para perantau, perjuangan ini adalah milik kita bersama, tanggungjawab kita bersama, amanah yang dipikul bersama, berada dalam perjuangan Islam adalah kebanggaan kita bersama. Tiada siapa menjadi tuan dan tiada siapa menjadi tetamu dalam perjuangan ini. Di medan ini kita bergelumang dengan segala macam kepayahan, suka, duka, tawa menangis semuanya kita lalui, ada ketikanya kita perlu menjadi tempoyak yang digaul di dalam budu, ada ketikanya kita diletakkan di atas par hantaran yang dihias indah. Matlamatnya hanya satu, demi mencari redha Ilahi!

Pulanglah wahai sahabatku atas keinginan kita ingin bersama mencemarkan duli di medan ini, membasahkan baju dengan peluh perjuangan, menipiskan poket dengan sumbangan di jalan Allah, menahan mata untuk bersama memerah otak mencari kaedah terbaik bagaimana Islam boleh dimenangkan, mengalirkan air mata bersama berkongsi susah senang masyarakat, jangan bercita-cita untuk selalu berada di atas pentas dan mimbar setiap kali bumi kampung halaman dijejaki kerana medan dan tugas perjuangan ini sangat luas dan pelbagai, pulanglah… pulanglah…

Sahabatku perantau,  jangan beranggapan setiap kepulanganmu akan disambut sebagai tetamu, segalanya tersedia, senarai program untukmu telah siap disusun, dan tentunya keinginanmu biarlah program bertaraf berprestij, bukannya program debek atau cabuk, jangan… jangan…

Tak akan rendah nilai ijazahmu sekalipun kamu merendahkan diri. Nilai pengalaman, kemahiran, kepandaian yang sahabat semua miliki amat kami perlukan. Di lapangan ini, kadang-kadang ustaz lulusan SPM pun kami manfaatkan demi untuk mengisi program, apatah lagi sahabatku perantau yang memiliki ijazah berjela. Buangkan jauh-jauh rasa bahawa kepulanganmu tidak dialu-alukan dan disambut hangat. Maafkan kami kalau ada ketikanya mungkin kami terlepas pandang, ada ketikanya memang kami tidak mendapat maklumat, ada ketikanya kami juga telah beberapa malam belum berkesempatan merasai nikmat empuknya batal tidur, ada ketikanya kami menangis merasai sama kesusahan rakyat walaupun sebenarnya anak-anak dan isteri kami di rumah juga mencatu keperluan harian mereka lantaran kesuntukan belanja, ada ketikanya kereta kami tersadai di tepi jalan lantaran kehabisan petrol, ada ketikanya kami hampir-hampir tidak memiliki wang yang cukup untuk membayar tol, Ada ketikanya… ada ketikanya…

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/hat13.jpg

Air mata saya selalunya akan mengalir tanpa diundang apabila menghadiri majlis pecah tabung buluh di cawangan. Tabung dari sebatang buluh, di dalamnya disimpan 'samah' sehari oleh ahli-ahli di peringkat cawangan, dibelah 2 atau 3 bulan sekali beramai-ramai, keluarlah pitih syiling bersekali dengan habuk batang buluh, disusun syiling ini dan dikira… bila ditanya kepada cawangan, duit ini nak buat apa, jawab mereka untuk biaya anak-anak rantau pengundi luar yang akan balik mengundi nanti… Saya tidak malu sedikit pun untuk menyatakan hakikat ini khususnya kami di Jabi. Harap anak-anak rantau kita yang pulang mengundi nanti sudi untuk menerimanya walaupun ia hanyalah duit dari tabung buluh! Kamu semua sangat berharga di mata kami wahai sahabatku…

Yang kedua, ada perantau yang meluahkan kekesalan dengan gaya kepimpinan Pas Terengganu yang didakwa sombong, sehingga sukar untuk menerima orang luar. Terima kasih atas teguran dan kami tentunya terbuka untuk sentiasa mengoreksi diri kerana terpilih berada di saf memikul amanah kepimpinan bukannya tugas mudah. Cuma elok dan lebih fokus kalau sekiranya dapat diperincikan butirannya untuk menyokong dakwaan ini supaya lebih mudah tindakan pembetulan diambil. Kami terima hakikat ada ketikanya kita tidak dapat menilai diri sendiri dan kalau ada sahabat yang boleh memberitahu kekurangan kita, tentunya kita sangat berterima kasih.  Harapan kami ia bukanlah sekadar dakwaan rambang tanpa fakta dan perincian.

Yang ketiga, saya melihat ada kecenderungan sahabat-sahabat perantau untuk membuat kesimpulan mudah terhadap suasana politik dan gerak kerja yang sedang berlangsung. Tak bijak kalau sekiranya kita pulang jarang-jarang sekali, bertemu dengan seorang dua orang kampung dan mendapati mereka tidak tahu tentang sesuatu isu lantas terus kita membuat kesimpulan bahawa kerja-kerja penyebaran maklumat dan isu tidak dibuat oleh jentera parti. Sebab itulah saya suka mengingatkan sahabat-sahabat perantau untuk kita tidak syok seorang diri, mencongak dari dalam bilik pejabat berhawa dingin tanpa kita terjun ke medan sebenar. Dalam politik ada ketikanya 2 + 2 jawapannya bukan 4! Kami tidak menyatakan bahawa gerak kerja yang telah kami lakukan adalah terbaik dan kami tidak memerlukan apa-apa pandangan dan kritikan lagi, tetapi membuat kesimpulan terlalu mudah tanpa fakta adalah suatu kebodohan! Dengan maaf…

Yang keempat, memerhatikan cadangan-cadangan dan saranan-saranan yang dikemukakan, kelihatan ianya masih lagi rentak dan irama sama yang diulang siar, ada juga yang mengambil tempo bercakap untuk mempromosi diri, dengan ucapan terima kasih kepada beberapa sahabat yang bercakap berpijak di bumi nyata, realistik mengfokuskan kepada peranan yang seharusnya dimainkan perantau. Apakah ramai perantau sebenarnya tidak peka dengan perkembangan negeri sendiri lantaran saya menilai dengan maaf,majoriti mereka bercakap dalam kontek 'out of date'. Bersemangat memberikan idea dalam perkara yang sebenarnya sudah sedia difahami hatta oleh ahli kita diperingkat cawangan, memberikan cadangan-cadangan gerak kerja yang telah lama kami buat, dengan lain perkataan… 'nothing new..' Nasihat saya, pulanglah lebih kerap wahai sahabatku.

Point-point akhir mungkin berupa komentar yang agak keras dari saya, tapi kita semua inginkan kebaikan supaya peranan Perantau terus relevan dan dihormati.

Dr. Azman Ibrahim
Pengarah MTD Jabi
Anggota Perhubungan PAS Terengganu

Konflik boleh ditangani tentera lebih awal, PM lembap buat keputusan – Bekas jeneral

Posted: 05 Mar 2013 06:14 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Konflik bersenjata di Lahad Datu Sabah yang masuk minggu keempat mengundang kritikan keras daripada jeneral bersara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, kelewatan Najib Razak dan Kementerian Pertahanan membuat keputusan menyebabkan lapan anggota keselamatan terkorban.

Abdul Hadi

Katanya, sekiranya tindakan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara sejak minggu pertama pencerobohan, tentunya situasi lebih mudah ditangani.

"Mengapa (operasi masih) diberi kepada pihak polis sedangkan musuh datang dari pihak luar?  Ini tugas tentera.

Keputusan menentukan strategi (menyerang musuh) juga mengambil masa lama. Lebih buruk, perisikan juga kelihatan gagal mengenalpasti identiti dan keupayaan (persenjataan) musuh.

"Kerajaan sepatutnya memutuskan sama ada menggunakan taktik peperangan konvensional atau kaedah mengawal insurgensi (pemberotakan). Atau strategi bercampur antara kedua-duanya?" kata Hadi yang juga anggota sekretariat Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN.

Hadi turut membidas Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM kerana lalai melaksanakan tugas hingga gagal memberi amaran awal pencerobohan.

"Kita persoalkan unit perisikan tentera. Apakah mereka ambil mudah semua yang berlaku. Mengapa pencerobohan terjadi tanpa dikesan pada peringkat awal?

"Inilah akibat apabila BN memperguna unit perisikan untuk mengekori pemimpin Pakatan. Akhirnya tugas penting mempertahankan negara terabai.

"Saya cabar mereka mengambil tanggungjawab dan segera meletak jawatan," tegasnya.

Selain itu, Hadi kecewa terhadap kepimpinan Najib yang patut mencari jalan penyelesaian, bukan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat.

"Beliau cuba mengalih pandangan umum dari krisis ini dengan menyalahkan Pakatan, seolah-olah krisis ini disebabkan oleh Pakatan dan bukan kelemahan pentadbirannya," kata Hadi.

Selepas Serang dan Menang, Tunggu Apa Kata Dunia

Posted: 05 Mar 2013 06:02 AM PST

MSO

Peperangan sebenar di Lahad Datu, Sabah sudah bermula secara rasmi jam 7:00 pagi ini apabila ATM dan PDRM telah melancarkan Strategi Nasional Laut Biru (operasi perang) dengan menggempor kampung Tandou yang dijadikan perkampungan oleh para penceroboh sejak lebih dua minggu lalu.

Serangan dimulakan dengan jet penggempur Sukhoi S18 menggugurkan bom di kampung berkenaan kemudian diikuti dengan tembakan mortar dari darat. Dengan terasminya serangan itu ertinya tempoh rundingan dan tawar menawar telah berakhir. Penyelesaian kemelut perang itu secara damai tidak ada hayat lagi.

Apa yang kita dapat lakukan kini tunggu hasil serangan itu. Apakah ia akan lumat hanya sekali serangan sahaja ataupun akan berterusan beberapa hari lagi. Kita mengharapkan kemelut dan perang itu akan berakhir dengan sekali serangan sahaja.

Penceroboh akan lekas menyerah diri dan mengaku kalah. Kita dan sesiapa pun tdak mahu memperpanjangkan keadaan kritikal itu. Kita tidak mahu bunuh membunuh di antara satu sama lain.

Di samping menunggu hasil serangan itu kita juga menunggu satu perkembangan lain di mana perkembangan ini memerlukan kebijaksanaan dan kekuatan mental kita untuk menerima ulasan dan komenter dari negara-negara luar. Komentar ini adalah perang psikologi yang panjang.

Perlu diingat bangsa Sulu tidak bersendirian dalam membuat tindakan itu. Sebagai bangsa yang sudah lama berperang dan menyusun strategi untuk mendapatkan haknya, mereka tentu bersiap sedia bukan saja dari segi logistik peperangan tetapi juga bersedia dalam saraf-saraf atau tektik dan strategi peperangan lain. Sokongan luar sudah pasti dipinta dan ditagih simpati.

Tanpa memberi tahu mereka berlindung dan bakal mendapat simpati dari mana-mana kuasa besar, ia pasti wujud. Inilah satu permulaan baru yang terpaksa negara kita hadapi; ulasan dari komentar dari negara luar.

Situasi sebgini biasa dan berlaku dengan sendirinya. Kita juga akan turut memberi ulasan dan padangan ke atas mana-mana peperangan hatta kita tidak mengetahui kronologinya. Nah begitu juga dengan dunia lain ke atas kita. Sejarah kita perlu cipta tetapi kelurusan sejarah juga penting sebab ia dilihat sepanjang zaman. 

Kalau komenter itu berpihak kepada kita Alhamdulilah, tetapi kalau sebaliknya, di sinilah ia memberi masalah dan perang psikolgi baru kepada kita. Kita harus bersiap sedia dari semua segi. Kita belum pernah menerima kecaman dunia atas apa-apa kehilafan kita. Kita juga belum pernah berjuang dan beperang dengan orang luar. Kita diterima sebagai negara berbilang kaum yang harmonis. Ini adalah pertama kali.

Sebelum ini kita hanya menghadapi ancaman dalaman seperti komunis, samseng ataupun kumpulan-kumpulan pengganas berbentuk puak sahaja. Berbeza kali ini kita berhadapan dengan rakyat asing, rakyat Filipina. Ertinya peperangan kita ini adalah peperangan dengan 'dunia'. Secara umumnya kita berperang dengan Filipina.

Kita tidak boleh menyekat atau menghalang komentar dan kritik negara asing atau badan-badan kemanusiaan lain ke atas apa yang berlaku. Badan pemantau perang sudah pasti tidak mendiamkan diri. Mereka akan membuat siasatan dan analisa kemudian meledakkan kepada dunia.  Mereka semua ada pandangan dan persepktif tersendiri. Tidak semestinya apa yang kita rasa patut dan wajar dilakukan relevan untuk mereka. Tidak mustahil juga peperangan hari ini akan terhimbau hingga ke United Nation (PBB).

Kerana itu mereka akan meluahkan apa saja. Kecaman demi kecaman sudah tidak dapat dielakkan. Yang pastinya Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan lain-lain pihak harus bersiap siaga menghadapi kemungkinan serangan psikologis dunia. Semua itu hendak didengar umpama angin masuk telinga kiri dan biarkan ia keluar telinga kanan.Semua kena tebalkan telinga.

Namun yang mungkin rumit ialah untuk menjawab dan menjustifikasikan kepada mereka yang memahami sejarah dan susur galur kenapa bangsa Sulu menjadi 'histeria' untuk menceroboh Lahad Datu atau Sabah. Kita perlu menjelas persoalan mereka juga bukan saja dari sudut hak asasi kita tetapi dari sudut-sudut lain kemanusiaan dan sejarah.

Justeru jawaban dan penjelasan biarlah tepat dan meyakinkan. Kita tidak mahu kerana kesilapan kita dalam memberi justifikasi terhadap serangan balas ini akan mengundangkan masalah baru kepada kita, iaitu cemuhan dunia luar. Sesebuah negara sangat mengelakkan daripada mendapat kecaman dunia luar kerana ia memberi implikasi buruk.

Paling malang kalau peperangan ini berpanjangan ia boleh membuka ruang kepada kuasa asing yang kesekian lama terliur dengan persekitaran di lautan Sulu yang kaya dengan khazanah alam, menyebabkan mereka akan campur tangan. Mungkin campur tangan itu tidak wajar, dan tidak patut, tetapi kita kena faham dalam era peperangan yang tidak wajar pun akan jadi wajar. Peperangan berlaku kerana tekanan, penindasan atau kerana untuk mempertahankan hak, dan di sekitar peperangan sering ada oportunis yang zalim.

Penjelasan nanti hendaknya dibuat dengan telus dan menyakinkan dan ia tidak akan membuka ruang untuk kuasa besar turut campur tangan.

Nazri: Penceroboh Sabah boleh didakwa membunuh

Posted: 05 Mar 2013 05:59 AM PST

SINAR HARIAN

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR - Membunuh lapan anggota polis adalah antara tuduhan yang akan dikenakan terhadap penceroboh bersenjata di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  
"Sekiranya mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan dihadapkan ke mahkamah di negara ini bagi jenayah yang mereka lakukan, yang pasti kerana melakukan pembunuhan.
  
"Ia bukan peperangan (di Sabah), tetapi pencerobohan terhadap negara serta kedaulatan kita dan Malaysia telah bertindak dengan sewajarnya untuk menangani keadaan ini.
  
"Sekiranya ia suatu peperangan, maka Konvensyen Geneva akan terpakai. Tapi, ini tidak. Ia masih di peringkat pencerobohan.
  
"Jadi, langkah terbaik ialah menyerahkannya kepada polis kerana apabila melibatkan keselamatan negara, ia menjadi tanggungjawab polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog tentang penubuhan Majlis Hukuman di sini hari ini.
   
Mengenai Majlis Hukuman, beliau berkata masanya sudah tiba bagi Malaysia memberi pertimbangan terhadap penubuhannya untuk memperkemas pentadbiran keadilan di negara ini.
  
"Majlis Hukuman boleh memainkan peranan memupuk hubungan antara pendapat orang awam dan hukuman yang putuskan mahkamah," katanya.  - Bernama

Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama

Posted: 05 Mar 2013 05:57 AM PST

SINAR HARIAN
Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama
Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star
 
MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.
"Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai," ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik

Penceroboh enggan menyerah, apa tindakan M’sia?

Posted: 05 Mar 2013 05:54 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Laman The Philippine Inquirer pagi ini menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.

lahad datu

Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa, bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi.

"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.

Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.

"Ini hanya bermakna mereka hanya takut kepada kita…Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan," kata Idjirani seperti dilapor Malaysiakini.

Kenyataan ini adalah susulan tindakan pasukan keselamatan negara melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi tadi.

Tiada anggota keselamatan cedera dalam serangan ofensif

Posted: 05 Mar 2013 05:44 AM PST

SINAR HARIAN

ceroboh Sabah
Zahid Hamidi dan Hishammuddin Tun Hussein ketika mengadakan sidang media bersama hari ini - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.
  
"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).
  
"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.
  
Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.
  
Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.
  
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.
  
Beliau berkata inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.
  
"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.
  
Ahmad Zahid berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.

Beliau berkata hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu.
  
"Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya.
  
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

PRU13: SPR ada pelan kontigensi untuk Sabah

Posted: 05 Mar 2013 05:42 AM PST

M JEFFRI RAZALI

Tan Sri Abdul Aziz Yusof

 
BANDARAYA MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada  pelan tindakan kontigensi bagi menjalankan pilihan raya umum di Sabah sekiranya masalah keselamatan di negeri itu berlanjutan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR mempunyai prosedur tertentu mengikut undang-undang sedia ada bagi menghadapi kemungkinan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan pelan tindakan berkenaan apabila ditanya media.

"Saya akan sebut perkara itu kemudian. Kita tidak perlu membuat sebarang spekulasi tidak baik (mengenai aspek keselamatan di Sabah). 

"Kita memang ada pelan kontigensi. Undang-undang sudah ada. Jika ini berlaku, ini caranya... jika itu berlaku, begitu caranya," kata beliau kepada media selepas sesi taklimat ulangan kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya Melaka dan Negeri Sembilan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang mungkin diambil SPR sekiranya pilihan raya diadakan sedangkan aspek keselamatan di beberapa kawasan di Sabah masih bergolak.

Abdul Aziz berkata, beliau yakin pasukan keselamatan yang terdiri dari polis dan tentera akan dapat mengatasi masalah keselamatan di Sabah dengan segera, sekali gus membolehkan proses pilihan raya dijalankan dengan aman dan lancar.

Beliau turut berharap pasukan keselamatan akan membantu SPR dalam menjaga dan memastikan keselamatan pengundi-pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kepada pengundi-pengundi di Sabah, jangan risau atau takut untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab masing-masing nanti," katanya.

Pada masa sama, Abdul Aziz turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara seperti apa yang berlaku di Sabah untuk tujuan kempen pilihan raya.

"Pada pandangan saya, parti politik perlu bersatu dalam hal seperti ini. Saya fikir keselamatan negara serta ketenteraman awam perlu diutamakan," katanya.

Kenyataan Tian Chua dimanipulasi, Rahim Nor pula terlibat dalam politik

Posted: 05 Mar 2013 05:33 AM PST

ASPAN ALIAS

Sedang kita berkabung kerana kehilangan ramai anggota keselamatan, saya tidak dapat menahan diri tentang perlakuan politik yang timbul dikeliling kejadian berdarah ini. Sesiapa pun boleh bercakap apa tentang isu ini dan cara kerajaan mengendalikannya.

Dari awal kejadian ini lagi kita telah mendengar permainan politik setengah pihak yang menuduh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang kepada kejadian ini dan ia sesungguhnya sangat menjilikkan. Apabila kejadian seperti ini berlaku ada pihak tidak sempat-sempat hendak menjadikan kejadian ini sebagai alat politik mereka.

Sudah dua malam kita telah diberitahu yang TV3 telah memainkan isu terhadap Tian Chua dan salah seorang yang dipaparkan dalam siaran itu melalui buletin utama TV itu ialah Rahim Nor, bekas Ketua Polis Negara, yang pernah dipenjarakan oleh Mahkamah kerana memukul Anwar semasa dalam tahanan Polis pada tahun 1998 dahulu.

Tian Chua dijadikan sasaran oleh UMNO dengan menggunakan TV3 dan media massa lain sambil menuduh Tian Chua bermain politik dengan isu tembak menembak di Sabah sekarang ini. Kata-kata Tian Chua dimanipulasi oleh pihak media kononnya Tian Chua menuduh kejadian di Lahat Datu itu adalah sandiwara UMNO dan BN. Apa yang dikatakan oleh Tian adalah respons  kepada tuduhan yang pencerobohan di Lahat Datu itu didalangi oleh Anwar. Tian tidak membuat komen tentang tembak menembak itu.

Semua orang tahu yang UMNO itu dalam keadaan terdesak, tetapi terdesak macam mana pun adalah menjilikkan untuk memutar-belit kan kenyataan Tian Chua itu dengan sewenang-wenangnya.

Yang lebih menjengkelkan ialah media menggunakan bekas Ketua Polis Negara yang melakukan kesalahan memukul Anwar semasa pemimpin pembangkang itu berada di dalam lokap Polis semasa beliau di tahan pada tahun 1998 dahulu. Rahim lah yang didapati bersalah memukul Anwar semasa dalam tahanan itu sehingga mata Anwar membengkak kehitaman.

Rahim semalam menganggap Tian Chua seperti kanak-kanak sekolah yang tidak layak untuk dipertahankan oleh sesiapa pun dalam pilihanraya yang akan datang. Bagaimana TV3 boleh menggunakan Rahim untuk membuat kenyataan membidas Tian Chua sedangkan dari segi moralnya Rahim ini tidak berkelayakan untuk membuat komen politik kerana beliau sendiri bukanlah seorang yang mempunyai 'moral standing' yang kukuh untuk berkata-kata tentang politik dengan baik.

Sebaliknya Rahim itulah yang lebih rendah martabatnya kerana melakukan kekasaran terhadap Anwar semasa dalam tahanan itu. Rahim lebih rendah dari semua manusia yang bertamaddun dan tindakan beliau memukul orang lain itu seolah-olah beliau (Rahim) sedang hidup di zaman batu. Di zaman batu dahulu siapa yang mempunyai otot yang kuat orang itulah yang berkuasa.

Rahim itulah sebenarnya yang menggunakan keadaan semasa ini untuk menonjolkan diri beliau dan sikap mengampu pihak yang berkuasa tidak kira bermoral atau sebaliknya. Itu ada lah budaya yang sudah tertanam di dalam kehidupan mereka yang menghampiri yang berkuasa sejak lebih dari dua dekad yang lalu.

Rahim ini tidak lebih dan tidak kurang seperti anggota boria yang melangkah dan menghayun tangannya mengikut kumpulan boria. Jika Rahim dijadikan 'anchor' dalam memberikan komen politik, ia membawa makna pihak yang disokong Rahim itu sememangnya pihak yang tidak mempunyai moral untuk membuat apa-apa kebaikan untuk siasah negara ini.

Orang yang tidak mempunyai sahsiah yang asas untuk bercakap tentang moral seperti Rahim ini masih diperguna oleh polis pihak pemerintah. Saya juga difahamkan yang Rahim ini merupakan Ketua Unit dalam "war room" UMNO. Jika berita ini benar, bertambah jelas lah yang UMNO akan tersungkur dalam pilihanraya kali ini.

Kerja UMNO untuk mengaitkan Anwar dalam pencerobohan dari Sulu itu merupakan tindakan yang sangat 'desperate' bagi UMNO dan niat Anwar untuk membawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan itu adalah satu tindakan yang sangat wajar.

Pihak pembangkang juga boleh membuat tuduhan yang sama jika mahu tetapi itu bukan caranya untuk mendapat sokongan ramai. Kita juga boleh mengejek kemampuan pihak kita mengendalikan pencerobohan itu.

Kita boleh berkata yang jika kumpulan yang tidak mempunyai senjata canggih pun tidak mampu dilawan oleh pihak kita bagaimana pula jika negara kita di serang oleh negara lain secara peperangan sebenarnya.
Kita bukan tidak sedar dengan kematian yang begitu ramai pihak keselamatan kita itu, ia menunjukkan kepada dunia betapa rendahnya kemampuan kita untuk mempertahankan negara yang berdaulat ini.
 Malahan jika keadaan ini berlaku di negara, kerajaan atau pimpinan yang bertanggungjawab, mereka sudah pun meletakkan jawatan untuk menjaga maruah dan martabat negara. Malahan seluruh kerajaan sepatutnya meletakkan jawatan serta merta.

SPR Gagal Kikis Tanggapan Berat Sebelah, Tidak Adil Di Mata Rakyat

Posted: 05 Mar 2013 05:31 AM PST


ambiga persidangan pru 13 01

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengikis tanggapan umum bahawa ia bebas dari pengaruh mana-mana parti politik dan tidak berat sebelah.

Ini disebabkan beberapa kenyataan SPR sebelum ini yang membuktikan bahawa badan itu tidak bersikap adil kepada semua parti politik dan menguntungkan Umno-BN.

Menurut Pengerusi Bersama NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan, semua parti politik haruslah diberikan layanan sama rata.

"Masalahnya sekarang pihak yang diberi tanggungjawab ini SPR adalah sebuah badan yang semakin hilang kepercayaan rakyat.

"Begitu juga dengan kebebasan media untuk pembangkang, ianya bagaikan satu gurauan.

"Dakwaan mereka kononnya negara ini amalkan kebebasan media adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata Ambiga dalam Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia hari ini.

Ambiga juga melahirkan rasa kesal apabila SPR tahun lalu mengeluarkan kenyataan kononnya tidak mempunyai masa mencukupi untuk membersihkan daftar pemilih.

"Mereka cakap tidak cukup masa, sampai sekarang dah 10 bulan berlalu, apa yang mereka buat?"

Sementara itu, Ambiga turut berkata BERSIH 2.0 akan menggerakkan kira-kira 10,000 sukarelawan pemantau bagi memantau dalam PRU-13 nanti.

Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia merupakan persidangan yang dianjurkan Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persidangan yang asalnya dirancang diadakan di bangunan parlimen itu dipindahkan ke Kelab Taman Perdana Diraja disebabkan tidak mendapat kebenaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Persidangan yang diadakan dua hari itu turut dihadiri panelis yang terdiri pelbagai latar belakang politik, pertubuhan dan wakil antarabangsa.

Noh Omar Patut Tumpu Kerja Tingkatkan Pendapatan Petani

Posted: 05 Mar 2013 05:30 AM PST


MB pc tie belang 01

KLANG : Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sewajarnya menumpukan usaha mempertingkatkan mutu pendapatan para petani di seluruh negara.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, seorang Menteri Pertanian yang terbaik adalah individu yang berjaya mempertingkatkan pendapatan per-kapita para petani ke tahap yang tinggi.

Abdul Khalid berkata demikian dalam responnya berhubung dakwaan Noh yang mengatakan Selangor negeri paling tinggi menerima aduan melalui Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri bagi tempoh Oktober dan Disember tahun lepas.

"Dia (Noh Omar) mesti ambil kira di mana Kementerianya yang mempunyai ramai rakyat Malaysia yang miskin.

"Berapakah ramai para petani yang melepasi kadar pendapatan RM3,000 sebulan?

"Berapakah Nelayan yang mempunyai pendapatan RM2,000 sebulan?

"Jika beliau sendiri (Noh ) mempunyai kementerian yang terdapat masyarakat miskin teramai, maka saya rasa beliau sepatutnya berhenti kerja," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa lawatan beliau ke pusat dialisis Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Taman Sri Andalas di sini.

Ujar beliau, Pakatan Rakyat mempunyai perancangan bagi mengurangkan jurang pendapatan antara yang kaya dan miskin khususnya dalam membela para petani.

"Kajian kita menunjukkan keupayaan Kementerian Pertanian dengan strateginya adalah sangat lembab (untuk mempertingkatkan pendapatan petani)," katanya.

Anwar nafi pernah jumpa Sultan Sulu

Posted: 05 Mar 2013 05:27 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian 
oleh SAFWAN MANSOR
 
KUALA LUMPUR - Setelah bertegas dan menafikan pembabitannya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.

"Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?" ujar Anwar pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan semasa di Lahad Datu, Anwar menyifatkan tindakan kerajaan segera menggunakan seluruh kekuatan yang ada dengan menurunkan pasukan tentera dan polis selaras dengan desakan perikatan pembangkang itu semalam.

"Kami tidak menentang Sulu tetapi kami menentang sekumpulan penceroboh yang bersenjata," tegas Anwar lagi.

Menurut Ketua Umum PKR itu, pihaknya tetap mahukan rundingan meja bulat antara Pakatan Rakyat (PR), Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan bagi membincangkan insiden yang sudah meragut lapan nyawa satria negara.

"Setakat ini mereka belum ada jawapan, biasalah," kata Anwar.

Anwar juga memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama Filipina 'Inquirer News' setelah pemimpin pembangkang itu membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu.

"Tawaran menemu duga saya itu berlaku pagi tadi.

"Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu," ujar Anwar lagi.

Tambahnya, media yang bebas dan mahu mengimbangi pemberitaan mereka malangnya tidak berlaku di Malaysia sepertimana di TV3 dan Utusan Malaysia.

TV3 dan Utusan berhadapan saman masing-masing RM100 juta jika gagal mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan Anwar dalang insiden di Lahad Datu.

Kenderaan tentera bertali arus ke Kg Tanduo

Posted: 05 Mar 2013 05:22 AM PST

 


 
Puluhan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan berhampiran Kampung Tanduo lewat petang ini.

Kenderaan tentera yang bertali arus itu, termasuk kereta perisai dan trak membawa anggota tentera, dilihat memasuki kawasan jalan ladang kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang ini.

Barisan trak tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membelok ke jalan ladang tersebut.

Turut dilihat dalam barisan kenderaan itu adalah dua ambulans.

Jalan ladang berkenaan merupakan antara beberapa laluan ke Kampung Tanduo. Petugas media dihalang daripada menggunakan jalan berkenaan, dan hanya dilalui pasukan keselamatan yang menuju kampung tersebut.

Perkembangan ini berlaku susulan dakwaan penduduk tempatan bahawa Tentera Diraja Sulu yang dikepung di Kampung Tandou meloloskan diri dari sekatan dan menduduki Kampung Tanjung Batu.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada peningkatan jumlah tentera itu bagi meluaskan perimiter kawalan ke atas penceroboh, yang kini turut melibatkan kampung berdekatan, atau untuk bertindak ke atas kumpulan bersenjata itu.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan panglima angkatan tenera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin enggan mendedahkan sekiranya pasukan keselamatan akan bertindak ke atas penceroboh berkenaan.

Klinik Kesihatan Padang Jawa Daif, Kerajaan Selangor Hulur Bantuan

Posted: 05 Mar 2013 05:19 AM PST


Klinik Kesihatan Padang Jawa Daif 1

SHAH ALAM : Prihatin dengan keselamatan pesakit, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil tanggungjawab Kementerian Kesihatan dalam menyediakan kemudahan asas sebuah klinik kesihatan di sini.

Klinik Kesihatan Padang Jawa dibina kira-kira 50 tahun itu berada dalam keadaan uzur dan daif, manakala kemudahan asas seperti peti ais untuk menyimpan ubat sudah tidak boleh digunakan lagi.

Klinik Kesihatan Padang Jawa Daif 2

Selain itu, menurut Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi Dan Kebudayaan, Rodziah Ismail, pusat kesihatan ini perlu dibaiki segera kerana ia merupakan keperluan rakyat setempat untuk mendapatkan rawatan disamping isu keselamatan perlu dititik beratkan.

Katanya, rakyat berhak untuk menikmati kemudahan dan keselesaan semasa berurusan atau mendapatkan perkhidmatan di klinik terbabit.

"Klinik ini merupakan satu-satunya klinik di kampung ini, pengunjungnya ramai wanita mengandung dan kanak-kanak.

"Ia kini sudah uzur, saya terima banyak aduan dari Ketua Kampung dan minggu lalu serta hari ini saya lihat sendiri.

"Saya akan menulis surat kepada Kementerian Kesihatan supaya menaik taraf klinik ini supaya keadaannya lebih kondusif, walaupun berada di kampung, tetapi klinik ini di kawasan Bandaraya Shah Alam, jadi sampai masa ia patut di naik taraf," katanya ketika ditemui.

Rodziah menambah Kerajaan Negeri sedia berbincang dengan Kementerian Kesihatan sekiranya mahu membina sebuah klinik yang baru dan selesa.

"Kita mungkin boleh berbincang untuk menyediakan tapak baru, bagi saya perkara yang berkenaan kemudahan rakyat kita tidak boleh memilih kawasan untuk diberi perhatian.

"Sementara ini, saya cuba bantu mana yang termampu dalam ruang lingkup saya, cuma kalau membina bangunan baru ia perlukan satu peruntukkan khas," katanya.

Dalam lawatan itu, Rodziah turut memberi sumbangan berupa sebuah peti ais dan satu set komputer untuk kegunaan kakitangan klinik itu.

Klinik Kesihatan Padang Jawa Daif 3

Tinjauan di klinik terbabit mendapati lantai dan dinding klinik itu sudah usang, kemudahan tempat duduk yang disediakan di bahagian luar juga semakin uzur, selain tidak selesa dijadikan sebagai tempat menunggu kerana kawasannya terdedah kepada pancaran cahaya matahari.

Sementara itu, Ketua Kampung, Saian Asmari, 62, berkata penduduk mahukan supaya sebuah klinik kesihatan yang lebih selesa dibina.

"Penduduk di kampung ini, ada sekurang-kurangnya 30,000 orang. Kalau boleh mahu klinik yang lebih selesa. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yb Rodziah kerana prihatin dan sudi melawat masalah kami," katanya.

Rumah Mampu Milik Keempat PKNS Siap Disember 2014

Posted: 05 Mar 2013 05:16 AM PST


Rumah Debbin PKNS 3

SHAH ALAM : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal tampil dengan satu lagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang terletak Desa Alam Sekysen U12 yang dijangka  berada di siap pada Disember 2014.

PKNS dengan usahasama Debbin Sdn Bhd ini merupakan RMM keempat PKNS selepas projek berkembar  1422 unit di Bukit Botak Selayang, 124 unit pangsapuri di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan 129 unit rumah teres 1 1/2 tingkat di Antara Gapi Serendah.

"Projek ini menawarkan sejumlah 104 unit pangsapuri dengan keluasan setiap unit antara 750 hingga 850 kaki persegi.

"Dengan rekabentuk yang menarik, projek ini juga menawarkan suasana kondusif dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

"Seperti juga projek pangsapuri mampu milik PKNS di Bandar Baru Bangi, sebanyak empat unit akan disediakan untuk orang kelainan upaya (OKU)," kata Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Othman berkata, projek-projek ini adalah sebahagian daripada perancangan 20 tahun PKNS untuk membina sebanyak 31,000 unit RMM di negeri Selangor untuk tempoh sehingga 30 tahun.

Rumah Debbin PKNS 2

"Pembinaan rumah mampu milik berkualiti ini dijangka akan menelan belanja subsidi lebih RM1.1 bilion," katanya.

Ujarnya, projek ini juga membuktikan yang Kerajaan Negeri dan PKNS juga prihatin dengan kehendak masyarakat bandar dan luar bandar.

Sementara itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sehingga kini PKNS sudah dapat membina lebih daripada 100,000 unit rumah pangsapuri kos rendah.

Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan rumah idaman PKNS-Debbin Sdn Bhd di Desa Alam Seksyen U12 di sini.

Turut hadir dalam majlis itu Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Rumah Debbin PKNS 1

Abdul Khalid : Kredibiliti Syed Husin Melayakan Beliau Menjadi Senator

Posted: 05 Mar 2013 05:14 AM PST


Abdul Khalid Kredibiliti Syed Husin Menjadi Senator

KUALA LUMPUR: Kreadibiliti dan kebolehan yang ada pada Dr Syed Husin Ali melayakkan dirinya dicalonkan untuk jawatan Senator, ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, beliau mencadangkan nama Syed Husin memandangkan beliau menetap di Petaling Jaya lebih 30 tahun meskipun beliau berasal dari Johor ditambah dengan sumbangannya terhadap negara sebelum ini.

Tegasnya, perlantikan Syed Husin juga tidak mempunyai hubungkait dengan isu 'mengosongkan jawatan' Timbalan Presiden PKR yang disandang ketika itu bagi memberikan laluan kepada Azmin Ali.

Dalam keterangan di kamar saksi Abdul Khalid menjelaskan, pelantikan Azmin selaku Timbalan Presiden dibuat melalui Pemilihan Agung PKR.

Abdul Khalid dipanggil sebagai saksi keterangan berhubung kes saman fitnah di antara Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkefli Noordin terhadap Senator Dr Syed Husin berhubung buku 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali'.

"Saya hanya ditanya ada kebenaran jika perlantikan Syed Husin sebagai Senator mempunyai hubungannya dia berhenti menjadi Timbalan Presiden PKR untuk memberi ruang kepada Azmin Ali.

"Kenyataan ini tidak benar. Saya sendiri tidak ada kena mengena dengan perlantikan.

"Cadangan saya adalah atas dasar kebolehan dan keupayaan.

"Saya cadang. Selepas diterima saya bawa kepada parti," katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah.

Sementara itu, N. Surendran selaku peguam yang mewakili Syed Husin menjelaskan, Abdul Khalid dalam keterangannya turut menyatakan Syed Husin hanya menerima cadangan untuk menjadi Senator selepas dipujuk beberapa kali.

Senator Dr Syed Husin pula menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid bercakap benar ketika menjawab soalan yang dikemukakan.

Pada 27 Januari 2012, Syed Husin, 76, bekas Timbalan Presiden PKR, memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Zulkifli berhubung satu artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lepas, berjudul 'Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Husin'.

Abdul Khalid Kredibiliti Syed Husin Menjadi Senator 2
Zulkifli turut memfailkan writ saman yang difailkan dipejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivilmelalui Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua pada 24 Ogos 2012.

Dalam pernyataan tuntutan, Zulkifli mendakwa Syed Husin secara palsu dan dengan niat jahat menerbitkan dan mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan bersifat fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa perkataan itu dalam makna semulajadinya membawa maksud beliau menawarkan kepada Parti Keadilan Rakyat dan/atau Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sekitar April 2008, iaitu selepas Pilihan Raya Umum ke-12, untuk meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi membolehkan ketua pembangkang tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil.

Katanya, perkataan itu juga, antara lain, bermaksud beliau bersubahat dengan Umno untuk membuat tuduhan dan tohmahan terhadap PKR dan Anwar, serta merelakan dirinya dipergunakan untuk mencapai agenda politik Umno.

Abdul Khalid Kredibiliti Syed Husin Menjadi Senator 1

Aziz Bari: Ketua negeri perlu jaga k'jaan sementara

Posted: 05 Mar 2013 05:09 AM PST



 
Mantan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari berkata para ketua negeri harus memastikan kerajaan sementara tidak melampaui kuasa apabila dewan undangan negeri atau parlimen dibubarkan.

Selain itu, penjawat awam dalam perkhidmatan awam juga bertanggungjawab untuk tidak berpolitik dan memastikan mereka sendiri kekal neutral sewaktu kempen pilihan raya berlangsung, katanya.

"Ketua negeri mesti memainkan peranan utama untuk memastikan ahli politik tidak melangkaui garisan yang ditetapkan pada masa sama perkhidmatan awam, penjawat awam perlu melaksanakan tugas mereka.

"Perlu diingat, secara prinsipnya penjawat awam adalah neutral," kata Abdul Aziz katanya dalam 'Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia' di Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam sesi berkenaan, Abdul Aziz berkata, kedua-dua entiti itu bertanggungjawab menggalas peranan itu kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menggariskan dengan jelas tentang peranan kerajaan sementara.

Seorang lagi ahli panel, timbalan presiden PKR, Azmin Ali berkata kerajaan sementara perlu menjarakkan diri daripada perkhidmatan awam.

Menurut Azmin, kerajaan sementara perlu mengelakkan daripada menggunakan kemudahan awam seperti kenderaan perkhidmatan awam serta hasil risikan ketenteraan dan polis untuk kegunaan parti mereka.

"Mereka perlu mengelak daripada menggunakan sumber-sumber awam untuk mencapai objektif kempen politik mereka," kata Azmin sambil menambah perkara itu sewajarnya lebih dititik beratkan selepas pembubaran.

Penjawat dalam perkhidmatan awam juga perlu menjarakkan diri daripada kerajaan sementara dengan kekal bersikap neutral secara politik.

"Perkhidmatan awam" yang saya maksudkan adalah perkhidmatan awam secara umum termasuklah pentadbiran dan khidmat diplomatik termasuklah penguatkuasa undang-undang terutamanya tentera, polis, dan agensi anti rasuah, dan pastinya juga Pejabat Peguam Negara," kata Azmin.

Satu lagi amalan terbaik buat sebuah kerajaan sementara adalah untuk mengelak daripada terlibat dengan sebarang kontrak besar yang akan menyebabkan kerajaan akan datang terikat untuk memenuhi kontrak tersebut, kata Azmin.

Tambahnya lagi, sebarang pelantikan jawatan yang signifikan dalam perkhidmatan awam juga perlu dielakkan oleh kerajaan sementara.

"Sebabnya adalah jelas. Kerajaan akan datang itu mungkin kerajaan baru menggantikan kerajaan sedia ada dan mereka pastinya ada satu set dasar dan strategi berkaitan negeri dan persekutuan," kata Azmin.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang tindakan kerajaan sedia ada untuk mengutuk kempen pembangkang yang menganjurkan penukaran kerajaan adalah satu "penafian kepada rasional pilihan raya".

"Hakikatnya, keseluruhan asas pilihan raya itu adalah untuk membolehkan orang ramai memilih untuk (sama ada) menukar parti yang membentuk kerajaan," katanya.

Kebimbangan terus menyelubungi Semporna

Posted: 05 Mar 2013 05:07 AM PST



 
Walaupun pertempuran di Kampung Sri Jaya Simunul di Semporna berakhir pada malam Ahad lalu, tetapi kebimbangan masih menyelubungi perkampungan di kawasan pantai, di mana sebahagian besar penduduknya telah dipindahkan untuk mengelak kemungkinan ada lagi pencerobohan oleh militan asing.

Ramai penduduk kampung semalam mengangkut barangan dan perabot rumah mereka, termasuk set sofa dan televisyen, dengan trak 4WD dan lori kecil untuk dihantar ke rumah saudara-mara mereka dan ke tempat tinggal sementara mereka.

semporna simunul 040313 bloodBeberapa penduduk kampung sebenarnya telahpun mula
membungkus barangan mereka sejurus selepas tembakan pertama didengar pada hari Sabtu lalu.

Mereka bimbang tentang keselamatan diri mereka, dan seperti yang mereka duga, pertempuran berlaku kemudiannya, dengan ramai daripada mereka masih tidak pasti tentang situasi tersebut ketika khabar angin mula merebak di sekitar kawasan kampung itu.

Seorang penduduk Kampung Sri Jaya Simunul, Hakim Abdul Wahab, berkata masih terdapat penceroboh bersembunyi di salah sebuah rumah di kampung itu, di mana rumah-rumah dibina di atas tiang kayu di permukaan laut.

"Polis memberitahu kami bahawa penceroboh telah bersembunyi di rumah tersebut dan tiada siapa yang dibenarkan untuk mendekatinya kerana bimbang mereka bersenjata," kata Wahab kepada Malaysiakini ketika ditemubual di pintu masuk ke kampungnya petang semalam.

Malam tadi, beberapa tembakan didengar oleh wartawan yang menginap di sebuah hotel di bandar di Semporna, yang terletak kira-kira 2km dari Kampung Sri Jaya Simunul.

SPR yakin proses PRU-13 di Sabah akan berjalan lancar — pengerusi SPR

Posted: 05 Mar 2013 05:05 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER
 
MELAKA— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Sabah akan berjalan lancar dan tidak tergugat dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di negeri itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata berkata pengundi di Sabah tidak perlu bimbang kerana pihak SPR akan dibantu anggota keselamatan untuk menjaga dan memantau keselamatan pengundi di Sabah sepanjang PRU-13 akan datang.

"Hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam negara perlu diutamakan dan kita juga tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi keadaan di sana (Sabah)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat ulangan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihan Raya Bagi Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sempena PRU-13, di sini hari ini.

Insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah yang dilapor sejak 12 Feb, mengorbankan lapan anggota keselamatan negara — dua di Lahad Datu dan enam di Semporna.

Seramai 13.29 juta pemilih berdaftar sehingga 31 Dis lepas diwartakan SPR pada Februari lepas, dengan lebih dua juta daripadanya adalah pengundi baharu. — Bernama

Tiada ulasan: