Khamis, 28 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ibrahim Ali akan pertahan kerusi Pasir Mas

Posted: 28 Mar 2013 02:49 AM PDT

 
Bagaimanapun, beliau belum memutuskan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi parlimen itu. 



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) ke 12 tahun 2008.

"Saya akan mempertahankan kerusi saya," kata beliau yang turut mengetuai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ketika ditanya mengenai persediaannya untuk PRU ke 13 yang akan berlangsung pada tahun ini.

Dalam PRU ke 11 yang berlangsung pada tahun 2004, ahli politik veteran itu kalah dalam pertandingan tiga penjuru.

Ibrahim hanya memperolehi 6,198 undi berbanding dengan Datuk Abdul Rahim Ab Rahman dari Umno yang memperoleh 16,275 undi.

Kerusi tersebut dimenangi Ismail Noh dari PAS dengan majoriti undi sebanyak 1,251 undi. Ismail memperoleh 17,526 undi.

Dalam PRU yang lalu, atas tiket PAS Ibrahim menewaskan calon Umno, Ahmed Rasdi Mahmed. Beliau memperoleh 28,673 undi untuk memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi. Kejayaan itu diperoleh setelah mencapai kata sepakat dengan PAS.

Ketika ditanya samada beliau akan mencapai kata sepakat dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat, Ibrahim berkata beliau akan hanya membuat keputusan sedemikian setelah Parlimen dibubarkan.
Sementara itu, PAS menolak sebarang kemungkinan untuk mengadakan perjanjian dengan Ibrahim buat kali ini setelah Ibrahim mengisytiharkan dirinya ahli parlimen bebas.

"Adakah anda berjenaka? Calon PAS untuk Pasir Mas sudahpun disenaraipendek dan akan diumumkan tidak lama lagi," kata ketua pengarah pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi.

Hatta yang juga merupakan ahli Parlimen Kuala Krai menambah bahawa Ibrahim boleh mempertahankan kerusi Pasir Mas dengan memilih untuk bekerjasama dengan BN.

DAP Selangor larang calon luar tanding PRU13

Posted: 28 Mar 2013 02:48 AM PDT

 
Mereka tidak memerlukan calon luar kerana sudah ada calon tempatan sendiri yang lebih layak dan berwibawa. 



KLANG: Akar umbi DAP Selangor hari ini menyatakan pendirian untuk tidak mahu menerima dan menyokong mana-mana calon luar parti itu yang berhasrat masuk bertanding di Selangor.

Pengerusi DAP Cawangan Taman Gembira Ivan Ho berkata, mereka tidak memerlukan calon luar kerana sudah ada calon tempatan sendiri yang lebih layak dan berwibawa.

"Calon luar dan muka baru tidak harus diberi peluang untuk bertanding di sini kerana ia hanya akan mewujudkan kesan negatif ekoran rasa tidak puas hati ahli DAP negeri dan perpecahan dalaman parti.

"Kami mendesak supaya Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) memilih calon berdasarkan sokongan penduduk tempatan selain memiliki integriti yang baik.

"Maka pilihlah dengan bijaksana demi masa depan parti dan bukannya untuk keuntungan dan agenda peribadi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

DAP Selangor memiliki peruntukan 19 kerusi untuk bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) 13; empat kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun menurut Ivan, tidak ada sebab 15 Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP negeri itu tidak diberi peluang langsung untuk jadi calon di 19 kerusi berkenaan.

Ahli senior 

Katanya, ahli DAP senior negeri yang memenuhi kelayakan CAT (Kompetensi, Kebertanggungjawaban dan Transperansi) tanpa mengira latar belakang, jantina, atau puak perlu diberi keutamaan untuk dijadikan sebagai calon.

Ivan berkata, selain AJK DAP negeri yang dilantik AJK Perhubungan kawasan Parlimen dan pemimpin cawangan tempatan perlu diberi keutamaan kerana mereka adalah pemimpin yang dilantik.

"Kita perlu menolak budaya berpuak-puak. Sesiapa yang layak perlu diberikan peluang dan pertimbangan yang sama rata untuk diletakkan bertanding.

"Sekarang ni pemilihan parti sudah berakhir, kita perlu bersatu semula dan tidak ada sesiapa pun yang perlu dipinggirkan," katanya.

Selain itu, beliau juga menggesa mana-mana penyandang ahli Parlimen, ADUN, ahli majlis termasuk ketua kampung yang gagal mempamerkan

prestasi yang baik dan korup sepanjang perkhidmatan perlu dibuang.

Bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu berkata, ini bagi memastikan sokongan majorit rakyat Selangor terhadap DAP terus terjamin.

Beliau turut menyatakan kekesalannya dengan Jawatankuasa Pilihan Raya DAP Selangor yang didakwanya sehingga kini tidak berfungsi dan tidak melakukan proses pemilihan calon PRU dengan telus.

DAP setakat ini menyaksikan beberapa pertukaran kerusi pemimpinnya, bermula dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang, anak jati Johor yang mahu kembali ke tempat asal dan bertanding Parlimen Gelang Patah selepas lama bertanding di Melaka, Pulau Pinang, dan Perak sepanjang kariernya.

Selain Kit Siang, wujud spekulasi menyatakan Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, MP Batu Gajah Fong Po Kuan serta MP Bukit Bendera Liew Chin Tong juga akan bertukar angin bertanding di Johor.

Pengakuan "Bunuh Mahathir", Dongeng Untuk Tutup Kes Pemberian IC

Posted: 28 Mar 2013 02:44 AM PDT


KELAB GREENBOC

SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail (gambar) yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.

Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988.

Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.

"Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya.

Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu.

"Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi.

Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. -SH

Ulasan GB

Apa yang dapat dilihat isu "bunuh Mahathir" ini hanyalah rekaan - jika benar sepatutnya pihak yang mengaku iaitu Zainon Ismail (AC Afghan) itulah yang perlu disiasat kerana tindakan beliau itu adalah tindakan peribadi bukan tindakan parti.

Kedua, hakikat yang sebenar, di kalangan UMNOlah berlaku bunuh-membunuh. Kes Mokhtar Hashim dan Datuk Taha adalah bukti yang nyata di mana pimpinan UMNO sanggup berbunuhan demi kuasa.

Ketiga, pemimpin PAS yang sebenarnya yang sering menerima sasaran pembunuhan seperti apa yang berlaku kepada Allahyarham Prof Zulkiflee Muhammad dan Ust ibrahim Libya.

Justeru itu berita mengenai cubaan bunuh Mahathir ini hanya satu helah untuk mengalihkan pandangan rakyat tentang kes yang terbongkar mutakhir ini mengenai pemberian IC oleh mantan Perdana Menteri tersebut yang telah menyebabkan kemarahan rakyat Sabah sendiri.



Diwujudkan cerita yang bukan-bukan kononnya ada cubaan untuk bunuh Mahathir maka diupahnya sesiapa yang boleh buat pengakuan bagi memperkuatkan fitnah itu.

Tetapi kebenaran itu tetap kebenaran dan ia akan terserlah juga akhirnya. Fitnah dan penipuan tidak mampu untuk menandingi kebenaran dan keadilan. Yakinlah!

Projek UMNO Bangkitkan Sentimen Perkauman Di Kalangan Mahasiswa Terbongkar

Posted: 28 Mar 2013 02:37 AM PDT


KELAB GREENBOC

Satu lagi projek membodohkan rakyat, kali ini mahasiswa jadi mangsa ketakutan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN).

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah disalahgunakan sebagai tempat indoktrinisasi yang berunsur politik kepartian.

Merujuk kepada laman sosial Facebook rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), pengisian yang berbentuk ceramah yang disampaikan kepada mahasiswa antaranya menyentuh berkenaan pendirian Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang disebut kononnya mengancam agama Islam serta hak keistimewaan orang Melayu.

Antara ucapannya, "..kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam..".

Mohamed Razali Bin Abdul Rahman, bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong selaku penceramah jemputan bagi program tersebut dipercayai turut memberi ceramah berbaur hasutan ini di beberapa kampus lain.

Sebelum ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) didapati telah menyalahgunakan masjid untuk sesi 'brainwash' terhadap mahasiswa bagi menolak pembangkang.

Antara inti pati kandungan propaganda yang disebar adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap minggu terbang ke Singapura bertemu bekas perdana menteri republik itu, Lee Kuan Yew tanpa menjelaskan sebab dia berbuat demikian.

Berikut sedutan daripada propaganda dan fitnah yang disebarkan:

Kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam.

"Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan juga Perdana Menteri seterusnya beragama Kristian."

Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang pengumuman Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi Mat Sabu mengarahkannya supaya laporan tersebut ditarik balik.

Guan Eng pula menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta beliau menarik balik laporan polis tersebut. Usaha demi usaha dilakukan sehinggakan isteri beliau juga turut dilibatkan. Paderi datang di tempat kerja isterinya dan membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis tersebut. Segala ugutan bunuh juga banyak kali dilakukan tetapi beliau tetap bertegas dengan keputusan untuk tidak menarik balik laporan tersebut.

Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:

1. Kristian sebagai Agama Rasmi.

2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih daripada UMNO/BN.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun.

5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan.

6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. Contohnya PEKIDA dan PERKASA.

8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negaraku yang baru telah dimainkan, tanpa sebutan 'raja'.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan. Fokus kepada Kementerian Pendidikan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.

22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.

23. Seperti yang dijangka, DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib" dalam satu majlis tertutup. PAS telah berjaya diliberalkan.

25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP. Mereka ini dilatih oleh Israel sebahagian daripada agen perisikan, MOSSAD selama 3 tahun dengan pelbagai ideologi termasuk ideologi 'Malaysian Malaysia' dan 'Zionis'. Mengamalkan perjuangan mereka adalah segala-galanya, dan prinsip agama diketepikan.

Hal ini telah didedahkan oleh Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP.

Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Beliau mengatakan bahawa, Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia, terutamanya dalam kawasan Sibu. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.

Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP di atas kesedarannya kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja-Raja Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

Jamil Khir kata belum pasti jadi calon di Jerai

Posted: 28 Mar 2013 02:32 AM PDT

 


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau masih belum pasti akan diletakkan sebagai calon di kawasan parlimen Jerai – seperti yang ditimbulkan sesetengah pihak.

Jamil Khir ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini menegaskan, beliau masih belum diberi mana-mana kawasan untuk ditandinginya.

azlan"Jadi nak sebut kawasan saya (tak tepat), saya hanya dilahir di Sedaka, Yan Kedah. Tetapi kawasan (bertanding) saya tak adalah.

"Terpulang kepada perdana menteri (untuk tentukan kawasan). Kalau dipilih, saya akan bertanding untuk membantu membangunkan agama dalam konteks negara kita," katanya sambil tersenyum.

Mengulas mengenai peluang BN untuk merampas semula negeri Kedah, senator BN itu mendakwa rakyat Kedah kini sudah membuat keputusan dan dapat menilai manifesto Pakatan Rakyat serta masalah yang timbul dalam pentadbiran negeri itu.

"Saya yakin, rakyat dapat melihat manifesto, janji dan masalah-masalah yang berselirat dalam pentadbiran kerajaan negeri," katanya sambil memberi contoh antaranya masalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan masalah kawasan tadahan air.

"Kemudian dengan janji pembangunan perumahan rakyat yang masih di peringkat tolak tanah. Belum buat lagi bangunan. Jadi semua ini menjadi penilaian rakyat.

"Saya melihat rakyat sudah dapat membuat keputusan. Hanya menunggu untuk dihulur kertas undi sahaja. Keputusan sudah ada ditangan rakyat pada hari ini," katanya.

Tambahnya, keadaan pada waktu ini juga memberi peluang kepada pemimpin politik untuk merancakkan usaha bagi menarik sokongan memandangkan perdana menteri masih belum membuat pengumuman untuk pembubaran parlimen.

"Hanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak saja yang tahu bila pembubarannya. Yang suhu kepanasan di peringkat politik begitu tinggi.

"Tetapi saya melihat bagi orang politik, inilah masanya untuk merancakkan lagi, usaha dan pendekatan untuk menarik penyokong," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, calon PAS Mohd Firdaus Jaafar menang kerusi Jerai dengan menewaskan calon BN Datuk Paduka Badruddin Amiruldin dengan majoriti 2,299 undi.

Mohd Firdaus memperolehi 26,510 undi, manakala Badruddin mendapat 24,211 undi sekaligus merampas kerusi yang dimenangi BN pada pilihan raya umum 2004.

SPRM serbu firma peguam dalam video Global Witness

Posted: 28 Mar 2013 02:28 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan ke atas pejabat peguam Alvin Chong yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa Global Witness.

Laporan Sin Chew Daily menyebut, pegawai SPRM dari Putrajaya menjalankan serbuan ke atas firma guaman tersebut di Kuching pada pagi Selasa lalu.

Pasukan itu bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan polis Kuching apabila dihalang oleh beberapa orang individu yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut.

Ketua polis daerah Kuching Roslan Bek Ahmat memberitahu akhbar berbahasa Cina tersebut bahawa polis hanya membantu SPRM dari segi keselamatan dan tidak terlibat dalam serbuan berkenaan.

Pegawai SPRM yang ditemani seramai 10 orang polis berpakaian preman berjaya memasuki firma Chong pada petangnya untuk menjalankan tugas mereka.

Pasukan itu mengambil masa selama beberapa jam dan meninggalkan pejabat berkenaan bersama beberapa dokumen.

Akhbar berkenaan, yang memetik sumber, melaporkab bahawa Ching tidak kembali ke pejabatnya sejak video berhubung dakwaan rasuah tersebut itu disiarkan pada 19 Mac lalu.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari Rabu lalu memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan ke atas kes berkenaan sedang dijalankan.

Polis: Papagomo dibuang kerja, bukan pengundi pos

Posted: 28 Mar 2013 02:26 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.

Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.

Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.

"Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.

"Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos," kata Mortadza dalam kenyataan itu.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam.

Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.

SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut.

Mampukah PM penakut tambat hati rakyat?

Posted: 28 Mar 2013 02:21 AM PDT


Shahbudin Husin


 
Hari ini 28 Mac, DUN Negeri Sembilan secara automatik terbubar dengan sendirinya kerana sudah genap lima tahun sejak mandat diberi pada 2008 lalu. ADUN-ADUN Negeri Sembilan juga sudah kehilangan fungsi wakil rakyat masing-masing dan mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi. Kerajaan Negeri Sembilan juga sudah menjadi kerajaan sementara yang hanya difungsikan melalui kewujudan Menteri Besar dan 10 orang Exco Kerajaan Negeri.


Walaupun kerajaan masih dapat berjalan seperti biasa tetapi ianya hanyalah dari segi pentadbiran saja. Hal-hal lain dan perubahan dasar sudah tidak boleh dilakukan lagi kerana ia hanya kerajaan sementara.

Biasanya kerajaan sementara ini wujud apabila DUN dibubarkan dan hanya menunggu tarikh pilihanraya diumumkan oleh SPR. Tetapi kerajaan sementara Negeri Sembilan ini tidak dapat dipastikan kewujudannya untuk berapa lama, mungkin sehingga had maksima 60 hari kerana SPR sendiri tidak berani mengumumkan tarikh pilihanraya di negeri itu selagi Parlimen tidak dibubarkan.

Secara logiknya apabila sesebuah DUN terbubar dengan sendirinya, SPR harus segera bermesyuarat dan menentukan segera tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan pembuangan undi. Namun dalam konteks DUN Negeri Sembilan ini, SPR nampaknya relaks saja dan tidak terdengar apa-apa berita mengenainya.

Tempoh Parlimen terbubar dengan sendirinya ialah 28 April dan sekiranya Najib juga menunggu Parlimen terbubar dengan sendirinya sebagainya beliau sampai hati membiarkan DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya, bermakna kerajaan sementara Negeri Sembilan akan berjalan dalam tempoh yang agak lama dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dengan membiarkan sampai DUN sebuah negeri terbubar dan Najib masih juga tidak berani mengumumkan pembubaran Parlimen, beliau dengan sendirinya mengesahkan hakikat dirinya sebagai Perdana Menteri penakut dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang begitu takut untuk mengadakan pilihanraya bagi memberi ruang kepada rakyat menentukan mandat untuk lima tahun yang seterusnya.

Sebelum ini hanya Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang yang sering menyelar Najib sebagai Perdana Menteri yang penakut. Anwar menggambarkan Najib sebagai penakut kerana menolak berdebat dengannya, Najib juga dianggap penakut kerana sering mengikut telunjuk Mahathir dan Najib turut disifatkan penakut kerana terlalu memuja kuasa besar Amerika dan melakukan pelbagai cara untuk berbaik dengan kuasa besar itu. Lebih dari itu, Anwar juga menganggap Najib penakut kerana tidak berani menegur isterinya, Rosmah Mansor yang banyak melakukan pembaziran, membeli barangan mewah serta perhiasan yang mahal-mahal sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

Najib juga dianggap penakut kerana sering menunda tarikh pembubaran Parlimen sehingga ke penghujung tempoh. Walaupun Najib sudah bercakap mengenai pilihanraya, melakukan lawatan ke negeri-negeri dan mula memberikan pelbagai gula-gula sejak lebih dua tahun yang lalu tetapi beliau masih tidak berani mengumumkan Parlimen dibubarkan.

Jika dalam tempoh terdekat ini, Najib mengumumkan pembubaran Parlimen, sifat keberaniannya sudah hilang sebenarnya. Ini kerana pembubaran itu semata-mata dibuat kerana terpaksa sebab DUN Negeri Sembilan sudah terbubar dan tarikh akhir Parlimen terbubar dengan sendirinya makin hampir. Beliau tetap dianggap sebagai penakut.

Hari ini dengan membiarkan DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya dan Parlimen tidak juga dibubarkan, Najib seperti menganugerahkan sijil penakut itu kepada dirinya sendiri. Di mata rakyat, moral politik beliau sebagai pemimpin dan Perdana Menteri sudah tidak membawa makna apa-apa lagi. Moral politiknya sudah jatuh dan hancur berderai.


Sebagai Perdana Menteri, salah satu satu ciri yang dicari-cari oleh rakyat ialah keberanian. Hanya keberanian yang membezakan seorang pemimpin yang hebat berbanding dengan pemimpinnya lainnya. Pemimpin umpama jenderal perang dan mereka wajib ada keberanian. Bahkan dalam mana-mana pertandingan pun, seorang ketua mesti memiliki keberanian. Seorang pemimpin atau ketua keluarga yang ada keberanian akan menjadikan orang dibawahnya merasa selamat dan tidak ragu-ragu bernaung dibawahnya.

Dengan menunjukkan kepada rakyat beliau tidak memiliki keberanian, markah Najib di mata umum tentunya sudah jatuh merudum. Beliau bukan saja meletakkan dirinya tidak lagi diyakini rakyat tetapi juga menjadikan kedudukan UMNO dan BN di Negeri Sembilan turut goyah. Terbubarnya DUN dengan sendirinya tetapi tarikh pilihanraya masih tidak diketahui tarikhnya, rakyat tentunya mulai bosan dengan corak kerajaan seperti ini dan mereka mempunyai kebarangkalian yang besar untuk menolaknya.

Dalam hal ini ramalan banyak pihak bahawa pentadbiran Negeri Sembilan akan beralih ke Pakatan Rakyat selepas pilihanraya akan datang adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak lagi.

Dalam konteks Najib pula, dengan terdedahnya sifat penakutnya ini, peluangnya untuk memenangi pilihanraya akan datang terus menjadi kelabu. Rakyat mulai was-was dan tidak lagi meyakininya untuk terus memberi mandat untuk tempoh lima tahun akan datang. Setelah Mahathir dilihat begitu kuat berkempen untuk memastikan kemenangan BN dan kemudian Daim Zainuddin turut serta membantu Najib melalui serangan terbuka terhadap Anwar, keberanian yang tiada dalam diri Najib bakal menghalangnya daripada mengecapi mandat yang seterusnya daripada rakyat.

Dengan pelbagai masalah, isu dan tekanan yang dihadapi oleh negara sejak kebelakangan ini, hanya pemimpin yang mempunyai sifat keberanian yang dikehendaki rakyat. Ini kerana hanya pemimpin seperti itu yang boleh membuatkan rakyat hidup dengan aman dan selesa.

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com

Mahfuz : Sistem Saraan Transformatif Boleh Akibatkan Jurang Gaji

Posted: 28 Mar 2013 02:16 AM PDT


mahfuz AES 01

KUALA LUMPUR,: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan secara terperinci formula yang digunakan di dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan ini bagi mengelakkan jurang besar diantara kakitangan awam dan pihak atasan selaras dengan gred kenaikan.

"Isu saraan tidak memberikan gambaran jelas berhubung kenaikan Gred 1 sehingga 54. Keadaan tidak jelas ini akan membawa kepada jurang yang besar.

"Sebagai contoh gred turus 1, gaji mati RM 13,940 tapi gaji maksimum RM 23,577.24. Jawatan terendah, Gred N1, pembantu am sekarang RM 1,321.05.  Selepas kenaikan tahunan RM 80.00 gaji maksimum RM 2,000," katanya.

Sebelum ini, Najib mengumumkan pelaksanaan SST, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Melalui sistem ini, setiap penjawat awam mendapat antara RM 80 dan RM 320 yang  melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1.5 bilion.

Pakatan, bekas tentera anjur Munajat Selamatkan M’sia 31 Mac

Posted: 28 Mar 2013 02:11 AM PDT

Oleh Arif Juhani

SHAH ALAM : Sekretariat Pakatan Rakyat dengan kerjasama NGO bekas tentera, Kerabat dan Pahlawan akan mengadakan program 'Munajat Selamatkan Malaysia' dan 'Forum Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu' pada Ahad, 31 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memaklumkan, munajat akan dipimpin Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Johari_KhalidSamad
 
"Ia bertujuan memohon kepada Allah agar perbuatan jahat pihak tertentu yang mahu merosakkan usaha Pakatan memenangi PRU-13 gagal.

"Kita seru rakyat hadir beramai-ramai ke program itu nanti," kata Khalid kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di Pusat Perniagaan Worldwide hari ini.

Kata Khalid, dalam ketakutan Umno-BN membubarkan Parlimen, dalam masa sama menggunakan pengundi hantu, menyebarkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan.

"Sekarang kita nampak isu Lahad Datu akan jadi fitnah terakhir kepada pemimpin Pakatan. Sebab itu kita adakan forum ini untuk menerangkan kepada rakyat isu sebenar," ujarnya.

Pahlawan

Pada sidang media sama, ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul berkata forum Lahad Datu yang dipengerusikan beliau akan membariskan barisan mantan pegawai atasan dari polis dan tentera sebagai panelis.

"Kita serahkan kepada mereka untuk mengulas situasi sebenar insiden Lahad Datu, apa sepatutnya tindakan patut diambil oleh kerajaan dan apa yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat," kata Ahli Parlimen Sungai Petani.

kerabat (1)

Forum menggandingkan Leftenan Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid, Briged Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan mantan Ketua Cawangan Khas (SB) Sabah, ACP (B) Mohd Yousoff Babjee.

Forum boleh dilayari secara langsung di Ehsan TV, TV Selangor, TV Impian Ubah TV, Suara Rakyat FM dan Radio Bangsar Utama. – SDQ

KEADILAN terbit video penerangan program Manifesto Rakyat

Posted: 28 Mar 2013 02:06 AM PDT


KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: KEADILAN menerbitkan lapan video penerangan ringkas mengenai lapan program di bawah Manifesto Pakatan Rakyat (Manifesto Rakyat) bagi menjelaskan kepada rakyat berkenaan pelaksanaan dan pembiayaan program berkaitan.

Turun-Harga-kereta-2

Pada kenyataan hari ini, Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata,  penerbitan video itu meliputi program Turunkan Harga Kereta, Turunkan Harga Minyak, Pendidikan Percuma dan Hapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta tol.

"Selain itu, Sasaran Pendapatan Isi Rumah Minima RM4,000 Sebulan, Caruman Wanita Malaysia, Skim Perantis Rakyat dan Kos Kewangan Program Pakatan Rakyat," kata Rafizi.

Untuk penjelasan penuh berkenaan penerbitan video tersebut, baca kenyataan di bawah: 

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang sepatutnyanya dipanggil bila-bila masa adalah pilihan raya terpenting yang akan menentukan arah tuju politik, ekonomi dan sosial negara dan masyarakat Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sejak tahun 2008, Pakatan Rakyat telah mengemukakan pelbagai program reformasi dan dasar-dasar baru yang diyakini dapat mengembalikan keupayaan Malaysia bersaing sebagai kuasa ekonomi serantau yang menjamin keadilan untuk semua rakyatnya.

Billboard PKR

Sewajarnya, PRU 13 perlu menjadi medan yang menawarkan pilihan kepada rakyat – di antara program-program sedia ada di bawah Barisan Nasional yang mengundang pelbagai kesan politik, ekonomi dan sosial selama ini; dibandingkan dengan program-program yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat sekiranya menang.

Sebab itu, semua parti-parti politik mestilah kembali kepada persoalan dan perbincangan dasar untuk berlaku adil kepada rakyat.

Cubaan untuk membawa politik keganasan, mempolitikkan insiden di Lahad Datu, politik fitnah/lucah dan bermacam-macam lagi helah akhirnya akan dihukum oleh rakyat, yang menuntut supaya PRU 13 ditumpukan kepada persoalan dasar, program anti-rasuah dan kredibiliti kerajaan.

Oleh itu, KEADILAN mengambil langkah membawa perbincangan dasar terus kepada pengundi-pengundi, melalui penghasilan 8 buah video penerangan ringkas mengenai Manifesto Rakyat seperti berikut:

1. Turunkan Harga Kereta
2. Turunkan Harga Minyak
3. Pendidikan Percuma & Hapuskan PTPTN
4. Hapuskan Tol
5. Sasaran Pendapatan Isi Rumah Minima RM4,000 Sebulan
6. Caruman Wanita Malaysia
7. Skim Perantis Rakyat
8. Kos Kewangan Program Pakatan Rakyat

Video-video ringkas ini menjelaskan pelaksanaan dan pembiayaan program-program ekonomi penting yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Setakat ini, dua video sudah dilancarkan melalui laman sosial Facebook, Twitter dan diterbitkan secara selari di laman Youtube, iaitu video Turunkan Harga Kereta dan Turunkan Harga Minyak.
 video 
Sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang menggunakan laman sosial Facebook (yang menjadi tumpuan KEADILAN) adalah sangat baik, sehinggakan video Turunkan Harga Kereta mencecah capaian (atau reach) berjumlah 1,102,848 pengguna Facebook sehingga pagi ini (iaitu 3 hari selepas ia mula dimuatkan).

Mengikut takrifan Facebook, capaian bermakna jumlah pengguna Facebook yang telah melihat sesuatu berita yang muncul di laman sosialnya.

(Sila lihat petikan skrin dari laman yang disertakan bersama).

Statistik ini meyakinkan KEADILAN bahawa isu yang paling mendapat tempat di hati rakyat adalah isu bersabit masalah ekonomi seharian seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kesan rasuah kepada kehidupan rakyat.

Perkara ini juga perlu dihayati oleh Umno/Barisan Nasional bahawa mereka juga perlu berdepan dengan KEADILAN dalam isu-isu ini kerana inilah kehendak rakyat.

KEADILAN akan menyiarkan video-video penerangan ini setiap 2-3 hari dalam membina momentum menjelang PRU13. Ia adalah lebih baik dari helah video lucah yang hebat dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional untuk berdepan dengan kami.

Video-video sedia ada boleh didapati di capaian berikut:

Turunkan Harga Kereta (KLIK SINI)

Turunkan Harga Minyak (KLIK SINI) atau (KLIK SINI)

Posted: 28 Mar 2013 02:02 AM PDT

Urusan Tanah Sekarang Lebih Cepat Dengan Sistem Aplikasi Atas Talian

75 views MB Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah 01

SHAH ALAM, : Pemeriksaan status tanah oleh awam yang dahulunya mengambil beberapa minggu sekarang boleh dilakukan dalam masa satu hari setelah Selangor berjaya memuatkan semua rekod tanah di dalam sistem atas talian.

Melalui tujuh aplikasi yang dibangunkan kerajaan negeri, perkhidmatan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, mudah dan pantas dengan berorientasikan "customer-focused services" (fokus kepada perkhidmatan pelanggan).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sistem atas talian (online) memudahkan orang awam untuk berurusan dengan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagi menyemak status atau dokumen berkaitan urusan tanah.

Antara tujuh aplikasi tersebut adalah :

MB Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah 02

SeLIS – satu pangkalan data inventori aset tanah bagi kegunaan Kerajaan Negeri,

e-SPHS – merangkumi cetakan borang, carian rasmi dan carian persendirian di kaunter Hak Milik Strata PTG,

e-Pungutan – untuk memudahkan semakan dan kawalan dokumen yang sedang dalam proses pungutan,

MySMS – memudahkan ornag awam membuat semakan cukai tanah berdasarkan nombor akaun bil,

e-Consent – menguruskan permohonan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah,

"Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah bagi mengurangkan birokrasi dan memudahkan pengguna untuk mengakses maklumat berkaitan tanah selalui aplikasi digital.

"Kerja-kerja yang dahulunya dibuat berminggu-minggu dapat dikurangkan sehingga sehari untuk membolehkan orang awam mendapatkan maklumat mengenai geran atau pemilikan tanah dengan cepat.

"Ini adalah satu usaha ke arah menentukan pentadbiran tanah di negeri Selangor dibuat dengan cepat dan cekap," katanya selepas merasmikan Sistem Aplikasi @ PTGS di Ruang Legar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini pagi tadi.

Hadir sama, Pengarah PTGS, Datuk Kamarulzaman Jamil, Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Forum Lahad Datu : PR Jawab Siapa Dalang

Posted: 28 Mar 2013 01:49 AM PDT


khalid samad white pc 011

SHAH ALAM, : Empat bekas Pegawai Tinggi Pasukan Keselamatan akan memberi gambaran jelas berhubung insiden Lahad Datu yang dijadikan Umno-BN untuk menfitnah pemimpin Pakatan Rakyat
Ahad ini, bertempat di Stadium Malawati.

Forum bertajuk 'Lahad Datu : Rakyat Berhak Tahu'menampilkan tiga bekas pegawai tinggi tentera, Lt. Jen. (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid dari Angkatan Tentera Malaysia, Brig. Jen. (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab (TUDM) dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (TLDM).

Selain bekas pegawai tentera, seorang lagi panel ialah ACP (B) Mohd Yousoff Babjee yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM Sabah.

Majlis dimulakan dengan solat hajat dan forum akan bermula tepat jam 9 malam.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam pagi tadi, beliau akan bertindak sebagai moderator dalam forum itu nanti.

"Panelis ini juga akan menerangkan kesan dari penglibatan keterlaluan ahli politik dalam isu Lahad Datu dalam forum itu nanti.

"PR hargai pengorbanan pasukan keselamatan yang mengadaikan nyawa mereka demi tanah air, tetapi rakyat harus tahu isu sebenar," kata Johari.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang media sama memberitahu sebelum forum dijalankan, majlis tersebut akan dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah dan sembahyang hajat.

"Munajat kita selama ini mula memberi kesan kepada Umno-BN, sebab itu mereka semakin tertekan sehingga tidak nampak tarikh sesuai untuk membubarkan parlimen," kata Khalid.

Forum yang diadakan pada sebelah malam itu nanti boleh diikuti secara langsung melalui TV Selangor di http://www.selangorku.com/TV Selangor.

Selain TV Selangor, media lain yang juga akan mengadakan siaran langsung, Ehsan TV, Impian TV, Ubah TV, Radia Suara Rakyat FM dan Radio Bangsar Utama.

Samseng Umno pukul remaja perhati petugas KEADILAN pasang bendera

Posted: 28 Mar 2013 01:45 AM PDT

KEADILAN DAILY

BATU PAHAT : Tindakan samseng Umno Batu Pahat memukul remaja yang memerhati petugas KEADILAN memasang bendera, bukti keganasan dan dendam politik, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Batu Pahat, Ezaddin Abd Rahman.

Remaja tersebut, Izwan Rahman, 17, ditumbuk dan disepak dimuka hanya kerana memerhati rakan-rakannya dari Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir di Batu Pahat membantu memasang bendera KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Mangsa hanya lalu dan berjumpa rakan-rakannya yang sedang memasang bendera. Dia baru pulang dari bermain futsal.

"Tiba di rumah, empat orang yang dikenali termasuk Ketua Kampung Jorak Elahi dan Ketua Cawangan Umno Jorak Elahi datang bertanya adakah dia terlibat dengan aktiviti pemasangan bendera.

"Mangsa tidak mengaku kerana tidak terlibat. Tapi dia ditumbuk dan dipaksa mengaku. Ini tindakan samseng politik," kata Ezaddin memaklumkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 malam Rabu lalu.

IPD BP

Justeru, satu laporan dibuat oleh Izwan bersama wakil KEADILAN Jorak Elahi, Mohd Firdaus Esa dan Ezaddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dan mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku keganasan.

Kes kini dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fauzi Kamaruddin.

"Ini dendam politik Umno BN. Kerana sejak kebelakangan ini, sokongan kepada program KEADILAN mendapat sambutan. Sama ada ceramah, program bantuan dan khidmat sosial, penduduk Batu Pahat pergi kepada kita.

"Mungkin kerana takut kepada pengaruh KEADILAN, mereka cuba ugut penyokong pula," kata Ezaddin yang juga Timbalan Ketua AMK Johor.

"Gangguan ini tak lunturkan semangat kami. Kita akan teruskan penerangan dan kempen untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Pahat," katanya. – SDQ

SPR digesa umum tarikh pilihan raya di Negeri Sembilan segera

Posted: 28 Mar 2013 01:42 AM PDT

Oleh: Rusnizam Mahat

SEREMBAN : Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Dato Kamarul Baharin Abbas berkata, pilihan raya di negeri itu perlu diadakan sebelum tarikh 18 Jun 2013.

Katanya, berdasarkan perkara 55 (1 ) dan (4) perlembagaan persekutuan,  ia menyebut pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir.

Kamarul Baharin

Ia juga dijelaskan dalam Jadual Kelapan [Perkara 71] – Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri di bawah seksyen 9. (1) Raja hendaklah memanggil Dewan Undangan dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

Menurut Kamarul, berdasarkan perkara itu, tarikh akhir DUN Negeri Sembilan bersidang ialah pada 18 Disember 2012, yang bermakna  persidangan DUN penggal berikutnya mesti diadakan sebelum 18 Jun 2013.

"Ia bermaksud pilihan raya di Negeri Sembilan perlu diadakan selewat-lewatnya pada minggu ke 3 bulan Mei 2013,"

"Jadi kita minta peguam atau penasihat undang-undang negeri untuk memberi penjelasan mengenai peruntukan perlembagaan ini, supaya tidak melanggar peruntukan," ujarnya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Jalan Tuanku Antah, Seremban tengahari tadi.

Turut hadir Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook, Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

Sementara itu, Loke Siew Fook berkata, berdasarkan proses pilihan raya yang tertera dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), suruhanjaya itu sepatutnya mengeluarkan writ bagi memaklumkan tarikh penamaan calon dan pilihan raya.

"Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.

"Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan," ujarnya memetik proses berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ia berbeza dengan pengumuman suruhanjaya itu sejak awal yang memutuskan pilihan raya umum akan dijalankan serentak di semua negeri.

"Sedangkan tidak ada peruntukan dalam perlembagaan menyebut perkara ini. Kita tak tahu bila tarikh pilihan raya umum. (Perdana Menteri) Najib belum dapat ilham bilakah ia akan adakan.

"Dalam konteks pilihan raya negeri, ia tidak terikat dengan parlimen. Tak kira parlimen bubar atau tidak bubar, DUN mesti mengadakan pilihan raya segera. SPR perlu buat proses ini secepat mungkin," ujarnya.

PAS Temerloh, slot 10 minit RTM dan fenomena Kit Siang

Posted: 27 Mar 2013 11:21 PM PDT


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN 

Pagi Ahad lalu, dalam tempoh tidak sampai dua bulan, sekali lagi saya berkunjung ke Temerloh. Selain berhasrat menyerahkan lebih 5,000 naskhah Bangkit untuk edaran negeri Pahang, saya cuba menyelami perkembangan mutakhir politik negeri yang seolah-olah "tidak begitu diperhatikan" itu.

Ketika ramai penganalisis lebih tertumpu ke selatan tanahair, khususnya Negeri Sembilan dan Johor, yang dilihat berupaya membentuk tsunami politik dari bahagian bawah Semenanjung melanda ke utara, hati kecil saya mengimpikan Pahang juga mampu melakar sejarah, sekali gus mengejutkan Najib Razak.

Temerloh yang popular dengan masakan tempoyak ikan patin ini memang menyimpan kisah suka duka pejuang Melayu zaman berzaman. Ia menjadi kubu pertahanan semangat nasionalisme menentang penjajah dan melahirkan ramai wira bangsa. Justeru, slogan perubahan bukan sesuatu yang aneh bagi warganya. Apatah lagi jarak yang relatif dekat dengan Lembah Klang dan faktor demografinya memungkinkan Temerloh menyalakan obor kemenangan Pakatan di Pahang.

Malah, kepada pendokong PAS, Temerloh yang menempatkan Pejabat Perhubungan Negeri dan menjadi pusat kegiatan parti, serta tunjang kekuatan mewakili kawasan tengah Pahang, memberi makna tersendiri. Temerloh mempunyai jumlah cawangan dan keahlian PAS paling ramai di negeri Perdana Menteri ini.

Kebetulan 24 Mac itu, Pejabat Dun Kuala Semantan, di Damai Courts, Jalan Damai, Temerloh, menganjurkan program Himpunan Rakyat Semantan, bermula 9 pagi hingga lewat tengah malam. Sambutan sekitar jam 12 tengah hari, ketika saya tiba, agak meriah. Ramai kanak-kanak dan ibu bapa terlibat dalam acara kekeluargaan. Malamnya dijadualkan pidato rakyat.

Sempat seorang warga emas, pembaca setia Harakah, beramah mesra dan seperti mahu bersembang panjang, sebelum saya diajak naik ke tingkat satu bersama Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus dan naibnya, Syed Hamid Syed Mohamed, yang juga Adun Kuala Semantan.

Perbincangan santai kami turut disertai Timbalan Yang Dipertua, Hassanuddin Salim, Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Shukri Shuib dan wartawan Harakah Pahang, Basiron Abd Wahab. Meskipun agak terganggu dengan kebingitan program di bawah pejabat, termasuk persembahan tabla yang rancak, saya tetap terkesan dengan harapan cukup tinggi agar wakil PAS terpilih sebagai calon Pakatan untuk kerusi Parlimen Temerloh.

(Lima tahun lalu, di saat-saat akhir menjelang hari penamaan calon PRU2008, pimpinan di peringkat pusat  memutuskan PAS perlu memberi laluan kepada calon KeADILan untuk bertanding di Temerloh. Dan tentunya arahan itu diterima kepemimpinan kawasan).

Saya lebih suka mendengar sambil cuba menyelami kegelisahan mereka menanti konsensus pimpinan tertinggi. Ya, ketika semua potensi kekuatan dikerah untuk berdepan pilihan raya paling sengit, tentu sekali soal dalaman tidak boleh dibiarkan menganggu konsentrasi, apatah lagi kawasan sekitar Temerloh, seperti Bera, Jerantut dan Kuala Krau, juga merupakan kerusi sasaran.

Sejumlah 42 kerusi Dun ditawarkan di Pahang dan PAS diberi kepercayaan bertanding separuh daripadanya, iaitu 21 kerusi, manakala KeADILAN, 14 dan DAP, 7. Bagaimanapun saya difahamkan, agihan kerusi di antara DAP dan KeADILan masih dalam perbincangan.

Di peringkat Parlimen, secara umumnya PAS dan KeADILan diperuntukkan masing-masing enam kerusi dan selebihnya, dua, kepada DAP. Namun, ada beberapa kerusi bertindih, melibatkan ketiga-tiga parti, belum diputuskan secara rasmi.

Berdasarkan laporan blog Selamatkan Pahang, menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang (JPN), Cikgu Abdul Majid Hasan, kerusi Dun yang akan ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman.

Selain empat Dun yang sudah dimenangi Pakatan, iaitu dua oleh PAS di Kuala Semantan dan Beserah, serta dua oleh DAP di Triang dan Tras, terdapat lapan kerusi Dun yang menyaksikan kekalahan di bawah 1,000 undi pada PRU2008, iaitu Sabai (145), Teruntum (293), Tanjung Lumpur (496), Damak (509), Tanah Rata ( 575), Jengka (596), Inderapura (873) dan Ketari (882).

Manakala lapan Dun lagi majoriti kekalahan Pakatan di bawah 1,500 ialah Luit (1,068), Bilut (1,108), Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), Tahan (1,357), Benta (1,358), Jenderak (1,374) dan Panching (1,444).

Untuk menguasai Wisma Sri Pahang, beberapa kerusi yang menyaksikan perbedaan undi sekitar 2,000, seperti Guai (1,941), Semambu (2,136), Lanchang (2,139) Batu Talam (2,415) dan Mentakab (2,439) juga harus diberi penekanan istimewa.

Dalam pertemuan sebelumnya dengan Pesuruhjaya Negeri, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Perhubungan, Roslan Zainal Al-Ahmadi, saya dimaklumkan, cabaran besar yang harus ditangani segera ialah penyampaian maklumat yang berkesan, terutama melalui media tradisi di kawasan yang masih sukar ditembusi internet.
 
II.

Sebagai penggerak utama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang prihatin dengan fungsi media dalam  pilihan raya, termasuk menganjurkan Konvensyen Akses Media Dalam PRU13, di Hotel Nouvelle, pada 12 Mei 2012, saya dengan penuh minat memerhati  reaksi terhadap pengumuman Dr Rais Yatim yang menawarkan slot 10 minit  setiap parti untuk muncul di RTM menyampaikan manifesto yang siap dirakam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolaknya sambil menyifatkan tawaran itu sebagai jenaka dan usaha BN untuk berlakon seolah-olah mereka melaksanakan kebebasan media. Ia juga seolah-olah memperlihatkan Pakatan seperti pengemis.

Menurutnya,  Pakatan menuntut diberi hak untuk menjawab pertuduhan dan fitnah yang disiarkan secara berterusan oleh media  yang dikawal Umno-BN, bukan sahaja sewaktu musim pilihan raya tetapi sepanjang masa.

Walaupun PAS menghargai keputusan kerajaan itu, namun Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam'. Katanya, dalam  tempoh 10 minit, "pembaharuan" itu satu perkara yang mengaibkan.

"Apa pun, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Bagi Pengarah Komunukasi KeADILan, Nik Nazmi Nik Ahmad, partinya juga menolak tawaran 10 minit itu. "Ia satu sandiwara hodoh pihak yang jahil peranan media dalam demokrasi," katanya.

"Peranan media dalam sistem demokrasi ialah memberi liputan dan laporan berita yang objektif, adil dan saksama.  Adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan Umno ke atas rakyat. Tawaran ini adalah penghinaan terhadap kepintaran rakyat," ujarnya.

Sebagai pengamal media, saya mengimpikan setiap parti diberi ruang dan masa munasabah, bukan saja dalam TV, tetapi juga radio dan akhbar, serta tidak terhad kepada penjelasan manifesto, iaitu merangkumi persoalan pokok yang perlu dimaklumkan kepada rakyat.

"Semasa siaran manifesto ini ada, semua media dituntut mematikan etika kewartawanan dipertahan dan dipelihara, termasuk hak untuk menjawab," kata seorang rakan saya, wartawan penyiaran berpengalaman. "Walaupun Pakatan menolak, saya masih harapkan slot di RTM itu menjadi kenyataan, dengan tempoh lebih lama," tambahnya.

"Ya," saya mencelah, "tapi isu besar dalam kebebasan akhbar, seperti konsep pemilikan media dan syarat-syarat karut-marut berkaitan permit dan sebagainya harus dimansuhkan."

KAMI juga menuntut tempoh kempen minimum selama 21 hari bagi memastikan setiap pngundi mendapat maklumat secukupnya agar dapat membuat pilihan yang rasional dan tepat.

Dalam pada itu, KAMI masih dalam kempen mendapatkan dana untuk menjayakan projek penerbitan PRU13; salurkan sumbangan ikhlas anda ke dalam  akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399.

III.

Sukar menelah apa yang menganggu dan meracau pemikiran  Najib Razak sehingga terlalu sukar menentukan tarikh pembubaran Parlimen meskipun berulang kali beliau melahirkan keyakinan bahawa Umno-BN bukan saja menang dalam PRU13, malah berjaya mengembalikan majoriti dua pertiga.

Seperti kata Lim Kit Siang, Najib bukan sekadar Perdana Menteri paling lama di tampuk kuasa tanpa mendapat mandat pengundi, malah beliau mengetuai kerajaan dan kabinet "yang telah tamat tempoh" selepas masa lima tahun berakhir 8 Mac lalu.

Di zamannya juga kita menyaksikan suasana atau mood berkempen paling paling lama bermula semenjak beliau dipilih menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009. Dalam waktu itu ratusan ringgit dihanguskan untuk mengupah firma perunding seperti Apco Worlwide dan FBC Media baik menaikkan imejnya dalam dan luar negara.

Ternyata Najib  belum selesa dengan sokongan yang diperolehinya, walaupun pelbagai insentif tunai dan habuan lain diagihkan kepada rakyat, selain memanipulasi sepenuhnya kes pencerobohan di Lahad Datu, demi survival politiknya, tidak terkecuali dengan cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sehingga kolum ini ditulis, iaitu tidak sampai 24 jam Dun Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik pada tengah malam Khamis, 28 Mac, Najib secara tidak langsung seolah-olah tidak menghormati peranan dan fungsi politik Raja-Raja Melayu yang sedia terhad itu.

Hatta jika Menteri Besar Negeri Sembilan menghadap Yang Dipertuan Besar pada pagi Rabu untuk mencadangkan pembubaran Dun, baginda sebenarnya  tidak berpeluang untuk melaksanakan haknya bagi menolak tarikh yang diusulkan itu.

IV.

Lagi tentang Lim Kit Siang, ahli politik berpengalaman hampir lima dekad, yang melalui pelbagai rintangan dan pancaroba, termasuk ditahan ISA dan turun naik mahkamah.

Tokoh yang digeruni seteru politik dan dihormati kerana prinsip dan ketegasannya dalam perjuangan ini mencetuskan dua kejutan baru-baru ini. Pertama, beliau memilih Johor atau lebih tepat kerusi Parlimen Gelang Patah untuk bertanding dalam PRU13 sebagai bukti keseriusannya untuk meleburkan kubu kuat Umno itu.

Kedua, kesediaannya untuk bertanding  menggunakan lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP ekoran kesilapan dalam pemilihan kepimpinan parti  tahun lalu.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," kata Kit Siang.

Mengulas kenyataan itu, Setiausaha Agung KeADILan menegaskan: ""Umno cuba pecah=belahkan Pakatan dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?"

"Jika berlaku pembatalan (DAP), PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun KeADILan," kata Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Segera saya terkenang perbualan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di LCCT, KLIA, Sepang tidak lama selepas saya menjalani pembedahan pintasan jantung.

Sambil mengharapkan kesihatan saya cepat pulih, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyentuh isu-isu yang sengaja ditimbulkan untuk menimbulkan kecurigaan di antara PAS dan DAP.

Beliau berkata, selagi ada tokoh-tokoh lama kedua-dua parti, yang melalui perjuangan berliku puluhan tahun serta mendapat tekanan dahsyat pemerintah, misalnya Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Kit Siang, dia yakin PAS dan DAP akan terus bersama.

Tanah Runtuh : MPSJ Jangka Penghuni Boleh Pulang Hujung Minggu Ini

Posted: 27 Mar 2013 11:18 PM PDT


tanah runtuh bandar puchong 013

PUCHONG : Penduduk Blok B, Pangsapuri Seri Beringin dan Kampung Pasir, Puchong dijangka dibenarkan pulang hujung minggu ini sekiranya kawasan tanah runtuh disahkan selamat.

Ini kerana sesi persekolahan bakal disambung semula minggu hadapan sekaligus memudahkan ibu bapa menyiapkan peralatan persekolahan anak-anak.

tanah runtuh bandar puchong 011

Perkara ini dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Abdullah Marjunid pada satu sidang media hari ini.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh pada petang 26 Mac lalu berpunca daripada kerosakan dan kebocoran paip pembentungan dan paip saluran air.

"Hasil siasatan mendapati antara faktor penyumbang yang menjadi punca runtuhan tersebut ialah kerosakan dan kebocoran paim pembentungan dan paip saluran air bersih serta sistem pengaliran rain water down pipe (RWDP) yang tidak sempurna.

"Ia sepatutnya diurus dan diselenggara oleh pihak pengurusan pangsapuri (JMB)," katanya.

Susulan kejadian berkenaan, MPSJ melantik kontraktor Indah Water Konsortium (IWK) untuk
menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pembentung manakala kerja penyiasatan tapak bagi menilai tahap kestabilan struktur bangunan dan lokasi kejadian akan dilakukan oleh Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).

Dalam kejadian ini, seramai 228 penduduk dipindahkan yang melibatkan penghuni di 52 unit di Blok B dan 15 unit rumah di Kampung Pasir.

Mereka kini ditempatkan sementara waktu di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong selain menginap di rumah saudara masing-masing.

tanah runtuh bandar puchong 012

Meskipun hanya runtuhan di lereng tebing, tindakan pantas MPSJ, polis serta kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya memindahkan mereka secara selamat tanpa berlaku kejadian yang tidak diingin.

Dalam sidang media sama, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abdul Razak Elias menjelaskan, pemindahan ini merupakan tindakan pencegahan awal dan 20 anggota keselamatan termasuk JPAM ditempatkan bagi menentukan keselamatan harta benda.

Tambah Abdul Razak, polis menyediakan khemah khas bagi memudahkan pendaftaran penghuni keluar masuk bagi tujuan rekod sekiranya mereka datang untuk mengambil barang keperluan.

Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian pencerobohan pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi sebegini.

Beliau turut memuji sikap bersatu penduduk yang mengambil keputusan bersama mengosongkan kediaman masing-masing berpindah mereka mematuhi arahan.

"Saya dapati penduduk di sini bersatu. Mengambil berat mengenai keselamatan mereka. Ini bukan bencana, baru pencegahan. Kalau betul-betul berlaku baru mereka dapat diselamatkan," ujarnya lagi.

Bagi penduduk, Mohd Had Mohd Sharif, ini merupakan pengalaman pertama berhadapan kejadian tanah runtuh setelah menetap di sini sejak 12 tahun lalu.

"Kalau begitu (dibenarkan pulang), Alhamdulillah sebab sesi persekolahan akan bermula minggu hadapan, kalau kita tidak boleh masuk memang bermasalah," katanya.

Keputusan Pilihanraya Umum Ke 13 : Kalau Barisan Nasional Kalah Teruk, Datuk Najib Perlu Letak Jawatan?

Posted: 27 Mar 2013 11:13 PM PDT

Staff Berita Semasa
 
barisan nasional

Ketika Pilihanraya Umum 2004, Barisan Nasional berjaya mencatat keputusan yang terbaik dalam sejarah politik Barisan Nasional apabila mendapat sokongan hampir keseluruhan rakyat Malaysia berdasarkan kerusi parlimen yang diperolehi. Itu tahun 2004.

Masa terus berubah, Mahathir bangkit melawan dan terus menentang Pak Lah dan lebih menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana Menteri, sehingga Pak Lah tersungkur beberapa bulan selepas Barisan Nasional gagal mendapat 2/3 majoriti buat pertama kali sejak Pilihanraya Umum 1969. Terbaru….

Kalau dahulu Datuk Najib mendapat sokongan penuh daripada Tun Mahathir Mohamad, kali ini nasib yang diterima Pak Lah akan sekali lagi mungkin menimpa Datuk Najib sebagai pemimpin tertinggi UMNO Barisan Nasional sekaligus merangkap Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Mahathir sudah mula meniupkan semboyan yang bunyinya agak keras….
Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.
"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku… Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi.
Sumber : Bernama
 
Mahathir VS Najib

Kami sebenarnya tidak pasti berapa lama lagi Tun Mahathir mahu berpolitik. Adakah sehingga Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah barulah suara Tun Mahathir akan kurang kedengaran? Adakah begitu?
"Sebab kerap benar, kami perhatikan sejak akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu jauh mendahului kalangan pemimpin tertinggi negara ketika ini dlama berpolitik"
Kami sendiri mengakui, kami juga pernah merasai Malaysia di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir dahulu. Memang kami juga akui ada banyak perubahan dan kebaikannya di zaman itu.

Tetapi cukuplah, berikanlah golongan dipilih sekarang ini untuk mengendalikan parti UMNO dan Barisan Nasional dengan gaya tersendiri. Zaman pemerintahan anda (Tun Mahathir) sudah lama berlalu. Tun Abdullah pun yang merupakan Perdana Menteri sebelum Najib pun kurang mencampuri urusan pentadbiran Najib Razak.

MALAYSIA-POLITICS-BADAWI

Jadi yang sudah bersara sekitar 10 tahun, untuk apa lagi mencampuri secara keterlaluan pentadbiran yang ada sekarang secara keterlaluan? Datuk Najib masih tercari-cari tarikh untuk mengumuman pembubaran parlimen Pilihanraya Umum ke 13 (SEPERT DI SINI) yang terus dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Jadi usahlah menambah beban di bahunya sekarang ini….

Apa pendapat dan pilihan anda pula?

Warga Nigeria paling ramai terbabit penipuan komersil

Posted: 27 Mar 2013 11:06 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Warga Nigeria merupakan rakyat asing paling ramai iaitu seramai 378 orang yang ditahan tahun lalu berkaitan pelbagai kesalahan jenayah penipuan komersil.
  
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata warga Taiwan di tempat kedua paling tinggi iaitu seramai 175 orang, diikuti China dan Indonesia masing-masing seramai 154 dan 136 orang.
  
"Seramai 1,796 warga asing dari 44 buah negara termasuk Afrika Selatan, Filipina, Pakistan, Bangladesh, India, Nepal, Thailand, Vietnam dan Myanmar ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah komersil di negara ini yang kebanyakannya dilakukan tahun lalu.
  
"Antara kes yang terlibat ialah jenayah siber, penipuan, salah guna harta, pemalsuan dan penggunaa wang palsu yang kebanyakannya dilakukan terhadap warga tempatan," katanya kepada pemberita.
  
Syed Ismail berkata secara keseluruhan pihaknya menahan seramai 6,006 orang yang terlibat dalam jenayah seperti itu dan 3,056 orang berkaitan kes penipuan dan selebih membabitkan kes seperti jenayah siber, penggunaan wang palsu dan kes berkaitan VCD/DVD haram.

"Sebanyak 18,386 kes yang membabitkan kerugian sebanyak RM1.6 bilion telah dibuka tahun lepas dengan 6,675 iaitu 36.21 peratus daripada kes itu dalam proses pertuduhan manakala 2,762 orang pula telah dituduh," katanya.
  
Menurut statistik yang dikeluarkan JSJK pada tahun 2012, kes seperti itu kerap berlaku di Selangor iaitu sebanyak 3,775 kes diikuti Johor (2,968), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,707), Perak (1,299), Pulau Pinang (1,155), Sabah (1,128), Pahang (947), Negeri Sembilan (946), Sarawak (830), Kedah (821), Melaka (816), Terengganu (468), Kelantan (329) dan Perlis (197).
  
Syed Ismail berkata trend yang digunakan penjenayah pada masa kini ialah menipu atas talian seperti menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau Internet.
  
Ditanya punca orang ramai mudah menjadi mangsa, Syed Ismail berkata sikap tamak kadang-kadang membuatkan masyarakat sering leka sekalipun mempunyai pendidikan inggi.
  
Katanya masyarakat juga mudah terpedaya dengan paparan gambar pada Internet.
  
"Antara contoh penipuan yang dilakukan melalui Internet ialah 'love scam' iaitu meletakkan gambar yang cantik di Facebook, tetapi secara realiti wajah sebenar pemilik gambar itu tidak diketahui," katanya. - Bernama

BN yakin kekal di Negeri Sembilan

Posted: 27 Mar 2013 11:04 PM PDT

NUR SHARIEZA ISMAIL

Mohamad Hasan
Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, semalam, sehari sebelum Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik.
 
SEREMBAN –  Semalam, hari terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan kembali semula untuk memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, bahkan dengan majoriti lebih besar.

Mohamad berkata, beliau yakin BN akan mampu mencapai majoriti dua pertiga berdasarkan graf sokongan pengundi yang dilihat lebih stabil serta memihak kepada BN kini, berbanding sebelum ini kelihatan turun naik.

"Dalam politik apa-apa boleh terjadi. Sekarang ini kita sedang mendaki dan berusaha untuk menambah supaya majoriti dua pertiga akan dapat dicapai.

"Kita bukan nak riak atau sombong, tetapi kini kita sudah lepasi garisan untuk menang. Keyakinan saya tinggi iaitu lebih 50 peratus berikutan sentimen kebelakangan ini yang memihak kepada BN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mahu terlalu selesa dengan situasi sekarang,  sebaliknya bersama-sama barisan pimpinan BN lain untuk terus meyakinkan rakyat agar memberi kepercayaan kepada BN terus mentadbir Negeri Sembilan.

"Itu sebabnya kita mahu berusaha dengan lebih kuat lagi bagi menyakinkan rakyat bahawa mereka perlu memilih semula kerajaan BN supaya kita dapat meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang dibuat termasuk menyambung perancangan membangunkan negeri dan sejahterakan rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Mohamad berkata, biarpun Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini dan ditadbir kerajaan sementara, tetapi kesejahteraan rakyat tetap diberi keutamaan pemimpin masyarakat di setiap kawasan.

"Walaupun wakil rakyat tidak ada lagi, namun begitu mereka boleh terus menguruskan pusat khidmat Dun. Tetapi bukan menggunakan kapasiti sebagai wakil rakyat, sebaliknya kapasiti sebagai pemimpin kawasan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sementara kini hanya akan menguruskan urusan seharian, bukan lagi membincangkan serta memutuskan projek besar, manakala mesyuarat Exco Kerajaan Negeri tetap akan berjalan seperti biasa.

Putar belit kenyataan ‘reban ayam’: Ghafir saman Utusan RM20 juta

Posted: 27 Mar 2013 10:49 PM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid memfailkan saman RM20 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berikutan kenyataan 'reban ayam' yang diputar belit akhbar kawalan Umno itu.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah.

Ghafir

Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan 'hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam' dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal.

Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.

"Laporan tersebut benar-benar palsu, berniat jahat dan fitnah terhadap Datuk Ghafir. Tuduhan itu juga kita anggap bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai orang kenamaan dan cubaan untuk libatkannya dengan skandal awam," kata peguam mewakili Ghafir, Samaruddin Md Rejab.

"Kita semua sedar Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Ghafir adalah salah seorang daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong KEADILAN serta Pakatan Rakyat," tambah Samaruddin dalam kenyataan.

Turut dinamakan dalam tuntutan yang difailkan kelmarin, pemilik Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar.

Ghafir menuntut ketiga-tiga defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dan disiarkan di Utusan Online dan Utusan Malaysia serta berjanji untuk tidak menyiarkan berita seumpama itu di masa akan datang.

"Memandangkan keseriusan tuduhan yang dibuat Utusan, Ghafir turut menuntut RM20 juta sebagai gantirugi di atas kerosakan kepada nama baik klien kami," kata Samaruddin. – NS

SPR terima notis Dun Negeri Sembilan bubar

Posted: 27 Mar 2013 10:46 PM PDT

Wartawan Sinar Harian
SPR
SPR
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima notis rasmi pembubaran Dun Negeri Sembilan hari ini dan berhasrat untuk mengadakan pilihan raya serentak membabitkan semua negeri.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pagi ini yang memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-12 telah  terbubar secara sendiri pada 28 Mac 2013," kata kenyataan suruhanjaya yang dikeluarkan sebentar tadi.

Kenyataan itu berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, SPR mempunyai tempoh selama 60  untuk menetapkan tarikh-tarikh  penamaan calon dan pengundian berkaitan dengan pilihan raya umum bagi Dun Negeri Sembilan melalui satu mesyuarat khas yang akan ditetapkan kemudian.

Namun, menurut kenyataan itu lagi, adalah menjadi hasrat SPR untuk mengadakan pilihan raya umum secara serentak bagi Parlimen  dan Dun seluruh negara.

Kita akan bersemuka di Padang Kota, kata Lim pada Teng

Posted: 27 Mar 2013 10:43 PM PDT



 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersetuju untuk bersemuka dengan Teng Chang Yeow di Padang Kota, kerusi yang dipertahankan tiga penggal oleh pengerusi BN negeri itu sehingga ditewaskan pada 2008.

"Saya bersedia menerima tawarannya dan bertanding melawannya di Padang Kota. Chow Kon Yeow, penyandang kerusi itu, bersetuju pergi ke Air Puteh, kerusi yang disandang saya sekarang," kata Lim dalam sidang media hari ini.

"Saya ingat apa Teng kata, 'kamu mesti bangkit dari tempat kamu jatuh'. Kita akan bersemuka di situ, di Padang Kota," tambahnya.

Lim mengulas laporan Malaysiakini semalam yang menyebut Teng sebagai bersedia bersemuka dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP.

"Terpulang pada dia (hendak lawan saya). Ini bukan cabar mencabar antara individu, ini bukan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner. Ini tentang dasar Pulau Pinang," tambah Lim.

Artis mahu dibayar untuk kempen politik

Posted: 27 Mar 2013 05:12 PM PDT

 


 
Seseorang artis mempunyai kredibiliti untuk memancing undi serta berkempen pada pilihan raya umum kata bekas pelakon dan pelawak, Muhammad Hakim Lokman atau Bob Lokman.

Beliau yang juga ahli PAS berkata, tanpa perlu terlalu menonjol di dalam sesebuah parti, artis itu sendiri sudah boleh menarik undi kepada parti tersebut.

NONE"Memang artis ini kredibiliti dia untuk pancing undi. Sememangnya, dia dah masuk (politik) sebagai artis tak perlu nak tonjol sikap pandai berpolitik, tak perlu cakap banyak, dia sendiri dah boleh pancing (undi).

"Kerja politik memang perlu orang untuk sampaikan maklumat, apa hasrat parti masing-masing... Kredibiliti saya terbukti saya memancing undi," katanya berseloroh dalam satu wacana di Shah Alam semalam.

Selain itu, bagi pengarah filem, Datuk Shuhaimi Baba (bawah), beliau berpendapat artis yang menceburkan diri dalam bidang politik mampu memberitahu orang ramai tentang tanggungjawab untuk mengundi serta mengembalikan keharmonian.

Selain itu, beliau juga berkata, tidak menjadi kesalahan jika seseorang artis dibayar untuk berkempen bagi sesebuah parti politik.

NONE"Artis boleh mainkan peranan dan kembalikan balik keseimbangan dan kurangkan kebencian. Kita mesti beritahu semua orang tanggungjawab kita untuk menunaikan hak mengundi tak kira apa pilihannya. Kalau orang itu tak sependapat dengan kita, kita perlu hormat. Itu integriti kita.

"Kalau (artis) dipanggil, dibayar untuk pancing undi, kalau itu rezeki kamu ambil sajalah. Tak perlu sorok-sorok. Itu kerja dia. Sebab itu sebahagian daripada kerja.

"Artis sekarang kalau dibayar lagi bagus. Buat apa buat kerja percuma. Kita sakit siapa nak bayar ubat kita. Bagi saya ramai artis terlibat dan lebih berminat itu juga bagus. Tapi jangan jadi patung, mulut untuk suarakan benda-benda yang tak betul, pembohongan dan penipuan. Bagi saya itu salah," katanya.

Bagi pelakon dan Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi pula berkata, sekiranya artis seseorang artis terlibat dan mengadakan program dengan sesebuah parti politik, ia mesti dibayar dan kerja yang dilakukan mereka bukanlah sebuah kerja amal.

"Bagi saya kalau artis tak dibayar dalam mana-mana sahaja (parti) politik, kita buat amal. Jadi kalau kita buat amal, buat apa kita ada bakat. Kalau tak dibayar, macam mana nak cari makan?

"Bila artis pergi membantu (sesebuah parti politik) mesti ada habuan. Kalau tak ada, jangan kata buat kerana 'fisabilillah'. Saya tak percaya," katanya.

Akademis Bermulut Sabut Diamlah

Posted: 27 Mar 2013 05:07 PM PDT



Oleh Mohd Sayuti Omar 

Ada beberapa orang akademik yang sudah dikenal pasti sebagai mulut sabut mendokong kerajaan kerana kekedudukan dan kepentingan diri, bukan atas dasar perjuangan... telah memberi pandangan mereka berhubung penolakan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat terhadap tawaran tidak bermaruah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim kepada mereka untuk muncul di radio membentangkan manifesto masing-masing.

Masa yang diberikan hanya 10 minit saja itupun ia berbentuk rakaman, buka live. PAS, DAP dan PKR menolak tawaran tak bermaruah itu. Wajar kalau Pakatan Rakyat menolaknya kerana masa 10 minit bukan saja cukup untuk membentangkan manifesto, tetapi untuk kentut sementara najis keluar di dalam tandas pun tidak sempat.

Kalau gemula bekas ketua Umno di kampung saya dulu kalau dia masuk tandas tidak kurang 50 minit masa yang diambilnya.

Jadi masa yang diperuntukan Rais itu satu masa atau tawaran lawak dan tidak masuk akal sama sekali. Untuk bercakap soal keadilan dan kesaksamaan, jauh sekali. Justeru kalau mereka tolak adalah kena pada dan tepat. Biarlah parti-parti Pakatan tidak dapat menggunakan saluran emas itu, kalau hanya setakat 10 minit.

Jadi apabila beberapa orang akdemik 'mulut sabut' menempelak Pakatan Rakyat kerana menolak peruntukan itu maka mereka juga tidak kurang dan tidak lebih sama dengan Rais Yatim sahaja. Kalau Rais juga pernah menolak tesisnya sendiri, seorang daripada ahli akademik itu juga mempunyai pandangan songsang seperti Rais. Dia pernah menegaskan Malaysia sebagai tidak pernah dijajah. Pandangan itu bertentangan dengan sejarah negara yang mereka sendiri mendokongnya macam mengendung nangka curi.

Orang akademik ini menyifatkan penolakan peruntukan masa itu sebagai penakut, tidak berani serta tidak pandai mengambil kesempatan. Sebelum mereka mengulas begitu mereka aju dulu kepada Rais kenapa 10 minit? Apakah dengan memberi had masa sesmput itu yang penakutnya pihak UBN bukan pembankang. Kalau berani beri 1 jam atau 2 jam.

Inilah bangsa dan jenis orang sesetengah orang akademik di negara ini bila sudah pencen tidak tahu cara hendak mencari makan. Jadi bila mereka diupah diberi sagu atau dedak, maka mereka akan bercakap hatta melanggar disiplin yang mereka ungguli dan sanggup meletakkan diri mereka di bawah perut lembu.

Salah seorang lain pula mengulas penolakan itu kerana Pakatan Rakyat tidak boleh membentangkan manifestonya kerana mereka tidak mempunyai asas perjungan sama. Sekali lagi akademis ini membuatkan matanya tanpa melihat kepada Buku Jingga dan juga manifesto Pakatan yang dilancar baru-baru ini. Macam mana mereka diberi taraf sebagai akademis serta diberikan doktorat kalau secetek itu maklumat mereka mengenai hal ehwal negara.

Duhai orang akademik bermulut sabut ini, tidak payahlah anda bercakap. Makin lacat bercakap menjelaskan akan kemandulan politik anda. Tuhan telah menganugerahkan anda untuk berdodoi dalam akademik nah berdodilah di situ sampai lena. Kerja anda hanya menulis dan melakar impi dan harapan penuh idealis diatas kertas sahaja di mana tidak pernah menjelma menjadi kenyataan.

Duduklah diam-diam. Jangan bimbang dengan kedudukan dan kepentingan anda. Selagi kerajaan UBN berkuasa anda akan dijaga dan dididik macam anak-anak ayam kehilangan ibu yang akan diberi sagu oleh penternak. Duduklah diam-diam dan rangkalah apa-apa teori yang boleh anda merasakan UBN akan menang http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan: