DIALOG RAKYAT |
- Hina Hindu: Masyarakat India marah pada Zul Noordin – Manikavasagam
- Jumlah pengundi pos luar negara tunjuk kelemahan SPR- Mafrel
- Wakil MIC datang rumah, hasut keluarga Sugumar tutup kes- sepupu
- Presiden, pengerusi KTMB terpaksa rayu sokongan untuk BN
- Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang
- Jika DAP boleh haram, kenapa tidak Umno
- Pemantau Kelantan kesal SPR tidak pantau kerajaan sementara
- Kerajaan Negeri Salur RM 32.5 Juta Bantu SAR
- Anwar : Saya Tidak Dendam Dengan Tun Dr Mahathir
- Kerajaan Kelantan lancar pembinaan stadium baharu
- Majlis Peguam: Pejabat AG ada bukti kukuh buka semula kes pembunuhan Altantuya
- MB: 'Calon BN Pahang muktamad, tapi boleh ubah'
- Operasi Daulat tidak terhad kepada tempoh tertentu
- Karpal yakin PR menang majoriti mudah, kuasai 7 negeri
- Ahmad Said Tak Nampak Pondok Tol 'Duk Cokoh' Atas Jambatan
- Umno BN Akan Terus Menipu Untuk Pertahan Putrajaya Habis-habisan
- Teng sedia bertanding menentang Guan Eng pada PRU-13
- MB Selangor arah peguam fail kes ke atas SPRM, bekas ketua pesuruhjaya
- SPR ketepi syor PSC pantau kerajaan sementara
- Jika Lahad Datu di Jepun
- Tidak siar mohon maaaf: Ahmad Said hina mahkamah
- Kit Siang mahu kerusi DUN pula di Johor?
- Lepas 48 jam, NGO India mahu 'langgar' Zul Noordin
- Pembelian pesawat tempur mesti dibentang di Parlimen – MP Pakatan
Hina Hindu: Masyarakat India marah pada Zul Noordin – Manikavasagam Posted: 30 Mar 2013 05:48 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR - Masyarakat India marah pada Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin ekoran kenyataan menghina agama Hindu, kata Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.Katanya, selaku ahli parlimen dan seorang peguam, Zulkifli tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung sensitiviti penganut agama lain. "Saya rasa amat kecewa dengan kenyataan beliau. Dia bertanding di Kulim Bandar Baharu (pada 2008), atas tiket KEADILAN, sepatutnya tahu orang India pun ada undi dia. Kenyataan semacam ini tidak baik dan tidak sihat. "Sebagai peguam sepatutnya beliau tahu tentang undang-undang, tak perlu cakap tentang sensitiviti perkauman. Sekarang semua masyarakat India pun marah dengan beliau," katanya ketika dihubungi. Menyerahkan perkara itu kepada pihak polis, Manikavasagam turut menasihati Zulkifli agar memohon maaf kepada kaum India, atas kenyataan tersebut. Zulkifli dalam video yang dimuat naik ke dalam laman You Tube- dipercayai dalam satu majlis ceramah- mengeluarkan kenyataan menghina agama Hindu dan Tuhan sembahan mereka. Dalam rakaman itu, beliau menceritakan perbualan dengan seorang peniaga kedai berhala Hindu di Kuala Lumpur, yang kedainya dilanda banjir dan berkata Tuhan bagi agama Hindu sendiri tidak mampu menyelamatkan bencana itu. Semalam, Naib Presiden KEADILAN N Surendran menyelar kenyataan berkenaan, dan menggesa pihak berkuasa menyiasat Zulkifli di bawah kanun keseksaan. Pada masa sama, Pengerusi Biro pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Ahmad Kassim menyifatkan kenyataan Zul Noordin itu sebagai jahil agama dan tidak selari dengan ajaran agama Islam. Beliau merujuk kepada surah An Naam, ayat 108 yang melarang umat Islam menghina agama penganut agama lain- RM | ||||
Jumlah pengundi pos luar negara tunjuk kelemahan SPR- Mafrel Posted: 30 Mar 2013 05:45 AM PDT Oleh: Mohd Arif Juhani KUALA LUMPUR : Bilangan kecil pengundi pos di luar negara yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan kelemahan besar yang perlu diperbaiki suruhanjaya itu, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf semalam mengatakan bilangan permohonan mengundi pos di luar negara hanya seramai 5,167 orang. "Bilangan ini menunjukkan ada kelemahan besar yang perlu diperbaiki SPR. Walaupun saya fikir rakyat Malaysia di luar negara tidaklah mencecah jutaan orang, tetapi nisbah ini terlalu kecil," kata Syed Ibrahim. Aziz semalam dilapor turut menyangkal dakwaan 'sesetengah pihak' bahawa rakyat di luar negara tidak diberi peluang mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Sambil menyoal siapakah 'pihak' berkenaan, Syed Ibrahim berkata, SPR sepatutnya memudahkan urusan pendaftaran pengundi di luar negara dan menggiatkan kempen mereka. "SPR sewajarnya memudahkan urusan mengundi dari segi daftar pemilih luar negara sehinggalah hari membuang undi . "Hal ini kerana saya dapati proses itu di luar negara masih kabur dan dilakukan secara tergesa-gesa sehinggalah saat-saat akhir," ujarnya ketika dihubungi. Antara contoh lain, katanya, tindakan SPR melengahkan pendaftaran pengundi luar negara hampir 13 bulan dari tarikh cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC). Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Selangor, Borhan Aman Shah meminta SPR membantu pengundi di luar negara yang mahu pulang ke Malaysia untuk mengundi. Katanya, hal ini kerana, terdapat rakyat Malaysia di luar negara mahu merasai sendiri pengalaman membuang undi di tanah air dan terlibat secara langsung dalam PRU kali ini | ||||
Wakil MIC datang rumah, hasut keluarga Sugumar tutup kes- sepupu Posted: 30 Mar 2013 05:44 AM PDT Oleh: Ruqayya Rahman KUALA LUMPUR : Wakil MIC datang ke rumah S. Sugumar dan meminta kedua ibu bapanya segera mengebumikan mayat mendiang sebagai cubaan menutup kes, kata sepupu kepada mangsa keganasan polis itu. "Wakil MIC dah datang dua kali ke rumah dan cuba hasut supaya segera kebumikan Sugumar. Mereka cuba mainkan emosi ibu bapa yang sudah tua dan elak jumpa kami yang masih muda," kata K. Anantha Kannan, 40. Anantha berkata, ibu kepada Sugumar juga mendakwa wakil daripada MIC itu menawarkan sejumlah wang untuk mempercepatkan upacara pengkebumian, namun ditolak keluarganya. "Saya takkan benarkan mereka beli keadilan dengan duit," "Kalau MIC betul-betul ikhlas mahu membela nasib kaum India, mereka bekerjasama dengan kami dapatkan keadilan untuk Sugumar, bukan hasut tutup kes," katanya kesal dengan parti yang kononnya membela kaum India itu. Dalam kejadian di Hulu Langat Januari lalu, Sugumar yang juga pengawal keselamatan dipukul sekumpulan individu dalam keadaan bergari, selepas dikejar beberapa anggota polis. Saksi mendakwa polis turut memijak tengkuk mangsa dan melumurkan mukanya dengan kunyit. Laporan bedah siasat Hospital Serdang menyatakan mangsa mati akibat serangan jantung. Namun ditolak keluarga mangsa dan mahu pakar bedah Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa. Sehingga kini, kerajaan enggan melayan tuntutan berkenaan dan Mayat Sugumar hari ini genap 65 hari diletakkan di bilik mayat Hospital Serdang. Anand ketika dihubungi Keadilan Daily turut mendedahkan nama dua anggota polis yang terlibat memukul Sugumar sehingga mati. "Sarjan Lotfi adalah Ketua Balai Polis Batu 14 Hulu Langat yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan ini, dan Koperal Khalid adalah pegawai yang memijak leher Sugumar. Kami mahu dua polis ini disiasat terutama pegawai yang memijak leher beliau sehingga mati," Tegas Anand. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Undang-undang KEADILAN, S Jayathas berkata, satu demonstrasi menuntut keadilan kepada Sugumar bakal diadakan minggu hadapan. Demonstrasi di hadapan pejabat perdana menteri itu akan menyaksikan perarakan masuk 'keranda sugumar' selepas lebih 65 hari dibiarkan di Hospital serdang. | ||||
Presiden, pengerusi KTMB terpaksa rayu sokongan untuk BN Posted: 30 Mar 2013 05:40 AM PDT Oleh: Sidiqin Omar KLANG : Barisan Nasional Selangor menjadikan pertemuan dengan usahawan logistik dan pengangkutan pada program 'Get Together Selangor Logistics Fraternity' untuk melobi sokongan bagi pilihan raya umum ke-13. Tinjauan Keadilandaily pada program semalam mendapati, Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terpaksa merayu kepada kumpulan usahawan itu untuk memberi sokongan kepada BN. "Kami merayu sokongan anda. Pilihan raya semakin hampir. Biarlah saya cakap secara jelas dan berterus terang," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin pada program itu di Hotel Premiere, Klang semalam Mohd Zin merupakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menjadikan kemudahan pengangkutan awam itu sebagai kempen bergerak BN. Dalam program sama, Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir berterus terang akan menyokong BN dalam PRU akan datang, meskipun memegang jawatan dalam syarikat berkepentingan awam. "Saya selalu ditanya sama ada saya ini mewakili KTMB atau BN? Saya terus terang katakan saya ialah penyokong BN," kata Elias. Sebelum bersama KTM Berhad, Elias mengetuai operasi di beberapa konglomerat utama seperti UMW Toyota, Edaran Otomobil Nasional (EON), Proton, Kontena Nasional, Northport dan FELDA. Pengakuan itu menguatkan hujah Pakatan Rakyat bahawa KTMB dijadikan tunggangan Umno-BN pada kempen pilihan raya umum ke-13. Keadilandaily pada 25 Julai 2012 mendedahkan bahawa KTMB mengarahkan kakitangan jabatan korporat, sumber manusia dan pemasaran untuk mengedar kurma pada bulan Ramadhan yang merupakan kempen BN. Manakala pada 12 April 2012, Mohd Zin Mohamed mengeluarkan arahan agar bendera BN dipasang di 28 stesen komuter di seluruh Selangor. Dalam tinjauan Keadilandaily, seorang penyokong Parti Progresif Penduduk (PPP) dari Ampang yang tidak dinamakan berkata, pertemuan bersama tersebut adalah yang pertama kali dianjurkan BN Selangor. "Sebelum ini tak pernah. Ini kali pertama BN buat pertemuan dengan usahawan ini. Itu pun sebab dah kalah pilihan raya 2008," katanya kepada Keadilandaily semasa sesi minum petang. Program semalam menghimpunkan wakil komponen parti Barisan Nasional dari 22 Bahagian di Selangor. Sehingga program berakhir jam 7.30 petang, didapati tidak ada seorang Adun BN Selangor hadir ke program tersebut. | ||||
Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang Posted: 30 Mar 2013 05:35 AM PDT KEADILAN DAILYKUANTAN: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Felda Lepar Hilir 1, Gambang malam ini melalui rangkaian internet.Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara barisan penceramah ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abdul Hamid dan ahli parlimen Kuantan, Fauziah Salleh. Turut hadir Pengerusi DAP Pahang yang juga Adun Triang, Leong Ngah Ngah dan Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar Pas Pahang, Andansura Rabu Untuk tonton, KLIK INI. Manakala Radio KOBAT FM turut membawakan siaran langsung dari tapak ceramah di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan melalui pautan DISINI. Selamat mendengar! | ||||
Jika DAP boleh haram, kenapa tidak Umno Posted: 30 Mar 2013 05:31 AM PDT
KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mungkin menimbangkan untuk membatal pendaftaran DAP digesa mengkaji juga dakwaan wujudnya ribuan cawangan Umno yang tidak berdaftar di seluruh negara. Cawangan itu dikatakan tidak didaftar selepas penubuhan Umno Baru oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988. Demikian kata Tarmizi Mohd Jam, Koordinator Bloggers Revolusi13 dalam satu majlis baru-baru ini. Menurut Tarmizi, selepas pengharaman Umno ekoran pertembungan antara Tun Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah, semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan Umno lama secara automatik terbatal. Bagaimanapun terdapat kecenderungan ROS untuk menyembunyi dan melindungi perkara ini daripada pengetahuan awam. Sebaik Umno Baru ditubuh, proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula, tetapi banyak peringkat cawangan dan bahagian tidak mendaftar semula organisasi mereka tanpa disedari, ujar beliau. Selain itu, banyak cawangan tidak menghantar dokumen tahunan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966. Mengulas isu ini, Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin berkata, dalam sistem perwakilan, mana-mana cawangan Umno yang tidak sah menghantar perwakilan ke bahagian, maka bahagian itu secara automatik akan bersifat haram, dan bahagian yang menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung akan turut menyebabkan ia juga haram. Hal itu, katanya, terdedah pada 2008 dalam Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan selepas ahli yang mahu bertanding jawatan didapati tidak membayar yuran dan berasal daripada cawangan haram. Ia telah dibawa ke mahkamah. Melalui proses mahkamah, dibuktikan ada 126 cawangan Umno di Tanah Merah tidak berdaftar dan dibatalkan pendaftarannya selaras dengan Seksyen 12(6) Akta Pertubuhan 1966. Ini diakui Setiausaha Agung Umno dan ROS. Chegu Bard berkata, carian di Pejabat ROS menunjukkan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan, dipercayai berstatus haram. Malah kini, carian awam berkenaan status cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sudah tidak boleh dibuat di Pejabat ROS negeri, sebaliknya diminta mendapatkan maklumat berkenaan di Ibu Pejabat ROS di Putrajaya. "Ini menimbulkan tandatanya. Sepatutnya carian mendapatkan salinan dokumen ikut Seksyen 10(1) Akta Pertubuhan 1966 boleh dibuat di negeri kecuali ada kes jenayah, atau apa-apa kes baru dirujuk ke Putrajaya," kata beliau. Mereka bercadang untuk mengadakan Sidang Media dan Ikrar Khas Bloggers / Facebookers Haramkan Umno Ahad ini lanjutan kepada sidang khas berkenaan. Ia akan diadakan jam 10 pagi di Dewan Himpunan Cina Selangor/Kuala Lumpur (KLCAH). Kali ini semua media cetak dan media baharu dijemput untuk diberi taklimat dan melaporkan tentang isu "Umno Haram" disamping diperkukuhkan dengan ikrar para bloggers dan facebookers untuk menggerakkan kempen dan mendedahkan kepincangan Umno dalam mendaftarkan cawangan dan bahagian parti itu di seluruh negara sehingga menyalahi undang-undang ROS, kata Tarmizi dalam satu kenyataannya. | ||||
Pemantau Kelantan kesal SPR tidak pantau kerajaan sementara Posted: 30 Mar 2013 05:28 AM PDT
Ketuanya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) dalam kenyataannya berkata, sikap SPR itu dikesali. "Kami amat rasa terkilan dengan sikap badan pengendali pilihan raya di Malaysia iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagaimana dilaporkan melalui HarakahDaily dengan tajuk "SPR ketepi syor PSC pantau kerajaan sementara". Katanya, sebagai kumpulan yang prihatin kepada memperkasakan demokrasi berparlimen di Malaysia umumnya dan Kelantan khususnya, sedaya mungkin mereka berusaha untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap hak mereka dalam membentuk sebuah kerajaan yang berintergriti dalam PRU 13 kelak. Katanya, apa yang ditunjukkan oleh SPR tersebut hanyalah mengesahkan apa yang disebut oleh Mantan Pengerusinya Tan Sri Abd Rashid Abdul Rahman dalam suatu forum 19 Januari lalu betapa sistem pilihan raya dan pengendaliannya di Malaysia mempunyai banyak kepincangan dan hanya mampu diperbaiki dengan mengubah seluruh undang-undang pilihan raya yang ada. Dalam forum PRU 13, Kuasa dan penglibatan rakyat yang diadakan di Kota Bharu tersebut, beliau dan panel-panel lain bersetuju hanya perubahan kepada undang-undang yang ada sahajalah sistem pilihan raya di Malaysia dapat diperbaiki ke arah yang lebih telus dan berwibawa. "Dengan sikap lepas tangan yang ditunjukkan oleh SPR sebagaimana dilaporkan tersebut, ia hanya menambahkan tekad kami untuk terus memantau dan mengambil tindakan perlu bagi memastikan PRU 13 akan mampu menghasilkan kehendak rakyat yang mejoriti," katanya. Justeru, katanya, pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan akan terus mendedahkan dan bertindak atas setiap salah laku yang condong mencabul dan menghalang penyuburan demokrasi menjelang PRU 13. Sehubungan itu, katanya, seluruh masyarakat adalah dialu-alukan untuk memberi sebrang maklumat kepada pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan sama ada berkaitan penyalahgunaan tempat awam secara berleluasa, sebaran bahan-bahan hasutan keagamaan atau perkauman, dan sebarang tindakan yang menghalang aktiviti demokrasi sihat melalui blog dan page mereka di Facebook. "Sebagai mewakili seluruh rakyat, kami menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan adil," katanya. | ||||
Kerajaan Negeri Salur RM 32.5 Juta Bantu SAR Posted: 30 Mar 2013 05:26 AM PDT SHAH ALAM 30 MAC :Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Selangor telah mendapat sebanyak RM 32.5 juta sejak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mula mentadbir negeri lima tahun lalu. Malah, menurut guru SAR, bantuan tersebut yang digunakan untuk menampung gaji guru dan membina bilik darjah baru diharapkan dapat berterusan. Seorang guru Sekolah Pondok Bustanul Arifin, Ahmad Ansori Munshia, 46, mengharapkan bantuan ini tidak akan berakhir pada tahun ini memandangkan penggal Kerajaan Negeri selama lima tahun akan berakhir tidak lama lagi. "Syukur alhamdulillah, tapi saya takut jika bantuan ini akan berakhir pada tahun ini. "Sebab kami guru-guru SAR sudah diabaikan Kerajaan sebelum ini dan Kerajaan Negeri PR tampil memberikan bantuan kepada kami," katanya ketika ditemui selepas menerima cek bantuan daripada Kerajaan Negeri. Ahmad Ansori ditemui dalam Majlis Penyampaian Kepada SAR Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2013 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) malam semalam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri telah meperuntukan RM 6 juta bagi pembangunan SAR setiap tahun. "Saya beri jaminan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor,tidak sekali-kali meminggirkan SAR. "Bahkan kita mahu sekolah-sekolah yang mengutamakan pendidikan agama Islam ini terus dibantu bagi menampung kekurangan yang semakin ketara dalam pendidikan keagamaan yang terdapat di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan," katanya. Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta dihadiri kira-kira 300 orang guru-guru SAR seluruh Selangor. Sehingga kini, sebanyak 200 buah SAR termasuk Sekolah Kursus Asas Fardhu Ain (Kafa) menerima manfaat daripada bantuan Kerajaan Negeri. | ||||
Anwar : Saya Tidak Dendam Dengan Tun Dr Mahathir Posted: 30 Mar 2013 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR : Walaupun telah dipenjarakan selama enam tahun dan dikritik berkali-kali oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menyimpan dendam terhadap bekas Perdana Menteri itu. Malah beliau merasakan apabila Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, kerajaan baru itu tidak harus mengambil tindakan terhadap bekas ketua-nya itu. "Saya nak beritahu, saya tak dendam dia. Walaupun saya diserang setiap hari, tapi saya tak fikir dia wajar diambil tindakan oleh kerajaan baru (Pakatan Rakyat) untuk hukum dia. " Saya tidak mahu jentera PR ganggu dia. Jangan ganggu. Dia umur sudah 87 tahun. Bagi dia rehat. Tapi ingat saya bukan (Datuk Seri) Najib (Razak), saya kena pertahankan prinsip. "Kalau fikir dendam sampai bila nak habis, " kata Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr Mahathir, di dalam ceramah di Sentul, semalam. Anwar juga mengulangi kenyataan yang beliau bukan dalang pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina seperti yang didakwa oleh Umno-BN. Menurutnya, beliau mengaku berjumpa dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. "Bukan setakat jumpa bekas Gabenor Mindanao itu tetapi Tun Dr Mahathir turut mengundang beliau untuk melawat Malaysia. "Saya bawa rombongannya untuk melawat pejabat Umno di Sabah. "Tapi oleh kerana saya menyanyikan lagu tanya sama Najib, mereka kata saya jadi dalang," katanya dalam Tambahnya, lagu itu dinyanyikan kerana Sabah bakal hilang dari Umno-BN bukannya Malaysia. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata beliau kesal dengan sikap akhbar pro-Umno yang tidak memberi ruang untuk beliau membela diri dan membuat penjelasan berhubung tuduhan dari blog pro-Umno. " Saya tidak menghina polis, tiada istilah yang saya keluarkan 'mati katak' dan juga tembakan itu hanya sandiwara. " Kenyataan itu hanya diputar belitkan oleh blog pro – Umno dan media arus perdana," katanya. | ||||
Kerajaan Kelantan lancar pembinaan stadium baharu Posted: 30 Mar 2013 05:15 AM PDT THE MALAYSIAN INIDR PASIR PUTEH,— Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan pembinaan sebuah stadium baharu dan bandar sukan dengan peruntukan RM320 juta di Bukit Merbau di sini. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah pembinaan stadium itu yang boleh memuatkan 45,000 penonton dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Bercakap kepada pemberita, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa berkata kemudahan itu akan dibina di atas kawasan seluas 108.8 hektar. — Bernama | ||||
Majlis Peguam: Pejabat AG ada bukti kukuh buka semula kes pembunuhan Altantuya Posted: 30 Mar 2013 05:14 AM PDT Christopher Leong yang baru dilantik awal bulan ini, memberitahu pendakwa raya tidak harus menangguhkan siasatan kes tersebut yang telah menyebabkan dua anggota unit tindakan khas polis dijatuhi hukuman mati. "Pendedahan oleh Deepak Jaikishan, mendiang Balasubramaniam Perumal dan peguam Americk Singh Sidhu menimbulkan kewajaraan yang mencukupi untuk pihak berkuasa membuat siasatan lanjut. "Sebarang siasatan lanjut mungkin atau mungkin tidak membawa kepada penemuan baru, tetapi kita hanya akan tahu sekiranya siasatan tambahan telah dijalankan," kata beliau dalam satu kenyataan. Kenyataan Leong tersebut adalah bagi membalas jawapan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 26 Mac selepas gesaan awal Majlis Peguam, dimana Peguam Negara dilapor berkata jabatannya hanya boleh membuka semula kes jika terdapat bukti baru kerana bimbang akan mewujudkan tanggapan buruk. Peguam tersebut menekankan pendedahan terkini oleh tiga individu tersebut, khususnya Deepak yang menjadi orang tengah mengatur kenyataan bersumpah kedua adalah bukti baru yang mampu memberikan motif penting keaas pembunuhan kejam model Mongolia tersebut. Beliau berkata motif, yang merujuk kepada sebab seseorang melakukan jenayah, tidak dapat diketahui secara menyeluruh semasa perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi pada 2007 memandangkan undang-undang tidak memerlukannya, tidak seperti "mens rea", niat untuk melakukan jenayah ialah elemen penting bagi menyabitkan suspek pembunuhan. "Walaubagaimanapun, motif mungkin penting dalam kes yang terdapat keraguanseperti 'mens rea', ataupun dimana terdapat persoalan sama ada terdapat lebih ramai orang bersangkut paut dengan atau terlibat dalam jenayah, dan bentuk semula jadi hubungan ataupun penglibatan," kata beliau. Leong mengingatkan Mahkamah Tinggi telah mendapati dua bekas anggota polis bersalah setelah berniat membunuh Altantuya dan telah pun membunuhnya, tetapi membebaskan tertuduh lelaki ketiga, penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang pernah mempunyai hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu dan dituduh bersubahat bersama bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar. Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kedua-dua bekas polis tersebut pada Jun ini. Balasubramaniam atau PI Bala muncul buat pertama kali dikhayalak ramai pada 2008 apabila beliau keluar membuat pertuduhan melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam SD pertamanya mengenai pembunuhan kejam Altantuya. Akan tetapi beliau tampil kembali keesokkan harinya untuk menarik semula SD pertama dan keluar dengan SD kedua yang bercanggah dengan yang awal. Balasubramaniam kemudiannya membawa keluarganya berpindah ke luar negara kerana bimbang dengan keselamatannya. Pada 15 Mac lalu, Balasubramaniam telah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang daripada persembunyian. Deepak baru-baru ini juga mengakui beliau terlibat dalam membantu Balasubramaniam untuk menarik kembali perakuan bersumpah (SD) berhubung satu pembunuhan berprofil tinggi pada 2006 termasuk menyediakan dua peguam untuk membantu menyediakan SD baru. Pada 16 Mac lalu, Majlis Peguam berkata akan mengemukakan aduan ke atas salah laku peguam senior Tan Sri Cecil Abraham kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara (ASDB). | ||||
MB: 'Calon BN Pahang muktamad, tapi boleh ubah' Posted: 30 Mar 2013 05:10 AM PDT SINAR HARIAN KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata dalam pertemuan dengan perdana menteri semalam, BN negeri menyerahkan senarai nama calon akhir untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. "Boleh dikatakan senarai itu muktamad, tetapi tidak mustahil berlaku pertukaran sehingga hari penamaan calon," katanya dan menurutnya pertukaran calon pernah berlaku di negeri ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Pahang di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, dekat sini hari ini. Mengenai pembubaran Parlimen, Menteri Besar Pahang itu berkata: "Beliau (Perdana Menteri) adalah seorang yang teliti dan berhati-hati dan saya percaya banyak perkara yang diambil kira oleh beliau sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen." - Bernama | ||||
Operasi Daulat tidak terhad kepada tempoh tertentu Posted: 30 Mar 2013 05:05 AM PDT SINAR HARIAN LAHAD DATU - Operasi Daulat hanya akan ditamatkan selepas pasukan keselamatan yakin kawasan yang bergolak benar-benar selamat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Beliau berkata pasukan keselamatan tidak menetapkan tarikh atau tempoh tertentu Operasi Daulat kerana usaha membanteras pengganas yang dijalankan pasukan keselamatan itu merentasi kawasan lebih luas dari Lahad Datu. "Ia (tutup atau tidak) bergantung kepada keadaan sasaran keselamatan yang ditetapkan dan operasi yang dijalankan. "Kita mesti ingat, Operasi Daulat bukan sahaja melibatkan kawasan Lahad Datu tetapi ianya lebih luas merangkumi daerah Semporna dan Sandakan," katanya pada sidang media di Markas Operasi di Felda Sahabat, dekat sini hari ini. Sejak dilancarkan 26 hari lalu, Operasi Daulat membawa kepada penangkapan 443 individu atas pelbagai kesalahan, 121 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), manakala 68 militan ditembak mati. Beliau berkata satu mayat pengganas yang terbunuh pada 6 Mac lepas dibawa keluar dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan 46 orang. - Bernama | ||||
Karpal yakin PR menang majoriti mudah, kuasai 7 negeri Posted: 30 Mar 2013 05:01 AM PDT GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan empat negeri yang ditadbirnya sekarang ini dan merampas tiga negeri lain daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Johor. Beliau berkata,PR juga mampu meraih majoriti mudah dengan menawan tujuh negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, selain mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, PR akan menawan semula Perak selain merampas Perlis, Negeri Sembilan dan Johor. "Kita yakin akan menang di tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya kali ini. "Selain itu, kita bakal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan menawan Putrajaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Karpal yang juga Ahli Parliemn Bukit Gelugor berkata, DAP akan menampilkan lebih banyak muka baru pada PRU13. Ditanya mengenai desas-desus akan bertanding di luar Pulau Pinang, Karpal berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Bukit Gelugor. "Saya memilih untuk mengekalkan kerusi saya di sini jika itu yang ditentukan parti," katanya. Mengulas mengenai kesediaan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow untuk bertanding bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam PRU13 dengan bersyarat, beliau berkata, Chang Yeow tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat. "Chang Yeow tidak perlu meletakkan sebarang syarat. Beliau bukan setaraf dengan bekas Presiden Gerakan yang lalu iaitu Tun Dr Lim Chong Eu. "Chang Yeow terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Chong Eu," katanya. | ||||
Ahmad Said Tak Nampak Pondok Tol 'Duk Cokoh' Atas Jambatan Posted: 30 Mar 2013 04:57 AM PDT Editor BULETINKe......masa dia lalu nak hadiri program di Kampung Jeram Tepoh baru ni, sampai atas gertak Sultan Mahmud mata Ahmad Said sakit? Munasabah juga, sebab memang orang tahu mata dia ada masalah selalu berkelip-kelip. Gamoknya bila tiba kat Pulau Duyong dan lalu kat jambatan tu, mata dia berkelip dan tertutup, sebab itu dia tak nampak pondok tol 'duk cokoh' atas jambatan tu! Bukan apa....... bukan nak mengata...... tapi gak, sampai dia kata janji manifesto PAS adalah janji-janji kosong [klik], jadi berasa gok nak tulis kat sini, nak kata kat sini.......bak pe yang sampai macam tu sekali. Dalam manifesto PAS pada pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, PAS janji kepada rakyat, sekiranya diberi mandat oleh rakyat, PAS akan hapuskan kutipan tol atas jambatan sultan mahmud. AlhamduliLlah, bila PAS menang dan memerintah dari tahun 1999 - 2004, perkara yang pertama sekali terlaksana adalah penghapusan kutipan tol atas jambatan tersebut. Dan nampaknya, bukan sahaja orang ramai setuju, malah pemimpin Umno dan hali Umno pun setuju......sebab apa kata begitu? Sebab apabila Umno-BN rampas balik kerajaan negeri pada tahun 2004, walaupun hok lain-lain dia batal belaka, semua jasa-jasa PAS Terengganu cuba dipadamkan oleh mantan MB Idris Jusoh, tapi kutipan tol atas jambatan kekal dengan keputusan kerajaan PAS. | ||||
Umno BN Akan Terus Menipu Untuk Pertahan Putrajaya Habis-habisan Posted: 30 Mar 2013 04:26 AM PDT KELAB GREEN BOC Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat. Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa. "Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. Mereka tetap akan meneruskan penipuan. "Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi. Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi. "Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai. "Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu. Beliau berkata demikian pada Forum 'PRU 13, Ke Mana Malaysia?' anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center (SIRD) dan Malaysiakini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi. Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip. Mengulas lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN. "Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah. "Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan," kata beliau. Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi. "Dalam negara dunia ketiga ini, 'real' politik itu tidak wujud. Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN. "Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil. "Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita," tegasnya. – NS | ||||
Teng sedia bertanding menentang Guan Eng pada PRU-13 Posted: 30 Mar 2013 04:13 AM PDT Beliau bagaimanapun menetapkan syarat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja sebagai tanda memberi sepenuh komitmen kepada rakyat di negeri ini. "Ini demi masa depan Pulau Pinang...pemimpin perlu tunjuk komitmen penuh untuk melaksanakan dasar-dasar demi rakyat Pulau Pinang. Oleh itu Lim Guan Eng perlu tunjukkan komitmen dengan hanya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Khamis lepas, Ketua Menteri mencabar Teng bertanding di kerusi DUN Padang Kota, iaitu kawasan yang pernah dimenangi Teng tiga penggal berturut-turut sebelum kalah kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow pada pilihan raya umum ke-12. Beliau yang berterima kasih dengan cabaran ketua menteri itu berkata Guan Eng lebih popular berbanding dirinya dan tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana 40 kerusi DUN di negeri ini. Teng yang juga Setiausaha Agung Gerakan berkata adalah adil jika pada pertarungan kali ini BN menentukan terma dan syaratnya berikutan dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini, DAP telah mencabar pemimpin Gerakan di kawasan yang ditentukan parti itu. Katanya pada pilihan raya umum 1986, penasihat DAP Lim Kit Siang telah mencabar bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Parlimen Tanjong, diikuti pada tahun 1990 Kit Siang mencabar mendiang Tun Dr Lim Chong Eu bertanding di DUN Padang Kota. Pada tahun 1999, Kit Siang yang bertanding di dua kerusi mencabar bekas Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye di Parlimen Bukit Bendera dan Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan di DUN Kebun Bunga, katanya. Menyifatkan PRU-13 adalah perjuangan dasar dan bukannya pertarungan personaliti, Teng menjanjikan transformasi ekonomi secara menyeluruh kepada Pulau Pinang jika rakyat memberi peluang kepada BN mentadbir negeri ini. Mengenai senarai calon BN bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, beliau berkata senarai akhir calon telah 95 peratus selesai. — Bernama | ||||
MB Selangor arah peguam fail kes ke atas SPRM, bekas ketua pesuruhjaya Posted: 30 Mar 2013 04:09 AM PDT Pemimpin PKR tersebut menuduh bekas ketua pesuruhjaya, Ahmad Said dan SPRM telah melanggar syarat yang telah dipersetujui semasa menyelesaikan kes di mahkamah dua minggu walaupun telah berjanji sebelumnya di mahkamah. "Sikap melampau kedua-dua Defendan ini bertujuan mahu terus-terusan menghina saya selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah," kata Abdul Khalid (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. "Sehubungan itu, saya tidak mempunyai pilihan lain dan tanpa teragak-agak telah mengarahkan peguam saya Encik Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding Penghinaan Mahkamah terhadap Dato' Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan para defendan," tambah beliau lagi. Beliau menyatakan Ahmad Hamdan dan agensi kerajaan tersebut kedua-duanya diarahkan oleh hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan pada 18 Mac untuk meminta maaf di mahkamah terbuka dan mengeluarkan kenyataan maaf dimuka hadapan dua akhbar berbahasa Inggeris, The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat hari daripada perintah tersebut. Meskipun Ahmad Hamdan telah membuat permohonan maaf di mahkamah terbuka pada 19 Mac, bekas ketua pesuruhaya SPRM tersebut masih lagi belum mengeluarkan kenyataannya dalam dua akhbar harian tersebut seperti diarah mahkamah dan tempoh empat hari telah pun berakhir. Meskipun demikian, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab dengan tidak menunaikan Perintah tersebut dalam tempuh 4 hari seperti yang diperintahkan. "Defendan secara selamba dan sengaja menunjukkan sikap tidak menghormati mahkamah hatta terang-terangan telah menghina kesucian mahkamah yang mulia ini," terang Khalid. Khalid telah memfailkan saman fitnah pada 27 April 2009 ekoran kenyataan Ahmad Said pada 20 Februari tahun sama yang mana dilaporkan media dengan mengatakan SPRM memiliki "bukti kuat" Khalid telah menyalahguna dana kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya dan membeli 46 lembu korban bernilai RM10,400 untuk sambutan Hari Raya Korban pada 2008. SPRM membersihkan Khalid daripada tuduhan tersebut pada Februari 2010 dan tidak pernah didakwa. Pada 19 Mac, Ahmad Said membaca kenyataan maafnya di mahkamah: "Saya, Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan, secara ikhlas meminta maaf kepada Tan Sri Khalid bin Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari 2009 yang telah dilaporkan media. "Kenyataan tersebut dibuat atas kapasiti saya sebagai ketua SPRM pada ketika itu. Ia dibuat bagi menjawab soalan yang ditanya kepada saya oleh wakil media terhadap perkembangan siasatan SPRM keatas Abdul Khalid," tambah beliau. "Saya membuat kenyataan tanpa niat tidak baik dan tanpa sebarang niat untuk menjejaskan reputasi, imej dan integriti plaintif." Ahmad Said enggan memberi sebarang komen selepas kenyataan maafnya tersebut. | ||||
Posted: 30 Mar 2013 04:06 AM PDT Shahrizat sah tidak bertanding, ulangi sokongan kepada Raja Nong Chik TERKINI @ 05:33:45 PM 30-03-2013 SUNGAI BESI, — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan dirinya tidak bertanding pada Pilihan Raya 2013, tetapi mengulangi pendirian menyokong Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai. Shahrizat yang ditemui wartawan juga mengkritik MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dikawasan tersebut dan banyak janji semasa mereka berkempen yang tidak ditepati. "Tidak, tidak saya tidak bertanding," apabila ditanya wartawan sama ada beliau akan bertanding atau tidak semasa ditemui dalam majlis bersama warga perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Besi disini hari ini. "Macam di Lembah Pantai, tanyalah kepada pengundi-pengundi prestasi ahli parlimen yang ada pada hari ini. Hanya gah sahaja pada masa berkempen... tapi lepas tu habis," kata Shahrizat. Bekas menteri wanita, keluarga dan masyarakat juga berkata Barisan Nasional berpeluang cerah untuk menang di Lembah Pantai cerah dengan komitmen dan kerajinan Nong Chik yang sering turun padang bertemu rakyat. Beliau juga mengulangi pendirian menyokong penuh kepada menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar sebagai calon bertanding dikawasan Lembah Pantai. "Saya sokong penuh Datuk Raja Nong Chik selaku calon dan kita akan go all out. "Saya sendiri juga akan turun ke Lembah Pantai untuk membantu beliau pada masa berkempen nanti," ujar beliau lagi. Terlebih dahulu dalam majlis sama, Shahrizat mengumumkan menubuhkan satu "task force" bagi berhadapan dengan cubaan pembangkang untuk mencetuskan kekecohan semasa hari pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi. Menurut beliau, penubuhan "task force" bertujuan untuk menjamin keselamatan pengundi terutamanya penyokong BN supaya keluar mengundi dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingin yang mungkin dicetus pembangkang. Shahrizat pada April tahun lepas telah melepaskan jawatannya sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator. Namun begitu, Shahrizat menafikan perletakan jawatan beliau disebabkan oleh skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), sebaliknya menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Salleh Mohamad. Shahrizat telah dikaitkan dengan skandal itu oleh PKR kerana kedudukan suaminya dan tiga orang anaknya yang dilantik selaku pengarah dalam syarikat yang sama. Mohamad Salleh telah didakwa atas jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana pesekutuan yang diberi kepada NFCorp pada 12 Mac. Mohamad Salleh didakwa atas kanun keseksaan kerana menyalahgunakan RM9,758,140 dari wang NFCorp untuk membeli dua kondominium mewah di One Menerung di Bangsar untuk Perbadanan Daging dan Ternakan Nasional (NMLC) pada 1 Disember dan 4 Disember 2009. Beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta wang NFCorp kepada NMLC antara 6 Mei hingga 16 November 2009. Beliau didakwa dalam dua kes tersebut kerana menggunakan dana tanpa mesyuarat tahunan syarikat, satu kesalahan dalam Akta Syarikat. Jika didapati bersalah beliau akan menghadapi penjara diantara dua hingga 20 tahun penjara, sebatan dan denda kerana kesalahan di bawah kanun keseksaan. Mohamad Salleh juga boleh dipenjara lima tahun atau denda RM30,000 jika didapati bersalah dalam Akta Syarikat. | ||||
SPR ketepi syor PSC pantau kerajaan sementara Posted: 29 Mar 2013 09:44 PM PDT
Jelasnya, apabila SPR mengeluarkan kenyataan badan itu hanya boleh menguatkuasakan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memastikan pilihan raya adil dan bersih, sekali gus SPR menafikan cadangan PSC. "Seharusnya SPR bertanggungjawab. Sebab itu kita rasakan SPR ini diberikan tugas khusus sahaja," kata Dr Hatta kepada Harakah. Beliau mengulas pembubaran secara automatik kerajaan negeri Sembilan dan tidak sebarang pemantauan dari SPR dibuat sebagaimana yang dicadangkan PSC. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 09:41 PM PDT
Nescaya kejadian itu tidak sekadar polis dan tentera mengambil tindakan sewajar mengepung, menawan dan menumpaskan penceroboh dan penyusup, tetapi rakyat akan bangkit meminta pertangggungjawapan kerajaan. Rakyat tidak akan biar Perdana Menteri dan kerajaan bersenang lenang membuat kenyataan itu dan ini bagi menyalahkan penceroboh saja, tetapi akan diminta beri tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan. Jepun atau Korea Selatan tidak senang melihat Perdana Menterinya bercakap politik atas kejadian itu tetapi dia akan ditanya bagaimana boleh di bawah pentadbirannya nagara boleh dimasuki orang-orang bersenjata menuntut wilayah sebahagian dari wilayah kita secara kekerasan atau apa cara jua? Kalau tsunami yang melanda Jepun lebih setahun lalu bukanlah disebabkan oleh kecuaian manusia, tetapi kerana kepayahannya menangani segala kesan tsunami itu termasuk logi nuklearnya, maka bukan sekadar Perdana Menteri dikenakan tindakan politik, bahkan kerajaan dan parti yang memerintah dihukum dengan menggantikannya dan kerajaan lailn dan Perdana Menteri lain. Jika Lahad Datu itu berada di Jepun Perdana Menteri akan disalahkan kerana gagal menjaga keselamatan hingga wilayah boleh dimasuki militan asing. Kedua sesudah wilayah diceroboh mengapa mengambil masa berminggu-minggu untuk bertindak? Ketiga mengapa keselamatan seperti tidak diserah kepada tentera tetapi diserahkan kepada polis sebaik saja kejadian berlaku? Perdana Menteri nescaya tidak boleh lebih lama duduk di kerusinya. Orang akan minta dia meletakkan jawatan dan beri kerusi itu kepada orang lain. Kalau dalam hal-hal yang tidak sesulit itu Perdana Menteri Jepun, Presiden atau menteri-mentenri Korea Selatan, Perancis dan India dituntut meletak jawatan, maka apa lagilah dalam hal yang melibatkan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Atau paling kurang Perdana Menteri mungkin boleh diselamatkan tetapi Perdana Menteri mesti bertanya menteri dalam negeri mengapa boleh pantai dan sempadan negara ini boleh dimasui bersenjata dari luar, bukan seorang dua tetapi mencapai angka ratus? Sama ada menteri berkenaan buat kerja atau tidak buat kerja, sama dia lemah atau sebaliknya, dia mesti ditanya dan mesti menjawab dulu. Sama ada dia disuruh berhenti atau dia minta berhenti, dia akan disalahkan dulu dalam kecuaian seperti itu. Itulah sebabnya kita selalu saksikan menteri di negara-negara tersebut meletak jawatan bukan tunggu dia salah dan cuai, tetapi dia mesti memikul tanggungjawab dan akauntabiliti. Menteri itu mungkin seorang yang cekap, baik dan bertanggungjawab, tetapi dia ada maruah dan rasa malu, amanah telah diberi kepadanya, tiba-tiba amanah itu tidak dapat disempurnakan. Semua menteri yang bermaruah dalam dunia akan mengambil tanggungjawab atas kelemahan dan kepincangan jabatan di bawahnya dengan meletakkan jawatan. Menteri Pertahanan juga akan tanya mengapa tidak mengambil tanggungjawab dari mula-mula lagi apabila ia berlaku dengan menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa dalam hal seperti itu ia mesti diserahkan kepada tentera, bukan dibiarkan kepada menteri dalam negeri yang lembik. Menteri Pertahanan tentu dengan nasihat para panglima beritahu Perdana Menteri dan kabinet hal itu mesti ditangani oleh tentera. Apa pun mana-mana Perdana Menteri yang ada maruah dan tanggungjawab, tidak sekadar membiarkan orang memperleceh menteri-menterinya, dia dulu meletak jawatan. Dia mesti mengambil tanggungjawab menjaga maruah orang-orang di bawahnya. Kerana Lahad Datu ini berada di Malaysia kerajaan tidak langsung menyalahkan dirinya atau bermuhasabah, tetapi mencari orang lain di luar kerajaan untuk jadi kambing berbagai bulu. | ||||
Tidak siar mohon maaaf: Ahmad Said hina mahkamah Posted: 29 Mar 2013 09:39 PM PDT
"Saya amat kesal kerana bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia sanggup menghina mahkamah apabila gagal, enggan dan ingkar perintah mahkamah yang dimeterai secara persetujuan pada 19 Mac lalu," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini. Antara terma persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Yang Arif Datuk Lau Bee Lian ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan dua akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh tersebut. Walaubagaimanapun, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut dalam tempoh empat hari seperti yang diarahkan mahkamah. "Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian," kata Khalid dalam kenyataan medianya hari ini. Pada 19 Mac lalu mahkamah merekodkan permohonan maaf dari Ahmad Said. "Saya, Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan (gambar), dengan ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari 2009, yang disiarkan di media," katanya membaca kenyataan maaf yang dipersetujui kedua-dua pihak. "Kenyataan yang dilakukan saya ketika itu sebagai ketua SPRM, dan ini adalah respon kepada soalan apabila ditanya oleh media mengenai siasatan SPRM ke atas Abdul Khalid," katanya lagi. "Saya membuat kenyataan tersebut tanpa niat jahat untuk memburukkan reputasi, imej dan intergriti plaintif." Dua defendan dalam kes tersebut, iaitu kerajaan persekutuan dan Ahmad Said, bersetuju permohonan maaf akan disiarkan di akhbar the New Straits Times di muka hadapan dan The Star dalam masa empat hari. Khalid juga memperolehi kembali kos RM10,000 dari defendan. Bagi Khalid, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah. "Sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina saya secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah," katanya. Tindakan defendan ini, katanya, selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia. Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini, getusnya. "Sehubungan itu, saya telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan pihak defendan," kata Khalid. | ||||
Kit Siang mahu kerusi DUN pula di Johor? Posted: 29 Mar 2013 09:24 PM PDT Selepas mendapat respon baik daripada penduduk Johor, Ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang dikatakan mengintai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula bagi memperkasakan usaha Pakatan Rakyat merobek kubu kuat BN di negeri itu. Lim disebut-sebut berminat dengan kerusi Johor Jaya. Menurut sumber pasukan Lim di Gelang Patah - Parlimen baru yang akan ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang - Lim mengarahkan mereka turut membina pasukan kempen di Johor Jaya, kerusi di Parlimen jiran Pasir Gudang. "Setakat ini pasukan kami hanya berkempen di Gelang Patah, bertemu dengan pemimpin tempatan dan pengundi daripada pelbagai tempat di kawasan Parlimen yang besar ini.| "Tetapi malam tadi, Lim tiba-tiba minta kami buat perkara sama di Johor Jaya," kata seorang pemimpin kanan DAP kepada Malaysiakini semalam. Pemimpin yang enggan dikenali itu merujuk kepada mesyuarat pasukan Lim di Johor pada Khamis malam. | ||||
Lepas 48 jam, NGO India mahu 'langgar' Zul Noordin Posted: 29 Mar 2013 09:23 PM PDT MALAYSIA KINI Selepas didedahkan PKR semalam, sekumpulan aktivis NGO India terus membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin atas dakwaan menghina agama Hindu. Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Baradidathan membuat laporan itu di Petaling Jaya tengah hari semalam. Baradidathan menyifatkan, kenyataan Zulkifli, yang rakaman videonya boleh ditonton di Youtube sebagai penghinaan amat besar dan hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. "Kami memohon supaya siasatan dan tindakan terhadap yang berhormat ahli parlimen bebas Kulim-Bandar Baharu dimulakan dengan segera," laporan polis yang salinannya dihantar kepada pihak media itu dipetik. Sementara itu, Mipas juga memberikan 48 jam, bermula semalam kepada Zulkifli untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atau bakal berdepan bantahan besar-besaran di seluruh negara. Naib Presiden PKR N Surendran semalam mendesak Zulkifli yang juga naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA disiasat bawah Kanun Keseksaan ekoran kenyataannya itu. Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir. Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedainya itu. Malaysiakini semalam cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapat komennya tetapi tidak berjaya. | ||||
Pembelian pesawat tempur mesti dibentang di Parlimen – MP Pakatan Posted: 29 Mar 2013 09:15 PM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Kerajaan wajib membentangkan hasrat membeli 18 pesawat tempur baru menggantikan pesawat yang didakwa usang di Parlimen bagi mengelakkan skandal seperti Scorpene berulang. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, pembelian pensenjataan pertahanan negara hendaklah melalui pembentangan kepada semua Ahli Parlimen dan jika itu tidak berlaku ia merupakan kesalahan. "Sekalipun pembelian jet sangat diperlukan, kerajaan mesti pertimbangkan objektif utama dengan membawa isu ini ke Parliemen untuk dibentang terlebih dahulu. "Buat perbandingan sama ada pembelian jet lebih penting ataupun mengukuhkan sistem risikan negara lagi penting supaya tidak terjadi insiden pencerobohan seperti di Lahad Datu," katanya dihubungi. Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Malaysia menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat tempur menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah berusia. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dilaporkan masih belum dapat memastikan kos sebenar pesawat tersebut. Bagaimanapun, sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar. Tambah Johari, pembelian jet tersebut mesti diumumkan supaya tidak berlaku tragedi memalukan negara seperti kejadian terdahulu. "Kita tidak mahu jadi seperti kapal selam Scorpene yang dibeli berbilion ringgit tetapi tidak boleh menyelam, ada jet tapi sistem kawalan tetap lemah. "Lebih baik perbaiki apa yang perlu dan utamakan kebajikan pasukan keselamatan yang menjalankan tugas secara serba kekurangan," katanya. – NS |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan